Posted on Leave a comment

Ambil Kolagen, Demam 1 Minggu

kesan_kekurangan_kolagen_pada_kulit-e1425048920466

struktur_collagen_kulit-e1425049109101

anatomi kulit pigmentasi

Ambil Kolagen, Demam 1 Minggu

Jeragat tidak mengenal umur tetapi majoriti yang mengalami jeragat adalah wanita, dan sangat jarang terjadi kepada lelaki. Wanita yang majoriti mendapat jeragat pula adalah yang berumur lebih 30an. Walaubagaimana pun jeragat tidak memilih “mangsanya” , terdapat wanita yang berumur 20an yang mukanya ditumbuhi jeragat.

Oleh kerana produk-produk dipasaran kerap kali mengundang kesan sampingan, pengguna sudah mula sedar, mencari produk alternatif yang lebih natural serta bebas dari bahan kimia dan lain-lain. Salah satu produk yang mendapat tempat di hati pengguna ialah perubatan homeopathy. Homeopathy sangat popular seperti di India, Pakistan, Mexico dan beberapa negara dunia ke 3. Pelbagai penyakit di rawat mengguna kaedah homeopathy termasuklah penyakit berjangkit seperti H1N1.

Akibat tersalah memilih produk untuk menghapus jeragat, seorang wanita muda ini telah mengalami demam panas yang serius.Wanita ini berumur 20 tahun dan jeragatnya agak tebal. Sejarahnya dia adalah atlit yang aktif dan pernah mewakili Negara. Berjemur di bawah panas matahari sudah menjadi rutin sejak di sekolah rendah lagi.

Kulit wajahnya agak gelap berbeza dengan tona kulit di bahagian yang terlindung termasuk leher. Ini menyebabkan beliau mula mengguna produk-produk “skincare” untuk mencerahkan kulit. Beliau berkahwin pada umur 20 dan “berpencen” dari bersukan selepas itu. Pada umur 21 beliau melahirkan anak pertama.  Jeragat semakin menebal di pipi dan bibir, mukanya kelihatn comot dan kusam mengakibatkan beliau terasa rendah diri dan stress.

Pelbagai produk telah dicuba sehinggalah beliau mencuba satu produk kolagen berbentuk seperti gula-gula. Testimoni produk tersebut memang “tip-top”, termasuklah duta produk yang cantik jelita. Selepas 3 hari produk yang dipesan di online telah tiba dan harapannya membunga-bunga untuk kembali cantik. Malangnya selepas 3 hari beliau mengambil produk kolagen tersebut, beliau diserang lemah-lemah badan dan seterusnya demam yang panas hampir mencecah 40 darjah celcius. Demamnya berterusan selama selama 2-3 hari sehingga memaksa pihak hospital melakukan IV (masuk air) dan demamnya reda selepas 7 hari.

Adakah beliau demam ini secara kebetulan sahaja? Walaupun pihak hospital tidak mengesahkan tetapi besar kemungkinan tubuh beliau tidak dapat menerima kolagen buatan dari produk tersebut. Salah satu faktornya wanita ini masih muda dan paras kolagen di dalam tubuhnya masih tinggi. Mengambil kolagen sebagai supplemen akan menjadikan tubuh wanita ini terpaksa menerima kadar kolagen yang terlalu tinggi.Berbeza dengan produk atau remedi homeopathy,seperti set SMF (SMFEC) yang bertindak dengan lebih lembut, selamat dan boleh diharapkan. Selepas sihat beliau mengambil keputusan untuk mencuba produk homeopathy. Hasil dari temubual yang ringkas set yang sesuai ialah set jeragat SMF. Di dalam tempoh 2 minggu beliau mula merasa kulitnya semakin licin, kesan jeragat mula menipis dan tidak kasar seperti sebelumnya.

jeragatnya semakin pudar selepas 4 minggu. Remedi homeopathy tidak hanya semata-mata menambah kolagen tetapi “membaiki” sistem tubuh dan menjadikan kadar kolagen yang sedia ada lebih berkualiti.

Fragaria Vesca 30C adalah pemangkin kolagen yang natural (Fragaria Vesca atau Strawbery mentah adalah sumber kolagen asli), Fragaria Vesca membantu hati dan buah pinggang menjadi lebih sihat dan efisien. Hati dan buah pinggang adalah 2 organ yang sangat penting untuk kesihatan keseluruhan tubuh. Kegagalan 2 organ ini berfungsi dengan baik akan menjadikan kulit terdedah kepada penyakit termasuklah terjadinya jeragat.

Tidak dinafikan kolagen sangat penting untuk tubuh tetapi kolagen semulajadi adalah kolagen yang terbaik. Kolagen semulajadi seperti sayuran berdaun hijau pekat, ikan yang mengandungi omega-3, berries termasuk strawberry (Fragaria Vesca) dan bawang putih. Berikut ialah sedikit info mengenai kolagen.

Apakah Kolagen?

Kolagen ataupun collagen adalah struktur protein yang bertindak sebagai perekat antara sel. 75% dari kulit kita terdiri daripada kolagen. Kolagen adalah serat protein yang paling banyak terdapat dalam badan manusia. Ia didapati dengan banyak pada kulit, tulang rawan, tisu-tisu, organ-organ dan dalam kuku serta rambut.

Fungsi Kolagen

Fungsi kolagen ialah sebagai penyokong tubuh kita. Kolagen ibarat gam yang melekatkan bahagian-bahagian tubuh badan pada tempatnya dan memberi bentuk kepada anggota tubuh. Tanpa kolagen badan kita ibarat jelly yang tiada sokongan dan mudah terpisah. Paras kolagen yang tinggi dalam badan boleh menyerlahkan rupa dan susuk tubuh yang sihat.

 Kepentingan Kolagen

Jadi adakah kolagen sangat penting? Ya! Ini kerana semakin usia meningkat, kandungan kolagen semakin berkurangan. Jadi, nutrisi yang membantu memelihara kandungan kolagen semakin diperlukan tubuh untuk bertindak sebagai antioksida bagi mengelakkan penuaan sebelum waktunya dan juga melambatkan kesan-kesan akibat proses penuaan.

Posted on 11 Comments

Jeragat Pemusnah Semangat

add

 

Jeragat Pemusnah Semangat

Jika dulu Puan Sabrina (bukan nama sebenar) sangat yakin untuk berada di khalayak ramai. Beliau mempunyai rupa paras yang menarik, berkulit cerah dan tinggi lampai. Puan Sabrina adalah seorang motivator atau coach yang melatih individu atau satu kumpulan besar kepada usahawan, jurujual atau peniaga online. Namun apabila umur semakin meningkat jeragat sudah mula menonjol di pipi dan di atas bibir beliau.

Sebagai seorang motivator atau coach, beliau terpaksa berhadapan dengan orang ramai setiap hari bekerja. Kalau dulu Puan Sabarina hanya mengenakan bedak asas dan lip gloss tetapi kini beliau tidak akan keluar rumah tanpa mekap yang tebal demi menutup kesan cemar jeragat di pipi dan di atas bibirnya. “saya rasa saya yang perlu mencari motivator untuk memberi kenyakinan kepada diri saya yang semakin menurun”, begitulah whatsapp Puan Sabarina yang menghantar pesanan bertanyakan mengenai set jeragat homeopathy atau homeopati.

Puan Sabarina telah penat mencuba, pelbagai produk yang disaran atau terbaca di internet beliau akan mencubanya. Boleh dikatakan 100% produk yang dicubanya adalah berasaskan krim, sabun dan pengelupasan. Cuma laser sahaja yang belum dicuba kerana kosnya sangat mahal. Secara tidak sengaja beliau terbaca di internet mengenai produk homeopathy yang konsepnya agak berlainan. Boleh dikatakan produk membuang atau menghapus jeragat homeopathy untuk dikemam (hisap), minum dan terdapat juga krim serta sabun tetapi berasaskan herba

Walaubagaimana pun krim dan sabun hanya pilihan sahaja. Beliau terus tertarik dan menghantar pesanan whatsapp untuk bertanya lebih lanjut.

Setiap pesanan bertanyakan produk merawat jeragat homeopathy, akan ditanya beberapa soalan ringkas untuk mengenalpasti set yang paling sesuai dengan sejarah individu tersebut. Soalan-soalan ringas seperti ;

  • Boleh tahu umur?
  • Ada mkn pil perancang tak?
  • Pernah lahirkan anak kaedah cesarean tak?
  • Pernah tercedera sewaktu bersukan, atau kemalangan tak?
  • Ada pakai skincare pengelupasan tak?
  • Ada buat laser tak?
  • Period ok tak?

Puan Sabarina memberi respon seperti berikut;

  • Boleh tahu umur? 46 tahun
  • Ada mkn pil perancang tak? Pernah ambil sejak mula berkahwin tetapi telah stop 3 tahun lepas
  • Pernah lahirkan anak kaedah cesarean tak? Pernah anak ke 3
  • Pernah tercedera sewaktu bersukan, atau kemalangan tak? Pernah terjatuh basikal sewaktu remaja dan agak serius kecederaannya
  • Ada pakai skincare pengelupasan tak? Ya ada
  • Ada buat laser tak? Tak ada
  • Period ok tak? Period ok lagi

Apa relevannya soalan-soalan ini jika dikaitkan dengan masalah jeragat?

Jeragat 

seperti yang diketahui sehingga kini punca sebenar terjadinya jeragat tidak diketahui. Pelbagai andaian di buat tetapi boleh dikatakan simptom terjadinya jeragat akan berpunca dari pelagai sumber dan seringkali berkaitan sejarah individu tersebut. Secara spesifiknya jeragat atau melanin telah “berkampung” di bawah lapisan kulit. Proses pengumpulan melanin terjadi sedikit demi sedikit dan telah bermula mungkin sejak 10-20 lepas. Melanin terkumpul akibat terdedah kepada sinaran UV yang lama dan “bermastautin” di bawah kulit sehingga sistem tubuh terutama hormon mula tidak seimbang oleh perlbagai punca. Relevannya soalan-soalan di atas ialah untuk mengetahui sejarah hidup pesakit dan bagaimana jeragat mula “bangun” dari tidurnya.

Analisa dari soalan tersebut dan set jeragat yang sesuai

  • Bagi wanita apabila melepasi umur 45 tahun, sistem reproduktif akan mula merosot dan berkemungkinan akan mengalami menopause tetapi buat masa ini Puan Sabrina masih didatangi haid.
  • Pernah mengambil pil perancang sejak mula berkahwin tetapi telah “stop” sejak 3 tahun – ini menunjukkan bahawa hormon Puan Sabrina masih tidak dapat menyesuaikan diri tanpa bantuan pil perancang. Jika dulu hormon estrogen dan testosterone akan dikawal oleh pil perancang tetapi setelah berhenti mengambil pil perancang sistem tubuh terpaksa bekerja sendiri.
  • 2 indikasi seperti pernah tejatuh dan mengalami kecederaan serius serta pernah menjalani pembedahan cesarean menunjukkan berkemungkinan vena darah (blood vein) Puan Sabrina mula mengalami kemerosotan ataumenyempit dan berkemungkinan terdapat halangan seperti lemak di vena darah. Apabila vena darah tersumbat atau pengaliran darah tidak lancer, kulit muka akan menerima impak awal. Melanin akan berkumpul dan membentuk jeragat.
  • Pernah membuat facial pengelupasan juga menyumbang kepada pengumpulan melanin yang semakin banyak apabila lapisan kulit di atas kulit muka sudah tiada, ini memudahkan sinaran UV meresap ke dalam kulit.

Puan Sabrina dicadangkan untuk mengambil set AADF iaitu set yang akan membantu di semua aspek yang terganggu. Set AADF terdiri dari ;

  • Arnica 30 untuk masalah vena darah tersumbat, merawat kecederaan luaran dan sistem saraf.
  • Aswagandha Q untuk mengimbang emosi yang mula tertekan dan menstabilkan emosi secara semulajadi
  • Damiana Q adalah remedi yang sangat hebat untuk masalah hormon, malah mampu melambatkan proses menopause.
  • Fragaria vesca 30 adalah remedi yang sangat berkesan untuk membantu mencerahkan kulit, menghapus jeragat dengan membantu buah pinggang dan hati untuk membuang toksin dan mencegah dari terjadinya batu.

Puan Sabrina mengambil ke semua remedi-remedi ini seperti disarankan dan selepas 5 hari Puan Sabrina telah menghantar whatsapp sewaktu subuh;

Magic ke ni atau you guna jin hihihihi, pagi ni I nak sapu mekap macam biasa tetapi belek-belek jeragat dah tak ada. I ambil torchlight suluh confirmed hilang you hihihihihih happy nye I thank you thank you”.

Alhamdulillah …. Itu sahaja yang mampu diucapkan.

Ingin mendapat khidmat runding dan konsultasi percuma tentang masalah jeragat anda sila wasap kode JERAGAT ke 0123400557

Posted on Leave a comment

Stress dan bingung jeragat tidak pernah sembu.Sila baca fakta ini

menopause dan jeragat

Adakah Set Jeragat Homeopati Ini Selamat?

Terdapat produk-produk yang di keluarkan terutama untuk “skincare” sering mendatangkan kesan sampingan di dalam masa yang pendek atau panjang. Banyak pengeluar yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa menghiraukan keselamatan pengguna. Oleh itu kerap kali persoalan pembeli adalah “adakah selamat set-set jeragat homeopati ini?”.

Set jeragat homeopati secara mudahnya adalah bukan ubat.

Homeopati sendiri bermaksud “sama menyembuhkan sama” pada konsepnya, mengguna bahan-bahan natural alam semulajadi tanpa menambah bahan-bahan kimia sintetik seperti perubatan moden. Homeopati disediakan mengguna kaedah dos yang sangat kecil sehingga kekuatan remedi homeopati di anggap sebagai “nano” atau terlalu kecil. Hampir sifar kesan sampingan kerana bahan-bahannya secara teknikal tidak dapat dikesan oleh mikroskop makmal.

Di Malaysia homeopati hanya diterima oleh pengguna secara meluas bermula pada awal tahun 2000 di mana penulis blog yang aktif akan sentiasa menulis mengenai penerangan khasiat homeopati di talian. Kami sendiri menyumbang lebih 90% artikel mengenai homeopati di internet sejak tahun 1998 lagi sehingga kini.

Set Jeragat Homeopati Adalah Sangat Selamat

Kebanyakkan produk di pasaran adalah agak berisiko kepada ibu-ibu hamil tetapi bagi produk set jeragat homeopathy adalah selamat untuk ibu-ibu hamil tetapi seringkali kami mencadangkan ibu-ibu hamil untuk merawat jeragat selepas bersalin, kerana hormon sewaktu hamil adalah sangat tidak stabil.

Set jeragat yang paling berkesan dan mampu untuk merawat pelbagai masalah jeragat ialah set SMF atau set ekonomi SMFEC. Set SMF dan SMFEC adalah set yang sama. Perbezaan hanya pada botol Sepia 200 dan Melasma Free sahaja. Selain dari itu kuantiti Sepia 200 dan Melasma Free juga berbeza di mana set SMF, Sepia 200 dan Melasma Free boleh digunakan untuk 2 bulan tetapi hanya untuk 1 bulan bagi set SMFEC. Fragaria vesca adalah sama di dalam kedua-dua set SMF atau SMFEC.

Ternyata kombinasi remedi oral (hisap dan minum) Sepia 200, Melasma Free dan Fragaria Vesca 30 adalah gabungan hebat untuk menghapus jeragat. Selain dari itu manfaat  Sepia 200, Melasma Free dan Fragaria Vesca 30 bukan hanya sekadar jeragat semata-mata tetapi untuk pelbagai masalah di dalam tubuh juga.

Sebagai contoh Sepia 200 di anggap sebagai remedi utama wanita. Sepia dikategorikan sebagai “Sepia Homeopathy’s Wise Women” kepada pengamal homeopathy. Wanita kini rata-ratanya adalah berkarier dan mempunyai jadual hidup yang padat dan penuh stress. Begitu juga persekitaran yang bertoksik menjadikan Sepia sebagai remedi utama kepada wanita moden.

Selain mempunyai kesan hebat untuk merawat jeragat, Sepia juga sangat efektif untuk pelbagai masalah kesihatan wanita seperti;

–          Sindrom Pra-Menstrual (PMS), di mana Sepia akan mengurangkan simptom pra haid yang sangat merimaskan seperti mood yang berubah, kepenatan melampau, cepat marah dan rasa sejuk. Sepia juga berkesan untuk mengempiskan perut.

–          Candida Albicans ataupun jangkitan kulat di vagina. Sepia berupaya melegakan atau menghalang jangkitan kulat yang biasanya wanita akan merasai kegatalan yang amat sangat di vagina yang diikuti discaj kekuningan atau kecoklatan dari vagina

–          Pening dan Migrain – Biasanya wanita yang kerap pening dan migraine sebelum atau sewaktu datang haid juga amat sesuai mengambil Sepia.

–          Masalah sewaktu mengandung – Wanita mengandung yang akan terjadi chloasma (jeragat sewaktu mengandung), morning sickness yang akan merasa sangat tidak selesa dengan bau terutama makanan. Kerisauan tanpa sebab yang melampau dan juga sembelit. Wanita yang kekurangan sokongan emosi dan fizikal yang teruk dan mempunyai sejarah keguguran sekitar bulan ke 5 dan ke 7 dan varicose vein.

–          Masalah selepas melahirkan anak – terutama kepada wanita yang hilang minat terhadap keluarganya. Kekurangan tenaga termasuk untuk hubungan suami isteri. Masalah buasir selepas melahirkan anak juga akan mendapat manfaat dari Sepia.

Melasma Free juga tidak kurang hebatnya kerana gabungan biochemik atau biochemic berasal dari mineral garam tisu adsalah sangat memberi manfaat kepada sistem tubuh wanita atau lelaki. Melasma Free adalah gabungan garam mineral yang juga memberi manfaat kepada tubuh seperti rambut, tulang, kuku dan perjalanan darah

Sistem perubatan homeopathy yang dipanggil Garam Tisu atau Biochemic telah dibangunkan oleh Dr.Shuessler seorang doktor yang hidup di Jerman pada sekitar tahun 1880. Dia telah menganalisa serbuk mayat yang dibakar dan telah menemui 12 inorganik garam tisu. Dia telah menganalisa dan membuat teori bahawa terdapat 12 elemen iaitu mineral di dalam tubuh manusia adalah sangat kritikal kepada tubuh jika berkurangan. Mineral-mineral ini perlu diimbangi dan menjadi penentu kepada aktiviti sel-sel dan kesihatan yang akan menjadi tanda aras kepada kesihatan seseorang individu sama ada sihat atau tidak. Jika berkurangan akan terjadi “dis-ease” kepada tubuh dan kini ianya disebut sebagai “disease”.

Fragaria Vesca 30 Lembut Tapi Sangat Berkesan

Fragaria vesca atau Wild Strawberry , mempunyai pelbagai nama gelaran seperti  Alpine Strawberry, Common Strawberry, Mountain Strawberry, Pineapple Strawberry, Wild Strawberries, Wood Strawberry dan Woodland Strawberry.Fragaria vesca walau apa pun namanya buah strawberry sangat sedap ini sangat berkhasiat untuk pelbagai jenis masalah kesihatan termasuk bertindak seperti kolagen untuk mencerahkan kulit.

Selain mampu mencerahkan kulit, Fragaria Vesca juga mempunyai manfaat kesihatan seperti;

–          Mencegah gout

–          Arthritis

–          Untuk melawan kanser

–          Membantu menghalang terjadi kencing manis

–          Penyakit hati

–          Cirit-birit

–          Menghalang terjadinya batu di dalam organ

Homeopati sangat selamat, bebas kesan mudarat dan hampir sifar kesan sampingan jika produk tersebut adalah 100% homeopati yang disediakan oleh ahli homeopati yang terlatih.

Ingin mendapatkan khidmat nasihat percuma tentang remedy jeragat yang sesuai dengan masalah jeragat anda.
Sila whatsapp kode JERAGAT KE +60123400557

Posted on Leave a comment

Pil Perancang Salah Satu Faktor Penyebab Jeragat

pil perancang penyebab jeragat

Pil Perancang Salah Satu Faktor Penyebab Jeragat

Pil kawalan kelahiran adalah satu cara untuk lelaki dan wanita untuk mencegah kehamilan. Terdapat banyak kaedah yang berbeza kawalan kelahiran, termasuk perancang hormon seperti “pil.” Secara umumnya di Malaysia kita memanggil pil perancang yang boleh di dapati over the counter (otc) di pharmasi. Walaubagaimana pun pil ini mempunyai kesan sampingan yang boleh dikatakan agak panjang senarainya termasuklah terjadinya jeragat.

Jeragat memang sukar dirawat. Pigmentasi jeragat akan berkembang secara beransur-ansur, begitu juga warna jeragat tersebut akan kelihatan lebih jelas secara beransur-ansur sehingga jelas kelihatan. Punca terjadi jeragat masih tidak dikenal pasti dengan jelas. Pengambilan pil perancang di katakan punca-punca jeragat terjadi. Jeragat akan berulang-ulang terjadi jika pengambilan pil perancang di ambil dan berhenti selepas itu. Kes-kes jeragat berulang terjadi boleh dikaitkan dengan aktiviti luar seperti terdedah kepada sinaran UV yang lama dan kerap.

Perubatan moden menggangap masalah jeragat hanya masalah kosmetik. Oleh itu rawatan terbaik yang sering digunakan untuk jeragat hanyalah krim sapuan pengelupasan berasaskan hydroquinone, walaupun hydroquinone adalah bahan yang kontroversi, ia tetap digunakan oleh perubatan konvensional.

Sebaliknya perubatan homeopathy biochemic menganggap, masalah jeragat adalah berpunca dari sistem tubuh yang mengalami kemerosotan dan sangat perlu untuk memulihkan sistem tubuh yang lemah. Oleh itu perubatan homeopathy biochemic dilihat lebih berjaya merawat jeragat di seluruh dunia berbanding konvensional.

Pengambilan pil perancang (oral contraceptives) agak jelas diperkatakan sebagai punca terjadinya jeragat walaupun tidak ada sejarah di dalam keluarga yang mengalami jeragat. Oleh itu, kerap kali wanita yang mengambil pil perancang akan dinasihatkan untuk berhenti mengambil pil perancang jika terjadi jeragat secara tiba-tiba selepas mengambil pil perancang.

Jeragat juga dikatakan berpunca dari genetik atau keturunan, tetapi ianya sangat jarang dan kerap kali akan terjadi selepas bersalin dan apabila umur meningkat. Kerap kali apabila ditanya tentang sejarah kehidupan wanita yang mengatakan jeragat berpunca dari keturunan akan mengatakan mereka kerap berjemur dibawah panas matahari kerana bersukan atau kerjaya, penggunaan alat kosmetik yang pelbagai fungsi seperti kosmetik yang menjadikan kulit mengelupas untuk mencerahkan kulit, mengambil pil perancang atau pil pengganti hormon (HRT) selepas menopause. Fakta-fakta ini juga akan berkait rapat dengan hormon wanita kerana melanin yang berlebihan akan terjadi selepas wanita itu mengalami ketidakseimbangan hormon.

Hormon mempunyai kesan yang amat penting untuk kesihatan setiap wanita. Hormon seksual wanita, estrogen dan progesterone sangat penting untuk kesuburan sistem reproduksi wanita, ianya melibatkan kitaran haid sehingga ke proses wanita itu mengandung sehingga menopause. Hormon juga mempengaruhi emosi, paras tenaga, berat badan, mood dan sehingga kepada masalah kulit pun akan terjadi akibat dari masalah hormon seperti terjadinya jeragat dan jerawat.

 

Hormon mempengaruhi wanita semasa dan selepas kehamilan. Wanita yang mengambil hormon kawalan kelahiran (pil perancang) pada bila-bila semasa hidup mereka, serta wanita yang mana sahaja di usia menopause juga sering terjejas.  Sebagai contoh jika mereka berhenti mengambil hormon kawalan kelahiran, untuk menjadi hamil, untuk penyusuan, dan selepas itu kembali kepada hormon kawalan kelahiran, dan proses pengambilan pil hormon kawalan kelahiran akan mempengaruhi sistem hormon mereka sehingga ke peringkat perimenopause atau menopause. Proses mengambil hormon kawalan kelahiran akan mencetus jeragat atau melasma kerana wanita sangat sensitif terhadap perubahan hormon estrogen dan progesterone di dalam tubuh.

Bagaimana Homeopathy Biochemic Merawat Jeragat

Tidak hairanlah jika homeopathy sangat mementingkan rawatan dari dalaman untuk mengatasi masalah jeragat bermula dari punca terjadinya jeragat iaitu  hormon. Hanya perubatan homeopathy yang menawarkan remedi oral untuk jeragat berbanding rawatan-rawatan konvesional yang lebih bertumpu untuk menghapus jeragat dengan kaedah yang pantas. Sebagai contoh Sepia 200 dan Melasma Free adalah remedi yang sangat berkesan untuk mengatasi masalah hormon wanita. Sepia di anggap sebagai remedi khusus untuk pelbagai masalah wanita terutama masalah berkaitan hormon.

Tidak hairanlah jika perubatan homeopathy dan biochemic sangat-sangat berjaya untuk mengatasi masalah jeragat. Homeopathy memberi penekanan kepada remedi oral (hisap/minum) untuk merawat akar umbi kepada masalah jeragat. Homeopathy dan biochemic bukan hanya merawat dan menghapus dengan segera seperti kaedah konvensional yang mengguna kaedah laser, pengelupasan dan lain-lain lagi.

Homeopathy biochemic juga mempunyai remedi profilaktik (prophylactic) atau remedi pencegahan untuk mencegah ketidakseimbangan hormon terjadi akibat dari pebagai sebab seperti berpunca dari pil perancang. Mungkin agak keterlaluan jika dikatakan hanya remedi homeopathy biochemic sahaja yang mempunyai remedi profilaktik untuk mencegah jeragat.

Arnica 30 adalah remedi profilaktik yang sangat berkesan untuk menghalang jeragat dari terjadi dan menghapus jeragat selepas ia terjadi. Kehebatan Arnica sangat terserlah kepada wanita yang mengambil pil perancang, bagi wanita yang sudah beberapa kali melahirkan anak, wanita yang telah menjalani pembedahan sama ada cesarean atau lain-lain pembedahan,wanita yang menopause, menghidap darah tinggi dan kencing manis. Ini adalah penemuan saya yang terbaru dan berita baik bagi mereka yang mengalami jeragat.

Arnica amat terkenal dengan kehebatannya untuk melancarkan peredaran darah di tubuh. Jeragat yang terjadi berkemungkinan besar diakibatkan oleh pigment yang “tersekat” disaluran darah dan keluar ke kulit sebagai jeragat. Pigmentasi kehitaman ini mungkin akan bercampur dengan lemak dan tersumbat di dalam saluran darah. Arnica akan “mencuci” saluran tersumbat ini membantu melancarkan peredaran darah dan amat memeranjatkan terdapat maklum balas kesan jeragat pudar selepas 2 hari. Arnica di ambil di dalam bentuk wet dose bukan di dalam bentuk tablet manis.

Berikut ialah maklumbalas seorang pesakit yang mengguna Arnica 30 di dalam wet dose.

Puan,

Hasil dari cadangan puan saya telah mula mengambil Arnica 30 di dalam bentuk wet dose seperti cadangan puan untuk mengawal BP (blood pressure) dan BS (blood sugar) dan jeragat saya semenjak berhenti mengambil pil perancang sejak 6 bulan lepas. Saya juga sedang mengamalkan Sepia 200, Melasma free dan Fragaria (set SMF) untuk jeragat.

  1. Jeragat saya terjadi di bahagian atas pipi di kedua belah kiri dan kanan. Jeragat berwarna kecoklatan yang tidak sekata warnanya
  2. Saya mengalami jeragat sejak 2000, dan semakin teruk selepas berhenti mengambil pil perancang sejak 6 bulan lepas.
  3. Saya terbaca artikel-artikel puan mengenai jeragat dan menyedari jeragat terjadi akibat hormon tidak stabil yang menyebabkan melanin di keluarkan secara berlebihan
  4. Saya sudah menggguna produk pengelupasan, tetapi malangnya tidak mendapat kesan yang baik malah semakin menjadi teruk dan saya terus berhenti mengguna produk tersebut.
  5. Pelbagai produk saya telah mencuba dan hampir kecewa dengan semua kaedah perubatan atau rawatan yang ada.
  6. Setelah mengamal Sepia 200, Melasma Free dan Fragaria (set SMF) saya masih tidak mendapat kesan jeragat pudar lebih 50%  (walaupun begitu terasa kenyakinan remedi homeopathy mula menunjukkan kesan yang positif)
  7. Puan mencadangkan mengambil Arnica 30 wet dose bersama-sama set SMF, 4 kali sehari, 1 sudu besar sebelum makan.
  8. Selepas 2 hari sewaktu sedang sibuk ingin “menampal” kesan jeragat dengan makeup untuk menghadiri satu mesyuarat penting, saya amat terperanjat apabila perasan jeragat saya telah pudar lebih 90% dan hampir tidak kelihatan. Saya hanya perlu mengguna makeup yang nipis sahaja.

Terima kasih puan , saya amat bersyukur kerana gandingan SMF dan Arnica 30 wet dose sangat-sangat berkesan untuk saya.

Tidak hairanlah amat jarang jeragat akan terjadi semula jika telah sembuh dengan mengambil remedi homeopathy. Jika jeragat telah hilang, ianya akan hilang dan kemungkinan recurrent atau terjadi semula amat tipis kerana remedi homeopathy telah “membetulkan” keadaan yang tidak menentu dengan memberi sistem immuniti tubuh kekuatan baru untuk melawan pelbagai jenis gangguan yang terjadi didalam tubuh.

Sebagai langkah pencegahan atau profilaktik yang selanjutnya, perlindungan dari sinaran UV juga perlu diambil berat. Penggunaan krim anti UV sangat-sangat digalakkan untuk menghalang sinaran UV membina lapisan melanin yang baru. Krim untuk anti UV sekurang-kurang SPF30 sudah memadai untuk menghalang sinaran UV.

Homeopathy percaya setiap masalah kesihatan berpunca dari sistem tubuh yang bermasalah. Oleh itu homeopathy akan merawat individu yang sakit secara keseluruhan. Homeopathy tidak merawat kesakitan tersebut sahaja , malah merawat keseluruhan tubuh.

Begitu juga konsepnya untuk merawat jeragat atau melasma. Perubatan homeopathy merawat pada akar umbi permasalahan jeragat itu sendiri. Untuk maklumat lanjut mengenai Arnica wet dose sila hubungi saya.

INGIN MENDAPATKAN KONSULTASI PERCUMA DAN MENGETAHUI REMEDY YANG SESUAI DENGAN MASALAH JERAGAT ANDA. SILA WASAP KODE ‘JERAGAT’ KE +60123400557

Posted on Leave a comment

Kulit Berjeragat?, Salahkan Hormon Anda Kerana Haid Tidak Teratur

menopause dan jeragat

Menghadiri kuliah akan menambah paras tekanan yang menimbulkan situasi stress.

Sewaktu tubuh mengalami stress yang kronik, seperti mengalami keletihan adrenal, tubuh secara spontan akan mengguna pregnenolone untuk menghasil cortisol dengan lebih banyak. Sewaktu proses ini terjadi tubuh akan mengurangkan pengeluaran hormon untuk seksual. Bagi wanita, kesan ini akan mengakibatkan kekurangan pengeluaran hormon testosterone (yang akan menjadikan wanita itu hilang minat seksual atau rendah libido). Kekurangan hormon testosterone akan menjadikan hormon estrogen sebagai hormon dominasi, dan ini ialah punca terjadinya jeragat akibat stress. Peningkatan hormon estrogen akan menambah kuantiti MSH yang akan mengakibatkan terjadinya jeragat atau melasma.MSH atau melanocyte-stimulating hormones, MSH adalah punca terjadinya jeragat apabila hormon ini merangsang pengeluaran melanin. Pengeluaran melanin dengan begitu banyak akan menyebabkan kulit menjadi lebih gelap atau dipanggil jeragat atau melasma.

Hormon mempunyai kesan yang amat penting untuk kesihatan setiap wanita. Hormon seksual wanita, estrogen dan progesterone sangat penting untuk kesuburan sistem reproduksi wanita, ianya melibatkan kitaran haid sehingga ke proses wanita itu mengandung sehingga menopause. Hormon juga mempengaruhi emosi, paras tenaga, berat badan, mood dan sehingga kepada masalah kulit pun akan terjadi akibat dari masalah hormon seperti terjadinya jeragat dan jerawat.

Rawatan yang biasa dipreskripsi oleh perubatan moden untuk masalah kitaran haid ialah;

  • Pil kawalan hormon kelahiran atau pil perancang (contraceptive pills)
  • Pil tahan sakit seperti ibuprofen painkillers
  • Hormon sintetik seperti Progestogens
  • Ubat-ubatan Haemostatic

Ubat-ubatan ini sangat-sangat membantu untuk memberi kelegaan segera kepada penderita masalah ketidaktentuan kitaran haid, tetapi di dalam masa yang sama akan memberi kesan sampingan di dalam tempoh jangkamasa yang panjang seperti jeragat apabila berhenti mengambil ubat-ubatan tersebut. Kita tidak menolak perubatan moden secara total, tetapi pengambilan ubat-ubatan moden di dalam jangkamasa yang lama akan menjadikan seseorang itu ketagih dan bergantung kepada ubat-ubat itu sepanjang hayatnya. Perlu diingat sekiranya kesakitan yang teruk dan tidak tertanggung, maka perubatan moden mampu membantu dan selepas itu bolehlah mengambil perubatan alternatif terutama homeopathy, kerana perubatan homeopathy selamat untuk diambil di dalam jangkamasa yang lama dan tidak menimbulkan ketagihan.

Setelah kesan sampingan ini diketahui ramai, maka tidak hairanlah wanita kini yang semakin terpelajar dan sudah mempunyai akses yang luas mengenai kesan baik dan buruk perubatan moden telah mula mencari perubatan alternatif yang lebih mesra kepada tubuh mereka

Di Negara maju seperti di Amerika Syarikat dan Eropah telah lama mempraktik perubatan alternatif seperti homeopathy, ayurvedic dan perubatan yang berasaskan resipi perubatan purba untuk merawat pelbagai jenis penyakit.

Queen Elizabeth sendiri mengguna perubatan homeopathy sebagai amalan harian dan beliau mempunyai doktor pakar homeopathy yang bertugas di Istana Buckingham untuk merawat Queen of England sekiranya beliau jatuh sakit, mungkin itu adalah rahsia beliau dapat bertahan memerintah England sehingga kini (dengan izin Allah).

Masalah Haid Dan Perubatan Homeopathy

Remedi homeopathy biochemic di lihat sangat berjaya merawat masalah haid (menstrual disorder), seperti journal dan laporan yang diterbitkan oleh pakar-pakar homeopathy di seluruh dunia. Malah perubatan homeopathy mempunyai kajian yang agak maju dan mempunyai senarai remedi yang panjang untuk pelbagai simptom masalah haid termasuk merawat jeragat di dalam masa yang sama. Remedi utama untuk pelbagai masalah wanita seperti masalah haid ialah Sepia, dan merupakan remedi utama untuk merawat jeragat. Selain dari Sepia, remedi yang sangat membantu untuk di ambil bersama-sama ialah Pulsatilla, Ashwagandha Q Drop, Tunera Q Drop, Cal carb, Chamomilla, Colocynthis, Lachesis, Lycopodium, Nat Mur, Fragaria Vesca, Dandelion dan beberapa remedi lain lagi. Untuk mendapatkan remedi yang sesuai anda perlu menjawab beberapa soalan mudah untuk saya mengenal pasti remedi dan set yang terbaik untuk anda.

Sebagai contoh remedi yang paling kerap dicadangkan ialah Sepia 200, Melasma Free dan Fragaria Vesca.

Sepia 200 adalah remedi paling utama bagi masalah jeragat akibat haid tidak teratur (menstrual disorder) dan berkaitan masalah hormon yang melibatkan wanita-wanita berumur.

Sepia 200 adalah remedi homeopathy dan biochemic yang mengguna kaedah campuran dos nano untuk menstimulasi sistem immun dan pertahanan tubuh. Sepia 200 merawat pelbagai penyakit dan kebanyakkan melibatkan sistem reproduksi wanita.

Sepia 200 sangat berjaya menjadi remedi utama untuk mengatasi masalah jeragat dikalangan wanita. Sepia 200 bertugas memembaiki tisu-tisu dan sel -sel kulit yang mati, menyingkirkan kesan jeragat dan bintik-bintik hitam diwajah secara dalaman. Sepia 200 juga sungguh lembut tindakannya tanpa menyebabkan kesan pengelupasan yang akan menipiskan kulit. Selain itu sepia 200 memberi nutrisi yang baik untuk kesihatan kulit. Memperbaiki struktur kulit yang rosak dan mengembalikan tekstur kulit yang lebih baik.

Sepia adalah remedy homeopathy dan biochemic yang mengaitkan semua masalah gangguan hormon (hormone imbalance), terutama yang terjadi kepada wanita melepasi umur 40 an yang akan terjadi perubahan di kulit seperti melasma,hyperpigmentation dan blackhead. Ketiga-ketiga masalah tersebut adalah berbentuk jeragat kehitaman atau coklat yang mencacat penampilan muka seseorang wanita tersebut.

Sepia juga sering digunakan untuk mengatasi masalah gynecological seperti sindrom pra-haid, kesakitan atau darah haid yang terlalu banyak, “hot flashes”, emosi dan fizikal semasa dan selepas hamil, jangkitan candida dan uterus yang jatuh.

Lain-lain khasiat dan kegunaan Sepia 200

Pengamal homeopathy akan memilih Sepia 200 untuk pesakit yang mempunyai simptom sikap tidak peduli dan kerap berubah mood. Simptom jerawat, kepenatan melampau, otot-otot yang lemah, penghadaman yang tidak baik, mengalami gas dan sakit perut, pening kepala, loya, terasa tubuh melayang, rambut gugur, jeragat dan kerap berpeluh.

Melasma free – Untuk membantu menambah nutrisi ke kulit dan membantu sistem tubuh untuk membina sel-sel kulit baru. Melasma Free juga akan membantu menguatkan sistem antibodi tubuh untuk memperkuatkan sistem “auto healing” bagi mengatasi pelbagai masalah kesihatan.

Kini anda tidak boleh menyalahkan hormon anda semata-mata kerana terdapat remedi-remedi yang selamat, lembut, boleh diharapkan dan berkesan untuk membantu hormon anda kembali stabil. Anda perlu mengawal stress dan mengamalkan gaya kehidupan yang sihat untuk mendapat kesan optimal dari remedi dan set jeragat yang sangat berkesan ini.

Ingin mendapatkan konsultasi remedy yang sesuai dengan jeragat anda. Sila wasap kode JERAGAT KE +60123400557

Posted on 2 Comments

Jeragat dan menopause ada kaitan?

menopause dan jeragat

 

 

Jeragat Sewaktu Pre-Menopause dan Setelah Menopause

 

Hanya segelintir wanita yang bersiap sedia untuk menghadapi menopause, sementara sebahagian besar wanita langsung tidak bersedia sehinggalah secara tiba-tiba sesuatu kesan pelik mula timbul muka anda. Kesan seperti simetrikal dan kadang-kadang di dalam bentuk bintik-bintik hitam atau kecoklatan mula kelihatan, mulanya hanya sedikit dan lama kelamaan kesan tersebut mula membesar di atas bibir, hidung, pipi dan dagu. Stress, dan jalan pendek yang diambil ialah mengguna skincare untuk membuang kesan-kesan tersebut. Kebanyakkan krim dipasaran yang dicadangkan ialah jenis bleaching atau peeling. Krim sebegini tidak membantu kerana ia mempunyai kesan yang tidak baik kepada kulit selepas itu kerana terdapat amalan mengguna bahan-bahan terlarang seperti hydroquinone atau merkuri.

 

Secara purata wanita akan mengalami menopause pada umur 51, tetapi tidak ada umur yang tetap untuk menopause kerana kadang-kadang menopause boleh terjadi kepada wanita berumur 30an dan paling lewat pada umur 60an.

Menyedihkan apabila wanita-wanita ini yang sudah mengalami menopause, mengalami stress dan kadang-kadang mengalami depresi telah dijanjikan dengan kesan yang boleh membantu membina kenyakinan diri tetapi sebaliknya menjadi semakin teruk selepas mengguna produk-produk yang mengandungi bahan bertoksik. Kos rawatan kadang-kadang mencecah ribuan malah ada yang mencecah belasan ribu tetapi kesannya hanya sementara, selepas itu jeragat kembali menjelma. Terdapat segelintir wanita menopause yang terus mengalah dan membiarkan sahaja jeragat tanpa dirawat akibat kecewa. Bagi mereka yang mendapat sokongan suami, akan terus mencari pilihan alternatif untuk menghapus jeragat.

Kebanyakkan pesakit-pesakit yang mencari alternatif, seperti remedi  suplemen jeragat alternatif homeopathy biochemic ialah mereka yang telah kecewa dan gagal dengan rawatan kosmetik moden, malah pernah mengguna rawatan laser yang sangat mahal kosnya. Menyesal sudah tidak berguna tetapi perlu mencari solusi yang lembut, boleh diharap dan berkesan. Jeragat tidak semudah jerawat sapu dan hilang tetapi jeragat boleh terjadi akibat pelbagai sebab dan salah satunya ialah menopause.

Walaupun Menopause adalah proses yang terpaksa dilalui oleh setiap wanita, ia boleh ditangguhkan jika mengambil suplemen yang sesuai dan mempraktik gaya hidup sihat. Sekiranya sudah mengalami menopause ia bukanlah pengakhiran hidup anda, kerana terdapat remedi homeopathy yang sangat-sangat membantu untuk menstabilkan hormon yang sedang bergolak.

Ashwagandha Q Drop dan Tunera Q Drop sejenis remedi di dalam bentuk cecair, di dalam kategori homeobotanical iaitu herba berasaskan konsep homeopathy. Kedua-dua remedi ini juga sangat-sangat membantu sebagai suplemen kepada gadis dan wanita muda yang kerap diserang senggugut dan kitaran haid yang tidak teratur.

 Ashwagandha dan Tunera adalah herba purba dan Di Eropah menyifatkan Ashwagandha sebagai “Testosterone Booster”. Fakta ini bukan cerita dari lagenda tetapi ia adalah fakta yang dikaji oleh saintis. Mari kita lihat fakta bukan hanya auta semata-mata;

Ashwagandha adalah adoptogen, yang akan mengurangkan stress, ketakutan tanpa sebab, kenyakinan diri dan mengawal hormon stress (hormon stress cortisol). Beberapa kajian lain juga menunjukkan Ashwagandha telah berjaya menambah baik paras testosterone yang menjadikan seorang wanita atau lelaki itu lebih subur.

Ashwagandha juga sangat bermanfaat kepada kesihatan jantung, dengan mengurangkan keradangan serum triglycerides, dan meningkat paras HDL-cholesterol “baik”. Kajian terbaru juga menunjukkan Ashwagandha juga mampu menguatkan otot-otot.

Fakta kajian menunjukkan Ashwagandha dan Tunera adalah adoptogen yang “solid”, mempunyai pelbagai kebaikkan terhadap manusia terutama berkaitan hormon testosterone. Ini ialah kerana Ashwagandha akan membantu seseorang itu tidur dengan lebih berkualiti, mengurangkan hormon stress iaitu cortisol, meningkat paras HDL-cholesterol “baik” dan mengurangkan kekejangngan atau keradangan, kesemua ini akan membantu mempertingaktkan paras hormon testosterone ke paras yang sangat baik.

Tunera sangat berkesan untuk menstabilkan sistem hormon sewaktu menopause, mengurangkan rasa panas ke muka (hot flashes), dan membantu menjadikan kitaran haid yang normal bagi gadis-gadis muda.

Ashwagandha Q Drop dan Tunera Q Drop boleh diambil bersama-sama set hapus jeragat yang sedia ada seperti M3, M4, 5SMF, SMF, SMFF, BJC01 dan BJC02.

 

Jeragat dan Menopause

Di dalam tubuh kita terdapat sistem penyampai maklumat kimia yang mengawal hampir keseluruhan fungsi di dalam tubuh iaitu hormon, pertumbuhan dan perkembangan, metabolism, kesuburan, kawalan emosi, penghadaman dan beberapa fungsi tubuh juga gagal untuk bekerja jika sistem penyampai maklumat kimia gagal berfungsi dengan efisien.

Perubahan hormon sangat penting untuk tubuh, jika terjadi perubahan yang sangat kecil pun tubuh akan mengalami perubahan yang besar terhadap tubuh dan kulit. Hormon memainkan peranan yang penting terhadap keadaan kulit seperti , jeragat juga akan menjadikan seseorang itu kecewa dan stress, oleh kerana perubahan hormon tidak dapat diramal dan tidak mudah untuk dikesan walaupun dengan alat-alat kelengkapan yang canggih. Belajar untuk bersiap sedia untuk menghadapi situasi akan berlakunya perubahan hormon adalah sangat penting untuk menangani masalah hormon sehingga terjadinya jeragat.

Bersiap Sedia Sebelum Terjadinya Perubahan Hormon

Akil baligh adalah penanda pada alam kedewasaan bagi setiap individu. Gadis-gadis akan aki baligh pada sekitar umur 9-14 tahun dan akan menghadapi perubahan hormon dan tubuh sekurang-kurangnya empat tahun. Remaja lelaki biasanya akan akil baligh di antara umur 10-17 tahun dan akan mengalami perubahan pada fizikalnya lebih kurang sehingga tujuh tahun. Walaubagaimana pun gadis lebih terdedah kepada permasalahan berkaitan hormon berbanding lelaki. Gadis-gadis dilahirkan dengan sistem tubuh yang akan dipengaruhi oleh hormon selepas mereka akil baligh, di mana mereka akan mengalami kitaran haid secara bulanan, akan melahirkan anak, sistem laxative (susu badan) dan seterusnya akan melalui fasa pre-menopause dan seterusnya menopause.

Oleh itu amat penting bagi gadis-gadis terutamanya untuk mengetahui sistem tubuh mereka terutama hormon-hormon yang akan mempengaruhi kehidupan mereka sehingga ke peringkat menopause. Gadis dan lelaki akan mempunyai hormon estrogen, progesterone dan testosterone. Estrogen adalah hormon utama bagi gadis dan testosterone adalah hormon utama bagi lelaki. Sekiranya hormon androgen menjadi dominan ini akan menambah kuantiti sebum untuk kedua-dua jantina yang akan menyebabkan terjadinya jerawat.

Walaubagaimana pun kehidupan lelaki tidak terlalu terpengaruh dengan perubahan hormon berbanding wanita. Kerana wanita adalah hormon dan hormon adalah wanita, begitulah rapatnya ikatan di antara hormon dan wanita bermula sejak akil baligh sehingga menopause.Jika mendapat rawatan di klinik biasa, doktor-doktor akan memberi pil HRT (hormone replacement therapy). Walaubagaimana pun kesan sampingan yang disahkan oleh saintis, HRT adalah antara penyebab utama jeragat.

Disebabkan kesan sampingan ini ramai yang telah bertukar kepada perubatan alternatif seperti homeopathy biochemic yang lebih selamat dan bebas bahan kimia atau dadah. Remedi homeopathy bertindak dengan lembut, membantu sistem antibody untuk kembali kuat dan mampu melawan penyakit dengan “self healing” tubuh kita sendiri.

Remedi homeopathy yang paling berkesan untuk merawat jeragat sewaktu menopause ialah, Sepia 200. Sepia 200 adalah remedi “core” untuk wanita yang mengalami masalah hormon seperti mengambil pil perancang dan pil HRT (hormone replacement therapy). Sepia 200 digelar sebagai “women’s remedy”, oleh pakar-pakar homeopathy. Gandingan mantap Sepia 200, Melasma Free dan Fragaria vesca, sering mendapat maklumbalas dari pembeli dengan hasilnya yang pantas. Selain dari Sepia 200, Pulsatilla dan Caulophyllum antara remedi hebat untuk wanita sebelum dan selepas menopause.

Pulsatilla di dalam perubatan homeopathy dianggap sebagai remedi yang sangat diperlukan wanita, sangat bagus untuk masalah wanita sebelum dan sewaktu haid dan Caulophyllum adalah remedi yang sangat hebat untuk pelbagai masalah wanita berkaitan saraf-saraf seperti kecederaan lama dan selepas melahirkan bayi. Sangat bagus sekiranya digabungkan dengan Sepia 200 dan lain-lain remedi terutama kepada wanita yang menopause.

Secaranya ringkasnya fungsi ke semua remedi ini mempunyai fungsi seperti dibawah;

  • Sepia 200 – Women’s remedy, yang sangat “power” untuk mengatasi masalah jeragat akibat perubahan atau tidak seimbang hormon. Sangat hebat untuk wanita yang mengalami masalah menstrual (datang haid) yang tertangguh dan kerap mengalami kekejangan sewaktu menstrual
  • Melasma Free Caulophyllum- Remedi yang sangat hebat untuk memberi nutirisi kepada pesakit. Melasma Free Caulophyllum sangat “power” untuk wanita yang stress dan alami masalah sakit-sakit saraf, atau orang panggil “sakit urat”.
  • Cal Sulph – Mineral yang sangat “power” untuk membekal nutirisi ke kulit, membina sel-sel kulit baru dan membawa oksigen secukupnya ke dalam darah.
  • Kali Sulph adalah mineral yang sangat hebat untuk membantu hati membuang toksin.
  • Fragaria vesca 30, atau wild berry yang di gelar “tumbuhan anugerah Allah” yang mempunyai kesan yang sangat baik untuk system tubuh yang lebih kuat. Fragaria vesca sangat “powerful” jika mengikut satu komen web yang menceritakan kebaikkan Fragaria vesca untuk mencerahkan kulit. Selain kulit Fragaria vesca juga mampu mencerahkan gigi dan membantu buah pinggang bekerja dengan lebih cekap dan menghalang dari terjadinya batu di buah pinggang.

Jangan bersedih jika anda sudah menopause dan terdapat jeragat dimuka, kerana terdapat pilihan untuk kembali cantik dengan selamat dan tanpa kesan sampingan.

 

Bagi mendapatkan konsultasi yang tepat dengan masalah jergat anda sila wasap kode  JERAGAT ke +60123400557

Posted on Leave a comment

Produk jeragat berasaskan kosmetik seperti krim,serum dll selalunya ada merkuri

mercury

Baru-baru ini gempar dan terkejut kerana tersebarnya berita melalui media, produk yang terkenal merawat jeragat dan memutihkan kulit didapati mengandungi bahan tidak selamat kepada kulit seperti merkuri dll. Perkara ini adalah lumrah dan kebanyakan produk skincare yang berada dipasaran memang mempunyai bahan kimia yang terkawal bagi mempercepatkan kesannya. Artikel ini bukan bertujuan ini menjatuhkan dan memburukkan mana-mana pihak tetapi cuba mendidik pengguna dengan ilmu dan fakta. Artikel ini juga tidak bertujuan untuk menghantam dan “kondem’ mana-mana produk tetapi lebih kepada perkongsian ilmu. Menjual produk yang mengandungi bahan kimia dan tidak memberitahu kepada pengguna adalah tidak beretika dan tidak berkat hasilnya.

Pengguna Sering Tertipu Dengan Produk Kosmetik Kecantikkan

Seperti diketahui umum pengeluar dan penjual produk-produk kosmetik mampu menjana hasil jualan berjuta-juta ringgit di dalam satu tahun. Tidak dinafikan hasil dari penyelidikan yang intensif bahan kosmetik menjadi semakin berkurangan penggunaan bahan-bahan bertoksik, tetapi ini tidak bermakna produk-produk tersebut tidak mengguna bahan-bahan bertoksik seperti merkuri atau raksa (mercury), plumbum (lead acetate), hydroquinone dan beberapa bahan kimia yang merbahaya. Paling popular dan kerap digunakan di dalam produk ialah raksa, untuk produk memutihkan kulit dan menghapus jeragat.

Hampir 95% pembeli akan lebih mementingkan kesan yang pantas berbanding kualiti dan keselamatan bahan-bahan yang digunakan. Soalan paling popular ialah “berapa lama boleh nampak kesan?”, adalah soalan yang menjurus pengguna ke arah produk-produk yang dicipta khusus untuk memberi kesan yang sangat pantas demi permintaan pengguna sendiri. Hasil dari permintaan perngguna yang tidak sabar maka terhasillah produk yang diidamkan.

Merkuri Ataupun Raksa Di Dalam Produk Kosmetik

Penggunaan raksa di dalam produk seperti krim dan sabun untuk pengelupasan kulit (skin bleaching) telah bermula pada awal 1900. Pada tahun 1970an hasil dari diskriminasi kaum yang keterlaluan, pengilang produk kosmetik mengguna raksa untuk menghasilkan produk pemutihan kulit kepada kaum kulit hitam di Amerika Syarikat.

Pada 1976 produk berasaskan raksa telah diharamkan di Kesatuan Eropah, tetapi Amerika Syarikat hanya mengharamkan penggunaan produk berasaskan raksa pada tahun sekitar 1990an.

Raksa Menyerap Ke Dalam Tubuh Melalui Kulit

Bahan berasaskan raksa boleh diserapkan kedalam tubuh melalui pernafasan, penghadaman dan melalui kulit. raksa adalah beracun, kesan bahaya akibat keracunan raksa adalah pasti dan akan bertambah setiap kali terkena bahan berasaskan raksa.

Apabila raksa telah menyerap ke dalam tubuh, kesannya boleh didapati di dalam darah, air kencing, hempedu, perpeluhan, air liur, susu ibu dan nanah dipermukaan ulser. Pembedahan yang dijalankan keatas mayat pengguna raksa i mendapati raksa juga terdapat di otak, di tulang, tisu-tisu, di sendi-sendi, paru-paru dan hati.

Kesan Raksa atau Merkuri Kepada Kulit Dan Kesihatan Amnya

Tidak dinafikan kesan produk yang berasaskan raksa menjadi kegilaan ramai kerana kesannya sangat hebat untuk pencerahan dan menghapus jeragat. Jeragat degil terutama yang berada diatas lapisan kulit akan hilang dengan sangat pantas dan akan kembali setelah berhenti mengguna produk tersebut.

Simptom keracunan raksa adalah seperti gangguan emosi, tubuh terasa tidak seimbang, keradangan di dalam mulut dan gusi, kepenatan, pelupa, hilang ingatan dan pening kepala. Sering juga terjadi perubahan karakter seperti menjadi tidak mesra, kurang kenyakinan, tekanan, menjadi pemalu yang luar biasa dan anti-sosial.

Jika bahan raksa terlalu banyak di dalam sistem tubuh juga akan mengakibatkan permasalahan kepada buah pinggang, rasa mengigil dan otot kekejangan.

Kulit yang terkena bahan raksa akan terjadi kegatalan, termasuk kesan keradangan yang berbentuk benjol yang kecil yang akan pecah dan mengeluarkan lelehan cecair. Kesan ini lama kelamaan akan menjadi pedih dan tidak selesa.

World Health Organization (WHO) sendiri telah mengeluarkan amaran mengenai bahaya yang terdapat di dalam produk krim dan sabun pencerahan dan jeragat yang mengandungi bahan raksa  pada tahun 2011. WHO telah mengesahkan bahawa raksa mempunyai bahan inhibit (yang merenjat proses semulajadi) melanin, apabila proses melanin “dipaksa berhenti “ pengeluarannya maka kulit akan menjadi lebih cerah.

WHO menerusi kajiannya telah mendapati, produk-produk pencerahan dan menghapus jeragat, seperti krim dan sabun. Sabun biasanya akan dijual sebagai “antiseptic soap”. Secara rutinnya wanita akan mengguna sabun ini untuk mencuci rambut, bawah lengan, seluruh tubuh dan juga di muka. Mengikut laporan mengatakan terdapat wanita yang mengguna produk ini selama lebih kurang 20 tahun!. Bayangkan betapa berisikonya wanita-wanita ini kepada keracunan raksa.

Kandungan raksa di dalam sabun biasanya 1-3% mercury iodide dan krim biasanya 1-10% mercury ammonium. Sesetengah sabun yang diuji mengandungi lebih tinggi kandungan raksa iaitu sehingga 31 mg/kg dan krim yang telah diuji sehingga 33 000 mg/kg. Pengilang yang beretika akan melabelkan warna label berwarna kelabu atau warna cream bagi menanda bahawa produk tersebut mengandungi kadar raksa atau merkuri yang tinggi, tetapi malangnya tidak ramai pengilang yang sebegitu.

Pengilang yang beretika akan didedahkan di atas label produk mengenai kuantiti konsentrasi merkuri digunakan di dalam senarai bahan rumusan. Nama raksa secara saintifik atau terang-terangan untuk pengguna mengenali bahan itu terdapat raksa atau merkuri perlu dicetak dilabel ialah seperti berikut; mercury, Hg, mercuric iodide, mercurous chloride, ammoniated mercury, amide chloride of mercury, quicksilver, cinnabaris (mercury sulfide), hydrargyri oxydum rubrum (mercury oxide), mercury iodide or “poison”.

Malangnya kebanyakkan syarikat yang menjual produk berasaskan raksa atau merkuri tidak akan menyenaraikan raksa di dalam senarai bahan rumusan produk mereka.

Adakah Produk Homeopathy Biochemic Mengandungi Merkuri atau Raksa?

Sekiranya produk seperti sabun dan krim itu adalah 100% homeopathy, ia bukan produk kosmetik. Sabun dan krim homeopathy dikategori sebagai produk “herbal” yang TIDAK mengandungi bahan-bahan kimia merbahaya seperti merkuri atau raksa, benzoic peroxide dan hydroquinone.

Produk yang berasaskan herba dan bebas bahan kimia merbahaya tidak akan menjadikan kulit anda cerah di dalam masa 2-3 hari selepas itu, tetapi akan mengambil masa sekurang-kurangnya 14 hari atau lebih mengikut keserasian pengguna tersebut.

Rawatan untuk jeragat, homeopathy biochemic akan lebih mencadangkan kepada pengambilan remedi oral (kemam atau minum) untuk merawat masalah dalaman sistem tubuh. Oleh itu produk homeopathy biochemic terdiri dari pelbagai set gabungan remedi “homeopathic single remedy” yang berkonsep “holistic” iaitu pendekatan rawatan secara menyeluruh, meliputi segala faktor fizikal simptom penyakit tersebut. Oleh itu terdapat beberapa set seperti set jeragat M3 (bersama sabun), M4 (terdapat krim dan sabun Carmino Complexion), SMF, 5SMF (terdapat krim dan sabun Carmino Complexion)  dan terbaru set-set lebih ekonomi dengan harga yang mampu beli seperti set SMFEC, BJC-01, BJC-02 (terdapat krim dan sabun Carmino Complexion) dan lain-lain lagi.

 

 

Krim dan sabun hanyalah alternatif sekiranya pengguna ingin mengguna krim dan sabun, dan sangat-sangat membantu untuk mempercepatkan proses menghapus jeragat dari atas lapisan kulit. Krim dan sabun homeopathy seperti krim dan sabun Carmino Complexion, mengguna Almond Milk sebagai agen pencerahan secara natural. Sangat lembut dan tidak mendatangkan mudarat kepada organ dalaman manusia.

Sebagai peniaga beragama Islam kami sangat mementingkan keselamatan produk yang kami jual kerana keberkatan hasil jualan adalah sangat penting bagi kami.

Bingung dengan keadaan jeragat anda yang tidak pernah sembuh walaupun sudah beribu dan bermacam-macam produk digunakan . Inginkan konsultasi percuma bagi mengetahui remedy yang sesuai. Sila wasap maklumat dibawah ke no +60123400557

Umur?

Ada masalah period , sengugut,monopause dll?

Ambil pil perancang?

Pernah membuat rawatan pengelupasan?

Pernah membuat rawatan laser?

Menggunakan implanon dll?

Selalu terdedah dengan cahaya matahari?

Persekitaran kerja yang stress?

Jawapan soalan diatas dapat membantu kami mengetahui punca jeragat anda dan mencadangkan set dan remedy rawatan yang sesuai dengan jeragat anda

Posted on Leave a comment

Adakah jeragat dan stress mempunyai kaitan

 

stress jeragat

 

 

Jeragat Dan Stress

 

Adakah Jeragat Terjadi Akibat Stres?

Jawapannya YA, kaitannya apabila tubuh mengalami stress akan terjadi respon yang menghantar isyarat ke otak yang akan mengaktif kelenjar pituari yang akan mengeluarkan adreno-corticotropic hormone (ACTH). ACTH akan mengaktif kelenjar adrenal cortisol, iaitu hormon yang berkaitan stress di dalam tubuh.

Proses ini akan menganggu keseimbangan hormon-hormon testosterone dan progesterone. Bagi wanita kacau ganggu terhadap hormon testosterone akan mengurangkan kehendak seksual . Progesterone juga akan berkurangan, ini akan mengakibatkan hormon estrogen menjadi dominan. Ini adalah kaitan stress dan terjadinya jeragat.

 

Jeragat yang terjadi dimuka tidak akan menjadikan seseorang itu merasa gatal, pedih atau bernanah seperti yang di alami oleh pesakit yang mempunyai jerawat. Jeragat dan jerawat adalah berbeza tetapi persamaan di antara kedua-dua penyakit ini ialah terjadi di muka, amat jarang jeragat dan jerawat terjadi di bahagian tubuh.

 

Pakar kulit perubatan moden mengklasifikasikan jeragat sebagai masalah kosmetik. Masalah kosmetik bermaksud masalah yang memerlukan rawatan membenam, membuang dan menghakis segala yang tumbuh di muka. Perubatan moden tidak mempunyai ubat-ubat untuk menghapus jeragat kecuali ubat-ubat yang mengandungi inhibitor yang akan supresi (menahan) proses semulajadi tubuh untuk menghalang lebihan melanin yang terhasil di melanocytes.

Stres atau tekanan perasaan sering melanda pesakit yang terjadi jeragat di wajahnya. Stres akan bertambah berlipat kali ganda sekiranya pesakit itu akan berhadapan dengan orang ramai setiap hari seperti pekerja di kaunter, pegawai pemasaran, cikgu, pensyarah dan lain-lain.

 

Kerap kali saya menerima Whatsapp di tengah malam bertanyakan solusi terbaik, solusi terpantas dan paling berkesan untuk merawat jeragat. Secara jujur saya mampu memberi solusi terbaik dan yang paling berkesan mengikut maklum balas pembeli sebelum ini. Pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa terdapat banyak set-set untuk menghapus jeragat sedangkan produk yang diiklan hanya 1 set dan mampu menghapus jeragat dengan pantas?

Maaf sekiranya saya katakan bahawa 97% pembeli tertipu dengan gimik jualan, tetapi hasilnya tidak seperti dijajakan. Homeopathy biochemic tidak mengamalkan konsep pemasaran yang suka berjanji sesuatu yang indah tetapi pada hakikatnya tidak seindah mana pun.

 

Serasi Dan Homeopathy Biochemic

Keserasian adalah satu faktor yang amat penting, paling mujarab untuk merawat pelbagai penyakit. Sekiranya serasi air jampi (air yang dibacakan ayat-ayat Al-Quran terutamanya) pun akan menyembuhkan penyakit di dalam tempoh yang amat pantas, sekiranya ada keserasian. Set-set homeopathy biochemic juga mempunyai beberapa maklum balas menunjukkan beberapa orang pembeli yang telah hilang jeragatnya selepas 1-2 minggu.

 

Solusi Untuk Hapus Jeragat Mengikut Kaedah Homeopathy Biochemic.

Homeopathy biochemic mempunyai senarai remedy yang panjang untuk menghapus jeragat. Paling banyak maklumbalas mengatakan set-set jeragat homeopathy biochemic sangat “power” ialah mengguna remedy tunggal (single remedy). Tidak hairanlah jika set-set homeopathy biochemic mempunyai remedy kemam atau minum dan di dalam 1 set akan terdapat 2 atau 3 remedi untuk dikemam dan diminum.

Sepia 200 adalah remedi “core” untuk wanita yang mengalami masalah hormon seperti mengambil pil perancang dan pil HRT (hormone replacement therapy). Sepia 200 digelar sebagai “women’s remedy”, oleh pakar-pakar homeopathy. Gandingan mantap Sepia 200, Melasma Free dan Fragaria vesca, sering mendapat maklumbalas dari pembeli dengan hasilnya yang pantas.

 

Terbaru set BJC01, yang berkonsepkan “single remedi” iaitu Cal Sulph, Kali Sulph dan Fragaria vesca juga mendapat sambutan yang sangat hangat.

Secaranya ringkasnya fungsi ke semua remedi ini mempunyai fungsi seperti dibawah

 

  • Sepia 200 – Women’s remedy, yang sangat “power” untuk mengatasi masalah jeragat akibat perubahan atau tidak seimbang hormon. Sangat hebat untuk wanita yang mengalami masalah menstrual (datang haid) yang tertangguh dan kerap mengalami kekejangan sewaktu menstrual
  • Melasma Free Caulophyllum- Remedi yang sangat hebat untuk memberi nutirisi kepada pesakit. Melasma Free Caulophyllum sangat “power” untuk wanita yang stress dan alami masalah sakit-sakit saraf, atau orang panggil “sakit urat”.
  • Cal Sulph – Mineral yang sangat “power” untuk membekal nutirisi ke kulit, membina sel-sel kulit baru dan membawa oksigen secukupnya ke dalam darah.
  • Kali Sulph adalah mineral yang sangat hebat untuk membantu hati membuang toksin.
  • Fragaria vesca 30, atau wild berry yang di gelar “tumbuhan anugerah Allah” yang mempunyai kesan yang sangat baik untuk system tubuh yang lebih kuat. Fragaria vesca sangat “powerful” jika mengikut satu komen web yang menceritakan kebaikkan Fragaria vesca untuk mencerahkan kulit. Selain kulit Fragaria vesca juga mampu mencerahkan gigi dan membantu buah pinggang bekerja dengan lebih cekap dan menghalang dari terjadinya batu di buah pinggang.

Walaupun terdapat banyak set-set untuk hapus jeragat, saya suka menceritakan maklumbalas dari pembeli yang mengambil set Premium SMF (SMFF) untuk set Ekonomi (EC) SMF-EC dan SMFF-EC atau BJC-01. (BJC-02).  Set-set ini harganya sangat mampu beli dan kesannya sangat hebat.

 

Set Premium Dan Set Ekonomi

Kini terdapat 2 jenis set untuk jeragat, iaitu set Premium dan Set Ekonomi (EC). Kedua-dua set ini tidak banyak perbezaannya dari kesan dan bahan yang digunakan. Cuma kuantiti sahaja berbeza. Dimana set Premium akan tahan lebih kurang untuk 2 bulan, sementara set EC dijangka akan tahan untuk lebih kurang untuk 1 bulan.

 

Untuk membezakan 2 set ini, botol juga adalah berbeza kecuali Fragaria vesca. Set Premium masih mengguna botol berwarna biru sementara set EC botol berwarna putih.

 

Set-set EC harganya sangat berpatutan, harganya bermula remdah

 

Bagi mendapatkan konsultasi terbaik set yang sesuai dengan masalah jeragat anda sila whatsapp kode JERAGAT KE +60123400557

KONSULTASI INI ADALAH PERCUMA

Posted on 15 Comments

97% Pengguna Tertipu Dengan Produk Merawat Jeragat

melasma

97% Pengguna Tertipu Dengan Produk Merawat Jeragat

Secara teorinya hampir 97% pengguna sering tertipu dengan gimik dan testimoni produk-produk merawat jeragat dan paling ketara ialah produk yang sering digunakan untuk mencerahkan kulit dan di katakana mampu menghapus jeragat di dalam masa sepantas 7 hari.  Artikel ini tidak bermaksud untuk memburuk-burukkan sesuatu produk tetapi sebagai satu info untuk pengguna supaya lebih bijak untuk memilih produk  kesihatan untuk merawat penyakit yang dideritainya.

Maaf jika tajuk ini keterlaluan tetapi itu adalah fakta yang di kaji oleh para ahli pemasaran di online atau pun offline,  kerana pengguna lebih gemar melihat gambar testimoni berbanding fakta perubatan. Produk-produk merawat jeragat sering kali bergandingan dengan produk pemutihan yang menjanjikan kulit anda akan menjadi cerah, gebu dan “flawless” di dalam masa yang singkat. Adakah anda sedar? proses untuk menghilangkan jeragat bukanlah kerja yang mudah kerana jeragat bukannya berada di atas lapisan kulit,  tetapi jeragat bermula dari proses yang lama dan komplek.

Bagaimana mungkin jeragat akan hilang di dalam masa 7 hari ( ada yang “claim” boleh hilang selepas 7 hari) jika proses terjadinya jeragat bermula sejak 10-15 tahun lampau? Pelik tetapi itulah dakwaan yang dibuat oleh pengeluar-pengeluar produk kecantikkan. Bukan tidak bagus jika kesannya pantas, tetapi kerap kali yang kesannya PANTAS akan mempunyai kesan sampingan.

Sebagai contoh terdapat produk-produk yang mengadungi inhibitor (menghalang atau memberhentikan proses) pengeluaran melanin.  Produk ini memang sangat pantas untuk menghilangkan jeragat kerana ia mengandungi inhibitor yang memberhentikan proses pengeluaran melanin yang berlebihan sehingga terjadinya jeragat. Ramai yang tidak tahu fungsi melanin kepada tubuh dan jika prosesnya pengeluarannya dihentikan dengan paksa padahnya akan mengakibatkan beberapa risiko terhadap 

  • Melanin menyediakan warna kulit
  • Melanin juga menentukan warna rambut
  • Melanin juga mempengaruhi mata hitam (di tengah mata)
  • Melanin juga berada di Stria vascularis di dalam kelopak mata
  • Melanin juga berada di kawasan otak
  • Melanin juga boleh mempengaruhi kelenjar adrenal

Apakah akan terjadi kepada anggota dan organ tubuh jika pengeluaran melanin dihentikan atau diperlahankan prosesnya? Kesan-kesan sampingan tidak akan terjadi di dalam masa terdekat tetapi mungkin selepas 1-2 tahun selepas itu.Proses memberhentikan atau menyekat atau memperlahankan proses semulajadi di dalam tubuh adalah sangat berisiko untuk menjadikan tubuh memberontak dan mengalami perubahan yang drastik.

Terdapat juga produk yang berasaskan soya untuk merawat jeragat dan mencerahkan kulit. Biasanya produk-produk dari US dan produk yang berkonsepkan “shake”. Pengeluar terbesar soya ialah US dan boleh dikatakan 90% produk US berasaskan soya, produk buatan Malaysia juga banyak diperbuat daripada soya kerana kosnya agak murah. Terdapat laporan bahawa soya adalah agen kepada kanser, tetapi kajian ini sering disangkal oleh pihak US untuk menyelamatkan industri tanaman soya US. Walaubagaimana pun kajian saintis telah mengesahkan pengambilan soya yang kerap dan banyak akan mengurangkan kehendak seksual dan mengurangkan tahap kesuburan seseorang.

Sebagai pengguna yang bijak anda harus membuat kajian sebelum mengguna produk yang kadang-kadang “too good to be true”. Terdapat produk yang lebih selamat, boleh dipercayai, lembut dan menjadikan tubuh anda lebih harmoni. Selain mendapat nasihat doktor yang bertauliah anda disarankan mengguna produk yang natural tidak dipengaruhi unsur-unsur tambahan seperti inhibitor, sintetik dan dadah.

Produk-produk seperti 100% herba dan tumbuhan seperti konsep ayurvedic, homeopathy biochemic yang berkonsepkan “sama menyembuhkan yang sama”, di mana remedi-remedi homeopathy akan diproses dengan dos yang sangat rendah untuk merawat simptom yang sama seperti bahan asal tersebut cetuskan dan tanpa mengguna ubat tetapi mengguna teknik kuno seperti accupunture adalah lebih selamat dan risiko untuk mendapat kesan sampingan sangatlah rendah.

Homeopathy Biochemic Adalah Paling Selamat?

Mengapa homeopathy biochemic paling selamat? Jawapannya mudah kerana homeopathy biochemic bukan ubat dan bukanlah herba tetapi mengguna kaedah yang cukup selamat. Remedi tidak dipanggil ubat kerana homeopathy biochemic bukanlah ubat. Ia diproses mengguna kaedah sangat selamat di mana 1 bahan asalnya akan dicampur dengan 10,000, 100,000 dan 1,000,000 bahagian air. Sehingga steteskop di makmal tidak dapat mengesan bahan asal yang telah dicampur , makmal akan mengguna terma “ND” atau not detected jika tidak dapat mengesan bahan-bahan seperti racun, logam berat, steroid dan lain-lain.

Saban hari homeopathy biochemic semakin mendapat sambutan dikalangan pengguna yang telah mengetahui manfaat remedi homeopathy. Remedi homeopathy biochemic juga bebas dari bahan lemak haiwan dan status halalnya tidak perlu dipertikaikan lagi.

Remedi homeopathy menunjukkan kesan yang optimistic di dalam kes-kes merawat jeragat yang diterima dari para pembeli. Testimoni yang diberi adalah “genuine” melalui pesanan sms atau Whatsapp yang kami terima.

Keadah homeopathy menawarkan rawatan yang komprehensif, yang akan menangani masalah jeragat dari punca terjadinya jeragat dan membantu membina sistem imuniti dan perkara-perkara yang mengakibatkan jeragat.

Homeopathy menggangap jeragat sebagai ekperesi luaran sebagai tanda terdapat gangguan sistem tubuh. Homeopathy percaya masalah kulit juga akibat dari ketidakstabilan mineral di dalam tubuh dan perlu di rawat dari puncanya.

Homeopathy merawat jeragat dan didalam masa yang sama merawat keseluruhan sistem tubuh seseorang itu. Remedi homeopathy merawat ketidakseimbangan hormon dan mengawal pengeluaran berlebihan Melanin yang menyebabkan terjadinya jeragat. Proses ini bukan hanya menghilangkan jeragat tetapi kualiti kulit akan menjadi bertambah baik, menghalang terjadinya jeragat baru dan secara semulajadi akan mengembalikan tekstur kulit asal.

Secara logiknya kes-kes jeragat ini yang melibatkan proses belasan tahun sebelum tercetusnya jeragat di muka memerlukan satu rawatan untuk menstabilkan sistem tubuh serta menguatkan sistem penyembuhan kendiri tubuh (auto healing system). Kaedah yang menghalang, membenamkan dan membuang jeragat lapisan atas sahaja seperti laser, krim pengelupasan dan pengelupasan secara kimia hanya membuang lapisan atas sahaja tetapi sumber yang mengeluarkan jeragat dari bawah lapisan kulit tidak dirawat dan distabilkan. Ini bermakna kaedah tersebut hanya boleh bertahan untuk sementara waktu sahaja. Ramai pengguna yang memilih kaedah homeopathy biochemic, setelah jeragat mereka menjadi semakin teruk selepas mengguna produk yang menjanjikan kesan pantas.

Oleh itu beberapa remedi homeopathy biochemic yang mendapat sambutan yang sangat hangat ialah Sepia 200, Melasma Free, Fragaria Vesca 30, Kali Sulph, Cal Sulph dan Dandelion 30. Paling terbaru set seperti BJC-01 danBJC-02 juga mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di mana kosnya sangat ekonomi dan kesannya sangat efektif bukan hanya untuk jeragat tetapi untuk keseluruhan tubuh. Paling utama remedi-remedi homeopathy biochemic sangat selamat untuk ibu-ibu hamil dan ibu yang menyusu bayi.

Bagi mendapat konsultasi percuma dan remedy yang sesuai dengan jeragat anda sila wasap kode JERAGAT KE +60123400557

Posted on 4 Comments

Hormon punca jeragat

 

jeragat dan hormon

 

cara rawat jeragat dengan berkesan

 

 

melasma

 

 

Homeopathy Biochemic Untuk Jeragat Akibat Paras Hormon Progesterone Yang Rendah

Ciptaan Allah Maha Agung, sangat komplek dan indah di mana tubuh manusia mempunyai hormon-hormon yang sangat panjang senarainya. Mengikut sains manusia atau homo sapiens , di mana mengikut teori Darwin kita berasal dari evolusi seekor monyet. Alangkah bodohnya teori sebegitu dari pandangan seorang ahli sains dan diterima pakai oleh sesetengah saintis yang tidak mempercayai wujudnya Allah swt. Sedangkan Allah menjadikan Nabi Adam dan diturunkan ke bumi dengan rupa paras, pemikiran, mempunyai kemahiran intelek  yang sudah pastinya kapasiti  seorang manusia dan bukannya seekor monyet!.

Berbalik kepada masalah hormon, kerap kali wanita adalah homo sapiens yang cukup unik, mempunyai sistem tubuh yang komplek dan kerap kali sistem tubuh wanita akan dipengaruhi oleh hormon-hormon bermula dari awal puberty sehinggalah ke fasa menopause.  Masalah penyakit terutama jeragat adalah berpunca dari masalah hormon.

Hormon yang paling penting akan berada di dalam ovari, di mana ovari akan mengeluarkan hormon estrogen, progesterone dan testosterone.  Perubahan mendadak yang terjadi kepada estrogen dan progesterone akan memberi satu bentuk karakter kepada kitaran haid dan berkaitan kesakitan PMS sewaktu menstruasi. Perubahan ini juga akan menjadikan kulit, terutama kulit muka menerima impak awal di mana akan terjadi jeragat atau jerawat sekiranya hati tidak dapat memproses lebihan salah satu hormon ini atau toksin.

Jeragat mengikut perubatan moden hanyalah masalah kosmetik, dan pendekatan kaedah perubatan moden lebih kepada kaedah kosmetik seperti rawatan menggunakan krim pengelupasan yang mempunyai bahan kimia dan juga kadah laser membuang jeragat dari kulit dengan pantas. Namun kerap kali kaedah-kaedah ini memberi kesan sampingan yang sangat teruk.

Pendekatan homeopathy sangat berbeza berbanding kaedah perubatan moden. Di mana kaedah homeopathy merawat jeragat ialah dengan mencari punca terjadinya jeragat dan merawat pesakit dan selepas itu barulah merawat penyakit.Homeopathy percaya jeragat berpunca dari masalah di dalam tubuh tertutama hati.

Tidak hairanlah jika homeopathy akan ada ubat makan untuk jeragat, kerap kali pembeli akan bertanya berkesan ke ubat jeragat ini?. Kaedah ubat jeragat pada persepsi orang ramai hanyalah krim atau sabun tetapi ubat untuk jeragat tidak sama dengan ubat nyamuk, di mana fungsinya untuk membunuh nyamuk. Maaf kita santai-santai untuk memudahkan pemahaman. Jika disebut ubat maka ia untuk di makan atau minum. Memang benar homeopathy mempunyai senarai ubat yang panjang  untuk jeragat. Walaubagaimana pun biochemic garam tisu sangat terkenal dengan konsep 12 garam tisu yang menyerupai mineral-mineral di dalam tubuh kita sendiri.

Sebenarnya homeopathy tidak menggelar setiap ubat adalah “ubat” tetapi homeopathy mengguna terma “remedi”. Remedi homeopathy bukan ubat, ia adalah suplemen dan tidak mempunyai bahan ubat seperti bahan-bahan aktif  berkimia yang terkawal, beunsurkan dadah sintetik dan penggalak kepada sistem tubuh. Sebagai contoh jika seorang wanita itu didiagnos dengan masalah paras progesterone yang rendah, pil progesterone akan dipreskripsi sebanyak 50-100mg di dalam satu hari.

 

Saya tidak bermaksud untuk mengatakan perubatan moden bahaya, tidak berkesan dan lain-lain. Saya hanya menunjuk perbezaan, dua kaedah berbeza di antara perubatan moden dan perubatan alternatif homeopathy.  Sekiranya anda sedang dipreskripsi dengan ubat-ubatan moden dan doktor menyarankan untuk mengambil tanpa henti, anda perlu mengikut arahan itu kerana perubatan emoden mempunyai kelengakapan yang cukup untuk mendiagnos penyakit berbanding kemudahan yang dimiliki oleh perubatan alternatif.

Remedi homeopathy amat selamat untuk diambil bersama-sama ubat perubatan moden. Remedi homeopathy tidak akan menganggu kesan remedi untuk bekerja, malah kadang-kadang ubat perubatan moden yang mengganggu kesan remedi homeopathy. Selepas mengamalkan remedi biochemic homeopathy, tubuh anda dengan sendirinya memberi isyarat untuk mengurangkan dos ubat-ubat secara beransur-ansur.

Ubat Jeragat Paling Berkesan

Biochemic homeopathy menawarkan senarai yang panjang untuk mengatasi pelbagai jenis jeragat mengikut simptom, karakter dan sejarah pesakit. Untuk memudahkan anda saya telah mengenal  pasti beberapa remedi yang sangat hebat dan berkesan untuk pelbagai jenis bentuk jeragat. Di antara ubat jeragat paling berkesan (mengikut kosa kata, search di internet) ialah SEPIA 200, FRAGARIA VESCA, MELASMA FREE, CALC SULPH, KALI SULPH, CALC FLOUR, DANDELION, NAT MUR DAN SILICA.

Remedi-remedi ini digabungkan menjadi set yang paling banyak mendapat maklum balas yang sangat hebat ;

  1. Set M3 – set paling asas mengandungi SEPIA 200, MELASMA FREE dan SABUN CARMINO ATAU MERRYGOLD.
  2. Set SMF – set paling popular mengandungi SEPIA 200, MELASMA FREE dan FRAGARIA VESCA  , kesannya sangat hebat, efektif dan pantas.
  3. Set SMFF – set paling popular, kesannya sangat hebat, efektif dan pantas. Set ini mengandungi 2 botol FRAGARIA VESCA
  4. Set BJ01 – set ekonomi yang mengandungi CALC SULPH, KALI SULPH DAN FRAGARIA VESCA. Set ini adalah yang terbaru.
  5. Set BJ02 – set ekonomi yang mengandungi CALC SULPH, KALI SULPH, FRAGARIA VESCA, KRIM CARMINO COMPLEXION DAN SABUN CARMINO COMPLEXION. Set ini adalah yang terbaru

Terdapat banyak lagi set-set seperti M4, 5SMF, 5RH, 5RH-EC (set ekonomi) dan lain-lain tetapi set-set di atas adalah di antara yang terbaik!. Gandingan setiap remedi bersama-sama FRAGARIA VESCA akan memberi impak yang sangat hebat. Fragaria Vesca adalah remedi yang sangat-sangat membantu hati untuk membuang lebihan estrogen di dalam hati, akibat paras progesterone yang rendah. DANDELION adalah remedi terbaru yang diperkenalkan. Ia berfungsi sebagai “liver detox” dan sangat hebat untuk membantu hati menjadi lebih cekap bekerja.

Kini homeopathy mula mendapat tempat di hati pengguna yang mencari alternatif, bersifat lebih holistik, lembut, berkesan dan boleh dipercayai. Terdapat banyak laman web yang menjual remedi homeopathy tetapi anda sebagai pengguna haruslah memilih laman yang mempunyai admin yang berpengalaman di dalam bidang homeopathy untuk mendapat nasihat yang terbaik untuk setiap masalah kesihatan anda.

 

Untuk analisa remedy yang sesuai diatas sila hantar wasap dengan kode JERAGAT ke 0123400557

Posted on Leave a comment

masalah jeragat sukar sembuh

Ramai yang tidak faham dengan punca jeragat.Mereka beranggapan bahawa dengan menyapu krim dimuka dan makan beberapa produk makanan tambahan sahaja masalah mereka akan pulih.

Ini adalah konsep yang salah sama sekali dan hasilnya anda dibayangi kebingungan kerana sudah berkilo-kilo krim dicuba dan berpuluh-puluh produk digunakan masalah anda tidak pernah selesai.

Malahan ada yang menghabiskan beribu-ribu ringgit membuat rawatan laser tetapi masalah selesai hanya seketika sahaja..Jeragat akan timbul datang balik selepas beberapa bulan kemudian kerana punca jeragat bukan sahaja disebabkan kulit luaran sahaja.

Mengapa perkara ini terjadi ?

Jawapannya mudah ringkas sahaja.Jeragat terjadi disebabkan oleh faktor hormon, genetik,cuaca dan penggunaan alat kosmetik yang mengandungi pengelupasan.Faktor umur adalah faktor utama. Kebiasaan jeragat terjadi kepada wanita yang berusia 25 tahun keatas. Perubahan hormon yang berlaku kepada mereka menyebabkan jeragat terjadi.

Perubahan hormon ini biasa berlaku?

Semasa proses kehamilan dan mengandung.

Selepas bersalin atau melahirkan anak.

Kedatangan haid yang tidak stabil.

Pra monopause

Monopuase

Penggunaan ubat-ubatan kimia yang menggangu hormon seperti pil perancang dll

Faktor yang kedua terjadinya jeragat ?

Penggambilan makanan kesihatan yang tercemar dengan bahan GMO dan sintentik.
Penggunaan pil vitamin dan makanan tambahan yang tidak berkualiti.
Pengambilan makanan yang tercemar dengan suntikan hormon seperti ayam,daging dll.
Penggunaan kosmetik yang mengandungi pengelupasan.

Faktor ketiga terjadi jeragat?

Dedahan cuaca panas yang terlampau dan lama.
Dedahan cahaya matahari yang mengandungi UV.
Bekerja ditempat panas dll.

Faktor pertama dan kedua adalah merupakan faktor yang terbesar dan faktor ketiga adalah faktor sampingan.

Jadi bagaimana nak rawat jeragat dengan berkesan ?

Penemuan saintifik dan sudah terbukti berkesan andalah menggunakan kaedah alternatif yang selamat dan berkesan menggunakan kaedah biochemic iaitu kaedah homeopati menggunakan garam tisu mineral.Bebas kesan sampingan sebab menggunakan mineral semulajadi dan bukannya bahan kimia serta boleh diambil oleh semua orang bahkan kanak-kanak sekali pun selamat.
Tetapi konsep perubatan homeopathy bukanlah bersifat “sniper” iaitu menembak tepat kepada masalah kesihatan seperti kebanyakkan ubat-ubat yang berkonsep “drug”.

 

Sebaliknya remedi homeopathy menjadi “askar peninjau” yang mengenal pasti punca masalah dan akan bertindak merawat punca masalah tersebut. Tidak dinafikan kadang-kadang remedi homeopathy memang agak lambat, tetapi kesannya boleh diharapkan.
Ini bermakna jika merawat jeragat, bukan hanya jeragat sahaja yang dirawat tetapi remedi homeopathy akan merawat seluruh badan. Secara logiknya jika terjadi jeragat maka akan ada puncanya seperti masalah hormon yang menjadi masalah utama setiap wanita. Terjadinya jeragat pada seseorang wanita itu disebabkan oleh faktor mengandung, mengambil pil perancang dan hormone replacement therapy (HRT), di mana semuanya akibat masalah hormon. Selain dari faktor genetik, bangsa dan terdedah kepada sinaran matahari (UV).

 

Set ini sangat berkesan dan terbukti telah berjaya mengatasi masalah jeragat dengan kos yang amat minima. Keberkesanan gabungan 5 remedi ini telah dicuba di India dan Pakistan yang menunjukkan statistik kejayaannya sebanyak 90%!!.

Set Jeragat 5RH mempunyai regim pengambilan yang sangat holistik, oleh itu setiap set Jeragat 5RH akan mampu bertahan selama lebih kurang 3 bulan.

Perbandingan rawatan dan kos yang perlu dibayar.

Pengelupan kimia (peeling) kos rawatan RM450-RM600 sekali rawatan,Ini melibatkan penggunaan larutan kimia untuk menghasilkan penglupasan kulit yang mengandungi lapisan melasma.Ianya agak berkesan untuk melasma tetapi harus diikuti dengan penjagaan kulit yang rapi. Hasilnya. Lebihkurang 50-70% melasma akan kurang. Ianya lebih sesuai untuk melasma epidermal

Laser kos rawatannya RM2000 atau lebih untuk sekali rawatan, Cara ini lebih berkesan untuk Hori’s Naevus dan Solar Lentigenes kerana gelombang laser boleh masuk lebih jauh kedalam. Rawatan ini juga sesuai untuk melasma dermal ( jeragat yang berada pada lapisan dalam kulit).

Mikrodermabrasion dan HV Iontophoresis.Cara ini menggunakan satu alat untuk menghasilkan penglupasan secara mekanikal. Ia kemudiannya diikuti dengan rawatan Vit C Iontophoresis yang akan mencerahkan kulit. Berkesan untuk mereka yang mempunyai kulit yang anjal dan tebal.Kos RM 750 – 900 ( Untuk 6 kali rawatan)

Mengapa Set Jeragat 5RH dikatakan Holistik ?

5 Remedi Homeopathy Secara Holistic Untuk Jeragat

Rawatan Homeopathy secara holistic ialah mengambil remedy secara “single remedy” untuk menangani pelbagai permasalahan pathologi penyakit yang dideritai. Single remedy mempastikan setiap pesakit mendapat dos yang secukupnya berbanding dos secara kombinasi.

Mengapa Perlu Mengambil 5 Remedi

Kerap kali jeragat akan tejadi didalam pelabagai bentuk atau dipanggil “Mixed Melasma”. Jeragat yang terjadi kepada setiap individu tidak mempunyai bentuk, symptom dan karakter yang sama. Oleh itu setiap remedy dibawah berupaya untuk mengatasi pelbagai bentuk kepelbagaian jeragat itu sewaktu rawatan.

Remedi dibawah ialah mengikut case-analysis di India yang melibatkan beberapa individu dengan kadar penyembuhan mengatasi masalah jeragat atau pigmentasi sebanyak 90% .

(1) Remedi 1 – TO200

(Ambil 4 biji dihisap 2 kali sehari untuk hanya 1 hari)

Berikut ialah symptom, karakter dan bentuk jeragat yang berkaitan, tetapi tidak semestinya meliputi kesemua;

Dry skin with brown spot. Hydrogenoid constitution. skin looks dirty. Face, pale, waxy, shiny; dark under eyes; spiderlets on.

(2) Remedi – CS200

(Ambil 4 biji dihisap 2 kali sehari setiap hari selama 1 minggu)

Berikut ialah symptom, karakter dan bentuk jeragat yang berkaitan, tetapi tidak semestinya meliputi kesemua;

Chloasma, yellowish stains on nose and cheeks; worse from exposure to sun and wind.

(3) Remedi 3 – CT30

(Ambil 4 biji dihisap 2 kali sehari setiap hari selama 2 minggu)

Berikut ialah symptom, karakter dan bentuk jeragat yang berkaitan, tetapi tidak semestinya meliputi kesemua;

Discoloration of skin in women with menstrual and uterine disorders.

(4) Remedi 4 – S200

(Ambil 4 biji dihisap 2 kali sehari setiap hari selama 3 hari)

Berikut ialah symptom, karakter dan bentuk jeragat yang berkaitan, tetapi tidak semestinya meliputi kesemua;

Chloasma; yellow spots [moth spots] the on the face, and a yellow saddle across the upper part of cheeks and nose. Suited to patient with having dark hair, rigid fibre. Ailments during pregnancy.

(5) Remedi 5 – Sr200

(Ambil 4 biji dihisap kali sehari setiap hari selama 1 minggu)

Skin affection after local medication. Old looking. Spotted face. Skin dry, rough, wrinkled, scaly; Itching, violently at night. Scrofulous diathesis. Liver spots. Unbreakable itching, especially from warmth. Dirty, filthy people, prone to skin affection.

Selepas tamat langkah ke 5, sila kembali ke langkah 1,2,3,4 & 5 dengan dos (kekerapan) dan tempoh masa yang sama.

Cara mengambil remedy :

Boleh guna penutup botol atau tangan yang bersih. Tablet ini berperisa manis hendaklah dihisap sehingga larut ke dalam mulut sebelum makan. Jika boleh pastikan lidah anda bersih

Berapa kos untuk set 5RH ini?

Kos untuk 5 botol ini yang dianggarkan untuk kegunaan selama 3-4 bulan hanya RM250.

 

Posted on 2 Comments

Faktor terjadi jeragat di muka

PhotoGrid_1391698328693

JERAGAT adalah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya tetapi kehadirannya menyebabkan kulit wajah seseorang kelihatan tidak sihat, selain menjejaskan penampilan individu.

Perunding Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Noraziah Abd Kadir Jailani, berkata jeragat adalah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya tetapi kehadirannya menyebabkan kulit wajah seseorang kelihatan tidak sihat, selain menjejaskan penampilan individu.

Beliau berkata, hakikatnya makna jeragat terlalu meluas dalam kamus perubatan. Namun, masyarakat khususnya orang Melayu mengenali jeragat sebagai tompok hitam atau pigmentasi yang terdapat pada kulit atau biji hitam seperti tahi lalat yang bertapak secara berkelompok di beberapa bahagian badan, wajah dan leher.

“Jeragat bagi pemahaman masyarakat tergolong kepada dua jenis iaitu pigmentasi (tompok hitam yang leper di dalam lapisan kulit atau biji seperti ketumbuhan kecil pada kulit). Masalah pigmentasi adalah seperti melasme, freckles atau solar lentigenes .

“Masalah biji atau ketumbuhan pula seperti seborrhoeic keratoses (biji hitam yang timbul seperti tahi lalat yang tumbuh secara berkelompok), actinic keratoses dan skin tag (lebihan daging berwarna coklat atau hitam) yang kebiasaannya tumbuh pada leher, muka dan celah ketiak.

“Walaupun jeragat tergolong sebagai penyakit kulit tetapi ia tidak menimbulkan kesan memudaratkan kecuali kaedah rawatan dan bahan yang digunakan tidak bersesuaian atau perlakuan fizikal di sekitar kulit berjeragat seperti mengutil dan mencabut mampu menyebabkan kesan luka, berdarah dan bernanah pada kawasan bermasalah,” katanya.

Beliau berkata, ada beberapa faktor menyebabkan kulit ditumbuhi jeragat iaitu kesan cahaya matahari yang merangsang kehadiran jeragat pada muka dan faktor genetik. Bagi pengambilan ubat-ubatan seperti pil perancang pula boleh menyebabkan potensi kulit berjeragat terhadap individu lebih tinggi.

“Kebiasaannya jeragat menyerang wanita pertengahan umur seperti 40 tahun ke atas. Tetapi tidak mustahil golongan awal 20-an juga berdepan masalah ini berikutan jeragat juga berpunca daripada faktor genetik yang mempunyai hubung kait dengan ibu bapa individu.

“Bagi wanita yang terdedah dengan cahaya matahari, risiko berdepan kulit berjeragat lebih besar berbanding golongan yang berkerja dalam kawasan redup yang melindungi kulit daripada kesan pancaran matahari berlebihan.

“Malah, masalah pigmentasi juga dikesan daripada pengambilan ubat seperti pil perancang, amiodarone, bleomycine, chloroquine, antibiotik seperti minocycline dan lain-lain lagi,” katanya.

Dr Noraziah berkata, jeragat boleh dirawat sama ada dengan menggunakan ubat yang disapu pada kulit bermasalah atau secara fizikal melalui teknik pembedahan tertentu. Kesesuaian rawatan bergantung pada jenis jeragat.

Katanya, bagi jeragat timbul seperti seborrhoeic keratoses, actinic keratoses dan skin tag, rawatan fizikal adalah cara terbaik manakala penggunaan krim tidak sesuai.

“Seborrhoiec keratoses boleh dirawat dengan rawatan fizikal menggunakan electrocautery iaitu alat cautery yang menghasilkan ‘heat’ (haba) yang berfungsi memusnahkan kelompok bintik hitam berkenaan atau rawatan Cryotherapy yang menggunakan cecair nitrogen atau rawatan pembedahan laser.

“Rawatan bagi melasme pula adalah sapuan krim seperti krim hydroquinone, krim daripada kombinasi hydroquinone, tretinoin dan steroid, krim isotrenoin atau pengelupasan kimia (chemical peeling ),” katanya.

Beliau berkata, melasme sering menyerang wanita kerana selain daripada pendedahan cahaya matahari dan faktor genetik, melasme juga berpunca daripada kehamilan atau pengambilan pil perancang.

Katanya, melasme iaitu pigmentasi atau tompok leper berwarna kelabu atau hitam yang ada di bawah lapisan kulit ini, kebiasaannya boleh dirawat dengan rawatan krim, tetapi terdapat juga pigmentasi yang tebal dan dalam yang mungkin memerlukan rawatan fizikal untuk mendapatkan hasil lebih baik.

“Bagi mengatasi masalah jeragat, wanita disaran lebih peka terhadap penjagaan kulit termasuk mengambil langkah pencegahan dengan menggunakan krim pelindung matahari sekiranya melakukan aktiviti luar selain mendapat rujukan doktor untuk mengenalpasti penyebab dan rawatan sesuai.

“Semakin berusia individu itu semakin banyak jeragat yang timbul pada kulit. Walaupun jeragat adalah penyakit kulit, ia tidak berbahaya atau mengancam nyawa. Tetapi bagi warga tua yang menghadapi masalah jeragat serius mereka disaran berjumpa doktor kerana dibimbangi ia bukan jeragat biasa tetapi sejenis kanser kulit,” katanya.

FAKTA – Jeragat

Sejenis penyakit kulit

Umumnya terbahagi kepada tiga jenis iaitu seborrhoeic keratoses, melasme dan skin tag

– Seborrhoeiv keratoses – timbul seperti biji hitam atau tahi lalat hidup
– Melasme – tompok hitam atau kelabu leper di bawah lapisan kulit
– Skin Tag – Daging lebih berwarna coklat atau kelabu yang kebiasaannya ada pada ketiak dan leher

Jeragat tidak berbahaya namun menyebabkan kulit muka individu kusam dan kotor

Oleh itu kaedah berkesan merawat jeragat adalah menggunakan kaedah dalaman dan luaran.Kaedah dalaman seperti mengambil remedy biochemic dan homeopathy adalah penyelesaian terbaik dan berkesan tanpa perlu laser dan pengelupasan

 

 

Posted on 4 Comments

Sepia dan melasme free rawat jeragat secara holistik

jeragat

jeragat-muka

Ramai yang tidak faham dengan punca jeragat.Mereka beranggapan bahawa dengan menyapu krim dimuka dan makan beberapa produk makanan tambahan sahaja masalah mereka akan pulih.

Ini adalah konsep yang salah sama sekali dan hasilnya anda dibayangi kebingungan kerana sudah berkilo-kilo krim dicuba dan berpuluh-puluh produk digunakan masalah anda tidak pernah selesai.

Malahan ada yang menghabiskan beribu-ribu ringgit  membuat rawatan laser tetapi masalah selesai hanya seketika sahaja..Jeragat akan timbul  datang balik selepas beberapa bulan kemudian kerana punca jeragat bukan sahaja disebabkan kulit luaran sahaja.

Mengapa perkara ini terjadi  ?

Jawapannya mudah ringkas sahaja.Jeragat terjadi disebabkan oleh faktor hormon, genetik,cuaca dan penggunaan alat kosmetik yang mengandungi pengelupasan. Faktor umur adalah faktor utama. Kebiasaan jeragat terjadi kepada wanita yang berusia 25 tahun keatas. Perubahan hormon yang berlaku kepada mereka menyebabkan jeragat terjadi.

Perubahan hormon ini biasa berlaku?

  • Semasa proses kehamilan dan mengandung.
  • Selepas bersalin atau melahirkan anak.
  • Kedatangan haid yang tidak stabil.
  • Pra monopause
  • Monopuase
  • Penggunaan ubat-ubatan kimia yang menggangu hormon seperti pil perancang dll

Faktor yang kedua terjadinya jeragat ?

  • Penggambilan makanan kesihatan yang tercemar dengan bahan GMO dan sintentik.
  • Penggunaan pil vitamin dan makanan tambahan yang tidak berkualiti.
  • Pengambilan makanan yang tercemar dengan suntikan hormon seperti ayam,daging dll.
  • Penggunaan kosmetik yang mengandungi pengelupasan.

Faktor ketiga terjadi jeragat?

  • Dedahan cuaca panas yang terlampau dan lama.
  • Dedahan cahaya matahari yang mengandungi UV.
  • Bekerja ditempat panas dll.

Faktor pertama dan kedua adalah merupakan faktor yang terbesar dan faktor ketiga adalah faktor sampingan.

Jadi bagaimana nak rawat jeragat dengan berkesan ?

Penemuan saintifik dan sudah terbukti berkesan andalah menggunakan kaedah alternatif yang selamat dan berkesan menggunakan kaedah biochemic iaitu kaedah homeopati menggunakan garam tisu mineral.Bebas kesan sampingan sebab menggunakan mineral semulajadi dan bukannya bahan kimia serta boleh diambil oleh semua orang bahkan kanak-kanak sekali pun selamat.

Tetapi konsep perubatan homeopathy bukanlah bersifat “sniper” iaitu menembak tepat kepada masalah kesihatan seperti kebanyakkan ubat-ubat yang berkonsep “drug”. Sebaliknya remedi homeopathy menjadi “askar peninjau” yang mengenal pasti punca masalah dan akan bertindak merawat punca masalah tersebut. Tidak dinafikan kadang-kadang remedi homeopathy memang agak lambat, tetapi kesannya boleh diharapkan.
Ini bermakna jika merawat jeragat, bukan hanya jeragat sahaja yang dirawat tetapi remedi homeopathy akan merawat seluruh badan. Secara logiknya jika terjadi jeragat maka akan ada puncanya seperti masalah hormon yang menjadi masalah utama setiap wanita. Terjadinya jeragat pada seseorang wanita itu disebabkan oleh faktor mengandung, mengambil pil perancang dan hormone replacement therapy (HRT), di mana semuanya akibat masalah hormon. Selain dari faktor genetik, bangsa dan terdedah kepada sinaran matahari (UV).
Sepia 200

Penggunaan krim luaran sahaja tidak mencukupi bagi jeragat yang sudah lama terjadi dan sukar untuk dipulihkan.Oleh itu menjadi tanggungjawab kita memulihkan secara dalaman. Kini dengan teknologi biochemic daripada cabang homeopati.Kak Zu telah membawa masuk satu rumusan biochemic yang sudah terbukti memulihkan jeragat yang sukar pulih,jeragat yang jauh duduk dibawah kulit dan jeragat yang sudah lama dan merebak.namun begitu ia juga amat sesuai bagi mereka yang menghidapi jeragat biasa atau permulaan.

Remedy biochemic yang dimaksudkan adalah sepia 200. Remedy ini dihasilan daripada remedy garam tisu mineral yang sudah terbukti berkesan merawat jeragat. Sepia 200 dihasil dengan rumusan homeopathy yang begitu selamat sehingga kanak-kanak umur 6 bulan pun boleh mengambilnya tanpa sebarang kesan sampingan

Sepia 30, 200, 1M dan 10M (mengikut pontensi)

Sepia adalah remedy homeopathy yang mengaitkan semua masalah gangguan hormone (hormone imbalance), terutama yang terjadi kepada wanita melepasi umur 40 an yang akan terjadi perubahan di kulit seperti melasma, hyperpigmentation dan blackhead. Ketiga-ketiga masalah tersebut adalah berbentuk jeragat kehitaman atau coklat yang mencacat penampilan muka seseorang wanita.

Selain jeragat Sepia juga boleh membantu meringankan kesakitan sewaktu haid dan symptom menopause, masalah haid, kehilangan libido, rambut menipis dan kemurungan.

Sepia 200 bertugas memembaiki tisu-tisu dan sel -sel kulit yang mati, menyingkirkan kesan jeragat dan bintik-bintik hitam diwajah secara dalaman. Sepia 200 juga sungguh lembut tindakannya tanpa menyebabkan kesan pengelupasan yang akan menipiskan kulit. Selain itu sepia 200 memberi nutrisi yang baik untuk kesihatan kulit. Memperbaiki struktur kulit yang rosak dan mengenerasikan

Melasma Free

Masalah jeragat sering menganggu penampilan sesorang wanita, namun masalah jeragat jarang-jarang terjadi kepada lelaki. Ini ialah kerana jeragat atau melasma adalah berkaitan masalah hormon, dan boleh dikatakan wanita mengalami masalah ketidakstabilan hormon lebih kerap berbanding lelaki.   Kebanyakkan masalah kesihatan wanita adalah berpunca dari ketidakstabilan hormon seperti jeragat.

Kenapa Biochemic ?

Biochemic atau garam tisu adalah persediaan homeopathy di dalam bentuk mineral inorganic yang menyamai garam mineral yang terdapat di dalam tubuh manusia. Terdapat 12 garam mineral di dalam tubuh manusia, seperti yang telah dibuktikan oleh pengasas perubatan biokimia atau biochemic iaitu Dr Shuessler seorang doktor  Jerman yang mengkaji abu mayat pada akhir tahun 1880 dan mendapati terdapat 12 garam mineral di dalam tubuh manusia.

Pada pendapat Dr Shuessler 12 garam mineral ini amat penting untuk mengimbang aktiviti selular (cellular activity) dan kesihatan pada umumnya. Kekurangan garam mineral ini adalah amat kritikal untuk tubuh mengimbang sistem tubuh dan terjadi ketidakselesaan pada tubuh (dis-ease) . Penemuan ini telah memanfaatkan  jutaan orang dengan mengguna kaedah biochemic pada potensi rendah untuk membantu mempercepatkan penyerapan nutrient, proses ini akan menguatkan dan menambah tenaga kepada tisu-tisu yang hidup. Garam tisu akan memberi sokongan kepada fungsi sel yang lebih cekap mengekalkan tahap kesihatan pada tahap terbaik, menambah baik keadaan fizikal dan emosi.

Garam tisu akan membantu fungsi asas sel-sel termasuk mengimbang kuantiti air, penghadaman, menyahtoksin, elastisiti sel-sel, menambah oksigen, membekal nutrisi dan sodium-postasium pada kadar yang stabil. Kaedah ini telah terbukti berkesan lebih 200 tahun, malah amat selamat untuk bayi baru lahir, ibu mengandung dan dewasa. Melasma Free adalah gabungan beberapa remedi garam tisu yang digelar sebagai “bioplasma”. Bioplasma ini akan membantu mengimbang hormon dan akan menghapus jeragat atau melasma  yang menganggu penampilan anda.

Punca Jeragat (Melasma/Chloasma)

Punca terjadi melasma tidak dapat dikenalpasti sehingga kini, tetapi hasil dari kajian patologi (kajian penyakit), melasma mungkin berpunca dari pengambilan pil perancang, terapi penganti hormon (HRT dan progesterone), ubat penenang, sejarah di dalam keluarga dan  kerap terdedah kepada sinaran matahari. Kebanyakkan kes melasma atau  jeragat adalah berpunca kerana terdedah kepada sinaran uv yang terlalu kerap.

Kerap kali wanita mengandung juga akan mengalami jeragat, ia dipanggil chloasma. Wanita mengandung akan mengalami pertambahan hormon estrogen, progesterone dan melanocyte stimulating hormone (MSH) sewaktu trimester kedua dan ketiga. Begitu juga wanita yang mengambil terapi penganti hormon sewaktu pra dan selepas menopause, di mana hanya hormon estrogen yang menguasai tubuh wanita tersebut.

Cara terbaik untuk “consume” kedua-dua remedi ini dengan mengguna kaedah selang-seli kalau orang kampung saya kata “alternate”. Contohnya begini tidak semestinya di mulai dengan Sepia 200 atau Melasma Free.
Jika anda bermula dengan mengambil Melasma Free contoh hari pada hari Isnin, esoknya hari Selasa Sepia 200 pula.
  • Isnin – 4 biji Melasma Free di kemam/hisap sebelum makan atau sewaktu perut kosong 3 kali sehari.
  • Selasa – 4 biji Sepia 200 di kemam/hisap sebelum makan atau sewaktu perut kosong 3 kali sehari.
  • Rabu – Melasma free, ulang langkah seperti di atas
  • Khamis – Sepia 200, ulang langkah seperti di atas
  • Jumaat – dan seterusnya sampai habis dan order yang baru hehe…
Disarankan untuk mengambil selama 90 hari berturut-turut untuk mendapat kesan yang terbaik
FAQ
1. Saya hamil dan mengandung,boleh ambil remedy ini?
Boleh, sepia dan melasme free adalah remedy oral yang kaya dengan garam mineral dan baik untuk ibu-ibu mengandung dan anak dalam kandungan.
2. Adakah ubat ini dapat kelulusan dan ada KKM ?
Sepia,melasme free,  bukan di klasifikasikan sebagai ubat  dan tidak tertakluk dengan akta racun 1952. Oleh itu semua remedy single homeopathy bukannya ubat dan tidak perlu KKM. 
3. Adakah remedy ini halal ?
Ya.sudah tentunya halal,kandungannya tiada unsur-unsur binatang dan meragukan.
4. Bolehkah ambil dengan ubat lain?
Boleh, jarakkan 1-2 jam dan jangan ambil serentak
5. Berapa lamakah tempoh keberkesanannya?
Tempoh bergantung pada masalah dan punca jeragat samada masalah hormon dll. Cadangan hendaklah diambil dalam tempoh 3-5 bulan untuk mendapatkan kesan terbaik dan penyembuhan secara holistik.
6. Saya hendak rawat dengan cepat dan bilakah perubahan akan berlaku?
Jeragat hendaklah dirawat secara holistik..Ramai yang tidak faham rawatan jeragat hendaklah diambil dalam jangkamasa tertentu untuk mendapat kesan yang terbaik.Ramai yang terpengaruh dan tension kerana sudah habis berpuluh ribu dan sudah mencuba berpuluh produk tetapi hasilnya sekejap sahaja dan jeragat hanya pudar dan tidak sembuh. Sepia 200 dan melasme free adalah bahan asasi mineral yang bertujuan menstabilkan masalah hormin.genetik dll. Rawatan yang tebaik biasa akan mengambil masa 3-5 bulan dan ada pelanggan dapat kesan lebih awal kerana kesan tiap orang tidak sama. Apakah anda sanggup menungggu bertahun-tahun dan bertukar daripada satu prosuk ke satu produk lain atau ingin menyembuh jeragat secara holistik. Keputusan ditangan anda.
7. Bagaimanakah cara cepat nak membelinya?
Cara cepat sila SMS code M9  ke 0123400557
8. Saya takut nak beli online,takut kena tipu?
Kami menjalankan perniagaan secara jujur di online sudah sekian lama. Pelanggan kami tiada masalah menerima pesanan mereka.
9. Berapa lamakah proses penghantaran?
Kami menggunakan khidmat poslaju.Anggaran sampai 1-3 hari bekerja di semenanjung. 2-5 hari bekerja di sabah dan sarawak.
10. Bilakah pesanan akan dipos jika bayaran sudah dibuat?
Kami akan semak bayaran anda dan jika bayaran sudah disahkan.Pengeposan akan dibuat pada hari yang sama bagi order sebelum 4 pm. Dan selepas 4 pm akan dipos keesokan harinya.
11. Produk ini asal dari mana?
Material produk diimport dari Pakistan dan India. Formulasi dibuat oleh pakar homeopathy Dr Anwar dari Malaysia.semua bahan yang digunakan halal dan suci.

12. Saya perlu ambil set atau single produk

Cadangan yang terbaik ambil kombinasi Melasme free dan Sepia 200 kerana 95% masalah jeragat yang sukar sembuh berpunca daripada masalah dalaman sepeti hormon tidak seimbang dan masalah genetik. 5% lagi disebabkan faktor cuaca dll.

13. Berapakah biji kandungan sepia dan melasme free dan tahan berapa bulan?

Kandungan sepia 200 adalah antara 300-320 biji iaitu 80 gram.Begitu juga dengan melasme free.satu botol tahan sebulan.Jika diambil sepia dan melasme tahan 2 bulan kerana diambil secara berselang.

14. Bagaimanakah cara pengambilan sepia dan melasme free?

Cara terbaik untuk “consume” kedua-dua remedi ini dengan mengguna kaedah selang-seli kalau orang kampung saya kata “alternate”. Contohnya begini tidak semestinya di mulai dengan Sepia 200 atau Melasma Free.
Jika anda bermula dengan mengambil Melasma Free contoh hari pada hari Isnin, esoknya hari Selasa Sepia 200 pula.
  • Isnin – 4 biji Melasma Free di kemam/hisap sebelum makan atau sewaktu perut kosong 3 kali sehari.
  • Selasa – 4 biji Sepia 200 di kemam/hisap sebelum makan atau sewaktu perut kosong 3 kali sehari.
  • Rabu – Melasma free, ulang langkah seperti di atas
  • Khamis – Sepia 200, ulang langkah seperti di atas
  • Jumaat – dan seterusnya sampai habis dan order yang baru hehe…
Disarankan untuk mengambil selama 90 hari berturut-turut untuk mendapat kesan yang terbaik
Antara testimonial mereka yang sudah berjaya

wpid-photogrid_1393345585304.jpg

wpid-photogrid_1393311844673.jpg

testi33

testi3

testimonial

wpid-photogrid_1404171713188.jpg 

Order sepia 200 dan melasme free seperti gambar diatas sila sms dengan code

M9   ke   0123400557

 

Kini set rawatan jeragat M9 hanya RM140 sahaja terdiri daripada 2 produk iaitu Sepia 200,Melasme free . Pos percuma seluruh Malaysia