Menghadiri kuliah akan menambah paras tekanan yang menimbulkan situasi stress.
Sewaktu tubuh mengalami stress yang kronik, seperti mengalami keletihan adrenal, tubuh secara spontan akan mengguna pregnenolone untuk menghasil cortisol dengan lebih banyak. Sewaktu proses ini terjadi tubuh akan mengurangkan pengeluaran hormon untuk seksual. Bagi wanita, kesan ini akan mengakibatkan kekurangan pengeluaran hormon testosterone (yang akan menjadikan wanita itu hilang minat seksual atau rendah libido). Kekurangan hormon testosterone akan menjadikan hormon estrogen sebagai hormon dominasi, dan ini ialah punca terjadinya jeragat akibat stress. Peningkatan hormon estrogen akan menambah kuantiti MSH yang akan mengakibatkan terjadinya jeragat atau melasma.MSH atau melanocyte-stimulating hormones, MSH adalah punca terjadinya jeragat apabila hormon ini merangsang pengeluaran melanin. Pengeluaran melanin dengan begitu banyak akan menyebabkan kulit menjadi lebih gelap atau dipanggil jeragat atau melasma.
Hormon mempunyai kesan yang amat penting untuk kesihatan setiap wanita. Hormon seksual wanita, estrogen dan progesterone sangat penting untuk kesuburan sistem reproduksi wanita, ianya melibatkan kitaran haid sehingga ke proses wanita itu mengandung sehingga menopause. Hormon juga mempengaruhi emosi, paras tenaga, berat badan, mood dan sehingga kepada masalah kulit pun akan terjadi akibat dari masalah hormon seperti terjadinya jeragat dan jerawat.
Rawatan yang biasa dipreskripsi oleh perubatan moden untuk masalah kitaran haid ialah;
- Pil kawalan hormon kelahiran atau pil perancang (contraceptive pills)
- Pil tahan sakit seperti ibuprofen painkillers
- Hormon sintetik seperti Progestogens
- Ubat-ubatan Haemostatic
Ubat-ubatan ini sangat-sangat membantu untuk memberi kelegaan segera kepada penderita masalah ketidaktentuan kitaran haid, tetapi di dalam masa yang sama akan memberi kesan sampingan di dalam tempoh jangkamasa yang panjang seperti jeragat apabila berhenti mengambil ubat-ubatan tersebut. Kita tidak menolak perubatan moden secara total, tetapi pengambilan ubat-ubatan moden di dalam jangkamasa yang lama akan menjadikan seseorang itu ketagih dan bergantung kepada ubat-ubat itu sepanjang hayatnya. Perlu diingat sekiranya kesakitan yang teruk dan tidak tertanggung, maka perubatan moden mampu membantu dan selepas itu bolehlah mengambil perubatan alternatif terutama homeopathy, kerana perubatan homeopathy selamat untuk diambil di dalam jangkamasa yang lama dan tidak menimbulkan ketagihan.
Setelah kesan sampingan ini diketahui ramai, maka tidak hairanlah wanita kini yang semakin terpelajar dan sudah mempunyai akses yang luas mengenai kesan baik dan buruk perubatan moden telah mula mencari perubatan alternatif yang lebih mesra kepada tubuh mereka.
Di Negara maju seperti di Amerika Syarikat dan Eropah telah lama mempraktik perubatan alternatif seperti homeopathy, ayurvedic dan perubatan yang berasaskan resipi perubatan purba untuk merawat pelbagai jenis penyakit.
Queen Elizabeth sendiri mengguna perubatan homeopathy sebagai amalan harian dan beliau mempunyai doktor pakar homeopathy yang bertugas di Istana Buckingham untuk merawat Queen of England sekiranya beliau jatuh sakit, mungkin itu adalah rahsia beliau dapat bertahan memerintah England sehingga kini (dengan izin Allah).
Masalah Haid Dan Perubatan Homeopathy
Remedi homeopathy biochemic di lihat sangat berjaya merawat masalah haid (menstrual disorder), seperti journal dan laporan yang diterbitkan oleh pakar-pakar homeopathy di seluruh dunia. Malah perubatan homeopathy mempunyai kajian yang agak maju dan mempunyai senarai remedi yang panjang untuk pelbagai simptom masalah haid termasuk merawat jeragat di dalam masa yang sama. Remedi utama untuk pelbagai masalah wanita seperti masalah haid ialah Sepia, dan merupakan remedi utama untuk merawat jeragat. Selain dari Sepia, remedi yang sangat membantu untuk di ambil bersama-sama ialah Pulsatilla, Ashwagandha Q Drop, Tunera Q Drop, Cal carb, Chamomilla, Colocynthis, Lachesis, Lycopodium, Nat Mur, Fragaria Vesca, Dandelion dan beberapa remedi lain lagi. Untuk mendapatkan remedi yang sesuai anda perlu menjawab beberapa soalan mudah untuk saya mengenal pasti remedi dan set yang terbaik untuk anda.
Sebagai contoh remedi yang paling kerap dicadangkan ialah Sepia 200, Melasma Free dan Fragaria Vesca.
Sepia 200 adalah remedi paling utama bagi masalah jeragat akibat haid tidak teratur (menstrual disorder) dan berkaitan masalah hormon yang melibatkan wanita-wanita berumur.
Sepia 200 adalah remedi homeopathy dan biochemic yang mengguna kaedah campuran dos nano untuk menstimulasi sistem immun dan pertahanan tubuh. Sepia 200 merawat pelbagai penyakit dan kebanyakkan melibatkan sistem reproduksi wanita.
Sepia 200 sangat berjaya menjadi remedi utama untuk mengatasi masalah jeragat dikalangan wanita. Sepia 200 bertugas memembaiki tisu-tisu dan sel -sel kulit yang mati, menyingkirkan kesan jeragat dan bintik-bintik hitam diwajah secara dalaman. Sepia 200 juga sungguh lembut tindakannya tanpa menyebabkan kesan pengelupasan yang akan menipiskan kulit. Selain itu sepia 200 memberi nutrisi yang baik untuk kesihatan kulit. Memperbaiki struktur kulit yang rosak dan mengembalikan tekstur kulit yang lebih baik.
Sepia adalah remedy homeopathy dan biochemic yang mengaitkan semua masalah gangguan hormon (hormone imbalance), terutama yang terjadi kepada wanita melepasi umur 40 an yang akan terjadi perubahan di kulit seperti melasma,hyperpigmentation dan blackhead. Ketiga-ketiga masalah tersebut adalah berbentuk jeragat kehitaman atau coklat yang mencacat penampilan muka seseorang wanita tersebut.
Sepia juga sering digunakan untuk mengatasi masalah gynecological seperti sindrom pra-haid, kesakitan atau darah haid yang terlalu banyak, “hot flashes”, emosi dan fizikal semasa dan selepas hamil, jangkitan candida dan uterus yang jatuh.
Lain-lain khasiat dan kegunaan Sepia 200
Pengamal homeopathy akan memilih Sepia 200 untuk pesakit yang mempunyai simptom sikap tidak peduli dan kerap berubah mood. Simptom jerawat, kepenatan melampau, otot-otot yang lemah, penghadaman yang tidak baik, mengalami gas dan sakit perut, pening kepala, loya, terasa tubuh melayang, rambut gugur, jeragat dan kerap berpeluh.
Melasma free – Untuk membantu menambah nutrisi ke kulit dan membantu sistem tubuh untuk membina sel-sel kulit baru. Melasma Free juga akan membantu menguatkan sistem antibodi tubuh untuk memperkuatkan sistem “auto healing” bagi mengatasi pelbagai masalah kesihatan.
Kini anda tidak boleh menyalahkan hormon anda semata-mata kerana terdapat remedi-remedi yang selamat, lembut, boleh diharapkan dan berkesan untuk membantu hormon anda kembali stabil. Anda perlu mengawal stress dan mengamalkan gaya kehidupan yang sihat untuk mendapat kesan optimal dari remedi dan set jeragat yang sangat berkesan ini.
Ingin mendapatkan konsultasi remedy yang sesuai dengan jeragat anda. Sila wasap kode JERAGAT KE +60123400557