Posted on Leave a comment

Produk jeragat berasaskan kosmetik seperti krim,serum dll selalunya ada merkuri

mercury

Baru-baru ini gempar dan terkejut kerana tersebarnya berita melalui media, produk yang terkenal merawat jeragat dan memutihkan kulit didapati mengandungi bahan tidak selamat kepada kulit seperti merkuri dll. Perkara ini adalah lumrah dan kebanyakan produk skincare yang berada dipasaran memang mempunyai bahan kimia yang terkawal bagi mempercepatkan kesannya. Artikel ini bukan bertujuan ini menjatuhkan dan memburukkan mana-mana pihak tetapi cuba mendidik pengguna dengan ilmu dan fakta. Artikel ini juga tidak bertujuan untuk menghantam dan “kondem’ mana-mana produk tetapi lebih kepada perkongsian ilmu. Menjual produk yang mengandungi bahan kimia dan tidak memberitahu kepada pengguna adalah tidak beretika dan tidak berkat hasilnya.

Pengguna Sering Tertipu Dengan Produk Kosmetik Kecantikkan

Seperti diketahui umum pengeluar dan penjual produk-produk kosmetik mampu menjana hasil jualan berjuta-juta ringgit di dalam satu tahun. Tidak dinafikan hasil dari penyelidikan yang intensif bahan kosmetik menjadi semakin berkurangan penggunaan bahan-bahan bertoksik, tetapi ini tidak bermakna produk-produk tersebut tidak mengguna bahan-bahan bertoksik seperti merkuri atau raksa (mercury), plumbum (lead acetate), hydroquinone dan beberapa bahan kimia yang merbahaya. Paling popular dan kerap digunakan di dalam produk ialah raksa, untuk produk memutihkan kulit dan menghapus jeragat.

Hampir 95% pembeli akan lebih mementingkan kesan yang pantas berbanding kualiti dan keselamatan bahan-bahan yang digunakan. Soalan paling popular ialah “berapa lama boleh nampak kesan?”, adalah soalan yang menjurus pengguna ke arah produk-produk yang dicipta khusus untuk memberi kesan yang sangat pantas demi permintaan pengguna sendiri. Hasil dari permintaan perngguna yang tidak sabar maka terhasillah produk yang diidamkan.

Merkuri Ataupun Raksa Di Dalam Produk Kosmetik

Penggunaan raksa di dalam produk seperti krim dan sabun untuk pengelupasan kulit (skin bleaching) telah bermula pada awal 1900. Pada tahun 1970an hasil dari diskriminasi kaum yang keterlaluan, pengilang produk kosmetik mengguna raksa untuk menghasilkan produk pemutihan kulit kepada kaum kulit hitam di Amerika Syarikat.

Pada 1976 produk berasaskan raksa telah diharamkan di Kesatuan Eropah, tetapi Amerika Syarikat hanya mengharamkan penggunaan produk berasaskan raksa pada tahun sekitar 1990an.

Raksa Menyerap Ke Dalam Tubuh Melalui Kulit

Bahan berasaskan raksa boleh diserapkan kedalam tubuh melalui pernafasan, penghadaman dan melalui kulit. raksa adalah beracun, kesan bahaya akibat keracunan raksa adalah pasti dan akan bertambah setiap kali terkena bahan berasaskan raksa.

Apabila raksa telah menyerap ke dalam tubuh, kesannya boleh didapati di dalam darah, air kencing, hempedu, perpeluhan, air liur, susu ibu dan nanah dipermukaan ulser. Pembedahan yang dijalankan keatas mayat pengguna raksa i mendapati raksa juga terdapat di otak, di tulang, tisu-tisu, di sendi-sendi, paru-paru dan hati.

Kesan Raksa atau Merkuri Kepada Kulit Dan Kesihatan Amnya

Tidak dinafikan kesan produk yang berasaskan raksa menjadi kegilaan ramai kerana kesannya sangat hebat untuk pencerahan dan menghapus jeragat. Jeragat degil terutama yang berada diatas lapisan kulit akan hilang dengan sangat pantas dan akan kembali setelah berhenti mengguna produk tersebut.

Simptom keracunan raksa adalah seperti gangguan emosi, tubuh terasa tidak seimbang, keradangan di dalam mulut dan gusi, kepenatan, pelupa, hilang ingatan dan pening kepala. Sering juga terjadi perubahan karakter seperti menjadi tidak mesra, kurang kenyakinan, tekanan, menjadi pemalu yang luar biasa dan anti-sosial.

Jika bahan raksa terlalu banyak di dalam sistem tubuh juga akan mengakibatkan permasalahan kepada buah pinggang, rasa mengigil dan otot kekejangan.

Kulit yang terkena bahan raksa akan terjadi kegatalan, termasuk kesan keradangan yang berbentuk benjol yang kecil yang akan pecah dan mengeluarkan lelehan cecair. Kesan ini lama kelamaan akan menjadi pedih dan tidak selesa.

World Health Organization (WHO) sendiri telah mengeluarkan amaran mengenai bahaya yang terdapat di dalam produk krim dan sabun pencerahan dan jeragat yang mengandungi bahan raksa  pada tahun 2011. WHO telah mengesahkan bahawa raksa mempunyai bahan inhibit (yang merenjat proses semulajadi) melanin, apabila proses melanin “dipaksa berhenti “ pengeluarannya maka kulit akan menjadi lebih cerah.

WHO menerusi kajiannya telah mendapati, produk-produk pencerahan dan menghapus jeragat, seperti krim dan sabun. Sabun biasanya akan dijual sebagai “antiseptic soap”. Secara rutinnya wanita akan mengguna sabun ini untuk mencuci rambut, bawah lengan, seluruh tubuh dan juga di muka. Mengikut laporan mengatakan terdapat wanita yang mengguna produk ini selama lebih kurang 20 tahun!. Bayangkan betapa berisikonya wanita-wanita ini kepada keracunan raksa.

Kandungan raksa di dalam sabun biasanya 1-3% mercury iodide dan krim biasanya 1-10% mercury ammonium. Sesetengah sabun yang diuji mengandungi lebih tinggi kandungan raksa iaitu sehingga 31 mg/kg dan krim yang telah diuji sehingga 33 000 mg/kg. Pengilang yang beretika akan melabelkan warna label berwarna kelabu atau warna cream bagi menanda bahawa produk tersebut mengandungi kadar raksa atau merkuri yang tinggi, tetapi malangnya tidak ramai pengilang yang sebegitu.

Pengilang yang beretika akan didedahkan di atas label produk mengenai kuantiti konsentrasi merkuri digunakan di dalam senarai bahan rumusan. Nama raksa secara saintifik atau terang-terangan untuk pengguna mengenali bahan itu terdapat raksa atau merkuri perlu dicetak dilabel ialah seperti berikut; mercury, Hg, mercuric iodide, mercurous chloride, ammoniated mercury, amide chloride of mercury, quicksilver, cinnabaris (mercury sulfide), hydrargyri oxydum rubrum (mercury oxide), mercury iodide or “poison”.

Malangnya kebanyakkan syarikat yang menjual produk berasaskan raksa atau merkuri tidak akan menyenaraikan raksa di dalam senarai bahan rumusan produk mereka.

Adakah Produk Homeopathy Biochemic Mengandungi Merkuri atau Raksa?

Sekiranya produk seperti sabun dan krim itu adalah 100% homeopathy, ia bukan produk kosmetik. Sabun dan krim homeopathy dikategori sebagai produk “herbal” yang TIDAK mengandungi bahan-bahan kimia merbahaya seperti merkuri atau raksa, benzoic peroxide dan hydroquinone.

Produk yang berasaskan herba dan bebas bahan kimia merbahaya tidak akan menjadikan kulit anda cerah di dalam masa 2-3 hari selepas itu, tetapi akan mengambil masa sekurang-kurangnya 14 hari atau lebih mengikut keserasian pengguna tersebut.

Rawatan untuk jeragat, homeopathy biochemic akan lebih mencadangkan kepada pengambilan remedi oral (kemam atau minum) untuk merawat masalah dalaman sistem tubuh. Oleh itu produk homeopathy biochemic terdiri dari pelbagai set gabungan remedi “homeopathic single remedy” yang berkonsep “holistic” iaitu pendekatan rawatan secara menyeluruh, meliputi segala faktor fizikal simptom penyakit tersebut. Oleh itu terdapat beberapa set seperti set jeragat M3 (bersama sabun), M4 (terdapat krim dan sabun Carmino Complexion), SMF, 5SMF (terdapat krim dan sabun Carmino Complexion)  dan terbaru set-set lebih ekonomi dengan harga yang mampu beli seperti set SMFEC, BJC-01, BJC-02 (terdapat krim dan sabun Carmino Complexion) dan lain-lain lagi.

 

 

Krim dan sabun hanyalah alternatif sekiranya pengguna ingin mengguna krim dan sabun, dan sangat-sangat membantu untuk mempercepatkan proses menghapus jeragat dari atas lapisan kulit. Krim dan sabun homeopathy seperti krim dan sabun Carmino Complexion, mengguna Almond Milk sebagai agen pencerahan secara natural. Sangat lembut dan tidak mendatangkan mudarat kepada organ dalaman manusia.

Sebagai peniaga beragama Islam kami sangat mementingkan keselamatan produk yang kami jual kerana keberkatan hasil jualan adalah sangat penting bagi kami.

Bingung dengan keadaan jeragat anda yang tidak pernah sembuh walaupun sudah beribu dan bermacam-macam produk digunakan . Inginkan konsultasi percuma bagi mengetahui remedy yang sesuai. Sila wasap maklumat dibawah ke no +60123400557

Umur?

Ada masalah period , sengugut,monopause dll?

Ambil pil perancang?

Pernah membuat rawatan pengelupasan?

Pernah membuat rawatan laser?

Menggunakan implanon dll?

Selalu terdedah dengan cahaya matahari?

Persekitaran kerja yang stress?

Jawapan soalan diatas dapat membantu kami mengetahui punca jeragat anda dan mencadangkan set dan remedy rawatan yang sesuai dengan jeragat anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *