Produk merawat jeragat homeopathy adalah satu-satunya rawatan yang sangat komprehensif dan sangat berkesan. Perubatan homeopathy adalah satu-satunya rawatan jeragat yang mempunyai remedi untuk dihisap dan diminum.
Tidak ada satu pun rawatan di dunia yang mampu memberi jaminan 100% dan tidak ada satu pun rawatan di dunia ini sangat sempurna dan lengkap. Begitu juga perubatan moden yang mempunyai kelebihan dan kekurangan yang perlu dibantu oleh perubatan alternatif seperti homeopathy.
Dari segi sejarah perubatan, allopathy atau perubatan moden konvensional lebih awal dipraktikkan berbanding homeopathy yang berusia hanya lebih 200 tahun. Allopathy mempunyai dana yang besar dari segi kajian, alatan dan latihan dan perubatan allopathy diiktiraf diseluruh dunia sebagai perubatan mainstream.
Homeopathy dan lain-lain kaedah perubatan dianggap sebagai alternatif kepada allopathy. Rata-rata kes penyakit yang gagal dan biasanya pada peringkat yang sangat kritikal barulah pesakit tersebut mencari perubatan alternatif . Oleh itu perubatan alternatif dianggap tidak berkesan kerana seringkali merawat kes-kes yang terlalu kronik.
Sebagai contoh kes jeragat atau pigmentasi, kerap kali pesakit yang mengambil set jeragat homeopathy setelah mengguna pelbagai kaedah rawatan perubatan konvensional dan gagal untuk mendapat kesan seperti yang diharapkan.
Secara amnya rawatan secara konvensional ialah membuang kulit paling atas jeragat tersebut. Sewaktu proses tersebut, lapisan atas kulit yang menjadi penapis kepada sinaran UV akan turut terhakis.
- Laser– rawatan paling pantas untuk menghapus jeragat. Malangnya rawatan ini juga membuang layer kulit yang bertindak menapis sinaran UV. Kerap kali selepas membuat rawatan laser kulit muka pesakit tersebut akan menjadi kehitaman, lebam-lebam dan kusam akibat sunburn. Rawatan ini agak menyakitkan mengikut info daripada pesakit yang pernah mencuba rawatan laser
- Penglupasan kimia(chemical peeling) – mengguna larutan kimia untuk mengelupaskan kulit dan seterusnya membuang jeragat. Rawatan ini juga akan membuang layer kulit yang menapis sinaran UV dan kerap kali akan mudah terbakar kulit muka. Ia juga memerlukan rawatan dan penjagaan kulit yang rapi selepas itu.
- Mikrodermabrasion dan HV Iontophoresis – Cara ini menggunakan satu alat untuk menghasilkan penglupasan secara mekanikal. Ia kemudiannya diikuti dengan rawatan Vit C Iontophoresis yang akan mencerahkan kulit. Berkesan untuk mereka yang mempunyai kulit yang anjal dan tebal.
- Sunblock dan Krim– Sunblock dan krim adalah 2 produk yang akan diguna selepas membuat rawatan di atas.
Sedangkan jika pesakit itu mengambil remedi homeopathy di dalam masa yang sama, adalah sangat selamat kerana remedi homeopathy bukan ubat dan selamat untuk diambil bersama-sama ubat-ubatan moden sekiranya ada.
APAKAH ITU UBAT?
Ubat juga di sebut sebagai “a drugs” atau substan yang membantu melegakan sesuatu penyakit. Sebaliknya remedi homeopathy tidak mempunyai “drugs” tetapi remedi homeopathy disediakan secara micro atau nano dose, iaitu dos yang sangat kecil. 98% remedi homeopathy bahan asasnya adalah dari tumbuhan dan bunga-bungaan.
Remedi homeopathy sangat selamat untuk diambil bersama-sama ubat-ubatan moden dan juga sangat selamat untuk ibu-ibu yang mengandung dan kanak-kanak.
Pendekatan Homeopathy Untuk Merawat Jeragat
Remedi homeopathy menunjukkan kesan yang optimistic di dalam kes-kes merawat jeragat yang diterima dari para pembeli. Testimoni yang diberi adalah “genuine” melalui pesanan sms atau Whatsapp yang kami terima.
Keadah homeopathy menawarkan rawatan yang komprehensif, yang akan menangani masalah jeragat dari punca terjadinya jeragat dan membantu membina sistem imuniti dan perkara-perkara yang mengakibatkan jeragat.
Homeopathy menggangap jeragat sebagai ekperesi luaran sebagai tanda terdapat gangguan sistem tubuh. Homeopathy percaya masalah kulit juga akibat dari ketidakstabilan mineral di dalam tubuh dan perlu di rawat dari puncanya.
Homeopathy merawat jeragat dan didalam masa yang sama merawat keseluruhan sistem tubuh seseorang itu. Remedi homeopathy merawat ketidakseimbangan hormon dan mengawal pengeluaran berlebihan Melanin yang menyebabkan terjadinya jeragat. Proses ini bukan hanya menghilangkan jeragat tetapi kualiti kulit akan menjadi bertambah baik, menghalang terjadinya jeragat baru dan secara semulajadi akan mengembalikan tekstur kulit asal.
Oleh kerana rawatan dalaman adalah penting, maka perubatan homeopathy sangat berbeza dengan perubatan moden. Homeopathy adalah satu-satunya perubatan alternatif yang mempunyai remedi oral (hisap/minum) bagi mengatasi jeragat. Kesan remedi oral seperti Sepia 200, Melasma Free dan Fragaria Vesca 30 sangat-sangat mengujakan ramai pembeli kerana kesannya sangat pantas.
Adalah sangat jarang jeragat kembali terjadi selepas mengambil remedi homeopathy berbanding mengambil rawatan konvensional. Remedi Homeopathy adalah natural, lembut, tidak merbahaya dan mudah diambil.
Di Amerika Syarikat, FDA telah mengiktiraf homeopathy sebagai mengikut Homeopathic garis panduan Pharmacopeia of the United States.
TIPS MENCEGAH DARI TERJADINYA JERAGAT
Selain dari remedi homeopathy, penjagaan kulit dan pengambilan makanan juga perlu diambil kira seperti ;
– Sentiasa mengguna sun block sewaktu berada di bawah panas matahari
– Elakkan mengguna krim kosmetik secara berlebihan
– Elakkan dari mengguna pil perancang
– Lebihkan pengambilan makanan yang mempunyai folic asid seperti sayuran berdaun hijau pekat.
– Elakkan situasi stress
– Minum air dengan secukupnya
PUNCA TERJADI JERAGAT
Jeragat Berpunca Dari Masalah Hormon?
Hormon mempunyai kesan yang amat penting untuk kesihatan setiap wanita. Hormon seksual wanita, estrogen dan progesterone sangat penting untuk kesuburan sistem reproduksi wanita, ianya melibatkan kitaran haid sehingga ke proses wanita itu mengandung sehingga menopause. Hormon juga mempengaruhi emosi, paras tenaga, berat badan, mood dan sehingga kepada masalah kulit pun akan terjadi akibat dari masalah hormon seperti terjadinya jeragat dan jerawat.
90% dari pembeli set jeragat berumur 35 tahun dan ke atas, menunjukkan pada sekitar umur tersebut kebanyakkan wanita telah berkahwin dan pernah hamil yang akan mempengaruhi keseimbangan hormon.
Tidak hairanlah jika homeopathy sangat mementingkan rawatan dari dalaman untuk mengatasi masalah jeragat dari punca terjadinya jeragat iaitu hormon. Hanya perubatan homeopathy yang menawarkan remedi oral untuk jeragat berbanding rawatan-rawatan konvesional yang lebih bertumpu untuk menghapus jeragat dengan kaedah yang pantas. Sebagai contoh Sepia 200 dan Melasma Free adalah remedi yang sangat berkesan untuk mengatasi masalah hormon wanita. Sepia di anggap sebagai remedi khusus untuk pelbagai masalah wanita terutama masalah berkaitan hormon.
Jika anda bertanya masalah jeragat berpunca dari masalah hormon yang tidak menentu?, jawapannya ialah YA. Walaupun sun burn dikatakan punca kepada jeragat, tetapi hormon adalah “culprit” utama yang mencetuskan jeragat di muka seorang wanita.
Untuk menguatkan lagi fakta ini, jeragat akan terjadi sewaktu seseorang wanita itu hamil. Ianya di panggila “melasma” atau “face of pregnancy” yang akan dialami oleh kebanyakkan wanita setiap kali hamil. Seperti yang yang kita ketauhui proses kehamilan akan mengakibatkan hormon wanita akan mengalami perubahan yang drastik.
Set jeragat homeopathy amat selamat untuk para ibu yang sedang hamil untuk mengambil suplemen homeopathy. Suplemen ini selain dari mengawal melasma yang terjadi, ianya juga bermanfaat untuk ibu dan kandungan terutama untuk menangani morning sickness, keletihan dan kesihatan baby didalam kandungan seperti pertumbuhan otak, tulang dan saraf.
Saintis sendiri pening kepala untuk mengesahkan jeragat berpunca daripada masalah hormon kerana terdapat juga lelaki yang mengalami jeragat, tetapi berapa peratus lelaki mengalami jeragat berbanding wanita? Jika mengikut nisbah lelaki hanya 1:100 wanita. Walaupun jeragat terjadi kepada wanita seawal umur belasan tahun tetapi majoriti yang mengalami jeragat adalah wanita yang mengandung, selepas mengandung, pra atau selepas menopause atau wanita yang berumur lebih 40 tahun.
Jeragat juga dikatakan berpunca dari genetik atau keturunan, tetapi ianya sangat jarang dan kerap kali akan terjadi selepas bersalin dan apabila umur meningkat. Kerap kali apabila ditanya tentang sejarah kehidupan wanita yang mengatakan jeragat berpunca dari keturunan akan mengatakan mereka kerap berjemur dibawah panas matahari kerana bersukan atau kerjaya, penggunaan alat kosmetik yang pelbagai fungsi seperti kosmetik yang menjadikan kulit mengelupas untuk mencerahkan kulit, mengambil pil perancang atau pil pengganti hormon (HRT) selepas menopause.
Fakta ini juga akan berkait rapat dengan hormon wanita kerana melanin yang berlebihan akan terjadi selepas wanita itu mengalami ketidakseimbangan hormon.
Jeragat yang berpunca dari genetik sangat sukar untuk dirawat jika hanya mengguna sabun dan krim. Set jeragat yang sangat berkesan untuk jeragat genetik ialah set M3, Bio-SMF dan SMF atau SMFF.
Melanin iaitu pigmentasi akan terjadi dengan berlebihan akibat dari sun burn yang melalui proses yang lama iaitu 10-20 tahun sebelum terjadinya jeragat. Sebagaimana saintis mengatakan sun burn sebagai punca utama jeragat yang berpnca dari melanin yang berlebihan. Melanin ini akan terkumpul secara beransur-ansur di lapisan bawah kulit akibat dari radiasi sinaran UV dan melanin yang berlebihan ini akan “dilepas” menjadi jeragat sewaktu hormon mengalami masalah.
Jeragat atau tompok kehitaman atau coklat yang terjadi dikulit juga biasanya terjadi kepada pesakit yang mengalami kekurangan adrenal atau Addison’s disease. Addison’s disesase terjadi apabila kelenjar adrenal tidak menghasilkan hormon yang secukupnya termasuk hormon cortisol. Hormon cortisol ialah hormon steroid (steroid hormone) yang akan memproses pelbagai fungsi termasuk metabolism dan sistem immunisasi. Hormon cortisol juga memainkan peranan penting untuk membantu tubuh bertindak balas kepada masalah stress dan menangani masalah tersebut. Begitu juga sebaliknya jika cortisol terhasil dengan berlebihan (hyper) atau Cushing’s syndrome ia juga akan mengakibatkan jeragat.
Fakta utama di sini ialah hormon, walaupun puncanya tidak dikatakan berpunca dari hormon tetapi selepas dikaji secara mendalam, hormon juga yang akan dipersalahkan. Oleh itu amatlah penting untuk mengambil suplemen yang mampu mengatasi masalah kelam kabut mengenai hormon ini. Walaupun banyak kaedah rawatan untuk menghapus jeragat tetapi homeopathy dan biochemic adalah perubatan yang akan memberi penekanan kepada masalah hormon dan akan dicadangkan dengan remedi oral yang mungkin dianggap remeh untuk dihisap atau diminum.
Tidak hairanlah jika perubatan homeopathy dan biochemic sangat-sangat berjaya untuk mengatasi masalah jeragat. Homeopathy memberi penekanan kepada remedi oral (hisap/minum) untuk merawat akar umbi kepada masalah jeragat. Homeopathy dan biochemic bukan hanya merawat dan menghapus dengan segera seperti kaedah konvensional yang mengguna kaedah laser, pengelupasan dan lain-lain lagi.
Tidak hairanlah amat jarang jeragat akan terjadi semula jika telah sembuh dengan mengambil remedi homeopathy. Jika jeragat telah hilang, ianya akan hilang dan kemungkinan recurrent atau terjadi semula amat tipis kerana remedi homeopathy telah “membetulkan” keadaan yang tidak menentu dengan memberi sistem immuniti tubuh kekuatan baru untuk melawan pelbagai jenis gangguan yang terjadi didalam tubuh.
Homeopathy percaya setiap masalah kesihatan berpunca dari sistem tubuh yang bermasalah. Oleh itu homeopathy akan merawat individu yang sakit secara keseluruhan. Homeopathy tidak merawat kesakitan tersebut sahaja , malah merawat keseluruhan tubuh.
Begitu juga konsepnya untuk merawat jeragat atau melasma. Perubatan homeopathy merawat pada akar umbi permasalahan jeragat itu sendiri.
PARAS PROGESTERONE YANG RENDAH JUGA PENYEBAB JERAGAT
Ada yang mengaitkan perasaan stress dan sukar untuk tidur (insomnia) adalah akibat perbuatan sihir. Ditambah pula kesakitan PMS yang sangat teruk dan tidak pernah dirasai sebelum ini. Mendengar bisikan di telinga, terdengar bunyi-bunyi pelik dan rasa risau yang tidak ada puncanya, menambah kuat lagi kepercayaan bahawa dirinya di sihir.
Progesterone yang rendah bagi wanita yang berumur sekitar 45 tahun dan ke atas adalah tanda-tanda awal simptom menopause. Doktor perubatan moden akan memberi pil pengganti hormon , hormone replacement therapy (HRT), tetapi sekiranya wanita tersebut belum mengalami menopause pil progesterone akan diberi dengan dos 50-200 mg untuk menjadikan kitaran haid kembali normal, malangnya bagi wanita ini dia mengalami pendarahan yang teruk sehingga disarankan untuk mengambil pelbagai suplemen selain pil progesterone.
JERAGAT AKIBAT PIL PERANCANG
Apabila si isteri tadi berhenti dari mengambil pil contraceptive atau pil perancang. Tubuh akan mengalami kejutan di mana kebiasaannya tubuh akan menerima hormon dari pil perancang dan sebaliknya selepas berhenti tubuh terpaksa memproses hormon-hormon tanpa bantuan pil perancang. Berapa lama proses ini akan kembali normal? Ia mungkin beberapa bulan dan mungkin beberapa tahun berikutnya.
Ini bermakna tubuh mengalami kejutan akibat “pembantu” pil perancang sudah tidak lagi membantu memproses hormon. Tubuh memerlukan suplemen yang mampu untuk menstabilkan sistem tubuh yang terganggu dengan lembut, selamat dan boleh dipercayai iaitu konsep homeopathy biochemic yang sangat mesra dengan tubuh kerana bahan- bahan mineral biochemic adalah sama seperti mineral yang terdapat di dalam tubuh. Mineral yang terdapat di dalam tubuh seperti kalsium, magnesium, ferrum (zat besi), natrium (unsur air dan garam) dan potassium (neurological) adalah 100% dari bahan mineral hasil bumi.
HAID TIDAK TERATUR JUGA PUNCA TERJADI JERAGAT
Hormon dan wanita adalah satu isu yang sangat berkait rapat, terutama apabila melibatkan kesihatan kulit seperti masalah jeragat. Walaupun ramai yang berpendapat sunburn adalah punca utama tetapi hormon adalah pencetus kepada terjadinya pengeluaran melanin dengan banyak sehingga terjadi pigmentasi yang dipanggil jeragat.
Salah satu masalah hormon yang sangat biasa terjadi kepada wanita moden pada zaman sekarang ialah ketidaktentuan kitaran haid (menstrual disorder). Masalah haid adalah seperti berikut
- Senggugut (dysmenorrhea) sewaktu haid. Secara khusus dysmenorrhea disebabkan oleh haid itu sendiri, dan yang keduanya dicetuskan oleh sebab-sebab lain seperti endometriosis atau fibroids.
- Pendarahan yang banyak (menorrhagia) termasuk haid yang lebih panjang masanya atau pendarahan yang sangat banyak.
- Tidak datang haid (amenorrhea) Secara khusus apabila seorang gadis itu tidak datang haid sehingga berumur 16 tahun, dan keduanya biasanya haid datang secara tetap tetapi berhenti sekurang-kurangnya tiga bulan.
- Haid yang sedikit atau kekerapan tidak menentu (oligomenorrhea)
Masaalah haid seperti di atas akan mencetuskan stress yang akan mengaktif hormon cortisol. Fakta utama di sini ialah hormon, walaupun puncanya tidak dikatakan berpunca dari hormon tetapi selepas dikaji secara mendalam, hormon juga yang akan dipersalahkan. Oleh itu amatlah penting untuk mengambil suplemen yang mampu mengatasi masalah kelam kabut mengenai hormon ini. Walaupun banyak kaedah rawatan untuk menghapus jeragat tetapi homeopathy dan biochemic adalah perubatan yang akan memberi penekanan kepada masalah hormon dan akan dicadangkan dengan remedi oral yang mungkin dianggap remeh untuk dihisap atau diminum.
Sebagai wanita yang akan menghadapi kitaran haid setiap bulan, di tambah dengan kesakitan PMS atau senggugut yang kadang kala amat menyakitkan sehingga memerlukan ubat-ubatan tahan sakit atau suntikan, atau mengalami pendarahan yang agak teruk atau akan menghadapi kedua-dua serentak iaitu mengalami dysmenorrhea dan menorrhagia di dalam satu masa yang sama. Kesakitan, kepenatan akibat kehilangan darah yang banyak dan terpaksa bekerja, membuat rutin harian di rumah atau menghadiri kuliah akan menambah paras tekanan yang menimbulkan situasi stress.
Sewaktu tubuh mengalami stress yang kronik, seperti mengalami keletihan adrenal, tubuh secara spontan akan mengguna pregnenolone untuk menghasil cortisol dengan lebih banyak. Sewaktu proses ini terjadi tubuh akan mengurangkan pengeluaran hormon untuk seksual. Bagi wanita, kesan ini akan mengakibatkan kekurangan pengeluaran hormon testosterone (yang akan menjadikan wanita itu hilang minat seksual atau rendah libido). Kekurangan hormon testosterone akan menjadikan hormon estrogen sebagai hormon dominasi, dan ini ialah punca terjadinya jeragat akibat stress. Peningkatan hormon estrogen akan menambah kuantiti MSH yang akan mengakibatkan terjadinya jeragat atau melasma. MSH atau melanocyte-stimulating hormones,
MSH adalah punca terjadinya jeragat apabila hormon ini merangsang pengeluaran melanin. Pengeluaran melanin dengan begitu banyak akan menyebabkan kulit menjadi lebih gelap atau dipanggil jeragat atau melasma.
Hormon mempunyai kesan yang amat penting untuk kesihatan setiap wanita. Hormon seksual wanita, estrogen dan progesterone sangat penting untuk kesuburan sistem reproduksi wanita, ianya melibatkan kitaran haid sehingga ke proses wanita itu mengandung sehingga menopause. Hormon juga mempengaruhi emosi, paras tenaga, berat badan, mood dan sehingga kepada masalah kulit pun akan terjadi akibat dari masalah hormon seperti terjadinya jeragat dan jerawat.
Rawatan yang biasa dipreskripsi oleh perubatan moden untuk masalah kitaran haid ialah;
- Pil kawalan hormon kelahiran atau pil perancang (contraceptive pills)
- Pil tahan sakit seperti ibuprofen painkillers
- Hormon sintetik seperti Progestogens
- Ubat-ubatan Haemostatic
Ubat-ubatan ini sangat sangat membantu untuk memberi kelegaan segera kepada penderita masalah ketidaktentuan kitaran haid, tetapi di dalam masa yang sama akan memberi kesan sampingan di dalam tempoh jangkamasa yang panjang seperti jeragat apabila berhenti mengambil ubatubatan tersebut. Kita tidak menolak perubatan moden secara total, tetapi pengambilan ubatubatan moden di dalam jangkamasa yang lama akan menjadikan seseorang itu ketagih dan bergantung kepada ubatubat itu sepanjang hayatnya. Perlu diingat sekiranya kesakitan yang teruk dan tidak tertanggung, maka perubatan moden mampu membantu dan selepas itu bolehlah mengambil perubatan alternatif terutama homeopathy, kerana perubatan homeopathy selamat untuk diambil di dalam jangkamasa yang lama dan tidak menimbulkan ketagihan.
Setelah kesan sampingan ini diketahui ramai, maka tidak hairanlah wanita kini yang semakin terpelajar dan sudah mempunyai akses yang luas mengenai kesan baik dan buruk perubatan moden telah mula mencari perubatan alternatif yang lebih mesra kepada tubuh mereka. Di Negara maju seperti di Amerika Syarikat dan Eropah telah lama mempraktik perubatan alternatif seperti homeopathy, ayurvedic dan perubatan yang berasaskan resipi perubatan purba untuk merawat pelbagai jenis penyakit.
Queen Elizabeth sendiri mengguna perubatan homeopathy sebagai amalan harian dan beliau mempunyai doktor pakar homeopathy yang bertugas di Istana Buckingham untuk merawat Queen of England sekiranya beliau jatuh sakit, mungkin itu adalah rahsia beliau dapat bertahan memerintah England sehingga kini (dengan izin Allah).
MASALAH HAID DAN PERUBATAN HOMEOPATHY
Remedi homeopathy biochemic di lihat sangat berjaya merawat masalah haid (menstrual disorder), seperti journal dan laporan yang diterbitkan oleh pakar-pakar homeopathy di seluruh dunia. Malah perubatan homeopathy mempunyai kajian yang agak maju dan mempunyai senarai remedi yang panjang untuk pelbagai simptom masalah haid termasuk merawat jeragat di dalam masa yang sama.
Remedi utama untuk pelbagai masalah wanita seperti masalah haid ialah Sepia, dan merupakan remedi utama untuk merawat jeragat. Selain dari Sepia, remedi yang sangat membantu untuk di ambil bersama-sama ialah Pulsatilla, Ashwagandha Q Drop, Tunera Q Drop, Cal carb, Chamomilla, Colocynthis, Lachesis, Lycopodium, Nat Mur, Fragaria Vesca, Dandelion dan beberapa remedi lain lagi. Untuk mendapatkan remedi yang sesuai anda perlu menjawab beberapa soalan mudah untuk saya mengenal pasti remedi dan set yang terbaik untuk anda.
Sebagai contoh remedi yang paling kerap dicadangkan ialah Sepia 200, Melasma Free dan Fragaria Vesca.
Sepia 200 adalah remedi paling utama bagi masalah jeragat akibat haid tidak teratur (menstrual disorder) dan berkaitan masalah hormon yang melibatkan wanita-wanita berumur.
Sepia 200 adalah remedi homeopathy dan biochemic yang mengguna kaedah campuran dos nano untuk menstimulasi sistem immun dan pertahanan tubuh. Sepia 200 merawat pelbagai penyakit dan kebanyakkan melibatkan sistem reproduksi wanita.
Sepia 200 sangat berjaya menjadi remedi utama untuk mengatasi masalah jeragat dikalangan wanita. Sepia 200 bertugas memembaiki tisu-tisu dan sel -sel kulit yang mati, menyingkirkan kesan jeragat dan bintik-bintik hitam diwajah secara dalaman. Sepia 200 juga sungguh lembut tindakannya tanpa menyebabkan kesan pengelupasan yang akan menipiskan kulit. Selain itu sepia 200 memberi nutrisi yang baik untuk kesihatan kulit. Memperbaiki struktur kulit yang rosak dan mengembalikan tekstur kulit yang lebih baik.
Sepia adalah remedy homeopathy dan biochemic yang mengaitkan semua masalah gangguan hormon (hormone imbalance), terutama yang terjadi kepada wanita melepasi umur 40 an yang akan terjadi perubahan di kulit seperti melasma, hyperpigmentation dan blackhead. Ketiga-ketiga masalah tersebut adalah berbentuk jeragat kehitaman atau coklat yang mencacat penampilan muka seseorang wanita tersebut.
Sepia juga sering digunakan untuk mengatasi masalah gynecological seperti sindrom pra-haid, kesakitan atau darah haid yang terlalu banyak, “hot flashes”, emosi dan fizikal semasa dan selepas hamil, jangkitan candida dan uterus yang jatuh.
LAIN-LAIN KHASIAT DAN KEGUNAAN SEPIA 200
Pengamal homeopathy akan memilih Sepia 200 untuk pesakit yang mempunyai simptom sikap tidak peduli dan kerap berubah mood. Simptom jerawat, kepenatan melampau, otot-otot yang lemah, penghadaman yang tidak baik, mengalami gas dan sakit perut, pening kepala, loya, terasa tubuh melayang, rambut gugur, jeragat dan kerap berpeluh.
Melasma free – Untuk membantu menambah nutrisi ke kulit dan membantu sistem tubuh untuk membina sel-sel kulit baru. Melasma Free juga akan membantu menguatkan sistem antibodi tubuh untuk memperkuatkan sistem “auto healing” bagi mengatasi pelbagai masalah kesihatan.
Kini anda tidak boleh menyalahkan hormon anda semata-mata kerana terdapat remedi-remedi yang selamat, lembut, boleh diharapkan dan berkesan untuk membantu hormon anda kembali stabil. Anda perlu mengawal stress dan mengamalkan gaya kehidupan yang sihat untuk mendapat kesan optimal dari remedi dan set jeragat yang sangat berkesan ini.
Selain Sepia 200 terdapat 4 Remedi Hebat Untuk Hapus Jeragat, Ashwagandha Q Drop, Damiana Q Drop, Arnica 30 dan Fragaria vesca 30
Jika Sepia 200 amat hebat menjadi remedi utama untuk menghapus jeragat, kini terdapat 3 atau 4 gabungan remedi cecair untuk diminum. Remedi tersebut ialah Ashwagandha Q Drop, Damiana Q Drop, Arnica 30 dan Fragaria vesca 30. Kesemua remedi ini boleh digandingkan dengan Sepia 200.
Fragaria vesca 30 dan Arnica 30 adalah “homeopathic trituration” atau secara mudahnya mengguna kaedah dos yang sangat kecil dan tidak mempunyai rasa manis atau pahit. Ashwagandha Q Drop dan Damiana Q Drop adalah persediaan dari ekstrak tumbuhan tersebut atau disebut homeobotanical, mempunyai rasa sedikit pahit.
Kesemua remedi ini adalah 100% bahan natural homeopathy tanpa tambahan bahan-bahan lain. Oleh itu remedi-remedi ini perlulah disimpan ditempat yang jauh dari kanak-kanak dan sinaran matahari. Walaupun remedi homeopathy tidak mempunyai kesan sampingan atau boleh membawa maut tetapi remedi-remedi ini perlu disimpan ditempat yang selamat dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak sebagai langkah berjaga-jaga.
Secara amnya Ashwagandha Q Drop dan Damiana Q Drop berkesan untuk merawat masalah jeragat yang berkaitan hormon, seperti pernah mengambil pil perancang, pil penganti hormon (HRT), gangguan hormon sewaktu pra-menopause dan sewaktu menopause.
Arnica 30 adalah remedi pelbagai guna, yang sering digunakan untuk pelbagai masalah kecederaan seperti luka, lebam dan bengkak. Walaubagaimana pun Arnica 30 remedi homeopathy mempunyai pelbagai manfaat untuk masalah kesihatan tubuh yang biasanya akan dialami oleh wanita yang mula mencecah umur 45 tahun ke atas, masalah seperti
- Jeragat akibat hormon tidak stabil
- Mengawal darah tinggi
- Mengawal glukos bagi pesakit kencing manis.
- Selulit
- Kolesterol
- Jerawat
Ashwagandha Q Drop dan Tunera Q Drop sejenis remedi di dalam bentuk cecair, di dalam kategori homeobotanical iaitu herba berasaskan konsep homeopathy. Kedua-dua remedi ini juga sangat-sangat membantu sebagai suplemen kepada gadis dan wanita muda yang kerap diserang senggugut dan kitaran haid yang tidak teratur.
Ashwagandha dan Tunera adalah herba purba dan Di Eropah menyifatkan Ashwagandha sebagai “Testosterone Booster”. Fakta ini bukan cerita dari lagenda tetapi ia adalah fakta yang dikaji oleh saintis. Mari kita lihat fakta bukan hanya auta semata-mata;
Ashwagandha adalah adoptogen, yang akan mengurangkan stress, ketakutan tanpa sebab, kenyakinan diri dan mengawal hormon stress (hormon stress cortisol). Beberapa kajian lain juga menunjukkan Ashwagandha telah berjaya menambah baik paras testosterone yang menjadikan seorang wanita atau lelaki itu lebih subur.
Ashwagandha juga sangat bermanfaat kepada kesihatan jantung, dengan mengurangkan keradangan serum triglycerides, dan meningkat paras HDL-cholesterol “baik”. Kajian terbaru juga menunjukkan Ashwagandha juga mampu menguatkan otot-otot.
Fakta kajian menunjukkan Ashwagandha dan Tunera adalah adoptogen yang “solid”, mempunyai pelbagai kebaikkan terhadap manusia terutama berkaitan hormon testosterone. Ini ialah kerana Ashwagandha akan membantu seseorang itu tidur dengan lebih berkualiti, mengurangkan hormon stress iaitu cortisol, meningkat paras HDL-cholesterol “baik” dan mengurangkan kekejangngan atau keradangan, kesemua ini akan membantu mempertingaktkan paras hormon testosterone ke paras yang sangat baik.
Tunera sangat berkesan untuk menstabilkan sistem hormon sewaktu menopause, mengurangkan rasa panas ke muka (hot flashes), dan membantu menjadikan kitaran haid yang normal bagi gadis-gadis muda.
Ingin mendapat rundingcara dan nasihat remedy yang sesuai dengan masalah jeragat anda . Sila hantar wasap dengan menulis kode JERAGAT KE NO +6 0123 400 557