Posted on 4 Comments

Ubat jeragat yang berkesan

Seorang pembeli yang mukanya berjeragat hitam kecoklatan paling ketara di pipi, dahi dan dibawah dagunya. Sebelum ini flawless aje kulitnya, sejak teruja dengan iklan satu produk krim yang dikatakan sangat pantas kesannya. Lagi teruja kawan kita tu bila gambar before and after pengguna yang dah try sebelum ni. Muka testimoni tu semuanya ala-ala artis Siam yang putih kemerahan membuatkan kawan kita terus whatsapp dan order.

 

Memang ajaib, terkesima semua kawan opisnya selepas 2 hari dia guna. Mana tidak terkesima muka kawan kita tu dah 2 kali ganda flawlessnya. Sekali iras dah macam Che ta. Maka dia pun menggelarkan krim ajaib, seterusnya berlumba-lumba kawan seopis membuat order. Dalam masa beberapa hari timbullah Che Ta, Nora Danish, Neelofa dan Mira Filzah di opis tersebut.

 

Cerita terus tersebarlah ke opis sebelah, dan seterusnya ke seluruh opis di seluruh negara. Tidak ketinggalan kakak-kakak, makcik-makcik termasuklah makcik bawang pun mencubanya. Penjual produk krim tersebut dalam beberapa bulan dah jadi jutawan, dan mula buat live di fb menayang duit di depan kamera melantik agen dan dropship. Keajaiban produk ini menjadi bualan hangat dikalangan pengemar kulit putih ala-ala KPOP.

 

Beberapa bulan berikutnya, banyak pula whatsapp masuk bertanya mengenai produk set jeragat Biochemic. Ramai yang share tunjuk muka mereka yang comot bertompok-tompok. Macam biasala kena interview dulu, umur berapa?, pernah guna produk pengelupasan tak?, kerap berjemur tak?, ambil pil perancang tak?. Jawapan paling popular PERNAH GUNA KRIM PENGELUPASAN dan sangat menyesal kerana telah mengguna produk tersebut. Memang ajaib sekejab lawa sekejab huduh.

 

Hampir lebih setahun selepas krim ajaib terjual, maka Kementerian Kesihatan (KKM) mengistiharkan 5 produk krim telah diharamkan kerana mengguna bahan terlarang seperti mercury dan hydroquinone. Masya Allah patutlah ajaib mereka mengguna formula ajaib yang mampu mencairkan kulit dan menghakis kulit. Bukan setakat jeragat yang hilang dengan kulit-kulit lapisan atas untuk tapis sinaran UV pun hilang!.

 

Maka berharaplah mereka Set Jeragat Biochemic dapat melakukan keajaiaban seperti krim tadi dalam masa 2 hari mereka akan kembali pulih. Mohon ampun maaf beribu ampun Set Jeragat Biochemic memang ajaib tetapi ajaibnya tidaklah sepantas produk yang mengguna bahan bertoksik.

 

Dalam kes seperti ini set SMF Pellet paling kerap membantu mereka, paling cepat jeragat boleh pudar di dalam 10 hari.. dan mereka yang telah mengguna set SMF Pellet menggelar “obat jeragat ajaib”. Mereka pun berlumba-lumba memesan dan kesan yang ditunjukkan tidak sama di antara satu sama lain  ada yang ok selepas 10 hari, ada yang selepas 30 hari dan ada yang mengambil masa yang lama. Macam kereta yang rosaklah bukan semua rosak yang sama kan , ada yang rosak sikit, ada yang rosak banyak dan ada yang perlu dioverhaul…