Mengapa pesakit gagal untuk merawat jeragat?
Punca kegagalan merawat jeragat dengan berkesan ialah kerana pesakit tidak mempunyai pengetahuan mengenai jeragat seperti bentuk jeragat, kenapa terjadi jeragat dan bagaimana jeragat boleh di atasi. Pesakit mudah terpengaruh dengan iklan-iklan komersial dan kerap kali akan “terjebak” dengan produk-produk bertoksik yang mengandungi bahan-bahan meluntur kulit atau “bleaching”, bahan-bahan bertoksik seperti hydroquinone dan merkuri walaupun bahan-bahan ini berkontroversi tetapi penggunaan bahan ini masih meluas dipasaran.
Jeragat BUKANLAH jerawat dan sangat berbeza punca bagaimana jeragat dan jerawat boleh tumbuh dimuka. Walaupun jerawat juga dikaitkan dengan hormon, jeragat adalah berpunca dari lebihan pengeluaran melanin, sementarajerawat akibat pengeluaran sebum (minyak) secara berlebihan.
Perubatan moden atau konvensional, menganggap Jeragat sebagai masalah kosmetik iaitu hanya setakat masalah kulit yang hanya perlu disapu krim atau dibuang jeragat tersebut. Oleh itu perubatan moden mengguna kaedah rawatan kosmetik untuk pesakit yang mempunyai jeragat. Rawatan yang paling biasa dibuat ialah
- Mengguna krim pengelupasan yang mempunyai bahan kimia merbahaya dan menghakis seperti hydroquinone. Hydroquinone adalah bahan kontroversi dan telah diharamkan penggunaannya dibeberapa negara. Di Malaysia penggunaan hydroquinone masih dibenarkan tetapi dengan garis panduan yang ketat. Walaubagaimana pun masih terdapat pengeluar yang mengguna bahan ini dengan berlebihan dan tidak mengikut garis panduan sehingga membahayakan pengguna. Kesan sampingan seperti muka menjadi merah, pedih dan gatal-gatal adalah perkara biasa bagi pengguna krim yang mempunyai bahan hydroquinone. Lain-lain krim yang merbahaya, mempunyailogam berat seperti merkuri dan juga di dalam bentuk steroid. Kesemua krim ini akan memberi kesan yang pantas, memerlukan penjagaan dan rawatan berterusan seperti mengguna sunblock secara berterusan. Kemungkinan jeragat akan kembali terjadi sangat besar kerana lapisan atas kulit yang menapis UV telah tiada dan sunburn akan terjadi dan akan mengakibatkan jeragat yang lebih teruk pada masa hadapan.
- Kaedah laser – laser dan pengelupasan tidak berbeza tetapi hanya teknik sahaja berbeza, di mana laser akan membuang lapisan kulit yang mempunyai jeragat dan kesan boleh nampak selepas rawatan tersebut siap, sewaktu rawatan ini dijalankan prosedurnya agak menyakitkan dan muka akan merah-kemerahan selepas itu. Kos rawatan ini boleh mencecah ribuan ringgit dan kekerapan rawatan juga di antara 6-8 sessi. Malangnya jeragat akan kembali selepas itu dan biasanya akan menjadi lebih teruk.
Kita tidak menolak kaedah perubatan moden, namun kita menolak kaedah yang tidak selamat dan bersifat sementara. Jeragat bukanlah masalah kosmetik tetapi mempunyai kaitan dengan sistem tubuh yang mula merosot dan memerlukan perhatian yang serius untuk menanganinya. Walaupun punca sebenar sehingga terjadi jeragat tidak dikenalpasti sehingga kini, para saintis telah mengatakan bahawa “sunburn” adalah penyebab utama dan akan diaktifkan oleh hormon selepas terjadi kemerosotan sistem tubuh dan faktor peningkatan umur.
Di dalam tubuh kita terdapat sistem yang mengawal peredaran kimia yang menentukan hampir keseluruhan fungsi di dalam tubuh iaitu hormon, pertumbuhan dan perkembangan,metabolism, kesuburan, kawalan emosi, penghadaman dan beberapa fungsi tubuh lain, jika sistem mengawal peredaran kimia gagal berfungsi dengan efisien maka akan terjadilah kemerosotan fungsi-fungsi sistem tubuh tadi.
Perubahan hormon sangat penting untuk tubuh, jika terjadi perubahan yang sangat kecil pun tubuh akan mengalami perubahan yang besar terhadap tubuh dan kulit. Hormon memainkan peranan yang penting terhadap kesihatan kulit seperti jeragat.
jeragat juga akan menjadikan seseorang itu kecewa dan stress, oleh kerana perubahan hormon tidak dapat diramal dan tidak mudah untuk dikesan walaupun dengan alat-alat kelengkapan yang canggih. Belajar untuk bersiap sedia untuk menghadapi situasi akan berlakunya perubahan hormon adalah sangat penting untuk menangani masalah hormon sehingga terjadinya jeragat.
Sebab-Sebab Terjadi Jeragat
Punca utama terjadinya jeragat, tidak diketahui tetapi hasil dari kajian beberapa faktor telah dikenal pasti;
- Kerap berjemur di bawah panas matahari dan terdedah kepada sinaran UV
- Gangguan hormon seperti mengalami masalah berkaitan kitaran haid dan mengandung.
- Mengambil pil kawalan kelahiran (pil perancang)
- Mengambil pil hormon sebelum dan sewaktu menopause. Pil Hormone Replacement Therapy (HRT)
- Penggunaan kosmetik yang bertoksik dan mempunyai bahan kimia seperti hydroquinone dan merkuri.
- Stress
Jeragat Dan Jenisnya
Jeragat sering terjadi mengikut corak seperti berikut;
63% jeragat akan kelihatan sekitar hidung dan dagu
21% jeragat akan terjadi di sekitar pipi dan hidung
16% jeragat biasanya akan kelihatan sekitar dibawah rahang
Jeragat sering terjadi kepada individu yang mudah terdedah kepada sinaran ultraviolet, atau bagi wanita yang mengambil pil hormon (pil perancang). Jeragat kerap kali kepada wanita berbanding lelaki dan jarang-jarang terjadi kepada gadis. Jeragat lebih kerap terjadi kepada wanita yang sedang mengalami perubahan hormone.
80% wanita mengandung sering mengalami jeragat yan dipanggil “mask of pregnancy”.
Jenis Jeragat
Jeragat boleh dikategorikan kepada 3 jenis;
Epidermal – atau bahagian atas lapisan sel kulit. Jeragat epidermis ini mudah dirawat dan sesuai untuk mengguna krim dan sabun
Dermal – terjadi di bawah lapisan sel kulit. Jeragat dibawah lapisan kulit tidak sesuai untuk mengguna krim dan sabun tetapi lebih berkesan jika mengambil ubat/remedy makan seperti Sepia 200, Melasma Free dan lain-lain.
Campuran – terjadi kedua-dua jenis jeragat Epidermal dan Dermal. Jeragat dibawah lapisan kulit tidak sesuai untuk mengguna krim dan sabun tetapi lebih berkesan jika mengambil ubat/remedi makan seperti Sepia 200, Melasma Free dan sangat-sangat disarankan untuk mengambil set Holistik 5RH.
Warna Jeragat dan Bentuk
Jeragat yang terjadi di epidermis (epidermal) berwarna coklat cair dan akan kelihatan lebih gelap jika dilihat dibawah lampu
Jeragat dermal akan kelihatan keperangan dan tidak kelihatan lebih gelap jika dibawah lampu
Jeragat campuran berwarna coklat gelap, jika diteliti dibawah lampu pemeriksaan akan kelihatan lebih gelap atau kadang-kadang tidak ada perubahan.
Jeragat adalah keadaan biasa bagi sesetengah wanita dewasa, di mana terjadi warna coklat atau kelabu dan kerap kali akan terjadi di wajah. Jeragat sering terjadi kepada wanita yang mengandung, dan kepada yang berkulit agak gelap yang tinggal di negara yang panas seperti Malaysia, walaubagaimana pun jeragat akan terjadi kepada lelaki dan mengikut pengalaman 10% dari pesakit yang mempunyai jeragat adalah lelaki. Jeragat akan semakin menebal apabila seseorang itu kerap berjemur di bawah sinaran matahari.
Secara faktanya, jeragat bukan infeksi, jeragat juga bukan penyakit berjangkit yang merbahaya, dan jeragat bukan berpunca dari alergik. Jeragat bukanlah sejenis kanser dan tidak akan terjadi di dalam kulit yang berkanser.
Adakah Jeragat Berpunca Dari Keturunan
Terdapat fakta mengatakan YA dan ada yang TIDAK, tetapi kebiasaannya di dalam satu keluarga akan terdapat lebih dari seorang yang mengalami jeragat.
Kenapa Jeragat Naik Di Muka?
Jeragat bukan hanya terjadi di muka sahaja, malah terjadi di lain-lain bahagian tubuh seperti di tangan, tengkuk dan lain-lain. Malangnya muka adalah kawasan yang paling diminati oleh jeragat.
Simptom Jeragat
Jeragat tidak mempunyai simptom seperti gatal atau pedih, tetapi jeragat akan menjadikan emosi seseorang itu akan terganggu.
Adakah Jeragat atau Melasma Boleh Dihapuskan?
Mengikut pendapat perubatan moden jeragat tidak boleh disembuhkan, tetapi hanya boleh “dibuang” mengguna krim, laser, pengelupasan mengguna bahan kimia, dermabrasion dan lain-lain. Mengikut pendapat homeopathy biochemic garam tisu, jeragat boleh dirawat dengan remedi oral (dikemam/diminum) dibantu sabun dan krim herba untuk menambah nutrisi ke kulit.
Setiap penyakit mesti ada ubatnya kecuali mati, tidak mustahil dengan konsep yang lembut, selamat dan tanpa kesan sampingan ini, akan mengembalikan tona asal kulit anda sewaktu anda berusia belasan dahulu. Setidak-tidaknya menghapus jeragat yang mencemar wajah anda , dan tidak rugi untuk mencuba kerana produk dan remedi homeopathy biochemic sangat selamat dan tidak akan menjadikan seseorang itu akan menjadi ketagih atau kesan sampingan yang merbahaya. Homeopathy biochemic bukan ubat tetapi suplemen yang sangat-sangat hebat untuk semua peringkat umur termasuk bayi.
Ingin mendapat konsultasi percuma tentang remedy yang sesuai dengan jeragat anda. Sila wasap kode JERAGAT KE +60123400557