Posted on

Berjeragat beli produk mahal pun tak menjadi

Berjeragat beli produk mahal pun tak menjadi

Kena faham apa itu jeragat? Jeragat adalah masalah kulit tetapi berbeza dengan masalah kulit seperti jerawat ataupun eczema.

Jeragat sangat komplek tetapi akan mudah diatasi jika memahami punca sebenar sehingga jeragat tumbuh.

Jeragat secara mudah di fahami terdapat 2 keadaan:
1. 100% terjadi di bawah kulit. Tidak terasa kesan kasar akibat jeragat. Penggunaan krim adalah sia-sia sahaja
2. Terjadi di bawah dan di atas kulit. Jika disentuh akan terasa kulit sedikit kasar.

Jeragat juga mempunyai 2 keadaan :
1. Langsung tidak gatal, 90 % mereka yang alami jeragat tidak merasa gatal-gatal
3. Kadang-kadang terasa gatal-gatal.

Punca utama

Punca utama terjadi jeragat ialah kerana sinar uv yg berkumpul di bawah kulit dan penghasilan pigmen hitam berlebihan akan mencetus pigmen hitam ini timbul di kulit muka. Selain uv pengambilan pil perancang, penggunaan kosmetik pengelupasan dan masalah hormon juga menjadi penyumbang kepada masalah jeragat.

Peningkatan umur, pra menopos dan menopos juga antara faktor jeragat yang terbenam di bawah kulit mula timbul.

Homeopathy & Biochemic sangat berjaya merawat jeragat

Homeopathy & biochemic adalah perubatan alternatif yang berusia lebih 200 tahun yang mementing kaedah rawatan punca kepada masalah bukan hanya rawat masalah atau jeragat.

Sepia 200, Fragaria dan Melasma Free (set SMF) adalah gabungan remedi yang sangat hebat merawat dan telah beribu orang yang membeli set ini memberi feedback yang sangat positif.

Kesan sepantas 2 minggu memudarkan jeragat dan seterusnya melicinkan kulit selepas itu. Kesannya boleh dikatakan kekal kecuali seseorang itu kerap berjemur tanpa mengguna sunblock, mengguna cream pengelupasan dan tidak diet & senaman dengan konsisten.

Homeopathy & biochemic adalah sains perubatan yang selamat dan efektif untuk menghalang proses pigmentasi terus menerus timbul di muka.

Sekiranya keserasian dan cara pengambilan remedi secara teratur, jeragat akan berkurangan atau mungkin terus pudar selepas beberapa minggu

Posted on Leave a comment

Laser untuk rawat jeragat tidak akan selesaikan masalah

 

cara rawat jeragat dengan berkesan

 

Mengapa jeragat Sukar Untuk Dirawat?

 

Jeragat memang sukar dirawat kerana ianya terjadi oleh pelbagai sebab. Doktor pakar kulit sendiri pun pening kepala apabila merawat jeragat, dan sering gagal memberi keputusan yang diharapkan oleh pesakit walaupun kos rawatan seperti laser agak mahal. 

Pelbagai kaedah yang dikatakan amat berkesan, tetapi sebaliknya menjadi mimpi ngeri kepada pesakit tersebut. Ramai yang mengadu selepas membuat rawatan laser, pengelupasan kulit (chemical peeling) dan lain-lain kaedah rawatan moden, hanya mampu bertahan 1-2 bulan atau lagi malang hanya selepas 2-3 hari sahaja, kulit muka mereka menjadi kehitaman lebih teruk dari sebelum membuat rawatan.

 

Mengapa rawatan moden hanya sementara?

Jeragat disebabkan melanocytes menjadi terlebih aktif. Melanocytes adalah sel yang menghasilkan melanin  yang akan mengeluarkan pigmentasi hitam yang dipanggil jeragat.

Walaubagaimana pun jeragat juga boleh berpunca dari wabak atau penyakit. Jeragat juga sering terjadi disebabkan oleh perubahan hormone terutama yang sering terjadi keada kaum wanita.

 

Jeragat berpunca dari dalam system tubuh selain dari factor luaran seperti kerap terdedah kepada sinaran matahari terik dan kulit muka dicemari lebihan sinaran UV. Oleh itu rawatan “menghapus” jeragat dari luar adalah tidak sesuai dan sering kali gagal untuk bertahan lama.

Seperti memadam api didalam sekam, jika air hanya disiram dibahagian atas sekam, tetapi bara api dibawah lapisan sekam masih menyala. Lama kelamaan api akan merebak ke atas permukaan sekam semula. Proses ini akan berulang-ulang jika tidak memilih kaedah pencegahan yang sesuai!.

 

Kaedah Perubatan Homeopathy Merawat Jeragat

 

Homeopathy percaya setiap masalah kesihatan berpunca dari system tubuh yang bermasalah. Oleh itu homeopathy akan merawat individu yang sakit secara keseluruhan. Homeopathy tidak merawat kesakitan tersebut secara terus. 

Begitu juga konsepnya untuk merawat jeragat atau melasma. Perubatan homeopathy merawat pada akar umbi permasalahan jeragat itu sendiri. 

Sebagai contoh Sepia atau Sepia 200 adalah remedy yang sangat membantu untuk permasalahan wanita seperti hormone yang tidak stabil, kitaran haid yang tidak menentu, melegakan symptom menopause seperti hot flashes dan menstabil hormone estrogen yang berkurangan. Sepia dianggap sebagai “women’s remedy”, dan setiap permasalahan wanita kerap kali Sepia akan dirujuk sebagai salah satu remedy utama.

 

Sepia 200 sangat berjaya jika masalah jeragat itu berpunca dari akar umbinya adalah hormon. Malah Sepia 200 juga mampu menurunkan berat badan, melegakan masalah jerawat (jika ada) dan mengempiskan perut!. 

 

Biochemic atau cell salt adalah mineral yang sangat penting didalam tubuh kita. Biochemic adalah menyerupai mineral yang ada didalam tubuh kita yang mengandungi phosphate, magnesium, ferrum dan lain-lain. 

 

Melasma Free adalah persediaan biochemic untuk merawat jerawat dan hormone yang bercelaru akibat kekurangan zat-zat mineral. Biochemic juga mampu membina sel-sel kulit baru untuk mengganti sel-sel kulit yang rosak akibat lebihan pengeluaran melanin sehingga terjadinya jeragat.

 

Selain dari itu biochemic adalah remedy yang akan merawat keseluruhan tubuh seperti melancarkan perjalanan darah, menguatkan tulang, menyihatkan rambut, mengawal metabolism dan kesihatan minda.

 

Walaupun jeragat sering terjadi di wajah, ianya berpunca dari dalam system tubuh yang bermasalah seperti yang diterangkan di atas. Oleh sebab itu rawatan homeopathy lebih tertumpu kepada remedy oral (hisap atau minum) yang berbentuk tablet manis atau cecair.

 

Terdapat beberapa remedy oral yang sangat berjaya dan mendapat sambutan ramai seperti Sepia 200, Melasma Free dan Fragaria Vesca 30. Malah set paling laris ialah set SMF atau SMFF. Set ini terdiri dari Sepia 200, Melasma Free iaitu didalam bentuk tablet manis dan Fragaria di dalam bentuk cecair untuk diminum. Set SMF mempunyai 1 botol Fragaria sementara SMFF mempunyai 2 botol Fragaria Vesca.

 

Homeopathy tidak menolak penggunaan krim atau sabun secara total. Homeopathy beranggapan produk luaran seperti krim atau sabun akan membantu dari luaran. Krim seperti Carmino complexion cream (CCC)  dan sabun Carmino complexion soap (CCS). Paling terbaru krim dan sabun 100% herba Bio-T3 Whitening Series .

 

Mengapa Homeopathy?

Homeopathy adalah perubatan yang sangat selamat. Remedi-remedi homeopathy adalah dari bahan alam semulajadi yang disediakan dengan kaedah homeopathy tanpa menggunakan bahan kimia, dadah atau penggalak hormone tetapi mampu merawat masalah hormone tanpa kesan sampingan.

Remedi homeopathy bertindak secara lembut, selamat dan boleh dipercayai. 

Homeopathy telah berusia lebih 200 tahun bermula dari zaman sewaktu rawatan konvensional sendiri masih didalam proses mencari kaedah rawatan yang sesuai untuk pelbagai penyakit. Kaedah rawatan yang agak extreme seperti membedah pesakit secara sedar menjadikan pengasas homeopathy Dr Hahnemann yang juga seorang doctor pada masa itu tidak bersetuju dengan kaedah yang dikatakan agak keterlaluan. Maka beliau mula tercari-cari kaedah yang lebih selamat dan lembut.

Beliau mula mengkaji tumbuh-tumbuhan dan telah terjumpa kaedah “serupa akan menyembuhkan yang serupa”. Sebagai contoh mudah apabila kita memotong bawang, secara automatic mata dan hidung kita akan merembes cecair iaitu air mata dan hingus. Ini adalah menyerupai symptom selsema.

Hahnemann mengambil setitis air bawang ini dan mencampurkan dengan kuantiti air yang sangat banyak. 1 bawang : 100,000 air sebagai contoh dan memberi kepada pesakit yang mengalami selsema yang mana mata dan hidungnya berair. Kajian beliau telah Berjaya meredakan dan seterusnya menyembuhkan pesakit tersebut dari selsema. Hasil dari kejayaan tersebut beliau terus membuat ujikaji menggunakan konsep dos mikro atau dos yang sangat kecil ini untuk merawat pelbagai penyakit dengan jayanya.

Bagi mendapatkan nasihat percuma boleh wasap terus ke link ini —-> http://biochemic.wasap.my