Jeragat Mempunyai “Saka” Yang Power, Akhirnya Tertewas Dengan Wet Dose Homeopati
Merawat jeragat bukanlah kerja mudah, kerana jeragat mempunyai “saka” yang sangat power. Memerlukan ilmu kebatinan tahap tertinggi untuk berhadapan dan menewaskan “saka” yang mengiringi jeragat. “Saka” jeragat sangat hebat sehingga berdozen-dozen dukun handal tidak dapat mengenal pasti punca rasukan “saka” jeragat dan kerap kali dukun-dukun itu akan tertewas.
Jangan terkeliru ini bukan cerita misteri tetapi sesekali Kak Zu nak bergurau aje. Gurauan “saka” ini adalah gurauan seorang pembeli yang telah berjaya menewaskan saka jeragatnya dengan mengamalkan remedi “wet dose”. Jeragatnya sangat degil dan dia telah berhabis ribuan ringgit, tidak kira di mana sahaja pasti dia akan pergi mencuba membuat rawatan jeragatnya, paling hebat dia ke China untuk berubat secara Perubatan China iaitu mengguna kaedah akar kayu dan accupunture. Malangnya saka dari China pula yang dibawa pulang kerana jeragat semakin menebal.
Pembeli tersebut merasa tersangat geram dengan kedegilan jeragat untuk “nyah” dari mukanya, sehingga Kak Zu terfikir untuk mencadangkan pembeli tersebut untuk mengguna kaedah wet dose untuk Arnica 30 dan Fragaria Vesca. Jika sebelum ini hanya Arnica sahaja mengguna kaedah wet dose tetapi untuk kes pembeli ini Kak Zu mencadangkan beliau untuk mengambil seperti berikut;
1. Arnica mengguna kaedah wet dose , 1 sudu besar 3 kali sehari
2. Fragaria vesca juga mengguna kaedah wet dose, tetapi dihirup sedikit demi sedikit dan dikemam 1 minit sebelum menelan. 1 botol 500ml untuk dihabiskan di dalam masa 1 hari.
3. Ashwaganda dan Damiana diambil 3 kali sehari untuk membantu masalah kitaran haid dan emosi ( boleh diambil selepas atau sebelum makan)
Kak Zu mencadangkan set Jeragat AADF kerana pembeli ini juga mengalami masalah kitaran haid, stress dan pernah mengambil pil perancang. Hasilnya selepas 10 hari jeragat beliau mula memudar. Pada awalnya dia merasa hanya perasaan sahaja tetapi selepas ditegur rakan sepejabat sewaktu lepas bersolat di surau (tanpa mekap selepas berwuduk) barulah dia menyedari jeragatnya mula pudar 50%. Riang tidak terkata sehingga sanggup dia wassap Kak Zu pada pukul 2 pagi untuk meluahkan rasa gembiranya.
Remedi homeopati lebih dikenali di dalam bentuk tablet manis atau disebut “dry pallet” untuk dikemam. Terkini cara pengambilan remedi melalui teknik wet dose yang telah diperkenal baru-baru ini akan memberi kesan yang lebih optimal untuk merawat pelbagai penyakit. Wet dose telah digunakan secara meluas oleh pengamal perubatan homeopati selepas mendapati kesan penyembuhan yang lebih cepat berbanding dry pallet. Teknik ini terus mendapat perhatian ke seluruh dunia dan Kak Zu sendiri telah mendapat feedback yang sangat mengujakan.
Teknik wet dose bukanlah teknik terbaru kerana telah direkodkan oleh pengasas homeopati, di mana beliau telah mempraktik amalan wet dose sewaktu mengkaji remedi-remedi homeopati sebelum dry pallet dijadikan sebagai remedi utama sebagai pembawa (carrier) remedi . Pengalaman kehebatan wet dose ini telah dimaklumkan oleh teman Kak Zu iaitu seorang doktor homeopati. Beliau telah mendapati kesan wet dose adalah lebih cepat memberi kesan berbanding dry pallet selepas menukar kaedah dry pallet ke wet dose kepada beberapa orang pesakit kronik. Kesan penyembuhannya lebih pantas 50% berbanding pesakit yang mengambil tablet manis atau dry pallet.
Ingin mendapat konsultasi percuma dengan masalah jeragat anda . Sila wasap kode JERAGAT ke +6 012 3400 557