Posted on Leave a comment

Solusi Untuk Hapus Jeragat Mengikut Kaedah Homeopathy Biochemic.

Kenapa Jeragat Kerap Terjadi Kepada Wanita Berumur.

Tubuh manusia akan mula merosot tahap kesihatan apabila umur mula meningkat, paling terkesan ialah wanita yang pernah melahirkan anak dan telah mengalami perubahan hormon sepanjang tempoh tersebut.

Jeragat adalah simptom awal menunjukkan tubuh wanita itu mula mengalami kemerosotan mineral-mineral penting di dalam tubuh sehingga menjejaskan kesihatan kulit seperti, kedutan pra-matang yang terjadi pada usia seawal 30an, jeragat, jerawat, kulit menjadi kusam, lingkaran hitam dibawah mata, muka kelihatan pucat, muka kelihatan berminyak, pori membesar ini adalah klu awal anda memerlukan biochemic.

Kosmetik seperti krim, minyak pati (essential oil), serum, laser dan pelbagai rawatan kosmetik dianggap sebagai jalan penyelesaian mudah tetapi 95% dari wanita yang mengguna kaedah kosmetik akan menyesal kerana biasanya muka akan menjadi lebih teruk dari sebelumnya.

Paling mengemparkan baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengistihar beberapa krim keluaran produk tempatan yang mempunyai kandungan mercury dan hydroquinone. Dua bahan ini sangat merbahaya kepada system tubuh dan paling terdedah kepada bahaya kesan sampingan mercury dan hydroquinone ialah hati dan buah pinggang.

Biochemic tidak menolak mentah-mentah penggunaan krim, serum dan minyak pati sekiranya produk-produk itu adalah dari bahan semulajadi tetapi biochemic amat-amat tidak menggalakkan kaedah laser atau krim pengelupasan. Laser dan krim pengelupasan akan menghakis lapisan kulit paling atas yang sangat penting untuk menjadi penapis sinaran UV.

Remedi Biochemic dan Flower Batch Remedy Untuk Jeragat, Paling Penting Selamat

Biochemic terdiri dari 12 jenis remedies seperti ;

· #1 – Cal flor

· #2 – Cal phos

· #3 – Cal sulph

· #4 – Ferrum phos

· #5 – Kali mur

· #6 – Kali phos

· #7 – Kali sulph

· #8 – Mag phos

· #9 – Nat mur

· #10 – Nat phos

· #11 – Nat sulph

· #12 – Silica

FVC-30 adalah gabungan mineral biochemic yang sangat selamat dan mempunyai beberapa remedi yang diproses menyerupai mineral atau garam tisu di dalam tubuh yang sangat-sangat diperlukan oleh kulit untuk kekal sihat.

Begitu juga Q-Spray yang mengandungi ekstrak tumbuhan hebat bagi mengawal emosi, hormon dan sistem perjalanan darah. Q-Spray adalah gabungan beberapa tumbuhan yang hebat dan mempunyai nilai perubatan yang telah diperakui diseluruh dunia.

Gandingan biochemic dan Flower Bach Remedy adalah gandingan hebat untuk mendapat kulit yang cantik, sihat dan menawan tanpa merisiko tubuh kepada kerosakkan organ penting seperti buah pinggang dan hati.

Homeopathy biochemic adalah konsep merawat seluruh tubuh pesakit, konsepnya biochemic akan merawat punca terjadinya jeragat.

Homeopathy biochemic mempunyai senarai remedy yang panjang untuk menghapus jeragat. Paling banyak maklumbalas mengatakan set-set jeragat homeopathy biochemic sangat “power” ialah mengguna remedy tunggal (single remedy). Tidak hairanlah jika set-set homeopathy biochemic mempunyai remedy kemam atau minum dan di dalam 1 set akan terdapat 2 atau 3 remedi untuk dikemam dan diminum.

Remedi yang Telah Terbukti Keberkesanannya

Biochemic adalah dari mineral yang terdapat dibumi dan beberapa remedy yang telah terbukti keberkesannya untuk diganding dengan FVC30 dan Q-Spray, seperti ;

Sepia 200 adalah remedi “core” untuk wanita yang mengalami masalah hormon seperti mengambil pil perancang dan pil HRT (hormone replacement therapy). Sepia 200 digelar sebagai “women’s remedy”, oleh pakar-pakar homeopathy. Gandingan mantap Sepia 200, Melasma Free dan Fragaria vesca, sering mendapat maklumbalas dari pembeli dengan hasilnya yang pantas.

Secaranya ringkasnya fungsi ke semua remedi ini mempunyai fungsi seperti dibawah;

· Sepia 200 – Women’s remedy, yang sangat “power” untuk mengatasi masalah jeragat akibat perubahan atau tidak seimbang hormon. Sangat hebat untuk wanita yang mengalami masalah menstrual (datang haid) yang tertangguh dan kerap mengalami kekejangan sewaktu menstrual

· Melasma Free bahan utamanya Caulophyllum- Remedi yang sangat hebat untuk memberi nutirisi kepada pesakit. Melasma Free Caulophyllum sangat “power” untuk wanita yang stress dan alami masalah sakit-sakit saraf, atau orang panggil “sakit urat”.

· Cal Sulph – Biochemic No.#3 yang sangat “power” untuk membekal nutirisi ke kulit, membina sel-sel kulit baru dan membawa oksigen secukupnya ke dalam darah.

· Kali Sulph adalah biochemic No. #7 yang sangat hebat untuk membantu hati membuang toksin.

· Fragaria vesca 30, atau wild berry yang di gelar “tumbuhan anugerah Allah” yang mempunyai kesan yang sangat baik untuk system tubuh yang lebih kuat. Fragaria vesca sangat “powerful” jika mengikut satu komen web yang menceritakan kebaikkan Fragaria vesca untuk mencerahkan kulit. Selain kulit Fragaria vesca juga mampu mencerahkan gigi dan membantu buah pinggang bekerja dengan lebih cekap dan menghalang dari terjadinya batu di buah pinggang.

Remedi homeopathy semakin mendapat tempat dihati pengguna dengan kesan yang lembut, boleh dipercayai, tidak ada kesan sampingan dan tidak akan ketagih jika diambil di dalam tempoh yang lama.

 

ingin info lanjut klik https://klix.cc/TG2XT

Posted on 2 Comments

Apakah itu Wet Dose Homeopathy?

 

 

 

 

Apakah itu Wet Dose Homeopathy?

 

Wet dose vs Dry Dose begitulah tajuk salah satu web yang cukup terkenal memperkenalkan homeopathy kepada dunia. Terdapat percanggahan pendapat di antara scholar atau pakar homeopathy sama ada wet dose telah diamalkan oleh pengasas homeopathy sendiri.

 

Sebagaimana yang kita tahu pada zaman 1800 gaya penulisannya agak berpuitis walaupun ia adalah jurnal perubatan, oleh itu agak sukar untuk pinpoint kepada sesuatu kaedah perubatan dengan secara jelas. Walaubagaimana pun hasil kajian mendapati pengasas homeopathy secara indirectly mengatakan wet dose adalah lebih cepat meresap ke dalam sistem tubuh berbanding dry dose (tablet untuk dikemam).

 

Bagaimana Wet Dose Lebih Bagus Bekerja?

 

Secara purata tubuh manusia dewasa mengandungi 50-65% air. Kandungan air di dalam tubuh bayi lebih tinggi di antara 75-78%. Boleh dikatakan hampir separuh tubuh manusia adalah air.

 

Homeopathy mementingkan dos yang amat kecil atau nano dose, lagi kecil dos tersebut adalah lebih kuat. Ini berbeza dengan konsep perubatan biasa yang menetapkan gram atau cc yang tinggi untuk dos yang tinggi.

 

Apabila separuh dari jisim tubuh adalah air, tubuh akan menerima khasiat dan menyerap khasiat yang berbentuk cecair dengan lebih pantas berbanding bahan-bahan lain. Sebagai contoh tubuh manusia akan lebih cepat menyerap zat-zat yang diminum seperti air mineral, susu, coklat, minuman kultur dan lain-lain. Malah jika demam denggi pun dirawat mengguna IV yang berbentuk cecair. Begitu wet dose akan lebih cepat menyerap kedalam tubuh berbanding dos kering yang mengguna tablet manis.

 

Kenapa Wet Dose Diragui?

 

Minda kita telah dilatih sejak dari kecil sesuatu yang kuat atau tinggi kuasanya akan memberi impak yang sangat cepat. Agak sukar bagi sesetengah orang yang terlalu fanatic kepada pemahaman sains yang rigid dan tidak berfikir diluar kotak untuk menerima dos nano yang tidak dapat dikesan oleh mikroskop mampu memberi impak kesihatan kepada penyakit kronik.

 

Sebagai contoh sekiranya Arnica 30 atau Fragaria Vesca 30, hanya 5-10 titis dicampur kedalam air mineral yang saiznya 450ml. Selepas itu di “succuss” atau dihentak ke tapak tangan sebanyak 5-6 kali dengan kuat. Bayangkan hanya 5-10 titis remedi di dalam air sebanyak  450ml, secara amnya sudah semesti kesan remedi tersebut sudah hilang sama sekali tetapi sebaliknya ini adalah kehebatan konsep wet dose homeopathy yang akan bertindak dengan lebih efisien sekiranya dosnya menjadi lebih kecil.