Posted on

Wet Dose Rawat Pelbagai Penyakit termasuk Jeragat

 

Wet Dose Rawat Pelbagai Penyakit, Termasuk Demam Denggi dan

 

Berpuluh tahun sudah tertanam di dalam otak pengguna, sekiranya ubat homeopathy mesti pil manis yang bulat-bulat berwarna putih. Semenjak diperkenal wet dose ramai yang was-was, ok ke teknik ni? Berkesan ke? dan macam-macam soalan yang kerap keluar di mesej whatsapp sampai penat menjawab.

Saya sendiri pun was-was pada permulaan diperkenalkan oleh pensyarah saya Encik Zainul Azmi B Ahmad, kini adalah Presiden, Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia. Beliau memperkenalkan teknik wet dose untuk merawat demam denggi mengguna remedi bernama Eupatorium 200. Kebetulan selepas pulang dari kelas CPD Homeopathy di Segamat, Johor. Jiran sebelah rumah saya disyaki demam denggi dengan simptom pening kepala yang melampau, sakit-sakit sendi, demam panas yang tinggi dan muntah-muntah.

Jiran saya telah ke hospital kerajaan dan menunggu lebih kurang 4 jam sebelum diperiksa oleh doktor dan disuruh pulang kerumah. Doktor berpesan jika mengalami pendarahan barulah dikehendaki datang segera ke hospital. Pihak hospital tidak dapat memberi katil di wad kerana wad telah penuh dengan pesakit. Malangnya sewaktu menunggu di hospital yang ramai adalah muka-muka seperti pendatang bukannya rakyat tempatan memenuhi ruang menunggu di hospital kerajaan. Jiran saya dengan marah menuduh hospital kerajaan lebih utamakan pendatang dari rakyatnya sendiri… itu saya tak berani nak campur…

Teruja dengan ilmu yang baharu sahaja dipelajari, saya pun menyediakan wet dose Eupatorium 200 di dalam 1 botol air mineral 500ml. Saya menyerahkan remedi wet dose tersebut pada sebelah pagi pada pukul 8 pagi. Esoknya pada jam 11 pagi saya terlihat jiran saya di depan pintu rumahnya, duduk termenung dan mungkin masih demam.

Rupanya dia telah rasa agak sihat, sakit atau pening kepala semakin berkurangan walaupun masih terasa sakitnya. Beliau “lepak” depan pintu disebabkan ingin ambil angin kerana tak larat nak berbaring dari semalam katanya. Saya pun korek-korek rahsia sama ada dia mengambil lain-lain ubat, dan agak terkejut apabila dia maklumkan dia hanya meminum wet dose tu sikit demi sikit sehingga habis dari pagi sehingga tengah malam dan terus tertidur.

Bila terbangun pada sebelah paginya beliau terasa agak sihat dan dia sendiri tidak sedar bahawa wet dose Eupatorium tersebut adalah penawar yang meredakan simptom dengginya. Adakah kebetulan sahaja? Saya pun menghubungi pensyarah saya untuk menceritakan pengalaman yang baru saya lalui dan beliau juga memaklumkan bahawa beliau sendiri pun telah berjaya merawat agak ramai pesakit yang disyaki denggi di kawasan rumah beliau. Kesimpulannya wet dose berjaya merawat walaupun nampak mustahil (sekiranya anda disyaki mengalami demam denggi jangan abaikan nasihat doktor bertauliah).

Terbaru remedi untuk merawat jeragat, seperti, Free, Fragaria dan Arnicajuga dicadangkan untuk mengguna kaedah wet dose. Hasilnya ramai yang memberi maklum balas hasilnya agak mengujakan dengan kesan yang agak pantas untuk memudarkan jeragat. Walaupun kesannya berbeza di antara setiap individu, kesan paling pantas pernah diberi oleh pembeli ialah selepas 2 minggu mengguna set jeragat dengan kaedah wet dose.

Sebagai contoh sekiranya Arnica 30 atauFragaria Vesca 30, hanya 5-10 titis dicampurkedalam air mineral yang saiznya 500ml dan dibuang sedikit lebih kurang 1 inci untuk memberi ruang sewaktu campuran dibuat. Selepas itu di “succuss” atau dihentak ke tapak tangan sebanyak 5-6 kali dengan kuat sehingga ternampak buih-buih terjadi. Bayangkan hanya 5-10 titis remedi di dalam air sebanyak  480ml, secara amnya sudah semesti kesan remedi tersebut sudah hilang sama sekali tetapi sebaliknya ini adalah kehebatan konsep wet dose homeopathy yang akan bertindak dengan lebih efisien sekiranya dosnya menjadi lebih kecil.

Inginkan konsultasi jeragat sila,wasap kode ke 0123400557 kerana tiap orang tidak sama remedy bergantung pada masalah dan simptom atau boleh lawat laman web dibawah untuk mengetahui kaedah merawat jeragat http://www.ubatjeragat.com/webjeragat

atau wasap terus dengan menekan link ini —–> http://biochemic.wasap.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *