Posted on

Terdapat banyak produk kosmetik beracun dipasaran

 

 

 

Salam

 

Sejak 2 minggu lepas kecoh dalam suratkhabar,TV dan pelbagai media massa tentang produk beracun dipasaran melibatkan produk terkenal dan ternama. Seperti biasa ada syarikat akan memberi pelbagai alasan seperti produk tiruan,tidak tersebar luas lagi,baru dipasaran dan ada pelbagai alasan dan kelentong akan diberikan.

Yang peliknya,mereka ini dalam masa 2-3 bulan setelah semua isu reda akan mengeluarkan jenama lain dengan produk yang sama. Modus operandi mereka ini jelas tidak rasa bersalah sebab undang-undang yang ada didalam negara tidak begitu ketat dan mudah mereka manipulasi.

Akta perlindungan kepada pengguna yang lemah juga menjadi perkara ini seperti alah bisa tegal biasa.Beberapa bulan yang akan datang akan mengeluarkan produk yang baru atas jenam yang lain dan syarikat yang lain kerana industri ini adalah yang menguntungkan.

Ramai nak cantik dan hendak kesan segera. Ramai wanita nak putih gebu.kalau boleh yang hitam legam macam negro pun nak putih melepak. Mereka ini tidak berpijak dibumi nyata.Jika bahan-bahan kosmetik ini boleh memutihkan dengan segera ramai orang dibenua Afrika dan benua Sind sudah putih melepak macam orang-orang di eropah.

Sedangkan Allah menjadikan manusia itu berbangsa-bangsa untuk saling kenal mengenal antara satu sama lain.Dijadikan manusia beberbeza warna kulit dan lain-lain.

Hendak mengenali ciri-ciri produk itu beracun atau selamat bukan hanya terletak ada KKM,NOT dll sijil pengiktirafan kerana banyak produk yang ada KKM dll akhirnya beracun akhirnya.

Kebiasaan produk beracun ini akan menjanji kesan segera,selamat dan testimonial pelbagai untuk mengaburi mata pengguna yang telalu ingin cantik dan kulit putih walaupun kulit legam macam buntut kuali memasang angan-angan setinggi gunung everest untuk putih bak salji. Berangan tidak salah tetapi mesti berpijak dibumi nyata dan bersyukurlah dengan kurniaan ilahi.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *