Posted on

Penggunaan IUCD,Implanon,pil perancang sebabkan jeragat tidak sembuh

 

 

Hormon Pun Boleh Confuse dan Pun Naik

Pengambilan pil perancang (oral contraceptives) agak jelas diperkatakan sebagai punca terjadinya jeragat walaupun tidak ada sejarah di dalam keluarga yang mengalami jeragat. Oleh itu, kerap kali wanita yang mengambil pil perancang akan dinasihatkan untuk berhenti mengambil pil perancang jika terjadi jeragat secara tiba-tiba selepas mengambil pil perancang.

Hormon mempengaruhi wanita semasa dan selepas kehamilan. Sebagai contoh jika mereka berhenti mengambil pil perancang, pil kesuburan untuk hamil, untuk penyusuan, dan selepas itu kembali kepada pil perancang untuk mengawal kelahiran semula. Proses pengambilan pil perancang akan mempengaruhi sistem hormon mereka sehingga ke peringkat perimenopause atau menopause. Proses mengambil hormon kawalan kelahiran akan mencetus jeragat atau kerana wanita sangat sensitif terhadap perubahan hormon estrogen dan progesterone di dalam tubuh.

Hormon mempunyai kesan yang amat penting untuk kesihatan setiap wanita. Hormon seksual wanita, estrogen dan progesterone sangat penting untuk kesuburan sistem reproduksi wanita, ianya melibatkan kitaran haid sehingga ke proses wanita itu mengandung sehingga menopause. Hormon juga mempengaruhi emosi, paras tenaga, berat badan, mood dan sehingga kepada masalah kulit pun akan terjadi akibat dari masalah hormon seperti terjadinya jeragat dan jerawat.

90% dari pembeli set jeragat berumur 30 tahun dan ke atas, menunjukkan pada sekitar umur tersebut kebanyakkan wanita telah berkahwin dan pernah hamil yang akan mempengaruhi keseimbangan hormon.

Jeragat tidak mengenal umur, bangsa dan warna kulit, tetapi majoriti yang mengalami jeragat adalah wanita, dan sangat jarang terjadi kepada lelaki. Majoriti mendapat jeragat adalah wanita yang berumur lebih 30an. Walaubagaimana pun jeragat tidak memilih “mangsanya” , terdapat wanita yang berumur 20an yang mukanya ditumbuhi jeragat kerana pernah mengambil pil perancang.

90% wanita yang berhenti mengambil pil perancang akan terjadi jeragat. Jeragat tejadi kerana sistem tubuh belum menyesuaikan diri untuk bertindak sendiri untuk mengawal hormon. Sepanjang tempoh wanita itu mengambil pil perancang sistem hormon dikawal oleh pil perancang. Sistem tubuh akan mengalami kecelaruan apabila pengendali hormon sudah tidak lagi berada di dalam sistem tubuh dan seterusnya mengaktif melanocytes untuk mengeluarkan melanin (pigmen hitam) dengan kuantiti yang banyak dari biasa. Secara mudah untuk memahaminya, sistem tubuh pun confuse atau terkeliru dengan fungsi rutin seperti kitaran haid setiap bulan yang telah dikawal oleh pil perancang untuk sekian lama.

 

,,,,serum dan segala akan yang “claim” dapat merawat jeragat akan membazir dan mengerinakan duit poket anda kerana jeragat anda tidak akan sembuh.Apa yang anda dapat adalah kulit anda semakin menipis dan jeragat akan bertambah.

Oleh itu homeobatanical , dan adalah jalan terbaik dalam menangi masalah jeragat anda.

Jeragat memang unik kerana pakar-pakar tidak dapat memberi kata sepakat apakah punca akar umbi jeragat. Mereka memberi pelbagai pendapat yang bercanggah, tetapi sebaliknya homeopathy menganggap jeragat adalah berpunca dari kesihatan tubuh yang terganggu. Untuk merawat jeragat sistem tubuh juga perlu dirawat. Hasil dari maklum balas pengguna 90% pesakit jeragat adalah berpunca dari hormon yang akan mengaktif melanocytes untuk menghasil melanin dengan banyak sehingga melanin timbul dipermukaan kulit terutama di muka.

Perubatan konvensional akan mengguna laser atau krim bertoksik untuk membuang lapisan kulit. Kedua-dua kaedah ini agak menyakitkan sewaktu didalam proses rawatan. Paling terkini mengguna kaedah suntikan yang akan menjurus kepada kesan sampingan yang amat menakutkan. Suntikan yang popular adalah suntikan Vitamin E dan Gluthathione. Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan amaran mengenai bahaya kesan sampingan suntikan Vitamin E dan tidak membenar doktor-doktor membuat suntikan di klinik mereka. Paling mengejutkan apabila terdapat penjual yang menjual di online dan disuntik oleh pembeli itu sendiri!

“Berdasarkan Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, seorang doktor klinik swasta tidak dibenarkan menawarkan khidmat suntikan Vitamin C kepada pelanggan.”

Suntikan vitamin C dan Glutathione yang dilakukan sendiri oleh pesakit atau individu yang tidak bertauliah adalah sangat merbahaya, kerana boleh menyebabkan keradangan pada tapak suntikan itu, Selain daripada bahaya tersebut tindakan itu juga boleh menyebabkan jangkitan kuman kepada seseorang itu.

Vitamin C dan Glutathione tidak dinafikan mempunyai manfaat yang sangat besar terhadap tubuh kerana mempunyai antioxidant. Glutathione akan melawan free radical atau unsur-unsur yang akan merosakkan sel-sel tubuh.

Kesan sampingan jika mengambil Glutathione dengan cara yang tidak sepatutnya seperti suntikan yang tidak diiktiraf oleh KKM dan FDA ialah ;

Kesan sampingan kepada pengguna yang mengambil glutathione pada jangkamasa yang panjang ialah berkaitan rendah paras zinc di dalam tubuh. Glutathione juga boleh mencetuskan serangan asthma seperti simptom pernafasan berbunyi (wheezing)

Pakar-pakar juga tidak mengetahui sama ada glutathione selamat kepada ibu yang mengandung atau sewaktu menyusu bayi.

Begitu juga Vitamin C kebanyakkan pakar mencadangkan untuk mengambil Vitamin C terus dari sumbernya seperti dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Kesan sampingan mengambil suntikan Vitamin C adalah lebih merbahaya dari mengambil suntikan glutathione.

Kesan sampingan akibat mengambil suntikan Vitamin C adalah;

· Terasa kekejangan di perut

· Sakit dada

· Gigi akan mereput

· Pening-pening

· Cirit-birit

· Pitam

· Keletihan melampau

· Meningkat kemungkinan kanser paru-paru

· Meningkat kemungkinan penyakit Parkinson

· Meloya

· Komplikasi sel darah merah

· Pelbagai penyakit kulit

Suplemen ini tidak di iktiraf FDA US dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Rawatan Yang Selamat, Berkesan dan Hampir Tidak Ada Kesan Sampingan Untuk Jeragat

Homeopathic Single Remedies (HSR atau Remedi Tunggal)

Homeopathic Single Remedies (HSR) sendiri telah mendapat lampu hijau dari Kementerian Kesihatan Malaysia adalah selamat dan tidak perlu didaftarkan. , Fragaria Vesca 30, Arnica 30, Ashwagandha , Damiana dan remedi biochemic seperti Cal Sulph 6x, Kali Sulph 6x dan lain-lain remedi untuk merawat jeragat adalah HSR atau remedi tunggal. Amalan remedi tunggal lebih berkesan, lebih holistic dan terbukti diseluruh dunia pengamal amalan Holistic Homeopathy sangat berjaya merawat pelbagai penyakit kronik seperti masalah jantung, buah pinggang, paru-paru dan juga jeragat.

Mengguna pil manis atau air yang amat selamat dan mengikut kajian makmal bahan asalnya sudah tidak dapat dikesan oleh makmal. Homeopathy dan biochemic dianggap placebo, penipu dan pseudoscience (amalan tidak berkaitan sains) disebabkan bahan-bahan asal tidak dapat dikesan oleh alat-alat makmal. Jika homeopathy adalah karut marut bagaimana dengan mereka yang sudah bersih mukanya selepas mengamal homeopathy?

Anda tidak perlu risau kerana terdapat begitu banyak set-set jeragat homeopathy dan biochemic untuk menghapus jeragat. Kami akan menganalisa simptom, karekter dan sejarah, hasil dari analisa ini kami akan mencadangkan set yang paling sesuai. Berpengalaman lebih dari 18 tahun dan memfokus kepada perubatan homeopathy yang khusus kepada masalah kulit menjadikan kami agak arif untuk mencadangkan set yang terbaik untuk anda.

Tidak rugi untuk mencuba remedi homeopathy yang sangat-sangat mendapat sambutan diseluruh dunia dengan kesan yang lembut, selamat dan boleh diharapkan. Bagaimana untuk mengenal pasti remedi homeopathy yang selamat dan tanpa kesan sampingan? Sangat mudah, remedi homeopathy yang 100% dari remedi homeopathy dan tidak dicampurkan dengan bahan kimia atau dadah atau inhibitor adalah dijamin cukup selamat dan boleh dikatakan tidak ada dos yang boleh membawa maut. Remedi homeopathy BUKAN UBAT kerana ia tidak mempunyai bahan-bahan ubat, sebagai contoh jika dikategorikan sebagai ubat, seperti PANADOL yang mengandungi PARACETAMOL iaitu bahan terkawal di bawah akta dadah.

Moto kami amat mudah, kami tidak mengejar keuntungan semata-mata tetapi yang paling penting, anda kembali cantik dan sihat dengan mengamal remedi homeopathy Insya Allah dengan izin-Nya.

Ingin kan rawatan konsultasi sila klik link ini untuk wasap terus http://biochemic.wasap.my

Posted on

Apakah itu Wet Dose Homeopathy?

 

 

 

 

Apakah itu Wet Dose Homeopathy?

 

Wet dose vs Dry Dose begitulah tajuk salah satu web yang cukup terkenal memperkenalkan homeopathy kepada dunia. Terdapat percanggahan pendapat di antara scholar atau pakar homeopathy sama ada wet dose telah diamalkan oleh pengasas homeopathy sendiri.

 

Sebagaimana yang kita tahu pada zaman 1800 gaya penulisannya agak berpuitis walaupun ia adalah jurnal perubatan, oleh itu agak sukar untuk pinpoint kepada sesuatu kaedah perubatan dengan secara jelas. Walaubagaimana pun hasil kajian mendapati pengasas homeopathy secara indirectly mengatakan wet dose adalah lebih cepat meresap ke dalam sistem tubuh berbanding dry dose (tablet untuk dikemam).

 

Bagaimana Wet Dose Lebih Bagus Bekerja?

 

Secara purata tubuh manusia dewasa mengandungi 50-65% air. Kandungan air di dalam tubuh bayi lebih tinggi di antara 75-78%. Boleh dikatakan hampir separuh tubuh manusia adalah air.

 

Homeopathy mementingkan dos yang amat kecil atau nano dose, lagi kecil dos tersebut adalah lebih kuat. Ini berbeza dengan konsep perubatan biasa yang menetapkan gram atau cc yang tinggi untuk dos yang tinggi.

 

Apabila separuh dari jisim tubuh adalah air, tubuh akan menerima khasiat dan menyerap khasiat yang berbentuk cecair dengan lebih pantas berbanding bahan-bahan lain. Sebagai contoh tubuh manusia akan lebih cepat menyerap zat-zat yang diminum seperti air mineral, susu, coklat, minuman kultur dan lain-lain. Malah jika demam denggi pun dirawat mengguna IV yang berbentuk cecair. Begitu wet dose akan lebih cepat menyerap kedalam tubuh berbanding dos kering yang mengguna tablet manis.

 

Kenapa Wet Dose Diragui?

 

Minda kita telah dilatih sejak dari kecil sesuatu yang kuat atau tinggi kuasanya akan memberi impak yang sangat cepat. Agak sukar bagi sesetengah orang yang terlalu fanatic kepada pemahaman sains yang rigid dan tidak berfikir diluar kotak untuk menerima dos nano yang tidak dapat dikesan oleh mikroskop mampu memberi impak kesihatan kepada penyakit kronik.

 

Sebagai contoh sekiranya Arnica 30 atau Fragaria Vesca 30, hanya 5-10 titis dicampur kedalam air mineral yang saiznya 450ml. Selepas itu di “succuss” atau dihentak ke tapak tangan sebanyak 5-6 kali dengan kuat. Bayangkan hanya 5-10 titis remedi di dalam air sebanyak  450ml, secara amnya sudah semesti kesan remedi tersebut sudah hilang sama sekali tetapi sebaliknya ini adalah kehebatan konsep wet dose homeopathy yang akan bertindak dengan lebih efisien sekiranya dosnya menjadi lebih kecil.

 

Posted on

Jeragat hanya sembuh jika dirawat daripada dalam

 

*Fragaria* di ambil hari² – *10-15 titis dicampur didalam cawan dgn 1 sudu air mineral*, kemudian *di kemam* dlm mulut *15-30 saat* dan telan. Ambil *2-3x setiap hari* atau di

buat *wet dose* ikut *arahan bergambar*

Ramai yg guna kaedah *wet dose* apabila ambil Fragaria dan feedbacknya sangat hebat.Cara ambil

*sepia,melasme* dan *Fragaria* di ambil hari² – *10-15 titis dicampur didalam cawan dgn 1 sudu air mineral*, kemudian *di kemam* dlm mulut *15-30 saat* dan telan. Ambil *2-3x setiap hari semasa perut kosong* atau fragaria di

buat *wet dose* ikut *arahan bergambar*

Ramai yg guna kaedah *wet dose* apabila ambil Fragaria dan feedbacknya sangat hebat.

Cara buat rujuk gambar yang diberikan

Fragaria vesca sangat berkhasiat untuk hati dan buah pinggang iaitu 2 organ yang paling penting untuk membuang toksik. Fragaria vesca akan menyahtoksik di hati dan menghalang terjadinya batu di dalam buah pinggang.

Fragaria vesca atau Wild Strawberry , mempunyai pelbagai nama gelaran seperti Alpine Strawberry, Common Strawberry, Mountain Strawberry, Pineapple Strawberry, Wild Strawberries, Wood Strawberry dan Woodland Strawberry. Walau apa pun namanya buah strawberry sangat sedap ini sangat berkhasiat untuk pelbagai jenis masalah kesihatan termasuk bertindak seperti kolagen untuk mencerahkan kulit.

Selain mampu mencerahkan kulit dan menghapus , Fragaria Vesca juga mempunyai manfaat kesihatan seperti;

– Mencegah gout

– Arthritis

– Untuk melawan kanser

– Membantu menghalang terjadi kencing manis

– Penyakit hati

– Cirit-birit

– Menghalang terjadinya batu di dalam organ

Selain menjadi cantik, adalah sangat penting untuk memastikan suplemen yang anda ambil adalah selamat, mengguna bahan-bahan dari alam semulajadi dan bebas bahan bertoksik. Oleh itu homeopathy adalah pilihan yang sangat sesuai dan tidak rugi untuk dicuba tetapi sangatlah rugi jika anda tidak mencubanya. Free adalah gabungan beberapa remedi garam tisu yang digelar sebagai “bioplasma”. Bioplasma ini akan membantu mengimbang hormon dan akan menghapus jeragat atau melasma yang menganggu penampilan anda.Kombinasi dan Fragaria Vesca 30

Sepia digelar dengan pelbagai nama, tetapi kerap kali Sepia dianggap sebagai “remedi ajaib untuk wanita”. Boleh dikatakan hampir kesemua masalah wanita akan mengguna Sepia sebagai remedi utama yang mampu untuk bekerja di dalam tempoh masa yang lama di dalam tubuh wanita.

Homeopathy adalah perubatan unik, di mana setiap remedi akan digandingkan dengan satu kumpulan simptom, corak tertentu berkaitan tubuh-minda yang akan mampu menerima sesuatu remedi dengan lebih cepat. Begitu juga Sepia sekiranya mengikut corak berkaitan tubuh-minda ialah

Muka kelihatan kekuningan atau coklat dan pucat. Kulit kelihatan tidak sihat

Wanita yang mempunyai anak yang ramai dan terlalu risau mengenai anak-anaknya.

Kerap sakit dibelakang dan mahu diurut, dan ingin duduk berehat di satu tempat yang sunyi dan gelap berseorangan untuk lari dari rutin harian yang padat.

Wanita yang memerlukan Sepia biasanya tabah tetapi jika wanita tersebut terlalu stress dia akan terus lemah, menangis dan kerap kali bergaduh dengan suami atau anak-anaknya.

Sepia kerap kali akan diberikan kepada wanita yang berumur lebih 30 tahun yang mengalami sindrom pra haid, vaginitis (jangkitan kuman di vagina), menopos, keguguran, endometriosos, anemia (darah rendah).

Kelesuan yang kronik, masalah penghadaman, hilang minat untuk perhubungan intim dan tekanan perasaan yang kadang-kadang akan terjadi hysteria.

Jeragat akan mula timbul di wajah selepas kerap kali melahirkan anak, ditambah dengan tekanan hidup atau perasaan yang di alami.

Fragaria Vesca

Fragaria vesca adalah remedi yang universal dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Fragaria vesca atau wild strawberry mempunyai khasiat yang sangat hebat untuk pelbagai masalah penyakit kulit seperti jeragat.

Karekter utama pesakit yang akan mendapat manfaat paling cepat apabila mengamalkan fragaria apabila seorang individu itu tidak mampu memakan strawberi secara mentah tetapi akan mendapat manfaat melalui kaedah remedi homeopathy.

Selain dari itu sekiranya individu tersebut mempunyai simptom seperti berikut :

Muka hitam kebiruan

Muka seolah kecoklatan

Kuat berpeluh

Bagi wanita menyusu, payudara mengecil dan susu kekeringan.

Sepanjang diperkenalkan Fragaria telah mampu mencerahkan kulit dan menghilangkan jeragat yang tebal dan lama.

Sesuai untuk semua peringkat umur dan kategori pesakit seperti masalah hormon dan lain-lain masalah berkaitan jeragat seperti sunburn, jeragat akibat tersilap mengguna bahan kosmetik, jeragat akibat mengandung (melasma) dan lain-lain.Fragaria juga mempunyai manfaat untuk menguat dan memutihkan gigi jika diamalkan

 

 

 

Posted on

Wet Dose Rawat Pelbagai Penyakit termasuk Jeragat

 

Wet Dose Rawat Pelbagai Penyakit, Termasuk Demam Denggi dan

 

Berpuluh tahun sudah tertanam di dalam otak pengguna, sekiranya ubat homeopathy mesti pil manis yang bulat-bulat berwarna putih. Semenjak diperkenal wet dose ramai yang was-was, ok ke teknik ni? Berkesan ke? dan macam-macam soalan yang kerap keluar di mesej whatsapp sampai penat menjawab.

Saya sendiri pun was-was pada permulaan diperkenalkan oleh pensyarah saya Encik Zainul Azmi B Ahmad, kini adalah Presiden, Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia. Beliau memperkenalkan teknik wet dose untuk merawat demam denggi mengguna remedi bernama Eupatorium 200. Kebetulan selepas pulang dari kelas CPD Homeopathy di Segamat, Johor. Jiran sebelah rumah saya disyaki demam denggi dengan simptom pening kepala yang melampau, sakit-sakit sendi, demam panas yang tinggi dan muntah-muntah.

Jiran saya telah ke hospital kerajaan dan menunggu lebih kurang 4 jam sebelum diperiksa oleh doktor dan disuruh pulang kerumah. Doktor berpesan jika mengalami pendarahan barulah dikehendaki datang segera ke hospital. Pihak hospital tidak dapat memberi katil di wad kerana wad telah penuh dengan pesakit. Malangnya sewaktu menunggu di hospital yang ramai adalah muka-muka seperti pendatang bukannya rakyat tempatan memenuhi ruang menunggu di hospital kerajaan. Jiran saya dengan marah menuduh hospital kerajaan lebih utamakan pendatang dari rakyatnya sendiri… itu saya tak berani nak campur…

Teruja dengan ilmu yang baharu sahaja dipelajari, saya pun menyediakan wet dose Eupatorium 200 di dalam 1 botol air mineral 500ml. Saya menyerahkan remedi wet dose tersebut pada sebelah pagi pada pukul 8 pagi. Esoknya pada jam 11 pagi saya terlihat jiran saya di depan pintu rumahnya, duduk termenung dan mungkin masih demam.

Rupanya dia telah rasa agak sihat, sakit atau pening kepala semakin berkurangan walaupun masih terasa sakitnya. Beliau “lepak” depan pintu disebabkan ingin ambil angin kerana tak larat nak berbaring dari semalam katanya. Saya pun korek-korek rahsia sama ada dia mengambil lain-lain ubat, dan agak terkejut apabila dia maklumkan dia hanya meminum wet dose tu sikit demi sikit sehingga habis dari pagi sehingga tengah malam dan terus tertidur.

Bila terbangun pada sebelah paginya beliau terasa agak sihat dan dia sendiri tidak sedar bahawa wet dose Eupatorium tersebut adalah penawar yang meredakan simptom dengginya. Adakah kebetulan sahaja? Saya pun menghubungi pensyarah saya untuk menceritakan pengalaman yang baru saya lalui dan beliau juga memaklumkan bahawa beliau sendiri pun telah berjaya merawat agak ramai pesakit yang disyaki denggi di kawasan rumah beliau. Kesimpulannya wet dose berjaya merawat walaupun nampak mustahil (sekiranya anda disyaki mengalami demam denggi jangan abaikan nasihat doktor bertauliah).

Terbaru remedi untuk merawat jeragat, seperti, Free, Fragaria dan Arnicajuga dicadangkan untuk mengguna kaedah wet dose. Hasilnya ramai yang memberi maklum balas hasilnya agak mengujakan dengan kesan yang agak pantas untuk memudarkan jeragat. Walaupun kesannya berbeza di antara setiap individu, kesan paling pantas pernah diberi oleh pembeli ialah selepas 2 minggu mengguna set jeragat dengan kaedah wet dose.

Sebagai contoh sekiranya Arnica 30 atauFragaria Vesca 30, hanya 5-10 titis dicampurkedalam air mineral yang saiznya 500ml dan dibuang sedikit lebih kurang 1 inci untuk memberi ruang sewaktu campuran dibuat. Selepas itu di “succuss” atau dihentak ke tapak tangan sebanyak 5-6 kali dengan kuat sehingga ternampak buih-buih terjadi. Bayangkan hanya 5-10 titis remedi di dalam air sebanyak  480ml, secara amnya sudah semesti kesan remedi tersebut sudah hilang sama sekali tetapi sebaliknya ini adalah kehebatan konsep wet dose homeopathy yang akan bertindak dengan lebih efisien sekiranya dosnya menjadi lebih kecil.

Inginkan konsultasi jeragat sila,wasap kode ke 0123400557 kerana tiap orang tidak sama remedy bergantung pada masalah dan simptom atau boleh lawat laman web dibawah untuk mengetahui kaedah merawat jeragat http://www.ubatjeragat.com/webjeragat

atau wasap terus dengan menekan link ini —–> http://biochemic.wasap.my