Posted on

Stress Menyebabkan Jeragat Semaki Tebal?

 

.

 

Dah penat dik oi, sapu tak kena makan tak jadi, pi laser makin naya muka aku. Ubat hang ni betui-betui ke berkesan?’ Terkejut juga bila terima 1 whatsapp dah la waktu pun tak logik, ada ke pukul 3 pagi di whatsappnya dan salam pun tak dibagi hehe.

 

Mata pun melekat sebab tengah tidur terkejut dengan bunyi ring tone whatsapp yang agak cemas. Bukan apa set ring tone yang bunyi cemas untuk pastikan setiap whatsapp dapat dijawab dengan pantas (kecuali sewaktu memandu atau dalam toilet mungkin lambat sedikit hehe…

 

Nak jawab macam mana ek? Akak ni mesti tengah frust, atau suami dia buat perangai tak nak tengok muka dia sebab dah teruk dengan ? Silap jawab mau makan maki hamun dipagi yang hening ni .. aduiii dalam dilemma juga. Kalau tak jawab, blue tick dah timbul menunjukkan mesej akak tadi kita dah baca… hermmm bismillah jawab je lah kan.

 

Salam akak mohon beberapa info untuk saya kenal pasti masalah akak dan saya akan cadangkan remedi yang sesuai”. Type agak slow sebab tengah mamai, tiba-tiba akak tu send 1 mesej. “ha awat lama sangat dok typing tu!”. Adehh akak ni garang betul.

Mohon akak beri info seperti
1. Nama & Umur
2. Sudah menopause atau belum?
3. Ada masalah haid?
4. Pernah ambil pil perancang atau hormon?
5. Ada masalah sembelit (digestion)
6. Kerap stress tak?
7. Pernah bersalin ceasarean atau kemalangan teruk?
8. Pernah guna produk pengelupasan, laser atau lain-lain

Tu dia patut lama gila typing, sat akak jawab” Akak tu balas dengan pantas , salah satu punca yang terang-terang nampak akak ni alami stress yang teruk. Berikut ialah jawapan akak tersebut memang confirmed dia sangat stress.

  1. Nama & Umur – Kak Ina (bukan nama sebenar) / 51
    2. Sudah menopause atau belum? Sudah
    3. Ada masalah haid? Dah menopause apa xdak la masalah
    4. Pernah ambil pil perancang atau hormon? xdak
    5. Ada masalah sembelit (digestion) xdak
    6. Kerap stress tak? stress memang kuat hari-hari kerja guru
    7. Pernah bersalin ceasarean atau kemalangan teruk? Sekali ada buat cesarean
    8. Pernah guna produk pengelupasan, laser atau lain-lain” pernah laser, kan dah cakap tu tadi!

 

Waduh terus segar mata dengan jawapan akak ni … bersabar-bersabar..tarik nafas dalam-dalam untuk tenangkan diri sendiri di pagi yang sejuk. Saya anggap ini adalah kes kecemasan seperti kes di wad kecemasan yang perlu dirawat dengan segera. Sebelum sempat saya menaip akak tu dah send lagi satu mesej…

 

Lama gila tunggu ni apa jawapan hang ni?” erk baru 1 minit doh hahaha … sabar..sabar . “Akak dari jawapan akak tadi saya dapati akak terlalu stress, jadi hormon stress dah aktifkan hormon cortisol yang akan jadikan melanocytes menghasilkan melanin atau pigmen hitam atau jeragat, so kalau stress tidak dikawal jeragat akan bertambah teruk setiap hari

Cara terbaik untuk menghalang hormon stress adalah dengan bertenang dan kalau boleh cuci muka atau ambil wuduk ..:)” saya tambah emoticon senyum untuk menyatakan yang saya type dalam keadaan tenang aje.

 

Set yang paling sesuai untuk akak ialah set AADF, set ini ada Arnica, Ashwagandha, Damiana dan Fragaria

 

“fungsi-fungsi remedi ini ialah

Arnica – untuk melancarkan perjalanan darah, jika pembuluh darah tersumbat jeragat akan lebih mudah naik

 

 

AshwagandhaMengawal emosi , jika stress hormon cortisol akan mengaktif melanin yg akan menjadi jeragat

 

 

Damiana – untuk mengawal dan mengimbang hormon , supaya hormon wanita estrogen lebih mendominasi dan jeragat akan terkawal

 

 

Fragaria – untuk mencerahkan , Fragaria berfungsi utk membantu buah pinggang menjadi lebih cekap

 

 

Ini adalah testimoni dari pengguna yang mengguna set AADF sebelum ini, pembeli ini telah repeat order sebanyak 2 kali dan sekarang mukanya sudah bersih” Saya sertakan testimoni terbaru yang baru dapat dari pembeli yang mempunyai simptom seperti akak ini.

 

 

Semua mesej saya hanya di blue tick sahaja… aik akak ni baca aje tanpa komen? Secara tiba-tiba akak tersebut terdiam selama lebih kurang 3 jam, saya tunggu dan tunggu …sehingga tertidur semula dan terjaga apabila azan subuh berkumandang. Berat juga nak bangun, kepala saya sendiri jadi berat …adoii inilah cabaran sebagai peniaga online, kedai kami dibuka 24 jam 7 hari seminggu dan 365 setahun.. pernah sekali tu ada pembeli yang ingin buat pesanan di pagi hari Raya Aidilfitri… bayangkan hehehehe. Pernah juga BP (blood pressure) saya naik dan doktor nasihatkan saya untuk berehat.

 

 

Setelah siap solat subuh saya periksa phone dan amat terkejut dengan reply dari akak tersebut. Mana tidak terkejut reply dari akak tersebut siap dengan  Assalamualaikum di dalam jawi, dan dengan ayat penuh sopan dia membalas.

 

Assalamualaikum dik, akak telah bank in sebanyk RMxxx ke akaun Maybank adik xxxx-xxxx-xxxx, betulkan sebab akak amik no akaun ni dari web adik?, berikut ialah details akak untuk adik pos kan, ada lebih RM10 akak halalkan untuk adik buat belanja minum

 

 

Ini adalah gambar resit bukti bayaran tadi, semoga adik dapat pos pesanan akak dengan segera dan ajarkan akak cara-cara mengambilnya nanti…maaf pagi tadi ganggu adik tidur…wasalam

 

Wow … akak ini telah berubah di dalam sekelip mata dan terus membuat order serta bayaran tanpa banyak soal lagi …. Alhamdulillah.

 

Selepas lebih kurang 40 hari akak ini membuat repeat order katanya … jeragat dia semakin pudar dan dia mula semakin pandai mengawal stressnya dibantu oleh Ashwaganda Q….. Alhamdulillah.

 

Ingin mendapatkan rundingcara remedy yang sesuai dengan masalah jeragat anda sila klik link ini untuk wasap kami terus.Sebarang persoalan kaedah rawatan dan cadangan remedy akan diberikan secara percuma kecuali remedy rawatan =====> http://.wasap.my

Posted on

Jeragat hanya sembuh jika dirawat daripada dalam

 

*Fragaria* di ambil hari² – *10-15 titis dicampur didalam cawan dgn 1 sudu air mineral*, kemudian *di kemam* dlm mulut *15-30 saat* dan telan. Ambil *2-3x setiap hari* atau di

buat *wet dose* ikut *arahan bergambar*

Ramai yg guna kaedah *wet dose* apabila ambil Fragaria dan feedbacknya sangat hebat.Cara ambil

*sepia,melasme* dan *Fragaria* di ambil hari² – *10-15 titis dicampur didalam cawan dgn 1 sudu air mineral*, kemudian *di kemam* dlm mulut *15-30 saat* dan telan. Ambil *2-3x setiap hari semasa perut kosong* atau fragaria di

buat *wet dose* ikut *arahan bergambar*

Ramai yg guna kaedah *wet dose* apabila ambil Fragaria dan feedbacknya sangat hebat.

Cara buat rujuk gambar yang diberikan

Fragaria vesca sangat berkhasiat untuk hati dan buah pinggang iaitu 2 organ yang paling penting untuk membuang toksik. Fragaria vesca akan menyahtoksik di hati dan menghalang terjadinya batu di dalam buah pinggang.

Fragaria vesca atau Wild Strawberry , mempunyai pelbagai nama gelaran seperti Alpine Strawberry, Common Strawberry, Mountain Strawberry, Pineapple Strawberry, Wild Strawberries, Wood Strawberry dan Woodland Strawberry. Walau apa pun namanya buah strawberry sangat sedap ini sangat berkhasiat untuk pelbagai jenis masalah kesihatan termasuk bertindak seperti kolagen untuk mencerahkan kulit.

Selain mampu mencerahkan kulit dan menghapus , Fragaria Vesca juga mempunyai manfaat kesihatan seperti;

– Mencegah gout

– Arthritis

– Untuk melawan kanser

– Membantu menghalang terjadi kencing manis

– Penyakit hati

– Cirit-birit

– Menghalang terjadinya batu di dalam organ

Selain menjadi cantik, adalah sangat penting untuk memastikan suplemen yang anda ambil adalah selamat, mengguna bahan-bahan dari alam semulajadi dan bebas bahan bertoksik. Oleh itu homeopathy adalah pilihan yang sangat sesuai dan tidak rugi untuk dicuba tetapi sangatlah rugi jika anda tidak mencubanya. Free adalah gabungan beberapa remedi garam tisu yang digelar sebagai “bioplasma”. Bioplasma ini akan membantu mengimbang hormon dan akan menghapus jeragat atau melasma yang menganggu penampilan anda.Kombinasi dan Fragaria Vesca 30

Sepia digelar dengan pelbagai nama, tetapi kerap kali Sepia dianggap sebagai “remedi ajaib untuk wanita”. Boleh dikatakan hampir kesemua masalah wanita akan mengguna Sepia sebagai remedi utama yang mampu untuk bekerja di dalam tempoh masa yang lama di dalam tubuh wanita.

Homeopathy adalah perubatan unik, di mana setiap remedi akan digandingkan dengan satu kumpulan simptom, corak tertentu berkaitan tubuh-minda yang akan mampu menerima sesuatu remedi dengan lebih cepat. Begitu juga Sepia sekiranya mengikut corak berkaitan tubuh-minda ialah

Muka kelihatan kekuningan atau coklat dan pucat. Kulit kelihatan tidak sihat

Wanita yang mempunyai anak yang ramai dan terlalu risau mengenai anak-anaknya.

Kerap sakit dibelakang dan mahu diurut, dan ingin duduk berehat di satu tempat yang sunyi dan gelap berseorangan untuk lari dari rutin harian yang padat.

Wanita yang memerlukan Sepia biasanya tabah tetapi jika wanita tersebut terlalu stress dia akan terus lemah, menangis dan kerap kali bergaduh dengan suami atau anak-anaknya.

Sepia kerap kali akan diberikan kepada wanita yang berumur lebih 30 tahun yang mengalami sindrom pra haid, vaginitis (jangkitan kuman di vagina), menopos, keguguran, endometriosos, anemia (darah rendah).

Kelesuan yang kronik, masalah penghadaman, hilang minat untuk perhubungan intim dan tekanan perasaan yang kadang-kadang akan terjadi hysteria.

Jeragat akan mula timbul di wajah selepas kerap kali melahirkan anak, ditambah dengan tekanan hidup atau perasaan yang di alami.

Fragaria Vesca

Fragaria vesca adalah remedi yang universal dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Fragaria vesca atau wild strawberry mempunyai khasiat yang sangat hebat untuk pelbagai masalah penyakit kulit seperti jeragat.

Karekter utama pesakit yang akan mendapat manfaat paling cepat apabila mengamalkan fragaria apabila seorang individu itu tidak mampu memakan strawberi secara mentah tetapi akan mendapat manfaat melalui kaedah remedi homeopathy.

Selain dari itu sekiranya individu tersebut mempunyai simptom seperti berikut :

Muka hitam kebiruan

Muka seolah kecoklatan

Kuat berpeluh

Bagi wanita menyusu, payudara mengecil dan susu kekeringan.

Sepanjang diperkenalkan Fragaria telah mampu mencerahkan kulit dan menghilangkan jeragat yang tebal dan lama.

Sesuai untuk semua peringkat umur dan kategori pesakit seperti masalah hormon dan lain-lain masalah berkaitan jeragat seperti sunburn, jeragat akibat tersilap mengguna bahan kosmetik, jeragat akibat mengandung (melasma) dan lain-lain.Fragaria juga mempunyai manfaat untuk menguat dan memutihkan gigi jika diamalkan

 

 

 

Posted on

Pengambilan pil perancang (oral contraceptives) agak jelas diperkatakan sebagai punca terjadinya jeragat

2E18F5C300000578-3303438-Skin_colour_changes_can_occur_because_of_a_number_of_reasons_inc-a-5_1446639143219

anatomi kulit pigmentasi

Common-side-effects-of-taking-birth-control-pills

images (1)

natural remedies

Pengambilan pil perancang (oral contraceptives) agak jelas diperkatakan sebagai punca terjadinya jeragat walaupun tidak ada sejarah di dalam keluarga yang mengalami jeragat. Oleh itu, kerap kali wanita yang mengambil pil perancang akan dinasihatkan untuk berhenti mengambil pil perancang jika terjadi jeragat secara tiba-tiba selepas mengambil pil perancang.

Pil perancang adalah satu cara klasik bagi wanita untuk mencegah kehamilan. Terdapat banyak kaedah yang berbeza kawalan kelahiran seperti kondom, suntikandan pil perancang hormon. Secara umumnya di Malaysia disebut pil perancang yang boleh di dapati over the counter (otc) di pharmasi yang telah diamalkan sejak puluhan tahun yang lampau.

Pil perancang mempunyai kesan sampingan yang boleh dikatakan agak panjang senarainya termasuklah terjadinya jeragat.

Hormon mempunyai kesan yang amat penting untuk kesihatan setiap wanita. Hormon seksual wanita, estrogen dan progesterone sangat penting untuk kesuburan sistem reproduksi wanita, ianya melibatkan kitaran haid sehingga ke proses wanita itu mengandung sehingga menopause.

Hormon juga mempengaruhi emosi, paras tenaga, berat badan, mood dan sehingga kepada masalah kulit pun akan terjadi akibat dari masalah hormon seperti terjadinya jeragat dan jerawat.

Hormon mempengaruhi wanita semasa dan selepas kehamilan. Sebagai contoh jika mereka berhenti mengambil pil perancang, untuk hamil, untuk penyusuan, dan selepas itu kembali kepada pil perancang untuk mengawal kelahiran semula. Proses pengambilan pil perancang akan mempengaruhi sistem hormon mereka sehingga ke peringkat perimenopause atau menopause.

Proses mengambil hormon kawalan kelahiran akan mencetus jeragat atau melasma kerana wanita sangat sensitif terhadap perubahan hormon estrogen dan progesterone di dalam tubuh.

90% wanita yang berhenti mengambil pil perancang akan terjadi jeragat.Jeragat tejadi kerana sistem tubuh belum menyesuaikan diri untuk bertindak sendiri untuk mengawal hormon. Sepanjang tempoh wanita itu mengambil pil perancang sistem hormon dikawal oleh pil perancang.

Sistem tubuh akan mengalami kecelaruan apabila pengendali hormon sudah tidak lagi berada di dalam sistem tubuh dan  seterusnya mengaktif melanocytes untuk mengeluarkan melanin (pigmen hitam) dengan kuantiti yang banyak dari biasa.

Jeragat tidak mengenal umur tetapi majoriti yang mengalami jeragat adalah wanita, dan sangat jarang terjadi kepada lelaki. Majoriti mendapat jeragat adalah wanita yang berumur lebih 35an. Walaubagaimana pun jeragat tidak memilih “mangsanya” , terdapat wanita yang berumur 20an yang mukanya ditumbuhi jeragat kerana pernah mengambil pil perancang.

Rawatan Homeopathy Untuk Jeragat Yang Berpunca Dari Masalah Hormon

Homeopathy mempunyai remedi yang hebat jika sesuatu penyakit itu berpunca dari hormon. Sepia 200, Damiana Q dan Ashwaganda Q adalah remedi yang sangat hebat. Sebagai contoh Sepia 200 di gelar “women’s wonder remedy” yang mampu merawat pelbagai masalah wanita seperti haid tidak teratur, senggugut dan lain-lain.

Damiana Q dan Ashwagandha Q (Indian ginseng) merupakan tonik hebat sistem tubuh yang terganggu. Kedua-dua remedi ini juga sering digunakan sebagaiaphrodisiac atau untuk stamina seksual untuk wanita dan lelaki. Ekstrak tumbuhan ini kaya dengan pelbagai bahan-bahan hebat seperti antioxidant yang berfungsi menghalang unsur-unsur negatif untuk merosakkan sistem tubuh terutama sel-sel kulit yang sensitif seperti kulit muka, secara mudahnya antioxidant ini adalah untuk “awet muda”.

Walaubagaimana hebat pun sesuatu ubat itu,  yang paling dititikberatkan ialah kesan sampingan yang akan ditinggalkan oleh ubat tersebut. Remedi homeopathy bukan ubat kerana tidak mempunyai kesan ubat seperti bahan kimia, dadah, untuk merencat (inhibitor) dan penggalak sintetik atau yang bertoksik. Remedi homeopathy diminati ramai kerana tidak mempunyai kesan sampingan dan selamat untuk dicuba.

Ingin mendapatkan konsultasi remedy yang sesuai dengan masalah jeragat anda.Sila wasap kode JERAGAT ke 0123400557

Posted on

Jeragat mempunyai “saka” susah betul nak sembuh !

aadf remedy homeopathy

cara rawat jeragat dengan berkesan

jeragat dan hormon

melasma

jeragat dan laser

Jeragat Mempunyai “Saka” Yang Power, Akhirnya Tertewas Dengan Wet Dose Homeopati

 

Merawat jeragat bukanlah kerja mudah, kerana jeragat mempunyai “saka” yang sangat power. Memerlukan ilmu kebatinan tahap tertinggi untuk berhadapan dan menewaskan “saka” yang mengiringi jeragat. “Saka” jeragat sangat hebat sehingga berdozen-dozen dukun handal tidak dapat mengenal pasti punca rasukan “saka” jeragat dan kerap kali dukun-dukun itu akan tertewas.

 

Jangan terkeliru ini bukan cerita misteri tetapi sesekali Kak Zu nak bergurau aje. Gurauan “saka” ini adalah gurauan seorang pembeli yang telah berjaya menewaskan saka jeragatnya dengan mengamalkan remedi “wet dose”. Jeragatnya sangat degil dan dia telah berhabis ribuan ringgit, tidak kira di mana sahaja pasti dia akan pergi mencuba membuat rawatan jeragatnya, paling hebat dia ke China untuk berubat secara Perubatan China iaitu mengguna kaedah akar kayu dan accupunture. Malangnya saka dari China pula yang dibawa pulang kerana jeragat semakin menebal.

teknik wet dose menghilangkan jeragat sukar sembuh

 

Pembeli tersebut merasa tersangat geram dengan kedegilan jeragat untuk “nyah” dari mukanya, sehingga Kak Zu terfikir untuk mencadangkan pembeli tersebut untuk mengguna kaedah wet dose untuk Arnica 30 dan Fragaria Vesca. Jika sebelum ini hanya Arnica sahaja mengguna kaedah wet dose tetapi untuk kes pembeli ini Kak Zu mencadangkan beliau untuk mengambil seperti berikut;

 

1.       Arnica mengguna kaedah wet dose , 1 sudu besar 3 kali sehari

 

2.       Fragaria vesca juga mengguna kaedah wet dose, tetapi dihirup sedikit demi sedikit dan dikemam 1 minit sebelum menelan. 1 botol 500ml untuk dihabiskan di dalam masa 1 hari.

 

3.       Ashwaganda dan Damiana diambil 3 kali sehari untuk membantu masalah kitaran haid dan emosi ( boleh diambil selepas atau sebelum makan)

 

Kak Zu mencadangkan set Jeragat AADF kerana pembeli ini juga mengalami masalah kitaran haid, stress dan pernah mengambil pil perancang. Hasilnya selepas 10 hari jeragat beliau mula memudar. Pada awalnya dia merasa hanya perasaan sahaja tetapi selepas ditegur rakan sepejabat sewaktu lepas bersolat di surau (tanpa mekap selepas berwuduk) barulah dia menyedari jeragatnya mula pudar 50%. Riang tidak terkata sehingga sanggup dia wassap Kak Zu pada pukul 2 pagi untuk meluahkan rasa gembiranya.

 

Remedi homeopati lebih dikenali di dalam bentuk tablet manis atau disebut “dry pallet untuk dikemam. Terkini cara pengambilan remedi melalui teknik wet dose yang telah diperkenal baru-baru ini akan memberi  kesan yang lebih optimal untuk merawat pelbagai penyakit. Wet dose telah digunakan secara meluas oleh pengamal perubatan homeopati selepas mendapati kesan penyembuhan yang lebih cepat berbanding dry pallet. Teknik ini terus mendapat perhatian ke seluruh dunia dan Kak Zu sendiri telah mendapat feedback yang sangat mengujakan.

 

Teknik wet dose bukanlah teknik terbaru kerana telah direkodkan oleh pengasas homeopati, di mana beliau telah mempraktik amalan wet dose sewaktu mengkaji remedi-remedi homeopati sebelum dry pallet dijadikan sebagai remedi utama sebagai pembawa (carrier) remedi .  Pengalaman kehebatan wet dose ini telah dimaklumkan oleh teman Kak Zu iaitu seorang doktor homeopati. Beliau telah mendapati kesan wet dose adalah lebih cepat memberi kesan berbanding dry pallet selepas menukar kaedah dry pallet ke wet dose kepada beberapa orang pesakit kronik. Kesan penyembuhannya lebih pantas 50% berbanding pesakit yang mengambil tablet manis atau dry pallet.

Ingin mendapat konsultasi percuma dengan masalah jeragat anda . Sila wasap kode JERAGAT ke +6 012 3400 557

Posted on

Arnica Dan Fragaria, Wet Dose Yang Menghapus Jeragat Degil

 

 

Arnica Dan Fragaria, Wet Dose Yang Menghapus Jeragat Degil

 

Fragaria Vesca sudah menjadi satu fenomena yang sangat hebat untuk merawat jeragat dan mencerahkan kulit secara semulajadi. Pengguna sudah mengetahui akan kehebatan Fragaria yang setanding produk kolagen untuk mencerahkan kulit, perbezaannya Fragaria tidak mempunyai bahan-bahan kimia atau kolagen sintetik. Fragaria adalah dari buah strawberi yang sangat sedap jika dimakan bersama-sama ais krim. 

 

fragaria buah

 

Arnica Montana pula adalah sejenis bunga yang cantik dan dilaporkan telah digunakan di dalam perubatan sejak tahun 1500an lagi untuk merawat luka, lebam dan kecederaan. Arnica juga menjadi “pencuci” saluran darah yang tersumbat akibat darah beku dan lemak-lemak di dalam saluran darah. Arnica sangat-sangat membantu untuk merawat jeragat akibat saluran darah yang tersumbat akibat darah beku dan lemak-lemak di dalam saluran darah.

 

 

arnica montana rawat jeragat

 

Kedua-dua tumbuhan dan buah ini adalah anugerah tuhan kepada manusia, tetapi ramai yang tidak sedar akan kehebatannya. Homeopati telah menyedari kehebatan ini sejak lebih 200 tahun lalu. Fragaria dan Arnica dijadikan remedi dengan mengguna teknik yang sangat selamat dan hampir tidak ada kesan mudarat langsung. Selain dari mengguna 100% bahan dari Fragaria dan Arnica, cara penyediaan remedi homeopati adalah berkosep doa sangat kecil. Sebagai contoh 1 titis fragaria akan dicampur (dilute) dengan 10,000, 100,000 dan lebih mengguna teknik “succusion”. Succusion adalah teknik menambah potensi remedi melalui goncangan yang kuat. Bagaimana remedi homeopati boleh mendatangkan bahaya? Hanya satu sahaja jika remedi homeopati tidak mengguna falsafah homeopati dengan mencampur bahan yang bukan diproses secara teknik homeopati!.

 

Wet Dose

 

 

kaedah wet dose homeopathy

 

Wet dose adalah teknik yang telah ditemui oleh pakar perubatan homeopati untuk merawat penyakit yang kronik untuk dijadikan minuman kepada pesakit selain meminum air mineral tanpa tambahan zat-zat remedi. Hasilnya amat mengejutkan kerana kaedah wet dose mengguna Arnica dan Fragaria telah mampu merawat penyakit seperti jeragat yang kronik, pelbagai masalah kulit, tekanan darah tinggi yang kronik, masalah kesakitan sendi-sendi, meringankan penyakit diabetic dan kecederaan lama.

Amat menakjubkan! Dos yang kecil dikecilkan lagi mengguna kaedah wet dose. Sebagai contoh hanya 5-10 titis Fragaria atau Arnica dicampurkan di dalam 1 botol air mineral 500ml dan digoncang dengan kuat dan diminum 1 sudu besar 3-6 kali sehari mampu menghilangkan jeragat yang tebal di dalam masa hanya beberapa minggu.

Teknik wet dose ini telah dibuktikan sangat berkesan melalui maklum balas pengguna yang telah mencubanya setelah gagal untuk merawat jeragat yang sangat degil.

 

Cara membuat Wet Dose

 

cara menyedikan wet dose homeopathy

 

 

Kehebatan Fragaria dan Arnica

 

Fragaria sangat hebat untuk menghapus jeragat dan mengikut kajian saintifik terdapat 13 manfaat Fragaria untuk tubuh,

  1. Merawat masalah kulit seperti jeragat dan kulit kusam
  2. Melambatkan proses penuaan
  3. Menambah seri kulit
  4. Memutih kulit
  5. Menambah stamina
  6. Merawat jangkitan kulat
  7. Mampu mencegah kanser
  8. Menghalang terjadi tumor
  9. Merawat ulser
  10. Menghalang penyakit Thypoid
  11. Menghalang penyakit berkaitan jantung
  12. Melegakan simptom cirit birit
  13. Memutih gigi dan mengekal kesihatan gusi.

Arnica Montana Tumbuhan Hebat

Arnica Montana adalah tumbuhan berbunga cantik dan seluruh bahagian dari tumbuhan ini digunakan untuk tujuan perubatan. Paling popular Arnica digunakan di dalam krim dan minyak untuk pelbagai kegunaan seperti krim melegakan keradangan, untuk jerawat, sementara minyak Arnica untuk melegakan kesan-kesan trauma akibat kecederaan seperti otot-otot yang bengkak, untuk mengawal rambut gugur dan banyak lagi kegunaannya.

Perubatan homeopathy juga telah mengkaji dan mengguna Arnica semenjak lebih 200 tahun dan mendapati Arnica sangat-sangat hebat untuk pelbagai jenis masalah kesihatan. Terbaru

Kehebatan Arnica sangat terserlah kepada wanita yang berjeragat akibat mengambil pil perancang, bagi wanita yang sudah beberapa kali melahirkan anak, wanita yang telah menjalani pembedahan sama ada cesarean atau lain-lain pembedahan, wanita yang menopause, menghidap darah tinggi dan kencing manis.

 

 

Ingin mendapat rundingcara dan nasihat remedy yang sesuai dengan masalah jeragat anda . Sila hantar wasap dengan menulis kode JERAGAT ke no hp +6 0123 400 557

 

 

Posted on

Jeragat Dan Rawatan Homeopathy

jeragat guna wet dose

Produk merawat jeragat homeopathy adalah satu-satunya rawatan yang sangat komprehensif dan sangat berkesan. Perubatan homeopathy adalah satu-satunya rawatan jeragat yang mempunyai remedi untuk dihisap dan diminum.

Tidak ada satu pun rawatan di dunia yang mampu memberi jaminan 100% dan tidak ada satu pun rawatan di dunia ini sangat sempurna dan lengkap. Begitu juga perubatan moden yang mempunyai kelebihan dan kekurangan yang perlu dibantu oleh perubatan alternatif seperti homeopathy.

Dari segi sejarah perubatan, allopathy atau perubatan moden konvensional lebih awal dipraktikkan berbanding homeopathy yang berusia hanya lebih 200 tahun. Allopathy mempunyai dana yang besar dari segi kajian, alatan dan latihan dan perubatan allopathy diiktiraf diseluruh dunia sebagai perubatan mainstream.

Homeopathy dan lain-lain kaedah perubatan dianggap sebagai alternatif kepada allopathy. Rata-rata kes penyakit yang gagal dan biasanya pada peringkat yang sangat kritikal barulah pesakit tersebut mencari perubatan alternatif . Oleh itu perubatan alternatif dianggap tidak berkesan kerana seringkali merawat kes-kes yang terlalu kronik.

Sebagai contoh kes jeragat atau pigmentasi, kerap kali pesakit yang mengambil set jeragat homeopathy setelah mengguna pelbagai kaedah rawatan perubatan konvensional dan gagal untuk mendapat kesan seperti yang diharapkan.

Secara amnya rawatan secara konvensional ialah membuang kulit paling atas jeragat tersebut. Sewaktu proses tersebut, lapisan atas kulit yang menjadi penapis kepada sinaran UV akan turut terhakis.

laser jeragat

  • Laser– rawatan paling pantas untuk menghapus jeragat. Malangnya rawatan ini juga membuang layer kulit yang bertindak menapis sinaran UV. Kerap kali selepas membuat rawatan laser kulit muka pesakit tersebut akan menjadi kehitaman, lebam-lebam dan kusam akibat sunburn. Rawatan ini agak menyakitkan mengikut info daripada pesakit yang pernah mencuba rawatan laser

pengelupasan jeragat bahaya

  • Penglupasan kimia(chemical peeling) – mengguna larutan kimia untuk mengelupaskan kulit dan seterusnya membuang jeragat. Rawatan ini juga akan membuang layer kulit yang menapis sinaran UV dan kerap kali akan mudah terbakar kulit muka. Ia juga memerlukan rawatan dan penjagaan kulit yang rapi selepas itu.Mikrodermabrasion dan HV Iontophoresis
  • Mikrodermabrasion dan HV Iontophoresis – Cara ini menggunakan satu alat untuk menghasilkan penglupasan secara mekanikal. Ia kemudiannya diikuti dengan rawatan Vit C Iontophoresis yang akan mencerahkan kulit. Berkesan untuk mereka yang mempunyai kulit yang anjal dan tebal.sun block jeragat
  • Sunblock dan Krim– Sunblock dan krim adalah 2 produk yang akan diguna selepas membuat rawatan di atas.

Sedangkan jika pesakit itu mengambil remedi homeopathy di dalam masa yang sama, adalah sangat selamat kerana remedi homeopathy bukan ubat dan selamat untuk diambil bersama-sama ubat-ubatan moden sekiranya ada.

 

APAKAH ITU UBAT?

 

pil perancang blog

 

Ubat juga di sebut sebagai “a drugs” atau substan yang membantu melegakan sesuatu penyakit. Sebaliknya remedi homeopathy tidak mempunyai “drugs” tetapi remedi homeopathy disediakan secara micro atau nano dose, iaitu dos yang sangat kecil. 98% remedi homeopathy bahan asasnya adalah dari tumbuhan dan bunga-bungaan.

Remedi homeopathy sangat selamat untuk diambil bersama-sama ubat-ubatan moden dan juga sangat selamat untuk ibu-ibu yang mengandung dan kanak-kanak.

Pendekatan Homeopathy Untuk Merawat Jeragat

Remedi homeopathy menunjukkan kesan yang optimistic di dalam kes-kes merawat jeragat yang diterima dari para pembeli. Testimoni yang diberi adalah “genuine” melalui pesanan sms atau Whatsapp yang kami terima.

Keadah homeopathy menawarkan rawatan yang komprehensif, yang akan menangani masalah jeragat dari punca terjadinya jeragat dan membantu membina sistem imuniti dan perkara-perkara yang mengakibatkan jeragat. 

Homeopathy menggangap jeragat sebagai ekperesi luaran sebagai tanda terdapat gangguan sistem tubuh. Homeopathy percaya masalah kulit juga akibat dari ketidakstabilan mineral di dalam tubuh dan perlu di rawat dari puncanya.

 

Homeopathy merawat jeragat dan didalam masa yang sama merawat keseluruhan sistem tubuh seseorang itu. Remedi homeopathy merawat ketidakseimbangan hormon dan mengawal pengeluaran berlebihan Melanin yang menyebabkan terjadinya jeragat. Proses ini bukan hanya menghilangkan jeragat tetapi kualiti kulit akan menjadi bertambah baik, menghalang terjadinya jeragat baru dan secara semulajadi akan mengembalikan tekstur kulit asal.

 

Oleh kerana rawatan dalaman adalah penting, maka perubatan homeopathy sangat berbeza dengan perubatan moden. Homeopathy adalah satu-satunya perubatan alternatif yang mempunyai remedi oral (hisap/minum) bagi mengatasi jeragat. Kesan remedi oral seperti Sepia 200, Melasma Free dan Fragaria Vesca 30 sangat-sangat mengujakan ramai pembeli kerana kesannya sangat pantas.

 

Adalah sangat jarang jeragat kembali terjadi selepas mengambil remedi homeopathy berbanding mengambil rawatan konvensional. Remedi Homeopathy adalah natural, lembut, tidak merbahaya dan mudah diambil.

 

Di Amerika Syarikat, FDA telah mengiktiraf homeopathy sebagai mengikut Homeopathic garis panduan Pharmacopeia of the United States.

TIPS MENCEGAH DARI TERJADINYA JERAGAT

Selain dari remedi homeopathy, penjagaan kulit dan pengambilan makanan juga perlu diambil kira seperti ;

– Sentiasa mengguna sun block sewaktu berada di bawah panas matahari

– Elakkan mengguna krim kosmetik secara berlebihan

– Elakkan dari mengguna pil perancang

– Lebihkan pengambilan makanan yang mempunyai folic asid seperti sayuran berdaun hijau pekat.

– Elakkan situasi stress

– Minum air dengan secukupnya

 

PUNCA TERJADI JERAGAT

Jeragat Berpunca Dari Masalah Hormon?

Hormon mempunyai kesan yang amat penting untuk kesihatan setiap wanita. Hormon seksual wanita, estrogen dan progesterone sangat penting untuk kesuburan sistem reproduksi wanita, ianya melibatkan kitaran haid sehingga ke proses wanita itu mengandung sehingga menopause. Hormon juga mempengaruhi emosi, paras tenaga, berat badan, mood dan sehingga kepada masalah kulit pun akan terjadi akibat dari masalah hormon seperti terjadinya jeragat dan jerawat.

90% dari pembeli set jeragat berumur 35 tahun dan ke atas, menunjukkan pada sekitar umur tersebut kebanyakkan wanita telah berkahwin dan pernah hamil yang akan mempengaruhi keseimbangan hormon. 

jeragat hormon

Tidak hairanlah jika homeopathy sangat mementingkan rawatan dari dalaman untuk mengatasi masalah jeragat dari punca terjadinya jeragat iaitu hormon. Hanya perubatan homeopathy yang menawarkan remedi oral untuk jeragat berbanding rawatan-rawatan konvesional yang lebih bertumpu untuk menghapus jeragat dengan kaedah yang pantas. Sebagai contoh Sepia 200 dan Melasma Free adalah remedi yang sangat berkesan untuk mengatasi masalah hormon wanita. Sepia di anggap sebagai remedi khusus untuk pelbagai masalah wanita terutama masalah berkaitan hormon.

 

Jika anda bertanya masalah jeragat berpunca dari masalah hormon yang tidak menentu?, jawapannya ialah YA. Walaupun sun burn dikatakan punca kepada jeragat, tetapi hormon adalah “culprit” utama yang mencetuskan jeragat di muka seorang wanita.

 

Untuk menguatkan lagi fakta ini, jeragat akan terjadi sewaktu seseorang wanita itu hamil. Ianya di panggila “melasma” atau “face of pregnancy” yang akan dialami oleh kebanyakkan wanita setiap kali hamil. Seperti yang yang kita ketauhui proses kehamilan akan mengakibatkan hormon wanita akan mengalami perubahan yang drastik.

 

melasma jeragat

Set jeragat homeopathy amat selamat untuk para ibu yang sedang hamil untuk mengambil suplemen homeopathy. Suplemen ini selain dari mengawal melasma yang terjadi, ianya juga bermanfaat untuk ibu dan kandungan terutama untuk menangani morning sickness, keletihan dan kesihatan baby didalam kandungan seperti pertumbuhan otak, tulang dan saraf.

Saintis sendiri pening kepala untuk mengesahkan jeragat berpunca daripada masalah hormon kerana terdapat juga lelaki yang mengalami jeragat, tetapi berapa peratus lelaki mengalami jeragat berbanding wanita? Jika mengikut nisbah lelaki hanya 1:100 wanita. Walaupun jeragat terjadi kepada wanita seawal umur belasan tahun tetapi majoriti yang mengalami jeragat adalah wanita yang mengandung, selepas mengandung, pra atau selepas menopause atau wanita yang berumur lebih 40 tahun.

 

biochemic blog

Jeragat juga dikatakan berpunca dari genetik atau keturunan, tetapi ianya sangat jarang dan kerap kali akan terjadi selepas bersalin dan apabila umur meningkat. Kerap kali apabila ditanya tentang sejarah kehidupan wanita yang mengatakan jeragat berpunca dari keturunan akan mengatakan mereka kerap berjemur dibawah panas matahari kerana bersukan atau kerjaya, penggunaan alat kosmetik yang pelbagai fungsi seperti kosmetik yang menjadikan kulit mengelupas untuk mencerahkan kulit, mengambil pil perancang atau pil pengganti hormon (HRT) selepas menopause.

Fakta ini juga akan berkait rapat dengan hormon wanita kerana melanin yang berlebihan akan terjadi selepas wanita itu mengalami ketidakseimbangan hormon.

Jeragat yang berpunca dari genetik sangat sukar untuk dirawat jika hanya mengguna sabun dan krim. Set jeragat yang sangat berkesan untuk jeragat genetik ialah set M3, Bio-SMF dan SMF atau SMFF.

Melanin iaitu pigmentasi akan terjadi dengan berlebihan akibat dari sun burn yang melalui proses yang lama iaitu 10-20 tahun sebelum terjadinya jeragat. Sebagaimana saintis mengatakan sun burn sebagai punca utama jeragat yang berpnca dari melanin yang berlebihan. Melanin ini akan terkumpul secara beransur-ansur di lapisan bawah kulit akibat dari radiasi sinaran UV dan melanin yang berlebihan ini akan “dilepas”  menjadi jeragat sewaktu hormon mengalami masalah.

Jeragat atau tompok kehitaman atau coklat yang terjadi dikulit juga biasanya terjadi kepada pesakit yang mengalami kekurangan adrenal atau Addison’s disease. Addison’s disesase terjadi apabila kelenjar adrenal tidak menghasilkan hormon yang secukupnya termasuk hormon cortisol. Hormon cortisol ialah hormon steroid (steroid hormone) yang akan memproses pelbagai fungsi termasuk metabolism dan sistem immunisasi. Hormon cortisol juga memainkan peranan penting untuk membantu tubuh bertindak balas kepada masalah stress dan menangani masalah tersebut. Begitu juga sebaliknya jika cortisol terhasil dengan berlebihan (hyper) atau Cushing’s syndrome ia juga akan mengakibatkan jeragat.

Fakta utama di sini ialah hormon, walaupun puncanya tidak dikatakan berpunca dari hormon tetapi selepas dikaji secara mendalam, hormon juga yang akan dipersalahkan. Oleh itu amatlah penting untuk mengambil suplemen yang mampu mengatasi masalah kelam kabut mengenai hormon ini. Walaupun banyak kaedah rawatan untuk menghapus jeragat tetapi homeopathy dan biochemic adalah perubatan yang akan memberi penekanan kepada masalah hormon dan akan dicadangkan dengan remedi oral yang mungkin dianggap remeh untuk dihisap atau diminum.

Tidak hairanlah jika perubatan homeopathy dan biochemic sangat-sangat berjaya untuk mengatasi masalah jeragat. Homeopathy memberi penekanan kepada remedi oral (hisap/minum) untuk merawat akar umbi kepada masalah jeragat. Homeopathy dan biochemic bukan hanya merawat dan menghapus dengan segera seperti kaedah konvensional yang mengguna kaedah laser, pengelupasan dan lain-lain lagi.

Tidak hairanlah amat jarang jeragat akan terjadi semula jika telah sembuh dengan mengambil remedi homeopathy. Jika jeragat telah hilang, ianya akan hilang dan kemungkinan recurrent atau terjadi semula amat tipis kerana remedi homeopathy telah “membetulkan” keadaan yang tidak menentu dengan memberi sistem immuniti tubuh kekuatan baru untuk melawan pelbagai jenis gangguan yang terjadi didalam tubuh.

Homeopathy percaya setiap masalah kesihatan berpunca dari sistem tubuh yang bermasalah. Oleh itu homeopathy akan merawat individu yang sakit secara keseluruhan. Homeopathy tidak merawat kesakitan tersebut sahaja , malah merawat keseluruhan tubuh.

Begitu juga konsepnya untuk merawat jeragat atau melasma. Perubatan homeopathy merawat pada akar umbi permasalahan jeragat itu sendiri.

 

PARAS PROGESTERONE YANG RENDAH JUGA PENYEBAB JERAGAT

PROGESTERONE YANG RENDAH JUGA PENYEBAB JERAGAT

 

Ada yang mengaitkan perasaan stress dan sukar untuk tidur (insomnia) adalah akibat perbuatan sihir. Ditambah pula kesakitan PMS yang sangat teruk dan tidak pernah dirasai sebelum ini. Mendengar bisikan di telinga, terdengar bunyi-bunyi pelik dan rasa risau yang tidak ada puncanya,  menambah kuat lagi kepercayaan bahawa dirinya di sihir.

 

Progesterone yang rendah bagi wanita yang berumur sekitar 45 tahun dan ke atas adalah tanda-tanda awal simptom menopause. Doktor perubatan moden akan memberi pil pengganti hormon , hormone replacement therapy (HRT), tetapi sekiranya wanita tersebut belum mengalami menopause pil progesterone akan diberi dengan dos 50-200 mg untuk menjadikan kitaran haid kembali normal, malangnya bagi wanita ini dia mengalami pendarahan yang teruk sehingga disarankan untuk mengambil pelbagai suplemen selain pil progesterone.

 

JERAGAT AKIBAT PIL PERANCANG

 

Apabila si isteri tadi berhenti dari mengambil pil contraceptive atau pil perancang. Tubuh akan mengalami kejutan di mana kebiasaannya tubuh akan menerima hormon dari pil perancang dan sebaliknya selepas berhenti tubuh terpaksa memproses hormon-hormon tanpa bantuan pil perancang. Berapa lama proses ini akan kembali normal? Ia mungkin beberapa bulan dan mungkin beberapa tahun berikutnya.

pil perancang penyebab jeragat

Ini bermakna tubuh mengalami kejutan akibat “pembantu” pil perancang sudah tidak lagi membantu memproses hormon. Tubuh memerlukan suplemen yang mampu untuk menstabilkan sistem tubuh yang terganggu dengan lembut, selamat dan boleh dipercayai iaitu konsep homeopathy biochemic yang sangat mesra dengan tubuh kerana bahan- bahan mineral biochemic adalah sama seperti mineral yang terdapat di dalam tubuh. Mineral yang terdapat di dalam tubuh seperti kalsiummagnesiumferrum (zat besi)natrium (unsur air dan garam) dan potassium (neurological) adalah 100% dari bahan mineral hasil bumi.

HAID TIDAK TERATUR JUGA PUNCA TERJADI JERAGAT

masalah haid atau period tidak teratur punca jeragat

Hormon dan wanita adalah satu isu yang sangat berkait rapat, terutama apabila melibatkan kesihatan kulit seperti masalah jeragat. Walaupun ramai yang berpendapat sunburn adalah punca utama tetapi hormon adalah pencetus kepada terjadinya pengeluaran melanin dengan banyak sehingga terjadi pigmentasi yang dipanggil jeragat.

Salah satu masalah hormon yang sangat biasa terjadi kepada wanita moden pada zaman sekarang ialah ketidaktentuan kitaran haid (menstrual disorder). Masalah haid adalah seperti berikut

  • Senggugut (dysmenorrhea) sewaktu haid. Secara khusus dysmenorrhea disebabkan oleh haid itu sendiri, dan yang keduanya dicetuskan oleh sebab-sebab lain seperti endometriosis atau fibroids.
  • Pendarahan yang banyak (menorrhagia) termasuk haid yang lebih panjang masanya atau pendarahan yang sangat banyak.
  • Tidak datang haid (amenorrhea) Secara khusus apabila seorang gadis itu tidak datang haid sehingga berumur 16 tahun, dan keduanya biasanya haid datang secara tetap tetapi berhenti sekurang-kurangnya tiga bulan.
  • Haid yang sedikit atau kekerapan tidak menentu (oligomenorrhea)

Masaalah haid seperti di atas akan mencetuskan stress yang akan mengaktif hormon cortisol. Fakta utama di sini ialah hormon, walaupun puncanya tidak dikatakan berpunca dari hormon tetapi selepas dikaji secara mendalam, hormon juga yang akan dipersalahkan. Oleh itu amatlah penting untuk mengambil suplemen yang mampu mengatasi masalah kelam kabut mengenai hormon ini. Walaupun banyak kaedah rawatan untuk menghapus jeragat tetapi homeopathy dan biochemic adalah perubatan yang akan memberi penekanan kepada masalah hormon dan akan dicadangkan dengan remedi oral yang mungkin dianggap remeh untuk dihisap atau diminum.

menstrutation kitaran

Sebagai wanita yang akan menghadapi kitaran haid setiap bulan, di tambah dengan kesakitan PMS atau senggugut yang kadang kala amat menyakitkan sehingga memerlukan ubat-ubatan tahan sakit atau suntikan, atau mengalami pendarahan yang agak teruk atau akan menghadapi kedua-dua serentak iaitu mengalami dysmenorrhea dan menorrhagia di dalam satu masa yang sama. Kesakitan, kepenatan akibat kehilangan darah yang banyak dan terpaksa bekerja, membuat rutin harian di rumah atau menghadiri kuliah akan menambah paras tekanan yang menimbulkan situasi stress.

Sewaktu tubuh mengalami stress yang kronik, seperti mengalami keletihan adrenal, tubuh secara spontan akan mengguna pregnenolone untuk menghasil cortisol dengan lebih banyak. Sewaktu proses ini terjadi tubuh akan mengurangkan pengeluaran hormon untuk seksual. Bagi wanita, kesan ini akan mengakibatkan kekurangan pengeluaran hormon testosterone (yang akan menjadikan wanita itu hilang minat seksual atau rendah libido). Kekurangan hormon testosterone akan menjadikan hormon estrogen sebagai hormon dominasi, dan ini ialah punca terjadinya jeragat akibat stress. Peningkatan hormon estrogen akan menambah kuantiti MSH yang akan mengakibatkan terjadinya jeragat atau melasma. MSH atau melanocyte-stimulating hormones

MSH adalah punca terjadinya jeragat apabila hormon ini merangsang pengeluaran melanin. Pengeluaran melanin dengan begitu banyak akan menyebabkan kulit menjadi lebih gelap atau dipanggil jeragat atau melasma.

Hormon mempunyai kesan yang amat penting untuk kesihatan setiap wanita. Hormon seksual wanita, estrogen dan progesterone sangat penting untuk kesuburan sistem reproduksi wanita, ianya melibatkan kitaran haid sehingga ke proses wanita itu mengandung sehingga menopause. Hormon juga mempengaruhi emosi, paras tenaga, berat badan, mood dan sehingga kepada masalah kulit pun akan terjadi akibat dari masalah hormon seperti terjadinya jeragat dan jerawat.

Rawatan yang biasa dipreskripsi oleh perubatan moden untuk masalah kitaran haid ialah;

  • Pil kawalan hormon kelahiran atau pil perancang (contraceptive pills)
  • Pil tahan sakit seperti ibuprofen painkillers
  • Hormon sintetik seperti Progestogens 
  • Ubat-ubatan Haemostatic 

Ubat-ubatan ini sangat sangat membantu untuk memberi kelegaan segera kepada penderita masalah ketidaktentuan kitaran haid, tetapi di dalam masa yang sama akan memberi kesan sampingan di dalam tempoh jangkamasa yang panjang seperti jeragat apabila berhenti mengambil ubatubatan tersebut. Kita tidak menolak perubatan moden secara total, tetapi pengambilan ubatubatan moden di dalam jangkamasa yang lama akan menjadikan seseorang itu ketagih dan bergantung kepada ubatubat itu sepanjang hayatnya. Perlu diingat sekiranya kesakitan yang teruk dan tidak tertanggung, maka perubatan moden mampu membantu dan selepas itu bolehlah mengambil perubatan alternatif terutama homeopathy, kerana perubatan homeopathy selamat untuk diambil di dalam jangkamasa yang lama dan tidak menimbulkan ketagihan

Setelah kesan sampingan ini diketahui ramai, maka tidak hairanlah wanita kini yang semakin terpelajar dan sudah mempunyai akses yang luas mengenai kesan baik dan buruk perubatan moden telah mula mencari perubatan alternatif yang lebih mesra kepada tubuh mereka. Di Negara maju seperti di Amerika Syarikat dan Eropah telah lama mempraktik perubatan alternatif seperti homeopathy, ayurvedic dan perubatan yang berasaskan resipi perubatan purba untuk merawat pelbagai jenis penyakit.

Queen Elizabeth sendiri mengguna perubatan homeopathy sebagai amalan harian dan beliau mempunyai doktor pakar homeopathy yang bertugas di Istana Buckingham untuk merawat Queen of England sekiranya beliau jatuh sakit, mungkin itu adalah rahsia beliau dapat bertahan memerintah England sehingga kini (dengan izin Allah).

MASALAH HAID DAN PERUBATAN HOMEOPATHY

set AAD blog

Remedi homeopathy biochemic di lihat sangat berjaya merawat masalah haid (menstrual disorder), seperti journal dan laporan yang diterbitkan oleh pakar-pakar homeopathy di seluruh dunia. Malah perubatan homeopathy mempunyai kajian yang agak maju dan mempunyai senarai remedi yang panjang untuk pelbagai simptom masalah haid termasuk merawat jeragat di dalam masa yang sama. 

Remedi utama untuk pelbagai masalah wanita seperti masalah haid ialah Sepia, dan merupakan remedi utama untuk merawat jeragat. Selain dari Sepia, remedi yang sangat membantu untuk di ambil bersama-sama ialah Pulsatilla, Ashwagandha Q Drop, Tunera Q Drop, Cal carb, Chamomilla, Colocynthis, Lachesis, Lycopodium, Nat Mur, Fragaria Vesca, Dandelion dan beberapa remedi lain lagi. Untuk mendapatkan remedi yang sesuai anda perlu menjawab beberapa soalan mudah untuk saya mengenal pasti remedi dan set yang terbaik untuk anda.

Sebagai contoh remedi yang paling kerap dicadangkan ialah Sepia 200, Melasma Free dan Fragaria Vesca.

fragaria dan sepia 200

Sepia 200 adalah remedi paling utama bagi masalah jeragat akibat haid tidak teratur (menstrual disorder) dan berkaitan masalah hormon yang melibatkan wanita-wanita berumur. 

Sepia 200 adalah remedi homeopathy dan biochemic yang mengguna kaedah campuran dos nano untuk menstimulasi sistem immun dan pertahanan tubuh. Sepia 200 merawat pelbagai penyakit dan kebanyakkan melibatkan sistem reproduksi wanita. 

Sepia 200 sangat berjaya menjadi remedi utama untuk mengatasi masalah jeragat dikalangan wanita. Sepia 200 bertugas memembaiki tisu-tisu dan sel -sel kulit yang mati, menyingkirkan kesan jeragat dan bintik-bintik hitam diwajah secara dalaman. Sepia 200 juga sungguh lembut tindakannya tanpa menyebabkan kesan pengelupasan yang akan menipiskan kulit. Selain itu sepia 200 memberi nutrisi yang baik untuk kesihatan kulit. Memperbaiki struktur kulit yang rosak dan mengembalikan tekstur kulit yang lebih baik.

Sepia adalah remedy homeopathy dan biochemic yang mengaitkan semua masalah gangguan hormon (hormone imbalance), terutama yang terjadi kepada wanita melepasi umur 40 an yang akan terjadi perubahan di kulit seperti melasmahyperpigmentation dan blackhead. Ketiga-ketiga masalah tersebut adalah berbentuk jeragat kehitaman atau coklat yang mencacat penampilan muka seseorang wanita tersebut.

Sepia juga sering digunakan untuk mengatasi masalah gynecological seperti sindrom pra-haidkesakitan atau darah haid yang terlalu banyak, “hot flashes”, emosi dan fizikal semasa dan selepas hamil, jangkitan candida dan uterus yang jatuh.

LAIN-LAIN KHASIAT DAN KEGUNAAN SEPIA 200 

Pengamal homeopathy akan memilih Sepia 200 untuk pesakit yang mempunyai simptom sikap tidak peduli dan kerap berubah mood. Simptom jerawat, kepenatan melampau, otot-otot yang lemah, penghadaman yang tidak baik, mengalami gas dan sakit perut, pening kepala, loya, terasa tubuh melayang, rambut gugur, jeragat dan kerap berpeluh.

Melasma free – Untuk membantu menambah nutrisi ke kulit dan membantu sistem tubuh untuk membina sel-sel kulit baru. Melasma Free juga akan membantu menguatkan sistem antibodi tubuh untuk memperkuatkan sistem “auto healing” bagi mengatasi pelbagai masalah kesihatan.

Kini anda tidak boleh menyalahkan hormon anda semata-mata kerana terdapat remedi-remedi yang selamat, lembut, boleh diharapkan dan berkesan untuk membantu hormon anda kembali stabil. Anda perlu mengawal stress dan mengamalkan gaya kehidupan yang sihat untuk mendapat kesan optimal dari remedi dan set jeragat yang sangat berkesan ini.

Selain Sepia 200 terdapat 4 Remedi Hebat Untuk Hapus Jeragat, Ashwagandha Q DropDamiana Q DropArnica 30 dan Fragaria vesca 30

aadf remedy homeopathy

Jika Sepia 200 amat hebat menjadi remedi utama untuk menghapus jeragat, kini terdapat 3 atau 4 gabungan remedi cecair untuk diminum. Remedi tersebut ialah Ashwagandha Q DropDamiana Q DropArnica 30 dan Fragaria vesca 30. Kesemua remedi ini boleh digandingkan dengan Sepia 200.

Fragaria vesca 30 dan Arnica 30 adalah “homeopathic trituration” atau secara mudahnya mengguna kaedah dos yang sangat kecil dan tidak mempunyai rasa manis atau pahit. Ashwagandha Q Drop dan Damiana Q Drop adalah persediaan dari ekstrak tumbuhan tersebut atau disebut homeobotanical, mempunyai rasa sedikit pahit.

Kesemua remedi ini adalah 100% bahan natural homeopathy tanpa tambahan bahan-bahan lain. Oleh itu remedi-remedi ini perlulah disimpan ditempat yang jauh dari kanak-kanak dan sinaran matahari. Walaupun remedi homeopathy tidak mempunyai kesan sampingan atau boleh membawa maut tetapi remedi-remedi ini perlu disimpan ditempat yang selamat dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak sebagai langkah berjaga-jaga.

Secara amnya Ashwagandha Q Drop dan  Damiana Q Drop berkesan untuk merawat masalah jeragat yang berkaitan hormon, seperti pernah mengambil pil perancang, pil penganti hormon (HRT), gangguan hormon sewaktu pra-menopause dan sewaktu menopause.

Arnica 30 adalah remedi pelbagai guna, yang sering digunakan untuk pelbagai masalah kecederaan seperti luka, lebam dan bengkak. Walaubagaimana pun Arnica 30 remedi homeopathy mempunyai pelbagai manfaat untuk masalah kesihatan tubuh yang biasanya akan dialami oleh wanita yang mula mencecah umur 45 tahun ke atas, masalah seperti

  • Jeragat akibat hormon tidak stabil
  • Mengawal darah tinggi
  • Mengawal glukos bagi pesakit kencing manis. 
  • Selulit
  • Kolesterol
  • Jerawat

Ashwagandha Q Drop dan Tunera Q Drop sejenis remedi di dalam bentuk cecair, di dalam kategori homeobotanical iaitu herba berasaskan konsep homeopathy. Kedua-dua remedi ini juga sangat-sangat membantu sebagai suplemen kepada gadis dan wanita muda yang kerap diserang senggugut dan kitaran haid yang tidak teratur.

 Ashwagandha dan Tunera adalah herba purba dan Di Eropah menyifatkan Ashwagandha sebagai “Testosterone Booster”. Fakta ini bukan cerita dari lagenda tetapi ia adalah fakta yang dikaji oleh saintis. Mari kita lihat fakta bukan hanya auta semata-mata;

Ashwagandha adalah adoptogen, yang akan mengurangkan stress, ketakutan tanpa sebab, kenyakinan diri dan mengawal hormon stress (hormon stress cortisol). Beberapa kajian lain juga menunjukkan Ashwagandha telah berjaya menambah baik paras testosterone yang menjadikan seorang wanita atau lelaki itu lebih subur.

Ashwagandha juga sangat bermanfaat kepada kesihatan jantung, dengan mengurangkan keradangan serum triglycerides, dan meningkat paras HDL-cholesterol “baik”. Kajian terbaru juga menunjukkan Ashwagandha juga mampu menguatkan otot-otot.

Fakta kajian menunjukkan Ashwagandha dan Tunera adalah adoptogen yang “solid”, mempunyai pelbagai kebaikkan terhadap manusia terutama berkaitan hormon testosterone. Ini ialah kerana Ashwagandha akan membantu seseorang itu tidur dengan lebih berkualiti, mengurangkan hormon stress iaitu cortisol, meningkat paras HDL-cholesterol “baik” dan mengurangkan kekejangngan atau keradangan, kesemua ini akan membantu mempertingaktkan paras hormon testosterone ke paras yang sangat baik.

Tunera sangat berkesan untuk menstabilkan sistem hormon sewaktu menopause, mengurangkan rasa panas ke muka (hot flashes), dan membantu menjadikan kitaran haid yang normal bagi gadis-gadis muda.

Ingin mendapat rundingcara dan nasihat remedy yang sesuai dengan masalah jeragat anda . Sila hantar wasap dengan menulis kode JERAGAT KE NO +6 0123 400 557

Posted on

4 Remedi Hebat Untuk Hapus Jeragat

IMG-20160426-WA0014

 

add

4 Remedi Hebat Untuk Hapus Jeragat

Ashwagandha Q Drop, Damiana Q Drop, Arnica 30 dan Fragaria vesca 30

  • Set AAD
  • Set AADF

Jika dahulu pada awalnya, Sepia 200 amat hebat menjadi remedi utama untuk menghapus jeragat, kini terdapat 3 (set AAD) atau 4 (Set AADF) gabungan remedi cecair untuk diminum. Remedi tersebut ialah Ashwagandha Q Drop,Damiana Q Drop, Arnica 30 dan Fragaria vesca 30. Gabungan set AAD terdiri dari Ashwagandha Q, Arnica 30 dan Damiana Q Drop, sementara gabungan 4 remedi AADF, Ashwagandha Q, Arnica 30 dan Damiana Q Drop dan Fragaria vesca 30.

Fragaria vesca 30 dan Arnica 30 adalah “homeopathic trituration” atau secara mudahnya mengguna kaedah dos yang sangat kecil dan tidak mempunyai rasa manis atau pahit. Ashwagandha Q Drop dan Damiana Q Drop adalah persediaan dari ekstrak tumbuhan tersebut atau disebut homeobotanical, mempunyai rasa sedikit pahit.

Kesemua remedi ini adalah 100% bahan natural homeopathy tanpa tambahan bahan-bahan lain. Oleh itu remedi-remedi ini perlulah disimpan ditempat yang jauh dari kanak-kanak dan sinaran matahari. Walaupun remedi homeopathy tidak mempunyai kesan sampingan atau boleh membawa maut tetapi remedi-remedi ini perlu disimpan ditempat yang selamat dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak sebagai langkah berjaga-jaga.

Secara amnya Ashwagandha Q Drop dan  Damiana Q Drop berkesan untuk merawat masalah jeragat yang berkaitan hormon, seperti pernah mengambil pil perancang, pil penganti hormon (HRT), gangguan hormon sewaktu pra-menopause dan sewaktu menopause.

Arnica 30 adalah remedi pelbagai guna, yang sering digunakan untuk pelbagai masalah kecederaan seperti luka, lebam dan bengkak. Walaubagaimana pun Arnica 30 remedi homeopathy mempunyai pelbagai manfaat untuk masalah kesihatan tubuh yang biasanya akan dialami oleh wanita yang mula mencecah umur 45 tahun ke atas, masalah seperti;

  • Jeragat akibat hormon tidak stabil
  • Mengawal darah tinggi
  • Mengawal glukos bagi pesakit kencing manis.
  • Selulit
  • Kolesterol
  • Jerawat

Ashwagandha Q Drop dan Damiana Q Drop sejenis remedi di dalam bentuk cecair, di dalam kategori homeobotanical iaitu herba berasaskan konsep homeopathy. Kedua-dua remedi ini juga sangat-sangat membantu sebagai suplemen kepada gadis dan wanita muda yang kerap diserang senggugut dan kitaran haid yang tidak teratur.

 Ashwagandha dan Tunera adalah herba purba dan Di Eropah menyifatkan Ashwagandha sebagai “Testosterone Booster”. Fakta ini bukan cerita dari lagenda tetapi ia adalah fakta yang dikaji oleh saintis. Mari kita lihat fakta bukan hanya auta semata-mata;

Ashwagandha adalah adoptogen, yang akan mengurangkan stress, ketakutan tanpa sebab, kenyakinan diri dan mengawal hormon stress (hormon stress cortisol). Beberapa kajian lain juga menunjukkan Ashwagandha telah berjaya menambah baik paras testosterone yang menjadikan seorang wanita atau lelaki itu lebih subur.

Ashwagandha juga sangat bermanfaat kepada kesihatan jantung, dengan mengurangkan keradangan serum triglycerides, dan meningkat paras HDL-cholesterol “baik”. Kajian terbaru juga menunjukkan Ashwagandha juga mampu menguatkan otot-otot.

Fakta kajian menunjukkan Ashwagandha dan Damiana adalah adoptogen yang “solid”, mempunyai pelbagai kebaikkan terhadap manusia terutama berkaitan hormon testosterone. Ini ialah kerana Ashwagandha akan membantu seseorang itu tidur dengan lebih berkualiti, mengurangkan hormon stress iaitu cortisol, meningkat paras HDL-cholesterol “baik” dan mengurangkan kekejangngan atau keradangan, kesemua ini akan membantu mempertingaktkan paras hormon testosterone ke paras yang sangat baik.

Damiana sangat berkesan untuk menstabilkan sistem hormon sewaktu menopause, mengurangkan rasa panas ke muka (hot flashes), dan membantu menjadikan kitaran haid yang normal bagi gadis-gadis muda.

Khasiat Fragaria Vesca 30, secara ringkasnya khasiat kebaikan Fragaria ialah;

1. Mencerahkan kulit tanpa mengguna sabun atau krim (kesan terbaik selepas 3 bulan). Selepas 3 bulan wajah anda akan lebih cerah dan bercahaya.

Remedi homeopathy merawat keseluruhan tubuh, bukan hanya untuk dimuka. oleh itu khasiat Fragaria juga untuk ;

2. Mampu merawat masalah gigi, gusi dan mulut yang bermasalah. Membuang tar dan mencerahkan gigi.

3. Menghalang pembentukan batu karang di hempedu, buah pinggang dan disaluran kencing

4. Mampu mengatasi beberapa masalah kulit lain juga seperti akibat alergik

Secara ringkasnya remedi-remedi ini sangat selamat dan bermanfaat kepada tubuh wanita yang sangat komplek.

Posted on

97% Pengguna Tertipu Dengan Produk Merawat Jeragat

melasma

97% Pengguna Tertipu Dengan Produk Merawat Jeragat

Secara teorinya hampir 97% pengguna sering tertipu dengan gimik dan testimoni produk-produk merawat jeragat dan paling ketara ialah produk yang sering digunakan untuk mencerahkan kulit dan di katakana mampu menghapus jeragat di dalam masa sepantas 7 hari.  Artikel ini tidak bermaksud untuk memburuk-burukkan sesuatu produk tetapi sebagai satu info untuk pengguna supaya lebih bijak untuk memilih produk  kesihatan untuk merawat penyakit yang dideritainya.

Maaf jika tajuk ini keterlaluan tetapi itu adalah fakta yang di kaji oleh para ahli pemasaran di online atau pun offline,  kerana pengguna lebih gemar melihat gambar testimoni berbanding fakta perubatan. Produk-produk merawat jeragat sering kali bergandingan dengan produk pemutihan yang menjanjikan kulit anda akan menjadi cerah, gebu dan “flawless” di dalam masa yang singkat. Adakah anda sedar? proses untuk menghilangkan jeragat bukanlah kerja yang mudah kerana jeragat bukannya berada di atas lapisan kulit,  tetapi jeragat bermula dari proses yang lama dan komplek.

Bagaimana mungkin jeragat akan hilang di dalam masa 7 hari ( ada yang “claim” boleh hilang selepas 7 hari) jika proses terjadinya jeragat bermula sejak 10-15 tahun lampau? Pelik tetapi itulah dakwaan yang dibuat oleh pengeluar-pengeluar produk kecantikkan. Bukan tidak bagus jika kesannya pantas, tetapi kerap kali yang kesannya PANTAS akan mempunyai kesan sampingan.

Sebagai contoh terdapat produk-produk yang mengadungi inhibitor (menghalang atau memberhentikan proses) pengeluaran melanin.  Produk ini memang sangat pantas untuk menghilangkan jeragat kerana ia mengandungi inhibitor yang memberhentikan proses pengeluaran melanin yang berlebihan sehingga terjadinya jeragat. Ramai yang tidak tahu fungsi melanin kepada tubuh dan jika prosesnya pengeluarannya dihentikan dengan paksa padahnya akan mengakibatkan beberapa risiko terhadap 

  • Melanin menyediakan warna kulit
  • Melanin juga menentukan warna rambut
  • Melanin juga mempengaruhi mata hitam (di tengah mata)
  • Melanin juga berada di Stria vascularis di dalam kelopak mata
  • Melanin juga berada di kawasan otak
  • Melanin juga boleh mempengaruhi kelenjar adrenal

Apakah akan terjadi kepada anggota dan organ tubuh jika pengeluaran melanin dihentikan atau diperlahankan prosesnya? Kesan-kesan sampingan tidak akan terjadi di dalam masa terdekat tetapi mungkin selepas 1-2 tahun selepas itu.Proses memberhentikan atau menyekat atau memperlahankan proses semulajadi di dalam tubuh adalah sangat berisiko untuk menjadikan tubuh memberontak dan mengalami perubahan yang drastik.

Terdapat juga produk yang berasaskan soya untuk merawat jeragat dan mencerahkan kulit. Biasanya produk-produk dari US dan produk yang berkonsepkan “shake”. Pengeluar terbesar soya ialah US dan boleh dikatakan 90% produk US berasaskan soya, produk buatan Malaysia juga banyak diperbuat daripada soya kerana kosnya agak murah. Terdapat laporan bahawa soya adalah agen kepada kanser, tetapi kajian ini sering disangkal oleh pihak US untuk menyelamatkan industri tanaman soya US. Walaubagaimana pun kajian saintis telah mengesahkan pengambilan soya yang kerap dan banyak akan mengurangkan kehendak seksual dan mengurangkan tahap kesuburan seseorang.

Sebagai pengguna yang bijak anda harus membuat kajian sebelum mengguna produk yang kadang-kadang “too good to be true”. Terdapat produk yang lebih selamat, boleh dipercayai, lembut dan menjadikan tubuh anda lebih harmoni. Selain mendapat nasihat doktor yang bertauliah anda disarankan mengguna produk yang natural tidak dipengaruhi unsur-unsur tambahan seperti inhibitor, sintetik dan dadah.

Produk-produk seperti 100% herba dan tumbuhan seperti konsep ayurvedic, homeopathy biochemic yang berkonsepkan “sama menyembuhkan yang sama”, di mana remedi-remedi homeopathy akan diproses dengan dos yang sangat rendah untuk merawat simptom yang sama seperti bahan asal tersebut cetuskan dan tanpa mengguna ubat tetapi mengguna teknik kuno seperti accupunture adalah lebih selamat dan risiko untuk mendapat kesan sampingan sangatlah rendah.

Homeopathy Biochemic Adalah Paling Selamat?

Mengapa homeopathy biochemic paling selamat? Jawapannya mudah kerana homeopathy biochemic bukan ubat dan bukanlah herba tetapi mengguna kaedah yang cukup selamat. Remedi tidak dipanggil ubat kerana homeopathy biochemic bukanlah ubat. Ia diproses mengguna kaedah sangat selamat di mana 1 bahan asalnya akan dicampur dengan 10,000, 100,000 dan 1,000,000 bahagian air. Sehingga steteskop di makmal tidak dapat mengesan bahan asal yang telah dicampur , makmal akan mengguna terma “ND” atau not detected jika tidak dapat mengesan bahan-bahan seperti racun, logam berat, steroid dan lain-lain.

Saban hari homeopathy biochemic semakin mendapat sambutan dikalangan pengguna yang telah mengetahui manfaat remedi homeopathy. Remedi homeopathy biochemic juga bebas dari bahan lemak haiwan dan status halalnya tidak perlu dipertikaikan lagi.

Remedi homeopathy menunjukkan kesan yang optimistic di dalam kes-kes merawat jeragat yang diterima dari para pembeli. Testimoni yang diberi adalah “genuine” melalui pesanan sms atau Whatsapp yang kami terima.

Keadah homeopathy menawarkan rawatan yang komprehensif, yang akan menangani masalah jeragat dari punca terjadinya jeragat dan membantu membina sistem imuniti dan perkara-perkara yang mengakibatkan jeragat.

Homeopathy menggangap jeragat sebagai ekperesi luaran sebagai tanda terdapat gangguan sistem tubuh. Homeopathy percaya masalah kulit juga akibat dari ketidakstabilan mineral di dalam tubuh dan perlu di rawat dari puncanya.

Homeopathy merawat jeragat dan didalam masa yang sama merawat keseluruhan sistem tubuh seseorang itu. Remedi homeopathy merawat ketidakseimbangan hormon dan mengawal pengeluaran berlebihan Melanin yang menyebabkan terjadinya jeragat. Proses ini bukan hanya menghilangkan jeragat tetapi kualiti kulit akan menjadi bertambah baik, menghalang terjadinya jeragat baru dan secara semulajadi akan mengembalikan tekstur kulit asal.

Secara logiknya kes-kes jeragat ini yang melibatkan proses belasan tahun sebelum tercetusnya jeragat di muka memerlukan satu rawatan untuk menstabilkan sistem tubuh serta menguatkan sistem penyembuhan kendiri tubuh (auto healing system). Kaedah yang menghalang, membenamkan dan membuang jeragat lapisan atas sahaja seperti laser, krim pengelupasan dan pengelupasan secara kimia hanya membuang lapisan atas sahaja tetapi sumber yang mengeluarkan jeragat dari bawah lapisan kulit tidak dirawat dan distabilkan. Ini bermakna kaedah tersebut hanya boleh bertahan untuk sementara waktu sahaja. Ramai pengguna yang memilih kaedah homeopathy biochemic, setelah jeragat mereka menjadi semakin teruk selepas mengguna produk yang menjanjikan kesan pantas.

Oleh itu beberapa remedi homeopathy biochemic yang mendapat sambutan yang sangat hangat ialah Sepia 200, Melasma Free, Fragaria Vesca 30, Kali Sulph, Cal Sulph dan Dandelion 30. Paling terbaru set seperti BJC-01 danBJC-02 juga mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di mana kosnya sangat ekonomi dan kesannya sangat efektif bukan hanya untuk jeragat tetapi untuk keseluruhan tubuh. Paling utama remedi-remedi homeopathy biochemic sangat selamat untuk ibu-ibu hamil dan ibu yang menyusu bayi.

Bagi mendapat konsultasi percuma dan remedy yang sesuai dengan jeragat anda sila wasap kode JERAGAT KE +60123400557

Posted on

Hormon punca jeragat

 

jeragat dan hormon

 

cara rawat jeragat dengan berkesan

 

 

melasma

 

 

Homeopathy Biochemic Untuk Jeragat Akibat Paras Hormon Progesterone Yang Rendah

Ciptaan Allah Maha Agung, sangat komplek dan indah di mana tubuh manusia mempunyai hormon-hormon yang sangat panjang senarainya. Mengikut sains manusia atau homo sapiens , di mana mengikut teori Darwin kita berasal dari evolusi seekor monyet. Alangkah bodohnya teori sebegitu dari pandangan seorang ahli sains dan diterima pakai oleh sesetengah saintis yang tidak mempercayai wujudnya Allah swt. Sedangkan Allah menjadikan Nabi Adam dan diturunkan ke bumi dengan rupa paras, pemikiran, mempunyai kemahiran intelek  yang sudah pastinya kapasiti  seorang manusia dan bukannya seekor monyet!.

Berbalik kepada masalah hormon, kerap kali wanita adalah homo sapiens yang cukup unik, mempunyai sistem tubuh yang komplek dan kerap kali sistem tubuh wanita akan dipengaruhi oleh hormon-hormon bermula dari awal puberty sehinggalah ke fasa menopause.  Masalah penyakit terutama jeragat adalah berpunca dari masalah hormon.

Hormon yang paling penting akan berada di dalam ovari, di mana ovari akan mengeluarkan hormon estrogen, progesterone dan testosterone.  Perubahan mendadak yang terjadi kepada estrogen dan progesterone akan memberi satu bentuk karakter kepada kitaran haid dan berkaitan kesakitan PMS sewaktu menstruasi. Perubahan ini juga akan menjadikan kulit, terutama kulit muka menerima impak awal di mana akan terjadi jeragat atau jerawat sekiranya hati tidak dapat memproses lebihan salah satu hormon ini atau toksin.

Jeragat mengikut perubatan moden hanyalah masalah kosmetik, dan pendekatan kaedah perubatan moden lebih kepada kaedah kosmetik seperti rawatan menggunakan krim pengelupasan yang mempunyai bahan kimia dan juga kadah laser membuang jeragat dari kulit dengan pantas. Namun kerap kali kaedah-kaedah ini memberi kesan sampingan yang sangat teruk.

Pendekatan homeopathy sangat berbeza berbanding kaedah perubatan moden. Di mana kaedah homeopathy merawat jeragat ialah dengan mencari punca terjadinya jeragat dan merawat pesakit dan selepas itu barulah merawat penyakit.Homeopathy percaya jeragat berpunca dari masalah di dalam tubuh tertutama hati.

Tidak hairanlah jika homeopathy akan ada ubat makan untuk jeragat, kerap kali pembeli akan bertanya berkesan ke ubat jeragat ini?. Kaedah ubat jeragat pada persepsi orang ramai hanyalah krim atau sabun tetapi ubat untuk jeragat tidak sama dengan ubat nyamuk, di mana fungsinya untuk membunuh nyamuk. Maaf kita santai-santai untuk memudahkan pemahaman. Jika disebut ubat maka ia untuk di makan atau minum. Memang benar homeopathy mempunyai senarai ubat yang panjang  untuk jeragat. Walaubagaimana pun biochemic garam tisu sangat terkenal dengan konsep 12 garam tisu yang menyerupai mineral-mineral di dalam tubuh kita sendiri.

Sebenarnya homeopathy tidak menggelar setiap ubat adalah “ubat” tetapi homeopathy mengguna terma “remedi”. Remedi homeopathy bukan ubat, ia adalah suplemen dan tidak mempunyai bahan ubat seperti bahan-bahan aktif  berkimia yang terkawal, beunsurkan dadah sintetik dan penggalak kepada sistem tubuh. Sebagai contoh jika seorang wanita itu didiagnos dengan masalah paras progesterone yang rendah, pil progesterone akan dipreskripsi sebanyak 50-100mg di dalam satu hari.

 

Saya tidak bermaksud untuk mengatakan perubatan moden bahaya, tidak berkesan dan lain-lain. Saya hanya menunjuk perbezaan, dua kaedah berbeza di antara perubatan moden dan perubatan alternatif homeopathy.  Sekiranya anda sedang dipreskripsi dengan ubat-ubatan moden dan doktor menyarankan untuk mengambil tanpa henti, anda perlu mengikut arahan itu kerana perubatan emoden mempunyai kelengakapan yang cukup untuk mendiagnos penyakit berbanding kemudahan yang dimiliki oleh perubatan alternatif.

Remedi homeopathy amat selamat untuk diambil bersama-sama ubat perubatan moden. Remedi homeopathy tidak akan menganggu kesan remedi untuk bekerja, malah kadang-kadang ubat perubatan moden yang mengganggu kesan remedi homeopathy. Selepas mengamalkan remedi biochemic homeopathy, tubuh anda dengan sendirinya memberi isyarat untuk mengurangkan dos ubat-ubat secara beransur-ansur.

Ubat Jeragat Paling Berkesan

Biochemic homeopathy menawarkan senarai yang panjang untuk mengatasi pelbagai jenis jeragat mengikut simptom, karakter dan sejarah pesakit. Untuk memudahkan anda saya telah mengenal  pasti beberapa remedi yang sangat hebat dan berkesan untuk pelbagai jenis bentuk jeragat. Di antara ubat jeragat paling berkesan (mengikut kosa kata, search di internet) ialah SEPIA 200, FRAGARIA VESCA, MELASMA FREE, CALC SULPH, KALI SULPH, CALC FLOUR, DANDELION, NAT MUR DAN SILICA.

Remedi-remedi ini digabungkan menjadi set yang paling banyak mendapat maklum balas yang sangat hebat ;

  1. Set M3 – set paling asas mengandungi SEPIA 200, MELASMA FREE dan SABUN CARMINO ATAU MERRYGOLD.
  2. Set SMF – set paling popular mengandungi SEPIA 200, MELASMA FREE dan FRAGARIA VESCA  , kesannya sangat hebat, efektif dan pantas.
  3. Set SMFF – set paling popular, kesannya sangat hebat, efektif dan pantas. Set ini mengandungi 2 botol FRAGARIA VESCA
  4. Set BJ01 – set ekonomi yang mengandungi CALC SULPH, KALI SULPH DAN FRAGARIA VESCA. Set ini adalah yang terbaru.
  5. Set BJ02 – set ekonomi yang mengandungi CALC SULPH, KALI SULPH, FRAGARIA VESCA, KRIM CARMINO COMPLEXION DAN SABUN CARMINO COMPLEXION. Set ini adalah yang terbaru

Terdapat banyak lagi set-set seperti M4, 5SMF, 5RH, 5RH-EC (set ekonomi) dan lain-lain tetapi set-set di atas adalah di antara yang terbaik!. Gandingan setiap remedi bersama-sama FRAGARIA VESCA akan memberi impak yang sangat hebat. Fragaria Vesca adalah remedi yang sangat-sangat membantu hati untuk membuang lebihan estrogen di dalam hati, akibat paras progesterone yang rendah. DANDELION adalah remedi terbaru yang diperkenalkan. Ia berfungsi sebagai “liver detox” dan sangat hebat untuk membantu hati menjadi lebih cekap bekerja.

Kini homeopathy mula mendapat tempat di hati pengguna yang mencari alternatif, bersifat lebih holistik, lembut, berkesan dan boleh dipercayai. Terdapat banyak laman web yang menjual remedi homeopathy tetapi anda sebagai pengguna haruslah memilih laman yang mempunyai admin yang berpengalaman di dalam bidang homeopathy untuk mendapat nasihat yang terbaik untuk setiap masalah kesihatan anda.

 

Untuk analisa remedy yang sesuai diatas sila hantar wasap dengan kode JERAGAT ke 0123400557

Posted on

Rawat jeragat : Rawatan Pakar Pun Gagal, Homeopathy Boleh ke?

 

cara rawat jeragat dengan berkesan

 

Rawat jeragat : Rawatan Pakar Pun Gagal, Homeopathy Boleh ke?

Mengapa Set Jeragat Homeopathy mempunyai remedi oral seperti Sepia 200, Melasma Free dan Fragaria? Ini ialah kerana homeopathy adalah satu-satunya rawatan yang sangat komprehensif dan sangat berkesan. Perubatan homeopathy adalah  satu-satunya rawatan jeragat yang mempunyai remedi untuk dihisap dan diminum.

Tidak ada satu pun rawatan di dunia yang mampu memberi jaminan 100% dan tidak ada satu pun rawatan di dunia ini sangat sempurna dan lengkap. Begitu juga perubatan moden yang mempunyai kelebihan dan kekurangan yang perlu di bantu oleh perubatan alternatif seperti homeopathy.

Dari segi sejarah perubatan, allopathy atau perubatan moden konvensional lebih awal dipraktikkan berbanding homeopathy yang berusia hanya lebih 200 tahun. Allopathy mempunyai dana yang besar dri segi kajian, alatan dan latihan dan perubatan allopathy diiktiraf diseluruh dunia sebagai perubatan mainstream.

Homeopathy dan lain-lain kaedah perubatan dianggap sebagai alternatif kepada allopathy. Rata-rata kes penyakit yang gagal dan biasanya pada peringkat yang sangat kronik barulah pesakit tersebut mencari perubatan alternatif . Oleh itu perubatan alternatif dianggap tidak berkesan kerana seringkali merawat kes-kes yang terlalu kronik.

Sebagai contoh kes jeragat atau pigmentasi, kerap kali pesakit yang mengambil set jeragat homeopathy setelah mengguna pelbagai kaedah rawatan perubatan konvensional seperti;

Secara amnya rawatan secara konvensional ialah membuang jeragat tersebut dengan kaedah pengelupasan. Sewaktu proses tersebut, lapisan atas kulit yang menjadi penapis kepada sinaran UV akan turut terhakis.

  • Laser– rawatan paling pantas untuk menghapus jeragat. Malangnya rawatan ini juga membuang layer kulit yang bertindak menapis sinaran UV. Kerap kali selepas membuat rawatan laser kulit muka pesakit tersebut akan menjadi kehitaman, lebam-lebam dan kusam akibat sunburn. Rawatan ini agak menyakitkan mengikut info daripada pesakit yang pernah mencuba rawatan laser
  • Penglupasan kimia(chemical peeling) – mengguna larutan kimia untuk mengelupaskan kulit dan seterusnya membuang jeragat. Rawatan ini juga akan membuang layer kulit yang menapis sinaran UV dan kerap kali akan mudah terbakar kulit muka. Ia juga memerlukan rawatan dan penjagaan kulit yang rapi selepas itu.
  • Mikrodermabrasion dan HV Iontophoresis – Cara ini menggunakan satu alat untuk menghasilkan penglupasan secara mekanikal. Ia kemudiannya diikuti dengan rawatan Vit C Iontophoresis yang akan mencerahkan kulit. Berkesan untuk mereka yang mempunyai kulit yang anjal dan tebal. 
  • Sunblock dan Krim– Sunblock dan krim adalah 2 produk yang akan diguna selepas membuat rawatan di atas.

Sedangkan jika pesakit itu mengambil remedi homeopathy di dalam masa yang sama, adalah sangat selamat kerana remedi homeopathy bukan ubat dan selamat untuk diambil bersama-sama ubat-ubatan moden sekiranya ada.

Apakah itu ubat?

Ubat juga di sebut sebagai “a drugs” atau substan yang membantu melegakan sesuatu penyakit. Sebaliknya remedi homeopathy tidak mempunyai “drugs” tetapi remedi homeopathy disediakan secara micro atau nano dose, iaitu dos yang sangat kecil. 98% remedi homeopathy bahan asasnya adalah dari tumbuhan dan bunga-bungaan.

Remedi homeopathy sangat selamat untuk diambil bersama-sama ubat-ubatan moden dan juga sangat selamat untuk ibu-ibu yang mengandung dan kanak-kanak.

Pendekatan Homeopathy Untuk Merawat Jeragat

Remedi homeopathy menunjukkan kesan yang optimistic di dalam kes-kes merawat jeragat yang diterima dari para pembeli. Testimoni yang diberi adalah “genuine” melalui pesanan sms atau Whatsapp yang kami terima.

Keadah homeopathy menawarkan rawatan yang komprehensif, yang akan menangani masalah jeragat dari punca terjadinya jeragat dan membantu membina sistem imuniti dan perkara-perkara yang mengakibatkan jeragat. 

Homeopathy menggangap jeragat sebagai ekperesi luaran sebagai tanda terdapat gangguan sistem tubuh. Homeopathy percaya masalah kulit juga akibat dari ketidakstabilan mineral di dalam tubuh dan perlu di rawat dari puncanya.

Homeopathy merawat jeragat dan didalam masa yang sama merawat keseluruhan sistem tubuh seseorang itu. Remedi homeopathy merawat ketidakseimbangan hormon dan mengawal pengeluaran berlebihan Melanin yang menyebabkan terjadinya jeragat. Proses ini bukan hanya menghilangkan jeragat tetapi kualiti kulit akan menjadi bertambah baik, menghalang terjadinya jeragat baru dan secara semulajadi akan mengembalikan tekstur kulit asal.

Oleh kerana rawatan dalaman adalah penting, maka perubatan homeopathy sangat berbeza dengan perubatan moden. Homeopathy adalah satu-satunya perubatan alternatif yang mempunyai remedi oral (hisap/minum) bagi mengatasi jeragat. Kesan remedi oral seperti Sepia 200, Melasma Free dan Fragaria Vesca 30 sangat-sangat mengujakan ramai pembeli kerana kesannya sangat pantas.

Adalah sangat jarang jeragat kembali terjadi selepas mengambil remedi homeopathy berbanding mengambil rawatan konvensional. Remedi Homeopathy adalah natural, lembut, tidak merbahaya dan mudah diambil. 

Di Amerika Syarikat, FDA telah mengiktiraf homeopathy sebagai mengikut Homeopathic garis panduan Pharmacopeia of the United States.

Adakah Perubatan Homeopathy Mahal?

Jika dilihat pada harga sebagai contoh SET JERAGAT SMF yang berharga RM180. Set ini mengandungi Sepia 200, Melasma Free dan Fragaria Vesca 30. Sepia 200 dan Melasma Free boleh bertahan untuk lebih kurang 2 bulan dan Fragaria untuk 1 bulan ( Set Jeragat SMFF, set ini mempunyai 2 botol Fragaria yang boleh bertahan untuk lebih kurang 2 bulan juga). 

Jika RM180 dibahagi kepada 2 ini bermakna hanya RM90 untuk 1 bulan! 

Adalah tidak benar jika dikatakan set untuk rawatan jeragat mahal.

Selain dari remedi homeopathy, penjagaan kulit dan pengambilan makanan juga perlu diambil kira seperti ;

– Sentiasa mengguna sun block sewaktu berada di bawah panas matahari

– Elakkan mengguna krim kosmetik secara berlebihan

– Elakkan dari mengguna pil perancang

– Lebihkan pengambilan makanan yang mempunyai folic asid seperti sayuran berdaun hijau pekat.

– Elakkan situasi stress

– Minum air dengan secukupnya

Posted on

Hormon adalah masalah terbesar jeragat sukar sembuh

 

 

hormonal_events_large

 

 

 

endocrinesystem

 

Hormon mempunyai kesan yang amat penting untuk kesihatan setiap wanita. Hormon seksual wanita, estrogen dan progesterone sangat penting untuk kesuburan sistem reproduksi wanita, ianya melibatkan kitaran haid sehingga ke proses wanita itu mengandung sehingga menopause. Hormon juga mempengaruhi emosi, paras tenaga, berat badan, mood dan sehingga kepada masalah kulit pun akan terjadi akibat dari masalah hormon seperti terjadinya jeragat dan jerawat.

90% dari pembeli set jeragat berumur 35 tahun dan ke atas, menunjukkan pada sekitar umur tersebut kebanyakkan wanita telah berkahwin dan pernah hamil yang akan mempengaruhi keseimbangan hormon.

Tidak hairanlah jika homeopathy sangat mementingkan rawatan dari dalaman untuk mengatasi masalah jeragat dari punca terjadinya jeragat iaitu hormon. Hanya perubatan homeopathy yang menawarkan remedi oral untuk jeragat berbanding rawatan-rawatan konvesional yang lebih bertumpu untuk menghapus jeragat dengan kaedah yang pantas. Sebagai contoh Sepia 200 dan Melasma Free adalah remedi yang sangat berkesan untuk mengatasi masalah hormon wanita. Sepia di anggap sebagai remedi khusus untuk pelbagai masalah wanita terutama masalah berkaitan hormon.

Jika anda bertanya masalah jeragat berpunca dari masalah hormon yang tidak menentu?, jawapannya ialah YA. Walaupun sun burn dikatakan punca kepada jeragat, tetapi hormon adalah “culprit” utama yang mencetuskan jeragat di muka seorang wanita.

Untuk menguatkan lagi fakta ini, jeragat akan terjadi sewaktu seseorang wanita itu hamil. Ianya di panggila “melasma” atau “face of pregnancy” yang akan dialami oleh kebanyakkan wanita setiap kali hamil. Seperti yang yang kita ketauhuiproses kehamilan akan mengakibatkan hormon wanita akan mengalami perubahan yang drastik.

Set jeragat homeopathy amat selamat untuk para ibu yang sedang hamil untuk mengambil suplemen homeopathy. Suplemen ini selain dari mengawal melasma yang terjadi, ianya juga bermanfaat untuk ibu dan kandungan terutama untuk menangani morning sickness, keletihan dan kesihatan baby didalam kandungan seperti pertumbuhan otak, tulang dan saraf.

Saintis sendiri pening kepala untuk mengesahkan jeragat berpunca daripada masalah hormon kerana terdapat juga lelaki yang mengalami jeragat, tetapi berapa peratus lelaki mengalami jeragat berbanding wanita? Jika mengikut nisbah lelaki hanya 1:100 wanita. Walaupun jeragat terjadi kepada wanita seawal umur belasan tahun tetapi majoriti yang mengalami jeragat adalah wanita yang mengandung, selepas mengandung, pra atau selepas menopause atau wanita yang berumur lebih 40 tahun.

Jeragat juga dikatakan berpunca dari genetik atau keturunan, tetapi ianya sangat jarang dan kerap kali akan terjadi selepas bersalin dan apabila umur meningkat. Kerap kali apabila ditanya tentang sejarah kehidupan wanita yang mengatakan jeragat berpunca dari keturunan akan mengatakan mereka kerap berjemur dibawah panas matahari kerana bersukan atau kerjaya, penggunaan alat kosmetik yang pelbagai fungsi seperti kosmetik yang menjadikan kulit mengelupas untuk mencerahkan kulit, mengambil pil perancang atau pil pengganti hormon (HRT) selepas menopause. Fakta-fakta ini juga akan berkait rapat dengan hormon wanita kerana melanin yang berlebihan akan terjadi selepas wanita itu mengalami ketidakseimbangan hormon.

Jeragat yang berpunca dari genetik sangat sukar untuk dirawat jika hanya mengguna sabun dan krim. Set jeragat yang sangat berkesan untuk jeragat genetik ialah set M3, Bio-SMF dan SMF atau SMFF.

Melanin iaitu pigmentasi akan terjadi dengan berlebihan akibat dari sun burn yang melalui proses yang lama iaitu 10-20 tahun sebelum terjadinya jeragat. Sebagaimana saintis mengatakan sun burn sebagai punca utama jeragat yang berpnca dari melanin yang berlebihan. Melanin ini akan terkumpul secara beransur-ansur di lapisan bawah kulit akibat dari radiasi sinaran UV dan melanin yang berlebihan ini akan “dilepas”  menjadi jeragat sewaktu hormon mengalami masalah.

Jeragat atau tompok kehitaman atau coklat yang terjadi dikulit juga biasanya terjadi kepada pesakit yang mengalami kekurangan adrenal atau Addison’s disease. Addison’s disesase terjadi apabila kelenjar adrenal tidak menghasilkan hormon yang secukupnya termasuk hormon cortisol. Hormon cortisol ialah hormon steroid (steroid hormone) yang akan memproses pelbagai fungsi termasuk metabolism dan sistem immunisasi. Hormon cortisol juga memainkan peranan penting untuk membantu tubuh bertindak balas kepada masalah stress dan menangani masalah tersebut. Begitu juga sebaliknya jika cortisol terhasil dengan berlebihan (hyper) atau Cushing’s syndrome ia juga akan mengakibatkan jeragat.

Fakta utama di sini ialah hormon, walaupun puncanya tidak dikatakan berpunca dari hormon tetapi selepas dikaji secara mendalam, hormon juga yang akan dipersalahkan. Oleh itu amatlah penting untuk mengambil suplemen yang mampu mengatasi masalah kelam kabut mengenai hormon ini. Walaupun banyak kaedah rawatan untuk menghapus jeragat tetapi homeopathy dan biochemic adalah perubatan yang akan memberi penekanan kepada masalah hormon dan akan dicadangkan dengan remedi oral yang mungkin dianggap remeh untuk dihisap atau diminum.

Tidak hairanlah jika perubatan homeopathy dan biochemic sangat-sangat berjaya untuk mengatasi masalah jeragat. Homeopathy memberi penekanan kepada remedi oral (hisap/minum) untuk merawat akar umbi kepada masalah jeragat. Homeopathy dan biochemic bukan hanya merawat dan menghapus dengan segera seperti kaedah konvensional yang mengguna kaedah laser, pengelupasan dan lain-lain lagi.

Tidak hairanlah amat jarang jeragat akan terjadi semula jika telah sembuh dengan mengambil remedi homeopathy. Jika jeragat telah hilang, ianya akan hilang dan kemungkinan recurrent atau terjadi semula amat tipis kerana remedi homeopathy telah “membetulkan” keadaan yang tidak menentu dengan memberi sistem immuniti tubuh kekuatan baru untuk melawan pelbagai jenis gangguan yang terjadi didalam tubuh.

Homeopathy percaya setiap masalah kesihatan berpunca dari sistem tubuh yang bermasalah. Oleh itu homeopathy akan merawat individu yang sakit secara keseluruhan. Homeopathy tidak merawat kesakitan tersebut sahaja , malah merawat keseluruhan tubuh.

Begitu juga konsepnya untuk merawat jeragat atau melasma. Perubatan homeopathy merawat pada akar umbi permasalahan jeragat itu sendiri.

Inginkan konsultasi jeragat sila,wasap kode MELASMA ke 0123400557 kerana tiap orang tidak sama remedy bergantung pada masalah dan simptom atau klik terus link ini untuk wasap http://biochemic.wasap.my

atau tinggal no wasap puan untuk kami info diwasap

Posted on

97% masalah jeragat disebabkan hormon tidak stabil

jeragat dan hormon

 

Jeragat dan Masalah Hormon

Jeragat atau melasma biasanya akan terjadi di muka dan tengkuk. Di kawasan di mana muka dan leher kerap kali terdedah kepada cahaya matahari . Pesakit yang mengalami jeragat atau melasma adalah 94% wanita dan hanya 6% lelaki. Dari nisbah ini kesimpulan yang dapat kita simpulkan ialah wanita lebih terdedah kepada masalah perubahan hormon berbanding lelaki.

Masalah jeragat ialah isu kesihatan global yang akan melibatkan semua bangsa. Wanita yang berkulit agak gelap akan terjadi berkemungkinan 50-70% akan terjadi melasma sewaktu mengandung. Mujurlah kebanyakkan kes melasma sewaktu mengandung akan hilang selepas bersalin.

Walaubagaimana pun lingakaran itu masih kekal tetapi tidak menonjol seketika. Secara amnya menunjukkan proses ini adalah berkaitan ketidakstabilan hormon yang akan mencetus jeragat pada ketika terjadinya proses hormon mula mengalami gangguan. Anda tidak akan berupaya untuk menghilangkan jeragat dengan mengguna krim ajaib atau losyen ajaib atau rawatan laser yang beribu-ribu ringgit yang dibuat oleh pakar-pakar kulit ternama. Penyembuhan sebenar ialah melalui kaedah holistik seperti diet pemakanan seimbang, gaya hidup yang sihat dan mengawal hormon agar stabil.

Yang paling penting anda perlu memahami konsep ini,  untuk “cure” jeragat secara total anda memerlukan rawatan dalam, kerana anda tidak mungkin akan “cure” dengan hanya rawatan luaran sahaja.

Homeopathy ialah perubatan yang akan memfokus kepada rawatan yang akan melibatkan keseluruhan tubuh. Oleh itu perubatan homeopathy sangat berjaya merawat kes-kes jeragat atau melasma. Ini ialah kerana homeopathy bersifat holistik. Homeopathy merawat pesakit tetapi bukan merawat penyakit semata=mata. Sebagai contoh perubatan homeopathy mempunyai lebih dari 10 remedi untuk pelbagai masalah jeragat, bentuk atau paten jeragat, karekter pesakit juga di ambil kira seperti tingkah laku dan emosi seseorang itu. Homeopathy mementingkan rawatan yang melibatkan emosi, ini ialah kerana emosi adalah faktor utama kepada perubahan hormon seseorang terutama wanita yang sangat sensitif jika melibatkan emosi. Kerap kali jeragat yang terjadi setelah mengalami gangguan emosi seperti keresahan, kemurungan atau depresi yang berpanjangan.

Memahami masalah kesihatan adalah jalan terbaik untuk “cure”. Secara asasnya jeragat atau melasma ialah

“ Perkara asas terjadinya jeragat ialah masalah ketidakstabilan hormon (hormone imbalance)”

“Pengambilan pil perancang dan pil rawatan hormon (HRT) adalah penyumbang utama kepada jeragat atau melasma”

Mengamal cara hidup sihat juga amat digalakkan seperti;

“Sentiasa bersenam”

“Habit buruk seperti merokok dan meminum alcohol perlu dihentikan”

 

“Mengambil suplemen yang bebas dari bahan kimia dan dadah”

“Berpuasa adalah amalan kesihatan yang baik untuk sistem tubuh”

Wanita yang pernah mengandung akan lebih berisiko kerana sewaktu mengandung hormon estradiol, estone, estriol dan progesterone akan meningkat secara mendadak. Tapi estriol dan progesterone bukan penyebab melasma tetapi pengambilan pil-pil sintetik akan menyebabkan melasma atau jeragat terjadi. Walaubagaimana pun doktor-doktor akan mengatakan bahawa progestin bertoksik yang menyebabkan melasma terjadi.

Masalah thyroid (thyroid disorder) juga akan mengakibatkan terjadinya jeragat. Kadar bacaan thyroid ada sepatutnya berada pada sekitar pertengahan. Sebagai contoh jika T3 dan T4 pada  bacaan 2.0 – 4.4 ini bermakna bacaan pertengahan (midrange) ialah 3.2. Kebanyakkan doktor terlepas pandang perkara ini.

Dua pertiga dari pesakit yang mengalami polycystic ovaries (PCOS) akan terjadi jeragat. Ini ialah kerana pesakit PCOS akan mengalami DHEA (Dehydroepiandrosterone) dan testosterone yang tinggi seperti mempunyai seakan-akan misai dimuka (hirstutism) dan kadang-kadang tidak dapat menerima kuantiti insulin yang secukupnya. Paras DHEA dan testosterone boleh dikurangkan dengan pengambilan remedi homeopathy yang sesuai dan diet yang betul, gaya hidup sihat dan mengimbang hormon-hormon lain di dalam masa yang sama.

Diet Yang Membantu Untuk Kurangkan Melasma

Mengekalkan pemakanan sihat dan seimbang bukanlah bermaksud melakukan diet sehingga anda “kebuluran”. Anda seharusnya mengambil pemakanan yang mempunyai tinggi nutrientnya tetapi rendah lemak tepu, garam dan penambah perisa.

Anda boleh mencuba lima kumpulan makanan ini

  • Buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Susu dan produk berkaitan susu
  • Roti, nasi, kentang dan pasta
  • Daging, ikan, telur dan kekacang
  • Makanan yang mempunyai lemak dan gula.

Untuk mengekalkan keseimbangan diet anda, anda speatutnya mengambil 33% buah-buahan dan sayur-sayuran, 33% roti, nasi, kentang dan pasta, 17% daging, ikan, telur dan kekacang, 17% susu dan produk berkaitan susu dan 8% makanan yang berlemak dan manis.

Diet yang sihat dan berkhasiat dapat membantu menstabilkan hormon-hormon yang mengalami ketidakseimbangan disamping mengambil suplemen homeopathy.

 

 

Tips diet : Brokoli adalah sayur hijau yang mempunyai kadungan folik asid yang tinggi. Ianya folik asid semulajadi yang sangat-sangat diperlukan tubuh untuk mendapat bekalan folik asid berbanding folik asid sintetik (yang dijual di pharmasi).

Menambah brokoli didalam menu diet anda akan membantu mengurangkan jeragat, selain Sepia 200, Melasma Free, Fragaria ataupun remedi set 5RH.

Cara : Bakar atau rebus brokoli separuh masak dan makan sebagai ulam atau diratah begitu sahaja.

Biochemic atau Garam Tisu Untuk Jeragat

Sepia 200 dan Melasma Free adalah biochemic atau garam tisu, tetapi terdapat 3 biochemic lagi yang dapat membantu menghapuskan jeragat. Sepia secara spesifik untuk merawat maslah ketidakstabilan hormon diakibatkan oleh hormon estrogen terlalu banyak (dominance). Ini disebabkan oleh pengambilan pil perancang atau pil kesuburan.

3 jenis remedi biochemic untuk merawat jeragat ialah;

  • Cal Sulph – untuk membantu sistem penghadaman dan hati
  • Kali Sulph – mengawal lebihan pengeluaran melanin akibat perubahan hormon seperti terjadi melasma dan juga membantu memberi lebih bantuan kepada hati utk membuang toksin.
  • Nat Sulph – juga bertindak membantu hati, selain dari merawat melasma Nat Sulph juga sangat berkesan untuk menurunkan berat badan

Homeopathy dan biochemic sememangnya sangat popular di Eropah dan US oleh kerana kesedaran pengguna mengenai konsep perubatan homeopathy yang sangat selamat dan tanpa kesan sampingan.

Tidak rugi mencuba tetapi rugi kalau tidak mencubanya.

Konsultasi jeragat secara percuma secara online mengikut kaedah biochemic dan homeopathy boleh wasap ke no 0123400557

Posted on

Masalah melasma atau jeragat di muka

melasma

Masalah jergat dan melasma kini boleh dirawat dengan menggunakan kaedah biochemic. Kaedah biochemic ini menggunakan tisu garam mineral

Melasma Free – Biochemic Untuk Hapus Jeragat (Melasma/Chloasma)

Masalah jeragat sering menganggu penampilan sesorang wanita, namun masalah jeragat jarang-jarang terjadi kepada lelaki. Ini ialah kerana jeragat atau melasma adalah berkaitan masalah hormon, dan boleh dikatakan wanita mengalami masalah ketidakstabilan hormon lebih kerap berbanding lelaki.   Kebanyakkan masalah kesihatan wanita adalah berpunca dari ketidakstabilan hormon seperti jeragat.

Kenapa Biochemic ?

Biochemic atau garam tisu adalah persediaan homeopathy di dalam bentuk mineral inorganic yang menyamai garam mineral yang terdapat di dalam tubuh manusia. Terdapat 12 garam mineral di dalam tubuh manusia, seperti yang telah dibuktikan oleh pengasas perubatan biokimia atau biochemic iaitu Dr Shuessler seorang doktor  Jerman yang mengkaji abu mayat pada akhir tahun 1880 dan mendapati terdapat 12 garam mineral di dalam tubuh manusia.

Pada pendapat Dr Shuessler 12 garam mineral ini amat penting untuk mengimbang aktiviti selular (cellular activity) dan kesihatan pada umumnya. Kekurangan garam mineral ini adalah amat kritikal untuk tubuh mengimbang sistem tubuh dan terjadi ketidakselesaan pada tubuh (dis-ease) . Penemuan ini telah memanfaatkan  jutaan orang dengan mengguna kaedah biochemic pada potensi rendah untuk membantu mempercepatkan penyerapan nutrient, proses ini akan menguatkan dan menambah tenaga kepada tisu-tisu yang hidup. Garam tisu akan memberi sokongan kepada fungsi sel yang lebih cekap mengekalkan tahap kesihatan pada tahap terbaik, menambah baik keadaan fizikal dan emosi.

Garam tisu akan membantu fungsi asas sel-sel termasuk mengimbang kuantiti air, penghadaman, menyahtoksin, elastisiti sel-sel, menambah oksigen, membekal nutrisi dan sodium-postasium pada kadar yang stabil. Kaedah ini telah terbukti berkesan lebih 200 tahun, malah amat selamat untuk bayi baru lahir, ibu mengandung dan dewasa. Melasma Freeadalah gabungan beberapa remedi garam tisu yang digelar sebagai “bioplasma”. Bioplasma ini akan membantu mengimbang hormon dan akan menghapus jeragat atau melasma  yang menganggu penampilan anda.

Punca Jeragat (Melasma/Chloasma)

Punca terjadi melasma tidak dapat dikenalpasti sehingga kini, tetapi hasil dari kajian patologi (kajian penyakit), melasma mungkin berpunca dari pengambilan pil perancang, terapi penganti hormon (HRT dan progesterone), ubat penenang, sejarah di dalam keluarga dan  kerap terdedah kepada sinaran matahari. Kebanyakkan kes melasma atau  jeragat adalah berpunca kerana terdedah kepada sinaran uv yang terlalu kerap.

Kerap kali wanita mengandung juga akan mengalami jeragat, ia dipanggil chloasma. Wanita mengandung akan mengalami pertambahan hormon estrogen, progesterone dan melanocyte stimulating hormone (MSH) sewaktu trimester kedua dan ketiga. Begitu juga wanita yang mengambil terapi penganti hormon sewaktu pra dan selepas menopause, di mana hanya hormon estrogen yang menguasai tubuh wanita tersebut.

 

Jenis-Jenis Melasma

1. Centrofacial – di dahi, pipi, atas bibir, hidung dan dagu

2. Malar – bahagian atas pipi

3. Mandibular – di kawasan tulang rahang

Melasma Free dicadangkan untuk di ambil bersama-sama Sepia 200secara selang seli, contohnya satu hari ambil Sepia 200 dan hari berikutnya Melasma Free. Kaedah ini akan mempercepatkan proses untuk menghapus melasma atau jeragat.

Cara pengambilan:

2-4 biji dikemam/hisap 3 kali sehari sebelum makan.