Posted on 4 Comments

Jangan beli produk merawat jeragat jika anda belum baca artikel ini

 

 

 

 

 

Banyakkan testimonial ditetima setiap hari samada melalui wsap atau page.

Jangan beli produk merawat lagi jika anda belum baca artikel dibawah.

Supaya anda dapat jimat ratusan dan ribuan duit anda daripada terbakar sia-sia

http://bit.ly/2rum6zQ

Inginkan konsultasi remedy yang sesuai dengan jeragat anda sila klik http://biochemic.ubatjeragat.com

 

Posted on Leave a comment

Jeragat membuat wanita stress kerana sukar dirawat

Bukanlah Penyakit Yang Boleh Membawa Maut Tetapi……

jeragat buat wanita stress.Selepas beberapa bulan terputus hubungan Puan Azni (bukan nama sebenar) telah bertemu semula dengan rakan sepejabat yang telah bertukar kerja. Terperanjat bercampur kagum dengan perubahan kawannya Puan Zie (bukan nama sebenar), mana tidak terkejut, muka puan Zie sudah kembali cun. Putih, gebu, bersih dan merah kemerahan (Puan Zie memang putih orangnya). Jika sebelum ini Puan Zie seolah-olah tidak bersemangat, rendah kenyakinan diri dan sering kelihatan termenung, kadang-kadang Puan Azni ternampak Puan Zie menangis di pantry. Ini adalah angkara jeragat yang mula naik di wajah Puan Zie sejak berhenti mengambil pil perancang setahun lepas.

Bermula dengan sedikit kesan kehitaman di pipi sebesar siling sepuluh sen, selepas sebulan kesan tersebut menjadi lebih besar dan merebak ke hidung dan bibir. Kitaran haid Puan Zie juga menjadi celaru, sebulan datang lepas tu 3 bulan baru datang semula. Umur Puan Zie sudah mencecah usia 43 tahun, pada mulanya beliau ingat sudah mengandung tetapi selepas membuat pregnancy test keputusannya adalah negatif.

Akibat dari kesan jeragat yang semakin membesar Pian Zie mula mencari pelbagai ikhtiar untuk menghapus kesan jeragat yang mula “membiak” dan menjadikan muka beliau kehitaman dan kusam. Sejak dari itu Puan Zie mula membeli pelbagai produk, di kedai mahupun di online. Tidak kira harga murah atau pun mahal. Kadang-kadang Puan Zie sering meminta pendapat kawan baiknya Puan Azni yang kulit mukanya memang cantik, bersih dan gebu. Namun Semuanya gagal menghilangkan kesan hitam jeragat di muka Puan Zie.

Mengapa Gagal Untuk Hapuskan Jeragat?

Jeragat memang sukar dirawat kerana ianya terjadi oleh pelbagai sebab. Doktor pakar kulit sendiri pun pening kepala apabila merawat jeragat, dan sering gagal memberi keputusan yang diharapkan oleh pesakit walaupun kos rawatan di klinik pakar seperti memang sangat mahal.

Pelbagai kaedah yang dikatakan amat berkesan, tetapi sebaliknya menjadi mimpi ngeri kepada pesakit tersebut. Ramai yang mengadu selepas membuat rawatan laser, pengelupasan kulit (chemical peeling) dan lain-lain kaedah rawatan moden, hanya mampu bertahan 1-2 bulan atau lagi malang hanya selepas 2-3 hari sahaja, kulit muka mereka menjadi kehitaman lebih teruk dari sebelum membuat rawatan.

Jeragat tidak seperti jerawat, jadi kebanyakkan konsep rawatan yang gagal menghilangkan jeragat ialah berpunca dari persepsi bahawa jeragat adalah hanya masalah kosmetik!. Masalah kosmetik bermaksud hanya perlu sapu-sapu mengguna krim atau sabun sahaja. Maka terhasillah krim bertoksik seperti hydroquinone dan merkuri, serta rawatan laser yang berfungsi “menanggalkan kulit” dan buang jeragat. Jika begitu simple maka tidak akan ada masalah seperti yang dihadapi oleh Puan Zie yang sehingga menghadapi tekanan perasaan.

Jeragat memang sukar untuk dirawat, itu adalah fakta. Jika jeragat mudah dirawat sudah semestinya terdapat jaminan 100% berkesan dan wang akan dikembalikan jika tidak berhasil. Pakar-pakar kulit juga tidak berani untuk memberi jaminan jeragat akan sembuh 100% kecuali teknik laser, meluntur (bleaching) dan pengelupasan. Teknik-teknik ini walaupun dikatakan berkesan tetapi hanya untuk sementara sahaja.

Malangnya wanita-wanita yang sudah mengalami jeragat kebanyakkan sudah mencuba pelbagai produk kosmetik yang bertoksik, kolagen sintetik yang mungkin menganggu hormon-hormon, , , laser dan pelbagai jenis rawatan yang mempunyai bahan-bahan yang akan menganggu sistem hormon estrogen dan testosterone.

Punca Utama Terjadi Jeragat Selain Dari Hormon

Kesihatan wanita juga amat mudah terjejas oleh pelbagai faktor, bahagian tubuh yang paling mudah terjejas ialah muka. Muka mempunyai kulit yang lebih lembut berbanding lain-lain bahagian tubuh. Jeragat dan jerawat akan menjadi musuh utama kepada wanita, di mana jeragat dan jerawat yang tumbuh di muka adalah indikasi awal sebagai peringatan sistem tubuh wanita mula mengalami masalah.

UV atau ultraviolet datang di dalam 2 bentuk, UVA dan UVB. Mengikut Persatuan Kanser Kulit sinaran UVB adalah lebih bahaya kerana mengandungi mengandungi radiasi ultraviolet. UVB yang akan menjadikan kulit terbakar atau sunburn.

Sinaran UVA akan meresap kedalam lapisan kulit dan akan menyimpan melanin di dalam sel-sel kulit, yang akan mempengaruhi pengeluaran melanin. Proses ini mengambil masa yang lama sebelum jeragat keluar di wajah seseorang.

Melanin

 

Bila ultraviolet menembusi kulit, sinaran itu akan “bekerjasama” dengan sel yang bernama melanocytes. Melanocytes bertanggunjawab menghasilkan melanin. Lagi besar jumlah melanin yang terhasil maka lebih hitamlah kulit atau jeragat seseorang itu.

Melanin dihasilkan dari bawah lapisan kulit (dermis) dan selepas itu akan mengeluarkan jeragat di lapisan bawah kulit atau di atas kulit, kebanyakkan jeragat adalah dibawah lapsisan atas kulit dan kadang-kadang terjadi diatas kulit. Jeragat yang berada di atas kulit boleh dirawat dengan krim atau sabun sebaliknya 95% jeragat adalah dibawah kulit yang kalis air untuk disapu krim atau sabun. Kulit paling atas befungsi menapis sinaran UV dan  UVB , tetapi sering dibuang jika mengguna krim bertoksik atau membuat rawatan laser.

Mengapa rawatan moden hanya sementara?

 

Jeragat disebabkan melanocytes menjadi terlebih aktif. Melanocytes adalah sel yang menghasilkan melanin  yang akan mengeluarkan pigmentasi hitam yang dipanggil jeragat.

Walaubagaimana pun jeragat juga boleh berpunca dari wabak atau penyakit. Jeragat juga sering terjadi disebabkan oleh perubahan hormone terutama yang sering terjadi kepada kaum wanita. Jeragat berpunca dari dalam system tubuh selain dari factor luaran seperti kerap terdedah kepada sinaran matahari terik dan kulit muka dicemari lebihan sinaran UV. Oleh itu rawatan “menghapus” jeragat dari luar adalah tidak sesuai dan sering kali gagal untuk bertahan lama.

Seperti memadam api didalam sekam, jika air hanya disiram dibahagian atas sekam, tetapi bara api dibawah lapisan sekam masih menyala. Lama kelamaan api akan merebak ke atas permukaan sekam semula. Proses ini akan berulang-ulang jika tidak memilih kaedah pencegahan yang sesuai!.

Solusi Yang Kerap Berjaya Menyembuhkan Jeragat

 

Seperti yang kita telah bincangkan, jeragat bukanlah seperti jerawat, walaupun mempunyai persamaan dari segi punca terjadinya jeragat yang juga dikaitkan dengan hormon, genetik, dan berpunca dari sebum yang dihasilkan dari dalam tubuh seperti melanin. Walaubagaimana pun jerawat akan tumbuh diatas kulit dan boleh disapu dengan krim dan sabun untuk menghapus jerawat.

Untuk merawat jeragat dengan berkesan kaedah merawat punca terjadinya jeragat adalah sangat berkesan. Mengamalkan pemakanan sihat, mengawal stress dan mengamal suplemen yang sesuai untuk mengawal sistem tubuh yang bercelaru sehingga stabil dan seterusnya mengawal melanin yang berlebihan dari terus mengeluarkan pigmen ke kulit muka.

Pemilihan suplemen juga amat penting, seboleh-bolehnya hendaklah suplemen yang berasaskan bahan semulajadi, tanpa bahan kimia dan  perencat hormon. Suplemen seperti vitamin c, multivitamin yang mengandungi zat besi, menguna kaedah “home remedies” seperti pisang, lemon, kunyit dan lain-lain yang sering dipraktikkan oleh perubatan tradisional dan ayurvedic.

Suplemen yang menunjukkan kesan yang lembut dan bebas kesan sampingan adalah perubatan homeopathy. Homeopathy adalah rawatan yang mementingkan kepada rawatan menyeluruh, merawat tubuh pesakit bukan hanya merawat penyakit seperti jeragat, 90% kes-kes kronik berjaya sembuh dan paling mengejutkan banyak kes-kes kronik jeragat menunjukkan perubahan selepas 7-15 hari.

Homeopathy telah mendapat tempat dihati pengguna diseluruh dunia sebagai alternatif kepada perubatan konventional (conventional). Perubatan yang lembut, tanpa menggunakan bahan-bahan kimia atau dadah merawat pesakit dan selepas itu merawat penyakit.

Berbalik kepada cerita Puan Zie yang kembali “cun”, Puan Zie telah mengamalkan remedi homeopathy. Selain jeragat telah pudar selepas 30 hari dan kini telah bersih wajahnya. Beliau juga memberi komen bahawa selain wajah seluruh tubuh juga menjadi semakin bersih, gebu dan licin. Semangat yang menurun sudah mula membara dan kembali bersemangat, terasa tubuh semakin ringan dan cergas. Pernah satu ketika Puan Zie amat sedih sehingga memikirkan jika beliau mati lagi bagus… dari mempunyai muka yanh comot dan kusam, walaupun jeragat bukanlah penyakit yang boleh membawa maut tetapi jika emosi tidak terkawal, mungkin jeragat juga akan menjadi punca kematian kerana frust!.

Homeopathy percaya setiap masalah kesihatan berpunca dari system tubuh yang bermasalah. Oleh itu homeopathy akan merawat individu yang sakit secara keseluruhan. Homeopathy tidak merawat kesakitan tersebut secara terus. Begitu juga konsepnya untuk merawat jeragat. Perubatan homeopathy merawat pada akar umbi permasalahan jeragat itu sendiri.

Tidak ada satu pun rawatan di dunia yang mampu memberi jaminan 100% dan tidak ada satu pun rawatan di dunia ini sangat sempurna dan lengkap. Begitu juga perubatan moden yang mempunyai kelebihan dan kekurangan yang perlu dibantu oleh perubatan alternatif seperti homeopathy. Jeragat adalah diantara penyakit yang memerlukan perubatan yang mesra tubuh berbanding ubat-ubat moden yang kerap kali mengguna kaedah “memaksa” tubuh.

Jeragat memang unik kerana pakar-pakar tidak dapat memberi kata sepakat apakah punca akar umbi jeragat. Mereka memberi pelbagai pendapat yang bercanggah, tetapi sebaliknya homeopathy menganggap jeragat adalah berpunca dari kesihatan tubuh yang terganggu. Untuk merawat jeragat sistem tubuh juga perlu dirawat. Hasil dari maklum balas pengguna 90% pesakit jeragat adalah berpunca dari hormon yang akan mengaktif melanocytes untuk menghasilmelanin dengan banyak sehingga melanin timbul dipermukaan kulit terutama di muka.

Homeopathy Secara Ringkas?

 

Homeopathy adalah perubatan yang sangat selamat. Remedi-remedi homeopathy adalah dari bahan alam semulajadi yang disediakan dengan kaedah homeopathy tanpa menggunakan bahan kimia, dadah atau penggalak hormone tetapi mampu merawat masalah hormone tanpa kesan sampingan. Remedi homeopathy bertindak secara lembut, selamat dan boleh dipercayai.  

Homeopathy telah berusia lebih 200 tahun bermula dari zaman sewaktu rawatan konvensional sendiri masih didalam proses mencari kaedah rawatan yang sesuai untuk pelbagai penyakit. Kaedah rawatan yang agak extreme seperti membedah pesakit secara sedar menjadikan pengasas homeopathy Dr Hahnemann yang juga seorang doctor pada masa itu tidak bersetuju dengan kaedah yang dikatakan agak keterlaluan. Maka beliau mula tercari-cari kaedah yang lebih selamat dan lembut.

Beliau mula mengkaji tumbuh-tumbuhan dan telah terjumpa kaedah “serupa akan menyembuhkan yang serupa”. Sebagai contoh mudah apabila kita memotong bawang, secara automatic mata dan hidung kita akan merembes cecair iaitu air mata dan hingus. Ini adalah menyerupai symptom selsema.

Hahnemann mengambil setitis air bawang ini dan mencampurkan dengan kuantiti air yang sangat banyak. 1 titis air bawang : 100,000 air sebagai contoh dan memberi kepada pesakit yang mengalami selsema yang mana mata dan hidungnya berair. Kajian beliau telah berjaya meredakan dan seterusnya menyembuhkan pesakit tersebut dari selsema. Hasil dari kejayaan tersebut beliau terus membuat ujikaji menggunakan konsep dos mikro atau dos yang sangat kecilini untuk merawat pelbagai penyakit dengan jayanya.

Ingin mendapatkan konsultasi masalah jeragat anda sila wasap kode KE 0123400557 atau klik link ini http://biochemic.wasap.my

Posted on Leave a comment

BC-04 – Skin Nutrient With Biochemic Collagen

Order klik sini —-> http://bc04.wasap.my

 

 

BC-04 – Skin Nutrient With Biochemic Collagen

Setelah secara rasmi memperkenalkan BC-01 Acne & Scar yang dipakej dengan Carmino cream dan sabun Marigold telah mendapat sambutan yang amat menakjubkan di mana BC-01 Acne & Scar mendapat pesanan yang tinggi dan email pun sampai lenguh-lenguh jari nak menjawab.

Feedback pun Alhamdulilah semuanya berunsur positif dan memberangsangkan dengan kesan penyembuhan yang amat membanggakan. Kali ini saya memperkenalkan pula BC – 04 Skin Nutrient With Biochemic Collagen yang setara dengan BC – 01 dan amat bagus sekiranya digabungkan kedua-duanya sekaligus atau bersama-sama pakej seperti di atas.

BC – 04 Skin Nutrient With Biochemic Collagen

Kombinasi garam tisu yang terdapat di dalam BC – 04 Skin Nutrient With Biochemic Collagen adalah kombinasi garam tisu yang sangat diperlukan oleh sel kulit apabila radang kulit terjadi seperti jerawat batu yang besar dan merah sehingga selepas itu meninggalkan parut. Muka menjadi berminyak dan kelihatan kusam. Biochemic collagen yang terdapat didalam kombinasi ini akan menjadi sebagai agen pencuci atau penghapus toksik dan hormon yang tidak seimbang didalam sel kulit.

Calcarea Sulp, CS6x mempercepatkan proses penyembuhan infeksi yang lambat untuk sembuh, terjadi discaj bernanah yang pekat berwarna kuning dan spot (kesan seperti bulatan yang keras kadang-kadang berwarna perang atau merah kemerahan) yang terjadi sewaktu proses penyembuhan untuk kembali menjadi sekata dengan warna kulit asal.

Kali Mur, KM6x merupakan Biochemic Collagen untuk kes-kes toksik, alergik, lendir berlebihan dan keadaan penyakit semakin bertambah teruk. KM juga amat baik untuk kes-kes resdung.

Kali Sulp, KS6x bekerja untuk merawat kes bernanah yang cair berwarna kuning, kulit yang bersisik akibat kulit menjadi kering.

Silica atau S30 juga merupakan salah satu kolagen juga, dimana ia digelar sebagai “memaksa toksik untuk keluar” ia mempercepatkan infeksi pada kulit seperti nanah untuk “masak” dan menyembuhkan lalu membina tisu-tisu baru bagi menghilangkan parut-parut. Silica secara semulajadinya boleh didapati didalam kulit, kuku dan tisu-tisu yang bersambung didalam tubuh kita

All of the cell salts in this combination are crucial to the cells involved in skin eruptions, either through skin cells or the cleansing/elimination system. Calcarea Sulp helps eruptions that heal slowly and are plagued by thick yellow discharge, pus and scabs. Kali Mur helps with thick white discharge before it matures to yellow. Kali Sulp assists skin eruptions with watery yellow discharge or peeling dry skin following suppressed skin conditions.Silica the ‘pusher outer’ of the crew, adds strength when skin has a tendency to suppurate easily with thick yellow pus.

 

  • Harga : RM70 / 80 Sabah & Sarawak 
  • Cara penggunaan : Penutup botol harus digunakan sebagai alas untuk mengambil tablet , 4 biji bagi dewasa dan 2 biji bagi kanak-kanak. Tablet hendaklah di kemam dan biarkan larut didalam mulut. Jangan kunyah atau telan. 3 kali sehari sebelum makan
  • Directions : Bottle cap should be use as a medium for remedy intake, 4 tablets for adult and 2 tablets for child. Tablet have to dissolve in the mouth not to chew or swallow. 3 times daily before meals.
  • Isikandunga : Di dalam botol biru 40ml. 350-400 biji tablet manis sukrosa, bekalan untuk lebih kurang 4-5 minggu penggunaan/
  • Contents : In blue bottle of 40 ml consist 350-400 sweet sucrose tablet, approximately 4-5 of supply
Posted on 2 Comments

Adalah krim,serum dan produk jeragat yang berkesan?

 

arnica

 

Set jeragat AAD

Sepia 200 amat hebat menjadi remedi utama untuk menghapus jeragat, kini terdapat 3 atau 4 gabungan remedi cecair untuk diminum. Remedi tersebut ialah Ashwagandha Q Drop, Damiana Q Drop, Arnica 30 dan Fragaria vesca 30. Kesemua remedi ini boleh digandingkan dengan Sepia 200. Di dalam set AAD tidak terdapat Fragaria vesca 30

Fragaria vesca 30 dan Arnica 30 adalah “homeopathic trituration” atau secara mudahnya mengguna kaedah dos yang sangat kecil dan tidak mempunyai rasa manis atau pahit. Ashwagandha Q Drop dan Damiana Q Drop adalah persediaan dari ekstrak tumbuhan tersebut atau disebut homeobotanical, mempunyai rasa sedikit pahit.

Kesemua remedi ini adalah 100% bahan natural homeopathy tanpa tambahan bahan-bahan lain. Oleh itu remedi-remedi ini perlulah disimpan ditempat yang jauh dari kanak-kanak dan sinaran matahari. Walaupun remedi homeopathy tidak mempunyai kesan sampingan atau boleh membawa maut tetapi remedi-remedi ini perlu disimpan ditempat yang selamat dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak sebagai langkah berjaga-jaga.

Bunga Arnica yang cantik dan mempunyai pelbagai manfaat kesihatan

Secara amnya Ashwagandha Q Drop dan  Damiana Q Drop berkesan untuk merawat masalah jeragat yang berkaitan hormon, seperti pernah mengambil pil perancang, pil penganti hormon (HRT), gangguan hormon sewaktu pra-menopause dan sewaktu menopause.

Arnica 30 adalah remedi pelbagai guna, yang sering digunakan untuk pelbagai masalah kecederaan seperti luka, lebam dan bengkak. Walaubagaimana pun Arnica 30 remedi homeopathy mempunyai pelbagai manfaat untuk masalah kesihatan tubuh yang biasanya akan dialami oleh wanita yang mula mencecah umur 45 tahun ke atas, masalah seperti;

  • Jeragat akibat hormon tidak stabil
  • Mengawal darah tinggi
  • Mengawal glukos bagi pesakit kencing manis.
  • Selulit
  • Kolesterol
  • Jerawat

Cara mengambil Arnica 30 secara Wet Dose

Cara ambil Arnica 30

Kaedah “wet dose” adalah penemuan terbaru yang mampu mengatasi jeragat degil. Wet dose perlu disediakan seperti berikut;

Dapatkan 1 botol air mineral 500ml, dan buang sedikit lebih kurang 3cm air tersebut. Titiskan 10 titis Arnica 30 dan goncang sebanyak 6 kali dengan kuat. Goncangan ini ialah teknik “homeopathic succussion” yang akan menambah kekuatan remedi tersebut. Goncangan yang kuat sebanyak 6 kali ini sebaik-baiknya dibuat setiap kali mengambil Arnica Wet Dose. Selepas itu minum 1 penutup botol atau 1 sudu besar 3-6 kali sehari. Arnica Wet Dose boleh disimpan di dalam peti ais atau di dalam suhu bilik yang jauh dari sinaran matahari.

Ashwagandha Q Drop dan Damiana Q Drop sejenis remedi di dalam bentuk cecair, di dalam kategori homeobotanical iaitu herba berasaskan konsep homeopathy. Kedua-dua remedi ini juga sangat-sangat membantu sebagai suplemen kepada gadis dan wanita muda yang kerap diserang senggugut dan kitaran haid yang tidak teratur.

 Ashwagandha dan Damiana adalah herba purba dan Di Eropah menyifatkan Ashwagandha sebagai “Testosterone Booster”. Fakta ini bukan cerita dari lagenda tetapi ia adalah fakta yang dikaji oleh saintis. Mari kita lihat fakta bukan hanya auta semata-mata;

Ashwagandha adalah adoptogen, yang akan mengurangkan stress, ketakutan tanpa sebab, kenyakinan diri dan mengawal hormon stress (hormon stress cortisol). Beberapa kajian lain juga menunjukkan Ashwagandha telah berjaya menambah baik paras testosterone yang menjadikan seorang wanita atau lelaki itu lebih subur.

Remedi Homeopathy bebas dari bahan kimia atau drugs

Ashwagandha juga sangat bermanfaat kepada kesihatan jantung, dengan mengurangkan keradangan serum triglycerides, dan meningkat paras HDL-cholesterol “baik”. Kajian terbaru juga menunjukkan Ashwagandha juga mampu menguatkan otot-otot.

Fakta kajian menunjukkan Ashwagandha dan Damiana adalah adoptogen yang “solid”, mempunyai pelbagai kebaikkan terhadap manusia terutama berkaitan hormon testosterone. Ini ialah kerana Ashwagandha akan membantu seseorang itu tidur dengan lebih berkualiti, mengurangkan hormon stress iaitu cortisol, meningkat paras HDL-cholesterol “baik” dan mengurangkan kekejangngan atau keradangan, kesemua ini akan membantu mempertingaktkan paras hormon testosterone ke paras yang sangat baik.

Damiana sangat berkesan untuk menstabilkan sistem hormon sewaktu menopause, mengurangkan rasa panas ke muka (hot flashes), dan membantu menjadikan kitaran haid yang normal bagi gadis-gadis muda.

Cara mengambil Ashwagandha dan Damiana Q Drop

Cara mengambil Ashwagandha Q Drop dan Damiana Q Drop;

10 titis dititis di dalam 1-2 sudu besar air mineral dan diminum selepas atau sebelum makan, di   2-3 kali sehari. Boleh berhenti mengambil sewaktu kitaran haid.

Set AAD di anggarkan boleh digunakan untuk lebih kurang 35-40 hari.

Ingin mendapatkan konsultasi remedy yang sesuai dengan jeragat anda. Sila wasap kode MELASMA ke 0123400557

 

 

Posted on Leave a comment

Jeragat mempunyai “saka” susah betul nak sembuh !

aadf remedy homeopathy

cara rawat jeragat dengan berkesan

jeragat dan hormon

melasma

jeragat dan laser

Jeragat Mempunyai “Saka” Yang Power, Akhirnya Tertewas Dengan Wet Dose Homeopati

 

Merawat jeragat bukanlah kerja mudah, kerana jeragat mempunyai “saka” yang sangat power. Memerlukan ilmu kebatinan tahap tertinggi untuk berhadapan dan menewaskan “saka” yang mengiringi jeragat. “Saka” jeragat sangat hebat sehingga berdozen-dozen dukun handal tidak dapat mengenal pasti punca rasukan “saka” jeragat dan kerap kali dukun-dukun itu akan tertewas.

 

Jangan terkeliru ini bukan cerita misteri tetapi sesekali Kak Zu nak bergurau aje. Gurauan “saka” ini adalah gurauan seorang pembeli yang telah berjaya menewaskan saka jeragatnya dengan mengamalkan remedi “wet dose”. Jeragatnya sangat degil dan dia telah berhabis ribuan ringgit, tidak kira di mana sahaja pasti dia akan pergi mencuba membuat rawatan jeragatnya, paling hebat dia ke China untuk berubat secara Perubatan China iaitu mengguna kaedah akar kayu dan accupunture. Malangnya saka dari China pula yang dibawa pulang kerana jeragat semakin menebal.

teknik wet dose menghilangkan jeragat sukar sembuh

 

Pembeli tersebut merasa tersangat geram dengan kedegilan jeragat untuk “nyah” dari mukanya, sehingga Kak Zu terfikir untuk mencadangkan pembeli tersebut untuk mengguna kaedah wet dose untuk Arnica 30 dan Fragaria Vesca. Jika sebelum ini hanya Arnica sahaja mengguna kaedah wet dose tetapi untuk kes pembeli ini Kak Zu mencadangkan beliau untuk mengambil seperti berikut;

 

1.       Arnica mengguna kaedah wet dose , 1 sudu besar 3 kali sehari

 

2.       Fragaria vesca juga mengguna kaedah wet dose, tetapi dihirup sedikit demi sedikit dan dikemam 1 minit sebelum menelan. 1 botol 500ml untuk dihabiskan di dalam masa 1 hari.

 

3.       Ashwaganda dan Damiana diambil 3 kali sehari untuk membantu masalah kitaran haid dan emosi ( boleh diambil selepas atau sebelum makan)

 

Kak Zu mencadangkan set Jeragat AADF kerana pembeli ini juga mengalami masalah kitaran haid, stress dan pernah mengambil pil perancang. Hasilnya selepas 10 hari jeragat beliau mula memudar. Pada awalnya dia merasa hanya perasaan sahaja tetapi selepas ditegur rakan sepejabat sewaktu lepas bersolat di surau (tanpa mekap selepas berwuduk) barulah dia menyedari jeragatnya mula pudar 50%. Riang tidak terkata sehingga sanggup dia wassap Kak Zu pada pukul 2 pagi untuk meluahkan rasa gembiranya.

 

Remedi homeopati lebih dikenali di dalam bentuk tablet manis atau disebut “dry pallet untuk dikemam. Terkini cara pengambilan remedi melalui teknik wet dose yang telah diperkenal baru-baru ini akan memberi  kesan yang lebih optimal untuk merawat pelbagai penyakit. Wet dose telah digunakan secara meluas oleh pengamal perubatan homeopati selepas mendapati kesan penyembuhan yang lebih cepat berbanding dry pallet. Teknik ini terus mendapat perhatian ke seluruh dunia dan Kak Zu sendiri telah mendapat feedback yang sangat mengujakan.

 

Teknik wet dose bukanlah teknik terbaru kerana telah direkodkan oleh pengasas homeopati, di mana beliau telah mempraktik amalan wet dose sewaktu mengkaji remedi-remedi homeopati sebelum dry pallet dijadikan sebagai remedi utama sebagai pembawa (carrier) remedi .  Pengalaman kehebatan wet dose ini telah dimaklumkan oleh teman Kak Zu iaitu seorang doktor homeopati. Beliau telah mendapati kesan wet dose adalah lebih cepat memberi kesan berbanding dry pallet selepas menukar kaedah dry pallet ke wet dose kepada beberapa orang pesakit kronik. Kesan penyembuhannya lebih pantas 50% berbanding pesakit yang mengambil tablet manis atau dry pallet.

Ingin mendapat konsultasi percuma dengan masalah jeragat anda . Sila wasap kode JERAGAT ke +6 012 3400 557

Posted on Leave a comment

Ambil Kolagen, Demam 1 Minggu

kesan_kekurangan_kolagen_pada_kulit-e1425048920466

struktur_collagen_kulit-e1425049109101

anatomi kulit pigmentasi

Ambil Kolagen, Demam 1 Minggu

Jeragat tidak mengenal umur tetapi majoriti yang mengalami jeragat adalah wanita, dan sangat jarang terjadi kepada lelaki. Wanita yang majoriti mendapat jeragat pula adalah yang berumur lebih 30an. Walaubagaimana pun jeragat tidak memilih “mangsanya” , terdapat wanita yang berumur 20an yang mukanya ditumbuhi jeragat.

Oleh kerana produk-produk dipasaran kerap kali mengundang kesan sampingan, pengguna sudah mula sedar, mencari produk alternatif yang lebih natural serta bebas dari bahan kimia dan lain-lain. Salah satu produk yang mendapat tempat di hati pengguna ialah perubatan homeopathy. Homeopathy sangat popular seperti di India, Pakistan, Mexico dan beberapa negara dunia ke 3. Pelbagai penyakit di rawat mengguna kaedah homeopathy termasuklah penyakit berjangkit seperti H1N1.

Akibat tersalah memilih produk untuk menghapus jeragat, seorang wanita muda ini telah mengalami demam panas yang serius.Wanita ini berumur 20 tahun dan jeragatnya agak tebal. Sejarahnya dia adalah atlit yang aktif dan pernah mewakili Negara. Berjemur di bawah panas matahari sudah menjadi rutin sejak di sekolah rendah lagi.

Kulit wajahnya agak gelap berbeza dengan tona kulit di bahagian yang terlindung termasuk leher. Ini menyebabkan beliau mula mengguna produk-produk “skincare” untuk mencerahkan kulit. Beliau berkahwin pada umur 20 dan “berpencen” dari bersukan selepas itu. Pada umur 21 beliau melahirkan anak pertama.  Jeragat semakin menebal di pipi dan bibir, mukanya kelihatn comot dan kusam mengakibatkan beliau terasa rendah diri dan stress.

Pelbagai produk telah dicuba sehinggalah beliau mencuba satu produk kolagen berbentuk seperti gula-gula. Testimoni produk tersebut memang “tip-top”, termasuklah duta produk yang cantik jelita. Selepas 3 hari produk yang dipesan di online telah tiba dan harapannya membunga-bunga untuk kembali cantik. Malangnya selepas 3 hari beliau mengambil produk kolagen tersebut, beliau diserang lemah-lemah badan dan seterusnya demam yang panas hampir mencecah 40 darjah celcius. Demamnya berterusan selama selama 2-3 hari sehingga memaksa pihak hospital melakukan IV (masuk air) dan demamnya reda selepas 7 hari.

Adakah beliau demam ini secara kebetulan sahaja? Walaupun pihak hospital tidak mengesahkan tetapi besar kemungkinan tubuh beliau tidak dapat menerima kolagen buatan dari produk tersebut. Salah satu faktornya wanita ini masih muda dan paras kolagen di dalam tubuhnya masih tinggi. Mengambil kolagen sebagai supplemen akan menjadikan tubuh wanita ini terpaksa menerima kadar kolagen yang terlalu tinggi.Berbeza dengan produk atau remedi homeopathy,seperti set SMF (SMFEC) yang bertindak dengan lebih lembut, selamat dan boleh diharapkan. Selepas sihat beliau mengambil keputusan untuk mencuba produk homeopathy. Hasil dari temubual yang ringkas set yang sesuai ialah set jeragat SMF. Di dalam tempoh 2 minggu beliau mula merasa kulitnya semakin licin, kesan jeragat mula menipis dan tidak kasar seperti sebelumnya.

jeragatnya semakin pudar selepas 4 minggu. Remedi homeopathy tidak hanya semata-mata menambah kolagen tetapi “membaiki” sistem tubuh dan menjadikan kadar kolagen yang sedia ada lebih berkualiti.

Fragaria Vesca 30C adalah pemangkin kolagen yang natural (Fragaria Vesca atau Strawbery mentah adalah sumber kolagen asli), Fragaria Vesca membantu hati dan buah pinggang menjadi lebih sihat dan efisien. Hati dan buah pinggang adalah 2 organ yang sangat penting untuk kesihatan keseluruhan tubuh. Kegagalan 2 organ ini berfungsi dengan baik akan menjadikan kulit terdedah kepada penyakit termasuklah terjadinya jeragat.

Tidak dinafikan kolagen sangat penting untuk tubuh tetapi kolagen semulajadi adalah kolagen yang terbaik. Kolagen semulajadi seperti sayuran berdaun hijau pekat, ikan yang mengandungi omega-3, berries termasuk strawberry (Fragaria Vesca) dan bawang putih. Berikut ialah sedikit info mengenai kolagen.

Apakah Kolagen?

Kolagen ataupun collagen adalah struktur protein yang bertindak sebagai perekat antara sel. 75% dari kulit kita terdiri daripada kolagen. Kolagen adalah serat protein yang paling banyak terdapat dalam badan manusia. Ia didapati dengan banyak pada kulit, tulang rawan, tisu-tisu, organ-organ dan dalam kuku serta rambut.

Fungsi Kolagen

Fungsi kolagen ialah sebagai penyokong tubuh kita. Kolagen ibarat gam yang melekatkan bahagian-bahagian tubuh badan pada tempatnya dan memberi bentuk kepada anggota tubuh. Tanpa kolagen badan kita ibarat jelly yang tiada sokongan dan mudah terpisah. Paras kolagen yang tinggi dalam badan boleh menyerlahkan rupa dan susuk tubuh yang sihat.

 Kepentingan Kolagen

Jadi adakah kolagen sangat penting? Ya! Ini kerana semakin usia meningkat, kandungan kolagen semakin berkurangan. Jadi, nutrisi yang membantu memelihara kandungan kolagen semakin diperlukan tubuh untuk bertindak sebagai antioksida bagi mengelakkan penuaan sebelum waktunya dan juga melambatkan kesan-kesan akibat proses penuaan.

Posted on 4 Comments

4 Remedi Hebat Untuk Hapus Jeragat

IMG-20160426-WA0014

 

add

4 Remedi Hebat Untuk Hapus Jeragat

Ashwagandha Q Drop, Damiana Q Drop, Arnica 30 dan Fragaria vesca 30

  • Set AAD
  • Set AADF

Jika dahulu pada awalnya, Sepia 200 amat hebat menjadi remedi utama untuk menghapus jeragat, kini terdapat 3 (set AAD) atau 4 (Set AADF) gabungan remedi cecair untuk diminum. Remedi tersebut ialah Ashwagandha Q Drop,Damiana Q Drop, Arnica 30 dan Fragaria vesca 30. Gabungan set AAD terdiri dari Ashwagandha Q, Arnica 30 dan Damiana Q Drop, sementara gabungan 4 remedi AADF, Ashwagandha Q, Arnica 30 dan Damiana Q Drop dan Fragaria vesca 30.

Fragaria vesca 30 dan Arnica 30 adalah “homeopathic trituration” atau secara mudahnya mengguna kaedah dos yang sangat kecil dan tidak mempunyai rasa manis atau pahit. Ashwagandha Q Drop dan Damiana Q Drop adalah persediaan dari ekstrak tumbuhan tersebut atau disebut homeobotanical, mempunyai rasa sedikit pahit.

Kesemua remedi ini adalah 100% bahan natural homeopathy tanpa tambahan bahan-bahan lain. Oleh itu remedi-remedi ini perlulah disimpan ditempat yang jauh dari kanak-kanak dan sinaran matahari. Walaupun remedi homeopathy tidak mempunyai kesan sampingan atau boleh membawa maut tetapi remedi-remedi ini perlu disimpan ditempat yang selamat dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak sebagai langkah berjaga-jaga.

Secara amnya Ashwagandha Q Drop dan  Damiana Q Drop berkesan untuk merawat masalah jeragat yang berkaitan hormon, seperti pernah mengambil pil perancang, pil penganti hormon (HRT), gangguan hormon sewaktu pra-menopause dan sewaktu menopause.

Arnica 30 adalah remedi pelbagai guna, yang sering digunakan untuk pelbagai masalah kecederaan seperti luka, lebam dan bengkak. Walaubagaimana pun Arnica 30 remedi homeopathy mempunyai pelbagai manfaat untuk masalah kesihatan tubuh yang biasanya akan dialami oleh wanita yang mula mencecah umur 45 tahun ke atas, masalah seperti;

  • Jeragat akibat hormon tidak stabil
  • Mengawal darah tinggi
  • Mengawal glukos bagi pesakit kencing manis.
  • Selulit
  • Kolesterol
  • Jerawat

Ashwagandha Q Drop dan Damiana Q Drop sejenis remedi di dalam bentuk cecair, di dalam kategori homeobotanical iaitu herba berasaskan konsep homeopathy. Kedua-dua remedi ini juga sangat-sangat membantu sebagai suplemen kepada gadis dan wanita muda yang kerap diserang senggugut dan kitaran haid yang tidak teratur.

 Ashwagandha dan Tunera adalah herba purba dan Di Eropah menyifatkan Ashwagandha sebagai “Testosterone Booster”. Fakta ini bukan cerita dari lagenda tetapi ia adalah fakta yang dikaji oleh saintis. Mari kita lihat fakta bukan hanya auta semata-mata;

Ashwagandha adalah adoptogen, yang akan mengurangkan stress, ketakutan tanpa sebab, kenyakinan diri dan mengawal hormon stress (hormon stress cortisol). Beberapa kajian lain juga menunjukkan Ashwagandha telah berjaya menambah baik paras testosterone yang menjadikan seorang wanita atau lelaki itu lebih subur.

Ashwagandha juga sangat bermanfaat kepada kesihatan jantung, dengan mengurangkan keradangan serum triglycerides, dan meningkat paras HDL-cholesterol “baik”. Kajian terbaru juga menunjukkan Ashwagandha juga mampu menguatkan otot-otot.

Fakta kajian menunjukkan Ashwagandha dan Damiana adalah adoptogen yang “solid”, mempunyai pelbagai kebaikkan terhadap manusia terutama berkaitan hormon testosterone. Ini ialah kerana Ashwagandha akan membantu seseorang itu tidur dengan lebih berkualiti, mengurangkan hormon stress iaitu cortisol, meningkat paras HDL-cholesterol “baik” dan mengurangkan kekejangngan atau keradangan, kesemua ini akan membantu mempertingaktkan paras hormon testosterone ke paras yang sangat baik.

Damiana sangat berkesan untuk menstabilkan sistem hormon sewaktu menopause, mengurangkan rasa panas ke muka (hot flashes), dan membantu menjadikan kitaran haid yang normal bagi gadis-gadis muda.

Khasiat Fragaria Vesca 30, secara ringkasnya khasiat kebaikan Fragaria ialah;

1. Mencerahkan kulit tanpa mengguna sabun atau krim (kesan terbaik selepas 3 bulan). Selepas 3 bulan wajah anda akan lebih cerah dan bercahaya.

Remedi homeopathy merawat keseluruhan tubuh, bukan hanya untuk dimuka. oleh itu khasiat Fragaria juga untuk ;

2. Mampu merawat masalah gigi, gusi dan mulut yang bermasalah. Membuang tar dan mencerahkan gigi.

3. Menghalang pembentukan batu karang di hempedu, buah pinggang dan disaluran kencing

4. Mampu mengatasi beberapa masalah kulit lain juga seperti akibat alergik

Secara ringkasnya remedi-remedi ini sangat selamat dan bermanfaat kepada tubuh wanita yang sangat komplek.

Posted on Leave a comment

Mengapa pesakit gagal untuk merawat jeragat?

received_1065485193501510

Mengapa pesakit gagal untuk merawat jeragat?

Punca kegagalan merawat jeragat dengan berkesan ialah kerana pesakit tidak mempunyai pengetahuan mengenai jeragat seperti bentuk jeragat, kenapa terjadi jeragat dan bagaimana jeragat boleh di atasi. Pesakit mudah terpengaruh dengan iklan-iklan komersial dan kerap kali akan “terjebak” dengan produk-produk bertoksik yang mengandungi bahan-bahan meluntur kulit atau “bleaching”, bahan-bahan bertoksik seperti hydroquinone dan merkuri walaupun bahan-bahan ini berkontroversi tetapi penggunaan bahan ini  masih meluas dipasaran.

Jeragat BUKANLAH jerawat dan sangat berbeza punca bagaimana jeragat dan jerawat boleh tumbuh dimuka. Walaupun jerawat juga dikaitkan dengan hormon, jeragat adalah berpunca dari lebihan pengeluaran melanin, sementarajerawat akibat pengeluaran sebum (minyak) secara berlebihan.

Perubatan moden atau konvensional, menganggap Jeragat sebagai masalah kosmetik iaitu hanya setakat masalah kulit yang hanya perlu disapu krim atau dibuang jeragat tersebut. Oleh itu perubatan moden mengguna kaedah rawatan kosmetik untuk pesakit yang mempunyai jeragat. Rawatan yang paling biasa dibuat ialah

  1. Mengguna krim pengelupasan yang mempunyai bahan kimia merbahaya dan menghakis seperti hydroquinone. Hydroquinone adalah bahan kontroversi dan telah diharamkan penggunaannya dibeberapa negara. Di Malaysia penggunaan hydroquinone masih dibenarkan tetapi dengan garis panduan yang ketat. Walaubagaimana pun masih terdapat pengeluar yang mengguna bahan ini dengan berlebihan dan tidak mengikut garis panduan sehingga membahayakan pengguna. Kesan sampingan seperti muka menjadi merah, pedih dan gatal-gatal adalah perkara biasa bagi pengguna krim yang mempunyai bahan hydroquinone. Lain-lain krim yang merbahaya, mempunyailogam berat seperti merkuri dan juga di dalam bentuk steroid. Kesemua krim ini akan memberi kesan yang pantas, memerlukan penjagaan dan rawatan berterusan seperti mengguna sunblock secara berterusan. Kemungkinan jeragat akan kembali terjadi sangat besar kerana lapisan atas kulit yang menapis UV telah tiada dan sunburn akan terjadi dan akan mengakibatkan jeragat yang lebih teruk pada masa hadapan.
  2. Kaedah laser – laser dan pengelupasan tidak berbeza tetapi hanya teknik sahaja berbeza, di mana laser akan membuang lapisan kulit yang mempunyai jeragat dan kesan boleh nampak selepas rawatan tersebut siap, sewaktu rawatan ini dijalankan prosedurnya agak menyakitkan dan muka akan merah-kemerahan selepas itu. Kos rawatan ini boleh mencecah ribuan ringgit dan kekerapan rawatan juga di antara 6-8 sessi. Malangnya jeragat akan kembali selepas itu dan biasanya akan menjadi lebih teruk.

Kita tidak menolak kaedah perubatan moden, namun kita menolak kaedah yang tidak selamat dan bersifat sementara. Jeragat bukanlah masalah kosmetik tetapi mempunyai kaitan dengan sistem tubuh yang mula merosot dan memerlukan perhatian yang serius untuk menanganinya. Walaupun punca sebenar sehingga terjadi jeragat tidak dikenalpasti sehingga kini, para saintis telah mengatakan bahawa “sunburn” adalah penyebab utama dan akan diaktifkan oleh hormon selepas terjadi kemerosotan sistem tubuh dan faktor peningkatan umur.

Di dalam tubuh kita terdapat sistem yang mengawal peredaran kimia yang menentukan hampir keseluruhan fungsi di dalam tubuh iaitu hormon, pertumbuhan dan perkembangan,metabolism, kesuburan, kawalan emosi, penghadaman dan beberapa fungsi tubuh lain, jika sistem mengawal peredaran kimia gagal berfungsi dengan efisien maka akan terjadilah kemerosotan fungsi-fungsi sistem tubuh tadi.

Perubahan hormon sangat penting untuk tubuh, jika terjadi perubahan yang sangat kecil pun tubuh akan mengalami perubahan yang besar terhadap tubuh dan kulit. Hormon memainkan peranan yang penting terhadap kesihatan kulit seperti jeragat.

jeragat juga akan menjadikan seseorang itu kecewa dan stress, oleh kerana perubahan hormon tidak dapat diramal dan tidak mudah untuk dikesan walaupun dengan alat-alat kelengkapan yang canggih. Belajar untuk bersiap sedia untuk menghadapi situasi akan berlakunya perubahan hormon adalah sangat penting untuk menangani masalah hormon sehingga terjadinya jeragat.

Sebab-Sebab Terjadi Jeragat

Punca utama terjadinya jeragat, tidak diketahui tetapi hasil dari kajian beberapa faktor telah dikenal pasti;

  • Kerap berjemur di bawah panas matahari dan terdedah kepada sinaran UV
  • Gangguan hormon seperti mengalami masalah berkaitan kitaran haid dan mengandung.
  • Mengambil pil kawalan kelahiran (pil perancang)
  • Mengambil pil hormon sebelum dan sewaktu menopause. Pil Hormone Replacement Therapy (HRT)
  • Penggunaan kosmetik yang bertoksik dan mempunyai bahan kimia seperti hydroquinone dan merkuri.
  • Stress

 

Jeragat Dan Jenisnya

Jeragat sering terjadi mengikut corak seperti berikut;

63% jeragat akan kelihatan sekitar hidung dan dagu

21% jeragat akan terjadi di sekitar pipi dan hidung

16% jeragat biasanya akan kelihatan sekitar dibawah rahang

Jeragat sering terjadi kepada individu yang mudah terdedah kepada sinaran ultraviolet, atau bagi wanita yang mengambil pil hormon (pil perancang). Jeragat kerap kali kepada wanita berbanding lelaki dan jarang-jarang terjadi kepada gadis. Jeragat lebih kerap terjadi kepada wanita yang sedang mengalami perubahan hormone.

80% wanita mengandung sering mengalami jeragat yan dipanggil “mask of pregnancy”.

Jenis Jeragat

Jeragat boleh dikategorikan kepada 3 jenis;

Epidermal – atau bahagian atas lapisan sel kulit. Jeragat epidermis ini mudah dirawat dan sesuai untuk mengguna krim dan sabun

Dermal – terjadi di bawah lapisan sel kulit. Jeragat dibawah lapisan kulit tidak sesuai untuk mengguna krim dan sabun tetapi lebih berkesan jika mengambil ubat/remedy makan seperti Sepia 200, Melasma Free dan lain-lain.

Campuranterjadi kedua-dua jenis jeragat Epidermal dan Dermal. Jeragat dibawah lapisan kulit tidak sesuai untuk mengguna krim dan sabun tetapi lebih berkesan jika mengambil ubat/remedi makan seperti Sepia 200, Melasma Free dan sangat-sangat disarankan untuk mengambil set Holistik 5RH.

Warna Jeragat dan Bentuk

Jeragat yang terjadi di epidermis (epidermal) berwarna coklat cair dan akan kelihatan lebih gelap jika dilihat dibawah lampu

Jeragat dermal akan kelihatan keperangan dan tidak kelihatan lebih gelap jika dibawah lampu

Jeragat campuran berwarna coklat gelap, jika diteliti dibawah lampu pemeriksaan akan kelihatan lebih gelap atau kadang-kadang tidak ada perubahan.

Jeragat adalah keadaan biasa bagi sesetengah wanita dewasa, di mana terjadi warna coklat atau kelabu dan kerap kali akan terjadi di wajah. Jeragat sering terjadi kepada wanita yang mengandung, dan kepada yang berkulit agak gelap yang tinggal di negara yang panas seperti Malaysia, walaubagaimana pun jeragat akan terjadi kepada lelaki dan mengikut pengalaman 10% dari pesakit yang mempunyai jeragat adalah lelaki. Jeragat akan semakin menebal apabila seseorang itu kerap berjemur di bawah sinaran matahari.

Secara faktanya, jeragat bukan infeksi, jeragat juga bukan penyakit berjangkit yang merbahaya, dan jeragat bukan berpunca dari alergik. Jeragat bukanlah sejenis kanser dan tidak akan terjadi di dalam kulit yang berkanser.

Adakah Jeragat Berpunca Dari Keturunan

Terdapat fakta mengatakan YA dan ada yang TIDAK, tetapi kebiasaannya di dalam satu keluarga akan terdapat lebih dari seorang yang mengalami jeragat.

Kenapa Jeragat Naik Di Muka?

Jeragat bukan hanya terjadi di muka sahaja, malah terjadi di lain-lain bahagian tubuh seperti di tangan, tengkuk dan lain-lain. Malangnya muka adalah kawasan yang paling diminati oleh jeragat.

Simptom Jeragat

Jeragat tidak mempunyai simptom seperti gatal atau pedih, tetapi jeragat akan menjadikan emosi seseorang itu akan terganggu.

Adakah Jeragat atau Melasma Boleh Dihapuskan?

Mengikut pendapat perubatan moden jeragat tidak boleh disembuhkan, tetapi hanya boleh “dibuang” mengguna krim, laser, pengelupasan mengguna bahan kimia, dermabrasion dan lain-lain. Mengikut pendapat homeopathy biochemic garam tisu, jeragat boleh dirawat dengan remedi oral (dikemam/diminum) dibantu sabun dan krim herba untuk menambah nutrisi ke kulit.

Setiap penyakit mesti ada ubatnya kecuali mati, tidak mustahil dengan konsep yang lembut, selamat dan tanpa kesan sampingan ini,  akan mengembalikan tona asal kulit anda sewaktu anda berusia belasan dahulu. Setidak-tidaknya menghapus jeragat yang mencemar wajah anda , dan tidak rugi untuk mencuba kerana produk dan remedi homeopathy biochemic sangat selamat dan tidak akan menjadikan seseorang itu akan menjadi ketagih atau kesan sampingan yang merbahaya. Homeopathy biochemic bukan ubat tetapi suplemen yang sangat-sangat hebat untuk semua peringkat umur termasuk bayi.

Ingin mendapat konsultasi percuma tentang remedy yang sesuai dengan jeragat anda. Sila wasap kode JERAGAT KE +60123400557

Posted on 4 Comments

Hormon punca jeragat

 

jeragat dan hormon

 

cara rawat jeragat dengan berkesan

 

 

melasma

 

 

Homeopathy Biochemic Untuk Jeragat Akibat Paras Hormon Progesterone Yang Rendah

Ciptaan Allah Maha Agung, sangat komplek dan indah di mana tubuh manusia mempunyai hormon-hormon yang sangat panjang senarainya. Mengikut sains manusia atau homo sapiens , di mana mengikut teori Darwin kita berasal dari evolusi seekor monyet. Alangkah bodohnya teori sebegitu dari pandangan seorang ahli sains dan diterima pakai oleh sesetengah saintis yang tidak mempercayai wujudnya Allah swt. Sedangkan Allah menjadikan Nabi Adam dan diturunkan ke bumi dengan rupa paras, pemikiran, mempunyai kemahiran intelek  yang sudah pastinya kapasiti  seorang manusia dan bukannya seekor monyet!.

Berbalik kepada masalah hormon, kerap kali wanita adalah homo sapiens yang cukup unik, mempunyai sistem tubuh yang komplek dan kerap kali sistem tubuh wanita akan dipengaruhi oleh hormon-hormon bermula dari awal puberty sehinggalah ke fasa menopause.  Masalah penyakit terutama jeragat adalah berpunca dari masalah hormon.

Hormon yang paling penting akan berada di dalam ovari, di mana ovari akan mengeluarkan hormon estrogen, progesterone dan testosterone.  Perubahan mendadak yang terjadi kepada estrogen dan progesterone akan memberi satu bentuk karakter kepada kitaran haid dan berkaitan kesakitan PMS sewaktu menstruasi. Perubahan ini juga akan menjadikan kulit, terutama kulit muka menerima impak awal di mana akan terjadi jeragat atau jerawat sekiranya hati tidak dapat memproses lebihan salah satu hormon ini atau toksin.

Jeragat mengikut perubatan moden hanyalah masalah kosmetik, dan pendekatan kaedah perubatan moden lebih kepada kaedah kosmetik seperti rawatan menggunakan krim pengelupasan yang mempunyai bahan kimia dan juga kadah laser membuang jeragat dari kulit dengan pantas. Namun kerap kali kaedah-kaedah ini memberi kesan sampingan yang sangat teruk.

Pendekatan homeopathy sangat berbeza berbanding kaedah perubatan moden. Di mana kaedah homeopathy merawat jeragat ialah dengan mencari punca terjadinya jeragat dan merawat pesakit dan selepas itu barulah merawat penyakit.Homeopathy percaya jeragat berpunca dari masalah di dalam tubuh tertutama hati.

Tidak hairanlah jika homeopathy akan ada ubat makan untuk jeragat, kerap kali pembeli akan bertanya berkesan ke ubat jeragat ini?. Kaedah ubat jeragat pada persepsi orang ramai hanyalah krim atau sabun tetapi ubat untuk jeragat tidak sama dengan ubat nyamuk, di mana fungsinya untuk membunuh nyamuk. Maaf kita santai-santai untuk memudahkan pemahaman. Jika disebut ubat maka ia untuk di makan atau minum. Memang benar homeopathy mempunyai senarai ubat yang panjang  untuk jeragat. Walaubagaimana pun biochemic garam tisu sangat terkenal dengan konsep 12 garam tisu yang menyerupai mineral-mineral di dalam tubuh kita sendiri.

Sebenarnya homeopathy tidak menggelar setiap ubat adalah “ubat” tetapi homeopathy mengguna terma “remedi”. Remedi homeopathy bukan ubat, ia adalah suplemen dan tidak mempunyai bahan ubat seperti bahan-bahan aktif  berkimia yang terkawal, beunsurkan dadah sintetik dan penggalak kepada sistem tubuh. Sebagai contoh jika seorang wanita itu didiagnos dengan masalah paras progesterone yang rendah, pil progesterone akan dipreskripsi sebanyak 50-100mg di dalam satu hari.

 

Saya tidak bermaksud untuk mengatakan perubatan moden bahaya, tidak berkesan dan lain-lain. Saya hanya menunjuk perbezaan, dua kaedah berbeza di antara perubatan moden dan perubatan alternatif homeopathy.  Sekiranya anda sedang dipreskripsi dengan ubat-ubatan moden dan doktor menyarankan untuk mengambil tanpa henti, anda perlu mengikut arahan itu kerana perubatan emoden mempunyai kelengakapan yang cukup untuk mendiagnos penyakit berbanding kemudahan yang dimiliki oleh perubatan alternatif.

Remedi homeopathy amat selamat untuk diambil bersama-sama ubat perubatan moden. Remedi homeopathy tidak akan menganggu kesan remedi untuk bekerja, malah kadang-kadang ubat perubatan moden yang mengganggu kesan remedi homeopathy. Selepas mengamalkan remedi biochemic homeopathy, tubuh anda dengan sendirinya memberi isyarat untuk mengurangkan dos ubat-ubat secara beransur-ansur.

Ubat Jeragat Paling Berkesan

Biochemic homeopathy menawarkan senarai yang panjang untuk mengatasi pelbagai jenis jeragat mengikut simptom, karakter dan sejarah pesakit. Untuk memudahkan anda saya telah mengenal  pasti beberapa remedi yang sangat hebat dan berkesan untuk pelbagai jenis bentuk jeragat. Di antara ubat jeragat paling berkesan (mengikut kosa kata, search di internet) ialah SEPIA 200, FRAGARIA VESCA, MELASMA FREE, CALC SULPH, KALI SULPH, CALC FLOUR, DANDELION, NAT MUR DAN SILICA.

Remedi-remedi ini digabungkan menjadi set yang paling banyak mendapat maklum balas yang sangat hebat ;

  1. Set M3 – set paling asas mengandungi SEPIA 200, MELASMA FREE dan SABUN CARMINO ATAU MERRYGOLD.
  2. Set SMF – set paling popular mengandungi SEPIA 200, MELASMA FREE dan FRAGARIA VESCA  , kesannya sangat hebat, efektif dan pantas.
  3. Set SMFF – set paling popular, kesannya sangat hebat, efektif dan pantas. Set ini mengandungi 2 botol FRAGARIA VESCA
  4. Set BJ01 – set ekonomi yang mengandungi CALC SULPH, KALI SULPH DAN FRAGARIA VESCA. Set ini adalah yang terbaru.
  5. Set BJ02 – set ekonomi yang mengandungi CALC SULPH, KALI SULPH, FRAGARIA VESCA, KRIM CARMINO COMPLEXION DAN SABUN CARMINO COMPLEXION. Set ini adalah yang terbaru

Terdapat banyak lagi set-set seperti M4, 5SMF, 5RH, 5RH-EC (set ekonomi) dan lain-lain tetapi set-set di atas adalah di antara yang terbaik!. Gandingan setiap remedi bersama-sama FRAGARIA VESCA akan memberi impak yang sangat hebat. Fragaria Vesca adalah remedi yang sangat-sangat membantu hati untuk membuang lebihan estrogen di dalam hati, akibat paras progesterone yang rendah. DANDELION adalah remedi terbaru yang diperkenalkan. Ia berfungsi sebagai “liver detox” dan sangat hebat untuk membantu hati menjadi lebih cekap bekerja.

Kini homeopathy mula mendapat tempat di hati pengguna yang mencari alternatif, bersifat lebih holistik, lembut, berkesan dan boleh dipercayai. Terdapat banyak laman web yang menjual remedi homeopathy tetapi anda sebagai pengguna haruslah memilih laman yang mempunyai admin yang berpengalaman di dalam bidang homeopathy untuk mendapat nasihat yang terbaik untuk setiap masalah kesihatan anda.

 

Untuk analisa remedy yang sesuai diatas sila hantar wasap dengan kode JERAGAT ke 0123400557

Posted on Leave a comment

Set SMF Selamatkan Ribuan Ringgit Merawat Jeragat sukar sembuh

fragaria

Set SMF Selamatkan Ribuan Ringgit

 

Jeragat walaupun kadang-kadang tidak gatal (ada yang gatal-gatal) dan sakit, tetapi mampu menjadikan seorang individu itu menjadi “down” tidak bersemangat dan hilang kenyakinan diri.

Satu ketika dulu Puan Z (minta di rahsiakan namanya) seorang yang cantik, kulit flawless dan “hot” di kalangan kawan-kawannya. Pemilik saloon kecantikkan yang setiap hari akan berjumpa dengan orang ramai untuk kecantikkan.

Kini umurnya sudah meningkat ke 45 tahun, secara beransur-ansur kesan-kesan seakan-akan coklat kehitaman mula timbul di pipi kiri dan kanan, sedikit di atas bibir dan hidung. Semakin lama kesan-kesan pigmentasi tersebut mula terang dan jelas.

Menambahkan lagi tekanan yang sedia ada si  suami dan kawan-kawan pun mula menegur mengenai kesan coklat kehitaman yang semakin menjadi-jadi. Paling memeningkan kepala Puan Z ialah nasihat “para pakar” tidak bertauliah untuk mengguna produk itu dan dan ini , sehinggalah ada yang mencadangkan rawatan laser atau chemical bleaching untuk menghapus jeragat dimuka.

Puan Z yang mempunyai saloon kecantikkan telah mencuba pelbagai krim, serum dan malah mengguna mesin-mesin yang seringkali digunakan untuk pelanggannya di saloon beliau. Malangnya kulit luaran terasa gebu tetapi kesan jeragat masih ada.

Keharmonian Rumah Tangga Pun Goyah Akibat Jeragat

Kecewa, rasa rendah diri dan hilang minat untuk berkerja telah menguasai diri Puan Z. Kini Puan Z tidak lagi berurusan dengan para pelanggannya , hanya kakitangan Puan Z sahaja yang menguruskan saloon tersebut.

Semuanya kelihatan sangat tidak memihak kepada Puan Z. Suami Puan Z pun mula risau melihat perubahan Puan Z yang agak murung, hilang mood dan asyik termenung sahaja. 

Kerana risaukan  Puan Z, suaminya berikhtiar dan mula google di internet mengenai pilihan rawatan jeragat.

Di internet ada menawarkan rawatan laser, produk pengelupasan kulit, sabun kolagen dan juga rawatan homeopathy. Suami Puan Z lebih berminat dengan rawatan laser dan pengelupasan kulit yang menjanjikan kesan sepantas 7 hari.

Apabila terpandang kosnya bermula dari RM500-800 setiap kali rawatan dan perlu untuk sekurang-kuranga 5-10 sessi rawatan. Rawatan susulan dan produk-produk rawatan seperti krim selepas rawatan juga agak mahal dan terpaksa dipakai boleh dikatakan untuk sepanjang hayat. Suami Puan Z menarik nafas panjang dan mula mencongak-congak duit simpanannya.

Suami Puan Z google lagi dan terjumpa rawatan pengelupasan yang agak murah kosnya tetapi suami Puan Z terbaca pula kesan sampingan yang menakutkan selepas rawatan laser atau pengelupasan. Serba salah dan risau suami Puan Z.

Hubungan suami isteri pun semakin dingin kerana masalah jeragat kerana Puan Z seolah-olah mengalami kemurungan. Suami Puan Z sendiri pun rasa tertekan dengan keadaan Puan Z. Mana tidak jika dulu Puan Z ceria dan suka berjenaka tetapi kini sudah tidak seperti dulu. Jika dulu Puan Z amat gemar memasak tetapi kini dia lebih rela memesan makanan segera sahaja. Akibat jeragat hubungan suami isteri mula renggang tetapi suami Puan Z tidak putus asa..

Suami Puan Z terus klik rawatan homeopathy di internet untuk jeragat. Beliau tertarik dengan set jeragat yang mendapat komen yang agak memberangsangkan di kolum komen laman tersebut. 

Mana Satu Pilihan Hati?

Suami Puan Z was-was juga kerana sebelum ini tidak ada ubat untuk dimakan atau diminum untuk merawat jeragat. Bagaimana ubat makan atau minum boleh merawat jeragat sedangkan isterinya mengambil kolagen yang diminumnya setiap hari pun tidak mampu menghapus jeragatnya.

Setelah membaca dan mendapat info, suami Puan Z berminat untuk mencuba set SMF dan SMFF. Walaupun agak was-was tetapi memandangkan remedy homeopathy adalah suplemen dan tidak ada bahan ubat seperti bahan kimia terkawal atau dadah maka suami Puan Z pun membuat pesanan di online.

Set SMF dan SMFF hanya berbeza pada kuantiti dan harga. Set ini mengandungi Sepia 200, Melasma Free dan remedy minum Fragaria vesca 30. ( set SMF mempunyai 1 botol Fragaria sementara SMFF 2 botol Fragaria).

Satu set SMF Sepia 200 dan Melasma Free adalah didalam bentuk tablet manis untuk dihisap. Sepia 200 dan Melasma Free akan diambil secara berselang seli hari dan boleh bertahan lebih kurang untuk 2 bulan. Sementara Fragaria vesca di minum setiap hari 2-3 kali sehari. 15 titis dicampur dengan 1-2 sudu besar air mineral dikemam selama 30 saat dan ditelan. Sebotol Fragaria dianggarkan boleh bertahan untuk sebulan.

Bagi set SMFF kesemua remedy dianggarkan boleh bertahan untuk lebih kurang 2 bulan. Oleh itu set SMFF sangat digemari ramai kerana lebih jimat.

Set ini juga mempunyai pilihan untuk mengguna sabun Merrygold atau Carmino Complexion Soap (CCS) dan Krim Carmino Complexion Cream (CCS).

Suami Puan Z memilih sabun Merrygold untuk diguna oleh Puan Z.

Selepas 2 hari pesanan pun tiba, suami Puan Z buat surprise pada Puan Z. Puan Z agak terkejut kerana dia juga terbaca di internet tetapi was-was risau hanya gimik semata-mata tetapi disebabkan suami bersusah payah membeli Puan Z pun mencuba.

Walaupun penjual itu kata kesannya akan ternampak selepas 30-90 hari, tetapi terdapat juga testimony yang mengatakan mereka mendapat kesan seawal 7-14 hari.

Bagaimana Kesannya Yang Puan Z Alami?

Homeopathy adalah berbeza dengan kaedah rawatan yang berkonsepkan konventional (moden) atau tradisional. Walaupun 95% remedy homeopathy adalah dari tumbuhan, bunga-bungaan, dedaun dan akar tetapi konsepnya amat berbeza dengan kaedah perubatan tradisional yang mengguna bahan natural.

Homeopathy disediakan dengan dos yang amat kecil atau mikro atau kadang dalam bentuk nano iaitu lebih kecil dari mikro. Jika diuji di makmal tidak mungkin akan dapat mengesan bahan asal remedy tersebut. Disebabkan konsep ini terdapat komen yang mengatakan homeopathy hanya temberang semata-mata.

Jika temberang kenapa Puan Z mendapat kesan pemudaran kesan jeragatnya selepas 15 hari?. Begitu juga ratusan pembeli yang membuat pesanan semula (repeat order) set-set homeopathy untuk jeragat.

Alangkah gembiranya suami Puan Z apabila kesan comot dimuka isterinya mula pudar selepas 15 hari. Terasa amat berbaloi dengan harga yang dibeli berbanding dengan rawatan laser dan pengelupasan.

Puan Z sendiri sudah mula kembali ceria dan mula kembali ke saloon untuk bertemu pelanggannya. Puan Z amat berterima kasih kepada suaminya kerana membeli set jeragat homeopathy yang selamat, lembut dan boleh dipercayai.

Terasa sangat bersyukur kerana kosnya tidak sampai beribu sedangkan salah seorang pelangganya yang mendapat rawatan laser merasa sangat kesal selepas itu. 

Pelanggan Puan Z datang bertemu Puan Z untuk melakukan rawatan muka kerana mukanya menjadi semakin teruk selepas membuat rawatan laser. Mukanya hanya bertahan lebih kurang 2-3 hari sahaja kelihatan bersih dan gebu, tetapi selepas itu mukanya menjadi semakin teruk berbanding sebelumnya, malah pelanggannya mengatakan sewaktu rawatan laser ianya agak menyakitkan.

Puan Z terus mencadangkan untuk pelanggan beliau menghubungi penjual produk set jeragat homeopathy tadi untuk mencadangkan set yang sesuai untuk pelanggannya. Walaupun agak sukar untuk merawat kesan yang diakibatkan laser, remedy homeopathy mampu membina semula sel-sel kulit yang telah mati dan kesan melanin yang berlebihan akibat kesan UVA yang mula menembusi lapisan kulit yang terhakis akibat sinaran laser.

Puan Z terus bersyukur kerana selain menjimatkan kos yang mungkin ribuan ringgit, beliau juga amat bersyukur kerana tidak mengalami kesan yang agak teruk seperti pelanggannya. Seterusnya nanti akan dibincangkan mengenai set yang sesuai jika sudah melakukan rawatan laser. 

 

Nak order Set SMF untuk jeragat sila wasap/sms kode SMF ke 0123400557

Posted on 4 Comments

Rawatan jeragat atau melasma dengan berkesan

melasma

Rawatan jeragat atau melasma dengan berkesan

Ada kalanya wanita dan lelaki yang berhadapan dengan masalah jeragat atau melasma dan ingin  mencari pilihan rawatan secara semula jadi .

Terjadi masalah jeragat atau melasma atau hyperpigmentation boleh disebabkan oleh keturunan, hormon atau ubat. Masalah ini boleh menyebabkan keadaan muka akan bertompok gelap di muka anda atau beberapa bahagian lain badan anda.

Jeragat akan menyebabkan keadaan kulit bertompok coklat kelihatan yang mula muncul di muka. Ia mungkin akan kelihatan pada pipi anda, dahi dan dagu dan boleh terjadi disekitar hidung.

Ia juga boleh terjadi semasa mengandung yang disebabkan oleh hormon. 

Antarai tip daripada beberapa pakar dalam menggunakan rawatan semula jadi melasma atau jeragat.

Sebagai contoh, anda boleh cuba mencairkan cuka dalam segelas air dan menggunakan penyelesaian untuk membersihkan muka anda. Benarkan muka anda ke udara kering, sekali gus membolehkan ia untuk mengelak dalam beberapa kelembapan. Manfaat utama cuka adalah bahawa ia adalah asid asetik kimia – menjadikannya peluntur kuat; serta mempunyai kesan membuat kulit kelihatan lebih licin dan lebih berseri.

Salah satu daripada rawatan jeragat atau melasma yang semulajadi dan berkesan adalah dengan menggunakan kaedah rawatan homeopathi dan biochemic. Ia lebih selamat dan kejayaan yang dilaporkan adalah 99% berkesan.