Posted on Leave a comment

Jeragat Bukan Jerawat dan Kaedah Rawatan Adalah Berbeza

123smf-drop

set-SMFEC

smf

Jeragat Bukan Jerawat dan Kaedah Rawatan Adalah Berbeza.

Homeopathy memahami jeragat secara mendalam bukan hanya sekadar mengenali secara luaran. Hasil dari soal jawab setiap kali pembeli yang berminat untuk membeli set-set jeragat adalah corak jawapan yang hampir sama bagi kebanyakkan wanita iaitu berkaitan hormon.

Sebagaimana yang diketahui umum hormon adalah sahabat dan juga musuh bagi setiap wanita

Walaupun jerawat juga dikaitkan dengan perubahan atau ketidakstabilan hormon, tetapi secara fakta jerawat dan jeragat adalah dua penyakit yang berbeza, walaupun kedua-duanya tumbuh dimuka dan tubuh.

Persepi membuang jeragat dengan krim seperti merawat jerawat adalah tidak tepat, walaubagaimana pun sabun atau krim mampu membantu dari luar.

Hanya perubatan homeopathy yang menawarkan remedi oral untuk jeragat berbanding rawatan-rawatan konvesional yang lebih bertumpu untuk menghapus jeragat dengan kaedah yang pantas seperti mengguna laser dan bahan-bahan krim bertoksik . 

Sebagai contoh Sepia 200 dan Melasma Free adalah remedi yang sangat berkesan untuk mengatasi masalah hormon wanita. Sepia di anggap sebagai remedi khusus untuk pelbagai masalah wanita terutama masalah berkaitan hormon.

Fragaria vesca pula membantu membuang toksik yang gagal dibuang oleh hati dan buah pinggang untuk menjadikan kulit lebih bermaya, “flawless” dan cerah.

Set ini dikenali sebagai  set SMF Drop. Set SMF atau SMFEC adalah sama dari isi kandungan remedinya. Perbezaannya hanya;

  • Kuantiti
  • Botol (Botol Fragaria adalah sama untuk semua set)
  • Jenis tablet atau air

Kesemua remedi ini adalah 100% bahan natural homeopathy tanpa tambahan bahan-bahan lain. Oleh itu remedi-remedi ini perlulah disimpan ditempat yang jauh dari kanak-kanak dan sinaran matahari.

Walaupun remedi homeopathy tidak mempunyai kesan sampingan atau boleh membawa maut tetapi remedi-remedi ini perlu disimpan ditempat yang selamat dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak sebagai langkah berjaga-jaga.

Jeragat memang sukar untuk dirawat, itu adalah fakta. Jika jeragat mudah dirawat sudah semestinya terdapat jaminan 100% berkesan dan wang akan dikembalikan jika tidak berhasil.

Pakar-pakar kulit juga tidak berani untuk memberi jaminan jeragat akan sembuh 100% kecuali teknik laser, meluntur (bleaching) dan pengelupasan. Teknik-teknik ini walaupun dikatakan berkesan tetapi hanya untuk sementara sahaja.

Homeopathy dan lain-lain kaedah perubatan dianggap sebagai alternatif kepada alopathy.

Ratarata kes penyakit yang gagal dan biasanya pada peringkat yang sangat kritikal barulah pesakit tersebut mencari perubatan alternatif . Perubatan alternatif dianggap tidak berkesan kerana seringkali merawat kes-kes yang terlalu kronik.

Sebagai contoh kes jeragat atau pigmentasi, kerap kali pesakit yang mengambil set jeragat homeopathy setelah mengguna pelbagai kaedah rawatan perubatan konvensional dan gagal untuk mendapat kesan seperti yang diharapkan. Peratusan pesakit yang mengalami perubahan positif selepas 1-3 bulan mengamal set homeopathy adalah agak tinggi. Walaupun pengamal perubatan moden menggelar homeopathy sebagai pseudoscience (hanya sekadar kepercayaan sahaja dan bukan sains sebenar) tetapi ternyata homeopathy semakin mendapat tempat dihati pengguna kerana kesannya lembut, berkesan, boleh dipercayai dan tidak mempunyai kesan sampingan