Posted on

Mengapa pesakit gagal untuk merawat jeragat?

received_1065485193501510

Mengapa pesakit gagal untuk merawat jeragat?

Punca kegagalan merawat jeragat dengan berkesan ialah kerana pesakit tidak mempunyai pengetahuan mengenai jeragat seperti bentuk jeragat, kenapa terjadi jeragat dan bagaimana jeragat boleh di atasi. Pesakit mudah terpengaruh dengan iklan-iklan komersial dan kerap kali akan “terjebak” dengan produk-produk bertoksik yang mengandungi bahan-bahan meluntur kulit atau “bleaching”, bahan-bahan bertoksik seperti hydroquinone dan merkuri walaupun bahan-bahan ini berkontroversi tetapi penggunaan bahan ini  masih meluas dipasaran.

Jeragat BUKANLAH jerawat dan sangat berbeza punca bagaimana jeragat dan jerawat boleh tumbuh dimuka. Walaupun jerawat juga dikaitkan dengan hormon, jeragat adalah berpunca dari lebihan pengeluaran melanin, sementarajerawat akibat pengeluaran sebum (minyak) secara berlebihan.

Perubatan moden atau konvensional, menganggap Jeragat sebagai masalah kosmetik iaitu hanya setakat masalah kulit yang hanya perlu disapu krim atau dibuang jeragat tersebut. Oleh itu perubatan moden mengguna kaedah rawatan kosmetik untuk pesakit yang mempunyai jeragat. Rawatan yang paling biasa dibuat ialah

  1. Mengguna krim pengelupasan yang mempunyai bahan kimia merbahaya dan menghakis seperti hydroquinone. Hydroquinone adalah bahan kontroversi dan telah diharamkan penggunaannya dibeberapa negara. Di Malaysia penggunaan hydroquinone masih dibenarkan tetapi dengan garis panduan yang ketat. Walaubagaimana pun masih terdapat pengeluar yang mengguna bahan ini dengan berlebihan dan tidak mengikut garis panduan sehingga membahayakan pengguna. Kesan sampingan seperti muka menjadi merah, pedih dan gatal-gatal adalah perkara biasa bagi pengguna krim yang mempunyai bahan hydroquinone. Lain-lain krim yang merbahaya, mempunyailogam berat seperti merkuri dan juga di dalam bentuk steroid. Kesemua krim ini akan memberi kesan yang pantas, memerlukan penjagaan dan rawatan berterusan seperti mengguna sunblock secara berterusan. Kemungkinan jeragat akan kembali terjadi sangat besar kerana lapisan atas kulit yang menapis UV telah tiada dan sunburn akan terjadi dan akan mengakibatkan jeragat yang lebih teruk pada masa hadapan.
  2. Kaedah laser – laser dan pengelupasan tidak berbeza tetapi hanya teknik sahaja berbeza, di mana laser akan membuang lapisan kulit yang mempunyai jeragat dan kesan boleh nampak selepas rawatan tersebut siap, sewaktu rawatan ini dijalankan prosedurnya agak menyakitkan dan muka akan merah-kemerahan selepas itu. Kos rawatan ini boleh mencecah ribuan ringgit dan kekerapan rawatan juga di antara 6-8 sessi. Malangnya jeragat akan kembali selepas itu dan biasanya akan menjadi lebih teruk.

Kita tidak menolak kaedah perubatan moden, namun kita menolak kaedah yang tidak selamat dan bersifat sementara. Jeragat bukanlah masalah kosmetik tetapi mempunyai kaitan dengan sistem tubuh yang mula merosot dan memerlukan perhatian yang serius untuk menanganinya. Walaupun punca sebenar sehingga terjadi jeragat tidak dikenalpasti sehingga kini, para saintis telah mengatakan bahawa “sunburn” adalah penyebab utama dan akan diaktifkan oleh hormon selepas terjadi kemerosotan sistem tubuh dan faktor peningkatan umur.

Di dalam tubuh kita terdapat sistem yang mengawal peredaran kimia yang menentukan hampir keseluruhan fungsi di dalam tubuh iaitu hormon, pertumbuhan dan perkembangan,metabolism, kesuburan, kawalan emosi, penghadaman dan beberapa fungsi tubuh lain, jika sistem mengawal peredaran kimia gagal berfungsi dengan efisien maka akan terjadilah kemerosotan fungsi-fungsi sistem tubuh tadi.

Perubahan hormon sangat penting untuk tubuh, jika terjadi perubahan yang sangat kecil pun tubuh akan mengalami perubahan yang besar terhadap tubuh dan kulit. Hormon memainkan peranan yang penting terhadap kesihatan kulit seperti jeragat.

jeragat juga akan menjadikan seseorang itu kecewa dan stress, oleh kerana perubahan hormon tidak dapat diramal dan tidak mudah untuk dikesan walaupun dengan alat-alat kelengkapan yang canggih. Belajar untuk bersiap sedia untuk menghadapi situasi akan berlakunya perubahan hormon adalah sangat penting untuk menangani masalah hormon sehingga terjadinya jeragat.

Sebab-Sebab Terjadi Jeragat

Punca utama terjadinya jeragat, tidak diketahui tetapi hasil dari kajian beberapa faktor telah dikenal pasti;

  • Kerap berjemur di bawah panas matahari dan terdedah kepada sinaran UV
  • Gangguan hormon seperti mengalami masalah berkaitan kitaran haid dan mengandung.
  • Mengambil pil kawalan kelahiran (pil perancang)
  • Mengambil pil hormon sebelum dan sewaktu menopause. Pil Hormone Replacement Therapy (HRT)
  • Penggunaan kosmetik yang bertoksik dan mempunyai bahan kimia seperti hydroquinone dan merkuri.
  • Stress

 

Jeragat Dan Jenisnya

Jeragat sering terjadi mengikut corak seperti berikut;

63% jeragat akan kelihatan sekitar hidung dan dagu

21% jeragat akan terjadi di sekitar pipi dan hidung

16% jeragat biasanya akan kelihatan sekitar dibawah rahang

Jeragat sering terjadi kepada individu yang mudah terdedah kepada sinaran ultraviolet, atau bagi wanita yang mengambil pil hormon (pil perancang). Jeragat kerap kali kepada wanita berbanding lelaki dan jarang-jarang terjadi kepada gadis. Jeragat lebih kerap terjadi kepada wanita yang sedang mengalami perubahan hormone.

80% wanita mengandung sering mengalami jeragat yan dipanggil “mask of pregnancy”.

Jenis Jeragat

Jeragat boleh dikategorikan kepada 3 jenis;

Epidermal – atau bahagian atas lapisan sel kulit. Jeragat epidermis ini mudah dirawat dan sesuai untuk mengguna krim dan sabun

Dermal – terjadi di bawah lapisan sel kulit. Jeragat dibawah lapisan kulit tidak sesuai untuk mengguna krim dan sabun tetapi lebih berkesan jika mengambil ubat/remedy makan seperti Sepia 200, Melasma Free dan lain-lain.

Campuranterjadi kedua-dua jenis jeragat Epidermal dan Dermal. Jeragat dibawah lapisan kulit tidak sesuai untuk mengguna krim dan sabun tetapi lebih berkesan jika mengambil ubat/remedi makan seperti Sepia 200, Melasma Free dan sangat-sangat disarankan untuk mengambil set Holistik 5RH.

Warna Jeragat dan Bentuk

Jeragat yang terjadi di epidermis (epidermal) berwarna coklat cair dan akan kelihatan lebih gelap jika dilihat dibawah lampu

Jeragat dermal akan kelihatan keperangan dan tidak kelihatan lebih gelap jika dibawah lampu

Jeragat campuran berwarna coklat gelap, jika diteliti dibawah lampu pemeriksaan akan kelihatan lebih gelap atau kadang-kadang tidak ada perubahan.

Jeragat adalah keadaan biasa bagi sesetengah wanita dewasa, di mana terjadi warna coklat atau kelabu dan kerap kali akan terjadi di wajah. Jeragat sering terjadi kepada wanita yang mengandung, dan kepada yang berkulit agak gelap yang tinggal di negara yang panas seperti Malaysia, walaubagaimana pun jeragat akan terjadi kepada lelaki dan mengikut pengalaman 10% dari pesakit yang mempunyai jeragat adalah lelaki. Jeragat akan semakin menebal apabila seseorang itu kerap berjemur di bawah sinaran matahari.

Secara faktanya, jeragat bukan infeksi, jeragat juga bukan penyakit berjangkit yang merbahaya, dan jeragat bukan berpunca dari alergik. Jeragat bukanlah sejenis kanser dan tidak akan terjadi di dalam kulit yang berkanser.

Adakah Jeragat Berpunca Dari Keturunan

Terdapat fakta mengatakan YA dan ada yang TIDAK, tetapi kebiasaannya di dalam satu keluarga akan terdapat lebih dari seorang yang mengalami jeragat.

Kenapa Jeragat Naik Di Muka?

Jeragat bukan hanya terjadi di muka sahaja, malah terjadi di lain-lain bahagian tubuh seperti di tangan, tengkuk dan lain-lain. Malangnya muka adalah kawasan yang paling diminati oleh jeragat.

Simptom Jeragat

Jeragat tidak mempunyai simptom seperti gatal atau pedih, tetapi jeragat akan menjadikan emosi seseorang itu akan terganggu.

Adakah Jeragat atau Melasma Boleh Dihapuskan?

Mengikut pendapat perubatan moden jeragat tidak boleh disembuhkan, tetapi hanya boleh “dibuang” mengguna krim, laser, pengelupasan mengguna bahan kimia, dermabrasion dan lain-lain. Mengikut pendapat homeopathy biochemic garam tisu, jeragat boleh dirawat dengan remedi oral (dikemam/diminum) dibantu sabun dan krim herba untuk menambah nutrisi ke kulit.

Setiap penyakit mesti ada ubatnya kecuali mati, tidak mustahil dengan konsep yang lembut, selamat dan tanpa kesan sampingan ini,  akan mengembalikan tona asal kulit anda sewaktu anda berusia belasan dahulu. Setidak-tidaknya menghapus jeragat yang mencemar wajah anda , dan tidak rugi untuk mencuba kerana produk dan remedi homeopathy biochemic sangat selamat dan tidak akan menjadikan seseorang itu akan menjadi ketagih atau kesan sampingan yang merbahaya. Homeopathy biochemic bukan ubat tetapi suplemen yang sangat-sangat hebat untuk semua peringkat umur termasuk bayi.

Ingin mendapat konsultasi percuma tentang remedy yang sesuai dengan jeragat anda. Sila wasap kode JERAGAT KE +60123400557

Posted on

Ubat jeragat paling berkesan

Ubat jeragat berkesan atau dalam erti kata bagaimana merawat jeragat yang tumbuh terutamanya dimuka. Sudah puas mencuba pelbagai krim dan ubat tetapi masalah jeragat tidak sembuh juga.

Mengapa perkara ini terjadi. Antaranya adalah disebabkan masalah ketidakseimbangan hormon dalam badan disebabkan faktor perubahan usia dan juga semasa kehamilan dan selepas kehamilan. Oleh itu rawatan menggunakan krim muka berkilo-kilo pun tidak akan menyelesaikanmasalah jeragat atau melasma yang dihidapi oleh seseorang.

Dalam menyelesaikan masalah ini,dalam kaedah perubatan homeopati. Menggunakan pendekatan secara dalaman dan holistik. Pengambilan remedy biochemic seperti melasma free dan digabungkan dengan sepia 200 adalah kombinasi yang terbaik

Melasme free mengadungi persediaan biochemic yang terdiri daripada tablet manis yang dikombinasi daripada tisu garam mineral bertujuan merawat jerawat secara berkesan daripada dalam.Persediaan biochemic ini bukan sahaja berkesan dalam merawat masalah jeragat dan melasma tetapi juga bebas kesan sampingan dan sesuai untuk ibu-ibu menyusukan anak dan kanak -kanak pun boleh mengambilnya.

Rawatan laser dalam menangani masalah jeragat dan melasma akan menambah keparahan masalah melasma ini kerana itu rawatan laser dalam membuang jeragat hanya bersifat sementara sahaja dan masalah akan berulang-ulang kembali kerana rawatan ini hanya membuang sel-sel dan kulit mati sahaja dan bukannya menyembuh masalah melasma dan jeragat daripada dalam terutamanya berkaitan dengan masalah hormon dan ketidak seimbangan hormon.

Disampingkan penggunaaan melasma free dicadangkan juga pengambilannya diambil bersama-sama dengan sepia 200 yang bertujuan sebagai booster dan mempercepatkan proses rawatan jeragat secara cepat dan berkesan.Kedua-dua kombinasi ini jika digabungkan akan menghasilkan keputusan “awesome” Kedua-dua remdy biochemic ini telah dikateogorikan sebagai makanan tambahan dan bukannya sebagai ubat. Oleh itu pengambilan dalam jangkamasa panjang tidak akan menimbulkan kesan sampingan seperti ubat rawatan melasma dan jeragat yang menggunakan bahan penstabilan hormon yang akan membawa kesan yang mudarat jika digunakan berterusan.

sepia-200 ubat jeragat berkesan

Cara menggunakan remedy yang mudah dan senang diambil pada bila-bila masa perut kosong atau 2 jam selepas makan akan memudahkan lagi rawatan jeragat dan melasma yang dihidapi.

Jenis-Jenis Melasma

  1. Centrofacial – di dahi, pipi, atas bibir, hidung dan dagu

  2. Malar – bahagian atas pipi

  3. Mandibular – di kawasan tulang rahang

Melasma Free dicadangkan untuk di ambil bersama-sama Sepia 200 secara selang seli, contohnya satu hari ambil Sepia 200 dan hari berikutnya Melasma Free. Kaedah ini akan mempercepatkan proses untuk menghapus melasma atau jeragat.