Posted on

Mengapa krim,serum,laser dan skincare tidak merawat jeragat?

 

 

 

 

Tahukah anda penggunaan skincare,kosmetik,krim, dan laser tidak akan dapat merawat sebenarnya. Semua aplikasi luaran adalah bersifat sementara iaitu memudarkan seketikanya dan kemudiaan akan menambah buruk lagi keadaan jeragat atau anda.

Secreen Shoot akhbar dan laporan Biro Farmasi Malaysia dan Brunei menunjukkan kebanyakkan produk krim,serum dan skincare walaupun berjenama terkenal mengandungi racun berjadual seperti merkuri,hydoquione dan lain-lain. Ini kerana semua jenama besar dan kecil di Malaysia tidak mempunyai kepakaran makmal untuk melakukan penyelidikan.

Kebanyakan mereka membeli produk OEM daripada kilang bertaraf GMP dll dan menjenamakan dengan label dan bungkusan dengan brand mereka.Mereka hanya menggunakan kekuatan marketing sahaja untuk claim pelbagai keberkesanan produk dalam jangkamasa pendek.

Kebanyakan kilang GMP dll ini akan menguruskan segala urusan mendapatkan kelulusan daripada KKM untuk mendapat NOT dan MAL.Mereka akan menghantar beberapa contoh produk yang bebas racun dan setelah lulus baru produk itu akan ditambah dengan bahan kimia.

Oleh itu apabila pemeriksaan rawak dibuat semula banyak produk dipasaran akan sangkut dan mengandungi racun kerana penjual ingin melariskan barang mereka dengan segera dan mahu kesan yang cepat.

Mereka telah menggunakan psikologi mental kerana kebanyakan rakyat Malaysia mudah dipengaruhi dengan kesan yang cepat serta kekurangan pengetahuan dan maklumat. Sikap malas membaca adalah faktor terbesar mereka mudah dimanipulasi dan ditipu.Hampir 90% rakyat Malaysia malas membaca.Apa yang mereka baca hanyalah tajuk sahaja dan kandungan tidak dibaca.Kalau dibaca hanya intro sahaja.

Oleh sebab itu apabila produk mereka didapati beracun mereka akan menarik balik dipasaran dan beberapa bulan kemudiaan apabila isu reda mereka akan keluar semula produk dengan bungkusan baru atau jenama baru. perkara ini akan diulang-ulang berkali dan mereka bijak memanipulasi keadaan sistem undang-undang yang longgar.

Beratus-ratus produk dikeluarkan sebulan oleh kilang-kilang OEM ini dan adalah mustahil untuk Biro Kawalan Farmasi mengadakan ujian dengan kadar cepat.

Apabila produk itu telah dikesan beracun kebanyakkan produk itu sudah bertahun berada dipasaran dengan keuntungan berjuta-juta ringgit kepada pengedar dan rangkaian mereka.

Perkara ini akan diulang berkali-kali kerana kelemahan penguatkuasaan dan undang-undang. Mereka tidak kisah didenda kerana bayaran denda yang kecil dibanding keuntungan berjuta-juta yang mereka perolehi dan mereka tidak bimbang dengan keadaan rampasan produk dan lain-lain tindakan kerana mereka boleh mengatasinya dengan kuasa wang.

 

Sebagai pengguna produk yang ada KKM,NOT,MAL dll bukanlah jaminan produk tersebut selamat dan sesuai digunakan. Di negara maju kesedaran tentang ini adalah tinggi. Kebanyakan farmasi mereka akan mengelaskan produk mengikut bahagian seperti organic, Non organic dll dan pengguna diberitahu bahaya produk itu selamat atau tidak dan tanggungjawab dan risiko pengambilan sudah diberitahu awal dan bukan diselindung.

Artikel ini bukan bertujuan memburukkan mana-mana keluaran produk dan berniat jahat. Tujuan lebih kepada mendidik. Banyak kaedah yang selamat yang boleh digunakan seperti penggunaan produk organic,homeobotanical,homeopathy, dll yang sudah terbukti selamat sejak ratusan tahun lamanya cuma kurang popular kerana kebanyakkan kaedah ini bukan bersaskan keuntungan.

 

Mentaliti pengguna biasa takut kepada ubat makan atau oral kerana mereka sudah biasa dimomokkan bahawa ubat yang dimakan akan merosakkan buah pinggang atau sistem badan yang lain. Tahukah anda biochemic adalah garam tisu mineral semujadi yang terdapat dalam badan manusia.Secara asanya ada 12 mineral tisu garam dalam badan manusia.Konsep yang digunakan adalah mengimbangkan kekurangan garam ini dalam badan.Jika 12 mineral ini dapat diimbang makan semua sistem badan akan baik dan segala penyakit dapat diubati dengan izin Allah.

Tahukah anda remedy homeopathy,biochemic,homeobotanical yang diproses secara “single” tidak dikelaskan sebagai ubat dan tidak tertakluk bawah akta racun 1952.Oleh sebab itu dia tidak dipanggil ubat kerana tiada bahan kimia,drug dikesan dan dipanggil remedy. Kementerian kesihatan telah mengelaskan sebagai bukan ubat dan tidak memerlukan KKM dll. Perkara ini bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi diseluruh dunia. Jika remedy ini bagus kenapa ia tidak dijual difarmasi dan lain-lain tempat. Sebagaimana anda ketahui industri perubatan dikuasai oleh kuasa-kuasa besar dan semua negara sudah mereka takluk dan oleh itu sebarang remedy alternatif yang lebih baik dan memberi saingan pada mereka akan dicantas awal-awal.

 

muka yang sukar hilang

Stress kerana sudah cuba pelbagai produk tetapi masih tidak sembuh jeragat. Anda perlu hanya 3 minit untuk membaca artikel ini dan mengetahui cara terbaik untuk merawat jeragat  menggunakan pedekatan biochemic yang terbukti berkesan dan selamat.

menopause dan jeragat

Anda sudah laser berkali-kali ?Melakukan pengelupasan?Menggunakan pelbagai krim dan produk? Tetapi jeragat tidak juga sembuh. Pudar sekejap tetapi selepas berapa lama jeragat timbul kembali Stress dan tertekan dengan keadaan ini. Mari baca fakta dibawah sebelum anda membelanja beribu-ribu ringgit merawat jeragat

 

Ramai yang tidak faham dengan punca jeragat.Mereka beranggapan bahawa dengan menyapu krim dimuka dan makan beberapa produk makanan tambahan sahaja masalah mereka akan pulih.

Ini adalah konsep yang salah sama sekali dan hasilnya anda dibayangi kebingungan kerana sudah berkilo-kilo krim dicuba dan berpuluh-puluh produk digunakan masalah anda tidak pernah selesai.

Malahan ada yang menghabiskan beribu-ribu ringgit  membuat rawatan laser tetapi masalah selesai hanya seketika sahaja..Jeragat akan timbul  datang balik selepas beberapa bulan kemudian kerana punca jeragat bukan sahaja disebabkan kulit luaran sahaja.

Mengapa perkara ini terjadi  ?

Jawapannya mudah ringkas sahaja.Jeragat terjadi disebabkan oleh faktor hormon, genetik,cuaca dan penggunaan alat kosmetik yang mengandungi pengelupasan.Faktor umur adalah faktor utama. Kebiasaan jeragat terjadi kepada wanita yang berusia 25 tahun keatas. Perubahan hormon yang berlaku kepada mereka menyebabkan jeragat terjadi.

Perubahan hormon ini biasa berlaku?

  • Semasa proses kehamilan dan mengandung.
  • Selepas bersalin atau melahirkan anak.
  • Kedatangan haid yang tidak stabil.
  • Pra monopause
  • Monopuase
  • Penggunaan ubat-ubatan kimia yang menggangu hormon seperti pil perancang dll

Faktor yang kedua terjadinya jeragat ?

  • Penggambilan makanan kesihatan yang tercemar dengan bahan GMO dan sintentik.
  • Penggunaan pil vitamin dan makanan tambahan yang tidak berkualiti.
  • Pengambilan makanan yang tercemar dengan suntikan hormon seperti ayam,daging dll.
  • Penggunaan kosmetik yang mengandungi pengelupasan.

Faktor ketiga terjadi jeragat?

  • Dedahan cuaca panas yang terlampau dan lama.
  • Dedahan cahaya matahari yang mengandungi UV.
  • Bekerja ditempat panas dll.

Faktor keempat terjadi jeragat?

  • Kecederaan dalaman seperti pernah melakukan pembedahan
  • Melahirkan anak secara caesarian
  • Terjatuh dan luka teruk seperti kemalangan

Faktor pertama,kedua dan keempat adalah merupakan faktor yang terbesar dan faktor ketiga adalah faktor sampingan.

Jadi bagaimana nak rawat jeragat dengan berkesan ?

Penemuan saintifik dan sudah terbukti berkesan andalah menggunakan kaedah alternatif yang selamat dan berkesan menggunakan kaedah biochemic iaitu kaedah homeopati menggunakan garam tisu mineral.Bebas kesan sampingan sebab menggunakan mineral semulajadi dan bukannya bahan kimia serta boleh diambil oleh semua orang bahkan kanak-kanak sekali pun selamat.

Tetapi konsep perubatan homeopathy bukanlah bersifat “sniper” iaitu menembak tepat kepada masalah kesihatan seperti kebanyakkan ubat-ubat yang berkonsep “drug”. Sebaliknya remedi homeopathy menjadi “askar peninjau” yang mengenal pasti punca masalah dan akan bertindak merawat punca masalah tersebut. Tidak dinafikan kadang-kadang remedi homeopathy memang agak lambat, tetapi kesannya boleh diharapkan.
Ini bermakna jika merawat jeragat, bukan hanya jeragat sahaja yang dirawat tetapi remedi homeopathy akan merawat seluruh badan.Secara logiknya jika terjadi jeragat maka akan ada puncanya seperti masalah hormon yang menjadi masalah utama setiap wanita. Terjadinya jeragat pada seseorang wanita itu disebabkan oleh faktor mengandung, mengambil pil perancang dan hormone replacement therapy (HRT), di mana semuanya akibat masalah hormon. Selain dari faktor genetik, bangsa dan terdedah kepada sinaran matahari (UV).

Apakah kata mereka yang telah berjaya

  • Disclaimer : Kesan tiap orang tidak sama bergantung pada masa lah dan keadaan tubuh badan masing-masing. Rawatan ini tidak dapat mengantikan nasihat profesional pakar perubatan.

 

received_978503388865741
received_1039589849423761
received_986241924758554
received_978503748865705
received_1039589829423763
lovelysuzie
  • Disclaimer : Kesan tiap orang tidak sama bergantung pada masa lah dan keadaan tubuh badan masing-masing. Rawatan ini tidak dapat mengantikan nasihat profesional pakar perubatan.
 
  • Disclaimer : Kesan tiap orang tidak sama bergantung pada masa lah dan keadaan tubuh badan masing-masing. Rawatan ini tidak dapat mengantikan nasihat profesional pakar perubatan.
 

rawatan jeragat berkesan

  • Disclaimer : Kesan tiap orang tidak sama bergantung pada masa lah dan keadaan tubuh badan masing-masing. Rawatan ini tidak dapat mengantikan nasihat profesional pakar perubatan.
 

jeragat testimonial

  • Disclaimer : Kesan tiap orang tidak sama bergantung pada masa lah dan keadaan tubuh badan masing-masing. Rawatan ini tidak dapat mengantikan nasihat profesional pakar perubatan.
 

Setiap pesanan bertanyakan produk merawat jeragat homeopathy, akan ditanya beberapa soalan ringkas untuk mengenalpasti set yang paling sesuai dengan sejarah individu tersebut. Soalan-soalan ringas seperti ;

  • Boleh tahu umur?
  • Ada mkn pil perancang tak?
  • Pernah lahirkan anak kaedah cesarean tak?
  • Pernah tercedera sewaktu bersukan, atau kemalangan tak?
  • Ada pakai skincare pengelupasan tak?
  • Ada buat laser tak?
  • Period ok tak?

Puan Sabarina memberi respon seperti berikut

  • Boleh tahu umur? 46 tahun
  • Ada mkn pil perancang tak? Pernah ambil sejak mula berkahwin tetapi telah stop 3 tahun lepas
  • Pernah lahirkan anak kaedah cesarean tak? Pernah anak ke 3
  • Pernah tercedera sewaktu bersukan, atau kemalangan tak? Pernah terjatuh basikal sewaktu remaja dan agak serius kecederaannya
  • Ada pakai skincare pengelupasan tak? Ya ada
  • Ada buat laser tak? Tak ada
  • Period ok tak? Period ok lagi

Apa relevannya soalan-soalan ini jika dikaitkan dengan masalah jeragat?

Jeragat seperti yang diketahui sehingga kini punca sebenar terjadinya jeragat tidak diketahui. Pelbagai andaian di buat tetapi boleh dikatakan simptom terjadinya jeragat akan berpunca dari pelagai sumber dan seringkali berkaitan sejarah individu tersebut. Secara spesifiknya jeragat atau melanin telah “berkampung” di bawah lapisan kulit. Proses pengumpulan melanin terjadi sedikit demi sedikit dan telah bermula mungkin sejak 10-20 lepas. Melanin terkumpul akibat terdedah kepada sinaran UV yang lama dan “bermastautin” di bawah kulit sehingga sistem tubuh terutama hormon mula tidak seimbang oleh perlbagai punca. Relevannya soalan-soalan di atas ialah untuk mengetahui sejarah hidup pesakit dan bagaimana jeragat mula “bangun” dari tidurnya.

Analisa dari soalan tersebut dan set jeragat yang sesuai

  • Bagi wanita apabila melepasi umur 45 tahun, sistem reproduktif akan mula merosot dan berkemungkinan akan mengalami menopause tetapi buat masa ini Puan Sabrina masih didatangi haid.
  • Pernah mengambil pil perancang sejak mula berkahwin tetapi telah “stop” sejak 3 tahun – ini menunjukkan bahawa hormon Puan Sabrina masih tidak dapat menyesuaikan diri tanpa bantuan pil perancang. Jika dulu hormon estrogen dan testosterone akan dikawal oleh pil perancang tetapi setelah berhenti mengambil pil perancang sistem tubuh terpaksa bekerja sendiri.
  • 2 indikasi seperti pernah tejatuh dan mengalami kecederaan serius serta pernah menjalani pembedahan cesarean menunjukkan berkemungkinan vena darah (blood vein) Puan Sabrina mula mengalami kemerosotan ataumenyempit dan berkemungkinan terdapat halangan seperti lemak di vena darah. Apabila vena darah tersumbat atau pengaliran darah tidak lancer, kulit muka akan menerima impak awal. Melanin akan berkumpul dan membentuk jeragat.
  • Pernah membuat facial pengelupasan juga menyumbang kepada pengumpulan melanin yang semakin banyak apabila lapisan kulit di atas kulit muka sudah tiada, ini memudahkan sinaran UV meresap ke dalam kulit.

Puan Sabrina dicadangkan untuk mengambil Set AADF iaitu set yang akan membantu di semua aspek yang terganggu. Set AADF terdiri dari ;

  • Arnica 30 untuk masalah vena darah tersumbat, merawat kecederaan luaran dan sistem saraf.
  • Aswagandha Q untuk mengimbang emosi yang mula tertekan dan menstabilkan emosi secara semulajadi
  • Damiana Q adalah remedi yang sangat hebat untuk masalah hormon, malah mampu melambatkan proses menopause.
  • Fragaria vesca 30 adalah remedi yang sangat berkesan untuk membantu mencerahkan kulit, menghapus jeragat dengan membantu buah pinggang dan hati untuk membuang toksin dan mencegah dari terjadinya batu.

Puan Sabrina mengambil ke semua remedi-remedi ini seperti disarankan dan selepas 5 hari Puan Sabrina telah menghantar whatsapp sewaktu subuh;

Magic ke ni atau you guna jin hihihihi, pagi ni I nak sapu mekap macam biasa tetapi belek-belek jeragat dah tak ada. I ambil torchlight suluh confirmed hilang you hihihihihih happy nye I thank you thank you”.

Alhamdulillah …. Itu sahaja yang mampu diucapkan. 

Ada beberapa lagi remedy biochemic yang sesuai seperti sepia,melasme,dll.

 

Ingin mendapat khidmat runding dan konsultasi percuma tentang masalah jeragat anda  dan set atau remedy yang sesuai. Tiap orang tidak sama remedy kerana faktor yang diterangkan diatas.

Sila masukkan nama,email dan no hp yang ada whatsapp jika ada. Agar kami dapat kenal pasti masalah dan punca jeragat anda dan cadangan remedy yang sesuai dan tepat. 98% pelanggan yang berjaya adalah mereka yang mendapat rundingcara percuma daripada kami setelah memasukkan data dibawah.

Masukkan nama dan email anda 

We respect your email privacy

  • Disclaimer : Kesan tiap orang tidak sama bergantung pada masa lah dan keadaan tubuh badan masing-masing. Rawatan ini tidak dapat mengantikan nasihat profesional pakar perubatan.
 

 

 

 

Posted on

Mengapa pesakit gagal untuk merawat jeragat?

received_1065485193501510

Mengapa pesakit gagal untuk merawat jeragat?

Punca kegagalan merawat jeragat dengan berkesan ialah kerana pesakit tidak mempunyai pengetahuan mengenai jeragat seperti bentuk jeragat, kenapa terjadi jeragat dan bagaimana jeragat boleh di atasi. Pesakit mudah terpengaruh dengan iklan-iklan komersial dan kerap kali akan “terjebak” dengan produk-produk bertoksik yang mengandungi bahan-bahan meluntur kulit atau “bleaching”, bahan-bahan bertoksik seperti hydroquinone dan merkuri walaupun bahan-bahan ini berkontroversi tetapi penggunaan bahan ini  masih meluas dipasaran.

Jeragat BUKANLAH jerawat dan sangat berbeza punca bagaimana jeragat dan jerawat boleh tumbuh dimuka. Walaupun jerawat juga dikaitkan dengan hormon, jeragat adalah berpunca dari lebihan pengeluaran melanin, sementarajerawat akibat pengeluaran sebum (minyak) secara berlebihan.

Perubatan moden atau konvensional, menganggap Jeragat sebagai masalah kosmetik iaitu hanya setakat masalah kulit yang hanya perlu disapu krim atau dibuang jeragat tersebut. Oleh itu perubatan moden mengguna kaedah rawatan kosmetik untuk pesakit yang mempunyai jeragat. Rawatan yang paling biasa dibuat ialah

  1. Mengguna krim pengelupasan yang mempunyai bahan kimia merbahaya dan menghakis seperti hydroquinone. Hydroquinone adalah bahan kontroversi dan telah diharamkan penggunaannya dibeberapa negara. Di Malaysia penggunaan hydroquinone masih dibenarkan tetapi dengan garis panduan yang ketat. Walaubagaimana pun masih terdapat pengeluar yang mengguna bahan ini dengan berlebihan dan tidak mengikut garis panduan sehingga membahayakan pengguna. Kesan sampingan seperti muka menjadi merah, pedih dan gatal-gatal adalah perkara biasa bagi pengguna krim yang mempunyai bahan hydroquinone. Lain-lain krim yang merbahaya, mempunyailogam berat seperti merkuri dan juga di dalam bentuk steroid. Kesemua krim ini akan memberi kesan yang pantas, memerlukan penjagaan dan rawatan berterusan seperti mengguna sunblock secara berterusan. Kemungkinan jeragat akan kembali terjadi sangat besar kerana lapisan atas kulit yang menapis UV telah tiada dan sunburn akan terjadi dan akan mengakibatkan jeragat yang lebih teruk pada masa hadapan.
  2. Kaedah laser – laser dan pengelupasan tidak berbeza tetapi hanya teknik sahaja berbeza, di mana laser akan membuang lapisan kulit yang mempunyai jeragat dan kesan boleh nampak selepas rawatan tersebut siap, sewaktu rawatan ini dijalankan prosedurnya agak menyakitkan dan muka akan merah-kemerahan selepas itu. Kos rawatan ini boleh mencecah ribuan ringgit dan kekerapan rawatan juga di antara 6-8 sessi. Malangnya jeragat akan kembali selepas itu dan biasanya akan menjadi lebih teruk.

Kita tidak menolak kaedah perubatan moden, namun kita menolak kaedah yang tidak selamat dan bersifat sementara. Jeragat bukanlah masalah kosmetik tetapi mempunyai kaitan dengan sistem tubuh yang mula merosot dan memerlukan perhatian yang serius untuk menanganinya. Walaupun punca sebenar sehingga terjadi jeragat tidak dikenalpasti sehingga kini, para saintis telah mengatakan bahawa “sunburn” adalah penyebab utama dan akan diaktifkan oleh hormon selepas terjadi kemerosotan sistem tubuh dan faktor peningkatan umur.

Di dalam tubuh kita terdapat sistem yang mengawal peredaran kimia yang menentukan hampir keseluruhan fungsi di dalam tubuh iaitu hormon, pertumbuhan dan perkembangan,metabolism, kesuburan, kawalan emosi, penghadaman dan beberapa fungsi tubuh lain, jika sistem mengawal peredaran kimia gagal berfungsi dengan efisien maka akan terjadilah kemerosotan fungsi-fungsi sistem tubuh tadi.

Perubahan hormon sangat penting untuk tubuh, jika terjadi perubahan yang sangat kecil pun tubuh akan mengalami perubahan yang besar terhadap tubuh dan kulit. Hormon memainkan peranan yang penting terhadap kesihatan kulit seperti jeragat.

jeragat juga akan menjadikan seseorang itu kecewa dan stress, oleh kerana perubahan hormon tidak dapat diramal dan tidak mudah untuk dikesan walaupun dengan alat-alat kelengkapan yang canggih. Belajar untuk bersiap sedia untuk menghadapi situasi akan berlakunya perubahan hormon adalah sangat penting untuk menangani masalah hormon sehingga terjadinya jeragat.

Sebab-Sebab Terjadi Jeragat

Punca utama terjadinya jeragat, tidak diketahui tetapi hasil dari kajian beberapa faktor telah dikenal pasti;

  • Kerap berjemur di bawah panas matahari dan terdedah kepada sinaran UV
  • Gangguan hormon seperti mengalami masalah berkaitan kitaran haid dan mengandung.
  • Mengambil pil kawalan kelahiran (pil perancang)
  • Mengambil pil hormon sebelum dan sewaktu menopause. Pil Hormone Replacement Therapy (HRT)
  • Penggunaan kosmetik yang bertoksik dan mempunyai bahan kimia seperti hydroquinone dan merkuri.
  • Stress

 

Jeragat Dan Jenisnya

Jeragat sering terjadi mengikut corak seperti berikut;

63% jeragat akan kelihatan sekitar hidung dan dagu

21% jeragat akan terjadi di sekitar pipi dan hidung

16% jeragat biasanya akan kelihatan sekitar dibawah rahang

Jeragat sering terjadi kepada individu yang mudah terdedah kepada sinaran ultraviolet, atau bagi wanita yang mengambil pil hormon (pil perancang). Jeragat kerap kali kepada wanita berbanding lelaki dan jarang-jarang terjadi kepada gadis. Jeragat lebih kerap terjadi kepada wanita yang sedang mengalami perubahan hormone.

80% wanita mengandung sering mengalami jeragat yan dipanggil “mask of pregnancy”.

Jenis Jeragat

Jeragat boleh dikategorikan kepada 3 jenis;

Epidermal – atau bahagian atas lapisan sel kulit. Jeragat epidermis ini mudah dirawat dan sesuai untuk mengguna krim dan sabun

Dermal – terjadi di bawah lapisan sel kulit. Jeragat dibawah lapisan kulit tidak sesuai untuk mengguna krim dan sabun tetapi lebih berkesan jika mengambil ubat/remedy makan seperti Sepia 200, Melasma Free dan lain-lain.

Campuranterjadi kedua-dua jenis jeragat Epidermal dan Dermal. Jeragat dibawah lapisan kulit tidak sesuai untuk mengguna krim dan sabun tetapi lebih berkesan jika mengambil ubat/remedi makan seperti Sepia 200, Melasma Free dan sangat-sangat disarankan untuk mengambil set Holistik 5RH.

Warna Jeragat dan Bentuk

Jeragat yang terjadi di epidermis (epidermal) berwarna coklat cair dan akan kelihatan lebih gelap jika dilihat dibawah lampu

Jeragat dermal akan kelihatan keperangan dan tidak kelihatan lebih gelap jika dibawah lampu

Jeragat campuran berwarna coklat gelap, jika diteliti dibawah lampu pemeriksaan akan kelihatan lebih gelap atau kadang-kadang tidak ada perubahan.

Jeragat adalah keadaan biasa bagi sesetengah wanita dewasa, di mana terjadi warna coklat atau kelabu dan kerap kali akan terjadi di wajah. Jeragat sering terjadi kepada wanita yang mengandung, dan kepada yang berkulit agak gelap yang tinggal di negara yang panas seperti Malaysia, walaubagaimana pun jeragat akan terjadi kepada lelaki dan mengikut pengalaman 10% dari pesakit yang mempunyai jeragat adalah lelaki. Jeragat akan semakin menebal apabila seseorang itu kerap berjemur di bawah sinaran matahari.

Secara faktanya, jeragat bukan infeksi, jeragat juga bukan penyakit berjangkit yang merbahaya, dan jeragat bukan berpunca dari alergik. Jeragat bukanlah sejenis kanser dan tidak akan terjadi di dalam kulit yang berkanser.

Adakah Jeragat Berpunca Dari Keturunan

Terdapat fakta mengatakan YA dan ada yang TIDAK, tetapi kebiasaannya di dalam satu keluarga akan terdapat lebih dari seorang yang mengalami jeragat.

Kenapa Jeragat Naik Di Muka?

Jeragat bukan hanya terjadi di muka sahaja, malah terjadi di lain-lain bahagian tubuh seperti di tangan, tengkuk dan lain-lain. Malangnya muka adalah kawasan yang paling diminati oleh jeragat.

Simptom Jeragat

Jeragat tidak mempunyai simptom seperti gatal atau pedih, tetapi jeragat akan menjadikan emosi seseorang itu akan terganggu.

Adakah Jeragat atau Melasma Boleh Dihapuskan?

Mengikut pendapat perubatan moden jeragat tidak boleh disembuhkan, tetapi hanya boleh “dibuang” mengguna krim, laser, pengelupasan mengguna bahan kimia, dermabrasion dan lain-lain. Mengikut pendapat homeopathy biochemic garam tisu, jeragat boleh dirawat dengan remedi oral (dikemam/diminum) dibantu sabun dan krim herba untuk menambah nutrisi ke kulit.

Setiap penyakit mesti ada ubatnya kecuali mati, tidak mustahil dengan konsep yang lembut, selamat dan tanpa kesan sampingan ini,  akan mengembalikan tona asal kulit anda sewaktu anda berusia belasan dahulu. Setidak-tidaknya menghapus jeragat yang mencemar wajah anda , dan tidak rugi untuk mencuba kerana produk dan remedi homeopathy biochemic sangat selamat dan tidak akan menjadikan seseorang itu akan menjadi ketagih atau kesan sampingan yang merbahaya. Homeopathy biochemic bukan ubat tetapi suplemen yang sangat-sangat hebat untuk semua peringkat umur termasuk bayi.

Ingin mendapat konsultasi percuma tentang remedy yang sesuai dengan jeragat anda. Sila wasap kode JERAGAT KE +60123400557

Posted on

Jeragat dan menopause ada kaitan?

menopause dan jeragat

 

 

Jeragat Sewaktu Pre-Menopause dan Setelah Menopause

 

Hanya segelintir wanita yang bersiap sedia untuk menghadapi menopause, sementara sebahagian besar wanita langsung tidak bersedia sehinggalah secara tiba-tiba sesuatu kesan pelik mula timbul muka anda. Kesan seperti simetrikal dan kadang-kadang di dalam bentuk bintik-bintik hitam atau kecoklatan mula kelihatan, mulanya hanya sedikit dan lama kelamaan kesan tersebut mula membesar di atas bibir, hidung, pipi dan dagu. Stress, dan jalan pendek yang diambil ialah mengguna skincare untuk membuang kesan-kesan tersebut. Kebanyakkan krim dipasaran yang dicadangkan ialah jenis bleaching atau peeling. Krim sebegini tidak membantu kerana ia mempunyai kesan yang tidak baik kepada kulit selepas itu kerana terdapat amalan mengguna bahan-bahan terlarang seperti hydroquinone atau merkuri.

 

Secara purata wanita akan mengalami menopause pada umur 51, tetapi tidak ada umur yang tetap untuk menopause kerana kadang-kadang menopause boleh terjadi kepada wanita berumur 30an dan paling lewat pada umur 60an.

Menyedihkan apabila wanita-wanita ini yang sudah mengalami menopause, mengalami stress dan kadang-kadang mengalami depresi telah dijanjikan dengan kesan yang boleh membantu membina kenyakinan diri tetapi sebaliknya menjadi semakin teruk selepas mengguna produk-produk yang mengandungi bahan bertoksik. Kos rawatan kadang-kadang mencecah ribuan malah ada yang mencecah belasan ribu tetapi kesannya hanya sementara, selepas itu jeragat kembali menjelma. Terdapat segelintir wanita menopause yang terus mengalah dan membiarkan sahaja jeragat tanpa dirawat akibat kecewa. Bagi mereka yang mendapat sokongan suami, akan terus mencari pilihan alternatif untuk menghapus jeragat.

Kebanyakkan pesakit-pesakit yang mencari alternatif, seperti remedi  suplemen jeragat alternatif homeopathy biochemic ialah mereka yang telah kecewa dan gagal dengan rawatan kosmetik moden, malah pernah mengguna rawatan laser yang sangat mahal kosnya. Menyesal sudah tidak berguna tetapi perlu mencari solusi yang lembut, boleh diharap dan berkesan. Jeragat tidak semudah jerawat sapu dan hilang tetapi jeragat boleh terjadi akibat pelbagai sebab dan salah satunya ialah menopause.

Walaupun Menopause adalah proses yang terpaksa dilalui oleh setiap wanita, ia boleh ditangguhkan jika mengambil suplemen yang sesuai dan mempraktik gaya hidup sihat. Sekiranya sudah mengalami menopause ia bukanlah pengakhiran hidup anda, kerana terdapat remedi homeopathy yang sangat-sangat membantu untuk menstabilkan hormon yang sedang bergolak.

Ashwagandha Q Drop dan Tunera Q Drop sejenis remedi di dalam bentuk cecair, di dalam kategori homeobotanical iaitu herba berasaskan konsep homeopathy. Kedua-dua remedi ini juga sangat-sangat membantu sebagai suplemen kepada gadis dan wanita muda yang kerap diserang senggugut dan kitaran haid yang tidak teratur.

 Ashwagandha dan Tunera adalah herba purba dan Di Eropah menyifatkan Ashwagandha sebagai “Testosterone Booster”. Fakta ini bukan cerita dari lagenda tetapi ia adalah fakta yang dikaji oleh saintis. Mari kita lihat fakta bukan hanya auta semata-mata;

Ashwagandha adalah adoptogen, yang akan mengurangkan stress, ketakutan tanpa sebab, kenyakinan diri dan mengawal hormon stress (hormon stress cortisol). Beberapa kajian lain juga menunjukkan Ashwagandha telah berjaya menambah baik paras testosterone yang menjadikan seorang wanita atau lelaki itu lebih subur.

Ashwagandha juga sangat bermanfaat kepada kesihatan jantung, dengan mengurangkan keradangan serum triglycerides, dan meningkat paras HDL-cholesterol “baik”. Kajian terbaru juga menunjukkan Ashwagandha juga mampu menguatkan otot-otot.

Fakta kajian menunjukkan Ashwagandha dan Tunera adalah adoptogen yang “solid”, mempunyai pelbagai kebaikkan terhadap manusia terutama berkaitan hormon testosterone. Ini ialah kerana Ashwagandha akan membantu seseorang itu tidur dengan lebih berkualiti, mengurangkan hormon stress iaitu cortisol, meningkat paras HDL-cholesterol “baik” dan mengurangkan kekejangngan atau keradangan, kesemua ini akan membantu mempertingaktkan paras hormon testosterone ke paras yang sangat baik.

Tunera sangat berkesan untuk menstabilkan sistem hormon sewaktu menopause, mengurangkan rasa panas ke muka (hot flashes), dan membantu menjadikan kitaran haid yang normal bagi gadis-gadis muda.

Ashwagandha Q Drop dan Tunera Q Drop boleh diambil bersama-sama set hapus jeragat yang sedia ada seperti M3, M4, 5SMF, SMF, SMFF, BJC01 dan BJC02.

 

Jeragat dan Menopause

Di dalam tubuh kita terdapat sistem penyampai maklumat kimia yang mengawal hampir keseluruhan fungsi di dalam tubuh iaitu hormon, pertumbuhan dan perkembangan, metabolism, kesuburan, kawalan emosi, penghadaman dan beberapa fungsi tubuh juga gagal untuk bekerja jika sistem penyampai maklumat kimia gagal berfungsi dengan efisien.

Perubahan hormon sangat penting untuk tubuh, jika terjadi perubahan yang sangat kecil pun tubuh akan mengalami perubahan yang besar terhadap tubuh dan kulit. Hormon memainkan peranan yang penting terhadap keadaan kulit seperti , jeragat juga akan menjadikan seseorang itu kecewa dan stress, oleh kerana perubahan hormon tidak dapat diramal dan tidak mudah untuk dikesan walaupun dengan alat-alat kelengkapan yang canggih. Belajar untuk bersiap sedia untuk menghadapi situasi akan berlakunya perubahan hormon adalah sangat penting untuk menangani masalah hormon sehingga terjadinya jeragat.

Bersiap Sedia Sebelum Terjadinya Perubahan Hormon

Akil baligh adalah penanda pada alam kedewasaan bagi setiap individu. Gadis-gadis akan aki baligh pada sekitar umur 9-14 tahun dan akan menghadapi perubahan hormon dan tubuh sekurang-kurangnya empat tahun. Remaja lelaki biasanya akan akil baligh di antara umur 10-17 tahun dan akan mengalami perubahan pada fizikalnya lebih kurang sehingga tujuh tahun. Walaubagaimana pun gadis lebih terdedah kepada permasalahan berkaitan hormon berbanding lelaki. Gadis-gadis dilahirkan dengan sistem tubuh yang akan dipengaruhi oleh hormon selepas mereka akil baligh, di mana mereka akan mengalami kitaran haid secara bulanan, akan melahirkan anak, sistem laxative (susu badan) dan seterusnya akan melalui fasa pre-menopause dan seterusnya menopause.

Oleh itu amat penting bagi gadis-gadis terutamanya untuk mengetahui sistem tubuh mereka terutama hormon-hormon yang akan mempengaruhi kehidupan mereka sehingga ke peringkat menopause. Gadis dan lelaki akan mempunyai hormon estrogen, progesterone dan testosterone. Estrogen adalah hormon utama bagi gadis dan testosterone adalah hormon utama bagi lelaki. Sekiranya hormon androgen menjadi dominan ini akan menambah kuantiti sebum untuk kedua-dua jantina yang akan menyebabkan terjadinya jerawat.

Walaubagaimana pun kehidupan lelaki tidak terlalu terpengaruh dengan perubahan hormon berbanding wanita. Kerana wanita adalah hormon dan hormon adalah wanita, begitulah rapatnya ikatan di antara hormon dan wanita bermula sejak akil baligh sehingga menopause.Jika mendapat rawatan di klinik biasa, doktor-doktor akan memberi pil HRT (hormone replacement therapy). Walaubagaimana pun kesan sampingan yang disahkan oleh saintis, HRT adalah antara penyebab utama jeragat.

Disebabkan kesan sampingan ini ramai yang telah bertukar kepada perubatan alternatif seperti homeopathy biochemic yang lebih selamat dan bebas bahan kimia atau dadah. Remedi homeopathy bertindak dengan lembut, membantu sistem antibody untuk kembali kuat dan mampu melawan penyakit dengan “self healing” tubuh kita sendiri.

Remedi homeopathy yang paling berkesan untuk merawat jeragat sewaktu menopause ialah, Sepia 200. Sepia 200 adalah remedi “core” untuk wanita yang mengalami masalah hormon seperti mengambil pil perancang dan pil HRT (hormone replacement therapy). Sepia 200 digelar sebagai “women’s remedy”, oleh pakar-pakar homeopathy. Gandingan mantap Sepia 200, Melasma Free dan Fragaria vesca, sering mendapat maklumbalas dari pembeli dengan hasilnya yang pantas. Selain dari Sepia 200, Pulsatilla dan Caulophyllum antara remedi hebat untuk wanita sebelum dan selepas menopause.

Pulsatilla di dalam perubatan homeopathy dianggap sebagai remedi yang sangat diperlukan wanita, sangat bagus untuk masalah wanita sebelum dan sewaktu haid dan Caulophyllum adalah remedi yang sangat hebat untuk pelbagai masalah wanita berkaitan saraf-saraf seperti kecederaan lama dan selepas melahirkan bayi. Sangat bagus sekiranya digabungkan dengan Sepia 200 dan lain-lain remedi terutama kepada wanita yang menopause.

Secaranya ringkasnya fungsi ke semua remedi ini mempunyai fungsi seperti dibawah;

  • Sepia 200 – Women’s remedy, yang sangat “power” untuk mengatasi masalah jeragat akibat perubahan atau tidak seimbang hormon. Sangat hebat untuk wanita yang mengalami masalah menstrual (datang haid) yang tertangguh dan kerap mengalami kekejangan sewaktu menstrual
  • Melasma Free Caulophyllum- Remedi yang sangat hebat untuk memberi nutirisi kepada pesakit. Melasma Free Caulophyllum sangat “power” untuk wanita yang stress dan alami masalah sakit-sakit saraf, atau orang panggil “sakit urat”.
  • Cal Sulph – Mineral yang sangat “power” untuk membekal nutirisi ke kulit, membina sel-sel kulit baru dan membawa oksigen secukupnya ke dalam darah.
  • Kali Sulph adalah mineral yang sangat hebat untuk membantu hati membuang toksin.
  • Fragaria vesca 30, atau wild berry yang di gelar “tumbuhan anugerah Allah” yang mempunyai kesan yang sangat baik untuk system tubuh yang lebih kuat. Fragaria vesca sangat “powerful” jika mengikut satu komen web yang menceritakan kebaikkan Fragaria vesca untuk mencerahkan kulit. Selain kulit Fragaria vesca juga mampu mencerahkan gigi dan membantu buah pinggang bekerja dengan lebih cekap dan menghalang dari terjadinya batu di buah pinggang.

Jangan bersedih jika anda sudah menopause dan terdapat jeragat dimuka, kerana terdapat pilihan untuk kembali cantik dengan selamat dan tanpa kesan sampingan.

 

Bagi mendapatkan konsultasi yang tepat dengan masalah jergat anda sila wasap kode  JERAGAT ke +60123400557

Posted on

Hormon punca jeragat

 

jeragat dan hormon

 

cara rawat jeragat dengan berkesan

 

 

melasma

 

 

Homeopathy Biochemic Untuk Jeragat Akibat Paras Hormon Progesterone Yang Rendah

Ciptaan Allah Maha Agung, sangat komplek dan indah di mana tubuh manusia mempunyai hormon-hormon yang sangat panjang senarainya. Mengikut sains manusia atau homo sapiens , di mana mengikut teori Darwin kita berasal dari evolusi seekor monyet. Alangkah bodohnya teori sebegitu dari pandangan seorang ahli sains dan diterima pakai oleh sesetengah saintis yang tidak mempercayai wujudnya Allah swt. Sedangkan Allah menjadikan Nabi Adam dan diturunkan ke bumi dengan rupa paras, pemikiran, mempunyai kemahiran intelek  yang sudah pastinya kapasiti  seorang manusia dan bukannya seekor monyet!.

Berbalik kepada masalah hormon, kerap kali wanita adalah homo sapiens yang cukup unik, mempunyai sistem tubuh yang komplek dan kerap kali sistem tubuh wanita akan dipengaruhi oleh hormon-hormon bermula dari awal puberty sehinggalah ke fasa menopause.  Masalah penyakit terutama jeragat adalah berpunca dari masalah hormon.

Hormon yang paling penting akan berada di dalam ovari, di mana ovari akan mengeluarkan hormon estrogen, progesterone dan testosterone.  Perubahan mendadak yang terjadi kepada estrogen dan progesterone akan memberi satu bentuk karakter kepada kitaran haid dan berkaitan kesakitan PMS sewaktu menstruasi. Perubahan ini juga akan menjadikan kulit, terutama kulit muka menerima impak awal di mana akan terjadi jeragat atau jerawat sekiranya hati tidak dapat memproses lebihan salah satu hormon ini atau toksin.

Jeragat mengikut perubatan moden hanyalah masalah kosmetik, dan pendekatan kaedah perubatan moden lebih kepada kaedah kosmetik seperti rawatan menggunakan krim pengelupasan yang mempunyai bahan kimia dan juga kadah laser membuang jeragat dari kulit dengan pantas. Namun kerap kali kaedah-kaedah ini memberi kesan sampingan yang sangat teruk.

Pendekatan homeopathy sangat berbeza berbanding kaedah perubatan moden. Di mana kaedah homeopathy merawat jeragat ialah dengan mencari punca terjadinya jeragat dan merawat pesakit dan selepas itu barulah merawat penyakit.Homeopathy percaya jeragat berpunca dari masalah di dalam tubuh tertutama hati.

Tidak hairanlah jika homeopathy akan ada ubat makan untuk jeragat, kerap kali pembeli akan bertanya berkesan ke ubat jeragat ini?. Kaedah ubat jeragat pada persepsi orang ramai hanyalah krim atau sabun tetapi ubat untuk jeragat tidak sama dengan ubat nyamuk, di mana fungsinya untuk membunuh nyamuk. Maaf kita santai-santai untuk memudahkan pemahaman. Jika disebut ubat maka ia untuk di makan atau minum. Memang benar homeopathy mempunyai senarai ubat yang panjang  untuk jeragat. Walaubagaimana pun biochemic garam tisu sangat terkenal dengan konsep 12 garam tisu yang menyerupai mineral-mineral di dalam tubuh kita sendiri.

Sebenarnya homeopathy tidak menggelar setiap ubat adalah “ubat” tetapi homeopathy mengguna terma “remedi”. Remedi homeopathy bukan ubat, ia adalah suplemen dan tidak mempunyai bahan ubat seperti bahan-bahan aktif  berkimia yang terkawal, beunsurkan dadah sintetik dan penggalak kepada sistem tubuh. Sebagai contoh jika seorang wanita itu didiagnos dengan masalah paras progesterone yang rendah, pil progesterone akan dipreskripsi sebanyak 50-100mg di dalam satu hari.

 

Saya tidak bermaksud untuk mengatakan perubatan moden bahaya, tidak berkesan dan lain-lain. Saya hanya menunjuk perbezaan, dua kaedah berbeza di antara perubatan moden dan perubatan alternatif homeopathy.  Sekiranya anda sedang dipreskripsi dengan ubat-ubatan moden dan doktor menyarankan untuk mengambil tanpa henti, anda perlu mengikut arahan itu kerana perubatan emoden mempunyai kelengakapan yang cukup untuk mendiagnos penyakit berbanding kemudahan yang dimiliki oleh perubatan alternatif.

Remedi homeopathy amat selamat untuk diambil bersama-sama ubat perubatan moden. Remedi homeopathy tidak akan menganggu kesan remedi untuk bekerja, malah kadang-kadang ubat perubatan moden yang mengganggu kesan remedi homeopathy. Selepas mengamalkan remedi biochemic homeopathy, tubuh anda dengan sendirinya memberi isyarat untuk mengurangkan dos ubat-ubat secara beransur-ansur.

Ubat Jeragat Paling Berkesan

Biochemic homeopathy menawarkan senarai yang panjang untuk mengatasi pelbagai jenis jeragat mengikut simptom, karakter dan sejarah pesakit. Untuk memudahkan anda saya telah mengenal  pasti beberapa remedi yang sangat hebat dan berkesan untuk pelbagai jenis bentuk jeragat. Di antara ubat jeragat paling berkesan (mengikut kosa kata, search di internet) ialah SEPIA 200, FRAGARIA VESCA, MELASMA FREE, CALC SULPH, KALI SULPH, CALC FLOUR, DANDELION, NAT MUR DAN SILICA.

Remedi-remedi ini digabungkan menjadi set yang paling banyak mendapat maklum balas yang sangat hebat ;

  1. Set M3 – set paling asas mengandungi SEPIA 200, MELASMA FREE dan SABUN CARMINO ATAU MERRYGOLD.
  2. Set SMF – set paling popular mengandungi SEPIA 200, MELASMA FREE dan FRAGARIA VESCA  , kesannya sangat hebat, efektif dan pantas.
  3. Set SMFF – set paling popular, kesannya sangat hebat, efektif dan pantas. Set ini mengandungi 2 botol FRAGARIA VESCA
  4. Set BJ01 – set ekonomi yang mengandungi CALC SULPH, KALI SULPH DAN FRAGARIA VESCA. Set ini adalah yang terbaru.
  5. Set BJ02 – set ekonomi yang mengandungi CALC SULPH, KALI SULPH, FRAGARIA VESCA, KRIM CARMINO COMPLEXION DAN SABUN CARMINO COMPLEXION. Set ini adalah yang terbaru

Terdapat banyak lagi set-set seperti M4, 5SMF, 5RH, 5RH-EC (set ekonomi) dan lain-lain tetapi set-set di atas adalah di antara yang terbaik!. Gandingan setiap remedi bersama-sama FRAGARIA VESCA akan memberi impak yang sangat hebat. Fragaria Vesca adalah remedi yang sangat-sangat membantu hati untuk membuang lebihan estrogen di dalam hati, akibat paras progesterone yang rendah. DANDELION adalah remedi terbaru yang diperkenalkan. Ia berfungsi sebagai “liver detox” dan sangat hebat untuk membantu hati menjadi lebih cekap bekerja.

Kini homeopathy mula mendapat tempat di hati pengguna yang mencari alternatif, bersifat lebih holistik, lembut, berkesan dan boleh dipercayai. Terdapat banyak laman web yang menjual remedi homeopathy tetapi anda sebagai pengguna haruslah memilih laman yang mempunyai admin yang berpengalaman di dalam bidang homeopathy untuk mendapat nasihat yang terbaik untuk setiap masalah kesihatan anda.

 

Untuk analisa remedy yang sesuai diatas sila hantar wasap dengan kode JERAGAT ke 0123400557

Posted on

Rawat jeragat : Rawatan Pakar Pun Gagal, Homeopathy Boleh ke?

 

cara rawat jeragat dengan berkesan

 

Rawat jeragat : Rawatan Pakar Pun Gagal, Homeopathy Boleh ke?

Mengapa Set Jeragat Homeopathy mempunyai remedi oral seperti Sepia 200, Melasma Free dan Fragaria? Ini ialah kerana homeopathy adalah satu-satunya rawatan yang sangat komprehensif dan sangat berkesan. Perubatan homeopathy adalah  satu-satunya rawatan jeragat yang mempunyai remedi untuk dihisap dan diminum.

Tidak ada satu pun rawatan di dunia yang mampu memberi jaminan 100% dan tidak ada satu pun rawatan di dunia ini sangat sempurna dan lengkap. Begitu juga perubatan moden yang mempunyai kelebihan dan kekurangan yang perlu di bantu oleh perubatan alternatif seperti homeopathy.

Dari segi sejarah perubatan, allopathy atau perubatan moden konvensional lebih awal dipraktikkan berbanding homeopathy yang berusia hanya lebih 200 tahun. Allopathy mempunyai dana yang besar dri segi kajian, alatan dan latihan dan perubatan allopathy diiktiraf diseluruh dunia sebagai perubatan mainstream.

Homeopathy dan lain-lain kaedah perubatan dianggap sebagai alternatif kepada allopathy. Rata-rata kes penyakit yang gagal dan biasanya pada peringkat yang sangat kronik barulah pesakit tersebut mencari perubatan alternatif . Oleh itu perubatan alternatif dianggap tidak berkesan kerana seringkali merawat kes-kes yang terlalu kronik.

Sebagai contoh kes jeragat atau pigmentasi, kerap kali pesakit yang mengambil set jeragat homeopathy setelah mengguna pelbagai kaedah rawatan perubatan konvensional seperti;

Secara amnya rawatan secara konvensional ialah membuang jeragat tersebut dengan kaedah pengelupasan. Sewaktu proses tersebut, lapisan atas kulit yang menjadi penapis kepada sinaran UV akan turut terhakis.

  • Laser– rawatan paling pantas untuk menghapus jeragat. Malangnya rawatan ini juga membuang layer kulit yang bertindak menapis sinaran UV. Kerap kali selepas membuat rawatan laser kulit muka pesakit tersebut akan menjadi kehitaman, lebam-lebam dan kusam akibat sunburn. Rawatan ini agak menyakitkan mengikut info daripada pesakit yang pernah mencuba rawatan laser
  • Penglupasan kimia(chemical peeling) – mengguna larutan kimia untuk mengelupaskan kulit dan seterusnya membuang jeragat. Rawatan ini juga akan membuang layer kulit yang menapis sinaran UV dan kerap kali akan mudah terbakar kulit muka. Ia juga memerlukan rawatan dan penjagaan kulit yang rapi selepas itu.
  • Mikrodermabrasion dan HV Iontophoresis – Cara ini menggunakan satu alat untuk menghasilkan penglupasan secara mekanikal. Ia kemudiannya diikuti dengan rawatan Vit C Iontophoresis yang akan mencerahkan kulit. Berkesan untuk mereka yang mempunyai kulit yang anjal dan tebal. 
  • Sunblock dan Krim– Sunblock dan krim adalah 2 produk yang akan diguna selepas membuat rawatan di atas.

Sedangkan jika pesakit itu mengambil remedi homeopathy di dalam masa yang sama, adalah sangat selamat kerana remedi homeopathy bukan ubat dan selamat untuk diambil bersama-sama ubat-ubatan moden sekiranya ada.

Apakah itu ubat?

Ubat juga di sebut sebagai “a drugs” atau substan yang membantu melegakan sesuatu penyakit. Sebaliknya remedi homeopathy tidak mempunyai “drugs” tetapi remedi homeopathy disediakan secara micro atau nano dose, iaitu dos yang sangat kecil. 98% remedi homeopathy bahan asasnya adalah dari tumbuhan dan bunga-bungaan.

Remedi homeopathy sangat selamat untuk diambil bersama-sama ubat-ubatan moden dan juga sangat selamat untuk ibu-ibu yang mengandung dan kanak-kanak.

Pendekatan Homeopathy Untuk Merawat Jeragat

Remedi homeopathy menunjukkan kesan yang optimistic di dalam kes-kes merawat jeragat yang diterima dari para pembeli. Testimoni yang diberi adalah “genuine” melalui pesanan sms atau Whatsapp yang kami terima.

Keadah homeopathy menawarkan rawatan yang komprehensif, yang akan menangani masalah jeragat dari punca terjadinya jeragat dan membantu membina sistem imuniti dan perkara-perkara yang mengakibatkan jeragat. 

Homeopathy menggangap jeragat sebagai ekperesi luaran sebagai tanda terdapat gangguan sistem tubuh. Homeopathy percaya masalah kulit juga akibat dari ketidakstabilan mineral di dalam tubuh dan perlu di rawat dari puncanya.

Homeopathy merawat jeragat dan didalam masa yang sama merawat keseluruhan sistem tubuh seseorang itu. Remedi homeopathy merawat ketidakseimbangan hormon dan mengawal pengeluaran berlebihan Melanin yang menyebabkan terjadinya jeragat. Proses ini bukan hanya menghilangkan jeragat tetapi kualiti kulit akan menjadi bertambah baik, menghalang terjadinya jeragat baru dan secara semulajadi akan mengembalikan tekstur kulit asal.

Oleh kerana rawatan dalaman adalah penting, maka perubatan homeopathy sangat berbeza dengan perubatan moden. Homeopathy adalah satu-satunya perubatan alternatif yang mempunyai remedi oral (hisap/minum) bagi mengatasi jeragat. Kesan remedi oral seperti Sepia 200, Melasma Free dan Fragaria Vesca 30 sangat-sangat mengujakan ramai pembeli kerana kesannya sangat pantas.

Adalah sangat jarang jeragat kembali terjadi selepas mengambil remedi homeopathy berbanding mengambil rawatan konvensional. Remedi Homeopathy adalah natural, lembut, tidak merbahaya dan mudah diambil. 

Di Amerika Syarikat, FDA telah mengiktiraf homeopathy sebagai mengikut Homeopathic garis panduan Pharmacopeia of the United States.

Adakah Perubatan Homeopathy Mahal?

Jika dilihat pada harga sebagai contoh SET JERAGAT SMF yang berharga RM180. Set ini mengandungi Sepia 200, Melasma Free dan Fragaria Vesca 30. Sepia 200 dan Melasma Free boleh bertahan untuk lebih kurang 2 bulan dan Fragaria untuk 1 bulan ( Set Jeragat SMFF, set ini mempunyai 2 botol Fragaria yang boleh bertahan untuk lebih kurang 2 bulan juga). 

Jika RM180 dibahagi kepada 2 ini bermakna hanya RM90 untuk 1 bulan! 

Adalah tidak benar jika dikatakan set untuk rawatan jeragat mahal.

Selain dari remedi homeopathy, penjagaan kulit dan pengambilan makanan juga perlu diambil kira seperti ;

– Sentiasa mengguna sun block sewaktu berada di bawah panas matahari

– Elakkan mengguna krim kosmetik secara berlebihan

– Elakkan dari mengguna pil perancang

– Lebihkan pengambilan makanan yang mempunyai folic asid seperti sayuran berdaun hijau pekat.

– Elakkan situasi stress

– Minum air dengan secukupnya

Posted on

Set 5RH kaedah berkesan merawat jeragat sukar sembuh

set_5rh

 

Tidak Sabar Nak Cantik Akan Membawa Padah

Jeragat bukan sahaja akan merebak ke kawasan yang setempat tetapi sangat degil untuk dirawat. Pakar kulit yang professional juga tidak lari dari menghadapi masalah menghapus jeragat. Pelbagai kaedah rawatan telah dicuba namum tidak semua kes jeragat berjaya dirawat dengan berjaya.

Jeragat akan terjadi kepada lelaki dan wanita kesemua etnik dan bangsa. Walaubagaimana pun wanita paling kerap terjadi jeragat kerana system tubuh wanita yang kompleks.

Memilih produk yang sesuai juga seperti bermain dadu, jika bernasib baik oklah jika tidak mungkin tidak memberi kesan atau paling malang keadaan akan menjadi semakin teruk.

Begitulah yang terjadi kepada Puan A, yang telah membuat keputusan untuk mendapatkan rawatan laser dari ternama yang mempunyai reputasi yang sangat tinggi dan dikunjungi oleh golongan elit dan artis.

Puan A telah mengambil pakej yang ditawarkan kerana lebih jimat. Pakej ini melibatkan 6 sesi rawatan laser dan rawatan facial. Rawatan pertama, wajahnya ok untuk 3 hari tetapi kembali timbul jeragat selepas 2-3 hari selepas itu, sehinggalah ke rawatan tiga wajahnya seperti keadaan tidak menentu sekejab ada dan sekejab hilang, dah macam iklan biskut.

Puan A tidak berpuas hati sehingga pemilik klinik dan jenama perkhidmatan itu sendiri telah menawarkan untuk merawat Puan A secara peribadi. Malangnya muka Puan A menjadi lebih teruk dari sebelum itu.

Pelbagai ikhtiar termasuk ke saloon untuk menukar kaedah kepada facial treatment yang mengguna krim dan alat-alat elektronik juga gagal.

Kenapa Puan A Gagal ?

Kesalahan yang kerap terjadi ialah memilih cara yang pantas untuk kembali cantik. Tidak ada jalan pantas sebenarnya bagi setiap masalah kesihatan. 

Jeragat juga tidak terjadi didalam masa yang pantas. Jeragat akan terjadi mengikut masalah dan ketidaktentuan system tubuh yang mungkin telah bermula secara perlahan-lahan sejak 10-20 tahun lepas.

Dermal pigmentation atau jeragat dermal adalah berpunca dari pengumpulan melanin berlebihan akibat dari sinaran UVA sejak sekian lama dan menyerap ke dalam lapisan kulit iaitu dermis.

Membuang lapisan atas sahaja bukanlah penyelesaian terbaik kerana melanin yang terkumpul di lapisan dermis kulit akan mengeluarkan melanin berlebihan selepas itu ke permukaan kulit.

Ianya memerlukan rawatan yang dari dalam juga untuk merawatnya.

Bagaimana Pula Rawatan Homeopathy?

Puan A adalah pelanggan Puan Z yang mempunyai sebuah saloon dan Puan Z sendiri telah mengalami jeragat. Puan Z telah mencadangkan rawatan homeopathy seperti yang dia sendiri mengambilnya dan telah berjaya mengatasinya.

Puan A memerlukan set 5RH, Fragaria vesca dan Set Bio-T3 Facial Set yang mempunyai Sabun dan krim yang dibuat dari bahan-bahan organic bunga-bungaan dan minyak pati yang sangat bagus untuk merawat kesan-kesan laser dan memberi kesan kelembapan yang sesuai untuk kulit

 

Kenapa Set 5RH?

Puan A telah menjalani rawatan laser, malangnya kulit Puan A tidak serasi dan mengalami kesan jeragat yang semakin teruk selepas itu. 5RH adalah set komprehensif yang merawat secara holistic. Secara holistic ialah mengambil hanya satu remedy di dalam satu masa. Walaubagaimana pun kini terdapat 5RH di dalam satu botol untuk memudahkan pengambilannya untuk wanita yang terlalu sibuk.

Jeragat Puan A berpunca dari sinaran UVA yang “bertapa” sejak sekian lama dilapisan dermis (lapisan dalam kulit) dan jeragat timbul selepas pengeluaran melanin yang banyak dicetus oleh pelbagai sebab seperti perubahan hormon, kekurangan folik asid, pengambilan pil perancang, penggunaan ubat-ubatan untuk kecantikkan dan stress.

Rawatan laser hanya membuang lapisan atas sahaja, sedangkan melanin masih aktif dihasilkan dengan banyak. Ini seolah-olah seperti menebang pokok keladi dibahagian daun sahaja tetapi akarnya tidak dibuang. Lama kelamaan daun baru akan tumbuh. Agak mengecewakan kerana setelah bersakit-sakit sewaktu rawatan laser, hasilnya muka semakin teruk.

 

Pendekatan Secara Homeopathy

Kaedah rawatan secara Homeopathy telah mendapat sambutan yang sangat hangat kerana konsepnya merawat dari akar umbi permasalahan jeragat itu. Selain dari selamat, boleh dikatakan pendekatan homeopathy untuk menghapus jeragat sangat berbeza dengan kaedah perubatan moden. 

Kebiasaannya wanita yang mengalami masalah jeragat ialah berpunca dari perubahan hormon. Kehamilan yang agak kerap akan menjadikan melasma semakin menebal dari kehamilan pertama sehingga yang seterusnya.

Maka kaedah homeopathy ialah merawat puncanya iaitu masalah hormon. Remedi yang paling sesuai untuk membantu menstabilkan hormon ialah SEPIA 200 dan MELASMA FREE. Masalah hormon adalah bersesuaian dengan umur Puan A yang sudah berumur 47 tahun.

 

Tiga lagi remedy di dalam set tersebut ialah untuk mengatasi pelbagai bentuk jenis jeragat kerana jeragat terbentuk mengikut paten seperti;

– 63% melasma akan terjadi sekitar hidung dan dagu

– 21% di atas pipi, hidung dan sekitar muka

– 16% biasanya akan terjadi di bawah rahang

 

Oleh kerana Puan A sudah melakukan rawatan laser maka proses untuk “membaikpulih” agak memakan masa. Kini jeragat Puan A telah pudar 80% selepas 45 hari dan berharap akan pulih sepenuhnya selepas 90 hari.

Proses “membaikpulih” yang perlu dilakukan agak berat kerana, remedy terpaksa mengimbangkan hormon, mengawal pengeluaran melanin berlebihan, membina sel kulit baru dan memberi nutrisi serta menambah kelembapan ke kulit yang menjadi kering kerana rawatan laser.

Homeopathy sesekali tidak menolak kaedah perubatan moden tetapi memberi alternative kepada rawatan moden sekiranya rawatan moden gagal untuk memberi keserasian kepada pesakit. 

Posted on

Ramai yang tension jeragat tidak sembuh

jeragat dan laser

Ramai yang tension dan binggung kerana jeraga tidak sembuh.Faktornya kerana mereka tiada ilmu tentang terjadinya jeragat dan terpengaruh dengan iklan-iklan produk yang berlambak dipasaran yang mendakwa boleh menyembuh jeragat dalam masa singkat.

Bayangkan ada yang habis beribu-ribu ringgit dan ada berpuluh ribu ringgit kerana ingin merawat jeragat tetapi tidak sembuh.Rawatan laser dah buat,pengelupasan dah buat tetapi semuanya hampa dan kecewa.

Sebenarnya 90% punca jeragat adalah disebabkan faktor dalaman seperti masalah hormon tidak stabil,penggunaan makanan tambahan berasaskan hormon,masalah penggunaan pil perancang,masalah penghadaman,gentik dan lain-lain lagi adalah faktor penyebab jeragat yang terbesar. Hanya 10% sahaja jeragat terjadi disebabkan masalah cuaca.

Oleh itu bagaimana krim dan sabun sahaja boleh merawat jeragat? Tanpa anda mengambil dan merawatnya daripada dalam.Rawatan dalaman juga memerlukan ilmu pengetahuan dan pemilihan bahan yang sesuai.Bukan main hentam kromo sahaja seperti mengambil ubat-ubatan kimia, makanan tambahan yang tercemar dengan hormon dan makanan tambahan yang mengandungi colagen tiruan serta penggunaan vitamin C dan E yang berlebihan.

Seperti yang sudah dibincangkan sebelum ini,penggunaan laser bukan semuanya sesuai dan ianya bersifat sementara sahaja dan jeragat akan kembali beberpa minggu atau bulan kemudiaan. Begitu juga kaedah pengelupasan dan sebagainya.Anda boleh cari artikel-artikel terdahulu diweb ini.

Sudah jelas,jika anda kurang jelas kaedah rawatan jeragat yang sesuai anda boleh baca disini <—— kilk sini