Posted on Leave a comment

Kesan Sampingan Rawatan Laser membuang jeragat

.

 

 

Kesan Sampingan Rawatan Laser . Rawatan laser yang juga dikenali sebagai Cosmetic lasers adalah prosedur rawatan facial yang sangat intensif dan menyakitkan. Terdapat , , , , membuang ketuat dan juga tattoo.

Diode lasers adalah kaedah yang paling kerap digunakan oleh pusat rawatan kecantikkan dan pakar kulit untuk membuang dan rerambut.

Setiap rawatan laser mempunyai kesan sampingan (side effects), di bawah ini ialah 12 kesan sampingan yang mungkin anda alami jika membuat rawatan laser.

 

1. Kesakitan

Kesakitan selepas membuat rawatan laser adalah tidak seberapa jika dibandingkan sewaktu kulit anda dibakar laser. Krim anesthetics biasanya akan digunakan untuk mengurangkan kesakitan seberapa banyak yang boleh, tetapi kesakitan atau rasa tidak selesa masih terasa. Bagi rawatan yang lebih mendalam, doktor mungkin akan memberi ubat tahan sakit (pain killer). Ia juga melibatkan kesakitan “mental” sementara kulit kembali sembuh.

 

2. Kulit kemerahan, membengkak dan gatal

Ini adalah kesan sampingan paling biasa selepas membuat rawatan laser. Kemerahan (erythema), membengkak malah terasa gatal-gatal mungkin akan berkurangan selepas beberapa hari, tetapi kesan “merah jambu” akan kelihatan untuk beberapa minggu.

 

,

Rawatan laser sebagaimana kita tahu, ia akan “mengikis” kulit anda untuk membuang kesan yang tidak dikehendaki. Tidak hairanlah jika kulit akan menjadi lebih sensitif kepada sinaran matahari. Selepas membuat rawatan laser anda seharusnya tidak berjemur dibawah sinar terik matahari dan mengguna krim perlindungan sinaran matahari yang sesuai. Jika tidak kulit anda akan mengalami kerosakkan “photo damage”

 

Bukan semua orang sesuai untuk membuat rawatan laser. Biasanya laser akan menjadikan kulit yang agak gelap atau berkulit gelap, menjadi hypo- atau kulit menjadi seperti melepuh keputihan (seperti parut dari kesan terbakar), terdapat juga pesakit itu kulitnya menjadi hyperpigmentation atau kulit akan menjadi lebih kehitaman. Kulit orang Asia akan lebih menjurus kepada hyperpigmentation. Kebanyakkan prosedur rawatan laser untuk membuang jeragat, kesan selepas rawatan laser akan menjadikan kulit lebih menghitam sebelum kesan penyembuhan terjadi.

 

Bergantung kepada jenis rawatan laser yang anda buat, kesan lebam adalah salah satu kesan sampingan yang mungkin akan terjadi. Kesan lebam terjadi akibat saluran darah dibawah kulit telah bocor, biasanya kesan lebam ini akan hilang selepas beberapa hari.

 

6. Kulit tidak sekata warnanya (demarcation line)

Bayangkan kulit muka anda separuh berwarna cerah dan separuh lagi agak gelap, ini terjadi apabila terdapat kawasan dimuka anda yang tidak dibuat rawatan laser akan kekal pada tona asal kulit anda tetapi sebaliknya bagi kulit yang sudah dilaser. Agak sukar untuk mendapat tona sekata selain membuat rawatan laser ke seluruh muka atau mengguna krim bertoksik untuk menecerahkan keseluruhan muka anda.

 

7. Jangkitan

Jangkitan kuman agak jarang terjadi tetapi jika terjadi ia agak menyakitkan dan agak sukar sembuh. Kebanyakkan doktor akan memberi krim antibiotic atau ubat antibiotic selepas rawatan laser untuk menghalang jangkitan terjadi terutama kepada rawatan laser yang mendalam ke dalam kulit.

 

8. Berparut

Agak lucukan , terdapat rawatan laser untuk membuang parut tetapi sebaliknya salah satu kesan sampingan rawatan laser ialah berparut. Setiap rawatan yang “merosakkan kulit untuk kelihatan cantik” akan terdapat risiko untuk berparut. Terjadinya parut kerap kali bergantung kepada jenis kulit, sama ada kulit yang mudah berparut atau atau keloids (parut yang bertindih) risiko untuk berparut adalah sangat besar.

 

9. Kesan melepuh, berkuping dan bersisik

 

10. Kehilangan lemak

Apabila lemak terutama di muka (facial) telah hilang, wajah seseorang itu akan kelihatan suram (gaunter). Jika ini terjadi tidak ada rawatan yang akan menjadikan menterbalikkan kehilangan lemak tersebut.

 

11. Masalah kulit yang berulang-ulang

Masalah ini terjadi apabila laser akan merosakkan saluran darah anda, tetapi rawatan laser tidak boleh menghalang kulit anda membina lebih banyak saluran darah.

 

12. Breakout

“Breakout” atau kulit akan menjadi lebih melarat apabila, kulit sedang di dalam proses penyingkiran bahan-bahan yang tidak diingini. Ini kerap terjadi selepas membuat rawatan laser, penggunaan krim untuk melegakan kesan rawatan laser tadi. Kesan ini kerap terjadi apabila terdapat jerawat yang aktif atau kulit yang sensitif sewaktu menjalani rawatan laser.

Selain kesan sampingan yang bakal anda hadapi, rawatan laser untuk membuang jeragat juga sangat mahal kosnya. Anda mungkin akan kehilangan ribuan ringgit tetapi kesan yang diharapkan hanya cerita kosong sahaja.

Anda juga perlu sentiasa ingat fakta ini, laser adalah membakar dan boleh memotong besi sekalipun pada kadar tertentu. Oleh itu jika kulit yang amat lembut itu dirawat mengguna laser kesannya lebih banyak yang buruk dari yang baik.

Inginkan konsultasi jeragat sila,wasap kode ke 0123400557 kerana tiap orang tidak sama remedy bergantung pada masalah dan simptom atau klik terus link ini untuk wasap http://biochemic.wasap.my