Posted on

Berjeragat beli produk mahal pun tak menjadi

Berjeragat beli produk mahal pun tak menjadi

Kena faham apa itu jeragat? Jeragat adalah masalah kulit tetapi berbeza dengan masalah kulit seperti jerawat ataupun eczema.

Jeragat sangat komplek tetapi akan mudah diatasi jika memahami punca sebenar sehingga jeragat tumbuh.

Jeragat secara mudah di fahami terdapat 2 keadaan:
1. 100% terjadi di bawah kulit. Tidak terasa kesan kasar akibat jeragat. Penggunaan krim adalah sia-sia sahaja
2. Terjadi di bawah dan di atas kulit. Jika disentuh akan terasa kulit sedikit kasar.

Jeragat juga mempunyai 2 keadaan :
1. Langsung tidak gatal, 90 % mereka yang alami jeragat tidak merasa gatal-gatal
3. Kadang-kadang terasa gatal-gatal.

Punca utama

Punca utama terjadi jeragat ialah kerana sinar uv yg berkumpul di bawah kulit dan penghasilan pigmen hitam berlebihan akan mencetus pigmen hitam ini timbul di kulit muka. Selain uv pengambilan pil perancang, penggunaan kosmetik pengelupasan dan masalah hormon juga menjadi penyumbang kepada masalah jeragat.

Peningkatan umur, pra menopos dan menopos juga antara faktor jeragat yang terbenam di bawah kulit mula timbul.

Homeopathy & Biochemic sangat berjaya merawat jeragat

Homeopathy & biochemic adalah perubatan alternatif yang berusia lebih 200 tahun yang mementing kaedah rawatan punca kepada masalah bukan hanya rawat masalah atau jeragat.

Sepia 200, Fragaria dan Melasma Free (set SMF) adalah gabungan remedi yang sangat hebat merawat dan telah beribu orang yang membeli set ini memberi feedback yang sangat positif.

Kesan sepantas 2 minggu memudarkan jeragat dan seterusnya melicinkan kulit selepas itu. Kesannya boleh dikatakan kekal kecuali seseorang itu kerap berjemur tanpa mengguna sunblock, mengguna cream pengelupasan dan tidak diet & senaman dengan konsisten.

Homeopathy & biochemic adalah sains perubatan yang selamat dan efektif untuk menghalang proses pigmentasi terus menerus timbul di muka.

Sekiranya keserasian dan cara pengambilan remedi secara teratur, jeragat akan berkurangan atau mungkin terus pudar selepas beberapa minggu

Posted on

Bagaimana mengatasi jeragat atau melasma?

Apa itu melasma?

Melasma adalah masalah kulit biasa . Keadaan ini menyebabkan kulit berwarna gelap,betompok-tompok dan berubah warna pada kulit anda.

Ia juga dikenali sebagai jeragat,chloasma, atau “topeng kehamilan,” apabila ia berlaku pada wanita hamil. Keadaan ini lebih biasa pada wanita daripada lelaki, walaupun lelaki juga boleh mendapatkannya. Menurut American Academy of Dermatology, 90 peratus orang yang mengalami masalah melasma,jeragat adalah kaum wanita.

GEJALA
Gejala melasma

Melasma menyebabkan perubahan warna. Tompok-tompok kulit menjadi lebih gelap daripada warna kulit asal. Ia biasanya berlaku di muka dan bersifat simetri, dengan tanda yang hampir sama pada kedua-dua belah muka. Bahagian lain badan anda yang sering terdedah kepada matahari juga boleh menyebabkan jeragat atau melasma.

Tompok berwarna coklat biasanya muncul pada:

  • pipi
  • dahi
  • batang hidung
  • dagu

Ia juga boleh berlaku pada leher dan lengan bahagian bawah. Perubahan warna kulit tidak menyebabkan kecacatan fizikal, tetapi anda berasa tertekan kerana muka menjadi comot dan tidak menarik. Jeragat juga merosakkan penampilan kejelitaan anda

Sekiranya anda melihat tanda-tanda jeragat atau melasma ini, sila rujuk pada pakar biochemic atau dermatologi. Penggunaan krim,kosmetik dan laser untuk menutup melasma akan menambah buruk lagi melasma anda pada akhirnya. Kebanyakan mereka tidak tahu bahawa melasma atau jeragat tidak dapat dirawat dengan kaedah krim,serum,laser dan lain-lain kerana punca melasma bukan berpunca daripada luaran tetapi dalaman.

Punca dan faktor risiko melasma

Tidak dapat dipastikan dengan jelas yang menyebabkan melasma. Individu berkulit gelap lebih berisiko berbanding dengan kulit yang saksama. Kepekaan estrogen dan progesteron juga dikaitkan dengan keadaan ini. Ini bermakna pil kawalan kehamilan, kehamilan, dan terapi hormon semuanya boleh mencetuskan melasmaTekanan (stress) dan penyakit tiroid juga dianggap sebagai penyebab melasma.

Selain itu, pendedahan cahaya matahari boleh menyebabkan melasma kerana sinar ultraviolet mempengaruhi sel-sel yang mengawal pigmen (melanosit).

 
DIAGNOSIS
Bagaimanakah melasma didiagnosis?

Pemeriksaan visual kawasan yang terjejas selalunya cukup untuk mendiagnosis melasma. Untuk mengetepikan sebab tertentu, profesional penjagaan kesihatan anda mungkin juga melakukan beberapa ujian soalan secara lisan dengan bertanya sejarah pemakanan,diet dan faktor alat kosmetik dan lain-lain.

Satu teknik ujian adalah pemeriksaan lampu Wood . Ini adalah jenis cahaya khas yang dipegang oleh kulit anda. Ia membolehkan profesional penjagaan kesihatan anda untuk memeriksa jangkitan bakteria dan kulat dan menentukan berapa banyak lapisan kulit melasma yang memberi kesan. Untuk memeriksa apa-apa keadaan kulit yang serius, mereka mungkin juga melakukan biopsi . Ini melibatkan mengeluarkan sekeping kecil kulit yang terjejas untuk ujian.

 

Adakah melasma atau jeragat boleh dirawat?

Bagi sesetengah wanita, melasma hilang sendiri. Ini biasanya berlaku apabila ia disebabkan oleh kehamilan atau pil kawalan kelahiran.

Terdapat krim profesional penjagaan kesihatan anda boleh menetapkan yang boleh merawat sementara kulit. Pakar kulit juga kadangkala memberi steroid topikal untuk membantu meringankan kawasan yang terjejas. Jika ini tidak berfungsi, pengelupasan kulit secara kimia , dermabrasion , dan microdermabrasion adalah pilihan yang mungkin. Rawatan ini melicinkan lapisan atas kulit dan boleh membantu meringankan patch gelap.

Prosedur ini tidak menjamin bahawa melasma tidak akan kembali, dan beberapa kes melasma tidak dapat disembuhkan sepenuhnya. Anda mungkin perlu kembali untuk lawatan susulan dan menjalani amalan rawatan kulit tertentu untuk mengurangkan risiko melasma yang kembali. Ini termasuk meminimumkan pendedahan cahaya matahari dan memakai pelindung matahari setiap hari.

Menangani melasma atau jeragat

Walaupun tidak semua kes melasma akan diberikan rawatan, ada perkara yang boleh anda lakukan untuk memastikan keadaan tidak menjadi lebih buruk dan meminimumkan penampilan perubahan warna. Ini termasuk:

  • menggunakan alat solek untuk menutup kawasan perubahan warna tetapi pilih yang organik. Penggunaan bahan kimia akan menyebabkan melasma anda bertambah teruk.
  • mengambil ubat yang ditetapkan seperti ubat biochemic atau homeopathy yang berkesan dan bebas kesan sampingan.
  • memakai pelindung matahari setiap hari dengan SPF 30.
  • memakai topi berlapis lebar yang melindungi atau memberikan naungan untuk wajah anda.

Memakai pakaian pelindung sangat penting jika anda berada di bawah sinar matahari untuk jangka masa yang lama.

Jika anda sedar tentang melasma anda, berbincang dengan penyedia penjagaan kesihatan anda tentang kumpulan sokongan atau kaunselor tempatan. Pertemuan dengan pakar atau orang atau bercakap dengan seseorang boleh membuat anda berasa lebih baik.

Ingin rundingcara remedy bichemic yang sesuai dengan masalah jeragat anda boleh klik sini untuk wasap dibawah

klik sini image whatsapp diatas atau klik ===>>> https://goo.gl/P2tzVt

 

 

 

Posted on

Kulit Berjeragat?, Salahkan Hormon Anda Kerana Haid Tidak Teratur

menopause dan jeragat

Menghadiri kuliah akan menambah paras tekanan yang menimbulkan situasi stress.

Sewaktu tubuh mengalami stress yang kronik, seperti mengalami keletihan adrenal, tubuh secara spontan akan mengguna pregnenolone untuk menghasil cortisol dengan lebih banyak. Sewaktu proses ini terjadi tubuh akan mengurangkan pengeluaran hormon untuk seksual. Bagi wanita, kesan ini akan mengakibatkan kekurangan pengeluaran hormon testosterone (yang akan menjadikan wanita itu hilang minat seksual atau rendah libido). Kekurangan hormon testosterone akan menjadikan hormon estrogen sebagai hormon dominasi, dan ini ialah punca terjadinya jeragat akibat stress. Peningkatan hormon estrogen akan menambah kuantiti MSH yang akan mengakibatkan terjadinya jeragat atau melasma.MSH atau melanocyte-stimulating hormones, MSH adalah punca terjadinya jeragat apabila hormon ini merangsang pengeluaran melanin. Pengeluaran melanin dengan begitu banyak akan menyebabkan kulit menjadi lebih gelap atau dipanggil jeragat atau melasma.

Hormon mempunyai kesan yang amat penting untuk kesihatan setiap wanita. Hormon seksual wanita, estrogen dan progesterone sangat penting untuk kesuburan sistem reproduksi wanita, ianya melibatkan kitaran haid sehingga ke proses wanita itu mengandung sehingga menopause. Hormon juga mempengaruhi emosi, paras tenaga, berat badan, mood dan sehingga kepada masalah kulit pun akan terjadi akibat dari masalah hormon seperti terjadinya jeragat dan jerawat.

Rawatan yang biasa dipreskripsi oleh perubatan moden untuk masalah kitaran haid ialah;

  • Pil kawalan hormon kelahiran atau pil perancang (contraceptive pills)
  • Pil tahan sakit seperti ibuprofen painkillers
  • Hormon sintetik seperti Progestogens
  • Ubat-ubatan Haemostatic

Ubat-ubatan ini sangat-sangat membantu untuk memberi kelegaan segera kepada penderita masalah ketidaktentuan kitaran haid, tetapi di dalam masa yang sama akan memberi kesan sampingan di dalam tempoh jangkamasa yang panjang seperti jeragat apabila berhenti mengambil ubat-ubatan tersebut. Kita tidak menolak perubatan moden secara total, tetapi pengambilan ubat-ubatan moden di dalam jangkamasa yang lama akan menjadikan seseorang itu ketagih dan bergantung kepada ubat-ubat itu sepanjang hayatnya. Perlu diingat sekiranya kesakitan yang teruk dan tidak tertanggung, maka perubatan moden mampu membantu dan selepas itu bolehlah mengambil perubatan alternatif terutama homeopathy, kerana perubatan homeopathy selamat untuk diambil di dalam jangkamasa yang lama dan tidak menimbulkan ketagihan.

Setelah kesan sampingan ini diketahui ramai, maka tidak hairanlah wanita kini yang semakin terpelajar dan sudah mempunyai akses yang luas mengenai kesan baik dan buruk perubatan moden telah mula mencari perubatan alternatif yang lebih mesra kepada tubuh mereka

Di Negara maju seperti di Amerika Syarikat dan Eropah telah lama mempraktik perubatan alternatif seperti homeopathy, ayurvedic dan perubatan yang berasaskan resipi perubatan purba untuk merawat pelbagai jenis penyakit.

Queen Elizabeth sendiri mengguna perubatan homeopathy sebagai amalan harian dan beliau mempunyai doktor pakar homeopathy yang bertugas di Istana Buckingham untuk merawat Queen of England sekiranya beliau jatuh sakit, mungkin itu adalah rahsia beliau dapat bertahan memerintah England sehingga kini (dengan izin Allah).

Masalah Haid Dan Perubatan Homeopathy

Remedi homeopathy biochemic di lihat sangat berjaya merawat masalah haid (menstrual disorder), seperti journal dan laporan yang diterbitkan oleh pakar-pakar homeopathy di seluruh dunia. Malah perubatan homeopathy mempunyai kajian yang agak maju dan mempunyai senarai remedi yang panjang untuk pelbagai simptom masalah haid termasuk merawat jeragat di dalam masa yang sama. Remedi utama untuk pelbagai masalah wanita seperti masalah haid ialah Sepia, dan merupakan remedi utama untuk merawat jeragat. Selain dari Sepia, remedi yang sangat membantu untuk di ambil bersama-sama ialah Pulsatilla, Ashwagandha Q Drop, Tunera Q Drop, Cal carb, Chamomilla, Colocynthis, Lachesis, Lycopodium, Nat Mur, Fragaria Vesca, Dandelion dan beberapa remedi lain lagi. Untuk mendapatkan remedi yang sesuai anda perlu menjawab beberapa soalan mudah untuk saya mengenal pasti remedi dan set yang terbaik untuk anda.

Sebagai contoh remedi yang paling kerap dicadangkan ialah Sepia 200, Melasma Free dan Fragaria Vesca.

Sepia 200 adalah remedi paling utama bagi masalah jeragat akibat haid tidak teratur (menstrual disorder) dan berkaitan masalah hormon yang melibatkan wanita-wanita berumur.

Sepia 200 adalah remedi homeopathy dan biochemic yang mengguna kaedah campuran dos nano untuk menstimulasi sistem immun dan pertahanan tubuh. Sepia 200 merawat pelbagai penyakit dan kebanyakkan melibatkan sistem reproduksi wanita.

Sepia 200 sangat berjaya menjadi remedi utama untuk mengatasi masalah jeragat dikalangan wanita. Sepia 200 bertugas memembaiki tisu-tisu dan sel -sel kulit yang mati, menyingkirkan kesan jeragat dan bintik-bintik hitam diwajah secara dalaman. Sepia 200 juga sungguh lembut tindakannya tanpa menyebabkan kesan pengelupasan yang akan menipiskan kulit. Selain itu sepia 200 memberi nutrisi yang baik untuk kesihatan kulit. Memperbaiki struktur kulit yang rosak dan mengembalikan tekstur kulit yang lebih baik.

Sepia adalah remedy homeopathy dan biochemic yang mengaitkan semua masalah gangguan hormon (hormone imbalance), terutama yang terjadi kepada wanita melepasi umur 40 an yang akan terjadi perubahan di kulit seperti melasma,hyperpigmentation dan blackhead. Ketiga-ketiga masalah tersebut adalah berbentuk jeragat kehitaman atau coklat yang mencacat penampilan muka seseorang wanita tersebut.

Sepia juga sering digunakan untuk mengatasi masalah gynecological seperti sindrom pra-haid, kesakitan atau darah haid yang terlalu banyak, “hot flashes”, emosi dan fizikal semasa dan selepas hamil, jangkitan candida dan uterus yang jatuh.

Lain-lain khasiat dan kegunaan Sepia 200

Pengamal homeopathy akan memilih Sepia 200 untuk pesakit yang mempunyai simptom sikap tidak peduli dan kerap berubah mood. Simptom jerawat, kepenatan melampau, otot-otot yang lemah, penghadaman yang tidak baik, mengalami gas dan sakit perut, pening kepala, loya, terasa tubuh melayang, rambut gugur, jeragat dan kerap berpeluh.

Melasma free – Untuk membantu menambah nutrisi ke kulit dan membantu sistem tubuh untuk membina sel-sel kulit baru. Melasma Free juga akan membantu menguatkan sistem antibodi tubuh untuk memperkuatkan sistem “auto healing” bagi mengatasi pelbagai masalah kesihatan.

Kini anda tidak boleh menyalahkan hormon anda semata-mata kerana terdapat remedi-remedi yang selamat, lembut, boleh diharapkan dan berkesan untuk membantu hormon anda kembali stabil. Anda perlu mengawal stress dan mengamalkan gaya kehidupan yang sihat untuk mendapat kesan optimal dari remedi dan set jeragat yang sangat berkesan ini.

Ingin mendapatkan konsultasi remedy yang sesuai dengan jeragat anda. Sila wasap kode JERAGAT KE +60123400557

Posted on

Set 5RH kaedah berkesan merawat jeragat sukar sembuh

set_5rh

 

Tidak Sabar Nak Cantik Akan Membawa Padah

Jeragat bukan sahaja akan merebak ke kawasan yang setempat tetapi sangat degil untuk dirawat. Pakar kulit yang professional juga tidak lari dari menghadapi masalah menghapus jeragat. Pelbagai kaedah rawatan telah dicuba namum tidak semua kes jeragat berjaya dirawat dengan berjaya.

Jeragat akan terjadi kepada lelaki dan wanita kesemua etnik dan bangsa. Walaubagaimana pun wanita paling kerap terjadi jeragat kerana system tubuh wanita yang kompleks.

Memilih produk yang sesuai juga seperti bermain dadu, jika bernasib baik oklah jika tidak mungkin tidak memberi kesan atau paling malang keadaan akan menjadi semakin teruk.

Begitulah yang terjadi kepada Puan A, yang telah membuat keputusan untuk mendapatkan rawatan laser dari ternama yang mempunyai reputasi yang sangat tinggi dan dikunjungi oleh golongan elit dan artis.

Puan A telah mengambil pakej yang ditawarkan kerana lebih jimat. Pakej ini melibatkan 6 sesi rawatan laser dan rawatan facial. Rawatan pertama, wajahnya ok untuk 3 hari tetapi kembali timbul jeragat selepas 2-3 hari selepas itu, sehinggalah ke rawatan tiga wajahnya seperti keadaan tidak menentu sekejab ada dan sekejab hilang, dah macam iklan biskut.

Puan A tidak berpuas hati sehingga pemilik klinik dan jenama perkhidmatan itu sendiri telah menawarkan untuk merawat Puan A secara peribadi. Malangnya muka Puan A menjadi lebih teruk dari sebelum itu.

Pelbagai ikhtiar termasuk ke saloon untuk menukar kaedah kepada facial treatment yang mengguna krim dan alat-alat elektronik juga gagal.

Kenapa Puan A Gagal ?

Kesalahan yang kerap terjadi ialah memilih cara yang pantas untuk kembali cantik. Tidak ada jalan pantas sebenarnya bagi setiap masalah kesihatan. 

Jeragat juga tidak terjadi didalam masa yang pantas. Jeragat akan terjadi mengikut masalah dan ketidaktentuan system tubuh yang mungkin telah bermula secara perlahan-lahan sejak 10-20 tahun lepas.

Dermal pigmentation atau jeragat dermal adalah berpunca dari pengumpulan melanin berlebihan akibat dari sinaran UVA sejak sekian lama dan menyerap ke dalam lapisan kulit iaitu dermis.

Membuang lapisan atas sahaja bukanlah penyelesaian terbaik kerana melanin yang terkumpul di lapisan dermis kulit akan mengeluarkan melanin berlebihan selepas itu ke permukaan kulit.

Ianya memerlukan rawatan yang dari dalam juga untuk merawatnya.

Bagaimana Pula Rawatan Homeopathy?

Puan A adalah pelanggan Puan Z yang mempunyai sebuah saloon dan Puan Z sendiri telah mengalami jeragat. Puan Z telah mencadangkan rawatan homeopathy seperti yang dia sendiri mengambilnya dan telah berjaya mengatasinya.

Puan A memerlukan set 5RH, Fragaria vesca dan Set Bio-T3 Facial Set yang mempunyai Sabun dan krim yang dibuat dari bahan-bahan organic bunga-bungaan dan minyak pati yang sangat bagus untuk merawat kesan-kesan laser dan memberi kesan kelembapan yang sesuai untuk kulit

 

Kenapa Set 5RH?

Puan A telah menjalani rawatan laser, malangnya kulit Puan A tidak serasi dan mengalami kesan jeragat yang semakin teruk selepas itu. 5RH adalah set komprehensif yang merawat secara holistic. Secara holistic ialah mengambil hanya satu remedy di dalam satu masa. Walaubagaimana pun kini terdapat 5RH di dalam satu botol untuk memudahkan pengambilannya untuk wanita yang terlalu sibuk.

Jeragat Puan A berpunca dari sinaran UVA yang “bertapa” sejak sekian lama dilapisan dermis (lapisan dalam kulit) dan jeragat timbul selepas pengeluaran melanin yang banyak dicetus oleh pelbagai sebab seperti perubahan hormon, kekurangan folik asid, pengambilan pil perancang, penggunaan ubat-ubatan untuk kecantikkan dan stress.

Rawatan laser hanya membuang lapisan atas sahaja, sedangkan melanin masih aktif dihasilkan dengan banyak. Ini seolah-olah seperti menebang pokok keladi dibahagian daun sahaja tetapi akarnya tidak dibuang. Lama kelamaan daun baru akan tumbuh. Agak mengecewakan kerana setelah bersakit-sakit sewaktu rawatan laser, hasilnya muka semakin teruk.

 

Pendekatan Secara Homeopathy

Kaedah rawatan secara Homeopathy telah mendapat sambutan yang sangat hangat kerana konsepnya merawat dari akar umbi permasalahan jeragat itu. Selain dari selamat, boleh dikatakan pendekatan homeopathy untuk menghapus jeragat sangat berbeza dengan kaedah perubatan moden. 

Kebiasaannya wanita yang mengalami masalah jeragat ialah berpunca dari perubahan hormon. Kehamilan yang agak kerap akan menjadikan melasma semakin menebal dari kehamilan pertama sehingga yang seterusnya.

Maka kaedah homeopathy ialah merawat puncanya iaitu masalah hormon. Remedi yang paling sesuai untuk membantu menstabilkan hormon ialah SEPIA 200 dan MELASMA FREE. Masalah hormon adalah bersesuaian dengan umur Puan A yang sudah berumur 47 tahun.

 

Tiga lagi remedy di dalam set tersebut ialah untuk mengatasi pelbagai bentuk jenis jeragat kerana jeragat terbentuk mengikut paten seperti;

– 63% melasma akan terjadi sekitar hidung dan dagu

– 21% di atas pipi, hidung dan sekitar muka

– 16% biasanya akan terjadi di bawah rahang

 

Oleh kerana Puan A sudah melakukan rawatan laser maka proses untuk “membaikpulih” agak memakan masa. Kini jeragat Puan A telah pudar 80% selepas 45 hari dan berharap akan pulih sepenuhnya selepas 90 hari.

Proses “membaikpulih” yang perlu dilakukan agak berat kerana, remedy terpaksa mengimbangkan hormon, mengawal pengeluaran melanin berlebihan, membina sel kulit baru dan memberi nutrisi serta menambah kelembapan ke kulit yang menjadi kering kerana rawatan laser.

Homeopathy sesekali tidak menolak kaedah perubatan moden tetapi memberi alternative kepada rawatan moden sekiranya rawatan moden gagal untuk memberi keserasian kepada pesakit. 

Posted on

Rawatan jeragat atau melasma dengan berkesan

melasma

Rawatan jeragat atau melasma dengan berkesan

Ada kalanya wanita dan lelaki yang berhadapan dengan masalah jeragat atau melasma dan ingin  mencari pilihan rawatan secara semula jadi .

Terjadi masalah jeragat atau melasma atau hyperpigmentation boleh disebabkan oleh keturunan, hormon atau ubat. Masalah ini boleh menyebabkan keadaan muka akan bertompok gelap di muka anda atau beberapa bahagian lain badan anda.

Jeragat akan menyebabkan keadaan kulit bertompok coklat kelihatan yang mula muncul di muka. Ia mungkin akan kelihatan pada pipi anda, dahi dan dagu dan boleh terjadi disekitar hidung.

Ia juga boleh terjadi semasa mengandung yang disebabkan oleh hormon. 

Antarai tip daripada beberapa pakar dalam menggunakan rawatan semula jadi melasma atau jeragat.

Sebagai contoh, anda boleh cuba mencairkan cuka dalam segelas air dan menggunakan penyelesaian untuk membersihkan muka anda. Benarkan muka anda ke udara kering, sekali gus membolehkan ia untuk mengelak dalam beberapa kelembapan. Manfaat utama cuka adalah bahawa ia adalah asid asetik kimia – menjadikannya peluntur kuat; serta mempunyai kesan membuat kulit kelihatan lebih licin dan lebih berseri.

Salah satu daripada rawatan jeragat atau melasma yang semulajadi dan berkesan adalah dengan menggunakan kaedah rawatan homeopathi dan biochemic. Ia lebih selamat dan kejayaan yang dilaporkan adalah 99% berkesan.

0

Your Cart