Posted on

Set SMF Selamatkan Ribuan Ringgit Merawat Jeragat sukar sembuh

fragaria

Set SMF Selamatkan Ribuan Ringgit

 

Jeragat walaupun kadang-kadang tidak gatal (ada yang gatal-gatal) dan sakit, tetapi mampu menjadikan seorang individu itu menjadi “down” tidak bersemangat dan hilang kenyakinan diri.

Satu ketika dulu Puan Z (minta di rahsiakan namanya) seorang yang cantik, kulit flawless dan “hot” di kalangan kawan-kawannya. Pemilik saloon kecantikkan yang setiap hari akan berjumpa dengan orang ramai untuk kecantikkan.

Kini umurnya sudah meningkat ke 45 tahun, secara beransur-ansur kesan-kesan seakan-akan coklat kehitaman mula timbul di pipi kiri dan kanan, sedikit di atas bibir dan hidung. Semakin lama kesan-kesan pigmentasi tersebut mula terang dan jelas.

Menambahkan lagi tekanan yang sedia ada si  suami dan kawan-kawan pun mula menegur mengenai kesan coklat kehitaman yang semakin menjadi-jadi. Paling memeningkan kepala Puan Z ialah nasihat “para pakar” tidak bertauliah untuk mengguna produk itu dan dan ini , sehinggalah ada yang mencadangkan rawatan laser atau chemical bleaching untuk menghapus jeragat dimuka.

Puan Z yang mempunyai saloon kecantikkan telah mencuba pelbagai krim, serum dan malah mengguna mesin-mesin yang seringkali digunakan untuk pelanggannya di saloon beliau. Malangnya kulit luaran terasa gebu tetapi kesan jeragat masih ada.

Keharmonian Rumah Tangga Pun Goyah Akibat Jeragat

Kecewa, rasa rendah diri dan hilang minat untuk berkerja telah menguasai diri Puan Z. Kini Puan Z tidak lagi berurusan dengan para pelanggannya , hanya kakitangan Puan Z sahaja yang menguruskan saloon tersebut.

Semuanya kelihatan sangat tidak memihak kepada Puan Z. Suami Puan Z pun mula risau melihat perubahan Puan Z yang agak murung, hilang mood dan asyik termenung sahaja. 

Kerana risaukan  Puan Z, suaminya berikhtiar dan mula google di internet mengenai pilihan rawatan jeragat.

Di internet ada menawarkan rawatan laser, produk pengelupasan kulit, sabun kolagen dan juga rawatan homeopathy. Suami Puan Z lebih berminat dengan rawatan laser dan pengelupasan kulit yang menjanjikan kesan sepantas 7 hari.

Apabila terpandang kosnya bermula dari RM500-800 setiap kali rawatan dan perlu untuk sekurang-kuranga 5-10 sessi rawatan. Rawatan susulan dan produk-produk rawatan seperti krim selepas rawatan juga agak mahal dan terpaksa dipakai boleh dikatakan untuk sepanjang hayat. Suami Puan Z menarik nafas panjang dan mula mencongak-congak duit simpanannya.

Suami Puan Z google lagi dan terjumpa rawatan pengelupasan yang agak murah kosnya tetapi suami Puan Z terbaca pula kesan sampingan yang menakutkan selepas rawatan laser atau pengelupasan. Serba salah dan risau suami Puan Z.

Hubungan suami isteri pun semakin dingin kerana masalah jeragat kerana Puan Z seolah-olah mengalami kemurungan. Suami Puan Z sendiri pun rasa tertekan dengan keadaan Puan Z. Mana tidak jika dulu Puan Z ceria dan suka berjenaka tetapi kini sudah tidak seperti dulu. Jika dulu Puan Z amat gemar memasak tetapi kini dia lebih rela memesan makanan segera sahaja. Akibat jeragat hubungan suami isteri mula renggang tetapi suami Puan Z tidak putus asa..

Suami Puan Z terus klik rawatan homeopathy di internet untuk jeragat. Beliau tertarik dengan set jeragat yang mendapat komen yang agak memberangsangkan di kolum komen laman tersebut. 

Mana Satu Pilihan Hati?

Suami Puan Z was-was juga kerana sebelum ini tidak ada ubat untuk dimakan atau diminum untuk merawat jeragat. Bagaimana ubat makan atau minum boleh merawat jeragat sedangkan isterinya mengambil kolagen yang diminumnya setiap hari pun tidak mampu menghapus jeragatnya.

Setelah membaca dan mendapat info, suami Puan Z berminat untuk mencuba set SMF dan SMFF. Walaupun agak was-was tetapi memandangkan remedy homeopathy adalah suplemen dan tidak ada bahan ubat seperti bahan kimia terkawal atau dadah maka suami Puan Z pun membuat pesanan di online.

Set SMF dan SMFF hanya berbeza pada kuantiti dan harga. Set ini mengandungi Sepia 200, Melasma Free dan remedy minum Fragaria vesca 30. ( set SMF mempunyai 1 botol Fragaria sementara SMFF 2 botol Fragaria).

Satu set SMF Sepia 200 dan Melasma Free adalah didalam bentuk tablet manis untuk dihisap. Sepia 200 dan Melasma Free akan diambil secara berselang seli hari dan boleh bertahan lebih kurang untuk 2 bulan. Sementara Fragaria vesca di minum setiap hari 2-3 kali sehari. 15 titis dicampur dengan 1-2 sudu besar air mineral dikemam selama 30 saat dan ditelan. Sebotol Fragaria dianggarkan boleh bertahan untuk sebulan.

Bagi set SMFF kesemua remedy dianggarkan boleh bertahan untuk lebih kurang 2 bulan. Oleh itu set SMFF sangat digemari ramai kerana lebih jimat.

Set ini juga mempunyai pilihan untuk mengguna sabun Merrygold atau Carmino Complexion Soap (CCS) dan Krim Carmino Complexion Cream (CCS).

Suami Puan Z memilih sabun Merrygold untuk diguna oleh Puan Z.

Selepas 2 hari pesanan pun tiba, suami Puan Z buat surprise pada Puan Z. Puan Z agak terkejut kerana dia juga terbaca di internet tetapi was-was risau hanya gimik semata-mata tetapi disebabkan suami bersusah payah membeli Puan Z pun mencuba.

Walaupun penjual itu kata kesannya akan ternampak selepas 30-90 hari, tetapi terdapat juga testimony yang mengatakan mereka mendapat kesan seawal 7-14 hari.

Bagaimana Kesannya Yang Puan Z Alami?

Homeopathy adalah berbeza dengan kaedah rawatan yang berkonsepkan konventional (moden) atau tradisional. Walaupun 95% remedy homeopathy adalah dari tumbuhan, bunga-bungaan, dedaun dan akar tetapi konsepnya amat berbeza dengan kaedah perubatan tradisional yang mengguna bahan natural.

Homeopathy disediakan dengan dos yang amat kecil atau mikro atau kadang dalam bentuk nano iaitu lebih kecil dari mikro. Jika diuji di makmal tidak mungkin akan dapat mengesan bahan asal remedy tersebut. Disebabkan konsep ini terdapat komen yang mengatakan homeopathy hanya temberang semata-mata.

Jika temberang kenapa Puan Z mendapat kesan pemudaran kesan jeragatnya selepas 15 hari?. Begitu juga ratusan pembeli yang membuat pesanan semula (repeat order) set-set homeopathy untuk jeragat.

Alangkah gembiranya suami Puan Z apabila kesan comot dimuka isterinya mula pudar selepas 15 hari. Terasa amat berbaloi dengan harga yang dibeli berbanding dengan rawatan laser dan pengelupasan.

Puan Z sendiri sudah mula kembali ceria dan mula kembali ke saloon untuk bertemu pelanggannya. Puan Z amat berterima kasih kepada suaminya kerana membeli set jeragat homeopathy yang selamat, lembut dan boleh dipercayai.

Terasa sangat bersyukur kerana kosnya tidak sampai beribu sedangkan salah seorang pelangganya yang mendapat rawatan laser merasa sangat kesal selepas itu. 

Pelanggan Puan Z datang bertemu Puan Z untuk melakukan rawatan muka kerana mukanya menjadi semakin teruk selepas membuat rawatan laser. Mukanya hanya bertahan lebih kurang 2-3 hari sahaja kelihatan bersih dan gebu, tetapi selepas itu mukanya menjadi semakin teruk berbanding sebelumnya, malah pelanggannya mengatakan sewaktu rawatan laser ianya agak menyakitkan.

Puan Z terus mencadangkan untuk pelanggan beliau menghubungi penjual produk set jeragat homeopathy tadi untuk mencadangkan set yang sesuai untuk pelanggannya. Walaupun agak sukar untuk merawat kesan yang diakibatkan laser, remedy homeopathy mampu membina semula sel-sel kulit yang telah mati dan kesan melanin yang berlebihan akibat kesan UVA yang mula menembusi lapisan kulit yang terhakis akibat sinaran laser.

Puan Z terus bersyukur kerana selain menjimatkan kos yang mungkin ribuan ringgit, beliau juga amat bersyukur kerana tidak mengalami kesan yang agak teruk seperti pelanggannya. Seterusnya nanti akan dibincangkan mengenai set yang sesuai jika sudah melakukan rawatan laser. 

 

Nak order Set SMF untuk jeragat sila wasap/sms kode SMF ke 0123400557

Posted on

Ramai yang tension jeragat tidak sembuh

jeragat dan laser

Ramai yang tension dan binggung kerana jeraga tidak sembuh.Faktornya kerana mereka tiada ilmu tentang terjadinya jeragat dan terpengaruh dengan iklan-iklan produk yang berlambak dipasaran yang mendakwa boleh menyembuh jeragat dalam masa singkat.

Bayangkan ada yang habis beribu-ribu ringgit dan ada berpuluh ribu ringgit kerana ingin merawat jeragat tetapi tidak sembuh.Rawatan laser dah buat,pengelupasan dah buat tetapi semuanya hampa dan kecewa.

Sebenarnya 90% punca jeragat adalah disebabkan faktor dalaman seperti masalah hormon tidak stabil,penggunaan makanan tambahan berasaskan hormon,masalah penggunaan pil perancang,masalah penghadaman,gentik dan lain-lain lagi adalah faktor penyebab jeragat yang terbesar. Hanya 10% sahaja jeragat terjadi disebabkan masalah cuaca.

Oleh itu bagaimana krim dan sabun sahaja boleh merawat jeragat? Tanpa anda mengambil dan merawatnya daripada dalam.Rawatan dalaman juga memerlukan ilmu pengetahuan dan pemilihan bahan yang sesuai.Bukan main hentam kromo sahaja seperti mengambil ubat-ubatan kimia, makanan tambahan yang tercemar dengan hormon dan makanan tambahan yang mengandungi colagen tiruan serta penggunaan vitamin C dan E yang berlebihan.

Seperti yang sudah dibincangkan sebelum ini,penggunaan laser bukan semuanya sesuai dan ianya bersifat sementara sahaja dan jeragat akan kembali beberpa minggu atau bulan kemudiaan. Begitu juga kaedah pengelupasan dan sebagainya.Anda boleh cari artikel-artikel terdahulu diweb ini.

Sudah jelas,jika anda kurang jelas kaedah rawatan jeragat yang sesuai anda boleh baca disini <—— kilk sini

Posted on

Kaedah berkesan merawat jeragat yang sukar sembuh

rawat jeragat guna laser

Jeragat adalah masalah utama kulit yang sering juga dihidapi oleh ramai orang selain dari masalah kulit berjerawat. Jeragat atau dalam istilah inggeris ‘freckles’ “melasma” adalah masalah kulit yang menyebabkan beberapa tompokan atau ‘spot’ bulat yang bersifat rata (tidak berbonjol seperti jerawat). Biasanya berwarna perang dan muncul dengan pelbagai saiz pada permukaan kulit. Menurut Persatuan Dermatologi Amerika Syarikat (AAD), ‘freckles’ “melasma” atau jeragat adalah salah-satu tanda kerosakan pada kulit.

Jeragat biasa diterjadi disebabkan banyak faktor antara faktor yang terbesar adalah disebabkan masalah dalaman.Mengikut kajian yang dikeluarkan oleh persatuan pakar dermatologi yang berpangkalan di Switzerland dan Eropah. 97% masalah jeragat berpunca daripada masalah dalaman. Antara faktor yang terbesar adalah masalah hormon,pengambilan pil perancang.

Pengambilan makanan kesihatan yang tidak terkawal seperti makanan tambahan yang mengandungi hormon yang berlebihan telah mengubah gaya hidup masyarakat sekarang yang terlalu bergantung kepada makanan tambahan segera. Disamping itu makanan segera ini mengandungi bahan-bahan pengalak hormon yang berfungsi untuk mengemukkan daging dan memejalkannya. Contoh dalam industri ayam daging pelbagai suntikan hormon yang dilakukan telah menyebabkan pengguna mengalmi masalah kesan sampingan daripada pengambilan ayam tersebut selain daripada pelbagai masalah kesihatan yang lain seperti kegemukan dan sebagainya.

Bagi wanita moden masa kini.Gaya hidup yang stress dan tertekan telah menyebabkan mereka mengambil pil hormon untuk mencantikkan kulit dan memutihkan kulit seperti pengambilan bahan-bahan gluta yang tercemar dengan campuran bahan hormon untuk kesan yang cepat. Oleh itu,kita dapati mereka yang sering mengambil bahan makanan tambahan yang tercemar dengan unsur-unsur hormon telah menyebabkan genetik dan perubahan pada kulit mereka secara paksa. Pada permulaannya mereka berasa gembira kerana wajah yang putih dan kulit glow. Tetapi mimpi mereka tidak lama,setelah beberapa bulan dan tahun mengambil makanan-makanan kesihatan yang tercemar ini mereka akhirnya mendapati kulit mereka akhir ditumbuhi jeragat yang lebih teruk lagi.

Selain daripada itu, pengambilan pil perancang yang berleleluasa dan tidak terkawal juga telah memburukkan lagi keadaan.Pil perancang adalah salah satu sebab yang besar terjadinya jeragat dikalangan mereka yang masih muda dan akan bertambah teruk lagi bila usia menjangkau 40 an keatas. Pil perancang telah menyebabkan kitaran hormon dalam badan telah terganggu dan tidak berfungsi secara normal.Oleh kerana gangguan daripada pil perancang ini kitaran period yang tidak teratur dan gangguan emosi seperti stress berlaku. Walaupun mereka sudah tidak mengambil pil perancang sudah bertahun tahun tetapi masalah mereka tidak selesai kerana regim ubat berasakan allupathy dan kimia akan kekal bertahun-tahun didalam badan.Anda lihat sendiri penggunaan racun seperti racun rumpai menyebabkan struktur tanah meninggalkan kesan tercemar secara bertahun-tahun lamanya.Begitu juga sistem badan manusia.Oleh itu jeragat tidak akan sembuh selama-lamanya kerana kaedah yang mereka gunakan untuk merawat jeragat bergantung kepada kaedah luaran semata-mata seperti pengambilan krim pengelupadan,BB krim dan sebagainya.Malahan jeragat mereka tidak akan sembuh dan bertambah teruk lagi kerana krim pengelupasan menyebabkan struktur kulit menjadi nipis dan dedahan cahaya UV akan memburukkan lagi masalah jeragat mereka.

Seterusnya, penggunaan teknologi terkini seperti laser untuk merawat jeragat juga tidak membantu.Kajian telah menunjukkan kaedah laser telah menyebabkan kulit menjadi nipis dan menyebabkan serta kebolehan sel-sel untuk berkembang telah terbantut. Ramai yang melonjak kegembiraan pada permulaan kaedah laser kerana mereka dapati jeragat mereka pudar dan hilang dalam sekelip mata.Mereka sebenar hanya bergembira sebentar sahaja sebab yang dibuang bukan jeragat secara total tetapi tompok-tompok hitam diatas permukaan kulit sahaja.Apabila sel-sel baru mula tumbuh jeragat akan kelihatan semula.Oleh sebab itu yang melakukan rawatan laser akan berkali-kali akan pergi ke pusat rawatan untuk melakukan rawatan dan akhirnya mereka dapati mereka hanya membuang duit sahaja dan laser sudah tidak berkesan lagi.Kulit menjadi nipis dan jeragat akan bertambah teruk lagi.Ini antara kesan sampingan yang akan datang kemudiaan dan akhirnya mereka akan membuat kesimpulan sebenarnya jeragat tiada ubat dan penawarnya oleh kerana kejahilan mereka merawat jeragat dengan kaedah yang salah.

Penggunaan krim pengelupasan dan pelbagai krim berasakan kimia menyebabkan jeragat bertambah teruk.Ini kerana krim-krim tersebut akan memudar dan menipiskan lapisan kulit buat sementara waktu sahaja.Sudah dibincangkan sebelum ini bahawa krim pengelupasan telah menyebabkan jeragat anda akan hilang sementara sahaja.Sama seperti kaedah anda melakukan rawatan laser.Penipisan kulit juga menyebabkan kulit menjadi nipis dan untuk merawat kembali dan memulihkan jeragat akan mengambil masa yang lama. Oleh itu anda dinasihatkan elakkan penggunana krim sebarangan tanpa nasihat daripada mereka yang pakar.

Kini mimpi-mimpi ngeri anda itu akan berakhir. satu kaedah alternatif yang sudah terbukti berkesan sejak abad ke 18 lagi telah berjaya merawat dan menyembuhkan jeragat anda samada jeragat dalaman dan luaran secara holistic.Kaedah ini menggunakan kaedah secara biochemic.Apakah itu biochemic? Biochemic adalah tisu garam mineral yang semulajadi yang ada dalam badan anda untuk menyeimbangi pelbagai masalah penyakit yang timbul. Oleh kerana ia adalah mineral semulajadi ,biochemic ini selamat dan tanpa kesan sampingan. Malahan mendapat pengiktirafan daripada seluruh pakar-pakar dermatologi dan bidang peruabatan bahawa biochemic adalah penemuan alami yang ajaib. Rawatan dalaman yang mudah dan ringkas. hanya kemam beberapa remedy biochemic masalah jeragat anda akan beransur-ansur hilang dan sembuh secara total. Ini bermakna jeragat tidak akan datang-datang lagi kerana kebolehan sistem dalaman badan anda sudah berfungsi secara sediakala tanpa sebarang gangguan luaran.Walaupun kaedah ini memerlukan masa tetapi ia selamat,berkesan dan murah berbanding kaedah rawatan laser dan pengelupasan yang menelankan belanja beribu-ribu ringgit.Kaedah bukan sahaja baru popular tetapi telah terbukti ratusan tahun dan artis-artis barat telah menggunakan kaedah ini secara diam-diam kerana mereka ingin menjadi periuk nasi mereka kerana mereka adalah duta beberapa produk yang terkenal.Walaupun mereka artis tetapi mereka sedar produk itu hanya gimik sahaja dan bersifat sementara dan mempunyai kesan sampingan yang mengerikan.

Anda boleh dapat maklumat lanjut kaedah rawatan bichemic semulajadi 5RH disini <——– KLIK SINI

Posted on

Masalah jeragat atau melasme dan cara berkesan mengatasinya

jeragat-muka
Jeragat atau namasaintifiknya disebut sebagai  melasma adalah salah satu masalah kulit lumrah dihadapai oleh penduduk Asia ,Faktor ini disebabkan banyak faktor seperti cuaca,masalah hormon,penggunaaan pil sinteteik seperti pil perancang dan penggunaan produk kosmetik pengelupasan yang mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan masalah jeragat,pigmentasi atau pun melasme berlaku.
 Mengikut kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar dalam bidang dermatologi umur diantara 24tahun  sehingga 50 tahun adalah mereka ang berisiko mudah mengalami masalah jeragat. Kawasan muka yang sering terlibat adalah bahagian pipi. Namun terdapat juga mereka yang mengalaminya dibahagian hidung dan dahi. 

Melasma boleh di bahagikan kepada Melasma Epidermal dan Melasma Dermal. Kerap kali , kedua-dua keadaan tersebut akan hadir bersama. 

Melamse ini selalunya akan lebih jelas sewaktu mengandung. Ianya telahpun ada pada pesakit tetapi tidak disedari kerana kurang jelas. Seperti yang kita ketahui, apabila mengandung, badan akan menghasilkan lebih banyak pigmen. Oleh itu, jeragat atau melasma akan lebih jelas kelihatan dan disedari hanya semasa mengandung. 

Sebab-sebab terjadinya melasme( Jeragat )
  1. Terdedah kepada cahaya matahari terik
  2. Penggunaan hormone. Cthnya Pil perancang
  3. Penggunaan kosmetik / rawatan kulit tidak sesuai
  4. Keturunan.
  5. Masalah Penghadaman

 

Kaedah rawatan yang paling sesuai bagi merawat melasme atau jeragat adalah menggunakan pendekatan dan rawatan secara dalaman.Ini kerana penggunaan rawatan seperti laser, pengelupasan kulit dan penggunaan krim pemudar akan menyebabkan masalah jeragat bertambah teruk dan merebak menjadi kronik. Jeragat berpunca daripada masalah bawah kulit yang disebabkan ketidakseimbangan hormon,penggunaan pil sinteteik seperti pil perancang,period yang tidak lancar dan juga masalah penghadaman seperti sembelit,sukar buang air,tidak lawas.Ini merupakan punca sebenar masalah jeragat.

 

Oleh itu kaedah rawatan yang berkesan adalah menggunakan kaedah alami dan bebas kesan sampingan seperti remedy daripada biochemic iaitu menggunakan tisu garam mineral salah satu cabang bidang rawatan homeopathy. Maklumat lanjut kaedah rawatan anda boleh dapatkan disini

Posted on

Mengapa rawat jeragat gagal walaupun dengan laser

fragaria

 

As salam 

 

Bertemu lagi di artikel kali ini. Ramai yang sudah menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk mengubatai dan merawat masalah jeragat yang menjejaskan penampilan diri.

Daripada penggunaan krim,collagen,vitamin dan sehingga menggunakan kaedah pengelupasan dan laser. Tetapi masalah jeragat yang bertempek dimuka tidak juga sembuh-sembuh dan akhirnya mereka ini membuat kesimpulan bahawa semua produk yang mereka cuba,try,test tu tidak berkesan.

Mengapa mereka berkata begitu dan membuat kesimpulan dan generalisasi dengan mudah.Ini adalah kerana perasaan kecewa yang membuak-buak dalam diri bukan sahaja habis wang ringgit.Malahan masalah utama mereka iaitu jeragat tidak juga sembuh-sembuh.Sabar dahulu,saya ingin mencuri masa anda hanya dalam beberapa minit sahaja sebelum anda membuat kesimpulan secara menyeleruh.

 

Perangkaan menunjukkan rakyat negara ini terdedah kepada masalah jeragat adalah tingggi kerana disebabkan faktor iklim dan cuaca yang panas dan lembab. Tetapi ini bukan faktor utama jeragat terjadi. Hampir 90% masalah jeragat terjadi disebabkan masalah intrinsik iaitu masalah dalaman yang disebabkan ketidakseimbangan hormon,masalah penghadaman sistem usus dan sebagainya.

 

Oleh itu rawatan terbaik adalah bukan mengambil dan makan collagen berkilo-kilo atau bertan-tan kerana collagen tidak menyembuhkan dan menyelsaikan masalah jeragat anda.Collagen bukan berfungsi untuk menstabilkan masalah hormon tetapi hanya membaiki struktur dan keanjalan kulit.

 

Nah! jika anda sudah jelas dan tahu mengapa anda masih lagi terpengaruh dengan krim pengelupasan,makan produk2 berasakan kesihatan yang bukan bertujuan merawat jeragat.

 

Jadi apa jalan penyelesainya. Kini dengan kaedah biochemic iaitu menggunakan kaedah tisu garam masalah jeragat in sha allah dapat dirawat dengan berkesan tetapi anda perlu sabar kerana rawatan dalaman seperti penstabilan sistem hormon dan lain-lain memerlukan masa tetapi cukup berkesan menyelesaikan masalah jeragat secara holistik dan sembuh sepenuhnya.Info lengkap rawatan biochemic anda boleh baca disini

 

 

 

Posted on

Jeragat disebabkan ketidskseimbangan hormon

image

Apa itu Jeragat atau Melasma (Chloasma) ?

Melasma ialah tompokan berwarna coklat, atau coklat gelap atau kelihatan coklat yang pudar . Melasma sering terjadi kepada wanita dan agak jarang terjadi kepada lelaki. Melasma sering terjadi di bahagian atas pipi, atas bibir, dahi dan dagu. Jeragat kerap terjadi kepada wanita yang mengandung ianya di panggil Chloasma.

Punca Terjadi Melasma

Punca utama agak komplek dan boleh dikatakan akibat genetic. Satu pertiga dari kes yang dirujuk adalah berkaitan genetic di mana nenek atau ibu pernah mengalami jeragat atau melasma, tetapi mengikut kajian pigmentasi terjadi kerana melanin mengeluarkan terlalu banyak sel pigmentasi, melanocytes.

Selain dari itu lain-lain punca utama terjadinya jeragat ialah;

Continue reading Jeragat disebabkan ketidskseimbangan hormon

Posted on

Cara merawat jeragat di muka

masalah-jeragat

Salam sejahtera,

Ramai yang bertanya Kak Zu bagaimanakah mengatasi masalah jeragat atau tompok hitam atau dalam istilah perubatan dipanggil melasma. Masalah jeragat atau tompok diwajah disebabkan banyak faktor seperti faktor usia ,hormon,kulit dan sebagainya.

Ramai yang telah menggunakan pelbagai krim dipasaran tetapi masalah mereka hanya dapat dikurangkan sahaja. Masalah jeragat atau melasma ini tetap timbul. Oleh itu dalam merawat masalah melasma atau jeragat. dalam perubatan homeopati dan biochemic menekan dua konsep asas iaitu merawat secara dalaman dan luaran. Mengapa perlu dikombinasikan kedua-dua rawatan ini?

 

Melasma atau tompok hitam adalah sel-sel hidup yang membiak secara aktif. Ia mempunyai jalinan kapilari darah yang memberi nutrisi dan menghidupkannya. Jalinan kapilari darah ini membekalkan sel-sel melasma dengan oksigen dan zat yang diperlukan untuk hidup dengan aktif. Jadi adalah sukar untuk mengurangkan keaktifannya sekiranya kapilari darah ini membesar dengan aktif juga.

Melasma atau tompok hitam,jeragat yang berada dibawah lapisan kulit sukar dirawat dengan penggunaan krim semata-mata. Apabila kita menyapu krim, krim hanya boleh menyerap di permukaan atas kuit sahaja dan tidak sampai ke lapisan bawah kulit diwajah kita. Oleh itu selain daripada rawatan penggunaan krim kaedah biocemic homeopati telah menggunakan ubat berasaskan oral seperti sepia 200 untuk mengatasi masalah jeragat atau tompoh hitam.

Sepia 200 diformulasi daripada garam tisu mineral yang berfungsi untuk merawat masalah jergat,tompok hitam atau melasma yang terdapat dikulit wajah dengan berkesan. Sepia 200 berfungsi memberi nutrisi,meyeimbangkan hormon dan punca jeragat. menghilangkan salur darah yang berada di bawah kulit. Sepia 200 berfungsi mengecutkan salur darah dibawah kulit yang menyebabkan jeragat. Apabila salur darah itu mengecut maka sel-sel melasma atau jeragat akan turut mengecut. Lama kelamaan melasma atau jeragat akan berkurangan. Disamping itu,sepia 200 merawat kulit secara holistik. Sepia 200 juga selamat dan tiada kesan sampingan kerana persediaan homeopati dan biochemic 100%. Malahan boleh diambil oleh kanak-kanak berusia 6 bulan keatas dan sesuai untuk ibu mengandung dan menyusukan anak.

Anda boleh dapat info lanjut tentang sepia 200 disini

Ramai yang menyangka dengan sapuan krim sahaja masala jeragat akan selesai.Sebenar kombinasi kedua-dua rawatan dalaman dan luaran amat diperlukan untuk merawat masalah jeragat,melasma dan tompok hitam diwajah.

Bertemu lagi diartikel akan datang