Posted on

Rawatan jeragat yang paling berkesan tanpa kesan sampingan

 

 

cara rawat jeragat dengan berkesan

 

Kawan-kawan semuanya tidak percaya jeragat di pipi dan di bibir saya telah mula pudar 80% selepas 10 hari mengambil set jeragat SMF yang harganya tidak mahal mana pun. Jeragat di muka saya mula-mula naik sedikit di pipi dan di atas bibir selepas melahirkan anak kelima saya, sejak dari itu saya terus mencuba pelbagai produk kerana suami pun mula agak dingin atau pun perasaan saya sendiri. Hubungan saya suami isteri seakan-akan hambar dan tidak ada seri “malam Jumaat” seperti sebelum jeragat naik di muka.

Sudah jenuh saya mencuba pelbagai produk yang harganya mahal-mahal belaka. Krim, sabun, kolagen dan hampir-hampir nak mencuba laser. Mujurlah suami menghalang kerana dia pernah terbaca kesan buruk selepas membuat laser. Lagipun kos untuk membuat laser sangat mahal.

Saya sudah tidak berminat untuk melihat cermin lagi, serius bukan main-main. Jika ingin mengguna cermin saya hanya guna cermin untuk melihat sama ada tudung saya ok atau tak sahaja. Saya akan menyapu bedak tebal-tebal untuk menutup jeragat saya yang semakin hari semakin menebal. Saya mula mengguna mekap tebal berbanding sebelum ini demi untuk menutup jeragat. Serius penat, kecewa dan rasa rendah diri, saya menjadi cepat marah dan cepat merajuk.

Kalau dulu saya cukup yakin dengan penampilan saya, saya seorang yang ceria dan kerap bertemu pelanggan kerana saya bekerja di bidang pemasaran. Tidak kekok untuk berada di atas pentas atau berjumpa sesiapa sahaja. Kini kenyakinan diri mula jatuh ke tahap paling rendah, saya akan berjumpa pelanggan di tempat yang tidak terang atau sebelah malam. Saya stress dengan keadaan muka saya, sudah rasa seolah-olah dah dah  give up sangat.

Entah macam mana satu hari saya search di internet, ubat jeragat berkesan dan selamat, dalam carian tersebut terdapat set jeragat homeopathy berkesan, selamat dan tanpa kesan sampingan. Pada mulanya saya andaikan semua itu hanyalah gimik pemasaran penjual tersebut sahaja. Saya terus membaca dan tertarik dengan satu komen dan gambar seorang pembeli yang mukanya menjadi hitam dan kusan tetapi telah ok selepas 2 minggu mengguna set jeragat homeopathy. Selepas dah khatam membaca dan berfikir apa salahnya mencuba, harga set jeragat homeopathy pun sangat murah dan tidak ada bahan-bahan bahaya, saya pun memesan set SMF Drop dan Arnica 30.

 

smf drop

 

Selepas 2 hari pesanan pun tiba, tak sabar nak mencubanya. Muka saya tidaklah seteruk seperti testimoni yang saya baca tu dan harapan saya kembali cantik semakin cerah. Selepas 2 hari saya mengamalkan set SMF dan Arnica 30, terasa tubuh agak ringan dan bertenaga. Bila saya sentuh kulit muka terasa lebih lembut dan moist, jelling-jeling cermin terasa jeragat agak pudar… ahh hanya perasaan saya je ni, mana boleh remedi homeopathy beri kesan cepat macam ni.

Selepas 10 hari suami saya menegur mengenai muka saya, suami kata muka saya semakin berseri, jeragat dah kurang. Eh biar betul atau suami saya sengaja nak jaga hati saya jer?. Bila sampai di pejabat kawan saya pun tegur, jeragat dah pudar dan produk apa yang saya guna. Bila saya beritahu guna set jeragat homeopathy mereka seolah-olah tidak percaya. Mereka kata ubat homeopathy lambat dan mustahil dalam 10 hari guna  80% jeragat saya sudah pudar.

Mereka agak saya buat rawatan kosmetik atau laser tapi tidak ada kesan-kesan seperti kulit mengelupas dan merah kemerahan seperti kebiasaannya bila membuat rawatan kosmetik atau laser. Malas nak menerangkan lebih lanjut, lagi pun saya bukanlah faham sangat nak terang lebih-lebih, saya pun keluarkan set SMF Drop dan Arnica 30 dan tunjuk kepada kawan-kawan. Mereka agak skeptical melihat botol-botol hanya air dan kesannya sangat cepat memudarkan jeragat saya. Saya hanya tersenyum dan berkata jika ragu-ragu order dan cubalah, baru tahu berkesan atau tidak!

 

arnica 30

 

Ingin mendapat konsultasi jeragat yang sesuai dengan masalah jeragat anda dan remedy yang sesuai sila send wasap kode JERAGAT ke 0123400557

Posted on

Fakta Keberkesanan Dry Pellets (Pills) dan Wet Dose

 

 

images (1)

Fakta Keberkesanan Dry Pellets (Pills) dan Wet Dose

Sesetengah pembeli yang sudah mengenali dan pernah mengamal remedi homeopathy sejak sekian lama akan merasa syak wasangka. Kerap juga menerima whatsapp yang mengajak berdebat mengapa perlu mengguna cara wet dose sedangkan tablet manis yang sedap dikemam adalah cara mengambil remedi yang sebenar.

Faktanya bukan hanya tablet manis sahaja cara untuk mengambil remedi homeopathy tetapi terdapat beberapa cara termasuk cara yang jarang diamalkan iaitu melalui serbuk. Cecair atau tablet adalah “carrier” atau pembawa remedi tersebut untuk memudahkan pengambilan remedi. Konsepnya hampir sama dengan ubat-ubat hospital yang mengguna tablet tanpa gula seperti pil Paracetamol dan ubat batuk yang dicampur sirap.

Perbezaan antara ubat dan remedi homeopathy ialah, remedi homeopathy tidak ada bahan ubat yang secara biasanya akan mengandungi dadah atau bahan kima berjadual dan terkawal.

Sebagai pengamal homeopathy yang mendapat latihan berterusan dari badan yang memantau perubatan homeopathy yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia seperti Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia (MPHM) melalui kursus CPD (Continuing Professional Development). Pensyarah utama bagi kursus ini ialah dari tenaga pengajar yang amat berpengalaman termasuk Presiden MPHM sendiri En.Zainul Azmi yang amat mahir di dalam perubatan homeopathy yang akan menjadikan Materia Medica Homeopathy sebagai panduan.

Pandangan peribadi saya, Presiden MPHM adalah Al-Hafiz kitab Materia Medica Homeopathy. Kenapa saya kata begitu ? Kerana sewaktu kursus CPD kami akan bersoal jawab dengan En.Zainul Azmi dan beliau akan memetik kata-kata Materia Medica termasuk muka surat dan paragraph tu! hasil catitan pengasas Homeopathy iaitu Dr.Hahneman dengan selamba. Bagi memastikan petikan beliau adalah benar , saya kerap kali akan menyemak semula dan ternyata beliau memang Al-Hafiz Materia Media.

Berbalik kepada fakta yang mana satu cara pengambilan remedi yang lebih berkesan? Adakah tablet atau cara wet dose? Jawapannya adalah KEDUA-KEDUA kaedah adalah sama hebat dan sama berkesan. Ini adalah hasil pengalaman selama 18 tahun membantu ribuan pesakit untuk mendapat perubatan pilihan alternatif kepada perubatan moden untuk penyakit akiut atau kronik.

Ternyata perubatan homeopathy sangat hebat untuk membantu pesakit kronik seperti jeragat, jerawat, masalah jantung, kencing manis, ed (erectile dysfunction) dan lain-lain penyakit kronik. Remedi homeopathy sangat selamat untuk digandingkan dengan ubat-ubat klinik atau hospital kerana remedi homeopathy bukanlah ubat tetapi penawar atau remedi yang 100% adalah bebas bahan kimia atau dadah berjadual.

Hasil dari pengalaman ini remedi cecair diperkenalkan dan kaedah wet dose dicadangkan untuk digunakan. Mengapa saya katakan sama hebat? Ini kerana telah terdapat puluhan testimonial sebelum ini hasil  gabungan remedi tablet dan cecair iaitu Sepia 200 dan Melasma Free (tablet) dan Fragaria vesca (cecair). Selepas diperkenalkan Sepia 200 dan Melasma Free Drop didalam bentuk cecair maklumbalas dan “repeat order” juga semakin bertambah. Malah para pembeli merasa sangat jimat dengan set berbentuk cecair kerana boleh dijadikan wet dose. Jika mengguna wet dose setiap set sebagai contoh set jeragat SMF Drop boleh digunakan selama lebih kurang 45 hari.

 

Cecair atau Tablet Yang Lebih Berkesan?

Kedua-dua bentuk remedi adalah sangat berkesan, walaubagaimana pun sejak diperkenalkan remedi cecair terdapat lebih banyak maklum balas mengenai kesan yang lebih cepat jika mengambil remedi cecair dan mengguna kaedah wet dose. Tambahan pula kaedah wet dose lebih tahan lama dan sudah semestinya lebih jimat.

Keberkesanan remedi bergantung kepada beberapa faktor seperti dibawah;

  1. Keserasian tubuh – jika serasi dan tubuh cepat menerima kesan baik remedi, kesan penyembuhan agak cepat. Biasanya kesan akan ternampak selepas 1-2 minggu.
  2. Kesan ubat-ubat lama menjadi penghalang – kerap kali pembeli mengadu kesan penyembuhan hanya sedikit atau langsung tidak nampak. Tubuh lambat menerima remedi yang semulajadi kerana sejarah pengambilan ubat atau produk yang pelbagai sebelum mengamal remedi homeopathy. Ubat-ubat ini akan kekal di dalam sistem tubuh di dalam masa yang lama. Ubat-ubat ini juga menjadi penghalang kepada ubat-ubat baru atau remedi homeopathy untuk berkerja.
  3. Cara pengambilan yang tidak berdisiplin – sebagai contoh kerap terlupa mengambil remedi, atau mengambil sewaktu perut yang kenyang. Cara terbaik ialah sewaktu perut kosong, sekurang-kurangnya 30 minit sebelum makan dan kalau boleh ambil makanan berat 30 minit selepas ambil remedi.
  4. Remedi terdedah kepada cahaya matahari – remedi homeopathy akan menjadi lemah keberkesannnya jika terdedah kepada cahaya matahari yang terik di dalam tempoh masa yang lama. Simpan remedi di dalam suhu bilik dan di tempat yang jauh dari sinaran matahari.
  5. Mengambil pelbagai ubat dan suplemen di dalam satu masa – ramai pesakit akan membeli dan mengamal pelbagai ubat dan suplemen di dalam satu masa sebagai usaha untuk cepat sembuh, sebenarnya ia akan menambah mudarat kepada tubuh. Kadang-kadang ubat atau suplemen ini mempunyai bau yang kuat dan akan menjadikan kesan remedi homeopathy melemah dan tidak mampu menguatkan sistem antibody tubuh.

Jika anda bertanya saya yang mana lebih bagus? Saya akan cadangakan jenis cecair kerana ia berkesan dan lebih jimat.

Posted on

Kaedah wetdose menghilangkan jeragat

wetdose

 

sepia-dan-fragaria-wetdose

 

arnica

 

 

Wet Dose Rawat Pelbagai Penyakit, Termasuk Demam Denggi dan Jeragat

Berpuluh tahun sudah tertanam di dalam otak pengguna, sekiranya ubat homeopathy mesti pil manis yang bulat-bulat berwarna putih. Semenjak diperkenal wet dose ramai yang was-was, ok ke teknik ni? Berkesan ke? dan macam-macam soalan yang kerap keluar di mesej whatsapp sampai penat menjawab.

Saya sendiri pun was-was pada permulaan diperkenalkan oleh pensyarah saya Encik Zainul Azmi B Ahmad, kini adalah Presiden, Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia. Beliau memperkenalkan teknik wet dose untuk merawat demam denggi mengguna remedi bernama Eupatorium 200. Kebetulan selepas pulang dari kelas CPD Homeopathy di Segamat, Johor. Jiran sebelah rumah saya disyaki demam denggi dengan simptom pening kepala yang melampau, sakit-sakit sendi, demam panas yang tinggi dan muntah-muntah.

Jiran saya telah ke hospital kerajaan dan menunggu lebih kurang 4 jam sebelum diperiksa oleh doktor dan disuruh pulang kerumah. Doktor berpesan jika mengalami pendarahan barulah dikehendaki datang segera ke hospital. Pihak hospital tidak dapat memberi katil di wad kerana wad telah penuh dengan pesakit. Malangnya sewaktu menunggu di hospital yang ramai adalah muka-muka seperti pendatang bukannya rakyat tempatan memenuhi ruang menunggu di hospital kerajaan. Jiran saya dengan marah menuduh hospital kerajaan lebih utamakan pendatang dari rakyatnya sendiri… itu saya tak berani nak campur…

Teruja dengan ilmu yang baharu sahaja dipelajari, saya pun menyediakan wet dose Eupatorium 200 di dalam 1 botol air mineral 500ml. Saya menyerahkan remedi wet dose tersebut pada sebelah pagi pada pukul 8 pagi. Esoknya pada jam 11 pagi saya terlihat jiran saya di depan pintu rumahnya, duduk termenung dan mungkin masih demam.

Rupanya dia telah rasa agak sihat, sakit atau pening kepala semakin berkurangan walaupun masih terasa sakitnya. Beliau “lepak” depan pintu disebabkan ingin ambil angin kerana tak larat nak berbaring dari semalam katanya. Saya pun korek-korek rahsia sama ada dia mengambil lain-lain ubat, dan agak terkejut apabila dia maklumkan dia hanya meminum wet dose tu sikit demi sikit sehingga habis dari pagi sehingga tengah malam dan terus tertidur.

Bila terbangun pada sebelah paginya beliau terasa agak sihat dan dia sendiri tidak sedar bahawa wet dose Eupatorium tersebut adalah penawar yang meredakan simptom dengginya. Adakah kebetulan sahaja? Saya pun menghubungi pensyarah saya untuk menceritakan pengalaman yang baru saya lalui dan beliau juga memaklumkan bahawa beliau sendiri pun telah berjaya merawat agak ramai pesakit yang disyaki denggi di kawasan rumah beliau. Kesimpulannya wet dose berjaya merawat walaupun nampak mustahil (sekiranya anda disyaki mengalami demam denggi jangan abaikan nasihat doktor bertauliah).

Terbaru remedi untuk merawat jeragat, sepertiSepia 200, Melasma Free, Fragaria dan Arnicajuga dicadangkan untuk mengguna kaedah wet dose. Hasilnya ramai yang memberi maklum balas hasilnya agak mengujakan dengan kesan yang agak pantas untuk memudarkan jeragat. Walaupun kesannya berbeza di antara setiap individu, kesan paling pantas pernah diberi oleh pembeli ialah selepas 2 minggu mengguna set jeragat dengan kaedah wet dose.

Sebagai contoh sekiranya Arnica 30 atauFragaria Vesca 30, hanya 5-10 titis dicampurkedalam air mineral yang saiznya 500ml dan dibuang sedikit lebih kurang 1 inci untuk memberi ruang sewaktu campuran dibuat. Selepas itu di “succuss” atau dihentak ke tapak tangan sebanyak 5-6 kali dengan kuat sehingga ternampak buih-buih terjadi. Bayangkan hanya 5-10 titis remedi di dalam air sebanyak  480ml, secara amnya sudah semesti kesan remedi tersebut sudah hilang sama sekali tetapi sebaliknya ini adalah kehebatan konsep wet dose homeopathy yang akan bertindak dengan lebih efisien sekiranya dosnya menjadi lebih kecil.

Inginkan konsultasi jeragat sila,wasap kode WETDOSE ke 0123400557 kerana tiap orang tidak sama remedy bergantung pada masalah dan simptom atau boleh lawat laman web dibawah untuk mengetahui kaedah biochemic merawat jeragat http://www.ubatjeragat.com/webjeragat

Posted on

Masalah jeragat atau melasme dan cara berkesan mengatasinya

jeragat-muka
Jeragat atau namasaintifiknya disebut sebagai  melasma adalah salah satu masalah kulit lumrah dihadapai oleh penduduk Asia ,Faktor ini disebabkan banyak faktor seperti cuaca,masalah hormon,penggunaaan pil sinteteik seperti pil perancang dan penggunaan produk kosmetik pengelupasan yang mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan masalah jeragat,pigmentasi atau pun melasme berlaku.
 Mengikut kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar dalam bidang dermatologi umur diantara 24tahun  sehingga 50 tahun adalah mereka ang berisiko mudah mengalami masalah jeragat. Kawasan muka yang sering terlibat adalah bahagian pipi. Namun terdapat juga mereka yang mengalaminya dibahagian hidung dan dahi. 

Melasma boleh di bahagikan kepada Melasma Epidermal dan Melasma Dermal. Kerap kali , kedua-dua keadaan tersebut akan hadir bersama. 

Melamse ini selalunya akan lebih jelas sewaktu mengandung. Ianya telahpun ada pada pesakit tetapi tidak disedari kerana kurang jelas. Seperti yang kita ketahui, apabila mengandung, badan akan menghasilkan lebih banyak pigmen. Oleh itu, jeragat atau melasma akan lebih jelas kelihatan dan disedari hanya semasa mengandung. 

Sebab-sebab terjadinya melasme( Jeragat )
  1. Terdedah kepada cahaya matahari terik
  2. Penggunaan hormone. Cthnya Pil perancang
  3. Penggunaan kosmetik / rawatan kulit tidak sesuai
  4. Keturunan.
  5. Masalah Penghadaman

 

Kaedah rawatan yang paling sesuai bagi merawat melasme atau jeragat adalah menggunakan pendekatan dan rawatan secara dalaman.Ini kerana penggunaan rawatan seperti laser, pengelupasan kulit dan penggunaan krim pemudar akan menyebabkan masalah jeragat bertambah teruk dan merebak menjadi kronik. Jeragat berpunca daripada masalah bawah kulit yang disebabkan ketidakseimbangan hormon,penggunaan pil sinteteik seperti pil perancang,period yang tidak lancar dan juga masalah penghadaman seperti sembelit,sukar buang air,tidak lawas.Ini merupakan punca sebenar masalah jeragat.

 

Oleh itu kaedah rawatan yang berkesan adalah menggunakan kaedah alami dan bebas kesan sampingan seperti remedy daripada biochemic iaitu menggunakan tisu garam mineral salah satu cabang bidang rawatan homeopathy. Maklumat lanjut kaedah rawatan anda boleh dapatkan disini