Posted on

Jeragat Mengapa Perlu Mengambil Risiko Untuk Cantik?

 

 

 

Jeragat Mengapa Perlu Mengambil Risiko Untuk Cantik?

Tubuh manusia akan mula merosot tahap kesihatan apabila umur mula meningkat, paling terkesan ialah wanita yang pernah melahirkan anak dan telah mengalami perubahan hormon sepanjang tempoh tersebut.

Jeragat adalah simptom awal menunjukkan tubuh wanita itu mula mengalami kemerosotan mineral-mineral penting di dalam tubuh sehingga menjejaskan kesihatan kulit seperti, kedutan pra-matang yang terjadi pada usia seawal 30an, jeragat, jerawat, kulit menjadi kusam, lingkaran hitam dibawah mata, muka kelihatan pucat, muka kelihatan berminyak, pori membesar ini adalah klu awal anda memerlukan biochemic.

Kosmetik seperti krim, minyak pati (essential oil), serum, laser dan pelbagai rawatan kosmetik dianggap sebagai jalan penyelesaian mudah tetapi 95% dari wanita yang mengguna kaedah kosmetik akan menyesal kerana biasanya muka akan menjadi lebih teruk dari sebelumnya.

Paling mengemparkan baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengistihar beberapa krim keluaran produk tempatan yang mempunyai kandungan mercury dan hydroquinone. Dua bahan ini sangat merbahaya kepada system tubuh dan paling terdedah kepada bahaya kesan sampingan mercury dan hydroquinone ialah hati dan buah pinggang.

Jeragat pada usia yang mula menginjak senja akan menambah tekanan perasaan yang boleh menjurus kepada stress dan seterusnya akan menjadi kemurungan. Kesihatan wanita bergantung kepada keseimbangan hormon di dalam tubuh seperti estrogen dan testosterone. Estrogen dan testosterone sangat mudah terjejas sekiranya emosi tertekan.

Salah satu punca jeragat terjadi ialah tidak seimbang kadar estrogen dan testosterone, di mana sekiranya kadar hormon testosteroneberkurangan berbanding estrogen, dan di tambah dengan stess yang akan mengeluarkan hormon cortisol.

Hormon cortisol akan merangsang melanocyte untuk mengeluarkan melanin (pigmen hitam) dengan kuantiti yang banyak. Apabila melanin terjadi dengan banyak , pigmen ini akan mencari ruang untuk keluar dan kulit di wajah, di mana wajah atau muka adalah kawasan yang paling mudah untuk mendapat jalan keluar, maka melanin akan menunjukkan diri kepada seluruh dunia yang dikenali sebagai jeragat di muka.

Wanita yang berumur 45 tahun ke atas yang mengalami jeragat, kebiasaannya telah pernah melahirkan anak secara normal atau cesarean, mengambil pil hormone kawalan kelahiran (pil perancang), menghidap kencing manis dan darah tinggi, mengambil pil pengganti hormon sekiranya telah menopause, mengalami obesiti, kadar kolesterol yang tinggi dan mengambil pelbagai ubat-ubatan dari umur remaja sehingga kini.

Wanita yang berumur 45 tahun ke atas terutama yang berkarier, akan berbelanja besar untuk kelihatan cantik, dan akan mengguna pelbagai bahan kosmetik untuk memudar atau menghapus jeragat. Mereka tidak sedar bahawa jeragat adalah berpunca dari masalah yang tidak terfikir oleh mereka. Jika mengambil suplemen pun, mereka akan hanya bertumpu kepada kecantikkan kulit tetapi kesihatan dalaman akan diabaikan. Paling malang produk yang diharapkan untuk kembali cantik, tetapi produk tersebut hanyalah impian yang tidak menjadi kenyataan.

Homeopathy & Biochemic Merawat Jeragat Mengikut Simptom

Sejak dari awal pengenalan remedi homeopathy dan biochemic untuk mengatasi jeragat, terdapat beberapa set yang sangat popular dan berkesan seperti set SMF yang mengandungi Sepia 200, Melasma Free (gabungan biochemic) dan Fragaria Vesca 30. Terdapat permintaan untuk remedi mengikut simptom yang lebih spesifik kepada jeragat yang tumbuh dimuka.

Sebagai contoh jeragat berbintik (freckles) sangat sukar untuk dirawat tetapi dengan mengguna kaedah single remedy dan mengikut simptom telah ramai yang memberi feedback mengenai keberkesanan gabungan THO30 dan BA30

Sejak akhir-akhir ini, perubatan homeopathy & biochemic telah mendapat perhatian ramai terutama wanita berjeragat. Ramai wanita terasa ditipu oleh produk-produk seperti krim, minyak, jus minuman, laser dan cara pengelupasan.

Kejayaan homeopathy & biochemic merawat jeragat sudah mula diperbincangkan oleh pakar-pakar kulit yang menganggap remedi homeopathy ada sekadar placebo (tidak ada sebarang khasiat). Sebaliknya ramai wanita berjeragat akan mula menjalani proses pemudaran seawal 2-4 minggu selepas mengambil remedi homeopathy berbanding kaedah moden yang pantas tetapi akan kembali menjadikan wajah comot selepas berhenti mengguna produk atau selepas berjemur di bawah panas matahari.

Jeragat seperti yang diketahui puncanya sebenarnya masih tidak dapat dikenal pasti. Beberapa faktor dan simptom yang kerap dikaitkan dengan jeragat. Homeopathy & biochemic mempunyai remedi untuk pelbagai masalah seperti di bawah;

1. SP30 – Jeragat berpunca dari hormon

SP30 merawat jeragat bagi wanita yang mengalami masalah hormon. Jeragat akan kelihatan di pipi, dahi dan hidung. Jeragat terjadi di dalam beberapa warnaseperti kecoklatan, kekuningan atau kehitaman, kulit akan menjadi kasar dan keras. SP30 juga untuk wanita yang mengalami jeragat sewaktu kehamilan dan selepas bersalin. Sewaktu mula menopause, yang akan terjadi lingkaran mata hitam tetapi agak jarang terjadi.

2. PN30 – Jeragat berpunca dari masalah haid tidak teratur

PN30 sangat efektif kepada wanita yang mengalami jeragat akibat masalah haid. Masalah haid tidak teratur termasuk haid yang sering lambat (delayed), haid yang sedikit (scanty) dan haid yang tidak datang (suppressed). Jeragat akan tumbuh di muka dan kadang-kadang sebagai freckle (bintik-bintik seperti tahi lalat). PN30 juga sangat-sangat membantu jika jerawat terjadi akibat masalah haid tidak teratur.

3. CS30 – Jeragat yang sering menjadi teruk bila kerap terdedah kepada sinaran matahari

CS30 adalah remedi yang amat efektif bagi simptom, jeragat akan menjadi lebih teruk apabila terdedah kepada cahaya matahari dan angin, wajah akan terasa gatal-gatal. Jeragat akan ternampak diseluruh muka dan paling ketara di pipi dan hidung. Warna jeragat akan terjadi kekuningan atau kecoklatan.

4. BA30 – Sangat hebat untuk jeragat dan menghapus parut

BA30 sangat efektif dan boleh diharapkan untuk merawat kesan lama jeragat, parut dan kesan jerawat jika ada. Biasanya kulit akan terasa berminyak dan pipi terasa panas.

5. SLP30 – Jeragat, gatal dan pernah mengguna krim pengelupasan

SLP30 sangat berkesan untuk merawat wanita yang pernah mengguna krim pengelupasan. Simptom utama mempunyai kulit yang kering dan kelihatan tidak sihat (kusam). Kulit muka terasa sangat gatal dan panas jika berada di kawasan lembab dan bersuhu panas.

6. PSM30 – Untuk muka berjeragat dan kadang-kadang berjerawat di dalam masa yang sama, melekit, berminyak, kusam dan pucat

Muka kelihatan sangat tidak sihat, jeragat yang kadang-kadang terdapat jerawat juga di dalam masa yang sama. Muka pucat, kusam dan kelihatan tidak sihat, gatal dan kadanng-kadang di susuli jerawat bernanah atau tidak bernanah.

7. LM30 – Paling efektif untuk jeragat kepada wanita yang sedang di dalam proses ke arah menopause

LM30 adalah pilihan atau boleh digabungkan dengan SP30 bagi merawat jeragat kepada wanita yang sedang alami proses ke arah menopause. Simptom jeragat bagi wanita yang memerlukan LM30 ialah jeragat akan berwarna seolah lebam kebiruan-jingga atau jingga kebiruan dan kehitaman dan disusuli beberapa simptom menopause.

8. THO30 – Jeragat dan freckles (bitnik-bintik seperti tahi lalat) di dalam masa yang sama.

THO30 juga boleh digabungkan dengan BA30, bila jeragat dan freckles bergabung. Simptom seperti kulit kelihatan kotor, kering, muka dipenuhi kesan kecoklatan. Muka juga kelihatan pucat, terdapat lingkaran mata hitam. Jeragat atau freckles juga akan kelihatan di tangan dan lengan, kulit sangat sensitif jika disentuh.

9. ARN30 – Jeragat akibat pembedahan

Jeragat juga boleh terjadi akibat salur darah sempit atau tersumbat, sehingga pengaliran darah terhenti dan menimbulkan kesan kehitaman jeragat di muka. ARN30 juga boleh digabungkan dengaan THO30 untuk mendapat kesan yang lenih pantas

Posted on

Masalah jeragat dan punca jeragat

Salam dan selamat sejahtera.

Ramai yang mengadu masalah jeragat idak sembuh dan susah sembuh. Setelah diselidiki dengan beberapa pertanyaan hampir 9/10 mereka ini tidak mengetahui punca jeragat dan cara yang berkesan dan selamat merawat jeragat. Mereka beranggapan jeragat terjadi disebabkan kulit kekurangan collagen dan nutrisi. Sebearnya mereka ini silap kerana ramai yang sudah melaukan rawatan laser,pengelupasan,menggunakan krim dan skincare. Makan makanan dan tambahan dan penggunaan pelbagi serum dan kaedah rawatan kulit yang terkini.

Tahukah anda jeragat terjadi disebabakan faktor dalaman.Kebanyakan jeragat menimpa wanita. Antara faktor jeragat adalah keidakstabilan hormon, menggunakan banyak krim pengelupasan yang mematikan sel kulit semulajadi dan rawatan laser juga akan menambah burk jeragat anda. Kaedah laser hanya bersifat sementara sahaja. Kerana mereka menggunakan laser untuk membersihkan noda-noda hitam dimuka. Dalam masa yang sama laser akan merosakkan pembinaan sel kulit secara semulajadi yang bertujuan melindungi daripada pancaran sinar Uv daripada matahari.

Penggunaan kosmetik dan krim yang bersifat pengelupasan juga antara penyebab jeragat dan penyebab jeragat yang terbesar adalah hormon yang tidak stabil akibat daripada penggunaan hormon tiruan atau sintetik dengan kaedah merancang keluarga dan bahan atau diet yang tercemar dengan hormon sintetik.

OLeh itu dalam perubatan biochemic. Kita akan mengenal punca masalah dengan bertanya solan yang ringkas. Daripada jawapan tadi kami akan kenal pasti masalah jeragat anda dan cadangan remedy oral yang perlu diambil. Kebiasaan remedy akan diberikan secara kombinasi iautu 2,3 atau 4 remedy bergantung pada simptom dan masalah jeragat anda. Biochemic tidak menggunakan method mencampur semua formula dalam satu botol atau remedy kerana keberkesanan sesuatu remedy akan berurangan dan hasilnya tidak akan memberansangkan.

Antara remedy yang digunakan terdiri daripada lebih 12 remedy biochemic terdiri daripada sepia,arnica dan lain-lain samada dalam bentuk wetdose atau remedy pellet yang berbentuk tablet.

Apa itu biochemic?

Biokimia atau kimia hayat yang ditulis dalam buku ini ialah sistem rawatan kesihatan yang menggunakan 12 garam asas tubuh manusia yang merupakan zat-zat bukan organik yang boleh menyembuhkan banyak masalah tubuh. Dengan syarat ia digunakan dengan betul. Biokimia tidak mengandungi dadah atau bahan-bahan kasar, ia selamat, berkesan dan jauh lebih baik daripada ubat-ubatan lain yang dijual secara terbuka dalam pasaran.

Makna biochemic

Biokimia adalah perkataan Yunani bios bermakna hayat dan kimia. Ia menerangkan tentang pertukaran-pertukaran atau proses kimia yang sentiasa berlaku dalam perjalanan hayat. Proses ini melibatkan bahan-bahan organik dan bukan organik (inorganic) dalam pembentukan dan perjalanan tugas sel-sel tubuh. Ia berlaku setiap masa selama manusia masih hidup.

Melalui proses-proses ini berbagai-bagai tisu tubuh terbentuk menentukan daya hayat kehidupan seperti pernafasan, pencernaan, perkumuhan dan lain-lain. Biokimia yang dimaksudkan dalam buku ini mengikut pengasasnya Dr Wilhelm Henrich Schuessler menerangkan satu sistem terapeutik. Ianya berbeza dengan istilah biokimia yang digunakan dalam ilmu perubatan allopaathy yang meliputi proses kimia fisiologi.

“ Garam Tisu“.

Apa itu garam biokimia? Garam hayat biokimia ditemui oleh Dr. Wm. H.Schnesscer yang termasuk dalam piawaian remedi homeopathy menjadi terapi biochemic. Ia telah dibuktikan secara saintifik dan mempunyai 12 remedi seperti berikut:

• Calcarea Fluorica

• Calcarea Phosphorica

• Calcarea Sulphurica

• Ferrum Phosphoricum

• Kalium Muriaticum

• Natrium Phosphoricum

• Kalium Sulphuricum

• Magnesium Muriaticum

• Natrium Muriaticum

• Kalium Phosphoricum

• Natrium Sulphuricum

• Silicea Terra

Ingin mengetahui punca jeragat anda dan remedy yang sesuai boleh klik link wasap ini http://biochemic.wasap.my

Posted on

Jeragat Dan Rawatannya, Silap Pilih Menyesal Tak Sudah

melasma

 

 

Ramai yang tidak tahu punca terjadinya jeragat. Kebanyakkan dari mereka berpendapat hanya sinaran UV adalah faktor utama terjadinya jeragat atau melasma. Saintis sendiri pun tidak mempunyai fakta kukuh mengenai punca sebenar terjadi jeragat, tetapi mereka telah mengenalpasti beberapa sebab yang kerap dilaporkan antara punca-punca utama terjadinya jeragat.

Sebab-Sebab Jeragat terjadi boleh disebabkan oleh faktor-faktor di bawah;

  • Sinaran matahari terik dan UVA, terutama dari jam 11 pagi sehingga 2 petang

Mengikut kajian sinar UVA yang paling tinggi bermula jam 11 pagi sehingga 2 petang. Sinar UVA ini akan menerobos masuk ke dalam kulit dan mengaktif melanocytes yang akan menghasilkan melanin yang berbentuk pigmentasi. 

 

Proses ini akan menjadikan kesan jeragat mula terjadi. Malah kesan ini bukan terjadi di dalam beberapa hari tetapi kesan “tan” ini akan terbina didalam masa yang panjang iaitu 10-20 tahun kemudian.

 

Kesan-kesan jeragat yang terjadi setelah anda berumur berkemungkinan bermula sewaktu anda kecil lagi!!.

  • Hormon yang tidak stabil seperti mengalami kitaran haid yang tidak menentu.
  • Pengambilan pil hormone seperti pil perancang dan HRT bagi mereka yang sudah menopause.

Mengikut kajian kesan sinar UVA dan pengambilan pil perancang (contraceptive) untuk mengawal kehamilan atau pun untuk membetulkan kitaran haid ( doctor kerapa kali mencadangkan pil perancang kepada gadis yang mengalami masalah kitaran haid untuk mengambil pil perancang) dan mengandung kerap kali akan mencetus terjadinya jeragat. Kebiasaanya kesan jeragat akan terjadi di bahagian bibir atas dan di dahi.

 

Set SMF atau SMFF biasanya amat efektif untuk merawat jeragat yang berkaitan masalah hormone.

 

  • Pengambilan ubat-ubatan 
  • Penggunaan kosmetik yang tidak terkawal

Penyakit seperti hemochromatosis atau hemosiderosis atau sesetengah ubat-ubatan dan bahan kimia yang terdapat di dalam produk kecantikkan, ubat yang ditelan atau yang disuntik akan mengakibatkan kulit menjadi lebih kehitaman.

 

Suntikan seperti amidarone, produk yang mengandungi hydroquinone, antimalarial, antibiotic tetracycline, phenothiazines, dan sesetengan ubat-ubatan rawatan kemoterapi kanser, tricylic antidepressant dan bahan yang mengandungi logam berat (heavy metal). 

Jeragat juga boleh terjadi akibat selepas kecederaan kulit (muka) yang meradang akibat jerawat atau lupus (masalah immune system).

 

  • Keturunan

Jeragat akibat keturunan agak jarang tetapi masih boleh diusahakan dengan set 5RH yang berkonsepkan holistic.

Punca sebenar terjadinya jeragat masih menjadi tandatanya, tetapi perubahan hormon atau hormon yang tidak stabil adalah penyumbang terbesar kepada terjadinya jeragat atau melasma.

Pengambilan pil perancang dan HRT atau Hormone Replacement Therapy juga menjadi penyumbang terbesar kepada terjadinya jeragat.

Terdapat juga kes-kes di mana jeragat terjadi sewaktu mengandung dan tidak berkurangan selepas melahirkan bayi.

Jeragat boleh terjadi kepada wanita bermula pada umur seawal 25 tahun, walaubagaimana pun  terdiri dari 95% darinya adalah wanita berumur lebih 40 tahun. Sebenarnya lelaki tidak terkecuali dari terjadi jeragat di muka tetapi nisbahnya 12 wanita : 1 lelaki.

Rawatan Jeragat

Sejak diperkenalkan kepada umum rawatan yang berkonsepkan homeopathy telah mendapat kepercayaan dari ramai pembeli kerana remedy homeopathy tidak mempunyai kesan ubat seperti bahan kimia berjadual, bahan sintetik, dadah dan lain-lain yang boleh mengakibatkan kesan sampingan dan terjadinya ketagihan.

Homeopathy telah mendapat sambutan ramai kerana remedi homeopathy sangat selamat, lembut dan boleh dipercayai. Wanita-wanita mengandung juga selamat untuk mengambil set-set rawatan jeragat homeopathy ini.

Homeopathy bertindak merawat keseluruhan tubuh, bukan hanya pada wajah sahaja seperti rawatan konvensional yang hanya “mensasarkan” masalah tersebut dan “menghapusnya” didalam sekelip mata. 

Sebagai contoh Sepia (Sepia 200) sangat berkesan untuk jeragat yang terjadi sewaktu mengandung dan tidak berkurangan selepas melahirkan anak. Malah Sepia juga mampu mengempiskan perut ibu-ibu selepas bersalin.

Melasma Free  dan Sepia 200 adalah remedy biochemic yang hebat jika digabungkan bersama amat berkesan mengimbang masalah hormon yang tidak stabil sehingga menyebabkan terjadinya jeragat.

Selain dari itu Melasma Free dan Sepia 200 akan membantu mengawal pengeluaran lebihan melanin yang menyebabkan jeragat terjadi.

Lain-lain remedy seperti Fragaria Vesca, Thuja, Cadmium Sulphur, Sulphur dan lain-lain adalah saling bantu membantu-bantu.

Secara amnya perubatan homeopathy merawat “seorang individu” bukan hanya “penyakit” itu sahaja. Perubatan homeopathy akan merawat masalah hormone dari dalam dan akan menghalang proses terjadinya melanin dengan banyak sehingga terjadinya jeragat.

Rawatan Jeragat Secara Konvensional

Secara amnya rawatan secara konvensional ialah membuang jeragat tersebut dengan kaedah pengelupasan. Sewaktu proses tersebut, lapisan atas kulit yang menjadi penapis kepada sinaran UV akan turut terhakis.

  • Laser– rawatan paling pantas untuk menghapus jeragat. Malangnya rawatan ini juga membuang layer kulit yang bertindak menapis sinaran UV. Kerap kali selepas membuat rawatan laser kulit muka pesakit tersebut akan menjadi kehitaman, lebam-lebam dan kusam akibat sunburn. Rawatan ini agak menyakitkan mengikut info daripada pesakit yang pernah mencuba rawatan laser.

  • Penglupasan kimia (chemical peeling) – mengguna larutan kimia untuk mengelupaskan kulit dan seterusnya membuang jeragat. Rawatan ini juga akan membuang layer kulit yang menapis sinaran UV dan kerap kali akan mudah terbakar kulit muka. Ia juga memerlukan rawatan dan penjagaan kulit yang rapi selepas itu.

  • Mikrodermabrasion dan HV Iontophoresis – Cara ini menggunakan satu alat untuk menghasilkan penglupasan secara mekanikal. Ia kemudiannya diikuti dengan rawatan Vit C Iontophoresis yang akan mencerahkan kulit. Berkesan untuk mereka yang mempunyai kulit yang anjal dan tebal.

  • Sunblock dan Krim– Sunblock dan krim adalah 2 produk yang akan diguna selepas membuat rawatan di atas.