Posted on

Sinaran UV Punca Utama Terjadinya Jeragat, Jangan Abaikan Wajah Anda.

smf drop

 

Sinaran UV Punca Utama Terjadinya Jeragat, Jangan Abaikan Wajah Anda.

 

Di Negara yang beriklim sejuk terdapat perkhidmatan “tanning booth” untuk mendapat kulit yang agak gelap atau bagi mereka yang berkemampuan akan datang melancong ke Negara beriklim tropika dan berjemur dibawah panas sinaran matahari. Kesemua aktiviti ini adalah untuk meningkatkan kadar pigmentasi ditubuh mereka. Mereka akan berbangga sekiranya tubuh mereka kelihatan lebih kehitaman berbanding teman mereka yang kelihatan putih dan pucat.

Di Malaysia Negara tropika adalah sebaliknya, ramai di antara kita ingin kelihatan lebih cerah, lebih putih seperti artis K-POP. Krim kosmetik bertoksik yang mengandungi hydroquinone atau mercury untuk mencerahkan kulit sangat laris satu ketika dahulu sehingga terdapat kes di mana muka pembeli menjadi melecur dengan teruk baharulah di war-warkan mengenai betapa bahayanya produk-produk tersebut. Sehingga kini masih terdapat produk yang bertoksik kerana permintaan untuk kelihatan lebih “putih: tidak pernah ada penghujungnya. Produk pengelupasan kulit akan memusnahkan lapisan epidermis atau lapisan atas kulit yang bertindak sebagai ;

  • Lapisan kalis air
  • Penapis sinaran UV

 

Apa itu Sinaran UV

UV atau ultraviolet datang di dalam 2 bentuk, UVA dan UVB. Mengikut Persatuan Kanser Kulit sinaran UVB adalah lebih bahaya kerana mengandungi mengandungi radiasi ultraviolet. UVB yang akan menjadikan kulit terbakar atau sunburn.

Sinaran UVA akan meresap kedalam lapisan kulit dan akan menyimpan melanin di dalam sel-sel kulit, yang akan mempengaruhi pengeluaran melanin. Proses ini mengambil masa yang lama sebelum jeragat keluar di wajah seseorang.

 

Melanin

Bila ultraviolet menembusi kulit, sinaran itu akan “bekerjasama” dengan sel yang bernama melanocytes. Melanocytes bertanggunjawab menghasilkan melanin. Lagi besar jumlah melanin yang terhasil maka lebih hitamlah kulit atau jeragat seseorang itu.

 

Bahaya Sinaran UV

 

Salah satu cara untuk mengurangkan risiko jeragat, sunburn atau kanser kulit krim sunblock adalah pilihan yang masih ideal dari dahulu hingga kini. Bagaimana untuk memilih sunblock yang sesuai?

  • SPF 15 akan melindungi 93% kulit dari sinaran UV
  • SPF 30 akan melindungi 97% kulit dari sinaran UV
  • SPF 50 akan melindungi 98% kulit dari sinaran UV

 

 

Adakah Homeopathy Mempunyai Produk Sunblock?

 

Homeopathy tidak mempunyai produk sunblock kerana produk ini adalah sebahagian dari produk kosmetik.

 

Adakah Terdapat Suplemen Homeopathy Untuk Mengawal Melanin?

 

Homeopathy mempunyai suplemen yang agak banyak untuk mengawal melanin seperti set-set jeragat yang dijual iaitu Sepia 200, Melasma Free, Kali Sulph dan Cal Sulph, Nat Mur, Lycopodium dan Phosporus.

 

Adakah Homeopathy Mempunyai Kesan Sampingan atau Mencetus Alergik?

 

Remedi homeopathy bukanlah ubat, ia adalah dari bahan semulajadi dari alam yang akan dicampur dengan air di dalam kuantiti yang besar berbanding bahan asal, sebagai contoh Nat Mur adalah sejenis mineral. 1 bahagian Nat Mur akan dicampur dengan 10,000 atau 100,000 bahagian air yang menjadikan dos homeopathy sangat kecil dan tidak boleh dikesan melalui ujian makmal. Oleh itu agak mustahil remedi homeopathy akan mendatangkan kesan sampingan atau mencetus alergik. Namun kesan penyembuhannya sangat hebat dan kadang-kadang ada yang mengatakan sangat “ajaib” apabila telah mencuba pelbagai produk dan akhirnya set-set jeragat homeopathy berjaya menyembuhkan jeragat mereka.

 

Ingin konsultasi jeragat dan remedy yang sesuai dengan masalah jeragat anda sila wasap kode MELASMA KE 0123400557

Posted on

Jeragat mempunyai “saka” susah betul nak sembuh !

aadf remedy homeopathy

cara rawat jeragat dengan berkesan

jeragat dan hormon

melasma

jeragat dan laser

Jeragat Mempunyai “Saka” Yang Power, Akhirnya Tertewas Dengan Wet Dose Homeopati

 

Merawat jeragat bukanlah kerja mudah, kerana jeragat mempunyai “saka” yang sangat power. Memerlukan ilmu kebatinan tahap tertinggi untuk berhadapan dan menewaskan “saka” yang mengiringi jeragat. “Saka” jeragat sangat hebat sehingga berdozen-dozen dukun handal tidak dapat mengenal pasti punca rasukan “saka” jeragat dan kerap kali dukun-dukun itu akan tertewas.

 

Jangan terkeliru ini bukan cerita misteri tetapi sesekali Kak Zu nak bergurau aje. Gurauan “saka” ini adalah gurauan seorang pembeli yang telah berjaya menewaskan saka jeragatnya dengan mengamalkan remedi “wet dose”. Jeragatnya sangat degil dan dia telah berhabis ribuan ringgit, tidak kira di mana sahaja pasti dia akan pergi mencuba membuat rawatan jeragatnya, paling hebat dia ke China untuk berubat secara Perubatan China iaitu mengguna kaedah akar kayu dan accupunture. Malangnya saka dari China pula yang dibawa pulang kerana jeragat semakin menebal.

teknik wet dose menghilangkan jeragat sukar sembuh

 

Pembeli tersebut merasa tersangat geram dengan kedegilan jeragat untuk “nyah” dari mukanya, sehingga Kak Zu terfikir untuk mencadangkan pembeli tersebut untuk mengguna kaedah wet dose untuk Arnica 30 dan Fragaria Vesca. Jika sebelum ini hanya Arnica sahaja mengguna kaedah wet dose tetapi untuk kes pembeli ini Kak Zu mencadangkan beliau untuk mengambil seperti berikut;

 

1.       Arnica mengguna kaedah wet dose , 1 sudu besar 3 kali sehari

 

2.       Fragaria vesca juga mengguna kaedah wet dose, tetapi dihirup sedikit demi sedikit dan dikemam 1 minit sebelum menelan. 1 botol 500ml untuk dihabiskan di dalam masa 1 hari.

 

3.       Ashwaganda dan Damiana diambil 3 kali sehari untuk membantu masalah kitaran haid dan emosi ( boleh diambil selepas atau sebelum makan)

 

Kak Zu mencadangkan set Jeragat AADF kerana pembeli ini juga mengalami masalah kitaran haid, stress dan pernah mengambil pil perancang. Hasilnya selepas 10 hari jeragat beliau mula memudar. Pada awalnya dia merasa hanya perasaan sahaja tetapi selepas ditegur rakan sepejabat sewaktu lepas bersolat di surau (tanpa mekap selepas berwuduk) barulah dia menyedari jeragatnya mula pudar 50%. Riang tidak terkata sehingga sanggup dia wassap Kak Zu pada pukul 2 pagi untuk meluahkan rasa gembiranya.

 

Remedi homeopati lebih dikenali di dalam bentuk tablet manis atau disebut “dry pallet untuk dikemam. Terkini cara pengambilan remedi melalui teknik wet dose yang telah diperkenal baru-baru ini akan memberi  kesan yang lebih optimal untuk merawat pelbagai penyakit. Wet dose telah digunakan secara meluas oleh pengamal perubatan homeopati selepas mendapati kesan penyembuhan yang lebih cepat berbanding dry pallet. Teknik ini terus mendapat perhatian ke seluruh dunia dan Kak Zu sendiri telah mendapat feedback yang sangat mengujakan.

 

Teknik wet dose bukanlah teknik terbaru kerana telah direkodkan oleh pengasas homeopati, di mana beliau telah mempraktik amalan wet dose sewaktu mengkaji remedi-remedi homeopati sebelum dry pallet dijadikan sebagai remedi utama sebagai pembawa (carrier) remedi .  Pengalaman kehebatan wet dose ini telah dimaklumkan oleh teman Kak Zu iaitu seorang doktor homeopati. Beliau telah mendapati kesan wet dose adalah lebih cepat memberi kesan berbanding dry pallet selepas menukar kaedah dry pallet ke wet dose kepada beberapa orang pesakit kronik. Kesan penyembuhannya lebih pantas 50% berbanding pesakit yang mengambil tablet manis atau dry pallet.

Ingin mendapat konsultasi percuma dengan masalah jeragat anda . Sila wasap kode JERAGAT ke +6 012 3400 557