Posted on

Kesan Sampingan Rawatan Laser membuang jeragat

.

 

 

Kesan Sampingan Rawatan Laser . Rawatan laser yang juga dikenali sebagai Cosmetic lasers adalah prosedur rawatan facial yang sangat intensif dan menyakitkan. Terdapat , , , , membuang ketuat dan juga tattoo.

Diode lasers adalah kaedah yang paling kerap digunakan oleh pusat rawatan kecantikkan dan pakar kulit untuk membuang dan rerambut.

Setiap rawatan laser mempunyai kesan sampingan (side effects), di bawah ini ialah 12 kesan sampingan yang mungkin anda alami jika membuat rawatan laser.

 

1. Kesakitan

Kesakitan selepas membuat rawatan laser adalah tidak seberapa jika dibandingkan sewaktu kulit anda dibakar laser. Krim anesthetics biasanya akan digunakan untuk mengurangkan kesakitan seberapa banyak yang boleh, tetapi kesakitan atau rasa tidak selesa masih terasa. Bagi rawatan yang lebih mendalam, doktor mungkin akan memberi ubat tahan sakit (pain killer). Ia juga melibatkan kesakitan “mental” sementara kulit kembali sembuh.

 

2. Kulit kemerahan, membengkak dan gatal

Ini adalah kesan sampingan paling biasa selepas membuat rawatan laser. Kemerahan (erythema), membengkak malah terasa gatal-gatal mungkin akan berkurangan selepas beberapa hari, tetapi kesan “merah jambu” akan kelihatan untuk beberapa minggu.

 

,

Rawatan laser sebagaimana kita tahu, ia akan “mengikis” kulit anda untuk membuang kesan yang tidak dikehendaki. Tidak hairanlah jika kulit akan menjadi lebih sensitif kepada sinaran matahari. Selepas membuat rawatan laser anda seharusnya tidak berjemur dibawah sinar terik matahari dan mengguna krim perlindungan sinaran matahari yang sesuai. Jika tidak kulit anda akan mengalami kerosakkan “photo damage”

 

Bukan semua orang sesuai untuk membuat rawatan laser. Biasanya laser akan menjadikan kulit yang agak gelap atau berkulit gelap, menjadi hypo- atau kulit menjadi seperti melepuh keputihan (seperti parut dari kesan terbakar), terdapat juga pesakit itu kulitnya menjadi hyperpigmentation atau kulit akan menjadi lebih kehitaman. Kulit orang Asia akan lebih menjurus kepada hyperpigmentation. Kebanyakkan prosedur rawatan laser untuk membuang jeragat, kesan selepas rawatan laser akan menjadikan kulit lebih menghitam sebelum kesan penyembuhan terjadi.

 

Bergantung kepada jenis rawatan laser yang anda buat, kesan lebam adalah salah satu kesan sampingan yang mungkin akan terjadi. Kesan lebam terjadi akibat saluran darah dibawah kulit telah bocor, biasanya kesan lebam ini akan hilang selepas beberapa hari.

 

6. Kulit tidak sekata warnanya (demarcation line)

Bayangkan kulit muka anda separuh berwarna cerah dan separuh lagi agak gelap, ini terjadi apabila terdapat kawasan dimuka anda yang tidak dibuat rawatan laser akan kekal pada tona asal kulit anda tetapi sebaliknya bagi kulit yang sudah dilaser. Agak sukar untuk mendapat tona sekata selain membuat rawatan laser ke seluruh muka atau mengguna krim bertoksik untuk menecerahkan keseluruhan muka anda.

 

7. Jangkitan

Jangkitan kuman agak jarang terjadi tetapi jika terjadi ia agak menyakitkan dan agak sukar sembuh. Kebanyakkan doktor akan memberi krim antibiotic atau ubat antibiotic selepas rawatan laser untuk menghalang jangkitan terjadi terutama kepada rawatan laser yang mendalam ke dalam kulit.

 

8. Berparut

Agak lucukan , terdapat rawatan laser untuk membuang parut tetapi sebaliknya salah satu kesan sampingan rawatan laser ialah berparut. Setiap rawatan yang “merosakkan kulit untuk kelihatan cantik” akan terdapat risiko untuk berparut. Terjadinya parut kerap kali bergantung kepada jenis kulit, sama ada kulit yang mudah berparut atau atau keloids (parut yang bertindih) risiko untuk berparut adalah sangat besar.

 

9. Kesan melepuh, berkuping dan bersisik

 

10. Kehilangan lemak

Apabila lemak terutama di muka (facial) telah hilang, wajah seseorang itu akan kelihatan suram (gaunter). Jika ini terjadi tidak ada rawatan yang akan menjadikan menterbalikkan kehilangan lemak tersebut.

 

11. Masalah kulit yang berulang-ulang

Masalah ini terjadi apabila laser akan merosakkan saluran darah anda, tetapi rawatan laser tidak boleh menghalang kulit anda membina lebih banyak saluran darah.

 

12. Breakout

“Breakout” atau kulit akan menjadi lebih melarat apabila, kulit sedang di dalam proses penyingkiran bahan-bahan yang tidak diingini. Ini kerap terjadi selepas membuat rawatan laser, penggunaan krim untuk melegakan kesan rawatan laser tadi. Kesan ini kerap terjadi apabila terdapat jerawat yang aktif atau kulit yang sensitif sewaktu menjalani rawatan laser.

Selain kesan sampingan yang bakal anda hadapi, rawatan laser untuk membuang jeragat juga sangat mahal kosnya. Anda mungkin akan kehilangan ribuan ringgit tetapi kesan yang diharapkan hanya cerita kosong sahaja.

Anda juga perlu sentiasa ingat fakta ini, laser adalah membakar dan boleh memotong besi sekalipun pada kadar tertentu. Oleh itu jika kulit yang amat lembut itu dirawat mengguna laser kesannya lebih banyak yang buruk dari yang baik.

Inginkan konsultasi jeragat sila,wasap kode ke 0123400557 kerana tiap orang tidak sama remedy bergantung pada masalah dan simptom atau klik terus link ini untuk wasap http://biochemic.wasap.my

Posted on

Pil perancang menyebabkan hormon keliru dan jeragat sukar sembuh

 

 

Hormon Pun Boleh Confuse dan Pun Naik

Pengambilan pil perancang (oral contraceptives) agak jelas diperkatakan sebagai punca terjadinya jeragat walaupun tidak ada sejarah di dalam keluarga yang mengalami jeragat. Oleh itu, kerap kali wanita yang mengambil pil perancang akan dinasihatkan untuk berhenti mengambil pil perancang jika terjadi jeragat secara tiba-tiba selepas mengambil pil perancang.

Hormon mempengaruhi wanita semasa dan selepas kehamilan. Sebagai contoh jika mereka berhenti mengambil pil perancang, pil kesuburan untuk hamil, untuk penyusuan, dan selepas itu kembali kepada pil perancang untuk mengawal kelahiran semula. Proses pengambilan pil perancang akan mempengaruhi sistem hormon mereka sehingga ke peringkat perimenopause atau menopause. Proses mengambil hormon kawalan kelahiran akan mencetus jeragat atau kerana wanita sangat sensitif terhadap perubahan hormon estrogen dan progesterone di dalam tubuh.

Hormon mempunyai kesan yang amat penting untuk kesihatan setiap wanita. Hormon seksual wanita, estrogen dan progesterone sangat penting untuk kesuburan sistem reproduksi wanita, ianya melibatkan kitaran haid sehingga ke proses wanita itu mengandung sehingga menopause. Hormon juga mempengaruhi emosi, paras tenaga, berat badan, mood dan sehingga kepada masalah kulit pun akan terjadi akibat dari masalah hormon seperti terjadinya jeragat dan jerawat.

90% dari pembeli set jeragat berumur 35 tahun dan ke atas, menunjukkan pada sekitar umur tersebut kebanyakkan wanita telah berkahwin dan pernah hamil yang akan mempengaruhi keseimbangan hormon.

Jeragat tidak mengenal umur, bangsa dan warna kulit, tetapi majoriti yang mengalami jeragat adalah wanita, dan sangat jarang terjadi kepada lelaki. Majoriti mendapat jeragat adalah wanita yang berumur lebih 35an. Walaubagaimana pun jeragat tidak memilih “mangsanya” , terdapat wanita yang berumur 20an yang mukanya ditumbuhi jeragat kerana pernah mengambil pil perancang.

90% wanita yang berhenti mengambil pil perancang akan terjadi jeragat. Jeragat tejadi kerana sistem tubuh belum menyesuaikan diri untuk bertindak sendiri untuk mengawal hormon. Sepanjang tempoh wanita itu mengambil pil perancang sistem hormon dikawal oleh pil perancang. Sistem tubuh akan mengalami kecelaruan apabila pengendali hormon sudah tidak lagi berada di dalam sistem tubuh dan seterusnya mengaktif melanocytes untuk mengeluarkan melanin (pigmen hitam) dengan kuantiti yang banyak dari biasa. Secara mudah untuk memahaminya, sistem tubuh pun confuse atau terkeliru dengan fungsi rutin seperti kitaran haid setiap bulan yang telah dikawal oleh pil perancang untuk sekian lama.

Jeragat memang unik kerana pakar-pakar tidak dapat memberi kata sepakat apakah punca akar umbi jeragat. Mereka memberi pelbagai pendapat yang bercanggah, tetapi sebaliknya homeopathy menganggap jeragat adalah berpunca dari kesihatan tubuh yang terganggu. Untuk merawat jeragat sistem tubuh juga perlu dirawat. Hasil dari maklum balas pengguna 90% pesakit jeragat adalah berpunca dari hormon yang akan mengaktif melanocytes untuk menghasil melanin dengan banyak sehingga melanin timbul dipermukaan kulit terutama di muka.

Perubatan konvensional akan mengguna laser atau krim bertoksik untuk membuang lapisan kulit. Kedua-dua kaedah ini agak menyakitkan sewaktu didalam proses rawatan. Paling terkini mengguna kaedah suntikan yang akan menjurus kepada kesan sampingan yang amat menakutkan. Suntikan yang popular adalah suntikan Vitamin E dan Gluthathione. Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan amaran mengenai bahaya kesan sampingan suntikan Vitamin E dan tidak membenar doktor-doktor membuat suntikan di klinik mereka. Paling mengejutkan apabila terdapat penjual yang menjual di online dan disuntik oleh pembeli itu sendiri!

“Berdasarkan Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, seorang doktor klinik swasta tidak dibenarkan menawarkan khidmat suntikan Vitamin C kepada pelanggan.”

Suntikan vitamin C dan Glutathione yang dilakukan sendiri oleh pesakit atau individu yang tidak bertauliah adalah sangat merbahaya, kerana boleh menyebabkan keradangan pada tapak suntikan itu, Selain daripada bahaya tersebut tindakan itu juga boleh menyebabkan jangkitan kuman kepada seseorang itu.

Vitamin C dan Glutathione tidak dinafikan mempunyai manfaat yang sangat besar terhadap tubuh kerana mempunyai antioxidant. Glutathione akan melawan free radical atau unsur-unsur yang akan merosakkan sel-sel tubuh.

Kesan sampingan jika mengambil Glutathione dengan cara yang tidak sepatutnya seperti suntikan yang tidak diiktiraf oleh KKM dan FDA ialah ;

Kesan sampingan kepada pengguna yang mengambil glutathione pada jangkamasa yang panjang ialah berkaitan rendah paras zinc di dalam tubuh. Glutathione juga boleh mencetuskan serangan asthma seperti simptom pernafasan berbunyi (wheezing)

Pakar-pakar juga tidak mengetahui sama ada glutathione selamat kepada ibu yang mengandung atau sewaktu menyusu bayi.

Begitu juga Vitamin C kebanyakkan pakar mencadangkan untuk mengambil Vitamin C terus dari sumbernya seperti dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Kesan sampingan mengambil suntikan Vitamin C adalah lebih merbahaya dari mengambil suntikan glutathione.

Kesan sampingan akibat mengambil suntikan Vitamin C adalah;

· Terasa kekejangan di perut

· Sakit dada

· Gigi akan mereput

· Pening-pening

· Cirit-birit

· Pitam

· Keletihan melampau

· Meningkat kemungkinan kanser paru-paru

· Meningkat kemungkinan penyakit Parkinson

· Meloya

· Komplikasi sel darah merah

· Pelbagai penyakit kulit

Suplemen ini tidak di iktiraf FDA US dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Rawatan Yang Selamat, Berkesan dan Hampir Tidak Ada Kesan Sampingan Untuk Jeragat

Homeopathic Single Remedies (HSR atau Remedi Tunggal)

Homeopathic Single Remedies (HSR) sendiri telah mendapat lampu hijau dari Kementerian Kesihatan Malaysia adalah selamat dan tidak perlu didaftarkan. , Fragaria Vesca 30, Arnica 30, Ashwagandha , Damiana dan remedi seperti Cal Sulph 6x, Kali Sulph 6x dan lain-lain remedi untuk merawat jeragat adalah HSR atau remedi tunggal. Amalan remedi tunggal lebih berkesan, lebih holistic dan terbukti diseluruh dunia pengamal amalan Holistic Homeopathy sangat berjaya merawat pelbagai penyakit kronik seperti masalah jantung, buah pinggang, paru-paru dan juga jeragat.

Mengguna pil manis atau air yang amat selamat dan mengikut kajian makmal bahan asalnya sudah tidak dapat dikesan oleh makmal. Homeopathy dan biochemic dianggap placebo, penipu dan pseudoscience (amalan tidak berkaitan sains) disebabkan bahan-bahan asal tidak dapat dikesan oleh alat-alat makmal. Jika homeopathy adalah karut marut bagaimana dengan mereka yang sudah bersih mukanya selepas mengamal homeopathy?

Anda tidak perlu risau kerana terdapat begitu banyak set-set jeragat homeopathy dan biochemic untuk menghapus jeragat. Kami akan menganalisa simptom, karekter dan sejarah, hasil dari analisa ini kami akan mencadangkan set yang paling sesuai. Berpengalaman lebih dari 18 tahun dan memfokus kepada perubatan homeopathy yang khusus kepada masalah kulit menjadikan kami agak arif untuk mencadangkan set yang terbaik untuk anda.

Tidak rugi untuk mencuba remedi homeopathy yang sangat-sangat mendapat sambutan diseluruh dunia dengan kesan yang lembut, selamat dan boleh diharapkan. Bagaimana untuk mengenal pasti remedi homeopathy yang selamat dan tanpa kesan sampingan? Sangat mudah, remedi homeopathy yang 100% dari remedi homeopathy dan tidak dicampurkan dengan bahan kimia atau dadah atau inhibitor adalah dijamin cukup selamat dan boleh dikatakan tidak ada dos yang boleh membawa maut. Remedi homeopathy BUKAN UBAT kerana ia tidak mempunyai bahan-bahan ubat, sebagai contoh jika dikategorikan sebagai ubat, seperti PANADOL yang mengandungi PARACETAMOL iaitu bahan terkawal di bawah akta dadah.

Moto kami amat mudah, kami tidak mengejar keuntungan semata-mata tetapi yang paling penting, anda kembali cantik dan sihat dengan mengamal remedi homeoopathy Insya Allah dengan izin-Nya.

Ingin kan rawatan konsultasi sila klik link ini untuk wasap terus http://biochemic.wasap.my

Posted on

Jeragat Dan Rawatannya, Silap Pilih Menyesal Tak Sudah

melasma

 

 

Ramai yang tidak tahu punca terjadinya jeragat. Kebanyakkan dari mereka berpendapat hanya sinaran UV adalah faktor utama terjadinya jeragat atau melasma. Saintis sendiri pun tidak mempunyai fakta kukuh mengenai punca sebenar terjadi jeragat, tetapi mereka telah mengenalpasti beberapa sebab yang kerap dilaporkan antara punca-punca utama terjadinya jeragat.

Sebab-Sebab Jeragat terjadi boleh disebabkan oleh faktor-faktor di bawah;

  • Sinaran matahari terik dan UVA, terutama dari jam 11 pagi sehingga 2 petang

Mengikut kajian sinar UVA yang paling tinggi bermula jam 11 pagi sehingga 2 petang. Sinar UVA ini akan menerobos masuk ke dalam kulit dan mengaktif melanocytes yang akan menghasilkan melanin yang berbentuk pigmentasi. 

 

Proses ini akan menjadikan kesan jeragat mula terjadi. Malah kesan ini bukan terjadi di dalam beberapa hari tetapi kesan “tan” ini akan terbina didalam masa yang panjang iaitu 10-20 tahun kemudian.

 

Kesan-kesan jeragat yang terjadi setelah anda berumur berkemungkinan bermula sewaktu anda kecil lagi!!.

  • Hormon yang tidak stabil seperti mengalami kitaran haid yang tidak menentu.
  • Pengambilan pil hormone seperti pil perancang dan HRT bagi mereka yang sudah menopause.

Mengikut kajian kesan sinar UVA dan pengambilan pil perancang (contraceptive) untuk mengawal kehamilan atau pun untuk membetulkan kitaran haid ( doctor kerapa kali mencadangkan pil perancang kepada gadis yang mengalami masalah kitaran haid untuk mengambil pil perancang) dan mengandung kerap kali akan mencetus terjadinya jeragat. Kebiasaanya kesan jeragat akan terjadi di bahagian bibir atas dan di dahi.

 

Set SMF atau SMFF biasanya amat efektif untuk merawat jeragat yang berkaitan masalah hormone.

 

  • Pengambilan ubat-ubatan 
  • Penggunaan kosmetik yang tidak terkawal

Penyakit seperti hemochromatosis atau hemosiderosis atau sesetengah ubat-ubatan dan bahan kimia yang terdapat di dalam produk kecantikkan, ubat yang ditelan atau yang disuntik akan mengakibatkan kulit menjadi lebih kehitaman.

 

Suntikan seperti amidarone, produk yang mengandungi hydroquinone, antimalarial, antibiotic tetracycline, phenothiazines, dan sesetengan ubat-ubatan rawatan kemoterapi kanser, tricylic antidepressant dan bahan yang mengandungi logam berat (heavy metal). 

Jeragat juga boleh terjadi akibat selepas kecederaan kulit (muka) yang meradang akibat jerawat atau lupus (masalah immune system).

 

  • Keturunan

Jeragat akibat keturunan agak jarang tetapi masih boleh diusahakan dengan set 5RH yang berkonsepkan holistic.

Punca sebenar terjadinya jeragat masih menjadi tandatanya, tetapi perubahan hormon atau hormon yang tidak stabil adalah penyumbang terbesar kepada terjadinya jeragat atau melasma.

Pengambilan pil perancang dan HRT atau Hormone Replacement Therapy juga menjadi penyumbang terbesar kepada terjadinya jeragat.

Terdapat juga kes-kes di mana jeragat terjadi sewaktu mengandung dan tidak berkurangan selepas melahirkan bayi.

Jeragat boleh terjadi kepada wanita bermula pada umur seawal 25 tahun, walaubagaimana pun  terdiri dari 95% darinya adalah wanita berumur lebih 40 tahun. Sebenarnya lelaki tidak terkecuali dari terjadi jeragat di muka tetapi nisbahnya 12 wanita : 1 lelaki.

Rawatan Jeragat

Sejak diperkenalkan kepada umum rawatan yang berkonsepkan homeopathy telah mendapat kepercayaan dari ramai pembeli kerana remedy homeopathy tidak mempunyai kesan ubat seperti bahan kimia berjadual, bahan sintetik, dadah dan lain-lain yang boleh mengakibatkan kesan sampingan dan terjadinya ketagihan.

Homeopathy telah mendapat sambutan ramai kerana remedi homeopathy sangat selamat, lembut dan boleh dipercayai. Wanita-wanita mengandung juga selamat untuk mengambil set-set rawatan jeragat homeopathy ini.

Homeopathy bertindak merawat keseluruhan tubuh, bukan hanya pada wajah sahaja seperti rawatan konvensional yang hanya “mensasarkan” masalah tersebut dan “menghapusnya” didalam sekelip mata. 

Sebagai contoh Sepia (Sepia 200) sangat berkesan untuk jeragat yang terjadi sewaktu mengandung dan tidak berkurangan selepas melahirkan anak. Malah Sepia juga mampu mengempiskan perut ibu-ibu selepas bersalin.

Melasma Free  dan Sepia 200 adalah remedy biochemic yang hebat jika digabungkan bersama amat berkesan mengimbang masalah hormon yang tidak stabil sehingga menyebabkan terjadinya jeragat.

Selain dari itu Melasma Free dan Sepia 200 akan membantu mengawal pengeluaran lebihan melanin yang menyebabkan jeragat terjadi.

Lain-lain remedy seperti Fragaria Vesca, Thuja, Cadmium Sulphur, Sulphur dan lain-lain adalah saling bantu membantu-bantu.

Secara amnya perubatan homeopathy merawat “seorang individu” bukan hanya “penyakit” itu sahaja. Perubatan homeopathy akan merawat masalah hormone dari dalam dan akan menghalang proses terjadinya melanin dengan banyak sehingga terjadinya jeragat.

Rawatan Jeragat Secara Konvensional

Secara amnya rawatan secara konvensional ialah membuang jeragat tersebut dengan kaedah pengelupasan. Sewaktu proses tersebut, lapisan atas kulit yang menjadi penapis kepada sinaran UV akan turut terhakis.

  • Laser– rawatan paling pantas untuk menghapus jeragat. Malangnya rawatan ini juga membuang layer kulit yang bertindak menapis sinaran UV. Kerap kali selepas membuat rawatan laser kulit muka pesakit tersebut akan menjadi kehitaman, lebam-lebam dan kusam akibat sunburn. Rawatan ini agak menyakitkan mengikut info daripada pesakit yang pernah mencuba rawatan laser.

  • Penglupasan kimia (chemical peeling) – mengguna larutan kimia untuk mengelupaskan kulit dan seterusnya membuang jeragat. Rawatan ini juga akan membuang layer kulit yang menapis sinaran UV dan kerap kali akan mudah terbakar kulit muka. Ia juga memerlukan rawatan dan penjagaan kulit yang rapi selepas itu.

  • Mikrodermabrasion dan HV Iontophoresis – Cara ini menggunakan satu alat untuk menghasilkan penglupasan secara mekanikal. Ia kemudiannya diikuti dengan rawatan Vit C Iontophoresis yang akan mencerahkan kulit. Berkesan untuk mereka yang mempunyai kulit yang anjal dan tebal.

  • Sunblock dan Krim– Sunblock dan krim adalah 2 produk yang akan diguna selepas membuat rawatan di atas.