Posted on

Hapus Jeragat Dengan Bio-SMF

bio-smf set
bio-smf set

 

Hapus Jeragat Dengan Bio-SMF

Set Bio-SMF adalah gabungan Remedi oral (hisap dan minum) dan set Bio-T3 Face White Natural Products yang disediakan 100% dari bahan-bahan natural dan organik yang bebas dari bahan kosmetik seperti hydroquinone yang mempunyai kesan “bleaching” untuk jadikan lapisan kulit atas mengelupas.

Remedi homeopathy dicemburui oleh ramai pihak kerana kesan penyembuhannya sangat lembut. Malah selain berupaya menghilangkan jeragat, ianya juga mampu mengawal hormon dna menstabilkan hormon. Hormon adalah salah satu faktor yang menjurus wanita kepada kebanyakkan penyakit yang dideritai.

Set SMF yang mengandungi Sepia 200, Melasma Free dan Fragaria vesca sangat popular dan mendapat sambutan hangat dikalangan para pembeli. Kesannya jika terdapat keserasian kepada pengguna boleh dilihat sepantas 1-2 minggu. Bukan sekadar menghilangkan jeragat tetapi remedi-remedi ini juga akan menyerap ke seluruh tubuh memberi manfaat lain sebagai contoh Sepia 200 juga mampu mengatasi perut buncit, jerawat dan pelbagai masalah berkaitan sistem reproduktif wanita.

Melasma Free pula adalah gabungan garam mineral yang juga memberi manfaat kepada tubuh seperti rambut, tulang, kuku dan perjalanan darah.

Fragaria Vesca bertindak seakan-akan kolagen tetapi dari sumber buah yang lazat iaitu strawberry. Fragaria Vesca dianggap buah anugerah Tuhan yang mempunyai kesan terapuetik yang hebat selain rasanya yang lazat. Fragaria Vesca selain berupaya mencerahkan kulit, ianya juga berupaya untuk membuang tar di gigi dan menghalang terjadinya batu di dalam hempedu, buah pinggang dan pundi kencing.

Kenapa keserasian menjadi isu?

Remedi natural dan organic seperti homeopathy, bertindak mengikut keserasian tubuh sama ada cepat atau lambat memberi kesan. Berbeza dengan ubat-ubatan sintetik yang mengandungi bahan-bahan kawalan yang mampu memberi kesan yang pantas untuk melegakan kesakitan, cuma kesakitan tersebut tidak akan hilang selamanya tetapi hanya untuk sementara.

Terdapat ratusan kajian oleh para sarjana untuk mencari kaedah terbaik bagi merawat  jeragat. Walaubagaimana pun jeragat tetap menjadi satu masalah kulit yang sangat misteri. Jeragat adalah sesuatu masalah kesihatan yang mampu mengubah kehidupan seseorang. Walaupun ianya bukanlah masalah kesihatan yang serius sehingga membawa maut tetapi jeragat adalah masalah yang perlu diatasi dengan seberapa segera untuk mengembalikan kenyakinan seseorang itu untuk berdepan dengan orang ramai.

Perasaan ingin membuang kesan jeragat dengan seberapa segera adalah penyebab utama ramai para pengguna membuat pilihan membeli krim-krim atau sabun-sabun yang bersifat pantas iaitu mempunyai kesan pengelupasan yang  akan mengundang kesan sampingan.  Tindakan ini akan dikesali sepanjang hayat kerana mengguna produk tersebut yang menghakis kulit dan menjadikan wajah semakin bertambah hitam, kusam, berminyak dan mudah terbakar (sunburn).

Proses Jeragat terjadi mungkin bermula sejak 10-20 tahun sebelum ianya keluar dan tumbuh melata dimuka. Proses terjadinya jeragat agak panjang dengan mengambil kira pelbagai aspek seperti 

  • Karier yang perlu kerap berjemur
  • Pengambilan pil hormon dan perancang kehamilan
  • Pengambilan ubat-ubatan terutama ubat-ubatan konvensional yang mempunyai bahan-bahan-bahan kimia terkawal
  • Penggunaan bahan kosmetik secara berlebihan
  • Kadar kolagen yang semakin menurun di dalam tubuh
  • Perubahan hormon seperti mengandung atau peringkat awal menopos (pre-menopause).

Mari kita lihat apa itu Bio-T3 Facial Face White (BTFW) dan Bahan-Bahannya

Bio-T3 Facial Face White adalah 100% ekstrak herba, bunga-bungaan dan pati minyak bunga-bungaan yang sangat terkenal diseluruh duniaBahan-bahan ini telah digunakan oleh herbalist untuk mencerahkan kulit dan menghapuskan jeragat epidermal (yang berada dilapisan atas kulit).

Apakah Manfaat Bahan-Bahan Ini Untuk Kulit?

Vitamin C – Vitamin C yang terdapat di dalam pelbagai bentuk yang akan membekalkan antioxidant yang sangat berkuasa untuk perlindungan dan menjaga kulit dari kerosakan sel-sel kulit (akibat dari free radicals). Vitamin C akan menambah nutrisi ke kulit dan akan memperlahankan proses penuaan.

Kesan-kesan yang boleh merosakkan kulit (free radicals) sangat banyak dipersekitaran kita seperti keadaan persekitaran yang melibatkan sinaran UV, pencemaran alam dan kekurangan oksigen yang akan menyerang kulit pada saban masa dan hari, tetapi vitamin c mampu membantu (Dermatological Surgery, 2008 & Dermatology Research and Practice, 2012)

Vitamin C akan memberi pelbagai manfaat kepada kulit untuk kelihatan muda dan berpanjangan, mari lihat apa yang mampu dilakukan oleh vitamin c;

Mengurangkan kesan spot coklat (brown spots) yang biasanya dipanggil jeragat atau melasma dan pelbagai jenis kerosakkan kulit akibat sinaran matahari.

Membantu menambah kuantiti penghasilan kolagen

Mengurangkan keradangan dan tidak selesa di kulit

Mempercepatkan proses penyembuhan dengan memebantu menguatkan system penyembuhan kendiri tubuh (natural healing response)

Menguatkan system pertahanan kulit dari sinaran UV dan sinaran matahari (Dermatological Surgery, 2008Journal of the American Academy of Dermatology, 2012 & The Journal of Clinical and Aesthetic Dermatology, 2010).

Gebu Selepas 2 Minggu

Lemon Extract dan Essential Oil- Lemon juga merupakan sumber vitamin c. ekstrak lemon telah dikaji mampu untuk

merawat pelbagai masalah kulit seperti jerawat

kanser kulit

melambatkan pertumbuhan microbial atau bakteria.

Oleh kerana ianya mempunyai sumber vitamin c maka ekstrak lemon adalah agent pencerahan dan mempu menghilangkan jeragat di kulit secara semulajadi.

Cucumber extract – terdapat 7 manfaat  timun yang jarang diketahui ramai

Ø Memudarkan lingkaran hitam di mata (dark circles)

Ø Mengurangkan mata yang membengkak dan kelihatan kendur (puffy eyes)

Ø Mengurangkan kedut di muka

Ø Mencerahkan kulit muka

Ø Merawat sunburn

Ø Mengecilkan pori

Ø Menghilang selulit (jika krim untuk selulit)

Chamomile extract dan Essential Oil – Chamomile paling kerap digunakan sebagai teh chamomile untuk mengurangkan tekanan. Ekstrak chamomile dan pati minyaknya juga mempunyai aroma yang harum dan membantu

untuk mengurangkan stress dan digunakan untuk merawat masalah berkaitan saraf.

Manfaat bagi kulit pula chamomile juga sangat berkesan untuk menghalang bakteria dari merebak.

Aloe Vera Essential Oil –

Aloe Vera adalah pelembab paling hebat untuk kulit,

Ø anti keradangan seperti mengurangkan keradangan jika ada tanda-tanda tersebut

Ø anti-bakteria

Ø anti-viral,

Ø anti-kulat,

anti-oxidant yang akan menjaga dan mengekalkan kesihatan kulit, mempercepatkan proses penyembuhan, mengurangkan rasa tidak selesa seperti gatal-gatal, astringent yang akan bertindak mengawal kulit dari kendur dan pati minyak Aloe Vera berupaya menyekat sinaran UV pada kadar yang biasa.

Bagi pengguna yang telah biasa dengan produk-produk herba dan organic mereka tidak akan mengguna produk yang lain. Produk berasaskan bahan-bahan alam semulajadi adalah anugerah-Nya kepada kita.

Posted on

masalah jeragat sukar sembuh

Ramai yang tidak faham dengan punca jeragat.Mereka beranggapan bahawa dengan menyapu krim dimuka dan makan beberapa produk makanan tambahan sahaja masalah mereka akan pulih.

Ini adalah konsep yang salah sama sekali dan hasilnya anda dibayangi kebingungan kerana sudah berkilo-kilo krim dicuba dan berpuluh-puluh produk digunakan masalah anda tidak pernah selesai.

Malahan ada yang menghabiskan beribu-ribu ringgit membuat rawatan laser tetapi masalah selesai hanya seketika sahaja..Jeragat akan timbul datang balik selepas beberapa bulan kemudian kerana punca jeragat bukan sahaja disebabkan kulit luaran sahaja.

Mengapa perkara ini terjadi ?

Jawapannya mudah ringkas sahaja.Jeragat terjadi disebabkan oleh faktor hormon, genetik,cuaca dan penggunaan alat kosmetik yang mengandungi pengelupasan.Faktor umur adalah faktor utama. Kebiasaan jeragat terjadi kepada wanita yang berusia 25 tahun keatas. Perubahan hormon yang berlaku kepada mereka menyebabkan jeragat terjadi.

Perubahan hormon ini biasa berlaku?

Semasa proses kehamilan dan mengandung.

Selepas bersalin atau melahirkan anak.

Kedatangan haid yang tidak stabil.

Pra monopause

Monopuase

Penggunaan ubat-ubatan kimia yang menggangu hormon seperti pil perancang dll

Faktor yang kedua terjadinya jeragat ?

Penggambilan makanan kesihatan yang tercemar dengan bahan GMO dan sintentik.
Penggunaan pil vitamin dan makanan tambahan yang tidak berkualiti.
Pengambilan makanan yang tercemar dengan suntikan hormon seperti ayam,daging dll.
Penggunaan kosmetik yang mengandungi pengelupasan.

Faktor ketiga terjadi jeragat?

Dedahan cuaca panas yang terlampau dan lama.
Dedahan cahaya matahari yang mengandungi UV.
Bekerja ditempat panas dll.

Faktor pertama dan kedua adalah merupakan faktor yang terbesar dan faktor ketiga adalah faktor sampingan.

Jadi bagaimana nak rawat jeragat dengan berkesan ?

Penemuan saintifik dan sudah terbukti berkesan andalah menggunakan kaedah alternatif yang selamat dan berkesan menggunakan kaedah biochemic iaitu kaedah homeopati menggunakan garam tisu mineral.Bebas kesan sampingan sebab menggunakan mineral semulajadi dan bukannya bahan kimia serta boleh diambil oleh semua orang bahkan kanak-kanak sekali pun selamat.
Tetapi konsep perubatan homeopathy bukanlah bersifat “sniper” iaitu menembak tepat kepada masalah kesihatan seperti kebanyakkan ubat-ubat yang berkonsep “drug”.

 

Sebaliknya remedi homeopathy menjadi “askar peninjau” yang mengenal pasti punca masalah dan akan bertindak merawat punca masalah tersebut. Tidak dinafikan kadang-kadang remedi homeopathy memang agak lambat, tetapi kesannya boleh diharapkan.
Ini bermakna jika merawat jeragat, bukan hanya jeragat sahaja yang dirawat tetapi remedi homeopathy akan merawat seluruh badan. Secara logiknya jika terjadi jeragat maka akan ada puncanya seperti masalah hormon yang menjadi masalah utama setiap wanita. Terjadinya jeragat pada seseorang wanita itu disebabkan oleh faktor mengandung, mengambil pil perancang dan hormone replacement therapy (HRT), di mana semuanya akibat masalah hormon. Selain dari faktor genetik, bangsa dan terdedah kepada sinaran matahari (UV).

 

Set ini sangat berkesan dan terbukti telah berjaya mengatasi masalah jeragat dengan kos yang amat minima. Keberkesanan gabungan 5 remedi ini telah dicuba di India dan Pakistan yang menunjukkan statistik kejayaannya sebanyak 90%!!.

Set Jeragat 5RH mempunyai regim pengambilan yang sangat holistik, oleh itu setiap set Jeragat 5RH akan mampu bertahan selama lebih kurang 3 bulan.

Perbandingan rawatan dan kos yang perlu dibayar.

Pengelupan kimia (peeling) kos rawatan RM450-RM600 sekali rawatan,Ini melibatkan penggunaan larutan kimia untuk menghasilkan penglupasan kulit yang mengandungi lapisan melasma.Ianya agak berkesan untuk melasma tetapi harus diikuti dengan penjagaan kulit yang rapi. Hasilnya. Lebihkurang 50-70% melasma akan kurang. Ianya lebih sesuai untuk melasma epidermal

Laser kos rawatannya RM2000 atau lebih untuk sekali rawatan, Cara ini lebih berkesan untuk Hori’s Naevus dan Solar Lentigenes kerana gelombang laser boleh masuk lebih jauh kedalam. Rawatan ini juga sesuai untuk melasma dermal ( jeragat yang berada pada lapisan dalam kulit).

Mikrodermabrasion dan HV Iontophoresis.Cara ini menggunakan satu alat untuk menghasilkan penglupasan secara mekanikal. Ia kemudiannya diikuti dengan rawatan Vit C Iontophoresis yang akan mencerahkan kulit. Berkesan untuk mereka yang mempunyai kulit yang anjal dan tebal.Kos RM 750 – 900 ( Untuk 6 kali rawatan)

Mengapa Set Jeragat 5RH dikatakan Holistik ?

5 Remedi Homeopathy Secara Holistic Untuk Jeragat

Rawatan Homeopathy secara holistic ialah mengambil remedy secara “single remedy” untuk menangani pelbagai permasalahan pathologi penyakit yang dideritai. Single remedy mempastikan setiap pesakit mendapat dos yang secukupnya berbanding dos secara kombinasi.

Mengapa Perlu Mengambil 5 Remedi

Kerap kali jeragat akan tejadi didalam pelabagai bentuk atau dipanggil “Mixed Melasma”. Jeragat yang terjadi kepada setiap individu tidak mempunyai bentuk, symptom dan karakter yang sama. Oleh itu setiap remedy dibawah berupaya untuk mengatasi pelbagai bentuk kepelbagaian jeragat itu sewaktu rawatan.

Remedi dibawah ialah mengikut case-analysis di India yang melibatkan beberapa individu dengan kadar penyembuhan mengatasi masalah jeragat atau pigmentasi sebanyak 90% .

(1) Remedi 1 – TO200

(Ambil 4 biji dihisap 2 kali sehari untuk hanya 1 hari)

Berikut ialah symptom, karakter dan bentuk jeragat yang berkaitan, tetapi tidak semestinya meliputi kesemua;

Dry skin with brown spot. Hydrogenoid constitution. skin looks dirty. Face, pale, waxy, shiny; dark under eyes; spiderlets on.

(2) Remedi – CS200

(Ambil 4 biji dihisap 2 kali sehari setiap hari selama 1 minggu)

Berikut ialah symptom, karakter dan bentuk jeragat yang berkaitan, tetapi tidak semestinya meliputi kesemua;

Chloasma, yellowish stains on nose and cheeks; worse from exposure to sun and wind.

(3) Remedi 3 – CT30

(Ambil 4 biji dihisap 2 kali sehari setiap hari selama 2 minggu)

Berikut ialah symptom, karakter dan bentuk jeragat yang berkaitan, tetapi tidak semestinya meliputi kesemua;

Discoloration of skin in women with menstrual and uterine disorders.

(4) Remedi 4 – S200

(Ambil 4 biji dihisap 2 kali sehari setiap hari selama 3 hari)

Berikut ialah symptom, karakter dan bentuk jeragat yang berkaitan, tetapi tidak semestinya meliputi kesemua;

Chloasma; yellow spots [moth spots] the on the face, and a yellow saddle across the upper part of cheeks and nose. Suited to patient with having dark hair, rigid fibre. Ailments during pregnancy.

(5) Remedi 5 – Sr200

(Ambil 4 biji dihisap kali sehari setiap hari selama 1 minggu)

Skin affection after local medication. Old looking. Spotted face. Skin dry, rough, wrinkled, scaly; Itching, violently at night. Scrofulous diathesis. Liver spots. Unbreakable itching, especially from warmth. Dirty, filthy people, prone to skin affection.

Selepas tamat langkah ke 5, sila kembali ke langkah 1,2,3,4 & 5 dengan dos (kekerapan) dan tempoh masa yang sama.

Cara mengambil remedy :

Boleh guna penutup botol atau tangan yang bersih. Tablet ini berperisa manis hendaklah dihisap sehingga larut ke dalam mulut sebelum makan. Jika boleh pastikan lidah anda bersih

Berapa kos untuk set 5RH ini?

Kos untuk 5 botol ini yang dianggarkan untuk kegunaan selama 3-4 bulan hanya RM250.

 

Posted on

Masalah jeragat dan rawatan yang berkesan

jeragat-muka
Ada kalanya wanita dan lelaki yang berhadapan dengan masalah jeragat atau melasmadan ingin  mencari pilihan rawatan secara semula jadi .

Terjadi masalah jeragat atau melasma atau hyperpigmentation boleh disebabkan oleh keturunan, hormon atau ubat. Masalah ini boleh menyebabkan keadaan muka akan bertompok gelap di muka anda atau beberapa bahagian lain badan anda.

Jeragat akan menyebabkan keadaan kulit bertompok coklat kelihatan yang mula muncul di muka. Ia mungkin akan kelihatan pada pipi anda, dahi dan dagu dan boleh terjadi disekitar hidung.

Ia juga boleh terjadi semasa mengandung yang disebabkan oleh hormon. 

Antarai tip daripada beberapa pakar dalam menggunakan rawatan semula jadi melasma atau jeragat.

Sebagai contoh, anda boleh cuba mencairkan cuka dalam segelas air dan menggunakan penyelesaian untuk membersihkan muka anda. Benarkan muka anda ke udara kering, sekali gus membolehkan ia untuk mengelak dalam beberapa kelembapan. Manfaat utama cuka adalah bahawa ia adalah asid asetik kimia – menjadikannya peluntur kuat; serta mempunyai kesan membuat kulit kelihatan lebih licin dan lebih berseri.

Salah satu daripada rawatan jeragat atau melasma yang semulajadi dan berkesan adalah dengan menggunakan kaedah rawatan homeopathi dan biochemic. Ia lebih selamat dan kejayaan yang dilaporkan adalah 99% berkesan.

Melasme dan jeragat sukar untuk dirawat kerana ia berkaitan dengan pelbagai faktor seperti faktor hormon,kulit,penuaan dan sebagainya. Ramai yang tidak berjaya merawat masalah jeragat,melasme dan bintik hitam dimuka disebabkan mereka berfikir dengan hanya menyapu krim-krim jeragat dipasaran akan dapat menghilangkan masalah mereka.

Ada juga yang sudah menghabiskan beribu-ribu ringgit dengan menggunakan rawatsn pengelupasan dan laser.Rawatan menggunakan laser biasa dapat merawat masalah jeragat,melasme dan bintik hitam ini sementara waktu dan yang menakutkan bagi mereka yang menggunakan rawatan laser ini masalah jeragat mereka semakin teruk dan tidak terkawal.

Sebelum membuat rawatan jeragat dan melasme .Kita mesti tahu serba sedikit tentang punca. Kebanyakan masalah melasme ini terjadi bagi wanita dan jarang kepada lelaki. Ini kerana banyak faktor

1. Faktor perubahan hormon bagi wanita yang hamil dan selepas kehamilan, Faktor hormon ini juga terjadi disebabkan perubahan hormon kewanitaaan seperti masalah monopause dan sebagainya.

Cara rawatan yang sesuai bagi masalah hormon adalah dengan mengambil rawatan dalaman seperti menggunakan ubat atau dipanggil remedy biochemic seperti sepia 200 dan juga melasem free

Apa itu biochemic dan mengapa ia berkesan merawat masalah jeragat,melasme dan bintik hitam?

Kenapa Biochemic ?

Biochemic atau garam tisu adalah persediaan homeopathy di dalam bentuk mineral inorganic yang menyamai garam mineral yang terdapat di dalam tubuh manusia. Terdapat 12 garam mineral di dalam tubuh manusia, seperti yang telah dibuktikan oleh pengasas perubatan biokimia atau biochemic iaitu Dr Shuessler seorang doktor  Jerman yang mengkaji abu mayat pada akhir tahun 1880 dan mendapati terdapat 12 garam mineral di dalam tubuh manusia.

Pada pendapat Dr Shuessler 12 garam mineral ini amat penting untuk mengimbang aktiviti selular (cellular activity) dan kesihatan pada umumnya. Kekurangan garam mineral ini adalah amat kritikal untuk tubuh mengimbang sistem tubuh dan terjadi ketidakselesaan pada tubuh (dis-ease) . Penemuan ini telah memanfaatkan  jutaan orang dengan mengguna kaedah biochemic pada potensi rendah untuk membantu mempercepatkan penyerapan nutrient, proses ini akan menguatkan dan menambah tenaga kepada tisu-tisu yang hidup. Garam tisu akan memberi sokongan kepada fungsi sel yang lebih cekap mengekalkan tahap kesihatan pada tahap terbaik, menambah baik keadaan fizikal dan emosi.

 

Garam tisu akan membantu fungsi asas sel-sel termasuk mengimbang kuantiti air, penghadaman, menyahtoksin, elastisiti sel-sel, menambah oksigen, membekal nutrisi dan sodium-postasium pada kadar yang stabil. Kaedah ini telah terbukti berkesan lebih 200 tahun, malah amat selamat untuk bayi baru lahir, ibu mengandung dan dewasa. Melasma Free adalah gabungan beberapa remedi garam tisu yang digelar sebagai “bioplasma”. Bioplasma ini akan membantu mengimbang hormon dan akan menghapus jeragat atau melasma  yang menganggu penampilan anda.

Punca Jeragat (Melasma/Chloasma)

Punca terjadi melasma tidak dapat dikenalpasti sehingga kini, tetapi hasil dari kajian patologi (kajian penyakit), melasma mungkin berpunca dari pengambilan pil perancang, terapi penganti hormon (HRT dan progesterone), ubat penenang, sejarah di dalam keluarga dan  kerap terdedah kepada sinaran matahari. Kebanyakkan kes melasma atau  jeragat adalah berpunca kerana terdedah kepada sinaran uv yang terlalu kerap.

Kerap kali wanita mengandung juga akan mengalami jeragat, ia dipanggil chloasma. Wanita mengandung akan mengalami pertambahan hormon estrogen, progesterone dan melanocyte stimulating hormone (MSH) sewaktu trimester kedua dan ketiga. Begitu juga wanita yang mengambil terapi penganti hormon sewaktu pra dan selepas menopause, di mana hanya hormon estrogen yang menguasai tubuh wanita tersebut.

Jenis-Jenis Melasma

  1. Centrofacial – di dahi, pipi, atas bibir, hidung dan dagu

  2. Malar – bahagian atas pipi

  3. Mandibular – di kawasan tulang rahang

Melasma Free dicadangkan untuk di ambil bersama-sama Sepia 200secara selang seli, contohnya satu hari ambil Sepia 200 dan hari berikutnya Melasma Free. Kaedah ini akan mempercepatkan proses untuk menghapus melasma atau jeragat.

Cara pengambilan:

2-4 biji dikemam/hisap 3 kali sehari sebelum makan.