Posted on Leave a comment

Ramai yang tension jeragat tidak sembuh

jeragat dan laser

Ramai yang tension dan binggung kerana jeraga tidak sembuh.Faktornya kerana mereka tiada ilmu tentang terjadinya jeragat dan terpengaruh dengan iklan-iklan produk yang berlambak dipasaran yang mendakwa boleh menyembuh jeragat dalam masa singkat.

Bayangkan ada yang habis beribu-ribu ringgit dan ada berpuluh ribu ringgit kerana ingin merawat jeragat tetapi tidak sembuh.Rawatan laser dah buat,pengelupasan dah buat tetapi semuanya hampa dan kecewa.

Sebenarnya 90% punca jeragat adalah disebabkan faktor dalaman seperti masalah hormon tidak stabil,penggunaan makanan tambahan berasaskan hormon,masalah penggunaan pil perancang,masalah penghadaman,gentik dan lain-lain lagi adalah faktor penyebab jeragat yang terbesar. Hanya 10% sahaja jeragat terjadi disebabkan masalah cuaca.

Oleh itu bagaimana krim dan sabun sahaja boleh merawat jeragat? Tanpa anda mengambil dan merawatnya daripada dalam.Rawatan dalaman juga memerlukan ilmu pengetahuan dan pemilihan bahan yang sesuai.Bukan main hentam kromo sahaja seperti mengambil ubat-ubatan kimia, makanan tambahan yang tercemar dengan hormon dan makanan tambahan yang mengandungi colagen tiruan serta penggunaan vitamin C dan E yang berlebihan.

Seperti yang sudah dibincangkan sebelum ini,penggunaan laser bukan semuanya sesuai dan ianya bersifat sementara sahaja dan jeragat akan kembali beberpa minggu atau bulan kemudiaan. Begitu juga kaedah pengelupasan dan sebagainya.Anda boleh cari artikel-artikel terdahulu diweb ini.

Sudah jelas,jika anda kurang jelas kaedah rawatan jeragat yang sesuai anda boleh baca disini <—— kilk sini