Posted on

Kajian US Health faktor jeragat dan jerawat membuat wanita tidak menarik

salam

Melalui kajian dan survey yang dijalan oleh US Health di US, UK dan beberapa negara Asia terhadap lelaki dan wanita mendapati hasil kajian adalah seperti dibawah

  1. 83% wanita yang mempunyai jeragat,jerawat dan tanda dimuka kurang menarik pada pandangan lelaki
  2. 91 % wanita yang mempunyai jeragat,jerawat dan tanda dimuka mengalami masalah tekanan hidup.
  3. 97% wanita yang mempunyai jeragat,jerawat dimuka gagal dalam menjual langsung dalam bidang pemasaran.
  4. 95% lelaki Asia  tidak suka wanita yang mempunyai masalah muka dan dianggap selekeh dan kurang bergaya
  5. 78% lelaki Asia kurang bernafsu untuk menjalin hubungan intim dengan wanita yang mempunyai masalah muka.

Kajian ini dilakukan dengan sample kajian seramai 60k pada setiap negara dan demografi dengan menggunakan kaedah pilot test dan statistik terkini.

Kita lihat statistik diatas menunjukkan wanita terpaksa menghadapi diskriminasi personaliti ditempat kerja atau tidak. Kajian sebelum ini di Asia menunjukkan wanita gempal dan gemuk 93% kurang mendapat perhatian lelaki dan 75% kajian di Eropah menunjukkan lelaki tidak suka pada wanita gemuk. Kajian terbaru terhadap personaliti kulit juga mendapati wanita yang menghadapi masalah muka menghadapi masalah penampilan yang berwibawa.

Wanita Asia mempunyai pengetahuan yang paling kurang tentang masalah kulit. Kajian menunjukkan 98% wanita Asia tidak tahu menggunakan perawatan kulit yang betul . 89% mudah dimanipulasi oleh iklan produk. 79% wanita Asia tidak tahu memilih produk kosmetik yang selamat. Ini diburukkan lagi dengan faktor malas membaca dikalangan wanita Asia. Malaysia menduduki carta kebawah tahap membaca di Asia.

93% wanita di Malaysia tidak gemar membaca. Tahap membaca yang rendah ini dipengaruhi oleh gaya hidup wanita di Malaysia yang gemar membaca melalui media sosial yang sumbernya 97% adalah tidak benar. Berbanding wanita di Eropah yang mempunyai tahap celik membaca 98% berbanding tahap celik membaca 7% di Malaysia. Celik membaca disini merujukkan kepada minat membaca.

Kenyataan Perdana Menteri Malaysia yang menganggap ramai orang bodoh dikalangan rakyat kerana kurangnya minat membaca dianggap ada betulnya. kebanyakan wanita di Malaysia memang mempunyai minat yang membaca yang rendah sekali. Tahap ini sama dengan negara yang kurang maju dikebanyakan negara di Afrika. Cantik tidak bermakna pandai.  Tidak hairanlah banyak ketua-ketua,ceo, dll yang menjawat jawatan tinggi seperti robot hanya menurut arahan tuannya. Tahap membaca menunjukkan kemhairan berfikir rakyat. rata-rata wanita Jepun mempunyai tahap berfikir yang tinggi. Ini kerana sistem budaya dan pendidikan yang mempunyai jati diri yang tinggi berbanding dengan kebanyakan negara Asia yang lain.

Posted on

Kenapa jeragat sukar untuk hilang?

 

 

Jeragat oh Jeragat Susah Betul Nak Hilang!

 

Ramai sangat makcik dan pakcik bawang yang sibuk dok tegur muka ko kenapa naik bintik, kenapa jadi hitam atas bibir dan kenapa-kenapa? sehingga boleh jadi stress. Makcik dan pakcik bawang pun banyak petua itu dan ini, guna itu dan itu dan sapu segala macam bahan sehingga ada yang cadangan mengguna laser atau buat pengelupasan.

Laser bukannya murah ko, paling murah pun RM1500, itu pun kalau tempat rawatan yang biasa-biasa, kalau pusat rawatan berjenama mau lebih lagi. Dah tu kena bayar penuh untuk seluruh rawatan, walaupun ada banyak sesi rawatan yang perlu dibuat, yang penting pusat tersebut dapat duit, berkesan ke atau tidak atau apa nak jadi pun mereka dah pegang duit. 99% yang buat laser telah menyesal kerana termakan petua makcik dan pakcik bawang.

Biochemic Untuk Rawat Jeragat?

 

Kemam-kemam kulit jadi cun, macam tu lah mesej yang diterima dari seorang pembeli yang telah pudar 90% jeragatnya setelah mengambil remedy biochemic. Terdapat komen nakal dari sesetengah pengamal perubatan konvensional (perubatan di hospital atau klinik biasa). Mereka komen remedy biochemic placebo je (placebo ni tidak ada kesan penyembuhan pun temberang aje), yang peliknya sis ni ambil SP30PN30 dan BA30 jeragat dah pudar 90%, placebo ke tu? Sis ni juga pernah ambil set SMF (Sepia 200Melasma Free dan Fragaria Vesca), set ni juga telah membantu memudarkan jeragat dia tapi dia nak try remedy baru, jadi sis cadangkan SP30, PN30 dan BA30.. dalam sebulan hasilnya 90% dah pudar.

Sis ini juga mengambil SSQ-3 untuk kesihatan usus, ramai yang tidak sedar pelbagai masalah penyakit kulit sebenarnya berpunca dari usus. Secara logic atau untuk mudah difahami, kenapa perubatan konvensional sendiri untuk menurunkan suhu badan yang tinggi ketika demam, doctor akan memasukkan ubat ke dalam dubur? dan walla sekelip mata panas dan demam tu terus kebah? Perubatan apa pun sedar segala punca penyakit datangnya dari usus, lubuk segala bakteria dan virus.

Rawatan biochemic atau juga dikenali sebagai cell salts, dalam bahasa kita ada yang menterjemahkan kepada garam tisu. Biochemic adalah sama kaedahnya dengan homeopathy, malah ramai yang mengatakan biochemic adalah homeopathy. Konsepnya sama, cara penyediaan remedy pun sama, Cuma biochemic ni lebih berunsurkan mineral. Sebagai contoh garam adalah mineral, biochemic mengguna nama Natrium Muriaticum atau Nat mur. Nat mur juga membantu untuk melegakan symptom jeragat yang dideritai oleh individu yang berkulit kering.

Krim, Serum dan Sabun Membantu Tak?

 

Terus terang sis cakap, sabun, serum dan krim memang membantu, terutama yang berasaskan herba dan minyak pati (essential oil). Herba dan minyak pati mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan selamat. Herba dan minyak pati ini akan menyerap ke dalam kulit dan membantu menambah nutrisi ke dalam kulit. Berbeza dengan krim, sabun dan serum berasaskan kosmetik yang mempunyai bahan kimia dan sintetik, bahan-bahan ini akan menyerap ke dalam kulit dan memudaratkan hati serta buah pinggang.

Muka gebu plowles (flawless) pun, jika hati dan buah pinggang tak sihat, apa gunanya. Sis ada sorang pembeli yang akan diserang sakit perut seolah-olah gastrik tetapi sebenarnya hati dia dan rosak akibat mengambil produk yang janji kesan yang pantas untuk cantik… drive kereta laju pun bahaya inikan pula produk kecantikkan yang ditelan.

 

Ingin konsultasi remedy yang sesuai dengan jeragat anda sila klik ====> https://klix.cc/4Swaj

Posted on

Jeragat Akibat Emosi Tidak Diambil Kira Oleh Doktor

Doktor perubatan moden amat jarang mempreskripsi pesakit berkaitan emosi, dan ubat-ubat mereka amat spesifik untuk sesuatu penyakit.

 

 

Ini bukan bermakna perubatan alternatif menolak kaedah perubatan moden tetapi hanya sebagai menunjuk perbezaan mengenai pendekatan dua perubatan. Kedua-dua perubatan ini saling melengkapi bagi mereka yang berfikiran terbuka.

Perubatan alternatif seperti Flower Bach Remedy mementingkan simptom berkaitan emosi dan terdapat 38 jenis Flower Bach Remedy yang berkaitan mengenai masalah kesihatan berpunca dari emosi. Jeragat kerap kali berpunca dari emosi apabila melibatkan wanita yang melebihi umur 35 tahun.
Tekanan di tempat kerja dan di rumah seringkali menjadikan wanita moden amat mudah menjadi stress dan depresi yang agak teruk.

 

Q-Spray adalah persediaan yang mengabungkan beberapa remedi bunga-bungaan hebatini untuk memberi kelegaan kepada emosi dan seterusnya mengawal melanocytes dari terus mengeluarkan melanin berlebihan akibat sistem hormon yang kacau bilau.

Walaupun punca sebenar terjadinya jeragat tidak dapat dikenal pasti, namun para saintis telah menetapkan sinaran UV dan genetic adalah faktor utamanya. Hasil dari kaji selidik setiap pesakit yang mempunyai jeragat akan mempunyai masalah stress dan depresi, mengambil pil perancang dan kerap melahirkan bayi.

 

Q-Spray sangat hebat untuk menjadi remedi melegakan simptom emosi yang boleh mencetuskan jeragat. Hampir 90% yang pernah mencuba Q-Spray telah memberi maklumat bahawa selepas mengambil Q-Spray sebagai suplemen mengawal dan menghapus jeragat, di dalam tempoh 2-4 minggu jeragat mula pudar dan emosi mula stabil. Mereka lebih fokus, lebih bersemangat untuk bekerja, yakin pada diri sendiri dan terasa tubuh lebih bertenaga.

 

Ingin mendapatkan khidmat nasihat melalui wasap sila klik sini http://biochemic.wasap.my

Posted on

Tekanan perasaan menyebabkan jeragat sukar sembuh

 

Stress Menyebabkan Semakin Tebal.

Dah penat dik oi, sapu tak kena makan tak jadi, pi makin naya muka aku. Ubat hang ni betui-betui ke berkesan?’ Terkejut juga bila terima 1 whatsapp dah la waktu pun tak logik, ada ke pukul 3 pagi di whatsappnya dan salam pun tak dibagi hehe.

Mata pun melekat sebab tengah tidur terkejut dengan bunyi ring tone whatsapp yang agak cemas. Bukan apa set ring tone yang bunyi cemas untuk pastikan setiap whatsapp dapat dijawab dengan pantas (kecuali sewaktu memandu atau dalam toilet mungkin lambat sedikit hehe…

Nak jawab macam mana ek? Akak ni mesti tengah frust, atau suami dia buat perangai tak nak tengok muka dia sebab dah teruk dengan jeragat? Silap jawab mau makan maki hamun dipagi yang hening ni .. aduiii dalam dilemma juga. Kalau tak jawab, blue tick dah timbul menunjukkan mesej akak tadi kita dah baca… hermmm bismillah jawab je lah kan.

Salam akak mohon beberapa info untuk saya kenal pasti masalah akak dan saya akan cadangkan remedi yang sesuai”. Type agak slow sebab tengah mamai, tiba-tiba akak tu send 1 mesej. “ha awat lama sangat dok typing tu!”. Adehh akak ni garang betul.

Mohon akak beri info seperti
1. Nama & Umur
2. Sudah menopause atau belum?
3. Ada masalah haid?
4. Pernah ambil pil perancang atau hormon?
5. Ada masalah sembelit (digestion)
6. Kerap stress tak?
7. Pernah bersalin ceasarean atau kemalangan teruk?
8. Pernah guna produk pengelupasan, laser atau lain-lain

 

Tu dia patut lama gila typing, sat akak jawab” Akak tu balas dengan pantas , salah satu punca yang terang-terang nampak akak ni alami stress yang teruk. Berikut ialah jawapan akak tersebut memang confirmed dia sangat stress.

  1. Nama & Umur – Kak Ina (bukan nama sebenar) / 51
    2. Sudah menopause atau belum? Sudah
    3. Ada masalah haid? Dah menopause apa xdak la masalah
    4. Pernah ambil pil perancang atau hormon? xdak
    5. Ada masalah sembelit (digestion) xdak
    6. Kerap stress tak? stress memang kuat hari-hari kerja guru
    7. Pernah bersalin ceasarean atau kemalangan teruk? Sekali ada buat cesarean
    8. Pernah guna produk pengelupasan, laser atau lain-lain” pernah laser, kan dah cakap tu tadi!

Waduh terus segar mata dengan jawapan akak ni … bersabar-bersabar..tarik nafas dalam-dalam untuk tenangkan diri sendiri di pagi yang sejuk. Saya anggap ini adalah kes kecemasan seperti kes di wad kecemasan yang perlu dirawat dengan segera. Sebelum sempat saya menaip akak tu dah send lagi satu mesej…

Lama gila tunggu ni apa jawapan hang ni?” erk baru 1 minit doh hahaha … sabar..sabar . “Akak dari jawapan akak tadi saya dapati akak terlalu stress, jadi hormon stress dah aktifkan hormon cortisol yang akan jadikan melanocytes menghasilkan melanin atau pigmen hitam atau jeragat, so kalau stress tidak dikawal jeragat akan bertambah teruk setiap hari

Cara terbaik untuk menghalang hormon stress adalah dengan bertenang dan kalau boleh cuci muka atau ambil wuduk ..:)” saya tambah emoticon senyum untuk menyatakan yang saya type dalam keadaan tenang aje.

Set yang paling sesuai untuk akak ialah set AADF, set ini ada Arnica, Ashwagandha, Damiana dan Fragaria

“fungsi-fungsi remedi ini ialah

 

Arnica – untuk melancarkan perjalanan darah, jika pembuluh darah tersumbat jeragat akan lebih mudah naik

AshwagandhaMengawal emosi , jika stress hormon cortisol akan mengaktif melanin yg akan menjadi jeragat

Damiana – untuk mengawal dan mengimbang hormon , supaya hormon wanita estrogen lebih mendominasi dan jeragat akan terkawal

Fragaria – untuk mencerahkan , Fragaria berfungsi utk membantu buah pinggang menjadi lebih cekap

 

Ini adalah testimoni dari pengguna yang mengguna set AADF sebelum ini, pembeli ini telah repeat order sebanyak 2 kali dan sekarang mukanya sudah bersih” Saya sertakan testimoni terbaru yang baru dapat dari pembeli yang mempunyai simptom seperti akak ini.

Semua mesej saya hanya di blue tick sahaja… aik akak ni baca aje tanpa komen? Secara tiba-tiba akak tersebut terdiam selama lebih kurang 3 jam, saya tunggu dan tunggu …sehingga tertidur semula dan terjaga apabila azan subuh berkumandang. Berat juga nak bangun, kepala saya sendiri jadi berat …adoii inilah cabaran sebagai peniaga online, kedai kami dibuka 24 jam 7 hari seminggu dan 365 setahun.. pernah sekali tu ada pembeli yang ingin buat pesanan di pagi hari Raya Aidilfitri… bayangkan hehehehe. Pernah juga BP (blood pressure) saya naik dan doktor nasihatkan saya untuk berehat.

Setelah siap solat subuh saya periksa phone dan amat terkejut dengan reply dari akak tersebut. Mana tidak terkejut reply dari akak tersebut siap dengan  Assalamualaikum di dalam jawi, dan dengan ayat penuh sopan dia membalas.

Assalamualaikum dik, akak telah bank in sebanyk RMxxx ke akaun Maybank adik xxxx-xxxx-xxxx, betulkan sebab akak amik no akaun ni dari web adik?, berikut ialah details akak untuk adik pos kan, ada lebih RM10 akak halalkan untuk adik buat belanja minum

Ini adalah gambar resit bukti bayaran tadi, semoga adik dapat pos pesanan akak dengan segera dan ajarkan akak cara-cara mengambilnya nanti…maaf pagi tadi ganggu adik tidur…wasalam

Wow … akak ini telah berubah di dalam sekelip mata dan terus membuat order serta bayaran tanpa banyak soal lagi …. Alhamdulillah.

Selepas lebih kurang 40 hari akak ini membuat repeat order katanya … jeragat dia semakin pudar dan dia mula semakin pandai mengawal stressnya dibantu oleh Ashwaganda Q….. Alhamdulillah.

Ingin mendapatkan rundingcara remedy yang sesuai dengan masalah jeragat anda sila klik link ini untuk wasap kami terus.Sebarang persoalan kaedah rawatan dan cadangan remedy akan diberikan secara percuma kecuali remedy rawatan =====> http://.wasap.my

 

[wysija_form id=”1″]

Posted on

Hampir bercerai berai akibat jeragat

 

 

Hampir bercerai berai akibat jeragat

 

Agak saspen bila satu hari menerima Whatsapp dari seorang wanita, dengan satu soalan killer produk ni berkesan ke? dah penat cari produk semua tak jadi laki pun dah menyampah tengok muka saya”. Saya dia beberapa minit tapi wanita itu tahu saya telah membaca mesejnya bila blue tick timbul di screen phone dia. Naya juga ye macam mana nak buang blue tick tu hehe? Saya bukan tak mahu menjawab tetapi perlu cari jawapan yang sesuai, risau juga jika silap jawab mesti saya kena marah. Saya pernah kena marah sebelum ini jadi saya perlu berhati-hati untuk menjawab soalan killer seperti ini.

Awak ni nak menjual ke tidak?”, sudah dia dah mula naik angina. Jadi saya pun menaip perlahan-lahan, dengan dimulai “Assalamualaikum puan” , tiba-tiba dia reply “hehehehe sori terlupa bagi salam”. Fuh mujur dengan izin Allah saya mendapat ilham nak menjawab seperti itu.

Puan ini asal dari Segamat, Johor dah frust dengan produk-produk krim atau sabun. Suaminya pun ada membeli krim yang terhangat di pasaran, tetapi jeragat puan ini yang bernama M (nama dirahsiakan) terus semakin menghitam dan jelas kelihatan. “awak tahu laki saya nak pandang muka saya pun tak hingin”. Sudah dia mula jadi garang semula.

Saya pun ingin menceriakan keadaan, saya send emoticon senyum yang ada peluh tu hehe… “Puan umur berapa?, period ok tak?, ada pernah ambil pil perancang tak?, pernah buat laser tak? Pernah buat bleaching tak?, penah buat cesarean tak “ Saya cuba sejukkan hati dia , mungkin dia baru lepas bergaduh dengan suaminya kot.

Dia jawab “umur 40, semua ok dan takde buat laser bagai, mahal tu”. Nampaknya semua macam ok je habis tu kenapa dia naik jeragat juga?. “Kalau macam tu puan, saya pasti masalah jeragat puan daripada hormon dan juga stress”.

Ya memang stress, rasa nak minta cerai je… apa tidaknya dah lebih 3 bulan laki tak sentuh saya”. Alamak terus terangnya dia. “Cuma ingat anak-anak jer, suami saya ni baik orangnya selalu ke masjid”.

Tiba-tiba saya menjadi pusat kauseling rumah tangga le pula, tapi tak mengapa saya mencuba dengan sebaik mungkin untuk puan ini kembali tenang. Terus saya mencadangkan set AADF. Selepas memberi sedikit tazkirah dan motivasi, dia pun membeli set AADF.

Selepas 10 hari dia memberi komen seperti screen shot ini, Alhamdulillah.

 

testimonial wetdose jeragat

 

Homeopathy dan Biochemic sebagai solusinya

Mengapa AADF? AADF adalah set yang mempunyai Arnica 30, Ashwagandha Q, Damiana Q dan Fragaria vesca 30.

Homeopathy dan biochemic adalah perubatan alternatif, senang cerita ia adalah suplemen, homeopathy dan biochemic bukan ubat dan tidak mempunyai bahan-bahan ubat seperti ubat-ubat hospital. Homeopathy dan biochemic bukan hanya merawat jeragat tetapi merawat individu itu dan merawat seluruh sistem tubuh dan yang paling bagus mengenai homeopathy dan biochemic ialah ia selamat dan boleh dikatakan tiada kesan sampingan. Puan ini mendapat manfaat dari segi keseimbangan hormon (Damiana Q), mengawal emosi dari terus menerus dilanda stress (Ashwagandha Q), membantu pengaliran darah bergerak lancar (Arnica 30) dan membantu hati serta buah pinggang untuk bekerja dengan lebih cekap (Fragaria vesca 30).

Setiap individu tidak sama dari segi cerita dan sejarah kesihatan, terdapat lagi 1 kes, Puan D (nama dirahsiakan) mengambil set SMF Drop, yang paling teruja Puan D mesej saya selepas 1 minggu mengatakan jeragatnya sudah mula pudar.  Set SMF Drop terdiri daripada Sepia 200, Melasma Free dan Fragaria vesca 30.

 

INGIN MENDAPAT KONSULTASI JERAGAT YANG SUKAR SEMBUH BOLEH SEND WASAP DENGAN KODE JERAGAT KE 0123400557

 

 

dorma_testi1

 

Set SMF Drop dan Set SMF sememangnya mempunyai reputasi yang sangat hebat untuk membantu wanita-wanita yang berjeragat.

 

INGIN MENDAPAT KONSULTASI JERAGAT YANG SUKAR SEMBUH BOLEH SEND WASAP DENGAN KODE JERAGAT KE 0123400557

Posted on

Jeragat Seolah-Olah Misai

moustache

 

Jeragat Seolah-Olah Misai

Sesekali kita akan terjumpa seorang wanita yang mempunyai seakan-akan misai di atas bibirnya, walaupun cuba ditutup dengan bedak dan alat solek kesan kehitaman di atas bibir tetap akan kelihatan. Jeragat adalah asymptomatic (tidak ada sebarang gejala awal), secara tiba-tiba jeragat akan “pop up” seperti iklan di internet. Sebab-sebab yang paling biasa ialah kehamilan dan pendedahan kepada cahaya matahari yang berpanjangan (sunburn).

Kajian saintifik telah membuat indikasi bahawa wanita yang mempunyai misai adalah simptom biasa polycystic syndrome, di mana wanita tersebut mempunyai lebihan hormon lelaki yang akan menjadikan wanita tersebut akan mengalami pertumbuhan rerambut di muka, belakang, perut dan dada.

Jeragat kerap kali akan muncul semasa mengandung, apabila paras hormon akan meningkatkan pengeluaran melanin yang terdiri dari pigmen yang menghitamkan kulit. Istilah seperti Chloasma atau Melasma yang berwarna kecoklatan atau kehitaman yang akan timbul di bibir atau kawasan “T” dahi, hidung dan pipi.

Selain mengandung, wanita yang paling mudah untuk jeragat timbul dimuka ialah;

  • Wanita yang mengamalkan pil perancang
  • Mengambil pil penganti hormon sewaktu pra dan selepas menopos.
  • Aktif bersukan
  • Karier yang memerlukan berada di bawah panas matahari.

Homeopathy mempunyai beberapa remedi yang telah digunakan sejak turun temurun yang membantu mengawal masalah hormon sebelum ubat-ubatan moden dicipta lagi. Hasil dari catitan journal perubatan homeopathy sekiranya jeragat yang berkaitan hormon beberapa remedi dicadangakan seperti Damiana Q dan Ashwaganda Q yang diekstrak terus dari tumbuhan tersebut. Terdapat beberapa “potentized remedies” atau remedi yang dipotensi secara penyediaan homeopathy yang mengamal kaedah dos yang sangat halus atau “nano” (tanpa warna seperti remedi Q). Sepia 200 Drop, Melasma Free Drop, Arnica 30 dan Fragaria vesca adalah antara remedi utama kepada masalah jeragat.

Kerap kali gabungan (kombinasi) 2 atau 3 remedi seperti di atas akan memberi kesan yang lebih optimal. Fragaria vesca adalah kombinasi yang sangat-sangat dicadangkan untuk diambil bersama-sama lain-lain remedi seperti Sepia 200, Ashwagandha Q, Damiana Q, Arnica 30 dan Melasma Free.

Sebagai contoh;

  • Sepia 200dan Fragaria Vesca 30 yang sangat-sangat membantu untuk masalah jeragat berkaitan hormon. Kerap kali digabungkan dengan Melasma Free atau Arnica sekiranya wanita itu kerap bersalin, pernah dibedah, pernah mengalami jeragat sewaktu mengandung dan masalah darah tinggi atau kencing manis.
  • Damiana Q dan Fragaria Vesca 30 adalah gabungan hebatbagi wanita yang berumur lebih 35 tahun. Sekiranya ingin menambah kesan yang positif digabungkan dengan remedi Arnica 30 atau Ashwaganda Q

Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi remedi yang paling sesuai. Hantar kode JERAGAT ke 0123400557 untuk khidmat rundingcara percuma remedy yang sesuai dengan masalah jeragat anda

Posted on

Jeragat Adalah Penyakit Kronik dan Homeopathy Amat Berkesan Untuk Merawat Penyakit Kronik

images (1)

2E18F5C300000578-3303438-Skin_colour_changes_can_occur_because_of_a_number_of_reasons_inc-a-5_1446639143219

Jeragat Adalah Penyakit Kronik dan Homeopathy Amat Berkesan Untuk Merawat Penyakit Kronik.

Tidak ada satu pun rawatan di dunia yang mampu memberi jaminan 100% dan tidak ada satu pun rawatan di dunia ini sangat sempurna dan lengkap. Begitu juga perubatan moden yang mempunyai kelebihan dan kekurangan yang perlu dibantu oleh perubatan alternatif seperti homeopathy. 

Jeragat adalah diantara penyakit yang memerlukan perubatan yang mesra tubuh berbanding ubatubat moden yang kerap kali mengguna kaedah “memaksa” tubuh.

Jeragat memang unik kerana pakar-pakar tidak dapat memberi kata sepakat apakah punca akar umbi jeragat. Mereka memberi pelbagai pendapat yang bercanggah, tetapi sebaliknya homeopathy menganggap jeragat adalah berpunca dari kesihatan tubuh yang terganggu. Untuk merawat jeragat sistem tubuh juga perlu dirawat.

Hasil dari maklum balas pengguna 90% pesakit jeragat adalah berpunca dari hormon yang akan mengaktif melanocytes untuk menghasil melanin dengan banyak sehingga melanin timbul dipermukaan kulit terutama di muka.

Bagi setiap wanita hormon adalah segalanya, dan tidak hairanlah jika wanita merupakan insan ciptaan Allah yang sangat unik. Jeragat pada usia yang mula menginjak senja akan menambah tekanan perasaan yang boleh menjurus kepada gangguan sistem tubuhemosi dan seterusnya akan menjadi tekanan perasaan seterusnya menjadi kemurungan.

Kesihatan wanita bergantung kepada kesimbangan hormon di dalam tubuh seperti estrogen dan testosterone. Estrogen dan testosterone sangat mudah terjejas sekiranya emosi tertekan. 

Lebih 90% wanita yang mengambil produk homeopati apabila ditemubual secara ringkas akan menunjukkan indikasi bahawa wanita tersebut mengalami gangguan hormon seperti kitaran haid yang tidak teratursengguggut yang terukmengambil pil hormon menghalang kehamilan (pil perancang) atau pil hormon untuk kehamilan dan pil pengganti hormon selepas menopause

Dari segi sejarah perubatan, allopathy atau perubatan moden konvensional lebih awal dipraktikkan berbanding homeopathy yang berusia hanya lebih 200 tahun. Allopathy mempunyai dana yang besar dari segi kajian, alatan dan latihan dan perubatan allopathy diiktiraf diseluruh dunia sebagai perubatan mainstream.

Pengasas homeopathy pada asalnya adalah seorang doktor allopathy, tetapi beliau mencari alternatif kepada perubatan yang lebih mesra pesakit berbanding teknik rawatan allopathy yang beliau anggap agak kejam terhadap pesakit.

Perubatan konvensional akan mengguna laser atau krim bertoksik untuk membuang lapisan kulit. Kedua-dua kaedah ini agak menyakitkan sewaktu didalam proses rawatan. Paling terkini mengguna kaedah suntikan yang akan menjurus kepada kesan sampingan yang amat menakutkan. Suntikan yang popular adalah suntikan Vitamin E dan Gluthathione. Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan amaran mengenai bahaya kesan sampingan suntikan Vitamin E dan tidak membenar doktor-doktor membuat suntikan di klinik mereka.

Homeopathic Single Remedies (HSR atau Remedi Tunggal)

Homeopathic Single Remedies (HSR) sendiri telah mendapat lampu hijau dari Kementerian Kesihatan Malaysia adalah selamat dan tidak perlu didaftarkanSepia 200Fragaria Vesca 30Arnica 30AshwagandhaDamiana dan remedi biochemic seperti Cal Sulph 6x, Kali Suloh 6x dan lain-lain remedi untuk merawat jeragat adalah HSR atau remedi tunggal.

Set-set seperti SMF, SMFF, SMFEC, SMFFEC, AAD, AADF dan lain-lain kesemuanya adalah HSR atau remedi tunggal yang digabungkan menjadi 1 set. Amalan remedi tunggal lebih berkesan, lebih holistic dan terbukti diseluruh dunia pengamal amalan Holistic Homeopathy sangat berjaya merawat pelbagai penyakit kronik seperti masalah jantung, buah pinggang, paru-paru dan juga jeragat.

Mengguna pil manis atau air yang amat selamat dan mengikut kajian makmal bahan asalnya sudah tidak dapat dikesan oleh makmal. Homeopathy dan biochemic dianggap placebopenipu dan pseudoscience (amalan tidak berkaitan sains) disebabkan bahan-bahan asal tidak dapat dikesan oleh alat-alat makmal.

Jika homeopathy adalah karut marut bagaimana dengan mereka yang sudah bersih mukanya selepas mengamal homeopathy.

Anda tidak perlu risau kerana terdapat begitu banyak set-set homeopathy dan biochemic untuk menghapus jeragat. Kami akan menganalisa simptom, karekter dan sejarah, hasil dari analisa ini kami akan mencadangkan set yang paling sesuaiBerpengalaman lebih dari 18 tahun dan memfokus kepada perubatan homeopathy yang khusus kepada masalah kulit menjadikan kami agak arif untuk mencadangkan set yang terbaik untuk anda.

Moto kami amat mudah, kami tidak mengejar keuntungan semata-mata tetapi yang paling penting, anda kembali cantik dan sihat dengan mengamal remedi homeoopathy Insya Allah dengan izin-Nya.

Ingin mendapatkan konsultasi tentang masalah jeragat anda . Sila wasap kode jeragat ke 0123400557

Posted on

Set Jeragat SMF atau SMFEC Yang Terbaik Di Pasaran

jeragat sukar sembuh

Set Jeragat SMF atau SMFEC Yang Terbaik Di Pasaran

Hampir lebih 3 tahun set ini diperkenalkan, boleh dikatakan lebih dari 7 ribu pembeli yang telah mendapat manfaat yang sangat positif untuk menangani masalah jeragat. Bukan hanya jeragat yang telah ok tetapi sistem tubuh lain juga mendapat manfaat dari Sepia 200, Melasma Free dan Fragaria vesca 30. Set ini juga membantu sistem tubuh untuk kembali menjadi lebih berdaya saing melawan unsur-unsur luar yang semakin mencabar di zaman serba pantas termasuk makanan, emosi yang terganggu dan kesan sampingan ubat-ubatan dan produk kecantikkan bertoksik.

Homeopathy sangat mementingkan rawatan dari dalaman untuk mengatasi masalah jeragat dari punca terjadinya jeragat iaitu hormon. Hanya perubatan homeopathy yang menawarkan remedi oral untuk jeragat berbanding rawatan-rawatan konvesional yang lebih bertumpu untuk menghapus jeragat dengan kaedah yang pantas. Sebagai contoh Sepia 200 dan Melasma Free adalah remedi yang sangat berkesan untuk mengatasi masalah hormon wanita. Sepia di anggap sebagai remedi khusus untuk pelbagai masalah wanita terutama masalah berkaitan hormon.

Sepia 200 adalah remedi paling utama bagi masalah jeragat akibat haid tidak teratur (menstrual disorder) dan berkaitan masalah hormon yang melibatkan wanita-wanita berumur.

Sepia 200 adalah remedi homeopathy dan biochemic yang mengguna kaedah campuran dos nano untuk menstimulasi sistem immun dan pertahanan tubuh. Sepia 200 merawat pelbagai penyakit dan kebanyakkan melibatkan sistem reproduksi wanita.

Sepia 200 sangat berjaya menjadi remedi utama untuk mengatasi masalah jeragat dikalangan wanita. Sepia 200 bertugas memembaiki tisu-tisu dan sel -sel kulit yang mati, menyingkirkan kesan jeragat dan bintik-bintik hitam diwajah secara dalaman. Sepia 200 juga sungguh lembut tindakannya tanpa menyebabkan kesan pengelupasan yang akan menipiskan kulit. Selain itu Sepia 200 memberi nutrisi yang baik untuk kesihatan kulit. Memperbaiki struktur kulit yang rosak dan mengembalikan tekstur kulit yang lebih baik.

Sepia adalah remedy homeopathy dan biochemic yang mengaitkan semua masalah gangguan hormon (hormone imbalance), terutama yang terjadi kepada wanita melepasi umur 40 an yang akan terjadi perubahan di kulit sepertimelasma, hyperpigmentation dan blackhead. Ketiga-ketiga masalah tersebut adalah berbentuk jeragat kehitaman atau coklat yang mencacat penampilan muka seseorang wanita tersebut.

Sepia juga sering digunakan untuk mengatasi masalah gynecological seperti sindrom pra-haid, kesakitan atau darah haid yang terlalu banyak, “hot flashes”, emosi dan fizikal semasa dan selepas hamil, jangkitan candida dan uterus yang jatuh.

Saintis sendiri pening kepala untuk mengesahkan jeragat berpunca daripada masalah hormon kerana terdapat juga lelaki yang mengalami jeragat, tetapi berapa peratus lelaki mengalami jeragat berbanding wanita? Jika mengikut nisbah lelaki hanya 1:100 wanita. Walaupun jeragat terjadi kepada wanita seawal umur belasan tahun tetapi majoriti yang mengalami jeragat adalah wanita yang mengandung, selepas mengandung, pra atau selepas menopause atau wanita yang berumur lebih 40 tahun.

Homeopathy percaya setiap masalah kesihatan berpunca dari sistem tubuh yang bermasalah. Oleh itu homeopathy akan merawat individu yang sakit secara keseluruhan. Homeopathy tidak merawat kesakitan tersebut sahaja , malah merawat keseluruhan tubuh.

Fragaria vesca 30 menjadi pemangkin kepada proses menghapus jeragat dengan pantas. Fragaria vesca menjadi antara remedi untuk diminum paling popular dengan kesannya yang sangat hebat. Kesan-kesan positif Fragaria vesca sangat menakjubkan, boleh dikatakan sama taraf dengan produk kolagen lain tetapi Fragaria vesca amat selamat dan tidak menganggu buah pinggang, malah membantu buah pinggang menjadi semakin sihat kerana Fragaria vesca mampu menghalang dari terjadinya batu di dalam buah pinggang.

Khasiat Fragaria Vesca 30, secara ringkasnya khasiat kebaikan Fragaria ialah;

1. Mencerahkan kulit tanpa mengguna sabun atau krim (kesan terbaik selepas 3 bulan). Gabungan Sepia 200 dan Melasma Free akan memberi kesan yang sangat bagus, selamat dan tanpa kesan sampingan untuk mengatasi masalah jeragat atau pigmentasi. Selepas 3 bulan wajah anda akan lebih cerah dan bercahaya.

Remedi homeopathy merawat keseluruhan tubuh, bukan hanya untuk dimuka. oleh itu khasiat Fragaria juga untuk ;

2. Mampu merawat masalah gigi, gusi dan mulut yang bermasalah. Membuang tar dan mencerahkan gigi.

3. Menghalang pembentukan batu karang di hempedu, buah pinggang dan disaluran kencing

4. Mampu mengatasi beberapa masalah kulit lain juga seperti akibat alergik.

Tidak hairanlah amat jarang jeragat akan terjadi semula jika telah sembuh dengan mengambil remedi homeopathy. Jika jeragat telah hilang, ianya akan hilang dan kemungkinan recurrent atau terjadi semula amat tipis kerana remedi homeopathy telah “membetulkan” keadaan yang tidak menentu dengan memberi sistem immuniti tubuh kekuatan baru untuk melawan pelbagai jenis gangguan yang terjadi didalam tubuh.

Melasma free – Untuk membantu menambah nutrisi ke kulit dan membantu sistem tubuh untuk membina sel-sel kulit baru. Melasma Free juga akan membantu menguatkan sistem antibodi tubuh untuk memperkuatkan sistem “auto healing” bagi mengatasi pelbagai masalah kesihatan.

Kini anda tidak boleh menyalahkan hormon anda semata-mata kerana terdapat remedi-remedi yang selamat, lembut, boleh diharapkan dan berkesan untuk membantu hormon anda kembali stabil. Anda perlu mengawal stress dan mengamalkan gaya kehidupan yang sihat untuk mendapat kesan optimal dari remedi dan set jeragat yang sangat berkesan ini.

Pembeli yang telah mencuba set SMF atau SMFEC pasti akan mengatakan set ini bukan setakat terbaik tetapi mungkin di antara produk yang terhebat dengan kesan yang lembut dan selamat.

ORDER PANTAS ATAU KONSULTASI MELALUI WASAP SILA WASAP KODE JERAGAT KE +60123400557

Posted on

97% masalah jeragat disebabkan hormon tidak stabil

jeragat dan hormon

 

Jeragat dan Masalah Hormon

Jeragat atau melasma biasanya akan terjadi di muka dan tengkuk. Di kawasan di mana muka dan leher kerap kali terdedah kepada cahaya matahari . Pesakit yang mengalami jeragat atau melasma adalah 94% wanita dan hanya 6% lelaki. Dari nisbah ini kesimpulan yang dapat kita simpulkan ialah wanita lebih terdedah kepada masalah perubahan hormon berbanding lelaki.

Masalah jeragat ialah isu kesihatan global yang akan melibatkan semua bangsa. Wanita yang berkulit agak gelap akan terjadi berkemungkinan 50-70% akan terjadi melasma sewaktu mengandung. Mujurlah kebanyakkan kes melasma sewaktu mengandung akan hilang selepas bersalin.

Walaubagaimana pun lingakaran itu masih kekal tetapi tidak menonjol seketika. Secara amnya menunjukkan proses ini adalah berkaitan ketidakstabilan hormon yang akan mencetus jeragat pada ketika terjadinya proses hormon mula mengalami gangguan. Anda tidak akan berupaya untuk menghilangkan jeragat dengan mengguna krim ajaib atau losyen ajaib atau rawatan laser yang beribu-ribu ringgit yang dibuat oleh pakar-pakar kulit ternama. Penyembuhan sebenar ialah melalui kaedah holistik seperti diet pemakanan seimbang, gaya hidup yang sihat dan mengawal hormon agar stabil.

Yang paling penting anda perlu memahami konsep ini,  untuk “cure” jeragat secara total anda memerlukan rawatan dalam, kerana anda tidak mungkin akan “cure” dengan hanya rawatan luaran sahaja.

Homeopathy ialah perubatan yang akan memfokus kepada rawatan yang akan melibatkan keseluruhan tubuh. Oleh itu perubatan homeopathy sangat berjaya merawat kes-kes jeragat atau melasma. Ini ialah kerana homeopathy bersifat holistik. Homeopathy merawat pesakit tetapi bukan merawat penyakit semata=mata. Sebagai contoh perubatan homeopathy mempunyai lebih dari 10 remedi untuk pelbagai masalah jeragat, bentuk atau paten jeragat, karekter pesakit juga di ambil kira seperti tingkah laku dan emosi seseorang itu. Homeopathy mementingkan rawatan yang melibatkan emosi, ini ialah kerana emosi adalah faktor utama kepada perubahan hormon seseorang terutama wanita yang sangat sensitif jika melibatkan emosi. Kerap kali jeragat yang terjadi setelah mengalami gangguan emosi seperti keresahan, kemurungan atau depresi yang berpanjangan.

Memahami masalah kesihatan adalah jalan terbaik untuk “cure”. Secara asasnya jeragat atau melasma ialah

“ Perkara asas terjadinya jeragat ialah masalah ketidakstabilan hormon (hormone imbalance)”

“Pengambilan pil perancang dan pil rawatan hormon (HRT) adalah penyumbang utama kepada jeragat atau melasma”

Mengamal cara hidup sihat juga amat digalakkan seperti;

“Sentiasa bersenam”

“Habit buruk seperti merokok dan meminum alcohol perlu dihentikan”

 

“Mengambil suplemen yang bebas dari bahan kimia dan dadah”

“Berpuasa adalah amalan kesihatan yang baik untuk sistem tubuh”

Wanita yang pernah mengandung akan lebih berisiko kerana sewaktu mengandung hormon estradiol, estone, estriol dan progesterone akan meningkat secara mendadak. Tapi estriol dan progesterone bukan penyebab melasma tetapi pengambilan pil-pil sintetik akan menyebabkan melasma atau jeragat terjadi. Walaubagaimana pun doktor-doktor akan mengatakan bahawa progestin bertoksik yang menyebabkan melasma terjadi.

Masalah thyroid (thyroid disorder) juga akan mengakibatkan terjadinya jeragat. Kadar bacaan thyroid ada sepatutnya berada pada sekitar pertengahan. Sebagai contoh jika T3 dan T4 pada  bacaan 2.0 – 4.4 ini bermakna bacaan pertengahan (midrange) ialah 3.2. Kebanyakkan doktor terlepas pandang perkara ini.

Dua pertiga dari pesakit yang mengalami polycystic ovaries (PCOS) akan terjadi jeragat. Ini ialah kerana pesakit PCOS akan mengalami DHEA (Dehydroepiandrosterone) dan testosterone yang tinggi seperti mempunyai seakan-akan misai dimuka (hirstutism) dan kadang-kadang tidak dapat menerima kuantiti insulin yang secukupnya. Paras DHEA dan testosterone boleh dikurangkan dengan pengambilan remedi homeopathy yang sesuai dan diet yang betul, gaya hidup sihat dan mengimbang hormon-hormon lain di dalam masa yang sama.

Diet Yang Membantu Untuk Kurangkan Melasma

Mengekalkan pemakanan sihat dan seimbang bukanlah bermaksud melakukan diet sehingga anda “kebuluran”. Anda seharusnya mengambil pemakanan yang mempunyai tinggi nutrientnya tetapi rendah lemak tepu, garam dan penambah perisa.

Anda boleh mencuba lima kumpulan makanan ini

  • Buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Susu dan produk berkaitan susu
  • Roti, nasi, kentang dan pasta
  • Daging, ikan, telur dan kekacang
  • Makanan yang mempunyai lemak dan gula.

Untuk mengekalkan keseimbangan diet anda, anda speatutnya mengambil 33% buah-buahan dan sayur-sayuran, 33% roti, nasi, kentang dan pasta, 17% daging, ikan, telur dan kekacang, 17% susu dan produk berkaitan susu dan 8% makanan yang berlemak dan manis.

Diet yang sihat dan berkhasiat dapat membantu menstabilkan hormon-hormon yang mengalami ketidakseimbangan disamping mengambil suplemen homeopathy.

 

 

Tips diet : Brokoli adalah sayur hijau yang mempunyai kadungan folik asid yang tinggi. Ianya folik asid semulajadi yang sangat-sangat diperlukan tubuh untuk mendapat bekalan folik asid berbanding folik asid sintetik (yang dijual di pharmasi).

Menambah brokoli didalam menu diet anda akan membantu mengurangkan jeragat, selain Sepia 200, Melasma Free, Fragaria ataupun remedi set 5RH.

Cara : Bakar atau rebus brokoli separuh masak dan makan sebagai ulam atau diratah begitu sahaja.

Biochemic atau Garam Tisu Untuk Jeragat

Sepia 200 dan Melasma Free adalah biochemic atau garam tisu, tetapi terdapat 3 biochemic lagi yang dapat membantu menghapuskan jeragat. Sepia secara spesifik untuk merawat maslah ketidakstabilan hormon diakibatkan oleh hormon estrogen terlalu banyak (dominance). Ini disebabkan oleh pengambilan pil perancang atau pil kesuburan.

3 jenis remedi biochemic untuk merawat jeragat ialah;

  • Cal Sulph – untuk membantu sistem penghadaman dan hati
  • Kali Sulph – mengawal lebihan pengeluaran melanin akibat perubahan hormon seperti terjadi melasma dan juga membantu memberi lebih bantuan kepada hati utk membuang toksin.
  • Nat Sulph – juga bertindak membantu hati, selain dari merawat melasma Nat Sulph juga sangat berkesan untuk menurunkan berat badan

Homeopathy dan biochemic sememangnya sangat popular di Eropah dan US oleh kerana kesedaran pengguna mengenai konsep perubatan homeopathy yang sangat selamat dan tanpa kesan sampingan.

Tidak rugi mencuba tetapi rugi kalau tidak mencubanya.

Konsultasi jeragat secara percuma secara online mengikut kaedah biochemic dan homeopathy boleh wasap ke no 0123400557

Posted on

Set 5RH kaedah berkesan merawat jeragat sukar sembuh

set_5rh

 

Tidak Sabar Nak Cantik Akan Membawa Padah

Jeragat bukan sahaja akan merebak ke kawasan yang setempat tetapi sangat degil untuk dirawat. Pakar kulit yang professional juga tidak lari dari menghadapi masalah menghapus jeragat. Pelbagai kaedah rawatan telah dicuba namum tidak semua kes jeragat berjaya dirawat dengan berjaya.

Jeragat akan terjadi kepada lelaki dan wanita kesemua etnik dan bangsa. Walaubagaimana pun wanita paling kerap terjadi jeragat kerana system tubuh wanita yang kompleks.

Memilih produk yang sesuai juga seperti bermain dadu, jika bernasib baik oklah jika tidak mungkin tidak memberi kesan atau paling malang keadaan akan menjadi semakin teruk.

Begitulah yang terjadi kepada Puan A, yang telah membuat keputusan untuk mendapatkan rawatan laser dari ternama yang mempunyai reputasi yang sangat tinggi dan dikunjungi oleh golongan elit dan artis.

Puan A telah mengambil pakej yang ditawarkan kerana lebih jimat. Pakej ini melibatkan 6 sesi rawatan laser dan rawatan facial. Rawatan pertama, wajahnya ok untuk 3 hari tetapi kembali timbul jeragat selepas 2-3 hari selepas itu, sehinggalah ke rawatan tiga wajahnya seperti keadaan tidak menentu sekejab ada dan sekejab hilang, dah macam iklan biskut.

Puan A tidak berpuas hati sehingga pemilik klinik dan jenama perkhidmatan itu sendiri telah menawarkan untuk merawat Puan A secara peribadi. Malangnya muka Puan A menjadi lebih teruk dari sebelum itu.

Pelbagai ikhtiar termasuk ke saloon untuk menukar kaedah kepada facial treatment yang mengguna krim dan alat-alat elektronik juga gagal.

Kenapa Puan A Gagal ?

Kesalahan yang kerap terjadi ialah memilih cara yang pantas untuk kembali cantik. Tidak ada jalan pantas sebenarnya bagi setiap masalah kesihatan. 

Jeragat juga tidak terjadi didalam masa yang pantas. Jeragat akan terjadi mengikut masalah dan ketidaktentuan system tubuh yang mungkin telah bermula secara perlahan-lahan sejak 10-20 tahun lepas.

Dermal pigmentation atau jeragat dermal adalah berpunca dari pengumpulan melanin berlebihan akibat dari sinaran UVA sejak sekian lama dan menyerap ke dalam lapisan kulit iaitu dermis.

Membuang lapisan atas sahaja bukanlah penyelesaian terbaik kerana melanin yang terkumpul di lapisan dermis kulit akan mengeluarkan melanin berlebihan selepas itu ke permukaan kulit.

Ianya memerlukan rawatan yang dari dalam juga untuk merawatnya.

Bagaimana Pula Rawatan Homeopathy?

Puan A adalah pelanggan Puan Z yang mempunyai sebuah saloon dan Puan Z sendiri telah mengalami jeragat. Puan Z telah mencadangkan rawatan homeopathy seperti yang dia sendiri mengambilnya dan telah berjaya mengatasinya.

Puan A memerlukan set 5RH, Fragaria vesca dan Set Bio-T3 Facial Set yang mempunyai Sabun dan krim yang dibuat dari bahan-bahan organic bunga-bungaan dan minyak pati yang sangat bagus untuk merawat kesan-kesan laser dan memberi kesan kelembapan yang sesuai untuk kulit

 

Kenapa Set 5RH?

Puan A telah menjalani rawatan laser, malangnya kulit Puan A tidak serasi dan mengalami kesan jeragat yang semakin teruk selepas itu. 5RH adalah set komprehensif yang merawat secara holistic. Secara holistic ialah mengambil hanya satu remedy di dalam satu masa. Walaubagaimana pun kini terdapat 5RH di dalam satu botol untuk memudahkan pengambilannya untuk wanita yang terlalu sibuk.

Jeragat Puan A berpunca dari sinaran UVA yang “bertapa” sejak sekian lama dilapisan dermis (lapisan dalam kulit) dan jeragat timbul selepas pengeluaran melanin yang banyak dicetus oleh pelbagai sebab seperti perubahan hormon, kekurangan folik asid, pengambilan pil perancang, penggunaan ubat-ubatan untuk kecantikkan dan stress.

Rawatan laser hanya membuang lapisan atas sahaja, sedangkan melanin masih aktif dihasilkan dengan banyak. Ini seolah-olah seperti menebang pokok keladi dibahagian daun sahaja tetapi akarnya tidak dibuang. Lama kelamaan daun baru akan tumbuh. Agak mengecewakan kerana setelah bersakit-sakit sewaktu rawatan laser, hasilnya muka semakin teruk.

 

Pendekatan Secara Homeopathy

Kaedah rawatan secara Homeopathy telah mendapat sambutan yang sangat hangat kerana konsepnya merawat dari akar umbi permasalahan jeragat itu. Selain dari selamat, boleh dikatakan pendekatan homeopathy untuk menghapus jeragat sangat berbeza dengan kaedah perubatan moden. 

Kebiasaannya wanita yang mengalami masalah jeragat ialah berpunca dari perubahan hormon. Kehamilan yang agak kerap akan menjadikan melasma semakin menebal dari kehamilan pertama sehingga yang seterusnya.

Maka kaedah homeopathy ialah merawat puncanya iaitu masalah hormon. Remedi yang paling sesuai untuk membantu menstabilkan hormon ialah SEPIA 200 dan MELASMA FREE. Masalah hormon adalah bersesuaian dengan umur Puan A yang sudah berumur 47 tahun.

 

Tiga lagi remedy di dalam set tersebut ialah untuk mengatasi pelbagai bentuk jenis jeragat kerana jeragat terbentuk mengikut paten seperti;

– 63% melasma akan terjadi sekitar hidung dan dagu

– 21% di atas pipi, hidung dan sekitar muka

– 16% biasanya akan terjadi di bawah rahang

 

Oleh kerana Puan A sudah melakukan rawatan laser maka proses untuk “membaikpulih” agak memakan masa. Kini jeragat Puan A telah pudar 80% selepas 45 hari dan berharap akan pulih sepenuhnya selepas 90 hari.

Proses “membaikpulih” yang perlu dilakukan agak berat kerana, remedy terpaksa mengimbangkan hormon, mengawal pengeluaran melanin berlebihan, membina sel kulit baru dan memberi nutrisi serta menambah kelembapan ke kulit yang menjadi kering kerana rawatan laser.

Homeopathy sesekali tidak menolak kaedah perubatan moden tetapi memberi alternative kepada rawatan moden sekiranya rawatan moden gagal untuk memberi keserasian kepada pesakit. 

Posted on

Mengapa jeragat sukar dirawat walaupun dengan laser

 

cara rawat jeragat dengan berkesan

 

Mengapa jeragat Sukar Untuk Dirawat?

 

Jeragat memang sukar dirawat kerana ianya terjadi oleh pelbagai sebab. Doktor pakar kulit sendiri pun pening kepala apabila merawat jeragat, dan sering gagal memberi keputusan yang diharapkan oleh pesakit walaupun kos rawatan seperti laser agak mahal. 

Pelbagai kaedah yang dikatakan amat berkesan, tetapi sebaliknya menjadi mimpi ngeri kepada pesakit tersebut. Ramai yang mengadu selepas membuat rawatan laser, pengelupasan kulit (chemical peeling) dan lain-lain kaedah rawatan moden, hanya mampu bertahan 1-2 bulan atau lagi malang hanya selepas 2-3 hari sahaja, kulit muka mereka menjadi kehitaman lebih teruk dari sebelum membuat rawatan.

 

Mengapa rawatan moden hanya sementara?

Jeragat disebabkan melanocytes menjadi terlebih aktif. Melanocytes adalah sel yang menghasilkan melanin  yang akan mengeluarkan pigmentasi hitam yang dipanggil jeragat.

Walaubagaimana pun jeragat juga boleh berpunca dari wabak atau penyakit. Jeragat juga sering terjadi disebabkan oleh perubahan hormone terutama yang sering terjadi keada kaum wanita.

 

Jeragat berpunca dari dalam system tubuh selain dari factor luaran seperti kerap terdedah kepada sinaran matahari terik dan kulit muka dicemari lebihan sinaran UV. Oleh itu rawatan “menghapus” jeragat dari luar adalah tidak sesuai dan sering kali gagal untuk bertahan lama.

Seperti memadam api didalam sekam, jika air hanya disiram dibahagian atas sekam, tetapi bara api dibawah lapisan sekam masih menyala. Lama kelamaan api akan merebak ke atas permukaan sekam semula. Proses ini akan berulang-ulang jika tidak memilih kaedah pencegahan yang sesuai!.

 

Kaedah Perubatan Homeopathy Merawat Jeragat

 

Homeopathy percaya setiap masalah kesihatan berpunca dari system tubuh yang bermasalah. Oleh itu homeopathy akan merawat individu yang sakit secara keseluruhan. Homeopathy tidak merawat kesakitan tersebut secara terus. 

Begitu juga konsepnya untuk merawat jeragat atau melasma. Perubatan homeopathy merawat pada akar umbi permasalahan jeragat itu sendiri. 

Sebagai contoh Sepia atau Sepia 200 adalah remedy yang sangat membantu untuk permasalahan wanita seperti hormone yang tidak stabil, kitaran haid yang tidak menentu, melegakan symptom menopause seperti hot flashes dan menstabil hormone estrogen yang berkurangan. Sepia dianggap sebagai “women’s remedy”, dan setiap permasalahan wanita kerap kali Sepia akan dirujuk sebagai salah satu remedy utama.

 

Sepia 200 sangat berjaya jika masalah jeragat itu berpunca dari akar umbinya adalah hormon. Malah Sepia 200 juga mampu menurunkan berat badan, melegakan masalah jerawat (jika ada) dan mengempiskan perut!. 

 

Biochemic atau cell salt adalah mineral yang sangat penting didalam tubuh kita. Biochemic adalah menyerupai mineral yang ada didalam tubuh kita yang mengandungi phosphate, magnesium, ferrum dan lain-lain. 

 

Melasma Free adalah persediaan biochemic untuk merawat jerawat dan hormone yang bercelaru akibat kekurangan zat-zat mineral. Biochemic juga mampu membina sel-sel kulit baru untuk mengganti sel-sel kulit yang rosak akibat lebihan pengeluaran melanin sehingga terjadinya jeragat.

 

Selain dari itu biochemic adalah remedy yang akan merawat keseluruhan tubuh seperti melancarkan perjalanan darah, menguatkan tulang, menyihatkan rambut, mengawal metabolism dan kesihatan minda.

 

Walaupun jeragat sering terjadi di wajah, ianya berpunca dari dalam system tubuh yang bermasalah seperti yang diterangkan di atas. Oleh sebab itu rawatan homeopathy lebih tertumpu kepada remedy oral (hisap atau minum) yang berbentuk tablet manis atau cecair.

 

Terdapat beberapa remedy oral yang sangat berjaya dan mendapat sambutan ramai seperti Sepia 200, Melasma Free dan Fragaria Vesca 30. Malah set paling laris ialah set SMF atau SMFF. Set ini terdiri dari Sepia 200, Melasma Free iaitu didalam bentuk tablet manis dan Fragaria di dalam bentuk cecair untuk diminum. Set SMF mempunyai 1 botol Fragaria sementara SMFF mempunyai 2 botol Fragaria Vesca.

 

Homeopathy tidak menolak penggunaan krim atau sabun secara total. Homeopathy beranggapan produk luaran seperti krim atau sabun akan membantu dari luaran. Krim seperti Carmino complexion cream (CCC)  dan sabun Carmino complexion soap (CCS). Paling terbaru krim dan sabun 100% herba Bio-T3 Whitening Series .

 

Mengapa Homeopathy?

Homeopathy adalah perubatan yang sangat selamat. Remedi-remedi homeopathy adalah dari bahan alam semulajadi yang disediakan dengan kaedah homeopathy tanpa menggunakan bahan kimia, dadah atau penggalak hormone tetapi mampu merawat masalah hormone tanpa kesan sampingan.

Remedi homeopathy bertindak secara lembut, selamat dan boleh dipercayai. 

Homeopathy telah berusia lebih 200 tahun bermula dari zaman sewaktu rawatan konvensional sendiri masih didalam proses mencari kaedah rawatan yang sesuai untuk pelbagai penyakit. Kaedah rawatan yang agak extreme seperti membedah pesakit secara sedar menjadikan pengasas homeopathy Dr Hahnemann yang juga seorang doctor pada masa itu tidak bersetuju dengan kaedah yang dikatakan agak keterlaluan. Maka beliau mula tercari-cari kaedah yang lebih selamat dan lembut.

Beliau mula mengkaji tumbuh-tumbuhan dan telah terjumpa kaedah “serupa akan menyembuhkan yang serupa”. Sebagai contoh mudah apabila kita memotong bawang, secara automatic mata dan hidung kita akan merembes cecair iaitu air mata dan hingus. Ini adalah menyerupai symptom selsema.

Hahnemann mengambil setitis air bawang ini dan mencampurkan dengan kuantiti air yang sangat banyak. 1 bawang : 100,000 air sebagai contoh dan memberi kepada pesakit yang mengalami selsema yang mana mata dan hidungnya berair. Kajian beliau telah Berjaya meredakan dan seterusnya menyembuhkan pesakit tersebut dari selsema. Hasil dari kejayaan tersebut beliau terus membuat ujikaji menggunakan konsep dos mikro atau dos yang sangat kecil ini untuk merawat pelbagai penyakit dengan jayanya.

Posted on

Kaedah berkesan merawat jeragat yang sukar sembuh

rawat jeragat guna laser

Jeragat adalah masalah utama kulit yang sering juga dihidapi oleh ramai orang selain dari masalah kulit berjerawat. Jeragat atau dalam istilah inggeris ‘freckles’ “melasma” adalah masalah kulit yang menyebabkan beberapa tompokan atau ‘spot’ bulat yang bersifat rata (tidak berbonjol seperti jerawat). Biasanya berwarna perang dan muncul dengan pelbagai saiz pada permukaan kulit. Menurut Persatuan Dermatologi Amerika Syarikat (AAD), ‘freckles’ “melasma” atau jeragat adalah salah-satu tanda kerosakan pada kulit.

Jeragat biasa diterjadi disebabkan banyak faktor antara faktor yang terbesar adalah disebabkan masalah dalaman.Mengikut kajian yang dikeluarkan oleh persatuan pakar dermatologi yang berpangkalan di Switzerland dan Eropah. 97% masalah jeragat berpunca daripada masalah dalaman. Antara faktor yang terbesar adalah masalah hormon,pengambilan pil perancang.

Pengambilan makanan kesihatan yang tidak terkawal seperti makanan tambahan yang mengandungi hormon yang berlebihan telah mengubah gaya hidup masyarakat sekarang yang terlalu bergantung kepada makanan tambahan segera. Disamping itu makanan segera ini mengandungi bahan-bahan pengalak hormon yang berfungsi untuk mengemukkan daging dan memejalkannya. Contoh dalam industri ayam daging pelbagai suntikan hormon yang dilakukan telah menyebabkan pengguna mengalmi masalah kesan sampingan daripada pengambilan ayam tersebut selain daripada pelbagai masalah kesihatan yang lain seperti kegemukan dan sebagainya.

Bagi wanita moden masa kini.Gaya hidup yang stress dan tertekan telah menyebabkan mereka mengambil pil hormon untuk mencantikkan kulit dan memutihkan kulit seperti pengambilan bahan-bahan gluta yang tercemar dengan campuran bahan hormon untuk kesan yang cepat. Oleh itu,kita dapati mereka yang sering mengambil bahan makanan tambahan yang tercemar dengan unsur-unsur hormon telah menyebabkan genetik dan perubahan pada kulit mereka secara paksa. Pada permulaannya mereka berasa gembira kerana wajah yang putih dan kulit glow. Tetapi mimpi mereka tidak lama,setelah beberapa bulan dan tahun mengambil makanan-makanan kesihatan yang tercemar ini mereka akhirnya mendapati kulit mereka akhir ditumbuhi jeragat yang lebih teruk lagi.

Selain daripada itu, pengambilan pil perancang yang berleleluasa dan tidak terkawal juga telah memburukkan lagi keadaan.Pil perancang adalah salah satu sebab yang besar terjadinya jeragat dikalangan mereka yang masih muda dan akan bertambah teruk lagi bila usia menjangkau 40 an keatas. Pil perancang telah menyebabkan kitaran hormon dalam badan telah terganggu dan tidak berfungsi secara normal.Oleh kerana gangguan daripada pil perancang ini kitaran period yang tidak teratur dan gangguan emosi seperti stress berlaku. Walaupun mereka sudah tidak mengambil pil perancang sudah bertahun tahun tetapi masalah mereka tidak selesai kerana regim ubat berasakan allupathy dan kimia akan kekal bertahun-tahun didalam badan.Anda lihat sendiri penggunaan racun seperti racun rumpai menyebabkan struktur tanah meninggalkan kesan tercemar secara bertahun-tahun lamanya.Begitu juga sistem badan manusia.Oleh itu jeragat tidak akan sembuh selama-lamanya kerana kaedah yang mereka gunakan untuk merawat jeragat bergantung kepada kaedah luaran semata-mata seperti pengambilan krim pengelupadan,BB krim dan sebagainya.Malahan jeragat mereka tidak akan sembuh dan bertambah teruk lagi kerana krim pengelupasan menyebabkan struktur kulit menjadi nipis dan dedahan cahaya UV akan memburukkan lagi masalah jeragat mereka.

Seterusnya, penggunaan teknologi terkini seperti laser untuk merawat jeragat juga tidak membantu.Kajian telah menunjukkan kaedah laser telah menyebabkan kulit menjadi nipis dan menyebabkan serta kebolehan sel-sel untuk berkembang telah terbantut. Ramai yang melonjak kegembiraan pada permulaan kaedah laser kerana mereka dapati jeragat mereka pudar dan hilang dalam sekelip mata.Mereka sebenar hanya bergembira sebentar sahaja sebab yang dibuang bukan jeragat secara total tetapi tompok-tompok hitam diatas permukaan kulit sahaja.Apabila sel-sel baru mula tumbuh jeragat akan kelihatan semula.Oleh sebab itu yang melakukan rawatan laser akan berkali-kali akan pergi ke pusat rawatan untuk melakukan rawatan dan akhirnya mereka dapati mereka hanya membuang duit sahaja dan laser sudah tidak berkesan lagi.Kulit menjadi nipis dan jeragat akan bertambah teruk lagi.Ini antara kesan sampingan yang akan datang kemudiaan dan akhirnya mereka akan membuat kesimpulan sebenarnya jeragat tiada ubat dan penawarnya oleh kerana kejahilan mereka merawat jeragat dengan kaedah yang salah.

Penggunaan krim pengelupasan dan pelbagai krim berasakan kimia menyebabkan jeragat bertambah teruk.Ini kerana krim-krim tersebut akan memudar dan menipiskan lapisan kulit buat sementara waktu sahaja.Sudah dibincangkan sebelum ini bahawa krim pengelupasan telah menyebabkan jeragat anda akan hilang sementara sahaja.Sama seperti kaedah anda melakukan rawatan laser.Penipisan kulit juga menyebabkan kulit menjadi nipis dan untuk merawat kembali dan memulihkan jeragat akan mengambil masa yang lama. Oleh itu anda dinasihatkan elakkan penggunana krim sebarangan tanpa nasihat daripada mereka yang pakar.

Kini mimpi-mimpi ngeri anda itu akan berakhir. satu kaedah alternatif yang sudah terbukti berkesan sejak abad ke 18 lagi telah berjaya merawat dan menyembuhkan jeragat anda samada jeragat dalaman dan luaran secara holistic.Kaedah ini menggunakan kaedah secara biochemic.Apakah itu biochemic? Biochemic adalah tisu garam mineral yang semulajadi yang ada dalam badan anda untuk menyeimbangi pelbagai masalah penyakit yang timbul. Oleh kerana ia adalah mineral semulajadi ,biochemic ini selamat dan tanpa kesan sampingan. Malahan mendapat pengiktirafan daripada seluruh pakar-pakar dermatologi dan bidang peruabatan bahawa biochemic adalah penemuan alami yang ajaib. Rawatan dalaman yang mudah dan ringkas. hanya kemam beberapa remedy biochemic masalah jeragat anda akan beransur-ansur hilang dan sembuh secara total. Ini bermakna jeragat tidak akan datang-datang lagi kerana kebolehan sistem dalaman badan anda sudah berfungsi secara sediakala tanpa sebarang gangguan luaran.Walaupun kaedah ini memerlukan masa tetapi ia selamat,berkesan dan murah berbanding kaedah rawatan laser dan pengelupasan yang menelankan belanja beribu-ribu ringgit.Kaedah bukan sahaja baru popular tetapi telah terbukti ratusan tahun dan artis-artis barat telah menggunakan kaedah ini secara diam-diam kerana mereka ingin menjadi periuk nasi mereka kerana mereka adalah duta beberapa produk yang terkenal.Walaupun mereka artis tetapi mereka sedar produk itu hanya gimik sahaja dan bersifat sementara dan mempunyai kesan sampingan yang mengerikan.

Anda boleh dapat maklumat lanjut kaedah rawatan bichemic semulajadi 5RH disini <——– KLIK SINI