Posted on

Tekanan perasaan menyebabkan jeragat sukar sembuh

 

Stress Menyebabkan Semakin Tebal.

Dah penat dik oi, sapu tak kena makan tak jadi, pi makin naya muka aku. Ubat hang ni betui-betui ke berkesan?’ Terkejut juga bila terima 1 whatsapp dah la waktu pun tak logik, ada ke pukul 3 pagi di whatsappnya dan salam pun tak dibagi hehe.

Mata pun melekat sebab tengah tidur terkejut dengan bunyi ring tone whatsapp yang agak cemas. Bukan apa set ring tone yang bunyi cemas untuk pastikan setiap whatsapp dapat dijawab dengan pantas (kecuali sewaktu memandu atau dalam toilet mungkin lambat sedikit hehe…

Nak jawab macam mana ek? Akak ni mesti tengah frust, atau suami dia buat perangai tak nak tengok muka dia sebab dah teruk dengan jeragat? Silap jawab mau makan maki hamun dipagi yang hening ni .. aduiii dalam dilemma juga. Kalau tak jawab, blue tick dah timbul menunjukkan mesej akak tadi kita dah baca… hermmm bismillah jawab je lah kan.

Salam akak mohon beberapa info untuk saya kenal pasti masalah akak dan saya akan cadangkan remedi yang sesuai”. Type agak slow sebab tengah mamai, tiba-tiba akak tu send 1 mesej. “ha awat lama sangat dok typing tu!”. Adehh akak ni garang betul.

Mohon akak beri info seperti
1. Nama & Umur
2. Sudah menopause atau belum?
3. Ada masalah haid?
4. Pernah ambil pil perancang atau hormon?
5. Ada masalah sembelit (digestion)
6. Kerap stress tak?
7. Pernah bersalin ceasarean atau kemalangan teruk?
8. Pernah guna produk pengelupasan, laser atau lain-lain

 

Tu dia patut lama gila typing, sat akak jawab” Akak tu balas dengan pantas , salah satu punca yang terang-terang nampak akak ni alami stress yang teruk. Berikut ialah jawapan akak tersebut memang confirmed dia sangat stress.

  1. Nama & Umur – Kak Ina (bukan nama sebenar) / 51
    2. Sudah menopause atau belum? Sudah
    3. Ada masalah haid? Dah menopause apa xdak la masalah
    4. Pernah ambil pil perancang atau hormon? xdak
    5. Ada masalah sembelit (digestion) xdak
    6. Kerap stress tak? stress memang kuat hari-hari kerja guru
    7. Pernah bersalin ceasarean atau kemalangan teruk? Sekali ada buat cesarean
    8. Pernah guna produk pengelupasan, laser atau lain-lain” pernah laser, kan dah cakap tu tadi!

Waduh terus segar mata dengan jawapan akak ni … bersabar-bersabar..tarik nafas dalam-dalam untuk tenangkan diri sendiri di pagi yang sejuk. Saya anggap ini adalah kes kecemasan seperti kes di wad kecemasan yang perlu dirawat dengan segera. Sebelum sempat saya menaip akak tu dah send lagi satu mesej…

Lama gila tunggu ni apa jawapan hang ni?” erk baru 1 minit doh hahaha … sabar..sabar . “Akak dari jawapan akak tadi saya dapati akak terlalu stress, jadi hormon stress dah aktifkan hormon cortisol yang akan jadikan melanocytes menghasilkan melanin atau pigmen hitam atau jeragat, so kalau stress tidak dikawal jeragat akan bertambah teruk setiap hari

Cara terbaik untuk menghalang hormon stress adalah dengan bertenang dan kalau boleh cuci muka atau ambil wuduk ..:)” saya tambah emoticon senyum untuk menyatakan yang saya type dalam keadaan tenang aje.

Set yang paling sesuai untuk akak ialah set AADF, set ini ada Arnica, Ashwagandha, Damiana dan Fragaria

“fungsi-fungsi remedi ini ialah

 

Arnica – untuk melancarkan perjalanan darah, jika pembuluh darah tersumbat jeragat akan lebih mudah naik

AshwagandhaMengawal emosi , jika stress hormon cortisol akan mengaktif melanin yg akan menjadi jeragat

Damiana – untuk mengawal dan mengimbang hormon , supaya hormon wanita estrogen lebih mendominasi dan jeragat akan terkawal

Fragaria – untuk mencerahkan , Fragaria berfungsi utk membantu buah pinggang menjadi lebih cekap

 

Ini adalah testimoni dari pengguna yang mengguna set AADF sebelum ini, pembeli ini telah repeat order sebanyak 2 kali dan sekarang mukanya sudah bersih” Saya sertakan testimoni terbaru yang baru dapat dari pembeli yang mempunyai simptom seperti akak ini.

Semua mesej saya hanya di blue tick sahaja… aik akak ni baca aje tanpa komen? Secara tiba-tiba akak tersebut terdiam selama lebih kurang 3 jam, saya tunggu dan tunggu …sehingga tertidur semula dan terjaga apabila azan subuh berkumandang. Berat juga nak bangun, kepala saya sendiri jadi berat …adoii inilah cabaran sebagai peniaga online, kedai kami dibuka 24 jam 7 hari seminggu dan 365 setahun.. pernah sekali tu ada pembeli yang ingin buat pesanan di pagi hari Raya Aidilfitri… bayangkan hehehehe. Pernah juga BP (blood pressure) saya naik dan doktor nasihatkan saya untuk berehat.

Setelah siap solat subuh saya periksa phone dan amat terkejut dengan reply dari akak tersebut. Mana tidak terkejut reply dari akak tersebut siap dengan  Assalamualaikum di dalam jawi, dan dengan ayat penuh sopan dia membalas.

Assalamualaikum dik, akak telah bank in sebanyk RMxxx ke akaun Maybank adik xxxx-xxxx-xxxx, betulkan sebab akak amik no akaun ni dari web adik?, berikut ialah details akak untuk adik pos kan, ada lebih RM10 akak halalkan untuk adik buat belanja minum

Ini adalah gambar resit bukti bayaran tadi, semoga adik dapat pos pesanan akak dengan segera dan ajarkan akak cara-cara mengambilnya nanti…maaf pagi tadi ganggu adik tidur…wasalam

Wow … akak ini telah berubah di dalam sekelip mata dan terus membuat order serta bayaran tanpa banyak soal lagi …. Alhamdulillah.

Selepas lebih kurang 40 hari akak ini membuat repeat order katanya … jeragat dia semakin pudar dan dia mula semakin pandai mengawal stressnya dibantu oleh Ashwaganda Q….. Alhamdulillah.

Ingin mendapatkan rundingcara remedy yang sesuai dengan masalah jeragat anda sila klik link ini untuk wasap kami terus.Sebarang persoalan kaedah rawatan dan cadangan remedy akan diberikan secara percuma kecuali remedy rawatan =====> http://.wasap.my

 

[wysija_form id=”1″]

Posted on

Adakah jeragat dan stress mempunyai kaitan

 

stress jeragat

 

 

Jeragat Dan Stress

 

Adakah Jeragat Terjadi Akibat Stres?

Jawapannya YA, kaitannya apabila tubuh mengalami stress akan terjadi respon yang menghantar isyarat ke otak yang akan mengaktif kelenjar pituari yang akan mengeluarkan adreno-corticotropic hormone (ACTH). ACTH akan mengaktif kelenjar adrenal cortisol, iaitu hormon yang berkaitan stress di dalam tubuh.

Proses ini akan menganggu keseimbangan hormon-hormon testosterone dan progesterone. Bagi wanita kacau ganggu terhadap hormon testosterone akan mengurangkan kehendak seksual . Progesterone juga akan berkurangan, ini akan mengakibatkan hormon estrogen menjadi dominan. Ini adalah kaitan stress dan terjadinya jeragat.

 

Jeragat yang terjadi dimuka tidak akan menjadikan seseorang itu merasa gatal, pedih atau bernanah seperti yang di alami oleh pesakit yang mempunyai jerawat. Jeragat dan jerawat adalah berbeza tetapi persamaan di antara kedua-dua penyakit ini ialah terjadi di muka, amat jarang jeragat dan jerawat terjadi di bahagian tubuh.

 

Pakar kulit perubatan moden mengklasifikasikan jeragat sebagai masalah kosmetik. Masalah kosmetik bermaksud masalah yang memerlukan rawatan membenam, membuang dan menghakis segala yang tumbuh di muka. Perubatan moden tidak mempunyai ubat-ubat untuk menghapus jeragat kecuali ubat-ubat yang mengandungi inhibitor yang akan supresi (menahan) proses semulajadi tubuh untuk menghalang lebihan melanin yang terhasil di melanocytes.

Stres atau tekanan perasaan sering melanda pesakit yang terjadi jeragat di wajahnya. Stres akan bertambah berlipat kali ganda sekiranya pesakit itu akan berhadapan dengan orang ramai setiap hari seperti pekerja di kaunter, pegawai pemasaran, cikgu, pensyarah dan lain-lain.

 

Kerap kali saya menerima Whatsapp di tengah malam bertanyakan solusi terbaik, solusi terpantas dan paling berkesan untuk merawat jeragat. Secara jujur saya mampu memberi solusi terbaik dan yang paling berkesan mengikut maklum balas pembeli sebelum ini. Pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa terdapat banyak set-set untuk menghapus jeragat sedangkan produk yang diiklan hanya 1 set dan mampu menghapus jeragat dengan pantas?

Maaf sekiranya saya katakan bahawa 97% pembeli tertipu dengan gimik jualan, tetapi hasilnya tidak seperti dijajakan. Homeopathy biochemic tidak mengamalkan konsep pemasaran yang suka berjanji sesuatu yang indah tetapi pada hakikatnya tidak seindah mana pun.

 

Serasi Dan Homeopathy Biochemic

Keserasian adalah satu faktor yang amat penting, paling mujarab untuk merawat pelbagai penyakit. Sekiranya serasi air jampi (air yang dibacakan ayat-ayat Al-Quran terutamanya) pun akan menyembuhkan penyakit di dalam tempoh yang amat pantas, sekiranya ada keserasian. Set-set homeopathy biochemic juga mempunyai beberapa maklum balas menunjukkan beberapa orang pembeli yang telah hilang jeragatnya selepas 1-2 minggu.

 

Solusi Untuk Hapus Jeragat Mengikut Kaedah Homeopathy Biochemic.

Homeopathy biochemic mempunyai senarai remedy yang panjang untuk menghapus jeragat. Paling banyak maklumbalas mengatakan set-set jeragat homeopathy biochemic sangat “power” ialah mengguna remedy tunggal (single remedy). Tidak hairanlah jika set-set homeopathy biochemic mempunyai remedy kemam atau minum dan di dalam 1 set akan terdapat 2 atau 3 remedi untuk dikemam dan diminum.

Sepia 200 adalah remedi “core” untuk wanita yang mengalami masalah hormon seperti mengambil pil perancang dan pil HRT (hormone replacement therapy). Sepia 200 digelar sebagai “women’s remedy”, oleh pakar-pakar homeopathy. Gandingan mantap Sepia 200, Melasma Free dan Fragaria vesca, sering mendapat maklumbalas dari pembeli dengan hasilnya yang pantas.

 

Terbaru set BJC01, yang berkonsepkan “single remedi” iaitu Cal Sulph, Kali Sulph dan Fragaria vesca juga mendapat sambutan yang sangat hangat.

Secaranya ringkasnya fungsi ke semua remedi ini mempunyai fungsi seperti dibawah

 

  • Sepia 200 – Women’s remedy, yang sangat “power” untuk mengatasi masalah jeragat akibat perubahan atau tidak seimbang hormon. Sangat hebat untuk wanita yang mengalami masalah menstrual (datang haid) yang tertangguh dan kerap mengalami kekejangan sewaktu menstrual
  • Melasma Free Caulophyllum- Remedi yang sangat hebat untuk memberi nutirisi kepada pesakit. Melasma Free Caulophyllum sangat “power” untuk wanita yang stress dan alami masalah sakit-sakit saraf, atau orang panggil “sakit urat”.
  • Cal Sulph – Mineral yang sangat “power” untuk membekal nutirisi ke kulit, membina sel-sel kulit baru dan membawa oksigen secukupnya ke dalam darah.
  • Kali Sulph adalah mineral yang sangat hebat untuk membantu hati membuang toksin.
  • Fragaria vesca 30, atau wild berry yang di gelar “tumbuhan anugerah Allah” yang mempunyai kesan yang sangat baik untuk system tubuh yang lebih kuat. Fragaria vesca sangat “powerful” jika mengikut satu komen web yang menceritakan kebaikkan Fragaria vesca untuk mencerahkan kulit. Selain kulit Fragaria vesca juga mampu mencerahkan gigi dan membantu buah pinggang bekerja dengan lebih cekap dan menghalang dari terjadinya batu di buah pinggang.

Walaupun terdapat banyak set-set untuk hapus jeragat, saya suka menceritakan maklumbalas dari pembeli yang mengambil set Premium SMF (SMFF) untuk set Ekonomi (EC) SMF-EC dan SMFF-EC atau BJC-01. (BJC-02).  Set-set ini harganya sangat mampu beli dan kesannya sangat hebat.

 

Set Premium Dan Set Ekonomi

Kini terdapat 2 jenis set untuk jeragat, iaitu set Premium dan Set Ekonomi (EC). Kedua-dua set ini tidak banyak perbezaannya dari kesan dan bahan yang digunakan. Cuma kuantiti sahaja berbeza. Dimana set Premium akan tahan lebih kurang untuk 2 bulan, sementara set EC dijangka akan tahan untuk lebih kurang untuk 1 bulan.

 

Untuk membezakan 2 set ini, botol juga adalah berbeza kecuali Fragaria vesca. Set Premium masih mengguna botol berwarna biru sementara set EC botol berwarna putih.

 

Set-set EC harganya sangat berpatutan, harganya bermula remdah

 

Bagi mendapatkan konsultasi terbaik set yang sesuai dengan masalah jeragat anda sila whatsapp kode JERAGAT KE +60123400557

KONSULTASI INI ADALAH PERCUMA