Posted on

Jeragat dan melasma

Seorang pembeli yang mukanya berjeragat hitam kecoklatan paling ketara di pipi, dahi dan dibawah dagunya. Sebelum ini flawless aje kulitnya, sejak teruja dengan iklan satu produk krim yang dikatakan sangat pantas kesannya. Lagi teruja kawan kita tu bila gambar before and after pengguna yang dah try sebelum ni. Muka testimoni tu semuanya ala-ala artis Siam yang putih kemerahan membuatkan kawan kita terus whatsapp dan order.

Memang ajaib, terkesima semua kawan opisnya selepas 2 hari dia guna. Mana tidak terkesima muka kawan kita tu dah 2 kali ganda flawlessnya. Sekali iras dah macam Che ta. Maka dia pun menggelarkan krim ajaib, seterusnya berlumba-lumba kawan seopis membuat order. Dalam masa beberapa hari timbullah Che TaNora DanishNeelofadan Mira Filzah di opis tersebut.

Cerita terus tersebarlah ke opis sebelah, dan seterusnya ke seluruh opis di seluruh negara. Tidak ketinggalan kakak-kakak, makcik-makcik termasuklah makcik bawang pun mencubanya. Penjual produk krim tersebut dalam beberapa bulan dah jadi jutawan, dan mula buat live di fb menayang duit di depan kamera melantik agen dan dropship. Keajaiban produk ini menjadi bualan hangat dikalangan pengemar kulit putih ala-ala KPOP.

Beberapa bulan berikutnya, banyak pula whatsapp masuk bertanya mengenai produk set jeragat Biochemic. Ramai yang share tunjuk muka mereka yang comot bertompok-tompok. Macam biasala kena interview dulu, umur berapa?, pernah guna produk pengelupasan tak?, kerap berjemur tak?, ambil pil perancang tak?. Jawapan paling popular PERNAH GUNA KRIM PENGELUPASAN dan sangat menyesal kerana telah mengguna produk tersebut. Memang ajaib sekejab lawa sekejab huduh.

Hampir lebih setahun selepas krim ajaib terjual, maka Kementerian Kesihatan (KKM) mengistiharkan 5 produk krim telah diharamkan kerana mengguna bahan terlarang seperti mercury dan hydroquinone. Masya Allah patutlah ajaib mereka mengguna formula ajaib yang mampu mencairkan kulit dan menghakis kulit. Bukan setakat jeragat yang hilang dengan kulit-kulit lapisan atas untuk tapis sinaran UV pun hilang!.

Maka berharaplah mereka Set Jeragat Biochemic dapat melakukan keajaiaban seperti krim tadi dalam masa 2 hari mereka akan kembali pulih. Mohon ampun maaf beribu ampun Set Jeragat Biochemic memang ajaib tetapi ajaibnya tidaklah sepantas produk yang mengguna bahan bertoksik.

Dalam kes seperti ini set SMF Pellet paling kerap membantu mereka, paling cepat jeragat boleh pudar di dalam 10 hari.. dan mereka yang telah mengguna set SMF Pellet menggelar “obat jeragat ajaib”. Mereka pun berlumba-lumba memesan dan kesan yang ditunjukkan tidak sama di antara satu sama lain  ada yang ok selepas 10 hari, ada yang selepas 30 hari dan ada yang mengambil masa yang lama. Macam kereta yang rosaklah bukan semua rosak yang sama kan , ada yang rosak sikit, ada yang rosak banyak dan ada yang perlu dioverhaul…

Ramai di antara wanita yang berjeragat mengalami sembelit, susah nak buang air. Dalam masa 1 minggu hanya 1-2 kali sahaja dapat membuang, terpaksa minum ubat pelembut najis dan macam-macam suplemen. Usus menjadi tidak sihatusus kotor dengan kesan-kesan makanan yang terlekat didinding usus. Bila Usus kotor toksin akan bertambah dan akan bertumpu ke hati (liver), ini akan mengakibatkan hati bekerja keras untuk membuang toksin. Mana laratkan kerja sorang diri dah tu bertimbun toksin, jadi ada yang tak dapat dibuang oleh hati dan timbul ke muka menjadi jeragat.

Fragaria vesca sangat berkhasiat untuk hati dan buah pinggang iaitu 2 organ yang paling penting untuk membuang toksik. Fragaria vesca akan menyahtoksik di hati dan menghalang terjadinya batu di dalam buah pinggang.

Fragaria vesca atau Wild Strawberry , mempunyai pelbagai nama gelaran seperti Alpine Strawberry, Common Strawberry, Mountain Strawberry, Pineapple Strawberry, Wild Strawberries, Wood Strawberry dan Woodland Strawberry. Walau apa pun namanya buah strawberry sangat sedap ini sangat berkhasiat untuk pelbagai jenis masalah kesihatan termasuk bertindak seperti kolagen untuk mencerahkan kulit.

Selain mampu mencerahkan kulit dan menghapus , Fragaria Vesca juga mempunyai manfaat kesihatan seperti;

– Mencegah gout

– Arthritis

– Untuk melawan kanser

– Membantu menghalang terjadi kencing manis

– Penyakit hati

– Cirit-birit

– Menghalang terjadinya batu di dalam organ

Selain menjadi cantik, adalah sangat penting untuk memastikan suplemen yang anda ambil adalah selamat, mengguna bahan-bahan dari alam semulajadi dan bebas bahan bertoksik. Oleh itu homeopathy adalah pilihan yang sangat sesuai dan tidak rugi untuk dicuba tetapi sangatlah rugi jika anda tidak mencubanya. Free adalah gabungan beberapa remedi garam tisu yang digelar sebagai “bioplasma”. Bioplasma ini akan membantu mengimbang hormon dan akan menghapus jeragat atau melasma yang menganggu penampilan anda.Kombinasi dan Fragaria Vesca 30

Sepia digelar dengan pelbagai nama, tetapi kerap kali Sepia dianggap sebagai “remedi ajaib untuk wanita”. Boleh dikatakan hampir kesemua masalah wanita akan mengguna Sepia sebagai remedi utama yang mampu untuk bekerja di dalam tempoh masa yang lama di dalam tubuh wanita.

Homeopathy adalah perubatan unik, di mana setiap remedi akan digandingkan dengan satu kumpulan simptom, corak tertentu berkaitan tubuh-minda yang akan mampu menerima sesuatu remedi dengan lebih cepat. Begitu juga Sepia sekiranya mengikut corak berkaitan tubuh-minda ialah

Muka kelihatan kekuningan atau coklat dan pucat. Kulit kelihatan tidak sihat

Wanita yang mempunyai anak yang ramai dan terlalu risau mengenai anak-anaknya.

Kerap sakit dibelakang dan mahu diurut, dan ingin duduk berehat di satu tempat yang sunyi dan gelap berseorangan untuk lari dari rutin harian yang padat.

Wanita yang memerlukan Sepia biasanya tabah tetapi jika wanita tersebut terlalu stress dia akan terus lemah, menangis dan kerap kali bergaduh dengan suami atau anak-anaknya.

Sepia kerap kali akan diberikan kepada wanita yang berumur lebih 30 tahun yang mengalami sindrom pra haid, vaginitis (jangkitan kuman di vagina), menopos, keguguran, endometriosos, anemia (darah rendah).

Kelesuan yang kronik, masalah penghadaman, hilang minat untuk perhubungan intim dan tekanan perasaan yang kadang-kadang akan terjadi hysteria.

Jeragat akan mula timbul di wajah selepas kerap kali melahirkan anak, ditambah dengan tekanan hidup atau perasaan yang di alami.

Fragaria Vesca

Fragaria vesca adalah remedi yang universal dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Fragaria vesca atau wild strawberry mempunyai khasiat yang sangat hebat untuk pelbagai masalah penyakit kulit seperti jeragat.

Karekter utama pesakit yang akan mendapat manfaat paling cepat apabila mengamalkan fragaria apabila seorang individu itu tidak mampu memakan strawberi secara mentah tetapi akan mendapat manfaat melalui kaedah remedi homeopathy.

Selain dari itu sekiranya individu tersebut mempunyai simptom seperti berikut :

Muka hitam kebiruan

Muka seolah kecoklatan

Kuat berpeluh

Bagi wanita menyusu, payudara mengecil dan susu kekeringan.

Sepanjang diperkenalkan Fragaria telah mampu mencerahkan kulit dan menghilangkan jeragat yang tebal dan lama.

Sesuai untuk semua peringkat umur dan kategori pesakit seperti masalah hormon dan lain-lain masalah berkaitan jeragat seperti sunburn, jeragat akibat tersilap mengguna bahan kosmetik, jeragat akibat mengandung (melasma) dan lain-lain.

Fragaria juga mempunyai manfaat untuk menguat dan memutihkan gigi jika diamalkan

  1. – Untuk membantu mengatasi pelbagai masalah hormon wanita dan mengimbang ketidakstabilan hormon ke tahap yang terbaik.
  2. Free – Untuk membantu menambah nutrisi ke kulit dan membantu sistem tubuh untuk membina sel-sel kulit baru. Melasma Free juga akan membantu menguatkan sistem antibodi tubuh untuk memperkuatkan sistem “auto healing” bagi mengatasi pelbagai masalah kesihatan.
  3. Fragaria Vesca – Fragaria Vesca adalah untuk diminum. Fragaria Vesca mempunyai puluhan khasiat untuk tubuh sehingga digelar “buah anugerah tuhan” oleh pengkaji perubatan alternatif. Fragaria telah dikenal pasti mempunyai 3 khasiat yang sangat hebat untuk mengatasi masalah jeragat. 3 Khasiat tersebut ialah membantu menyahtoksik didalam hati, hempedu dan buah pinggang serta mampu menghalang dari terjadinya batu (karang batu), mencerahkan kulit di mana ada kajian yang dijalankan penggunaan Fragaria Vesca secara berterusan selama 90 hari akan menambah sinar dan mencerah kulit pengguna Fragaria Vesca. Selain dari itu Fragaria Vesca juga berupaya membuang tar gigi dan memutihkan gigi.

Disarankan untuk mengambil Sepia 200 dan Melasma Free secara berselang seli hari. Sebagai contoh jika Sepia 200 diambil pada hari Isnin, maka Melasma Free pula pada esoknya hari Selasa dan begitulah seterusnya.

  • Dos pengambilan : 4 biji dikemam/hisap (jangan digigit) 3x sehari sebelum makan
  • Anda boleh mengguna sabun pada setiap hari sekurang-kurangnya 1-2x didalam sehari.
  • Fragaria Vesca disediakan didalam bentuk pellet Ianya bukan serum tetapi untuk dikemam – cara mengambilnya seperti berikut : ambil 2-4 biji Fragaria Vesca dikemam hingga cair. 3 kali sehari sebelum makan.

Melasma Free – Biochemic Untuk Hapus Jeragat (Melasma/Chloasma)

Masalah jeragat sering menganggu penampilan sesorang wanita, namun masalah jeragat jarang-jarang terjadi kepada lelaki. Ini ialah kerana jeragat atau melasma adalah berkaitan masalah hormon, dan boleh dikatakan wanita mengalami masalah ketidakstabilan hormon lebih kerap berbanding lelaki.   Kebanyakkan masalah kesihatan wanita adalah berpunca dari ketidakstabilan hormon seperti jeragat.

Kenapa Biochemic ?

Biochemic atau garam tisu adalah persediaan homeopathy di dalam bentuk mineral inorganic yang menyamai garam mineral yang terdapat di dalam tubuh manusia. Terdapat 12 garam mineral di dalam tubuh manusia, seperti yang telah dibuktikan oleh pengasas perubatan biokimia atau biochemic iaitu Dr Shuessler seorang doktor  Jerman yang mengkaji abu mayat pada akhir tahun 1880 dan mendapati terdapat 12 garam mineral di dalam tubuh manusia.

Pada pendapat Dr Shuessler 12 garam mineral ini amat penting untuk mengimbang aktiviti selular (cellular activity) dan kesihatan pada umumnya. Kekurangan garam mineral ini adalah amat kritikal untuk tubuh mengimbang sistem tubuh dan terjadi ketidakselesaan pada tubuh (dis-ease) . Penemuan ini telah memanfaatkan  jutaan orang dengan mengguna kaedah biochemic pada potensi rendah untuk membantu mempercepatkan penyerapan nutrient, proses ini akan menguatkan dan menambah tenaga kepada tisu-tisu yang hidup. Garam tisu akan memberi sokongan kepada fungsi sel yang lebih cekap mengekalkan tahap kesihatan pada tahap terbaik, menambah baik keadaan fizikal dan emosi.

Garam tisu akan membantu fungsi asas sel-sel termasuk mengimbang kuantiti air, penghadaman, menyahtoksin, elastisiti sel-sel, menambah oksigen, membekal nutrisi dan sodium-postasium pada kadar yang stabil. Kaedah ini telah terbukti berkesan lebih 200 tahun, malah amat selamat untuk bayi baru lahir, ibu mengandung dan dewasa. Melasma Free adalah gabungan beberapa remedi garam tisu yang digelar sebagai “bioplasma”. Bioplasma ini akan membantu mengimbang hormon dan akan menghapus jeragat atau melasma  yang menganggu penampilan anda.

Punca Jeragat (Melasma/Chloasma)

Punca terjadi melasma tidak dapat dikenalpasti sehingga kini, tetapi hasil dari kajian patologi (kajian penyakit), melasma mungkin berpunca dari pengambilan pil perancang, terapi penganti hormon (HRT dan progesterone), ubat penenang, sejarah di dalam keluarga dan  kerap terdedah kepada sinaran matahari. Kebanyakkan kes melasma atau  jeragat adalah berpunca kerana terdedah kepada sinaran uv yang terlalu kerap.

Kerap kali wanita mengandung juga akan mengalami jeragat, ia dipanggil chloasma. Wanita mengandung akan mengalami pertambahan hormon estrogen, progesterone dan melanocyte stimulating hormone (MSH) sewaktu trimester kedua dan ketiga. Begitu juga wanita yang mengambil terapi penganti hormon sewaktu pra dan selepas menopause, di mana hanya hormon estrogen yang menguasai tubuh wanita tersebut.

Jenis-Jenis Melasma

  1. Centrofacial – di dahi, pipi, atas bibir, hidung dan dagu

  2. Malar – bahagian atas pipi

  3. Mandibular – di kawasan tulang rahang

Melasma Free dicadangkan untuk di ambil bersama-sama Sepia 200 secara selang seli, contohnya satu hari ambil Sepia 200 dan hari berikutnya Melasma Free. Kaedah ini akan mempercepatkan proses untuk menghapus melasma atau jeragat.

Cara pengambilan:

2-4 biji dikemam/hisap 3 kali sehari sebelum makan.

Fragaria vesca yang diproses secara homeopathy telah diamalkan secara meluas di Eropah sebagai suplemen untuk penjagaan gigi kerana kemampuan Fragaria vesca untuk memutihkan gigi dan membuang tar. Selain dari itu Fragaria vesca juga berkeupayaan untuk menghalang dari terjadinya calculi (batu karang) di organ-organ seperti buah pinggang, hempedu dan saluran kencing.

Fragaria mempunyai manfaat yang tidak terhingga untuk kulit kerana ia juga mempunyai fungsi antioxidant. Seperti yang diketahui antioxidant berfungsi menghalang sel-sel dari rosak dan melambatkan proses penuaan. maka ianya juga mampu menghalang atau membina sel kulit baru untuk menghalang jeragat dari terjadi atau menghilangkan jeragat yang sudah terjadi.

Secara mudahnya jika Fragaria vesca mampu memutihkan gigi, tidak hairanlah jika Fragaria vesca juga boleh mencerahkan kulit. Hasil dari pengalaman saya, para pengamal Fragaria vesca akan mendapat kulit yang lebih cerah, gebu dan menawan selepas 3-6 bulan mengamalnya.

Bagaimana saya tidak terpegun dengan anuegerah Allah melalui Fragaria vesca. Sila lihat bahan yang terkandung didalamnya ;

Cissotanic

• Malic and citric acids

• Sugar

• Pectin

• Vitamin C

• Potassium

• Manganese

• Fiber

• Ellagitannins

• Pelargonidin

• Cyanidin

• Anthocyanins (menjadikan buah berry merah, dan ini menjadikan Fragaria vesca sebagai antioxidant yang kuat menghalang sel dari rosak)

• Ellagic Acid

• Iodine

• Folate

• Riboflavin

• Vitamin B5

• Omega-3 fatty acids

• Vitamin B6

• Vitamin K

• Magnesium

• Copper

Daunnya mengandungi;

Tannins

• Ellagitannins ( Agrimoniin, Pedunculagin, Proanthocyanins, Flavonoids)

• Salicylic Acid

• Caffeic Acid

• Chlorogenic Acid

Fragaria vesca bertindak sebagai;

Antioxidant

• Laxative

• Diuretic

• Astringent

• Anti-inflammatofragariary

• Calmative

• Anti-Carcinogenic

• Tonic

 

Posted on Leave a comment

Adakah jeragat dan stress mempunyai kaitan

 

stress jeragat

 

 

Jeragat Dan Stress

 

Adakah Jeragat Terjadi Akibat Stres?

Jawapannya YA, kaitannya apabila tubuh mengalami stress akan terjadi respon yang menghantar isyarat ke otak yang akan mengaktif kelenjar pituari yang akan mengeluarkan adreno-corticotropic hormone (ACTH). ACTH akan mengaktif kelenjar adrenal cortisol, iaitu hormon yang berkaitan stress di dalam tubuh.

Proses ini akan menganggu keseimbangan hormon-hormon testosterone dan progesterone. Bagi wanita kacau ganggu terhadap hormon testosterone akan mengurangkan kehendak seksual . Progesterone juga akan berkurangan, ini akan mengakibatkan hormon estrogen menjadi dominan. Ini adalah kaitan stress dan terjadinya jeragat.

 

Jeragat yang terjadi dimuka tidak akan menjadikan seseorang itu merasa gatal, pedih atau bernanah seperti yang di alami oleh pesakit yang mempunyai jerawat. Jeragat dan jerawat adalah berbeza tetapi persamaan di antara kedua-dua penyakit ini ialah terjadi di muka, amat jarang jeragat dan jerawat terjadi di bahagian tubuh.

 

Pakar kulit perubatan moden mengklasifikasikan jeragat sebagai masalah kosmetik. Masalah kosmetik bermaksud masalah yang memerlukan rawatan membenam, membuang dan menghakis segala yang tumbuh di muka. Perubatan moden tidak mempunyai ubat-ubat untuk menghapus jeragat kecuali ubat-ubat yang mengandungi inhibitor yang akan supresi (menahan) proses semulajadi tubuh untuk menghalang lebihan melanin yang terhasil di melanocytes.

Stres atau tekanan perasaan sering melanda pesakit yang terjadi jeragat di wajahnya. Stres akan bertambah berlipat kali ganda sekiranya pesakit itu akan berhadapan dengan orang ramai setiap hari seperti pekerja di kaunter, pegawai pemasaran, cikgu, pensyarah dan lain-lain.

 

Kerap kali saya menerima Whatsapp di tengah malam bertanyakan solusi terbaik, solusi terpantas dan paling berkesan untuk merawat jeragat. Secara jujur saya mampu memberi solusi terbaik dan yang paling berkesan mengikut maklum balas pembeli sebelum ini. Pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa terdapat banyak set-set untuk menghapus jeragat sedangkan produk yang diiklan hanya 1 set dan mampu menghapus jeragat dengan pantas?

Maaf sekiranya saya katakan bahawa 97% pembeli tertipu dengan gimik jualan, tetapi hasilnya tidak seperti dijajakan. Homeopathy biochemic tidak mengamalkan konsep pemasaran yang suka berjanji sesuatu yang indah tetapi pada hakikatnya tidak seindah mana pun.

 

Serasi Dan Homeopathy Biochemic

Keserasian adalah satu faktor yang amat penting, paling mujarab untuk merawat pelbagai penyakit. Sekiranya serasi air jampi (air yang dibacakan ayat-ayat Al-Quran terutamanya) pun akan menyembuhkan penyakit di dalam tempoh yang amat pantas, sekiranya ada keserasian. Set-set homeopathy biochemic juga mempunyai beberapa maklum balas menunjukkan beberapa orang pembeli yang telah hilang jeragatnya selepas 1-2 minggu.

 

Solusi Untuk Hapus Jeragat Mengikut Kaedah Homeopathy Biochemic.

Homeopathy biochemic mempunyai senarai remedy yang panjang untuk menghapus jeragat. Paling banyak maklumbalas mengatakan set-set jeragat homeopathy biochemic sangat “power” ialah mengguna remedy tunggal (single remedy). Tidak hairanlah jika set-set homeopathy biochemic mempunyai remedy kemam atau minum dan di dalam 1 set akan terdapat 2 atau 3 remedi untuk dikemam dan diminum.

Sepia 200 adalah remedi “core” untuk wanita yang mengalami masalah hormon seperti mengambil pil perancang dan pil HRT (hormone replacement therapy). Sepia 200 digelar sebagai “women’s remedy”, oleh pakar-pakar homeopathy. Gandingan mantap Sepia 200, Melasma Free dan Fragaria vesca, sering mendapat maklumbalas dari pembeli dengan hasilnya yang pantas.

 

Terbaru set BJC01, yang berkonsepkan “single remedi” iaitu Cal Sulph, Kali Sulph dan Fragaria vesca juga mendapat sambutan yang sangat hangat.

Secaranya ringkasnya fungsi ke semua remedi ini mempunyai fungsi seperti dibawah

 

  • Sepia 200 – Women’s remedy, yang sangat “power” untuk mengatasi masalah jeragat akibat perubahan atau tidak seimbang hormon. Sangat hebat untuk wanita yang mengalami masalah menstrual (datang haid) yang tertangguh dan kerap mengalami kekejangan sewaktu menstrual
  • Melasma Free Caulophyllum- Remedi yang sangat hebat untuk memberi nutirisi kepada pesakit. Melasma Free Caulophyllum sangat “power” untuk wanita yang stress dan alami masalah sakit-sakit saraf, atau orang panggil “sakit urat”.
  • Cal Sulph – Mineral yang sangat “power” untuk membekal nutirisi ke kulit, membina sel-sel kulit baru dan membawa oksigen secukupnya ke dalam darah.
  • Kali Sulph adalah mineral yang sangat hebat untuk membantu hati membuang toksin.
  • Fragaria vesca 30, atau wild berry yang di gelar “tumbuhan anugerah Allah” yang mempunyai kesan yang sangat baik untuk system tubuh yang lebih kuat. Fragaria vesca sangat “powerful” jika mengikut satu komen web yang menceritakan kebaikkan Fragaria vesca untuk mencerahkan kulit. Selain kulit Fragaria vesca juga mampu mencerahkan gigi dan membantu buah pinggang bekerja dengan lebih cekap dan menghalang dari terjadinya batu di buah pinggang.

Walaupun terdapat banyak set-set untuk hapus jeragat, saya suka menceritakan maklumbalas dari pembeli yang mengambil set Premium SMF (SMFF) untuk set Ekonomi (EC) SMF-EC dan SMFF-EC atau BJC-01. (BJC-02).  Set-set ini harganya sangat mampu beli dan kesannya sangat hebat.

 

Set Premium Dan Set Ekonomi

Kini terdapat 2 jenis set untuk jeragat, iaitu set Premium dan Set Ekonomi (EC). Kedua-dua set ini tidak banyak perbezaannya dari kesan dan bahan yang digunakan. Cuma kuantiti sahaja berbeza. Dimana set Premium akan tahan lebih kurang untuk 2 bulan, sementara set EC dijangka akan tahan untuk lebih kurang untuk 1 bulan.

 

Untuk membezakan 2 set ini, botol juga adalah berbeza kecuali Fragaria vesca. Set Premium masih mengguna botol berwarna biru sementara set EC botol berwarna putih.

 

Set-set EC harganya sangat berpatutan, harganya bermula remdah

 

Bagi mendapatkan konsultasi terbaik set yang sesuai dengan masalah jeragat anda sila whatsapp kode JERAGAT KE +60123400557

KONSULTASI INI ADALAH PERCUMA