Posted on

Apa itu remedy dan homeopathy?

Apa itu homeopathy?

Perubatan homeopathy mensasarkan untuk menguatkan system penyembuhan tubuh secara semulajadi (body’s  natural system of healing). Secara popularnya remedy homeopathy disediakan di dalam bentuk tablet manis.

Remedi homeopathy disediakan mengikut kajian saintifik melalui kajian selidik yang berusia lebih 200 tahun. Ianya bukan sekadar ilmu turun temurun sahaja. Penyediaan remedy homeopathy melalui kawalan kualiti yang ketat untuk mengekalkan kualitinya.

Materia Medica adalah sumber rujukan bagi setiap pengamal homeopathy. Di dalam Materia Medica telah tercatat dengan lengkap setiap kegunaan remedy mengikut symptom setiap individu untuk setiap penyakit yang dideritai. Terdapat lebih 8888 remedi yang telah direkodkan!.

Setiap remedy akan melalui proses mencampur pada kadar yang tinggi, sehingga sewaktu kajian makmal bahan asal di dalam remedy tidak dapat dikesan. Contohnya jika Allium sativum (bawang merah) campurannya sebagai contoh 1 titis Allium sativum akan dicampur dengan 100, 000 atau 1,000,000.00 titis air.

Oleh sebab itu remedy homeopathy amat selamat dan hampir tidak ada langsung kesan sampingan tetapi mampu menyembuhkan penyakit! Pelik tapi ajaibkan? Tetapi itulah hakikatnya.

Mengapa dipanggil Remedy?

Medicine atau drugs kerap kali digunakan oleh para pengamal homeopathy di Barat. Bagaimana pun di Malaysia dipanggil remedy kerana di dalam remedy homeopathy tidak ada kesan ubat iaitu bahan kimia atau dadah.

Perlu berpantang ke?

Homeopathy dan pantang berpisah tiada. Sudah tertanam di minda orang ramai jika ingin mengambil perubatan homeopathy mereka perlu berpantang. Hakikat sebenarnya bukan berpantang tetapi kurangkan atau berhenti untuk seketika dari mengambil minuman dan makanan yang boleh menganggu kesan remedy homeopathy.

Sekurang-kurang anda hanya perlu tidak minum dan makan 30 minit sebelum dan selepas mengambil remedy. Jika jarak masa lagi lama contohnya 1 jam sebelum dan selepas adalah lagi baik.

Posted on

Stress Menyebabkan Jeragat Semaki Tebal?

 

.

 

Dah penat dik oi, sapu tak kena makan tak jadi, pi laser makin naya muka aku. Ubat hang ni betui-betui ke berkesan?’ Terkejut juga bila terima 1 whatsapp dah la waktu pun tak logik, ada ke pukul 3 pagi di whatsappnya dan salam pun tak dibagi hehe.

 

Mata pun melekat sebab tengah tidur terkejut dengan bunyi ring tone whatsapp yang agak cemas. Bukan apa set ring tone yang bunyi cemas untuk pastikan setiap whatsapp dapat dijawab dengan pantas (kecuali sewaktu memandu atau dalam toilet mungkin lambat sedikit hehe…

 

Nak jawab macam mana ek? Akak ni mesti tengah frust, atau suami dia buat perangai tak nak tengok muka dia sebab dah teruk dengan ? Silap jawab mau makan maki hamun dipagi yang hening ni .. aduiii dalam dilemma juga. Kalau tak jawab, blue tick dah timbul menunjukkan mesej akak tadi kita dah baca… hermmm bismillah jawab je lah kan.

 

Salam akak mohon beberapa info untuk saya kenal pasti masalah akak dan saya akan cadangkan remedi yang sesuai”. Type agak slow sebab tengah mamai, tiba-tiba akak tu send 1 mesej. “ha awat lama sangat dok typing tu!”. Adehh akak ni garang betul.

Mohon akak beri info seperti
1. Nama & Umur
2. Sudah menopause atau belum?
3. Ada masalah haid?
4. Pernah ambil pil perancang atau hormon?
5. Ada masalah sembelit (digestion)
6. Kerap stress tak?
7. Pernah bersalin ceasarean atau kemalangan teruk?
8. Pernah guna produk pengelupasan, laser atau lain-lain

Tu dia patut lama gila typing, sat akak jawab” Akak tu balas dengan pantas , salah satu punca yang terang-terang nampak akak ni alami stress yang teruk. Berikut ialah jawapan akak tersebut memang confirmed dia sangat stress.

  1. Nama & Umur – Kak Ina (bukan nama sebenar) / 51
    2. Sudah menopause atau belum? Sudah
    3. Ada masalah haid? Dah menopause apa xdak la masalah
    4. Pernah ambil pil perancang atau hormon? xdak
    5. Ada masalah sembelit (digestion) xdak
    6. Kerap stress tak? stress memang kuat hari-hari kerja guru
    7. Pernah bersalin ceasarean atau kemalangan teruk? Sekali ada buat cesarean
    8. Pernah guna produk pengelupasan, laser atau lain-lain” pernah laser, kan dah cakap tu tadi!

 

Waduh terus segar mata dengan jawapan akak ni … bersabar-bersabar..tarik nafas dalam-dalam untuk tenangkan diri sendiri di pagi yang sejuk. Saya anggap ini adalah kes kecemasan seperti kes di wad kecemasan yang perlu dirawat dengan segera. Sebelum sempat saya menaip akak tu dah send lagi satu mesej…

 

Lama gila tunggu ni apa jawapan hang ni?” erk baru 1 minit doh hahaha … sabar..sabar . “Akak dari jawapan akak tadi saya dapati akak terlalu stress, jadi hormon stress dah aktifkan hormon cortisol yang akan jadikan melanocytes menghasilkan melanin atau pigmen hitam atau jeragat, so kalau stress tidak dikawal jeragat akan bertambah teruk setiap hari

Cara terbaik untuk menghalang hormon stress adalah dengan bertenang dan kalau boleh cuci muka atau ambil wuduk ..:)” saya tambah emoticon senyum untuk menyatakan yang saya type dalam keadaan tenang aje.

 

Set yang paling sesuai untuk akak ialah set AADF, set ini ada Arnica, Ashwagandha, Damiana dan Fragaria

 

“fungsi-fungsi remedi ini ialah

Arnica – untuk melancarkan perjalanan darah, jika pembuluh darah tersumbat jeragat akan lebih mudah naik

 

 

AshwagandhaMengawal emosi , jika stress hormon cortisol akan mengaktif melanin yg akan menjadi jeragat

 

 

Damiana – untuk mengawal dan mengimbang hormon , supaya hormon wanita estrogen lebih mendominasi dan jeragat akan terkawal

 

 

Fragaria – untuk mencerahkan , Fragaria berfungsi utk membantu buah pinggang menjadi lebih cekap

 

 

Ini adalah testimoni dari pengguna yang mengguna set AADF sebelum ini, pembeli ini telah repeat order sebanyak 2 kali dan sekarang mukanya sudah bersih” Saya sertakan testimoni terbaru yang baru dapat dari pembeli yang mempunyai simptom seperti akak ini.

 

 

Semua mesej saya hanya di blue tick sahaja… aik akak ni baca aje tanpa komen? Secara tiba-tiba akak tersebut terdiam selama lebih kurang 3 jam, saya tunggu dan tunggu …sehingga tertidur semula dan terjaga apabila azan subuh berkumandang. Berat juga nak bangun, kepala saya sendiri jadi berat …adoii inilah cabaran sebagai peniaga online, kedai kami dibuka 24 jam 7 hari seminggu dan 365 setahun.. pernah sekali tu ada pembeli yang ingin buat pesanan di pagi hari Raya Aidilfitri… bayangkan hehehehe. Pernah juga BP (blood pressure) saya naik dan doktor nasihatkan saya untuk berehat.

 

 

Setelah siap solat subuh saya periksa phone dan amat terkejut dengan reply dari akak tersebut. Mana tidak terkejut reply dari akak tersebut siap dengan  Assalamualaikum di dalam jawi, dan dengan ayat penuh sopan dia membalas.

 

Assalamualaikum dik, akak telah bank in sebanyk RMxxx ke akaun Maybank adik xxxx-xxxx-xxxx, betulkan sebab akak amik no akaun ni dari web adik?, berikut ialah details akak untuk adik pos kan, ada lebih RM10 akak halalkan untuk adik buat belanja minum

 

 

Ini adalah gambar resit bukti bayaran tadi, semoga adik dapat pos pesanan akak dengan segera dan ajarkan akak cara-cara mengambilnya nanti…maaf pagi tadi ganggu adik tidur…wasalam

 

Wow … akak ini telah berubah di dalam sekelip mata dan terus membuat order serta bayaran tanpa banyak soal lagi …. Alhamdulillah.

 

Selepas lebih kurang 40 hari akak ini membuat repeat order katanya … jeragat dia semakin pudar dan dia mula semakin pandai mengawal stressnya dibantu oleh Ashwaganda Q….. Alhamdulillah.

 

Ingin mendapatkan rundingcara remedy yang sesuai dengan masalah jeragat anda sila klik link ini untuk wasap kami terus.Sebarang persoalan kaedah rawatan dan cadangan remedy akan diberikan secara percuma kecuali remedy rawatan =====> http://.wasap.my

Posted on

BC-04 – Skin Nutrient With Biochemic Collagen

Order klik sini —-> http://bc04.wasap.my

 

 

BC-04 – Skin Nutrient With Biochemic Collagen

Setelah secara rasmi memperkenalkan BC-01 Acne & Scar yang dipakej dengan Carmino cream dan sabun Marigold telah mendapat sambutan yang amat menakjubkan di mana BC-01 Acne & Scar mendapat pesanan yang tinggi dan email pun sampai lenguh-lenguh jari nak menjawab.

Feedback pun Alhamdulilah semuanya berunsur positif dan memberangsangkan dengan kesan penyembuhan yang amat membanggakan. Kali ini saya memperkenalkan pula BC – 04 Skin Nutrient With Biochemic Collagen yang setara dengan BC – 01 dan amat bagus sekiranya digabungkan kedua-duanya sekaligus atau bersama-sama pakej seperti di atas.

BC – 04 Skin Nutrient With Biochemic Collagen

Kombinasi garam tisu yang terdapat di dalam BC – 04 Skin Nutrient With Biochemic Collagen adalah kombinasi garam tisu yang sangat diperlukan oleh sel kulit apabila radang kulit terjadi seperti jerawat batu yang besar dan merah sehingga selepas itu meninggalkan parut. Muka menjadi berminyak dan kelihatan kusam. Biochemic collagen yang terdapat didalam kombinasi ini akan menjadi sebagai agen pencuci atau penghapus toksik dan hormon yang tidak seimbang didalam sel kulit.

Calcarea Sulp, CS6x mempercepatkan proses penyembuhan infeksi yang lambat untuk sembuh, terjadi discaj bernanah yang pekat berwarna kuning dan spot (kesan seperti bulatan yang keras kadang-kadang berwarna perang atau merah kemerahan) yang terjadi sewaktu proses penyembuhan untuk kembali menjadi sekata dengan warna kulit asal.

Kali Mur, KM6x merupakan Biochemic Collagen untuk kes-kes toksik, alergik, lendir berlebihan dan keadaan penyakit semakin bertambah teruk. KM juga amat baik untuk kes-kes resdung.

Kali Sulp, KS6x bekerja untuk merawat kes bernanah yang cair berwarna kuning, kulit yang bersisik akibat kulit menjadi kering.

Silica atau S30 juga merupakan salah satu kolagen juga, dimana ia digelar sebagai “memaksa toksik untuk keluar” ia mempercepatkan infeksi pada kulit seperti nanah untuk “masak” dan menyembuhkan lalu membina tisu-tisu baru bagi menghilangkan parut-parut. Silica secara semulajadinya boleh didapati didalam kulit, kuku dan tisu-tisu yang bersambung didalam tubuh kita

All of the cell salts in this combination are crucial to the cells involved in skin eruptions, either through skin cells or the cleansing/elimination system. Calcarea Sulp helps eruptions that heal slowly and are plagued by thick yellow discharge, pus and scabs. Kali Mur helps with thick white discharge before it matures to yellow. Kali Sulp assists skin eruptions with watery yellow discharge or peeling dry skin following suppressed skin conditions.Silica the ‘pusher outer’ of the crew, adds strength when skin has a tendency to suppurate easily with thick yellow pus.

 

  • Harga : RM70 / 80 Sabah & Sarawak 
  • Cara penggunaan : Penutup botol harus digunakan sebagai alas untuk mengambil tablet , 4 biji bagi dewasa dan 2 biji bagi kanak-kanak. Tablet hendaklah di kemam dan biarkan larut didalam mulut. Jangan kunyah atau telan. 3 kali sehari sebelum makan
  • Directions : Bottle cap should be use as a medium for remedy intake, 4 tablets for adult and 2 tablets for child. Tablet have to dissolve in the mouth not to chew or swallow. 3 times daily before meals.
  • Isikandunga : Di dalam botol biru 40ml. 350-400 biji tablet manis sukrosa, bekalan untuk lebih kurang 4-5 minggu penggunaan/
  • Contents : In blue bottle of 40 ml consist 350-400 sweet sucrose tablet, approximately 4-5 of supply
Posted on

Hapus Jeragat Dengan Bio-SMF

bio-smf set
bio-smf set

 

Hapus Jeragat Dengan Bio-SMF

Set Bio-SMF adalah gabungan Remedi oral (hisap dan minum) dan set Bio-T3 Face White Natural Products yang disediakan 100% dari bahan-bahan natural dan organik yang bebas dari bahan kosmetik seperti hydroquinone yang mempunyai kesan “bleaching” untuk jadikan lapisan kulit atas mengelupas.

Remedi homeopathy dicemburui oleh ramai pihak kerana kesan penyembuhannya sangat lembut. Malah selain berupaya menghilangkan jeragat, ianya juga mampu mengawal hormon dna menstabilkan hormon. Hormon adalah salah satu faktor yang menjurus wanita kepada kebanyakkan penyakit yang dideritai.

Set SMF yang mengandungi Sepia 200, Melasma Free dan Fragaria vesca sangat popular dan mendapat sambutan hangat dikalangan para pembeli. Kesannya jika terdapat keserasian kepada pengguna boleh dilihat sepantas 1-2 minggu. Bukan sekadar menghilangkan jeragat tetapi remedi-remedi ini juga akan menyerap ke seluruh tubuh memberi manfaat lain sebagai contoh Sepia 200 juga mampu mengatasi perut buncit, jerawat dan pelbagai masalah berkaitan sistem reproduktif wanita.

Melasma Free pula adalah gabungan garam mineral yang juga memberi manfaat kepada tubuh seperti rambut, tulang, kuku dan perjalanan darah.

Fragaria Vesca bertindak seakan-akan kolagen tetapi dari sumber buah yang lazat iaitu strawberry. Fragaria Vesca dianggap buah anugerah Tuhan yang mempunyai kesan terapuetik yang hebat selain rasanya yang lazat. Fragaria Vesca selain berupaya mencerahkan kulit, ianya juga berupaya untuk membuang tar di gigi dan menghalang terjadinya batu di dalam hempedu, buah pinggang dan pundi kencing.

Kenapa keserasian menjadi isu?

Remedi natural dan organic seperti homeopathy, bertindak mengikut keserasian tubuh sama ada cepat atau lambat memberi kesan. Berbeza dengan ubat-ubatan sintetik yang mengandungi bahan-bahan kawalan yang mampu memberi kesan yang pantas untuk melegakan kesakitan, cuma kesakitan tersebut tidak akan hilang selamanya tetapi hanya untuk sementara.

Terdapat ratusan kajian oleh para sarjana untuk mencari kaedah terbaik bagi merawat  jeragat. Walaubagaimana pun jeragat tetap menjadi satu masalah kulit yang sangat misteri. Jeragat adalah sesuatu masalah kesihatan yang mampu mengubah kehidupan seseorang. Walaupun ianya bukanlah masalah kesihatan yang serius sehingga membawa maut tetapi jeragat adalah masalah yang perlu diatasi dengan seberapa segera untuk mengembalikan kenyakinan seseorang itu untuk berdepan dengan orang ramai.

Perasaan ingin membuang kesan jeragat dengan seberapa segera adalah penyebab utama ramai para pengguna membuat pilihan membeli krim-krim atau sabun-sabun yang bersifat pantas iaitu mempunyai kesan pengelupasan yang  akan mengundang kesan sampingan.  Tindakan ini akan dikesali sepanjang hayat kerana mengguna produk tersebut yang menghakis kulit dan menjadikan wajah semakin bertambah hitam, kusam, berminyak dan mudah terbakar (sunburn).

Proses Jeragat terjadi mungkin bermula sejak 10-20 tahun sebelum ianya keluar dan tumbuh melata dimuka. Proses terjadinya jeragat agak panjang dengan mengambil kira pelbagai aspek seperti 

  • Karier yang perlu kerap berjemur
  • Pengambilan pil hormon dan perancang kehamilan
  • Pengambilan ubat-ubatan terutama ubat-ubatan konvensional yang mempunyai bahan-bahan-bahan kimia terkawal
  • Penggunaan bahan kosmetik secara berlebihan
  • Kadar kolagen yang semakin menurun di dalam tubuh
  • Perubahan hormon seperti mengandung atau peringkat awal menopos (pre-menopause).

Mari kita lihat apa itu Bio-T3 Facial Face White (BTFW) dan Bahan-Bahannya

Bio-T3 Facial Face White adalah 100% ekstrak herba, bunga-bungaan dan pati minyak bunga-bungaan yang sangat terkenal diseluruh duniaBahan-bahan ini telah digunakan oleh herbalist untuk mencerahkan kulit dan menghapuskan jeragat epidermal (yang berada dilapisan atas kulit).

Apakah Manfaat Bahan-Bahan Ini Untuk Kulit?

Vitamin C – Vitamin C yang terdapat di dalam pelbagai bentuk yang akan membekalkan antioxidant yang sangat berkuasa untuk perlindungan dan menjaga kulit dari kerosakan sel-sel kulit (akibat dari free radicals). Vitamin C akan menambah nutrisi ke kulit dan akan memperlahankan proses penuaan.

Kesan-kesan yang boleh merosakkan kulit (free radicals) sangat banyak dipersekitaran kita seperti keadaan persekitaran yang melibatkan sinaran UV, pencemaran alam dan kekurangan oksigen yang akan menyerang kulit pada saban masa dan hari, tetapi vitamin c mampu membantu (Dermatological Surgery, 2008 & Dermatology Research and Practice, 2012)

Vitamin C akan memberi pelbagai manfaat kepada kulit untuk kelihatan muda dan berpanjangan, mari lihat apa yang mampu dilakukan oleh vitamin c;

Mengurangkan kesan spot coklat (brown spots) yang biasanya dipanggil jeragat atau melasma dan pelbagai jenis kerosakkan kulit akibat sinaran matahari.

Membantu menambah kuantiti penghasilan kolagen

Mengurangkan keradangan dan tidak selesa di kulit

Mempercepatkan proses penyembuhan dengan memebantu menguatkan system penyembuhan kendiri tubuh (natural healing response)

Menguatkan system pertahanan kulit dari sinaran UV dan sinaran matahari (Dermatological Surgery, 2008Journal of the American Academy of Dermatology, 2012 & The Journal of Clinical and Aesthetic Dermatology, 2010).

Gebu Selepas 2 Minggu

Lemon Extract dan Essential Oil- Lemon juga merupakan sumber vitamin c. ekstrak lemon telah dikaji mampu untuk

merawat pelbagai masalah kulit seperti jerawat

kanser kulit

melambatkan pertumbuhan microbial atau bakteria.

Oleh kerana ianya mempunyai sumber vitamin c maka ekstrak lemon adalah agent pencerahan dan mempu menghilangkan jeragat di kulit secara semulajadi.

Cucumber extract – terdapat 7 manfaat  timun yang jarang diketahui ramai

Ø Memudarkan lingkaran hitam di mata (dark circles)

Ø Mengurangkan mata yang membengkak dan kelihatan kendur (puffy eyes)

Ø Mengurangkan kedut di muka

Ø Mencerahkan kulit muka

Ø Merawat sunburn

Ø Mengecilkan pori

Ø Menghilang selulit (jika krim untuk selulit)

Chamomile extract dan Essential Oil – Chamomile paling kerap digunakan sebagai teh chamomile untuk mengurangkan tekanan. Ekstrak chamomile dan pati minyaknya juga mempunyai aroma yang harum dan membantu

untuk mengurangkan stress dan digunakan untuk merawat masalah berkaitan saraf.

Manfaat bagi kulit pula chamomile juga sangat berkesan untuk menghalang bakteria dari merebak.

Aloe Vera Essential Oil –

Aloe Vera adalah pelembab paling hebat untuk kulit,

Ø anti keradangan seperti mengurangkan keradangan jika ada tanda-tanda tersebut

Ø anti-bakteria

Ø anti-viral,

Ø anti-kulat,

anti-oxidant yang akan menjaga dan mengekalkan kesihatan kulit, mempercepatkan proses penyembuhan, mengurangkan rasa tidak selesa seperti gatal-gatal, astringent yang akan bertindak mengawal kulit dari kendur dan pati minyak Aloe Vera berupaya menyekat sinaran UV pada kadar yang biasa.

Bagi pengguna yang telah biasa dengan produk-produk herba dan organic mereka tidak akan mengguna produk yang lain. Produk berasaskan bahan-bahan alam semulajadi adalah anugerah-Nya kepada kita.

Posted on

Apa itu homeopathy?

Apa itu homeopathy?

Perubatan homeopathy mensasarkan untuk menguatkan system penyembuhan tubuh secara semulajadi (body’s  natural system of healing). Secara popularnya remedy homeopathy disediakan di dalam bentuk tablet manis.

Remedi homeopathy disediakan mengikut kajian saintifik melalui kajian selidik yang berusia lebih 200 tahun. Ianya bukan sekadar ilmu turun temurun sahaja. Penyediaan remedy homeopathy melalui kawalan kualiti yang ketat untuk mengekalkan kualitinya.

Materia Medica adalah sumber rujukan bagi setiap pengamal homeopathy. Di dalam Materia Medica telah tercatat dengan lengkap setiap kegunaan remedy mengikut symptom setiap individu untuk setiap penyakit yang dideritai. Terdapat lebih 8888 remedi yang telah direkodkan!.

Setiap remedy akan melalui proses mencampur pada kadar yang tinggi, sehingga sewaktu kajian makmal bahan asal di dalam remedy tidak dapat dikesan. Contohnya jika Allium sativum (bawang merah) campurannya sebagai contoh 1 titis Allium sativum akan dicampur dengan 100, 000 atau 1,000,000.00 titis air.

Oleh sebab itu remedy homeopathy amat selamat dan hampir tidak ada langsung kesan sampingan tetapi mampu menyembuhkan penyakit! Pelik tapi ajaibkan? Tetapi itulah hakikatnya.

Mengapa dipanggil Remedy?

Medicine atau drugs kerap kali digunakan oleh para pengamal homeopathy di Barat. Bagaimana pun di Malaysia dipanggil remedy kerana di dalam remedy homeopathy tidak ada kesan ubat iaitu bahan kimia atau dadah.

Perlu berpantang ke?

Homeopathy dan pantang berpisah tiada. Sudah tertanam di minda orang ramai jika ingin mengambil perubatan homeopathy mereka perlu berpantang. Hakikat sebenarnya bukan berpantang tetapi kurangkan atau berhenti untuk seketika dari mengambil minuman dan makanan yang boleh menganggu kesan remedy homeopathy.

Sekurang-kurang anda hanya perlu tidak minum dan makan 30 minit sebelum dan selepas mengambil remedy. Jika jarak masa lagi lama contohnya 1 jam sebelum dan selepas adalah lagi baik.