Posted on

Solusi Untuk Hapus Jeragat Mengikut Kaedah Homeopathy Biochemic.

Kenapa Jeragat Kerap Terjadi Kepada Wanita Berumur.

Tubuh manusia akan mula merosot tahap kesihatan apabila umur mula meningkat, paling terkesan ialah wanita yang pernah melahirkan anak dan telah mengalami perubahan hormon sepanjang tempoh tersebut.

Jeragat adalah simptom awal menunjukkan tubuh wanita itu mula mengalami kemerosotan mineral-mineral penting di dalam tubuh sehingga menjejaskan kesihatan kulit seperti, kedutan pra-matang yang terjadi pada usia seawal 30an, jeragat, jerawat, kulit menjadi kusam, lingkaran hitam dibawah mata, muka kelihatan pucat, muka kelihatan berminyak, pori membesar ini adalah klu awal anda memerlukan biochemic.

Kosmetik seperti krim, minyak pati (essential oil), serum, laser dan pelbagai rawatan kosmetik dianggap sebagai jalan penyelesaian mudah tetapi 95% dari wanita yang mengguna kaedah kosmetik akan menyesal kerana biasanya muka akan menjadi lebih teruk dari sebelumnya.

Paling mengemparkan baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengistihar beberapa krim keluaran produk tempatan yang mempunyai kandungan mercury dan hydroquinone. Dua bahan ini sangat merbahaya kepada system tubuh dan paling terdedah kepada bahaya kesan sampingan mercury dan hydroquinone ialah hati dan buah pinggang.

Biochemic tidak menolak mentah-mentah penggunaan krim, serum dan minyak pati sekiranya produk-produk itu adalah dari bahan semulajadi tetapi biochemic amat-amat tidak menggalakkan kaedah laser atau krim pengelupasan. Laser dan krim pengelupasan akan menghakis lapisan kulit paling atas yang sangat penting untuk menjadi penapis sinaran UV.

Remedi Biochemic dan Flower Batch Remedy Untuk Jeragat, Paling Penting Selamat

Biochemic terdiri dari 12 jenis remedies seperti ;

· #1 – Cal flor

· #2 – Cal phos

· #3 – Cal sulph

· #4 – Ferrum phos

· #5 – Kali mur

· #6 – Kali phos

· #7 – Kali sulph

· #8 – Mag phos

· #9 – Nat mur

· #10 – Nat phos

· #11 – Nat sulph

· #12 – Silica

FVC-30 adalah gabungan mineral biochemic yang sangat selamat dan mempunyai beberapa remedi yang diproses menyerupai mineral atau garam tisu di dalam tubuh yang sangat-sangat diperlukan oleh kulit untuk kekal sihat.

Begitu juga Q-Spray yang mengandungi ekstrak tumbuhan hebat bagi mengawal emosi, hormon dan sistem perjalanan darah. Q-Spray adalah gabungan beberapa tumbuhan yang hebat dan mempunyai nilai perubatan yang telah diperakui diseluruh dunia.

Gandingan biochemic dan Flower Bach Remedy adalah gandingan hebat untuk mendapat kulit yang cantik, sihat dan menawan tanpa merisiko tubuh kepada kerosakkan organ penting seperti buah pinggang dan hati.

Homeopathy biochemic adalah konsep merawat seluruh tubuh pesakit, konsepnya biochemic akan merawat punca terjadinya jeragat.

Homeopathy biochemic mempunyai senarai remedy yang panjang untuk menghapus jeragat. Paling banyak maklumbalas mengatakan set-set jeragat homeopathy biochemic sangat “power” ialah mengguna remedy tunggal (single remedy). Tidak hairanlah jika set-set homeopathy biochemic mempunyai remedy kemam atau minum dan di dalam 1 set akan terdapat 2 atau 3 remedi untuk dikemam dan diminum.

Remedi yang Telah Terbukti Keberkesanannya

Biochemic adalah dari mineral yang terdapat dibumi dan beberapa remedy yang telah terbukti keberkesannya untuk diganding dengan FVC30 dan Q-Spray, seperti ;

Sepia 200 adalah remedi “core” untuk wanita yang mengalami masalah hormon seperti mengambil pil perancang dan pil HRT (hormone replacement therapy). Sepia 200 digelar sebagai “women’s remedy”, oleh pakar-pakar homeopathy. Gandingan mantap Sepia 200, Melasma Free dan Fragaria vesca, sering mendapat maklumbalas dari pembeli dengan hasilnya yang pantas.

Secaranya ringkasnya fungsi ke semua remedi ini mempunyai fungsi seperti dibawah;

· Sepia 200 – Women’s remedy, yang sangat “power” untuk mengatasi masalah jeragat akibat perubahan atau tidak seimbang hormon. Sangat hebat untuk wanita yang mengalami masalah menstrual (datang haid) yang tertangguh dan kerap mengalami kekejangan sewaktu menstrual

· Melasma Free bahan utamanya Caulophyllum- Remedi yang sangat hebat untuk memberi nutirisi kepada pesakit. Melasma Free Caulophyllum sangat “power” untuk wanita yang stress dan alami masalah sakit-sakit saraf, atau orang panggil “sakit urat”.

· Cal Sulph – Biochemic No.#3 yang sangat “power” untuk membekal nutirisi ke kulit, membina sel-sel kulit baru dan membawa oksigen secukupnya ke dalam darah.

· Kali Sulph adalah biochemic No. #7 yang sangat hebat untuk membantu hati membuang toksin.

· Fragaria vesca 30, atau wild berry yang di gelar “tumbuhan anugerah Allah” yang mempunyai kesan yang sangat baik untuk system tubuh yang lebih kuat. Fragaria vesca sangat “powerful” jika mengikut satu komen web yang menceritakan kebaikkan Fragaria vesca untuk mencerahkan kulit. Selain kulit Fragaria vesca juga mampu mencerahkan gigi dan membantu buah pinggang bekerja dengan lebih cekap dan menghalang dari terjadinya batu di buah pinggang.

Remedi homeopathy semakin mendapat tempat dihati pengguna dengan kesan yang lembut, boleh dipercayai, tidak ada kesan sampingan dan tidak akan ketagih jika diambil di dalam tempoh yang lama.

 

ingin info lanjut klik https://klix.cc/TG2XT

Posted on

Jeragat Dan Rawatannya, Silap Pilih Menyesal Tak Sudah

melasma

 

 

Ramai yang tidak tahu punca terjadinya jeragat. Kebanyakkan dari mereka berpendapat hanya sinaran UV adalah faktor utama terjadinya jeragat atau melasma. Saintis sendiri pun tidak mempunyai fakta kukuh mengenai punca sebenar terjadi jeragat, tetapi mereka telah mengenalpasti beberapa sebab yang kerap dilaporkan antara punca-punca utama terjadinya jeragat.

Sebab-Sebab Jeragat terjadi boleh disebabkan oleh faktor-faktor di bawah;

  • Sinaran matahari terik dan UVA, terutama dari jam 11 pagi sehingga 2 petang

Mengikut kajian sinar UVA yang paling tinggi bermula jam 11 pagi sehingga 2 petang. Sinar UVA ini akan menerobos masuk ke dalam kulit dan mengaktif melanocytes yang akan menghasilkan melanin yang berbentuk pigmentasi. 

 

Proses ini akan menjadikan kesan jeragat mula terjadi. Malah kesan ini bukan terjadi di dalam beberapa hari tetapi kesan “tan” ini akan terbina didalam masa yang panjang iaitu 10-20 tahun kemudian.

 

Kesan-kesan jeragat yang terjadi setelah anda berumur berkemungkinan bermula sewaktu anda kecil lagi!!.

  • Hormon yang tidak stabil seperti mengalami kitaran haid yang tidak menentu.
  • Pengambilan pil hormone seperti pil perancang dan HRT bagi mereka yang sudah menopause.

Mengikut kajian kesan sinar UVA dan pengambilan pil perancang (contraceptive) untuk mengawal kehamilan atau pun untuk membetulkan kitaran haid ( doctor kerapa kali mencadangkan pil perancang kepada gadis yang mengalami masalah kitaran haid untuk mengambil pil perancang) dan mengandung kerap kali akan mencetus terjadinya jeragat. Kebiasaanya kesan jeragat akan terjadi di bahagian bibir atas dan di dahi.

 

Set SMF atau SMFF biasanya amat efektif untuk merawat jeragat yang berkaitan masalah hormone.

 

  • Pengambilan ubat-ubatan 
  • Penggunaan kosmetik yang tidak terkawal

Penyakit seperti hemochromatosis atau hemosiderosis atau sesetengah ubat-ubatan dan bahan kimia yang terdapat di dalam produk kecantikkan, ubat yang ditelan atau yang disuntik akan mengakibatkan kulit menjadi lebih kehitaman.

 

Suntikan seperti amidarone, produk yang mengandungi hydroquinone, antimalarial, antibiotic tetracycline, phenothiazines, dan sesetengan ubat-ubatan rawatan kemoterapi kanser, tricylic antidepressant dan bahan yang mengandungi logam berat (heavy metal). 

Jeragat juga boleh terjadi akibat selepas kecederaan kulit (muka) yang meradang akibat jerawat atau lupus (masalah immune system).

 

  • Keturunan

Jeragat akibat keturunan agak jarang tetapi masih boleh diusahakan dengan set 5RH yang berkonsepkan holistic.

Punca sebenar terjadinya jeragat masih menjadi tandatanya, tetapi perubahan hormon atau hormon yang tidak stabil adalah penyumbang terbesar kepada terjadinya jeragat atau melasma.

Pengambilan pil perancang dan HRT atau Hormone Replacement Therapy juga menjadi penyumbang terbesar kepada terjadinya jeragat.

Terdapat juga kes-kes di mana jeragat terjadi sewaktu mengandung dan tidak berkurangan selepas melahirkan bayi.

Jeragat boleh terjadi kepada wanita bermula pada umur seawal 25 tahun, walaubagaimana pun  terdiri dari 95% darinya adalah wanita berumur lebih 40 tahun. Sebenarnya lelaki tidak terkecuali dari terjadi jeragat di muka tetapi nisbahnya 12 wanita : 1 lelaki.

Rawatan Jeragat

Sejak diperkenalkan kepada umum rawatan yang berkonsepkan homeopathy telah mendapat kepercayaan dari ramai pembeli kerana remedy homeopathy tidak mempunyai kesan ubat seperti bahan kimia berjadual, bahan sintetik, dadah dan lain-lain yang boleh mengakibatkan kesan sampingan dan terjadinya ketagihan.

Homeopathy telah mendapat sambutan ramai kerana remedi homeopathy sangat selamat, lembut dan boleh dipercayai. Wanita-wanita mengandung juga selamat untuk mengambil set-set rawatan jeragat homeopathy ini.

Homeopathy bertindak merawat keseluruhan tubuh, bukan hanya pada wajah sahaja seperti rawatan konvensional yang hanya “mensasarkan” masalah tersebut dan “menghapusnya” didalam sekelip mata. 

Sebagai contoh Sepia (Sepia 200) sangat berkesan untuk jeragat yang terjadi sewaktu mengandung dan tidak berkurangan selepas melahirkan anak. Malah Sepia juga mampu mengempiskan perut ibu-ibu selepas bersalin.

Melasma Free  dan Sepia 200 adalah remedy biochemic yang hebat jika digabungkan bersama amat berkesan mengimbang masalah hormon yang tidak stabil sehingga menyebabkan terjadinya jeragat.

Selain dari itu Melasma Free dan Sepia 200 akan membantu mengawal pengeluaran lebihan melanin yang menyebabkan jeragat terjadi.

Lain-lain remedy seperti Fragaria Vesca, Thuja, Cadmium Sulphur, Sulphur dan lain-lain adalah saling bantu membantu-bantu.

Secara amnya perubatan homeopathy merawat “seorang individu” bukan hanya “penyakit” itu sahaja. Perubatan homeopathy akan merawat masalah hormone dari dalam dan akan menghalang proses terjadinya melanin dengan banyak sehingga terjadinya jeragat.

Rawatan Jeragat Secara Konvensional

Secara amnya rawatan secara konvensional ialah membuang jeragat tersebut dengan kaedah pengelupasan. Sewaktu proses tersebut, lapisan atas kulit yang menjadi penapis kepada sinaran UV akan turut terhakis.

  • Laser– rawatan paling pantas untuk menghapus jeragat. Malangnya rawatan ini juga membuang layer kulit yang bertindak menapis sinaran UV. Kerap kali selepas membuat rawatan laser kulit muka pesakit tersebut akan menjadi kehitaman, lebam-lebam dan kusam akibat sunburn. Rawatan ini agak menyakitkan mengikut info daripada pesakit yang pernah mencuba rawatan laser.

  • Penglupasan kimia (chemical peeling) – mengguna larutan kimia untuk mengelupaskan kulit dan seterusnya membuang jeragat. Rawatan ini juga akan membuang layer kulit yang menapis sinaran UV dan kerap kali akan mudah terbakar kulit muka. Ia juga memerlukan rawatan dan penjagaan kulit yang rapi selepas itu.

  • Mikrodermabrasion dan HV Iontophoresis – Cara ini menggunakan satu alat untuk menghasilkan penglupasan secara mekanikal. Ia kemudiannya diikuti dengan rawatan Vit C Iontophoresis yang akan mencerahkan kulit. Berkesan untuk mereka yang mempunyai kulit yang anjal dan tebal.

  • Sunblock dan Krim– Sunblock dan krim adalah 2 produk yang akan diguna selepas membuat rawatan di atas.