Posted on

Kaedah wetdose menghilangkan jeragat

wetdose

 

sepia-dan-fragaria-wetdose

 

arnica

 

 

Wet Dose Rawat Pelbagai Penyakit, Termasuk Demam Denggi dan Jeragat

Berpuluh tahun sudah tertanam di dalam otak pengguna, sekiranya ubat homeopathy mesti pil manis yang bulat-bulat berwarna putih. Semenjak diperkenal wet dose ramai yang was-was, ok ke teknik ni? Berkesan ke? dan macam-macam soalan yang kerap keluar di mesej whatsapp sampai penat menjawab.

Saya sendiri pun was-was pada permulaan diperkenalkan oleh pensyarah saya Encik Zainul Azmi B Ahmad, kini adalah Presiden, Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia. Beliau memperkenalkan teknik wet dose untuk merawat demam denggi mengguna remedi bernama Eupatorium 200. Kebetulan selepas pulang dari kelas CPD Homeopathy di Segamat, Johor. Jiran sebelah rumah saya disyaki demam denggi dengan simptom pening kepala yang melampau, sakit-sakit sendi, demam panas yang tinggi dan muntah-muntah.

Jiran saya telah ke hospital kerajaan dan menunggu lebih kurang 4 jam sebelum diperiksa oleh doktor dan disuruh pulang kerumah. Doktor berpesan jika mengalami pendarahan barulah dikehendaki datang segera ke hospital. Pihak hospital tidak dapat memberi katil di wad kerana wad telah penuh dengan pesakit. Malangnya sewaktu menunggu di hospital yang ramai adalah muka-muka seperti pendatang bukannya rakyat tempatan memenuhi ruang menunggu di hospital kerajaan. Jiran saya dengan marah menuduh hospital kerajaan lebih utamakan pendatang dari rakyatnya sendiri… itu saya tak berani nak campur…

Teruja dengan ilmu yang baharu sahaja dipelajari, saya pun menyediakan wet dose Eupatorium 200 di dalam 1 botol air mineral 500ml. Saya menyerahkan remedi wet dose tersebut pada sebelah pagi pada pukul 8 pagi. Esoknya pada jam 11 pagi saya terlihat jiran saya di depan pintu rumahnya, duduk termenung dan mungkin masih demam.

Rupanya dia telah rasa agak sihat, sakit atau pening kepala semakin berkurangan walaupun masih terasa sakitnya. Beliau “lepak” depan pintu disebabkan ingin ambil angin kerana tak larat nak berbaring dari semalam katanya. Saya pun korek-korek rahsia sama ada dia mengambil lain-lain ubat, dan agak terkejut apabila dia maklumkan dia hanya meminum wet dose tu sikit demi sikit sehingga habis dari pagi sehingga tengah malam dan terus tertidur.

Bila terbangun pada sebelah paginya beliau terasa agak sihat dan dia sendiri tidak sedar bahawa wet dose Eupatorium tersebut adalah penawar yang meredakan simptom dengginya. Adakah kebetulan sahaja? Saya pun menghubungi pensyarah saya untuk menceritakan pengalaman yang baru saya lalui dan beliau juga memaklumkan bahawa beliau sendiri pun telah berjaya merawat agak ramai pesakit yang disyaki denggi di kawasan rumah beliau. Kesimpulannya wet dose berjaya merawat walaupun nampak mustahil (sekiranya anda disyaki mengalami demam denggi jangan abaikan nasihat doktor bertauliah).

Terbaru remedi untuk merawat jeragat, sepertiSepia 200, Melasma Free, Fragaria dan Arnicajuga dicadangkan untuk mengguna kaedah wet dose. Hasilnya ramai yang memberi maklum balas hasilnya agak mengujakan dengan kesan yang agak pantas untuk memudarkan jeragat. Walaupun kesannya berbeza di antara setiap individu, kesan paling pantas pernah diberi oleh pembeli ialah selepas 2 minggu mengguna set jeragat dengan kaedah wet dose.

Sebagai contoh sekiranya Arnica 30 atauFragaria Vesca 30, hanya 5-10 titis dicampurkedalam air mineral yang saiznya 500ml dan dibuang sedikit lebih kurang 1 inci untuk memberi ruang sewaktu campuran dibuat. Selepas itu di “succuss” atau dihentak ke tapak tangan sebanyak 5-6 kali dengan kuat sehingga ternampak buih-buih terjadi. Bayangkan hanya 5-10 titis remedi di dalam air sebanyak  480ml, secara amnya sudah semesti kesan remedi tersebut sudah hilang sama sekali tetapi sebaliknya ini adalah kehebatan konsep wet dose homeopathy yang akan bertindak dengan lebih efisien sekiranya dosnya menjadi lebih kecil.

Inginkan konsultasi jeragat sila,wasap kode WETDOSE ke 0123400557 kerana tiap orang tidak sama remedy bergantung pada masalah dan simptom atau boleh lawat laman web dibawah untuk mengetahui kaedah biochemic merawat jeragat http://www.ubatjeragat.com/webjeragat

Posted on

Arnica Dan Fragaria, Wet Dose Yang Menghapus Jeragat Degil

 

 

Arnica Dan Fragaria, Wet Dose Yang Menghapus Jeragat Degil

 

Fragaria Vesca sudah menjadi satu fenomena yang sangat hebat untuk merawat jeragat dan mencerahkan kulit secara semulajadi. Pengguna sudah mengetahui akan kehebatan Fragaria yang setanding produk kolagen untuk mencerahkan kulit, perbezaannya Fragaria tidak mempunyai bahan-bahan kimia atau kolagen sintetik. Fragaria adalah dari buah strawberi yang sangat sedap jika dimakan bersama-sama ais krim. 

 

fragaria buah

 

Arnica Montana pula adalah sejenis bunga yang cantik dan dilaporkan telah digunakan di dalam perubatan sejak tahun 1500an lagi untuk merawat luka, lebam dan kecederaan. Arnica juga menjadi “pencuci” saluran darah yang tersumbat akibat darah beku dan lemak-lemak di dalam saluran darah. Arnica sangat-sangat membantu untuk merawat jeragat akibat saluran darah yang tersumbat akibat darah beku dan lemak-lemak di dalam saluran darah.

 

 

arnica montana rawat jeragat

 

Kedua-dua tumbuhan dan buah ini adalah anugerah tuhan kepada manusia, tetapi ramai yang tidak sedar akan kehebatannya. Homeopati telah menyedari kehebatan ini sejak lebih 200 tahun lalu. Fragaria dan Arnica dijadikan remedi dengan mengguna teknik yang sangat selamat dan hampir tidak ada kesan mudarat langsung. Selain dari mengguna 100% bahan dari Fragaria dan Arnica, cara penyediaan remedi homeopati adalah berkosep doa sangat kecil. Sebagai contoh 1 titis fragaria akan dicampur (dilute) dengan 10,000, 100,000 dan lebih mengguna teknik “succusion”. Succusion adalah teknik menambah potensi remedi melalui goncangan yang kuat. Bagaimana remedi homeopati boleh mendatangkan bahaya? Hanya satu sahaja jika remedi homeopati tidak mengguna falsafah homeopati dengan mencampur bahan yang bukan diproses secara teknik homeopati!.

 

Wet Dose

 

 

kaedah wet dose homeopathy

 

Wet dose adalah teknik yang telah ditemui oleh pakar perubatan homeopati untuk merawat penyakit yang kronik untuk dijadikan minuman kepada pesakit selain meminum air mineral tanpa tambahan zat-zat remedi. Hasilnya amat mengejutkan kerana kaedah wet dose mengguna Arnica dan Fragaria telah mampu merawat penyakit seperti jeragat yang kronik, pelbagai masalah kulit, tekanan darah tinggi yang kronik, masalah kesakitan sendi-sendi, meringankan penyakit diabetic dan kecederaan lama.

Amat menakjubkan! Dos yang kecil dikecilkan lagi mengguna kaedah wet dose. Sebagai contoh hanya 5-10 titis Fragaria atau Arnica dicampurkan di dalam 1 botol air mineral 500ml dan digoncang dengan kuat dan diminum 1 sudu besar 3-6 kali sehari mampu menghilangkan jeragat yang tebal di dalam masa hanya beberapa minggu.

Teknik wet dose ini telah dibuktikan sangat berkesan melalui maklum balas pengguna yang telah mencubanya setelah gagal untuk merawat jeragat yang sangat degil.

 

Cara membuat Wet Dose

 

cara menyedikan wet dose homeopathy

 

 

Kehebatan Fragaria dan Arnica

 

Fragaria sangat hebat untuk menghapus jeragat dan mengikut kajian saintifik terdapat 13 manfaat Fragaria untuk tubuh,

  1. Merawat masalah kulit seperti jeragat dan kulit kusam
  2. Melambatkan proses penuaan
  3. Menambah seri kulit
  4. Memutih kulit
  5. Menambah stamina
  6. Merawat jangkitan kulat
  7. Mampu mencegah kanser
  8. Menghalang terjadi tumor
  9. Merawat ulser
  10. Menghalang penyakit Thypoid
  11. Menghalang penyakit berkaitan jantung
  12. Melegakan simptom cirit birit
  13. Memutih gigi dan mengekal kesihatan gusi.

Arnica Montana Tumbuhan Hebat

Arnica Montana adalah tumbuhan berbunga cantik dan seluruh bahagian dari tumbuhan ini digunakan untuk tujuan perubatan. Paling popular Arnica digunakan di dalam krim dan minyak untuk pelbagai kegunaan seperti krim melegakan keradangan, untuk jerawat, sementara minyak Arnica untuk melegakan kesan-kesan trauma akibat kecederaan seperti otot-otot yang bengkak, untuk mengawal rambut gugur dan banyak lagi kegunaannya.

Perubatan homeopathy juga telah mengkaji dan mengguna Arnica semenjak lebih 200 tahun dan mendapati Arnica sangat-sangat hebat untuk pelbagai jenis masalah kesihatan. Terbaru

Kehebatan Arnica sangat terserlah kepada wanita yang berjeragat akibat mengambil pil perancang, bagi wanita yang sudah beberapa kali melahirkan anak, wanita yang telah menjalani pembedahan sama ada cesarean atau lain-lain pembedahan, wanita yang menopause, menghidap darah tinggi dan kencing manis.

 

 

Ingin mendapat rundingcara dan nasihat remedy yang sesuai dengan masalah jeragat anda . Sila hantar wasap dengan menulis kode JERAGAT ke no hp +6 0123 400 557