Posted on

Suntikan Untuk Menghilangkan Jeragat Dan Pencerahan Kulit adakah berkesan?

suntikan melasma

 

 

Suntikan Untuk Menghilangkan Jeragat Dan Pencerahan Kulit, Berfikir Dua Kali Sebelum Membuat Keputusan.

 

Jeragat saya sangat degil, dah beribu-ribu duit habis tetapi tak hilang-hilang. Ok ke kalau saya buat suntikan Vitamin C dan Glutathione?”

 

Soalan yang boleh dikatakan agak kerap saya terima dalam beberapa bulan ini, dah penat nak jawab sebenarnya.

 

Saya bertanya “Doktor di klinik atau pusat rawatan yang membuat suntikan ni?

 

Dia menjawab ringkas “Order di online dan cucuk sendiri”…

 

Terkejut saya membacanya, sedangkan doktor dan jururawat yang terlatih pun,  perlu menjalani latihan untuk menyuntik pesakit, etika penyimpanan jarum suntikan dan pencegahan dari tersebar virus atau bakteria melalui suntikan, tetapi wanita ini telah memesan di talian dan selepas itu suntik sendiri? Sedangkan doktor bertauliah pun tidak dibenarkan untuk memberi suntikan untuk kecantikkan seperti akta di bawah;

Berdasarkan Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, seorang doktor klinik swasta tidak dibenarkan menawarkan khidmat suntikan Vitamin C kepada pelanggan.”

 

Suntikan vitamin C dan Glutathione yang  dilakukan sendiri oleh pesakit atau individu yang tidak bertauliah adalah sangat merbahaya, kerana boleh menyebabkan keradangan pada tapak suntikan  itu, Selain daripada bahaya tersebut tindakan itu juga boleh menyebabkan jangkitan kuman kepada seseorang itu.

 

Vitamin C dan Glutathione tidak dinafikan mempunyai manfaat yang sangat besar terhadap tubuh kerana mempunyai antioxidant. Glutathione akan melawan free radical atau unsur-unsur yang akan merosakkan sel-sel tubuh.

 

Kesan sampingan jika mengambil Glutathione dengan cara yang tidak sepatutnya seperti suntikan yang tidak diiktiraf oleh KKM dan FDA ialah ;

 

Kesan sampingan kepada pengguna yang mengambil glutathione pada jangkamasa yang panjang ialah berkaitan rendah paras zinc di dalam tubuh. Glutathione juga boleh mencetuskan serangan asthma seperti simptom pernafasan berbunyi (wheezing)

 

Pakar-pakar juga tidak mengetahui sama ada glutathione selamat kepada ibu yang mengandung atau sewaktu menyusu bayi.

Begitu juga Vitamin C kebanyakkan pakar mencadangkan untuk mengambil Vitamin C terus dari sumbernya seperti dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Kesan sampingan mengambil suntikan Vitamin C adalah lebih merbahaya dari mengambil suntikan glutathione.

 

Kesan sampingan akibat mengambil suntikan Vitamin C adalah;

 

·         Terasa kekejangan di perut

 

·         Sakit dada

 

·         Gigi akan mereput

 

·         Pening-pening

 

·         Cirit-birit

 

·         Pitam

 

·         Keletihan melampau

 

·         Meningkat kemungkinan kanser paru-paru

 

·         Meningkat kemungkinan penyakit Parkinson

 

·         Meloya

 

·         Komplikasi sel darah merah

 

·         Pelbagai penyakit kulit

 

Suplemen ini tidak di iktiraf FDA US dan Kementerian Kesihatan Malaysia

 
 

Di dalam perubatan homeopathy di seluruh dunia, tidak ada suntikan yang diamalkan tetapi homeopathy mempunyai kaedah “wet dose” yang terbukti selamat dan berkesan. Homeopathy berprinsip “biar lambat asalkan selamat”. Ramai yang berpendapat perubatan homeopathy “slow”, sedangkan pesakit nak cepat-cepat menjadi cantik.

 

Tidak mengkaji mengenai bahaya dan kesan jangka panjang sesuatu produk yang diviralkan oleh pengeluar dan syarikat pemasaran. Ramai yang berprinsip lantaklah kesan sampingan, aku nak cantik. Sebagai contoh Jika di jalan raya satu ketika dahulu ada kempen keselamatan jalan raya yang berbunyi “kelajuan membunuh”, begitu dengan produk kecantikkan.

 

Adakah homeopathy “slow”? Jawapannya Ya atau Tidak,

 

 

Tidak kerana ramai yang memberi maklum balas yang mengatakan jeragat mereka pudar selepas 7-30 hari.

 

Jika jawapan Ya, pesakit tersebut berkemungkinan tidak berdisiplin mengambil remedi atau mencampur pelbagai produk di dalam satu masa.

 

Faktor melambatkan proses penyembuhan juga berkaitan kesan-kesan ubat lama di dalam tubuh yang menghalang remedi homeopathy untuk bekerja. Kesan-kesan ubat lama tersebut menjadi “firewall” untuk menghalang ubat atau remedi masuk ke dalam tubuh.

 

Wet dose pada pandangan saya adalah lebih berkesan, selamat dan tidak mendatangkan kesan buruk kepada organ-organ penting seperti hati dan buah pinggang. Sebaliknya remedi-remedi homeopathy seperti Fragaria Vesca, Arnica 30 dan terbaru yang baru Melasma Free Drop (bakal dilancarkan) akan menambah baik prestasi kerja hati dan buah pinggang,

 

Kesemua remedi ini ialah remedi tunggal atau “single remedy” yang akan menyerap kedalam sistem darah melalui serapan di lidah dan melalui perkumuhan yang bakal melalui hati dan buah pinggang.

 

Kenapa selamat dan bebas dari kesan sampingan? Jawapannya mudah sahaja kerana homeopathy tidak mengguna bahan-bahan yang bermaksud untuk membuat ubat. Bahan-bahan remedi homeopathy adalah 100% bahan natural dan dosnya sangat kecik (nano).

 

Pesanan kepada kaum wanita, tubuh anda tidak ternilai, oleh itu janganlah terburu-buru untuk cantik sehingga memudaratkan tubuh anda.

 

Ingin mendapat konsultasi percuma berkenaan remedy yang sesuai dengan masalah jeragat anda.
Sila wasap kode JERAGAT KE +60 12 3400 557

 
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *