Posted on

Stress Menyebabkan Jeragat Semaki Tebal?

 

.

 

Dah penat dik oi, sapu tak kena makan tak jadi, pi laser makin naya muka aku. Ubat hang ni betui-betui ke berkesan?’ Terkejut juga bila terima 1 whatsapp dah la waktu pun tak logik, ada ke pukul 3 pagi di whatsappnya dan salam pun tak dibagi hehe.

 

Mata pun melekat sebab tengah tidur terkejut dengan bunyi ring tone whatsapp yang agak cemas. Bukan apa set ring tone yang bunyi cemas untuk pastikan setiap whatsapp dapat dijawab dengan pantas (kecuali sewaktu memandu atau dalam toilet mungkin lambat sedikit hehe…

 

Nak jawab macam mana ek? Akak ni mesti tengah frust, atau suami dia buat perangai tak nak tengok muka dia sebab dah teruk dengan ? Silap jawab mau makan maki hamun dipagi yang hening ni .. aduiii dalam dilemma juga. Kalau tak jawab, blue tick dah timbul menunjukkan mesej akak tadi kita dah baca… hermmm bismillah jawab je lah kan.

 

Salam akak mohon beberapa info untuk saya kenal pasti masalah akak dan saya akan cadangkan remedi yang sesuai”. Type agak slow sebab tengah mamai, tiba-tiba akak tu send 1 mesej. “ha awat lama sangat dok typing tu!”. Adehh akak ni garang betul.

Mohon akak beri info seperti
1. Nama & Umur
2. Sudah menopause atau belum?
3. Ada masalah haid?
4. Pernah ambil pil perancang atau hormon?
5. Ada masalah sembelit (digestion)
6. Kerap stress tak?
7. Pernah bersalin ceasarean atau kemalangan teruk?
8. Pernah guna produk pengelupasan, laser atau lain-lain

Tu dia patut lama gila typing, sat akak jawab” Akak tu balas dengan pantas , salah satu punca yang terang-terang nampak akak ni alami stress yang teruk. Berikut ialah jawapan akak tersebut memang confirmed dia sangat stress.

  1. Nama & Umur – Kak Ina (bukan nama sebenar) / 51
    2. Sudah menopause atau belum? Sudah
    3. Ada masalah haid? Dah menopause apa xdak la masalah
    4. Pernah ambil pil perancang atau hormon? xdak
    5. Ada masalah sembelit (digestion) xdak
    6. Kerap stress tak? stress memang kuat hari-hari kerja guru
    7. Pernah bersalin ceasarean atau kemalangan teruk? Sekali ada buat cesarean
    8. Pernah guna produk pengelupasan, laser atau lain-lain” pernah laser, kan dah cakap tu tadi!

 

Waduh terus segar mata dengan jawapan akak ni … bersabar-bersabar..tarik nafas dalam-dalam untuk tenangkan diri sendiri di pagi yang sejuk. Saya anggap ini adalah kes kecemasan seperti kes di wad kecemasan yang perlu dirawat dengan segera. Sebelum sempat saya menaip akak tu dah send lagi satu mesej…

 

Lama gila tunggu ni apa jawapan hang ni?” erk baru 1 minit doh hahaha … sabar..sabar . “Akak dari jawapan akak tadi saya dapati akak terlalu stress, jadi hormon stress dah aktifkan hormon cortisol yang akan jadikan melanocytes menghasilkan melanin atau pigmen hitam atau jeragat, so kalau stress tidak dikawal jeragat akan bertambah teruk setiap hari

Cara terbaik untuk menghalang hormon stress adalah dengan bertenang dan kalau boleh cuci muka atau ambil wuduk ..:)” saya tambah emoticon senyum untuk menyatakan yang saya type dalam keadaan tenang aje.

 

Set yang paling sesuai untuk akak ialah set AADF, set ini ada Arnica, Ashwagandha, Damiana dan Fragaria

 

“fungsi-fungsi remedi ini ialah

Arnica – untuk melancarkan perjalanan darah, jika pembuluh darah tersumbat jeragat akan lebih mudah naik

 

 

AshwagandhaMengawal emosi , jika stress hormon cortisol akan mengaktif melanin yg akan menjadi jeragat

 

 

Damiana – untuk mengawal dan mengimbang hormon , supaya hormon wanita estrogen lebih mendominasi dan jeragat akan terkawal

 

 

Fragaria – untuk mencerahkan , Fragaria berfungsi utk membantu buah pinggang menjadi lebih cekap

 

 

Ini adalah testimoni dari pengguna yang mengguna set AADF sebelum ini, pembeli ini telah repeat order sebanyak 2 kali dan sekarang mukanya sudah bersih” Saya sertakan testimoni terbaru yang baru dapat dari pembeli yang mempunyai simptom seperti akak ini.

 

 

Semua mesej saya hanya di blue tick sahaja… aik akak ni baca aje tanpa komen? Secara tiba-tiba akak tersebut terdiam selama lebih kurang 3 jam, saya tunggu dan tunggu …sehingga tertidur semula dan terjaga apabila azan subuh berkumandang. Berat juga nak bangun, kepala saya sendiri jadi berat …adoii inilah cabaran sebagai peniaga online, kedai kami dibuka 24 jam 7 hari seminggu dan 365 setahun.. pernah sekali tu ada pembeli yang ingin buat pesanan di pagi hari Raya Aidilfitri… bayangkan hehehehe. Pernah juga BP (blood pressure) saya naik dan doktor nasihatkan saya untuk berehat.

 

 

Setelah siap solat subuh saya periksa phone dan amat terkejut dengan reply dari akak tersebut. Mana tidak terkejut reply dari akak tersebut siap dengan  Assalamualaikum di dalam jawi, dan dengan ayat penuh sopan dia membalas.

 

Assalamualaikum dik, akak telah bank in sebanyk RMxxx ke akaun Maybank adik xxxx-xxxx-xxxx, betulkan sebab akak amik no akaun ni dari web adik?, berikut ialah details akak untuk adik pos kan, ada lebih RM10 akak halalkan untuk adik buat belanja minum

 

 

Ini adalah gambar resit bukti bayaran tadi, semoga adik dapat pos pesanan akak dengan segera dan ajarkan akak cara-cara mengambilnya nanti…maaf pagi tadi ganggu adik tidur…wasalam

 

Wow … akak ini telah berubah di dalam sekelip mata dan terus membuat order serta bayaran tanpa banyak soal lagi …. Alhamdulillah.

 

Selepas lebih kurang 40 hari akak ini membuat repeat order katanya … jeragat dia semakin pudar dan dia mula semakin pandai mengawal stressnya dibantu oleh Ashwaganda Q….. Alhamdulillah.

 

Ingin mendapatkan rundingcara remedy yang sesuai dengan masalah jeragat anda sila klik link ini untuk wasap kami terus.Sebarang persoalan kaedah rawatan dan cadangan remedy akan diberikan secara percuma kecuali remedy rawatan =====> http://.wasap.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *