Posted on

Sinaran UV Punca Utama Terjadinya Jeragat, Jangan Abaikan Wajah Anda.

smf drop

 

Sinaran UV Punca Utama Terjadinya Jeragat, Jangan Abaikan Wajah Anda.

 

Di Negara yang beriklim sejuk terdapat perkhidmatan “tanning booth” untuk mendapat kulit yang agak gelap atau bagi mereka yang berkemampuan akan datang melancong ke Negara beriklim tropika dan berjemur dibawah panas sinaran matahari. Kesemua aktiviti ini adalah untuk meningkatkan kadar pigmentasi ditubuh mereka. Mereka akan berbangga sekiranya tubuh mereka kelihatan lebih kehitaman berbanding teman mereka yang kelihatan putih dan pucat.

Di Malaysia Negara tropika adalah sebaliknya, ramai di antara kita ingin kelihatan lebih cerah, lebih putih seperti artis K-POP. Krim kosmetik bertoksik yang mengandungi hydroquinone atau mercury untuk mencerahkan kulit sangat laris satu ketika dahulu sehingga terdapat kes di mana muka pembeli menjadi melecur dengan teruk baharulah di war-warkan mengenai betapa bahayanya produk-produk tersebut. Sehingga kini masih terdapat produk yang bertoksik kerana permintaan untuk kelihatan lebih “putih: tidak pernah ada penghujungnya. Produk pengelupasan kulit akan memusnahkan lapisan epidermis atau lapisan atas kulit yang bertindak sebagai ;

  • Lapisan kalis air
  • Penapis sinaran UV

 

Apa itu Sinaran UV

UV atau ultraviolet datang di dalam 2 bentuk, UVA dan UVB. Mengikut Persatuan Kanser Kulit sinaran UVB adalah lebih bahaya kerana mengandungi mengandungi radiasi ultraviolet. UVB yang akan menjadikan kulit terbakar atau sunburn.

Sinaran UVA akan meresap kedalam lapisan kulit dan akan menyimpan melanin di dalam sel-sel kulit, yang akan mempengaruhi pengeluaran melanin. Proses ini mengambil masa yang lama sebelum jeragat keluar di wajah seseorang.

 

Melanin

Bila ultraviolet menembusi kulit, sinaran itu akan “bekerjasama” dengan sel yang bernama melanocytes. Melanocytes bertanggunjawab menghasilkan melanin. Lagi besar jumlah melanin yang terhasil maka lebih hitamlah kulit atau jeragat seseorang itu.

 

Bahaya Sinaran UV

 

Salah satu cara untuk mengurangkan risiko jeragat, sunburn atau kanser kulit krim sunblock adalah pilihan yang masih ideal dari dahulu hingga kini. Bagaimana untuk memilih sunblock yang sesuai?

  • SPF 15 akan melindungi 93% kulit dari sinaran UV
  • SPF 30 akan melindungi 97% kulit dari sinaran UV
  • SPF 50 akan melindungi 98% kulit dari sinaran UV

 

 

Adakah Homeopathy Mempunyai Produk Sunblock?

 

Homeopathy tidak mempunyai produk sunblock kerana produk ini adalah sebahagian dari produk kosmetik.

 

Adakah Terdapat Suplemen Homeopathy Untuk Mengawal Melanin?

 

Homeopathy mempunyai suplemen yang agak banyak untuk mengawal melanin seperti set-set jeragat yang dijual iaitu Sepia 200, Melasma Free, Kali Sulph dan Cal Sulph, Nat Mur, Lycopodium dan Phosporus.

 

Adakah Homeopathy Mempunyai Kesan Sampingan atau Mencetus Alergik?

 

Remedi homeopathy bukanlah ubat, ia adalah dari bahan semulajadi dari alam yang akan dicampur dengan air di dalam kuantiti yang besar berbanding bahan asal, sebagai contoh Nat Mur adalah sejenis mineral. 1 bahagian Nat Mur akan dicampur dengan 10,000 atau 100,000 bahagian air yang menjadikan dos homeopathy sangat kecil dan tidak boleh dikesan melalui ujian makmal. Oleh itu agak mustahil remedi homeopathy akan mendatangkan kesan sampingan atau mencetus alergik. Namun kesan penyembuhannya sangat hebat dan kadang-kadang ada yang mengatakan sangat “ajaib” apabila telah mencuba pelbagai produk dan akhirnya set-set jeragat homeopathy berjaya menyembuhkan jeragat mereka.

 

Ingin konsultasi jeragat dan remedy yang sesuai dengan masalah jeragat anda sila wasap kode MELASMA KE 0123400557

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *