Sale!

Set SMFEC dan Arnica 30 C

RM240.00 RM180.00

173 customers got amazing discounts by checking this.

Description

smfecarnica

Satu set terdiri 4 item yang terdiri daripada sepia,melasme,arnica dan fragaria.

Harga promosi rm180. Harga biasa rm240

Poslaju percuma

Sepia 200 – Untuk membantu mengatasi pelbagai masalah hormon wanita dan mengimbang ketidakstabilan hormon ke tahap yang terbaik.
Melasma Free – Untuk membantu menambah nutrisi ke kulit dan membantu sistem tubuh untuk membina sel-sel kulit baru. Melasma Free juga akan membantu menguatkan sistem antibodi tubuh untuk memperkuatkan sistem “auto healing” bagi mengatasi pelbagai masalah kesihatan.

Fragaria Vesca – Fragaria Vesca adalah untuk diminum. Fragaria Vesca mempunyai puluhan khasiat untuk tubuh sehingga digelar “buah anugerah tuhan” oleh pengkaji perubatan alternatif. Fragaria telah dikenal pasti mempunyai 3 khasiat yang sangat hebat untuk mengatasi masalah jeragat.

3 Khasiat tersebut ialah membantu menyahtoksik didalam hati, hempedu dan buah pinggang serta mampu menghalang dari terjadinya batu (karang batu), mencerahkan kulit di mana ada kajian yang dijalankan penggunaan Fragaria Vesca secara berterusan selama 90 hari akan menambah sinar dan mencerah kulit pengguna Fragaria Vesca. Selain dari itu Fragaria Vesca juga berupaya membuang tar gigi dan memutihkan gigi.

4.Arnica Remedi Ajaib Pulihkan Jeragat

Ubat perubatan moden amat spesifik, jika untuk demam ubat utamanya ialah paracetamol. Walaupun nama berbeza seperti Panadol atau jenama lain bahan aktifnya ialah paracetamol. Perubatan alternatif seperti homeopati agak berbeza kerana 1 remedi biasanya untuk pelbagai masalah penyakit, ia bukan cerita khayalan tetapi hasil dari penemuan dan pengalaman para pengamal homeopati merawat pesakit.

Remedi homeopati akan dicuba terus kepada manusia untuk melihat keberkesanannya kerana tidak ada satu pun remedi homeopati yang boleh membawa maut. Arnica montana adalah remedi pelbagai guna homeopati yang digelar “remedi ajaib” oleh para pengamal homeopati diseluruh dunia. Arnica 30 adalah remedi pelbagai guna dan di anggap remedi ajaib oleh ramai pengamal homeopathy.

Arnica yang sering digunakan untuk pelbagai masalah kecederaan seperti luka, lebam dan bengkak. Walaubagaimana pun Arnica 30 remedi homeopathy mempunyai pelbagai manfaat untuk masalah kesihatan tubuh yang biasanya akan dialami oleh wanita yang mula mencecah umur 45 tahun ke atas, masalah seperti

Jeragat akibat hormon tidak stabil
Pernah mengambil pil hormon kawal kelahiran (pil perancang)
Pernah menjalani pembedahan atau tercedera
Mengawal darah tinggi
Mengawal glukos bagi pesakit kencing manis.
Selulit
Kolesterol
Jerawat

Arnica 30 adalah remedi profilaktik yang sangat berkesan untuk menghalang jeragat dari terjadi dan menghapus jeragat selepas ia terjadi. Kehebatan Arnica sangat terserlah kepada wanita yang mengambil pil perancang, bagi wanita yang sudah beberapa kali melahirkan anak, wanita yang telah menjalani pembedahan sama ada cesarean atau lain-lain pembedahan,wanita yang menopause, menghidap darah tinggi dan kencing manis.

Ini adalah penemuan saya yang terbaru dan berita baik bagi mereka yang mengalami jeragat. Arnica amat terkenal dengan kehebatannya untuk melancarkan peredaran darah di tubuh.

Jeragat yang terjadi berkemungkinan besar diakibatkan oleh pigment yang “tersekat” disaluran darah dan keluar ke kulit sebagai jeragat.

Pigmentasi kehitaman ini mungkin akan bercampur dengan lemak dan tersumbat di dalam saluran darah.Arnica akan “mencuci” saluran tersumbat ini membantu melancarkan peredaran darah dan amat memeranjatkan terdapat maklum balas kesan jeragat pudar selepas 2 hari.

Arnica di ambil di dalam bentuk wet dose bukan di dalam bentuk tablet manis.

Cara-Cara Menyediakan Wet Dose Arnica 30

Kaedah “wet dose”adalah penemuan terbaru yang mampu mengatasi jeragat degil. Wet dose perlu disediakan seperti berikut; Dapatkan 1 botol air mineral 500ml, dan buang sedikit lebih kurang 3cm air tersebut. Titiskan 10 titis Arnica 30 dan goncang sebanyak 6 kali dengan kuat. Goncangan ini ialah teknik “homeopathic succussion” yang akan menambah kekuatan remedi tersebut.

Goncangan yang kuat sebanyak 6 kali ini sebaik-baiknya dibuat setiap kali mengambil Arnica Wet Dose. Selepas itu minum 1 penutup botol atau 1 sudu besar 3-6 kali sehari. Arnica Wet Dose boleh disimpan di dalam peti ais atau di dalam suhu bilik yang jauh dari sinaran matahari.

Walaupun homeopati dikelas bersama-sama perubatan tradisional tetapi remedi homeopati berbeza dengan ubat-ubat herba tradsional.

Remedi homeopati diberi potensi atau kekuatan sesuatu remedi, biasanya akan dilabel sebagai 6, 30, 200 dan seterusnya. 200 dan ke atas bermakna dos tersebut lagi kecil kerana campurannya. Sebagai contoh mudah, 1 titis Arnica akan dicampur mengikut nisbah 1 Arnic : 50,000 air.

Cara ambil FRAGARIA VESCA : TITIS 10-15 TITIS TERUS KE DALAM MULUT (ATAU DICAMPUR DENGAN 1 SUDU AIR) DAN KEMAM 30 SAAT – 1 MINIT SEBELUM DITELAN. 3X SEHARI SEBELUM MAKAN .ambil tiap2 hari

Cara terbaik ambil sepia dan melasme ialah diselang seli pengambilan kedua remedy ini, contohnya
·
Jika hari Isnin mengambil Sepia 200 4 biji dikemam / dihisap . 3 kali sehari sebelum makan. ·
Hari Selasa ambil Melasma Free 4 biji dikemam / dihisap . 3 kali sehari sebelum makan · Begitulah seterusnya untuk hari Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad.

cara menyedikan wet dose homeopathy

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Set SMFEC dan Arnica 30 C”

Your email address will not be published. Required fields are marked *