Sale!

Set jeragat SAF drop

RM210.00 RM150.00

173 customers got amazing discounts by checking this.

Description

 

Sepia digelar dengan pelbagai nama, tetapi kerap kali Sepia dianggap sebagai “remedi ajaib untuk wanita”. Boleh dikatakan hampir kesemua masalah wanita akan mengguna Sepia sebagai remedi utama yang mampu untuk bekerja di dalam tempoh masa yang lama di dalam tubuh wanita.

Homeopathy adalah perubatan unik, di mana setiap remedi akan digandingkan dengan satu kumpulan simptom, corak tertentu berkaitan tubuh-minda yang akan mampu menerima sesuatu remedi dengan lebih cepat. Begitu juga Sepia sekiranya mengikut corak berkaitan tubuh-minda ialah

Muka kelihatan kekuningan atau coklat dan pucat. Kulit kelihatan tidak sihat

Wanita yang mempunyai anak yang ramai dan terlalu risau mengenai anak-anaknya.

Kerap sakit dibelakang dan mahu diurut, dan ingin duduk berehat di satu tempat yang sunyi dan gelap berseorangan untuk lari dari rutin harian yang padat.

Wanita yang memerlukan Sepia biasanya tabah tetapi jika wanita tersebut terlalu stress dia akan terus lemah, menangis dan kerap kali bergaduh dengan suami atau anak-anaknya.

Sepia kerap kali akan diberikan kepada wanita yang berumur lebih 30 tahun yang mengalami sindrom pra haid, vaginitis (jangkitan kuman di vagina), menopos, keguguran, endometriosos, anemia (darah rendah).

Kelesuan yang kronik, masalah penghadaman, hilang minat untuk perhubungan intim dan tekanan perasaan yang kadang-kadang akan terjadi hysteria.

akan mula timbul di wajah selepas kerap kali melahirkan anak, ditambah dengan tekanan hidup atau perasaan yang di alami.

Arnica Remedi Ajaib Pulihkan Jeragat

Ubat perubatan moden amat spesifik, jika untuk demam ubat utamanya ialah paracetamol. Walaupun nama berbeza seperti Panadol atau jenama lain bahan aktifnya ialah paracetamol. Perubatan alternatif seperti homeopati agak berbeza kerana 1 remedi biasanya untuk pelbagai masalah penyakit, ia bukan cerita khayalan tetapi hasil dari penemuan dan pengalaman para pengamal homeopati merawat pesakit. Remedi homeopati akan dicuba terus kepada manusia untuk melihat keberkesanannya kerana tidak ada satu pun remedi homeopati yang boleh membawa maut.

Arnica montana adalah remedi pelbagai guna homeopati yang digelar “remedi ajaib” oleh para pengamal homeopati diseluruh dunia. Arnica 30 adalah remedi pelbagai guna dan di anggap remedi ajaib oleh ramai pengamal homeopathy. Arnica yang sering digunakan untuk pelbagai masalah kecederaan seperti luka, lebam dan bengkak. Walaubagaimana pun Arnica 30 remedi homeopathy mempunyai pelbagai manfaat untuk masalah kesihatan tubuh yang biasanya akan dialami oleh wanita yang mula mencecah umur 45 tahun ke atas, masalah seperti;

  • Jeragat akibat hormon tidak stabil
  • Pernah mengambil pil hormon kawal kelahiran (pil perancang)
  • Pernah menjalani pembedahan atau tercedera
  • Mengawal darah tinggi
  • Mengawal glukos bagi pesakit kencing manis.
  • Selulit
  • Kolesterol
  • Jerawat

Walaupun homeopati dikelas bersama-sama perubatan tradisional tetapi remedi homeopati berbeza dengan ubat-ubat herba tradsional. Remedi homeopati diberi potensi atau kekuatan sesuatu remedi, biasanya akan dilabel sebagai 6, 30, 200 dan seterusnya. 200 dan ke atas bermakna dos tersebut lagi kecil kerana campurannya. Sebagai contoh mudah, 1 titis Arnica akan dicampur mengikut nisbah 1 Arnic : 50,000 air.

Tidak hairanlah jika perubatan homeopathy dan sangat-sangat berjaya untuk mengatasi masalah jeragat. Homeopathy memberi penekanan kepada remedi oral (hisap/minum) untuk merawat akar umbi kepada masalah jeragat. Homeopathy dan biochemic bukan hanya merawat dan menghapus dengan segera seperti kaedah konvensional yang mengguna kaedah laser, pengelupasan dan lain-lain lagi.

Arnica Montana

Homeopathy biochemic juga mempunyai remedi profilaktik (prophylactic) atau remedi pencegahan untuk mencegah ketidakseimbangan hormon terjadi akibat dari pebagai sebab seperti berpunca dari pil perancang. Mungkin agak keterlaluan jika dikatakan hanya remedi homeopathy biochemic sahaja yang mempunyai remedi profilaktik untuk mencegah jeragat.

Arnica 30 adalah remedi profilaktik yang sangat berkesan untuk menghalang jeragat dari terjadi dan menghapus jeragat selepas ia terjadi. Kehebatan Arnica sangat terserlah kepada wanita yang mengambil pil perancang, bagi wanita yang sudah beberapa kali melahirkan anak, wanita yang telah menjalani pembedahan sama ada cesarean atau lain-lain pembedahan,wanita yang menopause, menghidap darah tinggi dan kencing manis. Ini adalah penemuan saya yang terbaru dan berita baik bagi mereka yang mengalami jeragat.

Arnica amat terkenal dengan kehebatannya untuk melancarkan peredaran darah di tubuh. Jeragat yang terjadi berkemungkinan besar diakibatkan oleh pigment yang “tersekat” disaluran darah dan keluar ke kulit sebagai jeragat. Pigmentasi kehitaman ini mungkin akan bercampur dengan lemak dan tersumbat di dalam saluran darah.Arnica akan “mencuci” saluran tersumbat ini membantu melancarkan peredaran darah dan amat memeranjatkan terdapat maklum balas kesan jeragat pudar selepas 2 hari. 

 

 

Fragaria Vesca

Fragaria vesca adalah remedi yang universal dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Fragaria vesca atau wild strawberry mempunyai khasiat yang sangat hebat untuk pelbagai masalah penyakit kulit seperti jeragat.

Karekter utama pesakit yang akan mendapat manfaat paling cepat apabila mengamalkan fragaria apabila seorang individu itu tidak mampu memakan strawberi secara mentah tetapi akan mendapat manfaat melalui kaedah remedi homeopathy.

Selain dari itu sekiranya individu tersebut mempunyai simptom seperti berikut :

Muka hitam kebiruan

Muka seolah kecoklatan

Kuat berpeluh

Bagi wanita menyusu, payudara mengecil dan susu kekeringan.

Sepanjang diperkenalkan Fragaria telah mampu mencerahkan kulit dan menghilangkan jeragat yang tebal dan lama.

Sesuai untuk semua peringkat umur dan kategori pesakit seperti masalah hormon dan lain-lain masalah berkaitan jeragat seperti sunburn, jeragat akibat tersilap mengguna bahan kosmetik, jeragat akibat mengandung () dan lain-lain.Fragaria juga mempunyai manfaat untuk menguat dan memutihkan gigi jika diamalkan

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Set jeragat SAF drop”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like…