Sale!

Set Jeragat BJC01

RM150.00 RM100.00

173 customers got amazing discounts by checking this.

Description

bjc01 jeragat

Set Jeragat Homeopathy BJC-01 Dan BJC-02

Sebelum itu mari kita berkenalan dengan jenis-jenis jeragat terlebih dahulu;

  • Jeragat Epidermal – jeragat yang terjadi di atas kulit (boleh dirasa jika disentuh)
  • Jeragat Dermal – jeragat yang terjadi di antara lapisan kulit (tidak boleh dirasa dengan jari)
  • Jeragat Mix – jeragat campuran yang terjadi di atas kulit dan di bawah lapisan kulit

Disebabkan oleh 3 jenis jeragat yang ini, homeopathy biochemic garam tisu sangat-sangat memberi penekanan kepada kaedah rawatan holistik iaitu merawat pesakit, punca penyakit, dan bukan hanya penyakit itu sahaja, Ini bermakna suplemen secara oral (kemam & minum) adalah vital untuk merawat jeragat. Aplikasi luaran seperti krim dan sabun juga sangat-sangat membantu sekiranya terdapat jeragat epidermal.

anatomi kulit pigmentasi

Jeragat terjadi apabila Melanocyte menghasilkan melanin (pigmen hitam) di dalam kuantiti yang banyak dari biasa yang akan menghasilkan jeragat. Secara ringkasnya Melanocyte (stimulating hormone) adalah sejenis kumpulan  hormon merangsang   yang dihasilkan oleh kelenjar pituitary (pituitary gland) , hypothalamus dan sel kulit. Ia sangat penting berfungsi sebagai pertahanan kulit dari sinar UV, penghasilan pigmentasi dan mengawal selera makan. Walaubagaimana pun apabila hormon di dalam keadaan yang tidak stabil Melanocyte akan menghasilkan melanin dengan banyak sehingga terjadinya jeragat.

Set BJC-01 adalah  gabungan 3 remedi iaitu CAL SULPHKALI SULPH dan FRAGARIA VESCA 30. Set BJC-02 dan digabungkan dengan krim Carmino Complexion Cream (CCC) dan Carmino Complexion Soap (CCS)

Set ini tidak dipanggil ubat kerana remedi homeopathy bukanlah ubat dan tidak mempunyai kesan ubat di dalamnya. Set ini ialah suplemen yang disediakan mengikut kaedah homeopathy dan biochemic garam tisu.

Pendekatan kaedah homeopathy dan biochemic garam tisu adalah berbeza dengan kaedah perubatan moden. Kaedah perubatan moden mempunyai satu ubat khusus untuk satu penyakit, sebagai contoh jika demam panas,paracetamol adalah untuk demam panas dan jika demam dan pening kepala serentak maka akan terdapat satu lagi ubat khusus untuk pening kepala.

Perbezaan ketara di antara ubat dan remedi homeopathy ialah ubat-ubat sangat pantas untuk menghilangkan rasa kesakitan buat sementara waktu, sementara remedi homeopathy akan mengambil masa untuk menghilangkan kesakitan. Ubat-ubatan moden sangat-sangat membantu di dalam kes-kes yang memerlukan kelegaan segera untuk sementara waktu bagi merehatkan pesakit dari derita yang ditanggung. Sebagai contoh seorang pesakit yang mengalami kemalangan yang parah akan memerlukan pain killer untuk membolehkan ubat pain killer tersebut menghilangkan kesakitan dan membolehkan pesakit  untuk berehat dan tidur. Remedi homeopathy biochemic garam tisu pula sangat-sangat membantu untuk memulihkan di dalam masa yang sama.

Secara ringkasnya perubatan moden amat membantu untuk kesakitan yang akiut (acute) atau secara tiba-tiba. Seperti serangan jantung, asthma (lelah), kecederaan parah dan lain-lain. Perubatan homeopathy pula sangat-sangat membantu di dalam kes-kes kronik (penyakit yang lama) seperti sakit jantung, asthma, penyakit kulit dan lain-lain. Pendek kata kedua-kedua kaedah perubatan saling lengkap melengkapi, untuk membantu pesakit yang amat memerlukan.

Jeragat dikategorikan sebagai penyakit kronik, kerana jeragat bukanlah penyakit akiut yang menyerang pesakit dengan tiba-tiba. Jeragat terjadi akibat dari proses yang lama seperti pigmentasi akibat sun burn yang terdapat dibawah lapisan kulit yang telah terkumpul di dalam tempoh 10-20 tahun. Pigmentasi tersebut akan muncul di kulit muka setelah tubuh mengalami perubahan seperti perubahan hormon, pengambilan pil perancang dan pil hormon, umur yang semakin meningkat, penggunaan kosmetik yang mempunyai bahan-bahan berasid atau berkimia dan lain-lain lagi.

Jeragat Berpunca Dari Hormon Yang Tidak Stabil

Walaupun punca utama terjadi jeragat tidak dapat dikenal pasti, tetapi ramai saintis yang berpendapat jeragat berpunca dari masalah hormon. Oleh itu wanita lebih kerap menghadapi masalah jeragat berbanding lelaki. 3 hormon utama yang dihasilkan di dalam ovari wanita seperti estrogentestosterone dan progesterone adalah 3 hormon utama yang akan menjadi peneman wanita untuk sepanjang hayat bermula dari puberti sehinggalah ke menopause.

Kerap kali akibat dari amalan pemakanan, tekanan hidup, tekanan di tempat kerja dan gaya hidup yang tidak sihat, hormon akan menjadi tidak stabil. Sebagai contoh hormon estrogen akan menjadi dominan di dalam tubuh wanita sehingga menyebabkan hormon progestrone menjadi lemah dan sedikit. Kebiasaannya hati akan membuang lebihan estrogen tetapi hati telah dibebani oleh pelbagai toksin dan gagal untuk membuang lebihan hormon estrogen, proses ini akan mengakibatkan wanita tersebut akan;

  • Alami kitaran haid yang tidak menentu
  • PMS atau senggugut yang teruk
  • Mengalami pendarahan yang banyak sewaktu menstrual
  • Mood sentiasa berubah (mood swing)
  • Terjadi fibroids dan endometriosis
  • Terjadi jeragat atau jerawat atau kedua-duanya sekali

Sekiranya anda mengalami masalah seperti di atas sila ke klinik atau hospital untuk membuat pemeriksaan paras hormon. Sekiranya anda mengenalpasti masalah, agak mudah untuk mengatasinya sebelum memberi lebih banyak masalah kesihatan kepada anda.

Bagaimana Set BJC-01 Boleh Membantu Atasi Jeragat Akibat Masalah Hormon?

Set BJC-01 dan BJC-02 mempunyai 3 remedi untuk hisap dan diminum. Remedi-remedi itu ialah;

  • Cal Sulph 

Cal Sulph atau Calcium Sulphur adalah “liver detox” yang akan membantu menyah toxin dan membuang bahan-bahan yang tidak diperlukan seperti lebihan hormon estrogen yang menjadi dominan sehingga menyebabkan hormon progesterone menjadi kecil dan melemah dan lain-lain bahan yang tidak diperlukan ol oleh tubuh. Kulit akan menjadi tidak sihat apabila hati dipenuhi toksin, lebihan sesuatu hormon seperti estrogen dan selanjutnya sebagai tindak balas toxin kepada tubuh, toksin akan keluar melalui kulit yang paling mudah terjejas iaitu kulit muka di dalam bentukjeragat, jerawat dan ruam-ruam.

Hati merupakan organ yang sangat penting untuk kesihatan tubuh secara keseluruhan tetapi jika keupayaan hati terjejas untuk menghapus toksin, petanda awal akan terjadi dikulit muka terlebih dahulu. Jeragat dan lain-lain masalah kulit tidak akan berakhir jika hanya dirawat secara luaran semata-mata. Sering kali kegagalan utama untuk mengatasi jeragat atau masalah kulit ialah tidak merawat kepada punca masalah itu bermula. Simptom jeragat akibat hati tidak bekerja dengan baik ialah apabila jeragat terjadi berwarna kekuningan atau coklat.

Cal Sulph juga mampu mengatasi;

  • Jerawat sewaktu remaja
  • Jerawat Rosacea (acne rosacea)
  • Melegakan masalah penyakit  kulit yang bernanah dan sakit  atau seolah-olah jerawat di tengkuk atau bahu
  • Psoriasis
  • Mengatasi bisul
  • Masalah kesihatan kulit yang lambat sembuh
  • Mengatasi masalah gigi
  • Mengatasi kelenjar yang membengkak
  • Membantu melegakan simptom awal selsema, sakit tekak dan berkahak
  • Kali Sulph

Kali Sulph atau Kali Sulphur berfungsi untuk menghapus toksik.Masalah kulit seperti jeragat biasanya berpunca dari masalah toxin tidak dibuang dari tubuh dengan efisien. Kali Sulph membantu membina semula sel kulit yang sihat, mengekal tahap seimbang sebum di kulit. Kali Sulphmembantu membekal oksigen secukupnya ke kulit.

Kali Sulph sangat berkesan untuk mengatasi masalah jerawat dan remedi yang penting untuk merawat psoriasis. Kali Sulph boleh digandingkan dengan mana-mana remedi untuk mengatasi masalah jeragat.

  • Fragaria Vesca

Fragaria Vesca – Fragaria Vesca adalah untuk diminum. Fragaria Vesca mempunyai puluhan khasiat untuk tubuh sehingga digelar “buah anugerah tuhan” oleh pengkaji perubatan alternatif. Fragaria telah dikenal pasti mempunyai 3 khasiat yang sangat hebat untuk mengatasi masalah jeragat.

3 Khasiat tersebut ialah;

membantu menyahtoksik didalam hati, hempedu dan buah pinggang serta mampu menghalang dari terjadinya batu (karang batu)

mencerahkan kulit di mana ada kajian yang dijalankan penggunaan Fragaria Vesca secara berterusan selama 90 hari akan menambah sinar dan mencerah kulit.

Mampu menyihatkan gigi dengan fungsi membuang karies gigi serta mencerahkan gigi

Ketiga-tiga remedi ini ialah 100% persediaan homeopathy yang asasnya ialah mineral dan buah-buahan yang di “potentised” mengguna kaedah homeopaty dan biochemic garam tisu. Selamat dan tidak pernah dilaporkan sebarang kesan sampingan atau healing crisis.

Ingin mendapatkan konsultasi percuma sila wasap ke +60123400557

 

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Set Jeragat BJC01”

Your email address will not be published. Required fields are marked *