Posted on

Set Jeragat Biochemic Hilangkan Jeragat Dan Kulit Pun Gebu

5-biochemic jeragat

Set Jeragat Biochemic Hilangkan Jeragat Dan Kulit Pun Gebu

Sama ada anda bersekolah atau belajar di universiti ataupun anda wanita berkarier, secara psikologi wanita berkulit cerah akan mendapat lebih perhatian dan tempat di hati guru atau pun bos anda. Ini adalah realiti yang terpaksa diakui oleh semua. Tidak hairanlah jika produk untuk mencerahkan kulit akan mendapat sambutan yang sangat luar biasa. Walaubagaimana pun terdapat pengeluar yang hanya memikirkan keuntungan semata (segelintir sahaja) dengan menambah bahan-bahan yang boleh memudaratkan pengguna. Ia juga berpunca dari permintaan untuk mendapat kesan yang pantas dari pengguna. Tidak hairanlah jika ramai penjual akan mengiklankan bahawa produk mereka akan menampakkan kesan sepantas 2 hari atau 7 hari atau 14 hari.

Berbeza dengan konsep homeopathy dan biochemic yang lebih memfokus kepada pemulihkan sistem tubuh serta menguatkan sistem antibody terlebih dahulu dan selepas itu akan memfokus kepada penyakit yang dideritai. Walau pun nampak agak kontras dengan konsep perubatan lain homeopathy telah berjaya mengurangkan jeragat di dalam masa yang agak pantas. Kak Zu sendiri terkejut apabila ada seorang pembeli memberi komen bahawa jeragatnya sudah mula berkurangan selepas 2 hari!.

Ini tidak bermakna kesemua individu mempunyai kesan yang sama seperti itu , kerana setiap individu tidak akan mempunyai persamaan walaupun A dan B mempunyai jeragat yang sama, bentuk yang sama dan spot yang sama. Setiap individu adalah unik seperti cap jari juga kerana setiap invidu walaupun pasangan kembar cap jari kembar tersebut adalah berbeza sama sekali. Oleh itu tidak hairanlah jika homeopathy menawarkan lebih dari satu remedi untuk masalah jeragat.

Homeopathy dan Biochemic (garam mineral mempunyai 12 jenis yang utama dan lebih dari 15 remedi tambahan untuk mengatasi pelbagai masalah jeragat.

Terbaru Kak Zu mendapat feedback dari beberapa pembeli yang memesan Kali Sulph 6x, Cal Sulph 6x, Silica 6x dan Melasma Free (kombinasi beberapa biochemic di dalam satu botol) dan Sepia 200. Mereka merasakan 5 remedi ini sangat bagus diambil sebagai suplemen, tonik dan penambah daya tahan tubuh dari serangan penyakit. Sejak mereka mengamalkan 3 remedi ini (sebelum ini mereka hanya mengamalkan Sepia 200 dan Melasma Free sahaja), Cal Sulph 6x, Silica 6x dan Kali Sulph 6x, daya tahan tubuh mereka semakin kuat. Jeragat yang sukar dihapuskan telah hilang, begitu juga masalah jerawat yang kadang-kadang tiba-tiba tumbuh dimuka dan kadang-kadang dibelakang badan turut hilang dan kulit menjadi lebih bersih dan sihat. Masalah haid PMS, kadang-kadang datang dan kadang-kadang tidak datang berbulan-bulan dan sakit “urat” (saraf-saraf) mereka juga semakin bertambah baik.

Kali Sulph 6x, Cal Sulph 6x dan Silica 6x adalah remedi biochemic yang menyerupai mineral di dalam tubuh kita.

Biochemic atau tissue salt yang digunakan terma perkataan secara global di seluruh dunia mempunyai 6 kumpulan mineral iaitu;

· Kumpulan Kalsium – Cal flour, Cal Phos dan Cal Sulph

· Kumpulan Sodium – Nat Mur, Nat Phos dan Nat Sulph

· Kumpulan Potassium – Kali Mur, Kali Phos dan Kali Sulph

· Kumpulan Magnesium – Mag Phos

· Kumpulan Ferrum – Zat besi Ferrum Phos

· Kumpulan Silica – atau Silicea

Percaya atau tidak di dalam tubuh kita mempunyai 12 biochemic seperti 6 kumpulan di atas dan boleh dipecahkan lagi kepada lebih kurang 15 mineral untuk mewakili pelbagai jenis masalah penyakit. Kekurangan salah satu daripada biochemic ini akan menjadikan tubuh kita lemah kepada serangan penyakit termasuk jeragat.

Setiap satu remedi ini akan membantu sistem tubuh kita untuk pelbagai manfaat dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.

Manfaat 3 Biochemic Untuk Kulit

Kali Sulph 6x

Kali Sulph atau Kali Sulphur berfungsi untuk menghapus toksik. Masalah kulit seperti jeragat biasanya berpunca dari masalah toxin tidak dibuang dari tubuh dengan efisien. Kali Sulph membantu membina semula sel kulit yang sihat, mengekal tahap seimbang sebum di kulit. Kali Sulph membantu membekal oksigen secukupnya ke kulit.

Kali Sulph juga sangat berkesan untuk mengatasi masalah jerawat dan remedi yang penting untuk merawat psoriasis. Kali Sulph boleh digandingkan dengan mana-mana remedi untuk mengatasi masalah jeragat, jerawat dan lain-lain masalah kulit.

Kali Sulph juga amat berkesan untuk mengatasi kulit bersisik dan kelemumur. Kali Sulph membantu melegakan masalah sembelit,

Kali Sulph dan masalah kanak-kanak – Digunakan untuk masalah selesema dan hingus yang berlebihan sehingga hidung tersumbat.

Calc Sulph 6x

Calc Sulph atau Calcium Sulphur adalah “liver detox” yang akan membantu menyah toxin dan membuang bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh. Kulit akan menjadi tidak sihat apabila hati dipenuhi toksin dan sebagai tindak balas toxin kepada tubuh akan keluar melalui kulit yang paling mudah terjejas iaitu kulit muka di dalam bentuk jeragat, jerawat dan ruam-ruam.

Hati merupakan organ yang sangat penting untuk kesihatan tubuh secara keseluruhan tetapi jika keupayaan hati terjejas untuk menghapus toksin petanda awal akan terjadi dikulit muka terlebih dahulu. Jeragat dan lain-lain masalah kulit tidak akan berkakhir jika hanya dirawat secara luaran semata-mata. Sering kali kegagalan utama untuk mengatasi jeragat atau masalah kulit ialah tidak merawat kepada punca masalah itu bermula. Simptom jeragat akibat hati tidak bekerja dengan baik ialah apabila jeragat terjadi berwarna kekuningan atau coklat.

Calc Sulph juga mampu mengatasi;

· Jerawat sewaktu remaja

· Jerawat Rosacea (acne rosacea)

· Masalah erupsi atau seolah-olah jerawat di tengkuk atau bahu

· Psoriasi

· Mengatasi bisul

· Masalah kesihatan kulit yang lambat sembuh

· Mengatasi masalah gigi

· Mengatasi kelenjar yang membengkak

· Membantu melegakan simptom awal selsema, sakit tekak dan berkahak

Untuk mengatasi jerawat Nat Mur dan Silica adalah gabungan yang sangat hebat untuk mengatasi masalah jerawat kepada remaja yang juga mengalami masalah rambut yang tidak sihat, kuku dan kulit kusam dan tidak bermaya.

Silica 6x

Biochemic terdiri dari 12 jenis garam tisu (cell salts) dan Silica atau Silicea disenaraikan sebagai remedi bernombor 12 atau #12 iaitu remedi biochemic terakhir. Silica digunakan untuk mengatasi masalah kulit, rambut dan kuku. Masalah seperti kulit yang kelihatan kusam dan tidak sihat yang sering terjadi kepada kulit muka pesakit jeragat. Silica juga sering digunakan untuk mengatasi masalah jerawat, kuku yang rapuh, rambut yang sering gugur dan juga tisu penyambung (connective tissues).

Silica berupaya membersih saluran yang tersumbat yang berkaitan kelenjar dan folikel. Silica dianggap sangat berkesan untuk “membuang objek asing di dalam tubuh” seperti nanah dan selumbar, malah jika anda mengguna perentak jantung atau besi yang untuk menyambung tulang yang patah, anda perlu menghindar dari mengambil Silica.

Silica membantu sistem penghadaman dan menyerap nutirisi dari makanan ke tubuh. Silica juga amat berkesan untuk menghapus bahan tidak berguna dan sangat membantu di dalam kes sembelit, dimana pesakit sering merasa “urusan yang tidak selesai” sewaktu membuang air besar. Fungsi Silica yang sangat cekap membuang bahan-bahan tidak berguna di dalam tubuh sangat-sangat membantu di dalam kes jeragat yang sukar dan degil.

Lain-lain khasiat Silica;

· Membantu mengurangkan kelesuan di dalam kes anemia (darah rendah)

· Membantu melegakan kepenatan melampau akibat kerja berlebihan

· Silica mengekal kualiti saraf dan mampu melegakan masalah berkaitan saraf seperti vertigo, kesakitan otot, rasa tubuh yang menggigil dan lumpuh. Rasa lemah di kawasan belakang tubuh dan sakit.

· Melegakan sakit kepala, pening, masalah seksual, masalah menstrual dan sukar untuk mengimbangi tubuh.

· Membantu pelajar yang mengalami pening kepada akibat dari stress dan risau apabila menghadapi peperiksaan.

Gabungan Sepia 200, Melasma Free, Kali Sulph 6x, Calc Sulph 6x dan Silica 6x sangat-sangat digalakkan untuk mendapat kesan yang lebih hebat untuk mengatasi jeragat serta manfaat yang tidak terhingga kepada sistem tubuh anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *