Posted on

Set Jeragat ADF sesuai untuk siapa?

Set Jeragat ADF Memberi Semangat Baru

Wanita dicipta Allah sebagai makhluk sangat indah ciptaan-Nya dan tidak ada manusia yang mampu mencipta sistem tubuh wanita yang sangat komplek, terdiri dari sistem tubuh yang berbeza berbanding lelaki. Bermula dari awal akil baligh sehingga menopausehormon adalah rakan baik dan juga musuh utama wanita.  walaupun ramai saintis mengatakan ia berpunca dari sinaran uv mataharitetapi hormon adalah penyebab jeragat mula timbul di muka.

Di Negara yang beriklim sejuk terdapat perkhidmatan “tanning booth” untuk mendapat kulit yang agak gelap atau bagi mereka yang berkemampuan akan datang melancong ke Negara beriklim tropika dan berjemur dibawah panas sinaran matahari. Kesemua aktiviti ini adalah untuk meningkatkan kadar pigmentasi ditubuh mereka. Mereka akan berbangga sekiranya tubuh mereka kelihatan lebih kehitaman berbanding teman mereka yang kelihatan putih dan pucat.

Di Malaysia Negara tropika adalah sebaliknya, ramai di antara kita ingin kelihatan lebih cerah, lebih putih seperti artis K-POP. Krim kosmetik bertoksik yang mengandungi hydroquinone atau mercury untuk mencerahkan kulit sangat laris satu ketika dahulu sehingga terdapat kes di mana muka pembeli menjadi melecur dengan teruk baharulah di war-warkan mengenai betapa bahayanya produk-produk tersebut. Sehingga kini masih terdapat produk yang bertoksik kerana permintaan untuk kelihatan lebih putih tidak pernah ada penghujungnya. Produk pengelupasan kulit akan memusnahkan lapisan epidermis atau lapisan atas kulit yang bertindak sebagai ;

  • Lapisan kalis air
  • Penapis sinaran UV

Wanita Berkarier, Stress Dan Jeragat

Saban hari wanita-wanita moden yang berkarier akan mengalami depresi dan stress yang teruk. Bebanan tugasan di tempat kerja, karenah bos-bos dan masalah di rumah yang memeningkan kepala akan menjadikan wanita-wanita yang bekerja di organisasi awam atau swasta akan menjadi pemarah dan baran. Mereka akan menjadi lebih skeptikal terhadap pelbagai perkara dan menjadi lebih cerewet berbanding sebelumnya. Tanpa disedari hormon cortisol (hormon akibat stress) telah meningkat dan jeragat pun semakin menebal.

Jeragat yang terjadi dimuka tidak akan menjadikan seseorang itu merasa gatal, pedih atau bernanah seperti yang di alami oleh pesakit yang mempunyai jerawat. Jeragat dan jerawat adalah berbeza tetapi persamaan di antara kedua-dua penyakit ini ialah terjadi di muka, amat jarang jeragat dan jerawat terjadi di bahagian tubuh.

Pakar kulit perubatan moden mengklasifikasikan jeragat sebagai masalah kosmetik. Masalah kosmetik bermaksud masalah yang memerlukan rawatan membenam, membuang dan menghakis segala yang tumbuh di muka. Perubatan moden tidak mempunyai ubat-ubat untuk menghapus jeragat kecuali ubat-ubat yang mengandungi inhibitor yang akan supresi (menahan) proses semulajadi tubuh untuk menghalang lebihan melanin yang terhasil di melanocytes.

Stress atau tekanan perasaan sering melanda pesakit yang terjadi jeragat di wajahnya. Stress akan bertambah berlipat kali ganda sekiranya pesakit itu akan berhadapan dengan orang ramai setiap hari seperti pekerja di kaunter, pegawai pemasaran, cikgu, pensyarah dan lain-lain.

 

Tanpa disedari tubuh kita akan mengalami “wear and tear“, seperti alat mekanikal yang akan mengalami masalah setelah digunakan secara rutin setiap hari. Sebagai contoh alat mekanikal seperti kereta yang berumur lebih 5 tahun yang akan mula merosot prestasinya. Perlu diserbis, ditukar alat ganti dan diberi penjagaan enjin yang lebih rapi berbanding kereta yang baru.

Begitu juga manusia apabila umurnya semakin meningkat, terutama kepada wanita yang berkahwin dan telah  melahirkan anak sehingga mengakibatkan banyak saraf-saraf mengalami kerosakkan, mengambil ubat-ubatanseperti pil-pil kawalan kehamilan, penggunaan bahan-bahan kosmetik dan bekerjaya serta sering mengalami stress secara rutin.

Ashwagandha QDamiana Q dan Fragaria adalah remedi yang sangat hebat untuk saraf-sarafmengawal tekanan perasaan dan kecelaruan hormon yang terjadi apabila umur semakin meningkat.

ADF Membuat Wanita Berjeragat Kembali Bersemangat

Setelah mencuba pelbagai krim, sabun dan pelbagai kolagen, sepatutnya  jeragat akan hilang atau pudar, tetapi sebalik jeragat semakin menjadi-jadi. Puas mencari solusi akhirnya Puan Anne (bukan nama sebenar) telah mencuba set ADF dan seterusnya set AADF.

Bulan pertama – kesan-kesan jeragat di muka, hidung dan pipi sudah berkurangan lebih 60%, sewaktu kitaran haid kesakitan senggugut berkelurangan dari sebelum ini.

Bulan kedua – Kesan-kesan jeragat sudah mula berkurangan lebih 80%. Terasa tubuh semakin ringan dan lebih bertenaga malah suami komen tubuh semakin gebu.

Bulan ketiga – Kesan-kesan jeragat berkurangan hampir 95%, tubuh merasa lebih bertenaga, emosi semakin tenang  dan kitaran haid mula teratur. Kulit muka semakin cerah dan gebu selepas mengambil Fragaria vesca 30.

 untuk diminum, jika Fragaria vesca 30 boleh terus dipam 2-3 kali ke dalam mulut dan kemam sebentar sebelum telan. Fragaria perlu diambil sewaktu perut kosong.

Ashwagandha Q dan Damiana Q perlu dicampur di dalam sedikit air untuk diminum, caranya 2-3 pam ke dalam air mineral lebih kurang 2 sudu besar dan di minum 2-3 kali sehari, boleh diambil sewaktu perut kosong atau selepas makan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *