Posted on

Akibat stress jeragat susah srmbuh

 

Saya Ambil Peluntur Baju dan Sapu Ke Muka!

 

Terkejut dan tiba-tiba saya tidak dapat membalas mesej wanita berumur 45 tahun yang mengguna kaedah agak drastik untukmembuang dimukanya. Emosi wanita tersebut menjadi tidak stabil selepas jeragatmula memenuhi muka dan mencari jalan mudah dengan mengguna peluntur baju untuk disapu ke muka dengan harapan kulit yang berjeragat akan tanggal, sebaliknya wanita tersebut telah menanggung kesakitan selama beberapa minggu! Selepas menarik nafas dalam-dalam saya pun membalas mesej wanita itu dengan soalan biasa yang saya tanya kepada semua pembeli dan mendapati jeragat atau wanita ini berkaitan pengambilan pil perancang.

 

Sebelum ini wanita beranak 3 orang ini, seorang wanita yang cantik menawan dengan kulit yang putih mulus dan berlesung pipit. Tanpa amaran jeragat atau melasma mula memenuhi muka, cuba anda bayangkan bagaimana perasaan wanita ini, bila suami, anak-anak dan kawan-kawan menegur kenapa dengan muka beliau sehingga jadi begitu… solusi jalan pendek wanita itu hanya berfikir untuk membuang jeragat tersebut dan solusinya adalah peluntur baju.

 

Melasma, jeragat atau pigmen , kalau terjadi sewaktu mengandung ia di panggil chloasma. Biasanya akan bertumpu di bahagian atas pipi dan dahi. Kebiasaan akan terjadi 10 kali ganda risiko kepada wanita berbanding lelaki.  Melasma atau jeragat akan terjadi kepada wanita berumur di antara 20 – 40 tahun dan ke atas. Penyebabnya ialah berpunca dari kilang yang menghasilkan melanin terlalu rajin bekerja dan mengeluarkan jumlah melanin dengan banyak sehingga “overproduction”. Biasanya kejadian overproduction ini dicetuskan oleh pil perancang, HRT (pil pengganti hormon) dankehamilan. Sewaktu kehamilan estrogen akan meningkat parasnya dan menjadi sangat sensitif kepada UV.

 

Bukan hanya cahaya matahari sahaja yang akan mencetus melasma tetapi sinaran UVA darilampu-lampu juga akan menjadi pencetus kepada melasma. Sebagai ingatan kepada yang gemar tidur dibawah sinaran lampu adalah digalakkan untuk menghentikan tabiat tersebut. Pakar dan perunding mengenai kesihatan kulitChurchill Hospital, Oxford ada mengatakan beberapa faktor lain seperti bahan-bahan kegunaan mandian yang berbau wangi(scented), dan hypothyroidism (kelejar thyroid yang tidak aktif) akan menyebabkan kesanphototoxic.

 

Wanita yang mengguna peluntur ini adalah pengguna pil perancang yang tegar, mula perasan satu titik kecil dibawah matanya. Keadaan jeragatnya semakin membesar apabila wanita ini hamil 5 tahun selepas itu. Jeragat tidak rasa sakit atau pedih seperti jerawat, tetapi kesan dari segi emosi kepada wanita ini sangat hebat sehingga beliau tidak mampu untuk melihat cermin dan amat malu untuk keluar dari rumah, sehingga perlu mengambil pilanti-depresan.

 

Pertama kali menghadapi situasi pembeli yang tidak termampu menahan perasaan kecewa,sedih dan tekanan akibat dari jeragat telah menjadikan saya lebih faham perasaan wanita yang mengalami jeragat tetapi akan keluar bekerja setiap hari termasuk kepada wanita yang bekerja dan memerlukan untuk berjumpa dengan pelanggan. Wanita telah dilahirkan untuk kelihatan cantik dan kecantikkan adalah sesuatu yang sangat penting bagi mereka mengekalkan kecantikkan tersebut.

 

Suami wanita tersebut telah membawa beliau berjumpa dengan pakar kulit, yang mencadangkan wanita tersebut mennguna krim yang mengandungi hydroquinone. Mujurlah si suami pernah terbaca mengenai kesan buruk hydroquinone dan tidak meneruskan sesi rawatan tersebut.

 

Setelah perbincangan selama beberapa minit , saya mencadangkan wanita tersebut untuk berhenti mengambil pil perancang dan mengambil set AADF yang mengandungi Arnica 30 drop, Ashwagandha Q Drop, Damiana Q Dropdan Fragaria Vesca 30 drop.

 

Berikut ialah fungsi-fungsi remedi ;

 

  • Arnica – untuk melancarkan perjalanan darah, jika pembuluh darah tersumbat jeragat akan lebih mudah naik. Arnica akan membantu membersihkan saluran darah yang tersumbat, sebagai contoh jika “sinki dirumah tersumbat” diibaratkan Arnica sebagai remedi untuk menghancurkan kotoran dan setrusnya melancarkan perjalanan darah

 

  • Ashwagandha – Mengawal emosi , jikastress hormon cortisol akan mengaktif melaninyg akan menjadi jeragat

 

  • Damiana – untuk mengawal dan mengimbang hormon , supaya hormon wanita estrogen lebih mendominasi dan jeragat akan terkawal

 

  • Fragaria – untuk mencerahkan , Fragaria berfungsi utk membantu buah pinggang menjadi lebih cekap. Fragaria juga menjadi sebagai agen pencengahan atau menghalang dari terjadinya batu di dalam buah pinggang danhempedu.

 

Selepas sebulan wanita tadi memberi maklum balas melalui mesej yang sangat mengembirakan. Jeragatnya telah pudar sebanyak 80% dan boleh dilindungi dengan sedikit bedak sahaja apabila ingin keluar rumah. Beliau juga telah berhenti mengambil pil perancang secara total dan mengguna krim sunblock setiap kali keluar dari rumah pada waktu siang.

Melasma akan pudar apabila paras hormon telah kembali ke tahap normal. Dinasihatkan kepada wanita yang mengalami jeragat yang teruk, adalah sangat perlu untuk mengguna krim penghalang sinaran UV & UVA  atau sunblocksepanjang tahun. Wanita itu sangat bersyukur kerana telah menemui remedi homeopathy yang mampu menamatkan mimpi ngeri beliau selama ini, dan ingin semua wanita yang berjeragat tahu bahawa terdapat solusi yang selamat danberkesan.

 

Inginkan konsultasi jeragat sila,wasap kode MELASMA ke 0123400557 kerana tiap orang tidak sama remedy bergantung pada masalah dan simptom atau klik terus link ini untuk wasap http://.wasap.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *