Posted on

Rawatan menghapuskan jeragat atau melasma

Rawatan Menghapus Melasma atau Jeragat

Remedi homeopathy telah terbukti menunjukkan kesan yang sangat hebat untuk menghapus melasma atau jeragat. Homeopathy menghapus jeragat dengan merawat keseluruhan tubuh sehinga ke akar umbi masalah tersebut.

Perubatan moden kerap kali hanya mengguna krim terutama yang berasaskan hydroquinone dan tidak ada kaedah untuk merawat secara dalaman. Kesan jeragat menjadi pudar dengan pantas tetapi ia hanya bersifat sementara. Kemungkinan besar jeragat akan  terjadi semula dan kerap kali ianya akn menjadi lebih teruk.

Berbeza dengan kaedah homeopathy, krim hanya dianggap sebagai membantu dari luar. Perubatan homeopathy percaya setiap masalah kesihatan hendaklah dirawat dari punca terjadinya masalah tersebut. Ini bermakna bukan hanya jeragat yang dirawat tetapi keseluruhan tubuh akan mendapat manfaatnya.

Bagaimana homeopathy bekerja untuk menghapus jeragat?

Homeopathy menganggap jeragat atau kesan cela adalah sebagai petunjuk kepada isyarat bahawa system tubuh seseorang itu mengalami gangguan dalaman, bukan gangguan makhluk halus tetapi adalah masalah yang terjadi didalam tubuh seperti masalah hormone tidak seimbang, stress, kurang zat, system pertahanan tubuh yang lemah dan bermacam-macam lagi. Ini bermakna tubuh seseorang itu memerlukan bantuan secara menyeluruh.

Rawatan secara homeopathy yang akan bertindak dari akar umbi, akan membantu menguatkan system pertahanan tubuh dan secara berperingkat akan mengembalikan pigmentasi asal kulit. Remedi homeopathy akan mengawal pengeluaran berlebihan melanin.

Homeopathy bukan menghalang pengeluaran melanin tetapi mengawal pengeluaran ke tahap normal dan akan mengimbang proses melanocytes supaya mengeluarkan melanin secara terkawla dan menjadikan kulit bersih dan gebu.

Oleh kerana remedy homeopathy merawat dari akar umbi masalah jeragat maka ianya tidak akan berulang pada masa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *