Posted on

Ramai Nak Molek Akhirnya Tergolek

 

organic skincare malaysia

 

Ramai Nak Molek Akhirnya Tergolek

 

Hairan hingga kini masih ramai yang mengguna krim walaupun terdapat banyak kes mengenai muka yang rosak akibat penggunaan krim yang memutihkan muka. Krim, Serum, minyak patitoner, sabun dan banyak lagi aplikasi facial luaran yang tidak menjadi. Mengapa aplikasi luaran tidak berjaya tetapi hanya memutihkan?

 

Ramai yang percaya jeragat boleh dihapuskan dengan hanya guna krim, serum atau minyak pati, anggapan itu salah kerana jeragat amat berbeza dari penyakit kulit lain seperti jerawat, eczema, ruam-ruam atau bisul. Promosi dan testimonial telah membuat ramai pengguna terus tertipu, bukan nak mengata tetapi ini adalah fakta. Jika 10 pembeli yang membeli produk rawat jeragat homeopathy – 9 orang dari pembeli tersebut telah mengguna produk-produk seperti krim, serum dan minyak pati. 90% dari mereka amat kesal kerana mengguna produk yang dijanjikan boleh memutihkan dan boleh menghilangkan jeragat.

 

Kenapa krim, serum dan applikasi luaran tidak berjaya menghapus jeragat? Jika hendak tahu kita perlu mengenali jeragat, seperti jika ingin mencari calon suami atau isteri kita perlu mengenal hati dan budi luar dalam calon pilihan kita, jika tidak kita akan menyesal seumur hidup. Begitu juga jerawat yang mempunyai beberapa kategori;

 

 

Jeragat dan jenis jeragat

 

 skin_layer

 

  • Epidermal

Epidermis adalah lapisan atas kulit. Melanin yang dikeluarkan secara banyak akan terjadi di lapisan atas kulit

 

  • Dermal

Lapisan dalam kulit dipanggil Dermis, oleh itu melanin akan berada dilapisan bawah epidemis.

 

  • Mix atau campuran

Melanin akan terjadi di kawasan epidermis dan dermis

 

 

 

99% jeragat adalah jenis DERMAL, jeragat yang terjadi di bawah kulit. Sebagai contoh jika anda menyapu krim di muka, ini  bermakna anda seolah-olah menyapu kotoran di atas meja yang berpelapik, sebaliknya kotoran di bawah pelapik meja tersebut. Pelapik meja itu akan bersih tetapi di bawah pelapik masih terdapat kotoran. Ia adalah kerja sia-sia, buang masa dan buang duit!

 

Ada juga yang mempertikaikan fakta ini, sebagai contoh ada seorang pembeli yang tetap ingin mengguna krim dan serum, katanya kawan dia telah berjaya menghilangkan jeragatnya. Berjaya bagaimana? Adakah kawan sipembeli tersebut mengguna krim pengelupasan? Jawapannya adalah “ya”. Saya memberi masa 1 bulan kepada pembeli tersebut, jika lepas sebulan kawannya masih cerah, gebu, mulus bak telur dikupas, saya akan mengiktiraf produk tersebut dan saya sendiri akan menjadi agen. Kalau bagus apa salahkan kita share sesama untuk sesama cantik kann.

 

Lepas 2 minggu (tak sampai sebulan), kawan sipembeli tersebut (seorang cikgu) telah mengawasi anak-anak muridnya merentas desa di bawah cuaca panas terik. Keesokkan harinya muka cikgu tersebut dah merah, bukan merah blushingtapi merah terbakar. Rupa-rupanya malam itu cikgu tersebut dah sapu krim yang memutih tu untuk hilangkan rasa perit di muka. Cikgu tersebut telah melakukan kesilapan terbesar kerana krim tersebut terus menjadikan mukanya masak well done bak kata chef bila masakan tersebut cukup empuk di masak. Begitulah laporan beliau kepada saya .. jadi saya pun batal nak mendaftar sebagai agen kepada produk krim menghapus jeragat tersebut.

 

 

tablet_homeopathy

 

Bagaimana Homeopathy Merawat Jeragat?

 

Homeopathy sangat berbeza dengan rawatan konvensional atau rawatan yang menitikberatkan produk sapu ke muka. Homeopathy memahami punca jeragat bukan masalah facial (muka) semata-mata walaupun jeragat naik dimuka. Jeragat melibatkan sistem tubuh, hormon dan pelbagai faktor di dalam tubuh yang akan mencetus sehingga terjadinya jeragat. Homeopathy merawat individu itu bukan hanya merawat jeragat.

 

Disebabkan faktor tersebut homeopathy amat menekankan remedi untuk diminum atau dikemam sebagai rawatan utama. Homeopathy menitikberatkan ketidaktentuan tubuh terutama wanita yang amat mudah terjejas dengan pelbagai faktor seperti kehamilan, proses kelahiran adakah normal atau kaedah ceasarean (bedah), faktor kecederaan lama yang menyebabkan saluran darah tersumbat, pengambilan pil perancang yang akan menjadikan sistem tubuh berharap kepada ubat hormon ini untuk bekerja seperti proses datang haid setiap bulan, faktor stress dan aktiviti seperti jenis pekerjaan yang melibatkan individu itu terdedah kepada sinar uv. Homeopathy bukan ubat,secara amnya homeopathy sangat selamat dan lembut. Sebelum anda memilih sesuatu produk untuk menjadi “molek” pastikan anda tidak tergolek kecewa dengan kesan bertoksik produk tersebut.

 

Ingin mendapat rundingcara percuma remedy biochemic dan wetdose yang sesuai dengan masalah jeragat anda. Pakar viochemic dan wetdose kami akan mengenalpasti simptom dan punca jeragat anda dan akan memberi solusi dan remedy yang sesuai dengan anda.Sila wasap kode MELASMA KE 0123400557

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *