Posted on

Pil Perancang Salah Satu Faktor Penyebab Jeragat

pil perancang penyebab jeragat

Pil Perancang Salah Satu Faktor Penyebab Jeragat

Pil kawalan kelahiran adalah satu cara untuk lelaki dan wanita untuk mencegah kehamilan. Terdapat banyak kaedah yang berbeza kawalan kelahiran, termasuk perancang hormon seperti “pil.” Secara umumnya di Malaysia kita memanggil pil perancang yang boleh di dapati over the counter (otc) di pharmasi. Walaubagaimana pun pil ini mempunyai kesan sampingan yang boleh dikatakan agak panjang senarainya termasuklah terjadinya jeragat.

Jeragat memang sukar dirawat. Pigmentasi jeragat akan berkembang secara beransur-ansur, begitu juga warna jeragat tersebut akan kelihatan lebih jelas secara beransur-ansur sehingga jelas kelihatan. Punca terjadi jeragat masih tidak dikenal pasti dengan jelas. Pengambilan pil perancang di katakan punca-punca jeragat terjadi. Jeragat akan berulang-ulang terjadi jika pengambilan pil perancang di ambil dan berhenti selepas itu. Kes-kes jeragat berulang terjadi boleh dikaitkan dengan aktiviti luar seperti terdedah kepada sinaran UV yang lama dan kerap.

Perubatan moden menggangap masalah jeragat hanya masalah kosmetik. Oleh itu rawatan terbaik yang sering digunakan untuk jeragat hanyalah krim sapuan pengelupasan berasaskan hydroquinone, walaupun hydroquinone adalah bahan yang kontroversi, ia tetap digunakan oleh perubatan konvensional.

Sebaliknya perubatan homeopathy biochemic menganggap, masalah jeragat adalah berpunca dari sistem tubuh yang mengalami kemerosotan dan sangat perlu untuk memulihkan sistem tubuh yang lemah. Oleh itu perubatan homeopathy biochemic dilihat lebih berjaya merawat jeragat di seluruh dunia berbanding konvensional.

Pengambilan pil perancang (oral contraceptives) agak jelas diperkatakan sebagai punca terjadinya jeragat walaupun tidak ada sejarah di dalam keluarga yang mengalami jeragat. Oleh itu, kerap kali wanita yang mengambil pil perancang akan dinasihatkan untuk berhenti mengambil pil perancang jika terjadi jeragat secara tiba-tiba selepas mengambil pil perancang.

Jeragat juga dikatakan berpunca dari genetik atau keturunan, tetapi ianya sangat jarang dan kerap kali akan terjadi selepas bersalin dan apabila umur meningkat. Kerap kali apabila ditanya tentang sejarah kehidupan wanita yang mengatakan jeragat berpunca dari keturunan akan mengatakan mereka kerap berjemur dibawah panas matahari kerana bersukan atau kerjaya, penggunaan alat kosmetik yang pelbagai fungsi seperti kosmetik yang menjadikan kulit mengelupas untuk mencerahkan kulit, mengambil pil perancang atau pil pengganti hormon (HRT) selepas menopause. Fakta-fakta ini juga akan berkait rapat dengan hormon wanita kerana melanin yang berlebihan akan terjadi selepas wanita itu mengalami ketidakseimbangan hormon.

Hormon mempunyai kesan yang amat penting untuk kesihatan setiap wanita. Hormon seksual wanita, estrogen dan progesterone sangat penting untuk kesuburan sistem reproduksi wanita, ianya melibatkan kitaran haid sehingga ke proses wanita itu mengandung sehingga menopause. Hormon juga mempengaruhi emosi, paras tenaga, berat badan, mood dan sehingga kepada masalah kulit pun akan terjadi akibat dari masalah hormon seperti terjadinya jeragat dan jerawat.

 

Hormon mempengaruhi wanita semasa dan selepas kehamilan. Wanita yang mengambil hormon kawalan kelahiran (pil perancang) pada bila-bila semasa hidup mereka, serta wanita yang mana sahaja di usia menopause juga sering terjejas.  Sebagai contoh jika mereka berhenti mengambil hormon kawalan kelahiran, untuk menjadi hamil, untuk penyusuan, dan selepas itu kembali kepada hormon kawalan kelahiran, dan proses pengambilan pil hormon kawalan kelahiran akan mempengaruhi sistem hormon mereka sehingga ke peringkat perimenopause atau menopause. Proses mengambil hormon kawalan kelahiran akan mencetus jeragat atau melasma kerana wanita sangat sensitif terhadap perubahan hormon estrogen dan progesterone di dalam tubuh.

Bagaimana Homeopathy Biochemic Merawat Jeragat

Tidak hairanlah jika homeopathy sangat mementingkan rawatan dari dalaman untuk mengatasi masalah jeragat bermula dari punca terjadinya jeragat iaitu  hormon. Hanya perubatan homeopathy yang menawarkan remedi oral untuk jeragat berbanding rawatan-rawatan konvesional yang lebih bertumpu untuk menghapus jeragat dengan kaedah yang pantas. Sebagai contoh Sepia 200 dan Melasma Free adalah remedi yang sangat berkesan untuk mengatasi masalah hormon wanita. Sepia di anggap sebagai remedi khusus untuk pelbagai masalah wanita terutama masalah berkaitan hormon.

Tidak hairanlah jika perubatan homeopathy dan biochemic sangat-sangat berjaya untuk mengatasi masalah jeragat. Homeopathy memberi penekanan kepada remedi oral (hisap/minum) untuk merawat akar umbi kepada masalah jeragat. Homeopathy dan biochemic bukan hanya merawat dan menghapus dengan segera seperti kaedah konvensional yang mengguna kaedah laser, pengelupasan dan lain-lain lagi.

Homeopathy biochemic juga mempunyai remedi profilaktik (prophylactic) atau remedi pencegahan untuk mencegah ketidakseimbangan hormon terjadi akibat dari pebagai sebab seperti berpunca dari pil perancang. Mungkin agak keterlaluan jika dikatakan hanya remedi homeopathy biochemic sahaja yang mempunyai remedi profilaktik untuk mencegah jeragat.

Arnica 30 adalah remedi profilaktik yang sangat berkesan untuk menghalang jeragat dari terjadi dan menghapus jeragat selepas ia terjadi. Kehebatan Arnica sangat terserlah kepada wanita yang mengambil pil perancang, bagi wanita yang sudah beberapa kali melahirkan anak, wanita yang telah menjalani pembedahan sama ada cesarean atau lain-lain pembedahan,wanita yang menopause, menghidap darah tinggi dan kencing manis. Ini adalah penemuan saya yang terbaru dan berita baik bagi mereka yang mengalami jeragat.

Arnica amat terkenal dengan kehebatannya untuk melancarkan peredaran darah di tubuh. Jeragat yang terjadi berkemungkinan besar diakibatkan oleh pigment yang “tersekat” disaluran darah dan keluar ke kulit sebagai jeragat. Pigmentasi kehitaman ini mungkin akan bercampur dengan lemak dan tersumbat di dalam saluran darah. Arnica akan “mencuci” saluran tersumbat ini membantu melancarkan peredaran darah dan amat memeranjatkan terdapat maklum balas kesan jeragat pudar selepas 2 hari. Arnica di ambil di dalam bentuk wet dose bukan di dalam bentuk tablet manis.

Berikut ialah maklumbalas seorang pesakit yang mengguna Arnica 30 di dalam wet dose.

Puan,

Hasil dari cadangan puan saya telah mula mengambil Arnica 30 di dalam bentuk wet dose seperti cadangan puan untuk mengawal BP (blood pressure) dan BS (blood sugar) dan jeragat saya semenjak berhenti mengambil pil perancang sejak 6 bulan lepas. Saya juga sedang mengamalkan Sepia 200, Melasma free dan Fragaria (set SMF) untuk jeragat.

  1. Jeragat saya terjadi di bahagian atas pipi di kedua belah kiri dan kanan. Jeragat berwarna kecoklatan yang tidak sekata warnanya
  2. Saya mengalami jeragat sejak 2000, dan semakin teruk selepas berhenti mengambil pil perancang sejak 6 bulan lepas.
  3. Saya terbaca artikel-artikel puan mengenai jeragat dan menyedari jeragat terjadi akibat hormon tidak stabil yang menyebabkan melanin di keluarkan secara berlebihan
  4. Saya sudah menggguna produk pengelupasan, tetapi malangnya tidak mendapat kesan yang baik malah semakin menjadi teruk dan saya terus berhenti mengguna produk tersebut.
  5. Pelbagai produk saya telah mencuba dan hampir kecewa dengan semua kaedah perubatan atau rawatan yang ada.
  6. Setelah mengamal Sepia 200, Melasma Free dan Fragaria (set SMF) saya masih tidak mendapat kesan jeragat pudar lebih 50%  (walaupun begitu terasa kenyakinan remedi homeopathy mula menunjukkan kesan yang positif)
  7. Puan mencadangkan mengambil Arnica 30 wet dose bersama-sama set SMF, 4 kali sehari, 1 sudu besar sebelum makan.
  8. Selepas 2 hari sewaktu sedang sibuk ingin “menampal” kesan jeragat dengan makeup untuk menghadiri satu mesyuarat penting, saya amat terperanjat apabila perasan jeragat saya telah pudar lebih 90% dan hampir tidak kelihatan. Saya hanya perlu mengguna makeup yang nipis sahaja.

Terima kasih puan , saya amat bersyukur kerana gandingan SMF dan Arnica 30 wet dose sangat-sangat berkesan untuk saya.

Tidak hairanlah amat jarang jeragat akan terjadi semula jika telah sembuh dengan mengambil remedi homeopathy. Jika jeragat telah hilang, ianya akan hilang dan kemungkinan recurrent atau terjadi semula amat tipis kerana remedi homeopathy telah “membetulkan” keadaan yang tidak menentu dengan memberi sistem immuniti tubuh kekuatan baru untuk melawan pelbagai jenis gangguan yang terjadi didalam tubuh.

Sebagai langkah pencegahan atau profilaktik yang selanjutnya, perlindungan dari sinaran UV juga perlu diambil berat. Penggunaan krim anti UV sangat-sangat digalakkan untuk menghalang sinaran UV membina lapisan melanin yang baru. Krim untuk anti UV sekurang-kurang SPF30 sudah memadai untuk menghalang sinaran UV.

Homeopathy percaya setiap masalah kesihatan berpunca dari sistem tubuh yang bermasalah. Oleh itu homeopathy akan merawat individu yang sakit secara keseluruhan. Homeopathy tidak merawat kesakitan tersebut sahaja , malah merawat keseluruhan tubuh.

Begitu juga konsepnya untuk merawat jeragat atau melasma. Perubatan homeopathy merawat pada akar umbi permasalahan jeragat itu sendiri. Untuk maklumat lanjut mengenai Arnica wet dose sila hubungi saya.

INGIN MENDAPATKAN KONSULTASI PERCUMA DAN MENGETAHUI REMEDY YANG SESUAI DENGAN MASALAH JERAGAT ANDA. SILA WASAP KODE ‘JERAGAT’ KE +60123400557

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *