Posted on

Pengambilan pil perancang (oral contraceptives) agak jelas diperkatakan sebagai punca terjadinya jeragat

2E18F5C300000578-3303438-Skin_colour_changes_can_occur_because_of_a_number_of_reasons_inc-a-5_1446639143219

anatomi kulit pigmentasi

Common-side-effects-of-taking-birth-control-pills

images (1)

natural remedies

Pengambilan pil perancang (oral contraceptives) agak jelas diperkatakan sebagai punca terjadinya jeragat walaupun tidak ada sejarah di dalam keluarga yang mengalami jeragat. Oleh itu, kerap kali wanita yang mengambil pil perancang akan dinasihatkan untuk berhenti mengambil pil perancang jika terjadi jeragat secara tiba-tiba selepas mengambil pil perancang.

Pil perancang adalah satu cara klasik bagi wanita untuk mencegah kehamilan. Terdapat banyak kaedah yang berbeza kawalan kelahiran seperti kondom, suntikandan pil perancang hormon. Secara umumnya di Malaysia disebut pil perancang yang boleh di dapati over the counter (otc) di pharmasi yang telah diamalkan sejak puluhan tahun yang lampau.

Pil perancang mempunyai kesan sampingan yang boleh dikatakan agak panjang senarainya termasuklah terjadinya jeragat.

Hormon mempunyai kesan yang amat penting untuk kesihatan setiap wanita. Hormon seksual wanita, estrogen dan progesterone sangat penting untuk kesuburan sistem reproduksi wanita, ianya melibatkan kitaran haid sehingga ke proses wanita itu mengandung sehingga menopause.

Hormon juga mempengaruhi emosi, paras tenaga, berat badan, mood dan sehingga kepada masalah kulit pun akan terjadi akibat dari masalah hormon seperti terjadinya jeragat dan jerawat.

Hormon mempengaruhi wanita semasa dan selepas kehamilan. Sebagai contoh jika mereka berhenti mengambil pil perancang, untuk hamil, untuk penyusuan, dan selepas itu kembali kepada pil perancang untuk mengawal kelahiran semula. Proses pengambilan pil perancang akan mempengaruhi sistem hormon mereka sehingga ke peringkat perimenopause atau menopause.

Proses mengambil hormon kawalan kelahiran akan mencetus jeragat atau melasma kerana wanita sangat sensitif terhadap perubahan hormon estrogen dan progesterone di dalam tubuh.

90% wanita yang berhenti mengambil pil perancang akan terjadi jeragat.Jeragat tejadi kerana sistem tubuh belum menyesuaikan diri untuk bertindak sendiri untuk mengawal hormon. Sepanjang tempoh wanita itu mengambil pil perancang sistem hormon dikawal oleh pil perancang.

Sistem tubuh akan mengalami kecelaruan apabila pengendali hormon sudah tidak lagi berada di dalam sistem tubuh dan  seterusnya mengaktif melanocytes untuk mengeluarkan melanin (pigmen hitam) dengan kuantiti yang banyak dari biasa.

Jeragat tidak mengenal umur tetapi majoriti yang mengalami jeragat adalah wanita, dan sangat jarang terjadi kepada lelaki. Majoriti mendapat jeragat adalah wanita yang berumur lebih 35an. Walaubagaimana pun jeragat tidak memilih “mangsanya” , terdapat wanita yang berumur 20an yang mukanya ditumbuhi jeragat kerana pernah mengambil pil perancang.

Rawatan Homeopathy Untuk Jeragat Yang Berpunca Dari Masalah Hormon

Homeopathy mempunyai remedi yang hebat jika sesuatu penyakit itu berpunca dari hormon. Sepia 200, Damiana Q dan Ashwaganda Q adalah remedi yang sangat hebat. Sebagai contoh Sepia 200 di gelar “women’s wonder remedy” yang mampu merawat pelbagai masalah wanita seperti haid tidak teratur, senggugut dan lain-lain.

Damiana Q dan Ashwagandha Q (Indian ginseng) merupakan tonik hebat sistem tubuh yang terganggu. Kedua-dua remedi ini juga sering digunakan sebagaiaphrodisiac atau untuk stamina seksual untuk wanita dan lelaki. Ekstrak tumbuhan ini kaya dengan pelbagai bahan-bahan hebat seperti antioxidant yang berfungsi menghalang unsur-unsur negatif untuk merosakkan sistem tubuh terutama sel-sel kulit yang sensitif seperti kulit muka, secara mudahnya antioxidant ini adalah untuk “awet muda”.

Walaubagaimana hebat pun sesuatu ubat itu,  yang paling dititikberatkan ialah kesan sampingan yang akan ditinggalkan oleh ubat tersebut. Remedi homeopathy bukan ubat kerana tidak mempunyai kesan ubat seperti bahan kimia, dadah, untuk merencat (inhibitor) dan penggalak sintetik atau yang bertoksik. Remedi homeopathy diminati ramai kerana tidak mempunyai kesan sampingan dan selamat untuk dicuba.

Ingin mendapatkan konsultasi remedy yang sesuai dengan masalah jeragat anda.Sila wasap kode JERAGAT ke 0123400557

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *