Posted on

Muka Berjeragat Suami Pun Mula Pandang Wanita Lain?

melasma

 

Muka Berjeragat Suami Pun Mula Pandang Wanita Lain?

Tidak dinafikan lelaki suka kepada wanita yang cantik yang mukanya licin “bak telur dikupas” dan “berdahi licin”. Itu sudah menjadi lumrah alam setiap orang suka akan kecantikkan. Muka yang licin mula ditumbuhi jeragat adalah petanda awal tubuh seseorang itu mula mengalami perubahan mengikut perubahan umur.

Suami mula menjeling wanita lain, itu mungkin benar atau hanya perasaan semata-mata. Kadang-kadang hanya syak wasangka disebabkan hormon stress yang mula menguasai minda dan pelbagai perasaan mula timbul di hati. Namun terdapat juga suami-suami yang nakal, mencari alasan untuk menggatal sedangkan isterinya sedang gundah gulana berusaha untuk cantik demi suami tersayang. Paling penting ialah berusaha dan tidak menyerah kalah kepada jeragat kerana jeragat boleh hilang seperti mana ia datang dan menjelma di muka anda.

Secara psikologi jeragat akan lebih mudah untuk dirawat jika perasaan stress di kawal dan suami memberi semangat untuk kembali cantik. Mengurangkan hormon stress akan mengurangkan proses pengeluaran melanin atau pigmen hitam jeragat yang dicetus oleh hormon akibat stress.

Jeragat juga boleh terjadi kerana stress, dan pelbagai sebab yang saintis sendiri pening kepala untuk mengesahkan jeragat berpunca daripada masalah hormon atau hal-hal lain,  kerana terdapat juga lelaki yang mengalami jeragat, tetapi berapa peratus lelaki mengalami jeragat berbanding wanita?

Jika mengikut nisbah lelaki hanya 1:100 wanita. Walaupun jeragat terjadi kepada wanita seawal umur belasan tahun tetapi majoriti yang mengalami jeragat adalah wanita yang mengandung, selepas mengandung, pra atau selepas menopause atau wanita yang berumur lebih 40 tahun.

Oleh itu perubatan homeopati sangat berkesan untuk merawat jeragat jika dibandingkan dengan lain-lain kaedah rawatan terutama kaedah rawatan kosmetik seperti krim, sabun, rawatan pengelupasan dan laser. Remedi homeopati amat selamat dan natural, bertindak secara holistik membaiki kerosakkan dan kekurangan yang terjadi di dalam sistem tubuh.

Jeragat sebenarnya tidak memilih umur, terdapat juga wanita-wanita muda berumur di bawah 30an juga mengalami jeragat dan kadang-kadang jeragat dan jerawat serentak memenuhi muka. Walaupun remedi homeopati amat selamat dan sesuai untuk semua peringkat umur, mengikut dari kajian beberapa remedi amat berkesan untuk pelbagai peringkat umur seperti di bawah;

Cadangan Set Merawat Jeragat Mengikut Umur

  1. Fragaria Vesca 30 dan Arnica 30 sesuai untuk wanita berumur lebih 35 tahun ke atas.
  2. Fragaria Vesca 30 dan Damiana Q  sesuai untuk wanita berumur lebih 35 tahun ke atas.
  3. Fragaria Vesca 30 dan Ashwaganda Q sesuai untuk wanita berumur lebih 35 tahun ke atas.
  4. Fragaria Vesca 30 dan Melasma Free sesuai untuk wanita berumur 35 tahun ke atas dan wanita bawah 35 tahun.
  5. Bagi wanita berumur di bawah 30 tahun dan ke atas, set SMF (SMFEC) yang mengandungi Sepia 200, Melasma Free dan Fragaria Vesca adalah set yang paling versatile untuk pelbagai masalah jeragat.
  6. Cal Sulph dan Kali Sulphsangat-sangat membantu untuk merawat masalah jeragat dan jerawat.

Walaubagaiamana pun set-set yang mengandungi 3 remedi kerap kali menunjukkan kesan yang lebih cepat dan efektif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *