Posted on

Mengapa rawatan jeragat atau melasma gagal?

Mengapa Rawatan Jeragat (Melasma) Gagal?

Kerap kali jika ada sesuatu di kulit terutama di muka seperti jeragat, anda tidak akan teragak-agak untuk mencari krim yang sesuai untuk menghapus kesan jeragat dari muka anda. Pelbagai krim akan dicuba dan peluang anda untuk mendapat kesan yang diharapkan agak kabur dan tidak menentu.

Selepas gagal mengguna krim, bagi yang mempunyai bajet akan mengguna kaedah laser yang amat mahal.

Rawatan laser sememangnya diakui dapat menghapuskan jeragat di dalam sekelip masa tetapi ramai yang kecewa selepas 1-2 bulan selepas itu kerana jeragat kembali menyerang muka anda yang cantik itu.

Sebagai mana artikel atau email sebelum ini, jeragat tidak sama seperti merawat jerawat. Ini ialah kerana jerawat berpunca dari infeksi yang terjadi di dalam pori, berbeza dengan jeragat kerana ianya berpunya dari melanin yang mengeluarkan terlalu banyak sel pigmentasi, iaitu melanocytes.

Selain dari itu punca genetic, perubahan hormone, penggunaan bahan kosmetik yang tidak sesuai dan kerap terdedah dibawah sinaran matahari  adalah punca utama mengapa jeragat terjadi.

Oleh itu jika anda memilih untuk hanya  mengguna krim, maka kerap kali anda akan kecewa. Malah besar kemungkinan kulit anda akan mengalami kerosakkan yang lebih teruk. Kebanyakkan krim dipasaran mengguna kaedah pengelupasan atau “bleaching”. Anda memerlukan remedy yang mampu memberi nutrisi, mengimbang hormone yang tidak stabil, membina sel-sel kulit baru dan krim yang lembut untuk membantu dari luar.

Mengapa Homeopathy Menjadi Pilihan?

Perubatan Homeopathy bukan hanya mensasarkan kepada masalah sahaja tetapi akan merawat kepada punca masalah kesihatan tersebut. Ini bermakna perubatan Homeopathy akan merawat keseluruhan tubuh sehingga ke akar umbi dan akan memberi kesan penyembuhan yang kekal dan tidak ada kesan sampingan.

Mengapa Di Sebut Remedy?

Pada tahun 1997 Kementerian Kesihatan Malaysia telah memberi definisi kepada perubatan Homeopathy iaitu, “tidak ada kesan ubat di dalam remedy Homeopathy”. Kesan ubat bermaksud sesuatu bahan yang boleh diiktiraf sebagai ubat, contohnya dadah terkawal, bahan-bahan kimia terkawal dan bahan penggalak kepada penyembuhan. Oleh itu remedy Homeopathy tidak sesuai di panggil ubat tetapi di sebut penawar atau “remedy”.

Homeopathy adalah perubatan alternative yang semakin popular pada masa kini. Lebih 80 tahun Perubatan Homeopathy mula bertapak di Malaysia. Sepanjang tempoh tersebut boleh dikatakan peratusan yang memahami atau pernah mengambil remedy Homeopathy mula meningkat dari ke hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *