Posted on

Mengapa laser dan penegelupasan tidak merawat jeragat ?

jeragat 5rh

 

 

Masalah jeragat seringkali membelenggu wanita.Ini kerana kebanyakan masalah jeragat selalunya menghantui wanita.Ramai yang udah berputus asa ingin merawat jeragat ini kerana jeragat tidak pernah sembuh dengan pelbagai produk penjagaan kulit dan pelbagai jenis makanan tambahan yang mendakwa boleh menyembuhkan jeragat. Oleh itu, mereka yang menghidapi jeragat sudah menjadi phobia dan skeptikal terhadap produk-produk jeragat.

 

Hampir 97% wanita di Malaysia tidak tahu apa punca jeragat dan mereka juga tidak tahu bagaimana ingin merawat jeragat dengan betul.Akibatnya mereka mudah terpesona dengan tawaran-tawaran iklan yang mempersonakan. Soalan yang biasa mereka tanya adalah “kalau pakai produk ini berapa hari boleh sembuh?”. dalam kotak fikiran mereka hendak selesaikan masalah dengan cepat tanpa sedikit pun mahu mengetahui mengapa jeragat terjadi dan cara merawatnya dengan betul. mereka sudah biasa dan tertanam dalam minda mereka akan kebaikan dan faedah produk tanpa membuat analisa.

 

Sebenarnya jeragat boleh dirawat,cuma tiada jalan pintas untuk merawat jeragat. Ini sudah terbukti dengan penggunaan laser dan teknik pengelupasan juga tidak mampu merawat jeragat. Ini kerana mengikut kajian faktor jeragat 90% berpunca daripada masalah dalaman seperti perubahan hormon,penggunaan pil perancang,menggunakan dan mengambil makanan tambahan yang mengandungi hormon seperti kebanyakan produk memutihkan kulit dan sebagainya. selain itu, penggunaan kosmetik yang mengandungi bahan vitamin c yang kerterlaluan dan juga bahan pengelupasan juga telah menambah buruk lagi masalah jeragat mereka.

 

Ramai yang melonjak kegembiraan apabila membuat rawatan laser dan beberapa bulan selepas itu mimpi ngeri pun datang kembali,jeragat datang kembali tetapi kali ini simptom jeragat bertambah buruk. Penggunaan laser hanya sesuai membuang bintik-bintik hitam atau ketuat tetapi bukan jeragat.Penggunaan kaedah laser hanya sesuai mereka yang menghadapi jeragat jenis luaran dan lapisan kulit yang pertama.Tetapi jika jeragat itu berpunca daripada lapisan bawah kulit.Laser adalah sia-sia sahaja dan anda bukan sahaja tidak sembuh jeragat tetapi wang anda juga habis beribu-ribu kerana kos rawatan jeragat adalah mahal.

 

Penggunaan pengelupasan juga menyebabkan kulit akan menipis dan jeragat akan bertambah teruk kerana keupayaan kulit untuk menahan panahan cahaya matahari sudah berkurangan dan tambah buruk lagi skin care atau kosmetik yang digunakan mengandungi bahan penlunturan dan kimia . Kulit akan bertambah teruk. Seterusnya,pengambilan pil-pil vitamin yang bercampur-campur dengan bahan lain seperti hormon dan pemutihan akan menyebabkan jeragat juga sukar sembuh.

 

Kini memelalui kaedah rawatan tisu garam mineral iaitu biochemic masalah jeragat dapat ditangani dengan berkesan tanpa memerlukan kos rawatan yang beribu-ribu ringgit dan juga amat berkesan.Maklumat lengkap kaedah rawatan anda boleh dapatkan disini klik sini

 

set_5rh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *