Posted on

Kawal Stress dan Anda Mungkin Akan Dapat Mengawal Jeragat Dengan lebih Cepat dan Berkesan

 

Kawal Stress dan Anda Mungkin Akan Dapat Mengawal Jeragat Dengan lebih Cepat dan Berkesan

 

Jeragat pada usia yang mula menginjak senja akan menambah tekanan perasaan yang boleh menjurus kepada stress dan seterusnya akan menjadi kemurungan. Kesihatan wanita bergantung kepada keseimbangan hormon di dalam tubuh seperti estrogen dan testosterone. Estrogen dan testosterone sangat mudah terjejas sekiranya emosi tertekan.

Salah satu punca jeragat terjadi ialah tidak seimbang kadar estrogen dan testosterone, di mana sekiranya kadar hormon testosterone berkurangan berbanding estrogen, dan di tambah dengan stess yang akan mengeluarkan hormon cortisol.

Hormon cortisol akan merangsang melanocyte untuk mengeluarkan melanin (pigmen hitam) dengan kuantiti yang banyak. Apabila melanin terjadi dengan banyak , pigmen ini akan mencari ruang untuk keluar dan kulit di wajah, di mana wajah atau muka adalah kawasan yang paling mudah untuk mendapat jalan keluar, maka melanin akan menunjukkan diri kepada seluruh dunia yang dikenali sebagai jeragat di muka.

Wanita yang berumur 45 tahun ke atas yang mengalami jeragat,  kebiasaannya telah pernah melahirkan anak secara normal atau cesarean, mengambil pil hormon kawalan kelahiran (pil perancang), menghidap kencing manis dan darah tinggi, mengambil pil pengganti hormonsekiranya telah menopause, mengalami obesitikadar kolesterol yang tinggi dan mengambil pelbagai ubat-ubatan dari umur remaja sehingga kini.

Wanita yang berumur 45 tahun ke atas terutama yang berkarier, akan berbelanja besar untuk kelihatan cantik, dan akan mengguna pelbagai bahan kosmetik untuk memudar atau menghapus jeragat. Mereka tidak sedar bahawa jeragat adalah berpunca dari masalah yang tidak terfikir oleh mereka. Jika mengambil suplemen pun, mereka akan hanya bertumpu kepada kecantikkan kulit tetapi kesihatan dalaman akan diabaikan. Paling malang produk yang diharapkan untuk kembali cantik, tetapi produk tersebut hanyalah impian yang tidak menjadi kenyataan.

Tekanan Atau Stress

 

Hormon stress, cortisol adalah musuh utama kepada kesihatan umum. Saintis sendiri agak khuatir dengan peningkatan paras cortisol; yang akan menganggu pembelajaran dan memorimengurangkan fungsi sistem imun dan ketumpatan tulangmenambah berat badantekanan darahkolesterolpenyakit jantungjeragat dan senarai penyakit akan berterusan akibat peningkatan hormon cortisol. Stress yang kronik dan peningkatan paras cortisol akan menambah risiko kepada depresigangguan mental dan sehingga kepada kematian mengejut.

Bagaimana Stress Boleh Dikaitkan Dengan Jeragat

 

Stress bermula dari hypothalmus otak. Hypotalmus akan menghantar isyarat ke kelenjar pituitary yang akan mengeluarkan adreno-corticotropic hormone (ACTH). ACTH akan merangsang kelenjar adrenal untuk melepaskan cortisolAdrenal akan menukarkan kolesterol kepada pregnenolone, di mana akan menghalang kedua-dua hormon seksual (testosterone dan estrogen). Sewaktu tubuh mengalami stress yang kronik, seperti mengalami keletihan adrenal, tubuh secara spontan akan mengguna pregnenolone untuk menghasil cortisol dengan lebih banyak. Sewaktu proses ini terjadi tubuh akan mengurangkan pengeluaran hormon untuk seksual. Bagi wanita, kesan ini akan mengakibatkan kekurangan pengeluaran hormon testosterone (yang akan menjadikan wanita itu hilang minat seksual atau rendah libido). Kekurangan hormon testosterone akan menjadikan hormon estrogen sebagai hormon dominasi, dan ini ialah punca terjadinya jeragat akibat stress. Peningkatan hormon estrogen akan menambah kuantiti MSH yang akan mengakibatkan terjadinya jeragat atau melasma.

MSH atau melanocyte-stimulating hormones, MSH adalah punca terjadinya jeragat apabila hormon ini merangsang pengeluaran melanin. Pengeluaran melanin dengan begitu banyak akan menyebabkan kulit menjadi lebih gelap atau dipanggil jeragat atau melasma.

Wanita Berkarier, Stress Dan Jeragat

 

Saban hari wanita-wanita moden yang berkarier akan mengalami depresi dan stress yang teruk. Bebanan tugasan di tempat kerja, karenah bos-bos dan masalah di rumah yang memeningkan kepala akan menjadikan wanita-wanita yang bekerja di organisasi awam atau swasta akan menjadi pemarah dan baran. Mereka akan menjadi lebih skeptikal terhadap pelbagai perkara dan menjadi lebih cerewet berbanding sebelumnya. Tanpa disedari hormon cortisol telah meningkat dan jeragat pun semakin menebal.

Jeragat yang terjadi dimuka tidak akan menjadikan seseorang itu merasa gatal (kadang-kadang terdapat juga kes jeragat yang gatal atau pedih tetapi jarang-jarang terjadi), pedih atau bernanah seperti yang di alami oleh pesakit yang mempunyai jerawat. Jeragat dan jerawat adalah berbeza tetapi persamaan di antara kedua-dua penyakit ini ialah terjadi di muka, amat jarang jeragat dan jerawat terjadi di bahagian tubuh.

Pakar kulit perubatan moden mengklasifikasikan jeragat sebagai masalah kosmetik. Masalah kosmetik bermaksud masalah yang memerlukan rawatan membenammembuang dan menghakis segala yang tumbuh di muka. Perubatan moden tidak mempunyai ubat-ubat untuk menghapus jeragat kecuali ubat-ubat yang mengandungi inhibitor yang akan supresi (menahan) proses semulajadi tubuh untuk menghalang lebihan melanin yang terhasil di melanocytes.

Stress atau tekanan perasaan sering melanda pesakit yang terjadi jeragat di wajahnya. Stress akan bertambah berlipat kali ganda sekiranya pesakit itu akan berhadapan dengan orang ramai setiap hari seperti pekerja di kaunter, pegawai pemasaran, cikgu, pensyarah dan lain-lain.

Kerap kali saya menerima Whatsapp di tengah malam bertanyakan solusi terbaiksolusi terpantas dan paling berkesan untuk merawat jeragat. Secara jujur saya mampu memberi solusi terbaik dan yang paling berkesan mengikut maklum balas pembeli sebelum ini. Pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa terdapat banyak set-set untuk menghapus jeragat sedangkan produk yang diiklan hanya 1 set dan mampu menghapus jeragat dengan pantas?

Maaf sekiranya saya katakan bahawa 97% pembeli tertipu dengan gimik jualan, tetapi hasilnya tidak seperti dijajakan. Homeopathy biochemic tidak mengamalkan konsep pemasaran yang suka berjanji sesuatu yang indah tetapi pada hakikatnya tidak seindah mana pun.

Solusi Untuk Hapus Jeragat Mengikut Kaedah Homeopathy Biochemic.

 

Homeopathy biochemic adalah konsep merawat seluruh tubuh pesakit, aitu merawat punca terjadinya jeragat.

Homeopathy biochemic mempunyai senarai remedy yang panjang untuk menghapus jeragat. Paling banyak maklumbalas mengatakan set-set jeragat homeopathy biochemic sangat “power” ialah mengguna remedy tunggal (single remedy). Tidak hairanlah jika set-set homeopathy biochemic mempunyai remedy kemam atau minum dan di dalam 1 set akan terdapat 2 atau 3 remedi untuk dikemam dan diminum.

Sepia 200 adalah remedi “core” untuk wanita yang mengalami masalah hormon seperti mengambil pil perancang dan pil HRT (hormone replacement therapy). Sepia 200 digelar sebagai “women’s remedy”, oleh pakar-pakar homeopathy. Gandingan mantap Sepia 200Melasma Free dan Fragaria vesca, sering mendapat maklumbalas dari pembeli dengan hasilnya yang pantas.

Secaranya ringkasnya fungsi ke semua remedi ini mempunyai fungsi seperti dibawah;

  • Sepia 200 – Women’s remedy, yang sangat “power” untuk mengatasi masalah jeragat akibat perubahan atau tidak seimbang hormon. Sangat hebat untuk wanita yang mengalami masalah menstrual (datang haid) yang tertangguh dan kerap mengalami kekejangan sewaktu menstrual
  • Melasma Free Caulophyllum- Remedi yang sangat hebat untuk memberi nutirisi kepada pesakit. Melasma Free Caulophyllum sangat “power” untuk wanita yang stress dan alami masalah sakit-sakit saraf, atau orang panggil “sakit urat”.
  • Cal Sulph – Mineral yang sangat “power” untuk membekal nutirisi ke kulit, membina sel-sel kulit baru dan membawa oksigen secukupnya ke dalam darah.
  • Kali Sulph adalah mineral yang sangat hebat untuk membantu hati membuang toksin.
  • Fragaria vesca 30, atau wild berry yang di gelar “tumbuhan anugerah Allah” yang mempunyai kesan yang sangat baik untuk system tubuh yang lebih kuat. Fragaria vesca sangat “powerful” jika mengikut satu komen web yang menceritakan kebaikkan Fragaria vesca untuk mencerahkan kulit. Selain kulit Fragaria vesca juga mampu mencerahkan gigi dan membantu buah pinggang bekerja dengan lebih cekap dan menghalang dari terjadinya batu di buah pinggang.

Remedi homeopathy semakin mendapat tempat dihati pengguna dengan kesan yang lembut, boleh dipercayai, tidak ada kesan sampingan dan tidak akan ketagih jika diambil di dalam tempoh yang lama.

Ingin kan konsultasi remedy jeragat yang sesuai dengan masalah jeragat anda. Boleh klik link ini untuk wasap terus ===> http://bit.ly/2FhLvjF

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *