Posted on

Jeragat Tidak Berkesan Jika Hanya Mengguna Krim ?

cara rawat jeragat dengan berkesan

Jeragat sangat komplek dan sukar difahami oleh para saintis pun. Punca terjadi jeragat masih menjadi perbahasan, kenapa dan mengapa jeragat terjadi?.

Perubatan homeopathy menganggap jeragat adalah masalah kesihatan yang melibatkan system tubuh yang berkurangan zat-zat yang sepatutnya seperti mineral. Sebagai ganti terdapat 12 garam tisu atau cell salt yang boleh diambil untuk mengekalkan kadar mineral yang sentiasa terancam oleh gaya hidup masa kini yang sangat kurang mengambil makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran hijau yang mengandungi folic asid.

Sayuran hijau seperti brokoli adalah sumber folic asid yang tinggi dan sangat-sangat berkhasiat untuk diambil oleh wanita yang mengalami jeragat.

Garam mineral adalah asas kepada aktiviti enzim yang mencetus proses mempercepatkan (catalyst) kitaran tenaga dan fungsinya.

Sebagai contoh tubuh memerlukan miberal untuk menghasilkan vitamin. Garam mineral atau cell salt homeopathy akan membantu mengekalkan tahap mineral yang berada didalam tubuh seperti fungsi sel termasuk mengimbang kuantiti air, penghadaman, membuang toxin, keanjalan sel-sel, membekal oksigen, nutrisi, bekalan sodium dan potassium yang diperlukan oleh otak.

Krim dan sabun boleh membantu jika …

Pelbagai perspektif dan anggapan silap mengenai jeragat akan menjurus kepada kesilapan membeli produk untuk menghapus jeragat.

Paling biasa dan kerap kali dinasihatkan oleh para “pakar kulit” tidak bertauliah ialah “sapulah krim”. Kemungkinan untuk mendapat kesan yang diingini adalah pada kadar 50-50 kerana kita kita tidak tahu jeragat mempunyai 3 jenis.

Jeragat dan jenis jeragat

  • Epidermal

Epidermis adalah lapisan atas kulit. Melanin yang dikeluarkan secara banyak akan terjadi di lapisan atas kulit

  • Dermal

Lapisan dalam kulit dipanggil Dermis, oleh itu melanin akan berada dilapisan bawah epidemis.

  • Mix atau campuran

Melanin akan terjadi di kawasan epidermis dan dermis

Melanin? Apa itu melanin. Jeragat juga dipanggil pigmentasi, melanin adalah pigmen yang akan menentukan warna kulit, rambut dan mata manusia.

Melanin dikeluarkan oleh sel yang dipanggil melanocytes. Melanin akan dikeluarkan oleh melanocytes secara normal jika system tubuh berada didalam keadaan yang sihat dan seimbang. Sebaliknya melanocytes akan mengeluarkan melanin dengan banyak sehingga terjadinya jeragat atau melisma. Bagi wanita yang mengandung di panggil chloasma atau “mask of pregnancy”.

Punca melanin terjadi dengan banyak dan  tidak terkawal adalah disebabkan oleh beberapa sebab.

  • Sinaran UVA yang berlebihan seringkali dikaitkan sebagai penyebab utama. Prosesnya memakan masa yang lama, dimana sinaran UVA yang kuat akan menyerap kelapisan dermis (dalam kulit) dan akan “bertapa” dilapisan dermis untuk jangkamasa yang lama diantara 10-20 tahun sebelum menonjolkan diri sebagai jeragat selepas tubuh seseorang itu mula mengalami beberapa perubahan seperti mengandung dan lain-lain.

  • Perubahan hormone juga kerap dikaitkan sebagai pencetus jeragat. Sama ada disebabkan sinaran UVA ataupun kecelaruan hormone menjadikan sel melanocytes mula mengeluarkan melanin dengan banyak.

  • Pengambilan pil perancang dan rawatan hormone (HRT) apabila seseorang wanita itu mengalami pra-menopause atau pun sudah menopause.

  • Penggunaan produk kosmetik yang tinggi bahan kimianya seperti produk kosmetik pengelupasan yang mengandungi hydroquinone.

 

Kenapa kadang-kadang krim berkesan dan kadang-kadang langsung tidak memberi kesan untuk menghapus jeragat?

Berbalik kepada 3 jenis jeragat tadi, jeragat epidermal agak mudah dirawat dengan hanya mengguna krim kerana jeragat terjadi dibahagian atas kulit. Oleh itu krim-krim terutama krim pencerahan mampu menghapus jeragat didalam masa 4 minggu atau lebih (jika krim bukan kosmetik).

Jeragat dermis seperti diterangkan tadi, ianya berada dilapisan bawah kulit, jadi krim bukanlah pilihan yang sepatutnya dipilih. Rawatan laser atau pengelupasan kimia juga tidak akan membantu kerana melanin yang banyak berada dibawah lapisan kulit. Tidak hairanlah jika rawatan kaser atau pengelupasan kimia hanya bertahan 2-3 hari sahaja dan selepas itu jeragat baru akan timbul.

Jeragat mix atau campuran pula kerap kali akan mengelirukan seseorang itu dimana krim hanya menghapus sebahagian sahaja jeragat dimuka. Ini ialah kerana krim hanya menghapus jeragat di epidermis sahaja tetapi tidak yang berada di lapisan dermis.

Sebab itulah kerap kali anda akan berusaha secara berterusan untuk hanya mengguna krim dan sabun sahaja kerana pada tanggapan anda jeragat sudah semakin pudar.

Adakah remedy homeopathy berkesan untuk semua jenis jeragat?

Homeopathy seperti diterangkan sebelum ini, ia berkonsep holistic. Mengambil contoh untuk mengawal anai-anai, puncanya adalah queen atau permaisuri anai-anai itu. Jika hanya menyembur racun diatas permukaan kayu ianya akan membunuh anai-anai yang sedia ada dilapisan atas kayu sahaja.

Sebaliknya si permaisuri tetap akan bertelur dan mengeluarkan berjuta-juta ekor anai-anai baru yang akan memakan kayu yang disembur dengan racun tadi. Puncanya adalah si permaisuri oleh itu rawatan yang paling terbaik ialah dengan menyuntik racun kedalam tanah untuk membunuh si permaisuri anai-anai. Selepas puncanya iaitu si permaisuri anai-anai telah mati maka tidak akan ada anai-anai baru untuk menyerang dan memakan kayu-kayu yang dirawat.

Homeopathy merawat punca kepada masalah kesihatan tersebut seperti rawatan menghapus anai-anai. Ini bermakna jika sesuatu penyakit itu berjaya disembuhkan ianya bermakna masalah tersebut akan bersifat bebas dari penyakit tersebut.

Tidak hairanlah jika set-set rawatan jeragat homeopathy secara amnya terdiri dari remedy untuk dihisap atau diminum (oral). Walaubagaimana pun homeopathy juga mempunyai krim dan sabun untuk membantu jika jeragat itu berada di lapisan atas kulit juga (jeragat campuran atau mix).

Ingin merawat secara berkesan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *